12.11.2015 Views

NEGARA GAGAL?

1k8LNyK

1k8LNyK

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6

NOVEMBER 2015

RENCANA

Melangkaui tembok kepartian,

tempurung perkauman

Oleh LIM KIT SIANG

ORANG Melayu diseru melangkaui

semangat kepartian dalam

menyuarakan penolakan terhadap Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila

kepentingan mereka tergugat. Itu pesanan

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu

program UMNO baru-baru ini.

Sekalipun meminta mereka mencontohi

rakan seperjuangan Cina, namun,

Dr Mahathir tersilap menterjemah

keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-

13 apabila beranggapan, pengundi Cina

‘lupa kepentingan parti’ jika kepentingan

mereka tergugat.

Beliau lupa, kerana kepentingan negara

melangkaui kepentingan puak tertentu

sebab utama pengundi Cina memilih,

bukan saja calon DAP tetapi calon Pakatan

Rakyat termasuk dari PKR dan PAS pada

PRU 13.

Itulah sebabnya pengundi Cina memilih

wakil rakyat Melayu dan menolak calon

Cina dari MCA. Begitulah demokrasi

matang dan cara pengundian yang betul

- meletak kepentingan negara melebihi

kepentingan peribadi, parti, juga puak.

Adakah kita terlalu awal untuk

mengharapkan lebih ramai rakyat mampu

melangkaui tembok kepentingan peribadi,

parti dan puak demi kepentingan negara?

Sebenarnya, pada dekad awal kelahiran

negara, kita ada ramai tokoh negara yang

berjuang untuk negara tanpa mempersoal

kepentingan peribadi dan etnik.

Mengapa semakin ramai pemimpin

Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak

hanya gigih memperjuang etnik masing

masing?

Himpunan Bersih 4 selama 34 jam

sehingga ke detik perayaan ulang tahun

kemerdekaan ke-58 tempoh hari menjadi

titik bersejarah dalam pembentukan

negara bangsa Malaysia.

Ratusan ribu rakyat Malaysia -

tanpa mengira kaum, agama, tempat,

umur, jantina atau malah parti politik

- berhimpun di Kuala Lumpur demi

kepentingan yang melangkaui kaum -

menuntut kerajaan yang telus dan pilihan

raya bersih dan

adil.

Ia berbeza dari

Himpunan Bersih

1, 2 dan 3 kerana

orang Melayu

tidak datang

sebagai majoriti.

Sebaliknya, yang

menarik ialah

peningkatan

penyertaan

mendadak mereka

dari 20 peratus

pada hari pertama

kepada 40 peratus

hari kedua.

M a l a h ,

Himpunan Bersih

4 juga berbeza

dengan Himpunan

Baju Merah dari

segi kepentingan

etnik dan negara.

Selama 34 jam

Himpunan Bersih

3, langsung tiada isu perkauman diungkit.

Tiada sesiapa pun, baik Cina, Melayu,

India, Kadazan atau Iban, berasa berancam

kerana identiti kaumnya.

Namun, ratusan ribu rakyat pelbagai

kaum dan agama yang berhimpun secara

aman dan bersama-sama meraikan proses

demokrasi itu, bukan saja tidak dipuji oleh

kerajaan UMNO BN, malah memburukburukkan

Bersih 4.

Rakyat Malaysia,

lebih-lebih lagi

pemimpin dalam

semua aspek di

negara ini, perlu

berhenti daripada

memperkaum isu

dan hal ehwal

dalam negara.

Pemimpin MCA dan Gerakan juga

mencucuk-cucuk sebahagian kelompok

ekstrimis UMNO untuk bertindak balas

secara provokatif dan perkauman dengan

mengadakan Himpunan Baju Merah.

Himpunan empat jam itu jelas

terbalik kalang dari Bersih 4. Dari saat

ia diumumkan,

ia penuh nada

ancaman -

betapa akan

berlaku konflik

perkauman.

R i s a l a h

dengan grafik

‘pertumpahan

darah’ antara

kaum disebar.

S e p a n j a n g

dua minggu

berikutnya,

seluruh rakyat

dicucuk rasa takuttakut

berulang lagi

kejadian rusuhan

kaum.

Jika masih

ada tokoh negara

dalam kabinet,

pasti menteri

UMNO atau BN

akan turun ke

Jalan Petaling dan

mententeramkan peniaga. Sebaliknya,

ketakutan mengakibatkan sekitar 500 kedai

dan lebih 700 perniagaan di Jalan Petaling

ditutup pada hari berkenaan.

Namun, tiada menteri UMNO atau

MCA atau Gerakan turun ke Jalan Petaling

sebelum Himpunan Baju Merah. Lebih

teruk, ada menteri dan timbalan menteri

UMNO yang mengesahkan kehadiran

sebagai tanda sokongan!

Menjelang ulang tahun kemerdekaan

ke-60, sudah tiba masanya untuk

kemunculan tokoh seperti Yuen Yuet Leng -

yang sebutir peluru berdekatan jantungnya

terus tertanam di tubuh hingga akhir

hayatnya - yang sebelum menghembuskan

nafas terakhir, sempat mengeluh kecewa

mengenai hubungan kaum yang kian retak.

Betapa tidak, rakyat Malaysia, lebihlebih

lagi pemimpin dalam semua aspek

di negara ini, perlu berhenti daripada

memperkaum isu dan hal ehwal dalam

negara.

Contoh, sama ada perlunya ‘usul undi

tidak percaya’ terhadap Perdana Menteri

dan sama ada Najib boleh selamat dari

usul itu. Ia semakin menarik perhatian

ramai apabila bekas Presiden MCA,

Tun Dr Ling Liong Sik terang-terang

menunjukkan sokongannya kepada usul

untuk menyingkirkan Najib.

Najib mungkin tersilap apabila yakin

tidak berdepan usul undi tidak percaya dan

beranggapan sudah membuat persedian

cukup dengan memastikan Speaker Dewan

Parlimen tidak akan mengizinkan usul itu

dibincang.

Beliau yakin mendapat sokongan ahli

Parlimen UMNO BN yang dijanjikan lebih

banyak peruntukan pada masa depan. Tapi

mungkin Najib seperti batang mengkudu,

dulu buah daripada bunga.

Biarpun begitu, tidak perlu ada usaha

untuk memperkaumkan isu usul itu.

Sama ada jika Najib meletak jawatan

sebagai Perdana Menteri atau jika UMNO

digantikan, kuasa politik Melayu tetap

takkan terancam.

Perdana Menteri baru akan kekal

seorang Melayu dan pakatan pemerintah

yang menggantikan UMNO akan kekal

didominasi oleh Melayu berdasarkan

demografi Malaysia.

Malah, pemimpin veteran UMNO,

Tengku Razaleigh Hamzah tidak tahu

dari mana datangnya ancaman terhadap

Melayu, sedangkan Kerajaan Persekutuan

dipimpin oleh orang Melayu, kerajaan

negeri - kecuali Pulau Pinang, dipimpin

orang Melayu, perkhidmatan awam hampir

keseluruhannya diduduki orang Melayu,

tentera kebanyakannya orang Melayu dan

ada pula Raja-raja Melayu.

Baru-baru ini, Zainah Anwar, seorang

aktivis hak asasi Malaysia, juga mempersoal

dari mana datangnya ancaman terhadap

Melayu selepas 58 tahun pemerintahan

UMNO dan mengaju persoalan menarik,

setelah empat dekad Dasar Ekonomi Baru

ditubuh, mengapa situasi di bawah terus

berlaku:

• 75.5 peratus rakyat termiskin ialah

Melayu;

• Hampir 90 peratus graduan tidak

bekerja ialah Melayu dan;

• Daripada RM54 bilion yang

diperuntuk kepada individu dan

institusi Melayu dari 1984 hingga 2005,

hanya RM2 bilion saja kekal di tangan

orang Melayu.

Persoalan paling penting, bolehkah

rakyat Malaysia meninggalkan tempurung

kaum dan bersama-sama bergerak ke

depan dalam membina negara sebagai

bangsa Malaysia?

* Penulis ialah Ketua Parlimen DAP

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!