09.02.2014 Views

PENGORBANAN KEMBALI KEPADA ISLAM - Jabatan Kemajuan ...

PENGORBANAN KEMBALI KEPADA ISLAM - Jabatan Kemajuan ...

PENGORBANAN KEMBALI KEPADA ISLAM - Jabatan Kemajuan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KHUTBAH KHAS IDULADHA:

“PENGORBANAN KEMBALI KEPADA ISLAM ”

10 ZULHIJJAH 1431H

17 NOVEMBER 2010M

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang di Rahmati Allah Sekalian,

Pada pagi Hari Raya Iduladha yang penuh keberkatan lagi mulia ini, marilah samasama

kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah

SWT dengan sebenar-benar takwa. Ketakwaan penuh keinsafan, penuh

pengorbanan yang bertanggungjawab membawa kita mentaati perintah Allah SWT

dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita dikasihi Allah,

mendapat perlindungan-Nya di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan

menyampaikan khutbah yang bertajuk “PENGORBANAN KEMBALI

KEPADA ISLAM ”.

1

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat yang di Rahmati Allah,

Ibadah haji mengembalikan kenangan agong yang berlaku kira-kira 5,000 tahun

yang lampau melibatkan pengorbanan nabi Ibrahim AS dan keluarganya dalam

mentaati perintah Allah. Dalam mencapai pengorbanan yang agong ini nabi

Ibrahim telah menghabiskan segenap usianya untuk berbakti kepada tuhan,

meletakkan batu asas supaya manusia kembali kepada agama Allah. Selain

menjadikan kota Mekkah sebagai pusat gerakannya, baginda kemudian berpindah

dari satu daerah ke satu daerah, dari wilayah Iraq sampai ke Palestin, terus ke

Mesir. Ditinggalkan isterinya Hajar bersama putranya Ismail di tanah tandus yang

tidak berair itu sehingga terpancarlah air zamzam untuk memberi minum kepada

mereka.

Apabila baginda kembali ke Makkah, diperintahkan tuhan menyembelih

puteranya Ismail, dan dilakukannya dengan penuh keikhlasan. Maka diganti oleh

Allah SWT dengan haiwan iaitu kibas yang dijadikan korban sembelihan.

Kemudian bersama putranya membina semula Baitullah yang menjadi kiblat kaum

muslimin hingga sekarang. Pengorbanan besar nabi Ibrahim dan keluarganya

kepada Allah SWT dapat dilihat dalam kalimah talbiah yang berbunyi,

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia

dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami

sahut seruanMu. Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya

adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu.

Lafaz talbiah yang diucapkan oleh nabi Ibrahim AS dan keluarganya

memberi pengertian yang besar dalam kehidupan umat Islam. Apa yang nyata

talbiah ini adalah ikrar yang dilafazkan jemaah haji di seluruh tanah haram

2

Mekkah semata-mata untuk bertakwa kepada Allah SWT, tanda kerinduan kepada

Allah yang Maha Esa dan bersiap sedia untuk berkorban kembali kepada Islam

dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Kekuatan ibadah haji terletak kepada penghayatan lafaz talbiah ini yang dizahirkan

melalui amalan tawaf, Sai’, wuquf, bermalam di Muzdalifah, melontar di Jamrah,

bercukur dan ibadah yang lain.

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menerangkan bahawa dengan

mengerjakan ibadah haji seseorang muslim menunjukkan kerinduannya yang

mendalam kepada tuhan. Ditinggalkan kampung halaman, anak isteri, keluarga

serta sahabat dan berangkat mengharungi lautan yang luas, meredah angkasa,

mengharungi daratan yang terbentang menuju ke tanah suci dan Baitullah sematamata

untuk mengabdikan dan kembali kepada ajaran Islam seperti mana ikrar

yang dilakukan oleh nabi Ibrahim, nabi Ismail dan nabi Muhammad SAW ketika

berada di tanah suci Mekkah. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat

4:

Maksudnya: ” Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan pengikutpengikutnya

contoh ikutan yang baik”.

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat yang di Rahmati Allah,

Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima selepas mengucap kalimah syahadah,

solat, berpuasa, dan menunaikan zakat. Mereka yang melaksanakan ibadah haji ini

hakikatnya menjadi simbul telah sempurna keimanan dan penghayatan

melaksanakan perintah Allah. Mereka melafazkan lafaz talbiah sebagai

mengistiharkan dan berikrar untuk kembali dan berkorban mempertahankan ajaran

Islam sepenuhnya. Sebab itulah mereka yang menunaikan ibadah haji dan

3

mempertahankan sifat-sifat mahmudah atau sifat yang terpuji yang membawa

kebaikan kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara dianggap sebagai

mendapat haji mabrur.

Sambutan Hari Raya Korban atau Iduladha adalah merujuk kepada

pengorbanan kembali kepada Islam kerana Islam adalah agama Allah. Menerima

Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan

rahmatan, keamanan dan keindahan. Menerima Islam sepenuhnya tidak akan

merugikan, menyusahkan dan tidak menjatuhkan maruah seseorang.

Berdasarkan pemerhatian mimbar, terdapat umat Islam mengalami perasaan

ragu-ragu untuk menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan

mereka mengamalkan Islam secara terpisah-pisah atau secara serpihan. Ada yang

mengamalkan solat, puasa, haji tetapi pada masa yang sama pula bergelomang

dengan maksiat. Lantaran kealpaan inilah kita lalai dalam melaksanakan

tangungjawab sebagai seorang hamba Allah SWT. Terdapat beberapa faktor yang

menyebabkan seseorang itu lalai dari tangungjawab yang sebenarnya antaranya

ialah kerana mereka ini sukakan kehidupan dunia dan benci kepada kematian,

sedangkan perlu diingat suatu hari nanti kita akan berhadapan dengan Allah dalam

keadaan bersendirian.

Cinta kepada dunia datang dengan pelbagai bentuk seperti cintakan

kemewahan, kesenangan, keamanan, kesihatan, kedudukan dan pangkat. Lantas

dengan perkara ini kita menjadi lalai dan tidak mampu mengorbankan apa jua yang

ada pada kita di jalan Allah SWT. Kita beranggapan segala yang kita perolehi

adalah hasil dari usaha kita sendiri tanpa menghubung kait dengan pemberian dari

Allah SWT. Kita lebih mengutamakan kerja daripada melaksanakan perintah

Allah, lalai untuk mengorbankan sedikit waktu untuk sujud dan patuh kepada

perintah-Nya dan ada juga yang belum mampu untuk mengorbankan sedikit hasil

4

pendapatan dan harta kerana dikhuatiri kekayaan dan harta itu akan berkurangan,

justeru kita lebih suka memikirkan kepentingan diri daripada kepentingan umun.

Ibadah haji yang sedang dilaksanakan pada saat ini sebenarnya memupuk

semangat berkorban sesama umat Islam, menjaga hubungan persaudaraan, bersatu

hati, menghindari sikap mementingkan diri sendiri. Prinsip-prinsip inilah yang

akan membentuk kekuatan yang perlu difahami dan dijunjung oleh setiap individu

muslim pada ketika ini. Umat Islam yang longgar atau mengenepikan prinsipprinsip

pengorbanan ini membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk

menghancurkan Islam dan umatnya. Oleh itu pengorbanan antara satu sama lain

adalah agenda umat yang paling dituntut. Mimbar menyeru marilah sama-sama

kita mengorbankan sedikit kepentingan diri demi

mengatur langkah bagi

memperkukuhkan dan memperkasakan ukhwah sebagai agenda utama dalam

menentukan masa depan umat Islam itu sendiri.

Pengorbanan yang sebenarnya adalah pengorbanan yang berasaskan

kepentingan Islam. Inilah pengorbanan yang mesti dilakukan oleh setiap kita, demi

membela dan menyelamatkan Islam dan umatnya. Kesemua ini menuntut

pengorbanan jiwa raga dan harta benda dengan bertunjangkan kepada niat yang

ikhlas dan ketakwaan kepada Allah SWT. Ingatlah wahai umat Islam sekalian

setiap pengorbanan tanpa keiklasan dan ketakwaan kepada Allah SWT adalah siasia

belaka. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 37 :

Maksudnya: Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada

Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia

memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas

petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang

berusaha supaya baik amalnya..

5

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Lafaz talbiah yang menyeru kita kembali dan berkorban untuk Islam telah

menyedarkan kita, menginsafkan kita bahawa agama Islam menjadi asas kekuatan

umat Islam di negara ini. Kelemahan kita mempertahankan Islam akan menjerat

bangsa kita menjadi bangsa yang tiada identiti dan jati diri.

Mimbar menyeru marilah kita mengambil kesempatan pada hari yang mulia

ini, untuk membina keutuhan tali persaudaraan diantara kita dengan ziarahmenziarahi

dan bermaaf- maafan sesama kita. Buang yang keruh, ambillah yang

jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa

depan umat Islam, maka sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa

mempedulikan perbezaan latar belakang ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar

belakang fahaman atau politik. Kita ketepikan segala perbezaan-perbezaan

tersebut.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, beberapa perkara yang perlu diambil

perhatian sebagai renungan kita bersama : Pertama: Iduladha yang kita rayakan

ini mengajar kita erti pengorbanan dan sesungguhnya pengorbanan itu adalah

sesuatu yang sangat tinggi nilainya bagi seluruh umat Islam. Kedua: Ibadat haji

secara tidak langsung mendidik kita supaya bersikap dengan nilai-nilai yang positif

serta dituntut di dalam Islam seperti sabar, tolong- menolong, bertolak ansur,

merendah diri, bersyukur, redha, istiqamah, tawakkal dan sebagainya. Disamping

itu juga, ia mendidik kita menjauhi nilai-nilai negatif seperti mementingkan diri

sendiri, tidak sabar, tamak, bangga diri, hasad dengki dan seumpamanya. Ketiga:

Pengorbanan kembali kepada Islam adalah yang berasaskan kepada keikhlasan dan

ketakwaan kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah

SWT dalam surah al-Kauthar ayat 1-3

6

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu(wahai

Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak(di dunia dan akhirat). Oleh itu

kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban

(sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang

terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diinginnya).

7

KHUTBAH KEDUA

IDULADHA

Sidang Jemaah yang dikasihi sekalian,

Marilah pada hari yang penuh bahagia ini kita melafazkan rasa kesyukuran di atas

nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sesungguhnya disekeliling kita masih

terdapat golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan daripada

kita.

Selepas ini umat Islam akan melakukan ibadat korban bagi meninggikan

syiar Islam. Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mematuhi syarat-syarat

tertentu yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Dengan ini menunjukkan bahawa

Allah SWT tidak menerima ibadat yang dilakukan sambil lewa, tidak mematuhi

peraturan yang ditetapkan serta mengabaikan soal kesempurnaan ibadat yang

hendak dilaksanakan. Oleh itu ketelitian dan kesungguhan dalam melakukan apa

jua kerja mestilah di beri perhatian oleh semua umat Islam.

Ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan

dengan niat dan amalan yang ikhlas. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan

dicemari dengan sifat riak, takabbur dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka

akan tertutuplah rahmat Allah SWT dan sia-sialah amalan yang kita lakukan.

8

Pengagihan daging korban dapat membantu meringankan beban,

mempertingkatkan kualiti hidup dan mengeratkan silaturrahim di antara umat

Islam itu sendiri. Selain daging korban, umat Islam juga boleh menghantar

sumbangan dalam pelbagai bentuk tanda kasih sayang sesama kita, walaupun harga

sebahagian binatang korban semakin meningkat, namun ianya tidak menjadi

penghalang bagi yang mampu kerana ganjaran pahalanya yang besar.

Mimbar menyambut baik usaha yang telah dijalankan oleh pihak-pihak yang

tertentu seperti masjid-masjid, surau-surau, NGO dan pertubuhan Islam lain yang

menjalankan ibadat korban di negara-negara minoriti Islam seperti Kemboja,

Vietnam, Filipina bagi menyahut seruan suci ini. Paling penting adalah mereka

yang mengorbankan harta dan binatang ternakan bagi tujuan suci ini dengan penuh

ketakwaan dan hati yang ikhlas kepada Allah SWT. Mimbar amat menghargai

sumbangan jemaah dan umat Islam sekalian yang menghidupkan ibadat korban

samada di peringkat kampung, taman perumahan mahupun di luar negara.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas

baginda nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita

melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada baginda

hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan salawat dan salam sebagaimana

firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi

segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai

orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah

salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

9

10

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!