14.02.2014 Views

Sambut Saranan PM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sambut Saranan PM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sambut Saranan PM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sekilas Pandang Karnival

Inovasi Islam

Karnival Inovasi Islam 2010 yang

diadakan di Qiblat Walk, Presint

3, Putrajaya (hadapan Masjid

Tuanku Mizan Zainal Abidin) pada

5 hingga 8 Ogos 2010 merupakan

program anjuran Jakim dengan

kerjasama Johor Corporation, TM-

Telekom Malaysia Berhad, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Perbadanan

Putrajaya, Kementerian Sains, Teknologi

dan Inovasi (MOSTI), Kementerian

Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Kementerian Penerangan

Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia,

Yayasan Taqwa MAIWP dan KFC.

Majlis Perasmian dan Pelancaran

Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan

2010 ini dijadual dirasmikan oleh

Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan

Sri Muhyiddin Mohd Yassin, pada 5

Ogos 2010 bermula jam 8.00 malam.

Seterusnya diikuti dengan siaran

langsung Forum Perdana Ehwal Islam

yang bertajuk “Inovasi Menjulang

Tamadun Baru.”

Karnival yang julung-julung kali

diadakan ini mensasarkan beberapa

objektif utama iaitu menonjolkan ideaidea

kreatif dan inovatif serta produkproduk

inovasi Islam di samping

memberi pengiktirafan kepada pihakpihak

yang telah memberi sumbangan

besar dalam bidang inovasi Islam di

Malaysia. Bersempena dengan karnival

ini, penganjur telah meletakkan tema

majlis “Inovatif 1Malaysia 1Ummah.”

Tema ini dilihat sebagai suatu usaha

yang tepat dalam menyuburkan budaya

inovasi di kalangan masyarakat.

Acara kemuncak pada Majlis Perasmian

dan Pelancaran Karnival Inovasi Islam

adalah Majlis Anugerah Inovasi Islam

2010 yang akan disampaikan oleh

Timbalan Perdana Menteri. Anugerah

berprestij ini terdiri daripada satu

Anugerah Utama Inovasi Islam 2010 dan

empat sektor Anugerah Inovasi Islam

2010 iaitu halal, kewangan, pengurusan

masjid mandiri dan pengurusan

pendidikan Islam.

Antara yang menarik dalam program

ini adalah penglibatan lebih 180 buah

booth dalam ekspo pameran dan

jualan yang menarik penyertaan dari

institusi pengajian tinggi awam, pusat

penyelidikan dan makmal sains kerajaan

dan swasta, syarikat Government Linked

Company (GLC) dan lain-lain.

19 program berbentuk kelimuan seperti

seminar, forum dan bengkel telah

diatur oleh penganjur antaranya seperti

siaran langsung Forum Perdana Ehwal

Islam, Seminar Masjid Mandiri, Bengkel

Inovasi Tahsin-Qiraat, Seminar Sains

Solat yang akan dikendalikan oleh Prof.

Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim (Fakulti

Bioperubatan, UM), Bengkel Kreativiti

Seni Khat, Bengkel Inovasi Kementerian

Pelajaran Malaysia dan lain-lain. Turut

dianjurkan adalah Bengkel Inovasi

Cepat Baca Al-Quran (CBQ) dan Diskusi

Inovasi bersama Angkasawan iaitu Dr.

Faiz Khaleed di samping Tan Sri Dr.

Harussani Zakaria dan dipengerusikan

oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman.

Selain itu, karnival juga mengetengahkan

aktiviti di pentas utama berbentuk

persembahan dan demonstrasi. Dengan

mengambil kira pelbagai golongan

sasaran, pelbagai demonstrasi hasil

inovasi dan kreativiti akan dapat

disaksikan oleh para pengunjung seperti

masakan selera 1Malaysia, perubatan

alternatif, animasi Islam, pertanian herba

dan perladangan, Zul Design Autotronic

dan animasi Islam Upin dan Ipin.

Pelbagai persembahan diatur sepanjang

karnival tersebut berlangsung seperti

persembahan wayang kulit versi baru,

persembahan nasyid dari kumpulan

nasyid tanah air seperti kumpulan

Inteam dan Far East, pertunjukan seni

mempertahankan diri, pementasan

al-Bukhari, persembahan permainan

rakyat, persembahan finalis program

realiti ‘Adik-adikku’ dan demonstrasi

animasi kartunis dari MOY & APO.

Julai 2010 |

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!