26.12.2019 Views

BUKU PANDUAN STAF 2020 MATHIL

Buku panduan tahunan

Buku panduan tahunan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Buku Panduan Staf 2020

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah

pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan

berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah

pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan

dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka,

memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman, dan menyediakan mereka untuk

menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai

kemajuan sepenuh-penuhnya, dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk

membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata - mata

pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh

yang baik kepada pelajar.

6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui kajian, lawatan dan menghadiri

kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai

mutu yang setinggi-tingginya.

II.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaan rumah tangga

atau tentang anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa

kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan

menggunakan maklumat kepada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!