13.07.2015 Views

Peraturan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan - Jabatan ...

Peraturan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan - Jabatan ...

Peraturan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

20. Peserta hendaklah bermastautin di negeri yang ia mewakili sekurang-kurangnyasatu tahun sebelum tarikh majlis diadakan. Kelayakan peserta bermastautinhendaklah mengikut alamat terakhir yang tercatat dalam kad pengenalan atau kadtukar alamat, kecuali anggota pakaian seragam hendaklah mendapat suratpengesahan daripada pegawai pemerintahnya.21. Seseorang peserta yang telah berpindah ke negeri lain atau menyambung pengajiandi pusat-pusat pengajian boleh mewakili negeri asalnya dengan syarat perpindahantersebut tidak melebihi enam bulan dari tarikh beliau mula berpindah. Bagikakitangan kerajaan hendaklah mendapat pengesahan daripada ketua jabatan,manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah mendapat pengesahan daripada ketuainstitusi yang berkenaan.22. Peserta yang menjadi johan di peringkat kebangsaan layak menjadi johanmenunggu sebanyak dua kali sahaja. Selepas itu beliau hendaklah berehat satutahun dari tarikh majlis terakhir yang disertainya. Beliau kemudiannya bolehmenyertai majlis berikutnya dengan terlebih dahulu menyertai Majlis Tilawah al-Quran di peringkat negeri.23. Peserta yang menjadi johan di peringkat negeri secara berturut-turut layakmenyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan hanya dua kali berturutturut.Selepas itu beliau hendaklah berehat satu tahun dari tarikh majlis terakhiryang disertainya. Beliau kemudiannya boleh menyertai majlis berikutnya denganterlebih dahulu menyertai Majlis Tilawah al-Quran di negerinya bermula daripadaperingkat daerah/mukim/jajahan/bahagian.24. Peserta tidak dibenarkan menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaanselepas tiga kali mendapat tempat pertama dalam Majlis Tilawah al-Quran PeringkatAntarabangsa sama ada secara berturut-turut atau tidak.25. Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan dan menyerahkannya kepadaurus setia berserta satu salinan kad pengenalan dan kad tukar alamat jika berkaitan.26. Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas maka penyertaannya adalahterbatal.Peraturan Peserta27. Peserta qariah hendaklah tidak berada dalam keadaan uzur syari. Sekiranya qariahitu uzur syari, maka bolehlah digantikan dengan qariah yang menjadi naib johanatau berikutnya dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri berkenaan dengansyarat mendapat persetujuan Pengerusi Jawatankuasa Induk.28. Setiap peserta dikehendaki hadir dalam majlis pengundian bagi menentukan giliranmembaca dan tidak boleh mewakilkannya kepada sesiapa pun kecuali dalamkeadaan yang amat mustahak dan mendapat kebenaran daripada urus setia.5

29. Setiap peserta hendaklah mengundi ayat dan dua jenis tarannum untuk dibaca padawaktu yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua jam sebelum majlis dijalankan dantidak boleh mewakilkannya kepada sesiapa pun.30. Keputusan undian adalah muktamad. Peserta tidak dibenarkan sama sekalimenukar giliran membaca atau ayat yang hendak dibaca selepas pengundiandibuat, kecuali dalam hal kecemasan setelah mendapat kebenaran penganjur.31. Peserta yang tidak hadir dalam majlis pengundian atau membuat pertukaranselepas pengundian tanpa mendapat kebenaran penganjur boleh dibatalkanpenyertaannya.32. Peserta hendaklah berada di majlis tilawah sekurang-kurannya 30 minit sebelummajlis bermula.33. Peserta yang ditetapkan giliran membaca pada malam-malam tertentu hendaklahberada di astaka 10 minit sebelum gilirannya membaca.34. Setiap peserta dikehendaki membaca bermula daripada ayat dan empat jenistarannum termasuk dua jenis tarannum yang ditetapkan dalam tempoh 10 minit.35. Setiap peserta hendaklah berpakaian lengkap (menutup aurat dengan sempurna),iaitu baju kebangsaan bagi qari dan pakaian yang sesuai bagi qariah ketikamempersembahkan bacaan dan semasa majlis penyampaian hadiah. Pesertaqariah tidak dibenarkan memakai penutup muka semasa mempersembahkanbacaan dan semasa majlis penyampaian hadiah.36. Setiap peserta hendaklah mematuhi semua arahan dan peraturan yang dikeluarkanoleh penganjur dari semasa ke semasa.Penentuan AyatBAHAGIAN IVPERUJIAN DAN PENGHAKIMAN37. Ayat-ayat yang akan dibaca oleh semua peserta dipilih oleh sebuah jawatankuasayang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Induk dari juzuk 1 hingga juzuk 30 al-Quran al-Karim.38. Pemilihan ayat-ayat dan dua jenis tarannum yang ditetapkan kepada pesertaditentukan dengan cara undi, iaitu pada hari giliran peserta itu membaca.39. Setiap peserta tidak dibenarkan menukar ayat-ayat yang telah ditetapkan melaluiundian kepadanya.6

Penentuan Bilangan Peserta Pada Setiap Malam40. Pihak penganjur berhak menentukan bilangan peserta yang membaca padasetiap malam.Jemaah Hakim41. Majlis tilawah ini dihakimi oleh Jemaah Hakim yang terdiri seperti berikut:a. Seorang Pengerusi yang dilantik oleh YB Menteri Di Jabatan PerdanaMenteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-QuranPeringkat Kebangsaan;b. Seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Pengerusi Jemaah Hakim;c. Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Pengerusi Jemaah Hakim; dand. Sekurang-kurangnya 8 orang Ahli Jemaah Hakim yang dilantik olehPengerusi Jemaah Hakim bagi mengadili bidang-bidang Tajwid, Tarannum,Fasahah dan Suara.Tugas Pengerusi Jemaah Hakim42. Pengerusi Jemaah Hakim bertanggungjawab mengatur dan mentadbir carapenghakiman yang lengkap dengan memastikan ia dijalankan secara penuhamanah dan rahsia. Di samping itu, beliau bertanggungjawab menguruskanperkara-perkara berikut:a. Menyediakan borang permakahan;b. Menentukan tarikh dan giliran peserta membaca iaitu dengan cara undi;c. Menentukan ayat-ayat dan dua jenis tarannum yang perlu dibaca olehpeserta dengan cara undi;d. Sentiasa berada di tempat penghakiman dan mengawasi kerja-kerja parahakim;e. Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Hakim, iaitu sehari sebelum majlisdimulakan;f. Menetapkan tugas-tugas hakim mengenai bahagian-bahagian yangdihakimkan oleh mereka;g. Melantik hakim pengganti bagi hakim yang tidak dapat hadir;h. Mengesahkan dan menandatangani keputusan-keputusan majlis bersamahakim-hakim yang lain;7

i. Melantik jurukira markah setiap peserta; danj. Melantik beberapa orang pegawai petugas bagi membantu kerja-kerjaberkaitan urusan penghakiman.Tugas Hakim43. Setiap hakim dikehendaki menghakimi bacaan peserta mengikut bahagian-bahagianyang ditetapkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim kepadanya.Kaedah Penghakiman44. Pada menjalankan tugas penghakiman, Jemaah Hakim hendaklah mengadakansatu kaedah penghakiman yang meliputi perkara-perkara berikut:a. Bahagian-bahagian penghakiman;b. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam bidang-bidangpenghakiman, iaitu Tajwid, Tarannum, Fasahah dan Suara;c. Kaedah permakahan termasuk borang permarkahan; dand. Penentuan pemenang.45. Jemaah Hakim berhak menentukan kaedah tersebut dan boleh meminda danmembaikinya dari semasa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan kaedahberkenaan. Kaedah tersebut dijadikan Lampiran A kepada peraturan ini.Rayuan dan Bantahan46. Sebarang rayuan dan bantahan berkaitan perujian dan penghakiman tidakdibenarkan sepanjang majlis berlangsung.Kuasa Jawatankuasa IndukBAHAGIAN VPENUTUP47. Jawatankuasa Induk berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajarbagi perkara-perkara yang tidak tercatat dalam peraturan ini. Keputusan itu adalahmuktamad.48. Setiap peserta dikehendaki mematuhi Peraturan Majlis Tilawah al-Quran PeringkatKebangsaan ini dan arahan-arahan lain yang dikeluarkan oleh penganjur darisemasa ke semasa. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta yangmelangggar peraturan ini.8

Tarikh Kuatkuasa49. Peraturan ini berkuatkuasa mulai dari 1 Januari 2010.(DATO’ HJ. WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABD. AZIZ)Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia9

LAMPIRAN AKAEDAH PENGHAKIMANMAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN________________________________________________________TUJUAN1. Kaedah ini bertujuan untuk membantu Jemaah Hakim Majlis Tilawah al-QuranPeringkat Kebangsaan menjalankan tugas-tugas penghakiman dalam Majlis Tilawahal-Quran Peringkat Kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan MajlisTilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan.RASIONAL KAEDAH PENGHAKIMAN2. Kaedah ini memberi panduan secara terperinci kepada semua anggota JemaahHakim dalam setiap tugas yang mereka lakukan dan membantu merekamelaksanakannya dengan cekap dan berkesan.BAHAGIAN-BAHAGIAN PENGHAKIMAN3. Bahagian-bahagian penghakiman adalah seperti berikut:a. Tajwid, dengan wajaran 40 markah;b. Tarannum, dengan wajaran 25 markah;c. Fasahah, dengan wajaran 20 markah; dand. Suara dengan wajaran 15 markah.Bahagian Tajwid4. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Tajwid adalahseperti berikut:a. Menjaga segala hukum Tajwid dengan sempurna, terutama mengenaiperkara-perkara yang dihuraikan di bawah ini selanjutnya;b. Menyebut dengan betul setiap makhraj dan sifat huruf serta lain-lain dari segitebal dan nipisnya;c. Menjaga hukum-hukum Tarqiq dan Tafkhim terutama pada huruf lam dan ra’;d. Mad Asli, Mad Tabii dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang dua harakat;10

e. Mad Jaiz Munfasil boleh dibaca dengan dua harakat atau empat harakat ataulima harakat. Setiap peserta boleh memilih salah satu daripada wajah-wajahMad Jaiz Munfasil mengikut jalan (tariq) yang dibaca oleh peserta. Sekiranyaia memilih salah satu daripadanya, ia hendaklah meneruskan bacaannya ataswajah itu tanpa berpindah kepada wajah yang lain. Sekiranya terdapat duaMad Jaiz Munfasil atau lebih dalam sesuatu ayat, maka hendaklahdisamakan kadar panjang mad itu, iaitu jika dibaca dengan empat harakatpada Mad Jaiz Munsafil pertama, maka hendaklah dibaca dengan empatharakat juga pada Mad Jaiz Munsafil kedua, demikianlah seterusnya;f. Mad Wajib Muttasil hendaklah dibaca dengan kadar panjang empat harakat,atau lima harakat, atau enam harakat ketika waqaf. Kadar panjangbacaannya hendaklah diselaraskan;g. Mad Lazim hendaklah panjang bacaannya dengan kadar enam harakat,manakala mad istifham/mad farq boleh dibaca dengan dua wajah, iaitubacaan ibdal atau tashil;h. Mad ‘Aridh dibaca dengan kadar panjang dua atau empat atau enam hakaratketika waqaf sahaja;i. Mad Silah hendaklah dibaca dengan kadar dua harakat, tetapi sekiranyaselepas Mad Silah terdapat sebab, yakni hamzah selepasnya, makahendaklah dibaca dengan kadar panjangnya seperti Mad Jaiz Munfasil;j. Ghunnah dibaca dengan kadar dua harakat, sama ada dalam keadaan waqafdan wasal;k. Riwayat yang dijadikan asas pegangan ialah Riwayat Hafs; danl. Mengenai isymam dan raum, saktah, tashil dan ibdal, naql, silah dan imalahialah seperti mengikut tariq bacaan yang dipilih oleh peserta seperti berikut:i. isymam/raumii.saktahiii.tashil/ibdal11

iv.naqlv. Silahvi.imalahm. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang Tajwid hendaklah mengandungiciri-ciri seperti berikut:i. Dapat menyempurnakan riwayat qiraat dan tariq bacaan dengan sempurna;ii.iii.iv.Dapat menyamai kadar panjang hukum mad;Dapat menyempurnakan sebutan huruf dan sifatnya; danDapat menyempurnakan sifat-sifat ghunnah;n. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Tajwid ialah sepertiberikut:i. Perkara –perkara yang dihakimi ialah:1. bacaan mengikut Riwayat Hafs Tariq al-Imam al-Syatibi/al-Imam Ibnal-Jazari;2. makhraj dan sifat huruf;3. hukum nun dan mim sakinah dan tanwin;4. hukum nun dan mim musyaddadah;5. hukum ra’ dan lam;6. hukum saktah, imalah dan ibdal;7. hukum mad asli dan far’i; dan8. hukum-hukum tajwid yang lain.ii.iii.Setiap satu kesalahan khafi dipotong satu markah; danSetiap satu kesalahan nyata (jali) dipotong dua markah.Bahagian Tarannum5. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian tarannumadalah seperti berikut:a. Menggunakan tarannum bil-Quran dengan sekurang-kurangnya empat jenistarannum termasuk dua jenis tarannum yang ditetapkan tanpa mengira jenistarannum yang dimulakan;b. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah disempurnakan secara teratursekurang-kurangnya dalam empat harakat tanpa bercampur aduk atau takrir;12

c. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah dibawa dalam tiga tingkatan (tabaqat)suara iaitu:i. rendah, sederhana dan tinggi; atauii.sederhana, tinggi dan tertinggi.d. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusunsatu demi satu tanpa bercampur aduk antara satu sama lain kecuali wuslahal-mumathalah;e. Menunaikan wuslah al-mumathalah sekurang-kurangnya sekali dalam satubacaan;f. Setiap tarannum bil-Quran yang dibawa pada ayat yang akhir (penutup)hendaklah sama dengan tarannum yang dibawa pada ayat permulaan, iaitusebelum berakhir tempoh masa yang ditetapkan;g. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang tarannum hendaklahmengandungi ciri-ciri seperti berikut:i. Tarannum bil-Quran yang mempunyai lahjah Arab dan qit’ah-qit’ahyang menarik;ii.iii.iv.Tarannum bil-Quran yang dibawa mempunyai wuslah al-mumathalahyang menarik lebih daripada sekali dalam satu bacaan;Mempunyai kecekapan membawa tarannum bil-Quran lain selaindaripada tarannum bil-Quran wajib, sekurang-kurangnya dalam duaharakat dalam tempoh bacaan yang ditentukan;Setiap tarannum bil-Quran mengandungi lebih daripada empat harakatyang teratur dan menarik;v. Tarannum bil-Quran yang mempunyai unsur-unsur tersendiri tanpameniru mana-mana qari yang masyhur;vivii.viii.ix.Dapat menyesuaikan tarannum bil-Quran dengan kehendak maknaayat tanpa lari daripada kaedah Tajwid dan Usul;Membawa burdah-burdah tarannum bil-Quran yang menarik;Setiap persembahan tarannum hendaklah disempurnakan empattabaqat; danBacaan yang mempunyai salalim nuzul atau salalim su’ud yangmenarik pada setiap tarannum dalam mana-mana harakat;13

h. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang tarannum bil-Quran ialah seperti berikut:i. Membaca kurang daripada empat jenis tarannum – setiap satutarannum wajib yang ditinggalkan dipotong empat markah;ii.Tidak membaca dua jenis tarannum yang ditetapkan, setiap satudaripada dua tarannum yang ditinggalkan dipotong empat markah;iii. Membaca kurang daripada empat harakat bagi setiap tarannum –setiap satu harakat yang kurang dipotong satu markah;iv.Tidak membawa tiga tabaqat bagi setiap tarannum – setiap satutabaqat yang tidak dibawa dipotong satu markah;v. Sumbang yang merosakkan tarannum – setiap satu kesalahandipotong satu markah;vi.vii.viii.ix.Terputus nafas yang merosakkan tarannum – setiap satu kesalahandipotong satu markah;Tarannum yang bercampur aduk – setiap satu kesalahan dipotongsatu markah;Takrir pada tarannum – setiap satu kesalahan dipotong satu markah;Takrir pada harakat – setiap satu kesalahan dipotong satu markah;x. Meniru sepenuhnya bacaan mana-mana qari yang mashyur – dipotongsatu markah;xi.Tidak membawa satu wuslah al-mumathalah dan ikhtilal al-lahn bagisatu bacaan – dipotong satu markah;xii. Tarannum penutup tidak sama dengan tarannum pembukaan –dipotong satu markah; danxiii.Jika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotongmarkahnya dengan kadar tidak melebihi lima markah.Bahagian Fasahah6. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Fasahah adalahseperti berikut:a. Cermat dan fasih dalam bacaan;b. Mahir menyebut kalimah-kalimah dan ayat-ayat;14

c. Terpelihara segala huruf, harakat (baris) dan tasydid;d. Menepati waqaf dan ibtida’ termasuk Waqaf Jibril atau Waqaf Nabawi;e. Bacaan menurut lahjah Arab Fusha;f. Bacaan sederhana, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat;g. Tidak bercampur aduk antara bacaan tartil dan tadwir;h. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang Fasahah hendaklahmengandungi ciri-ciri seperti berikut:i. Bacaan dengan lahjah Arab;ii.iii.Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas; danBacaan yang cermat dan bertadabbur;jKaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Fasahah adalahseperti berikut:i. Tersalah memulakan bacaan atau ayat yang ditetapkan – dipotong tigamarkah;ii.iii.iv.Menamatkan bacaan melebihi 30 saat sebelum cukup tempoh yangdiperuntukkan – dipotong satu markah;Tertinggal atau melangkau ayat semasa dalam bacaan – dipotongdua markah;Tidak membaca ayat atau surah yang telah ditetapkan – bacaanditolak (tidak diberi markah);v. Jika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotongmarkahnya dengan kadar tidak melebihi lima markah; danvi.Jika berulang-ulang kesalahan nyata (jali) atau tiada kelancaran yangberterusan maka markah Fasahah dibatalkan (tidak diberi markah).Bahagian Suara7. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Suara adalahseperti berikut:a. Kebersihan, kelicinan dan kelancaran suara;15

vii.viii.ix.Suara yang tidak cukup tiga tabaqat – tiap-tiap kali dipotong satumarkah;Suara lemah dan kelembapan – tiap-tiap kali dipotong satu markah;Suara yang keras dan kaku – tiap-tiap kali dipotong satu markah;x. Suara yang berubah kualiti – tiap-tiap kali dipotong satu markah;xi.xii.Tidak membawa satu ikhtilal al-lahn bagi satu bacaan – dipotong satumarkah; danJika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotongmarkahnya dengan kadar tidak melebihi lima markah.KAEDAH PERMARKAHANBorang Pemarkahan8. Borang pemarkahan yang disediakan oleh penganjur sahaja dikira sah bagikegunaan dalam majlis ini.Cara Mengisi Borang9. Semasa majlis dijalankan, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian olehpara hakim ketika mengisi borang pemarkahan, iaitu:a. Tiap-tiap satu kesalahan pada satu-satu bahagian hendaklah dipotongmarkah yang ditetapkan daripada markah penuh yang diperuntukkan bagibahagian itu;b. Kesalahan-kesalahan yang sama dalam satu-satu perkara tidak dikirasebagai satu kesalahan baru;c. Setiap kesalahan hendaklah ditunjukkan dalam borang pemarkahan denganmemberi tanda jumlah markah yang dipotong pada ruangan yang disediakandan dicatatkan kesalahannya;d. Sekiranya seseorang peserta membaca ayat al-Quran lain daripada yangtelah ditetapkan kepadanya, maka bacaannya tidak dikira;e. Hakim hendaklah menggunakan pen dakwat apabila mengisi borangpemarkahan; danf. Setelah selesai satu-satu penghakiman, borang-borang tersebut hendaklahditandatangani oleh setiap hakim;17

Jurukira10. Urusan kira mengira dan menyediakan daftar keputusan dilakukan oleh sekurangkurangnyaseorang jurukira yang dilantik oleh Pengerusi Jemaah Hakim.PENENTUAN PEMENANG11. Bagi menentukan pemenang, Jemaah Hakim akan berpandukan kepada perkaraperkaraberikut:a. Peserta yang dapat markah tertinggi akan menyandang tempat pertama, danyang kedua tertinggi mendapat tempat kedua dan begitulah seterusnya;b. Sekiranya berlaku persamaan markah antara dua orang peserta atau lebih,maka hendaklah dirujuk kepada markah bahagian Tajwid, iaitu peserta yangmemperoleh markah Tajwid lebih tinggi dikira sebagai pemenang. Sekiranyamasih terdapat persamaan, maka hendaklah dirujuk kepada markahbahagian Tarannum dan seterusnya markah Fasahah dan Suara. Sekiranyamasih juga terdapat persamaan, Jemaah Hakim hendaklah membuat undiansecara yang terbaik;c. Bagi menetukan tempat kedua dan ketiga, Jemaah Hakim hendaklahmengikuti kaedah seperti penentuan tempat pertama yang dinyatakan di atas;dand. Johan antara negeri hendaklah ditentukan mengikut jumlah markah yangdiperoleh oleh qari dan qariah yang mewakili sesebuah negeri dengan syaratsalah seorang daripadanya mendapat sekurang-kurangnya tempat ketiga.Dalam segi ini, qari dan qariah yang menyertai majlis sebagai JohanMenunggu diangap tidak mewakili mana-mana negeri.PENUTUP12. Kaedah penghakiman ini menjadi panduan kepada setiap anggota Jemaah Hakimmelaksanakan tugas masing-masing dengan teratur dan sistematik. Dengan itudapat membantu Jemaah Hakim menjalankan tugas-tugas penghakiman dalamMajlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalamPeraturan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dengan cekap danberkesan.18

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!