03.01.2019 Views

Daerah Ruwat

eCatalog for Daerah Ruwat, a solo exhibition by Shaarim Sahat

eCatalog for Daerah Ruwat, a solo exhibition by Shaarim Sahat

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Soal Jawab Antara Kurator Elias Yamani Dan Seniman Shaarim Sahat

(Q&A between curator Elias Yamani and artist Shaarim Sahat)

Earlier this year, curator Elias Yamani conducted a Question and Answer session with Shaarim Sahat, which provides us with some background

information on the artist’s artistic practice. The interview was conducted in Bahasa Malaysia, and is presented here in its original form.

Elias Yamani (EY): Boleh berikan sedikit latarbelakang saudara?

Shaarim Sahat (SS): Saya pelukis ‘self taught’ yang punya ‘paper’ dalam bidang ‘perniagaan dan kepimpinan’ – bukan dalam seni visual. Bagi

saya ia bukan suatu halangan untuk saya melibatkan diri dalam bidang seni lukis yang saya minati sejak dari kecil lagi.

Selepas STPM saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang seni, malangnya tidak dipersetujui oleh ayah dan abang sulong saya yang

merupakan penyumbang utama ekonomi keluarga ketika itu.

Lalu saya ambil keputusan untuk berkerja. Dari pembantu di warung mamak bawah pokok ke pemandu kren. Kemudian dari pembantu

makmal kepada Penyelia. Kemudian menjadi pelukis pelan, pereka, penyelaras projek, ketua jabatan teknikal kepada pengurus projek.

Aknirnya menubuhkan syarikat kontraktor sendiri. Selain mengubah suai kediaman, pejabat dan klinik, saya juga pernah menerbitkan beberapa

majalah kartun dan bolasepak. Menjadi ‘editor’ sambilan dan pelukis komik untuk majalah yang syarikat saya terbitkan.

EY: Bagaimana boleh terbabit dalam bidang seni dan berapa lama?

SS: Saya punya cita-cita dari kecil untuk menjadi pelukis. Pada tahun 2000 saya berhenti kerja dan menubuhan sebuah syarikat hiasan

dalaman. Ketika itu saya sudah mula melukis kembali, walaupun bukan secara serius.

Pada tahun 2005 kalau tak silap saya, saya membuka sebuah kedai menjual lukisan dan hiasan dalaman di sebuah komplek membeli belah

di Ampang. Kedai tersebut juga menjadi pejabat syarikat saya. Di situlah bermulanya kerjaya melukis saya secara serius. Tahun berikutnya

saya mengambil keputusan untuk menjadi pelukis sepenuh masa.

EY: Apa pendapat saudara berkenaan perkembangan seni rupa masa kini?

SS: Ketika saya mula-mula melukis kembali pada tahun 2000 dan menjadi pelukis sepenuh masa pada 2006, perkembangan seni rupa ketika

itu amat berkembang dengan baik secara amnya. Pada tahun-tahun awal 2010an banyak galeri-galeri baharu muncul dan dijadikan tempat

untuk pengkarya-pengkarya baharu mengenengahkan bakat-bakat mereka.

Malangnya kebelakangan ini satu demi satu galeri seni di tutup. Mungkin badan yang menjaga kepentingan seni ini semakin kurang membantu

atau mungkin juga strategi galeri tersebut tidak berdaya saing. Pasaran karya-karya seni sebenarnya semakin meluas secara global. Bagi

saya galeri mana yang berani melabur, dialah yang akan bertahan.

EY: Apakah cabaran dan pengalaman yang ingin saudara kongsikan selama terlibat dalam bidang ini?

SS: Sebelum saya melukis secara serius, saya seorang kontraktor. Walaupun bukan seorang kontraktor yang kaya raya tapi hidup saya

sekeluarga senang. Menjadi seorang pelukis sepenuh masa memerlukan semangat yang tinggi. Cabaran saya sebagai individu adalah untuk

menjelaskan komitment setiap bulan. Orang sekeliling kita perlulah menyokong dan positif. Saya bernasib baik punya isteri dan anak-anak

yang memahami.

Kekadang sikap rakan-rakan juga akan membawa kita kepada ‘cabaran’ yang tidak sepatutnya. Rakan-rakan seperti ini kita perlu jauhi. Kalau

dibiarkan satu kerja pun tidak menjadi.

Kebelakangan ini cabaran yang paling hebat adalah kesihatan, maklumlah saya sudah berusia.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!