30.11.2015 Views

SAINTIS 2004

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

OCata Afu-Afuan

MENTERI PELAJARAN

MALAYSIA

S yabas di atas kejayaan Sidang Redaksi Sekolah Menengah Sains Sultan

Mahmud menghasilkan majalah ini serta setinggi-tinggi penghargaan kerana

memberi ruang untuk saya menurunkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang

berilmu dan berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri

setiap individu. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhlak

mulia dan berketrampilan hasil kecerdikan akalnya, kesedaran dalaman dan

kesejahteraan jasmaninya. Hasrat untuk melahirkan manusia yang mempunyai

ciri-ciri berkenaan boleh dicapai sekiranya para pendidik komited, berdedikasi

dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas selain bersedia melaksanakan

perubahan.

Para pelajar pula dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan

kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam

zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam

menguasai ilmu amat diperlukan.

Kita semua bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu,

mempunyai akhlak yang mulia dan mampu memberi sumbangan yang positif

kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sejajar itu, pengetua, guru-guru dan

tokoh-tokoh pendidikan perlu memainkan peranan sewajarnya dalam usaha

mencapai kecermelangan agar transformasi sosial yang kita inginkan menjadi

kenyataan.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Pelajaran telah menggubal dasar,

mengadakan program dan mengambil pendekatan yang wajar bagi memastikan

sistem pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa. Perubahan yang

dilaksanakan pastinya akan membawa semangat baru bagi mengukuhkan lagi

hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa serta kedudukan negara

di peringkat antarabangsa.

Sesungguhnya kecemerlangan bangsa meraih banyak pengorbanan dan

kesungguhan usaha semua pihak. Pelajar-pelajar dan guru-guru generasi hari

inilah ditumpahkan semua harapan untuk merealisasikan sebuah masyarakat

Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Selamat Maju Jaya,

DATO’HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

- 5 -

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!