30.11.2015 Views

SAINTIS 2004

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

%ata Afu-Afuan

KETUA PENGARAH

PELAJARAN MALAYSIA

P roses menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju

memerlukan tenaga manusia yang terlatih dalam pelbagai bidang. Sistem

pendidikan sebagai faktor utama dalam penghasilan tenaga dan manusia

berkualiti mestilah mampu memberikan ilmu pengetahuan, kemahiran serta

mendidik sikap yang betul supaya warganegara yang benar-benar berkualiti dan

mampu meneruskan peijuangan dan wawasan pimpinan masa kini.

Kementerian Pelajaran telah menetapkan empat teras penting bagi

memacu pembangunan pendidikan sehingga tahun 2010. Empat teras itu ialah

meningkatkan akses kepada pendidikan, meningkatkan ekuiti dalam pendidikan,

meningkatkan kualiti dalam pendidikan dan meningkatkan tahap kecekapan

dan keberkesanan dalam pengurusan pendidikan.

Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai

inisiatif baru selain memperkukuhkan dasar dan program yang sedia ada.

Antaranya ialah perluasan program pra-sekolah, dasar pendidikan wajib,

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris,

pengenalan dan perluasan pengajaran matapelajaran vokasional. Peningkatan

kualiti dalam proses pengajaran dan pem belajaran, dan pelaksanaan

pengsiswazahan guru termasuk guru-guru sekolah rendah.

Saya merayu agar semua warga sekolah dapat memahami dan

melaksanakan dasar dan program Kementerian bagi menjayakan hasrat Wawasan

Negara. Saya percaya, sekolah merupakan landasan utama sebagai sebuah institusi

yang dapat menzahirkan semua dasar dan program Kementerian Pelajaran bagi

melahirkan insan berkualiti dan berakhlak mulia.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi majalah

sekolah ini kerana telah berjaya menghasilkan majalah bagi tahun ini. Kejayaan

menghasilkan majalah ini adalah simbol kejayaan sistem persekolahan dan

pendidikan itu sendiri hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang

dijalinkan di antara guru-guru dan murid-murid.

Akhir kata, mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi akan

dapat ditingkatkan lagi supaya sekolah akan mencapai kejayaan lebih cemerlang,

gemilang dan terbilang.

Selamat Maju Jaya

TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!