09.02.2014 Views

PENGORBANAN KEMBALI KEPADA ISLAM - Jabatan Kemajuan ...

PENGORBANAN KEMBALI KEPADA ISLAM - Jabatan Kemajuan ...

PENGORBANAN KEMBALI KEPADA ISLAM - Jabatan Kemajuan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mempertahankan sifat-sifat mahmudah atau sifat yang terpuji yang membawa

kebaikan kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara dianggap sebagai

mendapat haji mabrur.

Sambutan Hari Raya Korban atau Iduladha adalah merujuk kepada

pengorbanan kembali kepada Islam kerana Islam adalah agama Allah. Menerima

Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan

rahmatan, keamanan dan keindahan. Menerima Islam sepenuhnya tidak akan

merugikan, menyusahkan dan tidak menjatuhkan maruah seseorang.

Berdasarkan pemerhatian mimbar, terdapat umat Islam mengalami perasaan

ragu-ragu untuk menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan

mereka mengamalkan Islam secara terpisah-pisah atau secara serpihan. Ada yang

mengamalkan solat, puasa, haji tetapi pada masa yang sama pula bergelomang

dengan maksiat. Lantaran kealpaan inilah kita lalai dalam melaksanakan

tangungjawab sebagai seorang hamba Allah SWT. Terdapat beberapa faktor yang

menyebabkan seseorang itu lalai dari tangungjawab yang sebenarnya antaranya

ialah kerana mereka ini sukakan kehidupan dunia dan benci kepada kematian,

sedangkan perlu diingat suatu hari nanti kita akan berhadapan dengan Allah dalam

keadaan bersendirian.

Cinta kepada dunia datang dengan pelbagai bentuk seperti cintakan

kemewahan, kesenangan, keamanan, kesihatan, kedudukan dan pangkat. Lantas

dengan perkara ini kita menjadi lalai dan tidak mampu mengorbankan apa jua yang

ada pada kita di jalan Allah SWT. Kita beranggapan segala yang kita perolehi

adalah hasil dari usaha kita sendiri tanpa menghubung kait dengan pemberian dari

Allah SWT. Kita lebih mengutamakan kerja daripada melaksanakan perintah

Allah, lalai untuk mengorbankan sedikit waktu untuk sujud dan patuh kepada

perintah-Nya dan ada juga yang belum mampu untuk mengorbankan sedikit hasil

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!