26.12.2019 Views

BUKU PANDUAN STAF 2020 MATHIL

Buku panduan tahunan

Buku panduan tahunan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

1.3 Memastikan murid-murid yang tidak hadir ke sekolah menyerahkan surat daripada doktor / PK

HEM dan dokumen-dokumen lain untuk rekod dalam buku kedatangan.

1.4 Menghubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon atau surat sekiranya murid tidak hadir 3 hari

berturut-turut, atau 20 hari dalam sebulan tanpa surat daripada penjaga / doktor untuk direkodkan

dalam buku kedatangan.

1.5 Menutup jadual kedatangan murid pada setiap akhir bulan dan menyerahkan pulangan yang TETAP

(enrolmen bulanan) kepada pihak berkaitan sebelum 3 haribulan berikutnya.

1.6 Jadual Kedatangan hendaklah sentiasa dikemas kini dan disimpan di Pejabat Am selewat-lewatnya

jam 0740 setiap pagi (sesi pagi) dan 1300 setiap petang (sesi petang).

1.7 Merekodkan kehadiran murid secara atas talian melalui sistem APDM.

2. PUNGUTAN BAHAN-BAHAN LAIN

2.1 Gambar murid berukuran pasport dan salinan kad pengenalan

2.2 Surat menyurat pendaftaran dan hal-hal lain (bagi murid Tingkatan 1)

2.3 Surat rekod maklumat / surat perpindahan bagi murid Tingkatan 1 dan lain-lain.

(jika murid berpindah)

3. PENGURUSAN AKADEMIK

3.1 Merekodkan markah ujian bulanan / peperiksaan setiap mata pelajaran dalam buku

persediaan mengajar / buku laporan murid / senarai analisis dan perkara-perkara lain.

3.2 Memberi nasihat yang berterusan kepada murid-murid dalam kelas masing-masing supaya :

a. bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka

b. sentiasa mengikuti / mematuhi peraturan sekolah pada sepanjang masa

c. sentiasa bekerjasama sama ada dengan guru dan rakan pelajar tanpa mengira kaum atau

keturunan.

3.3 Melaporkan murid-murid yang kurang bermotivasi dan bermasalah disiplin kepada Pengetua /

Penolong Kanan (HEM) atau Guru Kaunseling.

3.4 Mengawal disiplin pelajar dan sentiasa bekerjasama dengan AJK Lembaga Disiplin dalam

menangani masalah disiplin. Maklumat / Laporan pelajar sentiasa dikemas kini.

4. TUGAS-TUGAS LAIN

4.1 Melantik Pengawas Tingkatan dan Penolong atau Jawatankuasa Kelas.

4.2 Menguruskan pemberian / pemulangan buku teks mengikut peraturan yang ditetapkan.

4.3 Memastikan suasana di bilik darjah serta perabot adalah sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan

kelas serta inventori kemas kini.

4.4 Menggalakkan penyediaan sudut-sudut bagi mata pelajaran.

4.5 Bertanggungjawab terhadap kebajikan murid-murid dalam kelas.

4.6 Mengemukakan cadangan murid-murid yang layak diberi bantuan biasiswa atau bantuan

persekolahan yang lain dari semasa ke semasa.

4.7 Mengisi maklumat bagi pihak Pengetua atau bantuan-bantuan lain sebagaimana yang diarahkan

oleh Pengetua.

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!