25.10.2014 Views

Transformasi Politeknik 2013 - Jabatan Pengajian Politeknik

Transformasi Politeknik 2013 - Jabatan Pengajian Politeknik

Transformasi Politeknik 2013 - Jabatan Pengajian Politeknik

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Transformasi

ialah satu proses

perubahan bentuk,

sifat atau keadaan

Kamus Dewan,

Dewan Bahasa dan Pustaka

KANDUNGAN

03

04

05

06

07

09

14

22

36

48

50

PETIKAN UCAPAN PERDANA MENTERI

PETIKAN UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

PERUTUSAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PERUTUSAN KETUA PENGARAH, JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

RINGKASAN EKSEKUTIF

PENDAHULUAN

PENCAPAIAN TRANSFORMASI POLITEKNIK FASA PERTAMA

PERANCANGAN TRANSFORMASI POLITEKNIK FASA KEDUA

KESIMPULAN & LAMPIRAN

DAFTAR SINGKATAN

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

PETIKAN UCAPAN

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Kementerian Pengajian Tinggi

Jabatan Pengajian Politeknik

Aras 3- 5, Galeria PjH, Jalan P4W

Persiaran Perdana, Presint 4

62100 Putrajaya

No. Tel. : 03-8891 9000

No. Faks : 03-8891 9300

Laman Sesawang : http://politeknik.gov.my

E-mel : webjppoli@mohe.gov.my

© Jabatan Pengajian Politeknik

Cetakan Pertama 2013

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam penerbitan ini tidak dibenarkan

ditiru, diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,

atau dipindah dalam mana-mana cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal,

penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya, tanpa izin bertulis daripada

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

TRANSFORMASI POLITEKNIK FASA DUA / PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional

dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya,

kerajaan hari ini jelas mengenai hala tuju yang ingin dibawa negara,

iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

(Petikan ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

ketika Pelancaran GTP/ETP 2011 pada 4 April 2012)

Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama

Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan,

Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat

antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai

bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan

Bank Dunia, “Doing Business 2013” misalnya, telah meletakkan

Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di

dunia manakala laporan “World Competitiveness Yearbook 2012”

telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya

saing di dunia.

”(Petikan ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

Perutusan Tahun Baru 2013 pada 31 Disember 2012)

Diterbitkan oleh:

Kementerian Pengajian Tinggi

Hala Tuju Transformasi Politeknik

Rujukan : KPT/JPP/BPD/01/2013(1)

Imagine today, where we would like to be tomorrow. Imagine

Malaysia in 2020 as a developed nation and global talent destination,

joining the ranks of leading nations of the world. To paraphrase John

Lennon, imagine all Malaysians, living for this better day. Let’s together

make it happen. I alone cannot realize this dream, walk with me on this

journey of transformation, work with me to realize the dreams to all

Malaysians.

”(Petikan ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

ketika melancarkan Talent Roadmap 2020 pada 24 April 2012)

Sumber: Laman sesawang Pejabat Perdana Menteri Malaysia,

http://www.pmo.gov.my (12 Februari 2013)

2 3

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

PETIKAN UCAPAN

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin

PERUTUSAN

MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Perancangan sistematik dan berterusan ini bermula

dan diterjemahkan melalui penghasilan Blueprint Pelan

Pembangunan Pendidikan 2000-2010, diikuti dengan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Di samping itu,

melalui Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan

Utama Negara (NKRA) diperkenalkan dengan memberi fokus

kepada memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan. Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pula, melalui

Bidang Keberhasilan Keutamaan Ekonomi (NKEA) telah memberi

penekanan kepada empat kluster pendidikan iaitu membina

kewangan islam dan pendidikan perniagaan, membina pendidikan

sains kesihatan, membina kejuruteraan, sains dan inovasi lanjutan

dan membina disiplin hospitaliti dan pelancongan

(Petikan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

Pendidikan di Malaysia Melangkaui 2020 pada 23 Oktober 2012)

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

dan syabas di atas komitmen dan sokongan padu semua warga

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan politeknik dalam menjayakan

pelaksanaan Fasa Pertama Pelan Transformasi Politeknik (2010 – 2012).

Saya percaya, pencapaian Fasa Pertama Pelan Transformasi Politeknik ini

berjaya merealisasikan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Pencapaian ini juga secara langsung menyumbang kepada pemerkasaan

pengajian tinggi demi kepentingan pembangunan negara terutamanya

dalam menghasilkan modal insan yang mahir dalam bidang teknikal dan

vokasional.

Sejajar dengan itu, saya yakin Fasa Kedua Pelan Transformasi Politeknik

(2013 – 2015) akan melonjakkan lagi sistem pengajian politeknik Malaysia

di peringkat serantau. Ini dapat dilihat melalui enam intended outcome

atau hasil yang disasarkan oleh JPP dan politeknik terutama untuk

menghasilkan modal insan negara secara lestari bagi mencapai objektif

negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Diharapkan inisiatif

yang diambil oleh JPP dan politeknik dalam merealisasikan hasil yang

diharapkan dalam fasa ini dapat dicapai melalui kerjasama, gabungan

kepakaran, pemikiran serta komitmen yang tinggi yang diberikan oleh

semua pihak.

Kementerian Pengajian Tinggi akan sentiasa memberikan sokongan

dan dorongan kepada JPP dan politeknik demi memastikan kejayaan

pencapaian agenda ini. Saya berharap segenap lapisan warga politeknik

akan terus komited menjayakan transformasi ini.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Laman sesawang Pejabat Perdana Menteri Malaysia,

http://www.pmo.gov.my (12 Februari 2013)

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

4 5

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

PERUTUSAN

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PERUTUSAN

KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengajian

Politeknik di atas usaha menerbitkan Buku Transformasi Politeknik : Peningkatan

Ke Arah Kecemerlangan. Ia merupakan kesinambungan kepada Fasa Pertama

Transformasi Politeknik (2010-2012) yang telah berjaya meletakkan satu asas

yang kukuh bagi Politeknik sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik

dan vokasional (TVET) serantau.

Pelaksanaan Transformasi Politeknik yang berpaksikan Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyediakan sistem pendidikan politeknik

yang berkualiti, relevan dan responsif terhadap kehendak globalisasi

dalam memenuhi tuntutan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Pemerkasaan Transformasi Politeknik memberikan impak yang tinggi dalam

usaha untuk mengarusperdanakan TVET terutamanya untuk melahirkan modal

insan kelas pertama seiring dengan perkembangan teknologi dan inovasi global.

Untuk tempoh 2013 – 2015, Transformasi Politeknik berada dalam

Fasa Kedua iaitu fasa peningkatan bersesuaian dengan usaha untuk

mempertingkatkan lagi peranannya sebagai peneraju TVET di peringkat

serantau. Saya yakin fasa ini amat penting dalam usaha sistem pengajian

politeknik untuk meningkatkan lagi bilangan pekerja teknikal selari dengan

apa yang dihasratkan oleh Wawasan 2020 dalam menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara industri.

Akhir kata, penerbitan buku ini amat tepat pada masanya iaitu di saat

Kementerian Pengajian Tinggi sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif

transformasi terutama dalam memberikan perkhidmatan yang melangkaui

ekspektasi masyarakat. Pengukuhan proses transformasi diharapkan dapat

membawa sektor pengajian tinggi negara ke peringkat yang lebih tinggi,

sama ada dalam menjayakan pembangunan sosio-ekonomi negara, mahupun

menjadikan negara kita hab kecemerlangan pengajian tinggi serantau.

Sekian, terima kasih.

DATUK AB. RAHIM BIN MD. NOOR

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Buku Transformasi Politeknik : Peningkatan Ke Arah Kecemerlangan merupakan

penerbitan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) yang bertujuan untuk menyebar

luas maklumat yang berkaitan pencapaian Fasa Pertama Transformasi Politeknik

(2010 – 2012) serta agenda-agenda yang telah dirancang dalam Fasa Kedua

Transformasi Politeknik (2013 – 2015).

Sejak pelancaran Hala Tuju Transformasi Politeknik pada 25 Februari 2010,

ianya telah menampakkan kejayaan terutamanya dalam mempertingkatkan

aksesibiliti pengajian tinggi serta kompetensi pembangunan ilmu melalui

program pengajian dan bidang tujahan serta budaya kerja cemerlang warga JPP

dan politeknik. Melalui transformasi, pembinaan imej baharu telah meletakkan

Politeknik sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional

(TVET) serantau.

Kini, Transformasi Politeknik telah bergerak ke Fasa Kedua iaitu Fasa Peningkatan.

Dalam Fasa Kedua Transformasi Politeknik (2013 – 2015), hasil yang diharapkan

telah dirancang dengan teliti agar semua inisiatif dapat dilaksanakan secara

berfokus dan berkomitmen tinggi agar selari dengan kehendak Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara. Saya percaya penekanan kepada tiga fokus utama

iaitu Program Baharu, Jaringan Antarabangsa TVET dan Transformasi

Kepimpinan diharapkan akan mempercepatkan lagi pencapaian enam hasil

yang disasarkan dengan jayanya.

Saya juga berharap agar maklumat mengenai pencapaian Fasa Pertama

Transformasi Politeknik dan pelan tindakan Fasa Kedua Transformasi Politeknik

yang terdapat dalam buku ini akan dapat dihayati oleh semua warga JPP dan

politeknik ke arah mempertingkatkan kualiti TVET.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung serta yang telah

menunjukkan komitmen tinggi dalam mengkompilasikan maklumat dan

seterusnya menerbitkan buku ini.

Sekian, wassalam.

DATUK HAJI MOHLIS BIN JAAFAR

6 7

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

Hala Tuju Transformasi Politeknik yang dilancarkan pada 25 Februari

2010 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merupakan permulaan

usaha bagi membina upaya baharu politeknik untuk melestarikan

pembangunan modal insan keluaran politeknik. Politeknik

memainkan peranan penting bagi memastikan sumber manusia

negara mempunyai ciri-ciri yang menepati kehendak sektor industri,

terutamanya dalam acuan Model Baru Ekonomi yang memerlukan

modal insan berinovatif dan kreatif.

Dalam eko-sistem TVET, Politeknik menyumbang aktif dalam

memastikan aspirasi pembangunan negara tercapai. Bagi

merealisasi agenda negara, Transformasi Politeknik mendukung

agenda-agenda besar negara melalui inisiatif yang dilakukan

mengikut fasa; pertama, Fasa Quick Wins dan Transformasi

Keinstitusian; kedua, Fasa Peningkatan; dan ketiga, Fasa

Pemerkasaan. Setiap fasa mempunyai kerangka berpandukan hasil

yang diharapkan (intended outcome) yang telah dikenal pasti.

Dalam fasa pertama, Politeknik menyasarkan institusinya dapat

mengukuhkan program pengajian dan penyelidikan berpandukan

bidang tujahan; lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak mendapat

akses yang lebih luas kepada program pengajian politeknik; warga

politeknik menghayati peranan baharu politeknik; semua tenaga

pengajar berpeluang dinaikkan pangkat berdasarkan pencapaian

mengikut kriteria kecemerlangan, dan budaya kerja di politeknik

diperkasakan berasaskan kualiti dan kecemerlangan. Transformasi

Politeknik Fasa Pertama telah mencatatkan pelbagai pencapaian

yang menjurus ke arah hasil yang diharapkan.

Dalam Fasa Kedua Transformasi Politeknik, fokus strategik

diterbitkan hasil daripada pengamatan dan pencapaian prestasi

Politeknik sehingga tamatnya Fasa Pertama. Harapan besar di akhir

fasa ini adalah supaya politeknik mendapat tempat dan kedudukan

yang signifikan dalam pengajian tinggi negara.

Fasa Kedua Transformasi Politeknik mempunyai beberapa hasil

yang diharapkan iaitu:

Pertama - Pusat Teknologi berprestasi tinggi

Kedua - Penawaran program mengikut NKEA di politeknik

Ketiga - Kedudukan baharu politeknik di peringkat

serantau

Keempat - Pemimpin yang transformatif

Kelima - Curriculum Standards for Polytechnics (CSP)

Keenam - Graduan berprestasi tinggi

8

9

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Bagi mencapai beberapa hasil yang diharapkan pada Fasa Kedua

terdapat tiga fokus utama yang diberi perhatian iaitu:

• Program Baharu

• Jaringan Antarabangsa TVET

• Transformasi Kepimpinan

Fokus utama tersebut akan membantu dalam pencapaian tiga

Petunjuk Kejayaan Transfomasi Politeknik iaitu:

• Politeknik di negara ini diiktiraf sebagai peneraju TVET

peringkat serantau.

• 85 peratus graduat politeknik bekerja (termasuk melanjutkan

pengajian) dalam tempoh enam bulan selepas tamat

pengajian.

• 50 peratus lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak memilih

politeknik sebagai pilihan pertama mereka melanjutkan

pengajian.

Petunjuk Kejayaan Transformasi Politeknik secara tidak langsung

mengukuhkan keberkesanan politeknik untuk melonjak kualiti

modal insan negara bagi mencapai objektif negara berpendapatan

tinggi menjelang 2020. Pelaksanaan Transformasi Politeknik dalam

Fasa Peningkatan dijangka akan berhadapan dengan lebih banyak

lagi cabaran terutamanya dalam mengurus perubahan semasa.

Fokus khusus bagi membangunkan warga yang mempunyai

atribut unggul akan diteruskan agar politeknik kekal inovatif, kreatif

dan responsif kepada keperluan pembangunan negara. Ini bagi

menjamin politeknik mendapat tempat dan mempunyai kedudukan

yang signifikan dalam pengajian tinggi negara seterusnya mampu

melaksanakan tanggungjawabnya dalam menghasilkan modal

insan negara secara lestari.

10

11

hala tuju

transformasi

politeknik

PENDAHULUAN

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

PENDAHULUAN

Rajah 1: Kerangka Transformasi Politeknik

Politeknik yang pertama di Malaysia iaitu Politeknik Ungku Omar,

Ipoh, telah ditubuhkan pada tahun 1969. Sejak itu, 32 politeknik

telah beroperasi di seluruh negara dengan enrolmen melebihi

90,000 pelajar. Seiring dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara, Transformasi Politeknik bertujuan menghasilkan modal

insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan mampu

bersaing dalam pasaran global. Di samping itu, politeknik bertekad

untuk menyumbang kepada peningkatan bilangan tenaga kerja

negara yang berkemahiran tinggi kepada 37 peratus menjelang

tahun 2015.

Tempoh agenda Transformasi Politeknik adalah dalam jangka

masa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas.

Empat teras yang ditentukan akan menjana beberapa inisiatif

ke arah pencapaian objektif Transformasi Politeknik. Inisiatif ini

akan membuahkan tiga penghasilan utama yang diukur dengan

sasaran petunjuk kejayaan utama (Key Success Indicators- KSI) yang

perlu dicapai menjelang 2020.

PETUNJUK

KEJAYAAN

UTAMA

POLITEKNIK INOVATIF, KREATIF & RESPONSIF

KSI 1 -

KSI 2 -

KSI 3 -

Politeknik Malaysia meneraju pendidikan

dan latihan teknik dan vokasional di peringkat serantau.

85% graduat politeknik mendapat pekerjaan

(termasuk melanjutkan pelajaran) dalam tempoh

enam bulan selepas menamatkan pengajian.

50% lepasan SPM yang layak memilih politeknik sebagai institusi

pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran.

2020

HASIL

HASIL 1: Politeknik sebagai institusi pilihan.

HASIL 2 : Employable / Entrepreneurial Graduates.

HASIL 3 : Persepsi Positif Politeknik.

INISIATIF-INISIATIF

IMEJ &

TERAS POLITEKNIK

PROGRAM

WARGA

BUDAYA

DINAMIK

NICHE

KOMPETEN

KERJA

2009

Objektif Transformasi Politeknik ialah:

• Melonjak politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET

• Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar ianya selari dengan kehendak pembangunan

ekonomi negara

• Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti yang berdaya usahawan,

berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing

• Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi negara yang terbaik

• Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar

14 15

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Empat teras Hala Tuju Transformasi Politeknik yang dipersetujui

oleh pihak Jemaah Menteri adalah seperti berikut:

• Pemerkasaan politeknik ke arah menjadi pilihan yang

setanding dengan universiti

• Pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam

bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap

politeknik

• Pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan

ketrampilan peringkat tinggi

• Pembinaan imej dan budaya kerja cemerlang

Bagi merealisasi agenda negara, Transformasi Politeknik

mendukung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Program

Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi

melalui inisiatif yang dilakukan mengikut empat fasa pelaksanaan

mengikut tempoh masa berikut:

• Fasa Pertama - 2010 hingga 2012 : Quick Wins dan

Transformasi

Keinstitusian

• Fasa Kedua - 2013 hingga 2015 : Peningkatan

• Fasa Ketiga - 2015 hingga 2020 : Pemerkasaan

• Fasa Keempat - melangkaui 2020 : Kecemerlangan

2020

Rajah 2: Fasa Pelaksanaan Transformasi Politeknik

FASA EMPAT

Kecemerlangan

Pendekatan yang diambil untuk pelaksanaan setiap fasa

mempunyai kerangka berpandukan hasil yang diharapkan

(intended outcome) yang telah dikenal pasti. Sebagai induk,

Jabatan Pengajian Politeknik bertindak mengurus aktiviti

Transformasi Politeknik bagi memastikan inisiatif strategik dan

pelan tindakan politeknik menjurus ke arah pencapaian sasaran

yang ditetapkan pada setiap fasa. Matlamat politeknik dalam

setiap fasa juga ditetapkan dengan mengambil kira kedudukan

politeknik dalam kerangka pendidikan tinggi negara. Sebagai

institusi teknik dan vokasional, Politeknik perlu kekal sebagai

penyedia program pendidikan dan latihan bagi memenuhi

keperluan tenaga kerja industri negara.

Pada permulaan fasa pertama, Transformasi Politeknik telah

membuka pintu kepada hala tuju yang baharu. Inisiatif

Transformasi Fasa Pertama menumpukan pelaksanaan aktiviti

bertujuan meletakkan asas yang kukuh dan landasan yang tepat

bagi Politeknik mencapai suatu kedudukan ambang yang baharu

(new threshold). Pengukuran pencapaian dalam fasa pertama

disandarkan kepada beberapa petunjuk prestasi utama atau

key performance indicators (KPI) yang mempunyai sasaran yang

bersifat kuantitatif.

secara optimum. Tambahan pula, Skim Perkhidmatan Pendidikan

Pengajian Tinggi yang menaungi keseluruhan skim perkhidmatan

tenaga pengajar di politeknik memberi penekanan terhadap

kecemerlangan sebagai syarat kemajuan kerjaya mereka.

2016

2013

2010

FASA TIGA

Pemerkasaan

FASA DUA

Peningkatan

FASA SATU

Quick Wins &

Transformasi Keinstitusian

Tumpuan dalam fasa pertama melibatkan inisiatif transformasi

keinstitusian atau institutional transformation. Inisiatif ini meliputi

aspek kepimpinan dan tadbir urus organisasi, budaya warga dan

skim perkhidmatan tenaga pengajar. Aspek kepimpinan dan tadbir

urus menekankan ciri dan amalan terbaik organisasi termasuk

struktur organisasi, gaya kepimpinan dan sistem pengurusan.

Manakala, aspek transformasi warga memberi penekanan kepada

budaya kerja cemerlang melalui kerja berpasukan serta pembinaan

jati diri dan imej. Di samping itu, penghayatan dan tahap kesedaran

tenaga kerja politeknik terhadap gagasan transformasi politeknik

perlu ditingkatkan. Perkara ini diperlukan kerana semua tenaga

kerja politeknik harus digembleng untuk urusan mobilisasi bakat

16 17

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Antara beberapa hasil yang diharapkan dalam fasa pertama adalah

seperti berikut:

• Politeknik mempunyai hala tuju baharu.

• Program pengajian dan penyelidikan berpandukan bidang

tujahan mengikut kekuatan politeknik masing-masing.

• Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia layak mendapat akses yang

lebih luas kepada program pengajian politeknik.

• Warga politeknik menghayati peranan baharu politeknik.

• Tenaga pengajar dinaikkan pangkat hanya berdasarkan

pencapaian mereka mengikut kriteria kecemerlangan.

• Budaya kerja di politeknik adalah berasaskan mekanisma

kualiti dan kecemerlangan.

Bagi setiap hasil yang diharapkan tersebut, pencapaian berikut

telah dicatatkan:

• Penyertaan dalam program separuh masa dan kursus

pendek mencapai 6,467 orang berbanding 2,972 orang

pada tahun 2009.

• Berdasarkan Kajian Tahap Kesedaran dan Kesediaan

Transformasi Politeknik pada tahun 2011, 80 peratus

tenaga kerja di politeknik bersetuju dan bersedia untuk

menjayakan Transformasi Politeknik.

• Lebih 25 peratus tenaga pengajar politeknik dinaikkan

pangkat setelah berjaya mencapai tahap cemerlang

mengikut kriteria kecemerlangan kenaikan pangkat

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi.

• Semua program pengajian politeknik diberi akreditasi oleh

Agensi Kelayakan Malaysia.

• Pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Outcome-Based

Education dilaksanakan sepenuhnya.

• Sistem pentaksiran di politeknik dikukuhkan.

• 32 bidang tujahan telah dipastikan di 27 politeknik.

• Enrolmen program sepenuh masa mencapai 92,148 orang

berbanding 86,471 orang pada tahun 2009.

Rajah 3: Fasa Satu - Hasil yang diharapkan

Secara umumnya, kejayaan Transformasi Politeknik

dimanifestasikan melalui pencapaian sebuah politeknik yang

diiktiraf sebagai peneraju TVET peringkat serantau; sebahagian

besar graduan bekerja selepas tamat pengajian; dan kebanyakan

lepasan SPM memilih politeknik sebagai laluan melanjutkan

pengajian.

Pembinaan imej

baharu dan

cemerlang

FASA SATU

Hasil yang diharapkan

Budaya

kerja

cemerlang

Program pengajian

dan bidang tujahan

mengikut kekuatan

masing-masing

Peranan baharu

dihayati oleh warga

politeknik

Hala tuju baharu

politeknik

Akses lebih luas

kepada pengajian

berkualiti

Kemajuan kerjaya

berdasarkan kriteria

kecemerlangan

18 19

hala tuju

transformasi

politeknik

PENCAPAIAN TRANSFORMASI

POLITEKNIK FASA PERTAMA

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

PENCAPAIAN TRANSFORMASI POLITEKNIK FASA PERTAMA

Politeknik merupakan institusi peneraju TVET dengan melahirkan

dan membekal modal insan berdaya saing yang menepati kehendak

industri. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pengajian

Politeknik dan politeknik telah berusaha melaksana agenda kritikal

bagi mendukung teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi seterusnya

menyumbang ke arah mencapai hasrat negara dan rakyat Malaysia.

Jabatan Pengajian Politeknik memastikan inisiatif strategik dan

pelan tindakan politeknik dilaksanakan ke arah mencapai sasaran

yang ditetapkan dalam setiap fasa Transformasi Politeknik.

Beberapa inisiatif dan projek berimpak dalam Transformasi

Politeknik dikenal pasti bagi mencapai Misi Nasional yang

bertunjangkan tujuh teras yang telah dirangka dalam Pelan

Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

PELAJAR

Enrolmen

Pelajar merupakan khalayak penerima manfaat terbesar dalam

sistem pengajian politeknik. Semenjak Hala Tuju Transformasi

Politeknik dilancarkan, enrolmen pelajar telah meningkat daripada

87,751 orang pelajar kepada 92,148 orang pelajar pada tahun

2012. Peningkatan enrolmen sebanyak 4,397 orang dalam masa

kurang daripada 3 tahun ini dicapai walaupun politeknik telah

menjumudkan penawaran 24 program pengajian peringkat sijil.

Usaha terarah yang digembleng secara mampan di peringkat

organisasi merangkumi inisiatif bagi menaikkan imej politeknik

melalui strategi mempromosi politeknik sebagai pilihan utama

pelajar lepasan sekolah, memperkemas program pengajian

sepenuh masa, dan program Pembelajaran Sepanjang Hayat agar

seiring dengan kehendak industri. Bagi menyemarakkan jalinan

dengan industri melalui hubungan dan kerjasama peringkat

kebangsaan dan antarabangsa, landasan Centre of Technology

dimanfaatkan. Di Politeknik, masyarakat pelajar yang berdaya

saing dibangunkan melalui aktiviti CSR dan keusahawanan.

Politeknik juga mengumpul dan mengasah bakat yang dapat

memacu kecemerlangan pensyarah melalui kenaikan pangkat

berdasarkan kriteria kecemerlangan, meningkatkan peratusan

pensyarah dengan kelayakan kedoktoran, sarjana dan sijil

profesional, dan menggalakkan aktiviti penyelidikan, inovasi,

pembentangan serta penulisan. Usaha berterusan yang selari

dengan misi yang ditetapkan dalam Transformasi Politeknik

dijangka dapat melestari kecemerlangan politeknik sebagai

institusi TVET yang disegani di peringkat serantau dan global.

Secara keseluruhannya, pencapaian Fasa Pertama Transformasi

Politeknik iaitu fasa Quick Wins dan Transformasi Keinstitusian

boleh dihuraikan mengikut dimensi pelajar, program, industri,

institusi, dan staf.

Keusahawanan

Salah satu inisiatif strategik Transformasi Politeknik ialah

menubuhkan Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia atau

lebih dikenali sebagai MPEC dalam usaha mempergiatkan aktiviti

keusahawanan dalam kalangan pelajar. Seramai 38,483 pelajar

terlibat dalam Program Pendidikan Keusahawanan pada tahun 2010.

Pada tahun 2012, sebanyak 45,535 pelajar telah dilatih bagi

meningkatkan kemahiran dan keupayaan dalam bidang

keusahawanan, dan seterusnya menggalakkan mereka menceburi

bidang tersebut. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh MPEC ialah

mengadakan Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Politeknik,

di samping memperkenalkan program Poly Boutique dan Poly

Cuisine, serta mengadakan program keusahawanan peringkat

antarabangsa.

Hasil daripada aktiviti-aktiviti ini, politeknik telah menyaksikan 255

dan 318 lulusan politeknik menceburi bidang perniagaan dalam

masa 6 bulan selepas tamat pengajian pada tahun 2011 dan 2012.

Pada masa hadapan, dijangka lebih ramai lagi lulusan politeknik

akan menceburi aktiviti keusahawanan, justeru mengurangkan

kebergantungan pelajar kepada pekerjaan makan gaji.

Selain daripada aktiviti

yang dimulakan oleh MPEC,

politeknik juga terlibat

dengan Skim Kemahiran

Kerjaya 1Malaysia iaitu

usaha kerajaan bagi

meningkatkan kemahiran

graduan untuk memenuhi

keperluan industri. Sebanyak

300 syarikat seluruh negara

telah bekerjasama dan terlibat

dalam program ini, dan ianya

memberi manfaat kepada 500

pelajar daripada 21 politeknik.

22 23

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Kesukarelawanan

PROGRAM

Aktiviti Penyelidikan dan Inovasi

Sebagai salah satu institusi pengajian tinggi, aspek pembangunan

pelajar amat penting agar pelajar politeknik mampu menyumbang

kepada pembangunan komuniti persekitaran. Justeru, pelajar

politeknik tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti

kesukarelawanan dengan memberi khidmat bakti dan sumbangan

kepada negara dan masyarakat. Melalui program ‘YES!’ Politeknik

Sukarelawan, sebanyak tujuh aktiviti CSR telah dilaksanakan

pada tahun 2012 berbanding hanya tiga aktiviti pada tahun 2010.

Pada tahun 2012, CSR yang dilaksanakan adalah seperti Program 1

Politeknik 1 Industri bersama KEMAS, Program Derma Darah Perdana

Politeknik Malaysia 2012- ‘The Malaysia Book of Records’ , Program

CSR Sandakan dan Program Sukarelawan Antarabangsa (Kemboja).

Kadar Kebolehdapatan Kerja

Kesemua program di atas bertujuan memberi kesan secara tidak

langsung kepada kadar kebolehdapatan kerja pelajar. Kajian

Pengesanan Graduan pada tahun 2011 dan 2012 mendapati

peningkatan sebanyak lima peratus kadar kebolehdapatan kerja.

Pada tahun 2011, 71.1 peratus pelajar mendapat pekerjaan

dan melanjutkan pengajian dalam masa enam bulan selepas

menamatkan pengajian; manakala pada tahun 2012, kadar ini

meningkat 76.1 peratus.

Program Pengajian

Bilangan program pengajian sepenuh masa di politeknik telah

bertambah seiring dengan usaha politeknik untuk menawarkan

program pengajian pada peringkat diploma dan kelayakan lebih

tinggi sejak tahun 2010. Pada peringkat permulaan Transformasi

Politeknik, empat program diploma lanjutan dan 50 program

diploma telah ditawarkan. Pada tahun 2012, bilangan program

pengajian peringkat diploma lanjutan telah bertambah kepada

sembilan program manakala program diploma telah bertambah

sehingga 62. Selain daripada itu, lima Sijil Kemahiran Khas untuk

pelajar kurang upaya masih diteruskan penawarannya. Di samping

itu, tiga daripada program diploma lanjutan yang dijalankan adalah

dalam mod Work-Based Learning. Secara umumnya, program

pengajian yang dilaksanakan dikelaskan kepada beberapa jenis

sub-bidang iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektronik dan

Elektrikal, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Penyenggaraan

Pesawat, Kejuruteraan Perkapalan, Agroteknologi dan Bio-Industri,

Teknologi Makanan, Teknologi Maklumat, Perdagangan, Hospitaliti,

serta Reka Bentuk dan Komunikasi Visual. Mulai sesi pengajian

Julai 2010, semua program sijil melainkan Sijil Kemahiran Khas tidak

lagi ditawarkan di politeknik.

Politeknik bertekad untuk menjadikan keupayaan melakukan

penyelidikan dan inovasi sebagai salah satu kriteria penting dalam

pembangunan modal insan bagi staf politeknik dalam usaha

untuk menyahut seruan negara bagi mewujudkan industri yang

dipacu penyelidikan dan inovasi. Staf akademik yang berjumlah

7,585 merupakan aset politeknik yang perlu menyumbang ke arah

pencapaian hasrat tersebut.

Sehubungan dengan itu, staf politeknik telah diberi peluang untuk

bersama-sama dengan institusi pengajian tinggi yang lain untuk

memohon geran penyelidikan bagi membiayai aktiviti kajian.

Semenjak tahun 2010, bilangan geran penyelidikan yang diluluskan

untuk penyelidikan di politeknik telah bertambah. Bermula dengan

dua geran penyelidikan yang berjumlah RM157,500.00 pada tahun

2010, kelulusan geran penyelidikan telah meningkat sebanyak lima

kali ganda dalam masa tiga tahun. Pada tahun 2012, sepuluh geran

penyelidikan berjumlah RM889,640.00 telah diperoleh.

Geran yang diperoleh terbahagi kepada dua jenis iaitu Geran

Kementerian Pengajian Tinggi 2011/2012 dan Fundamental Research

Grant Scheme / Prototype Research Grant Scheme Kementerian

Pengajian Tinggi 2011/2012. Beberapa kajian yang dilakukan

dengan menggunakan geran ini bukan sahaja meliputi skop di

politeknik bahkan merangkumi skop kolej komuniti. Ia juga telah

dilakukan secara kolaborasi antara politeknik, kolej komuniti dan

universiti bagi meluaskan jaringan dan berkongsi kemahiran serta

pengetahuan.

Rajah 4: Peratusan Kebolehdapatan Kerja 2012

1.40%

23.90%

Bekerja

Melanjutkan pelajaran

21.10%

51.90%

Peningkatan kemahiran

Menunggu penempatan kerja

1.70%

Tidak / Belum bekerja

24 25

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Transformasi Politeknik juga telah menggalakkan budaya inovasi

dalam kalangan pelajar dan pensyarah politeknik. Sehingga

Disember 2012, 13 nombor fail paten bagi produk inovasi telah

diperoleh. Beberapa produk yang telah melalui proses pemfailan

paten adalah seperti Agriculture Augur, Universal Valve Adjustor,

Smart Water Tap, Dried Leaves Vacuum and Grinder dan Solar Grass

Cutter.

Penambahan bilangan geran penyelidikan dan produk inovasi

menunjukkan budaya kemajuan pendidikan dengan dipacu

oleh penyelidikan telah mula bercambah dan bersemarak dalam

kalangan warga akademik politeknik. Pembudayaan penyelidikan

dan inovasi boleh meningkatkan imej politeknik sebagai peneraju

TVET yang setanding universiti seterusnya menjadikan politeknik

pilihan utama pelajar.

Politeknik memastikan program pengajiannya menepati kehendak

industri melalui pelbagai usaha. Sepanjang tempoh Fasa Pertama,

politeknik telah menjalin lapan kolaborasi dengan pihak industri

dalam menjalankan program pengajiannya. Semua program

pengajian yang dijalankan secara kolaborasi tersebut meliputi

bidang ekonomi utama negara seperti Greater Kuala Lumpur

(GKL), Communication Contents and Infrastructure (CCI), Whole Sale

and Retail (WR), Business Services (BS), Financial Services (FS) dan

Electronics and Electrical (EE).

INDUSTRI

Kerjasama Melalui Memorandum

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menjalankan

program pengajian yang berlandaskan industri, politeknik sentiasa

berusaha menjalin kolaborasi strategik dengan industri melalui

Memorandum of Understanding. Bermula dengan lapan MOU pada

tahun 2010, politeknik mengorak langkah untuk memeterai 41

MOU dalam masa tiga tahun.

Secara amnya, politeknik telah melaksanakan kolaborasi strategik

melalui MOU dengan 35 industri dan enam institut pengajian

tinggi. Contoh kolaborasi politeknik dengan industri adalah

seperti MOU yang terjalin antara Politeknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah dengan Faber Group Berhad, Politeknik Sultan

Idris Shah dengan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. dan Politeknik

Ibrahim Sultan dengan Malaysian Association of Tour and Travel

Agents (MATTA) Johor Chapter. Kolaborasi politeknik dengan

institusi pengajian tinggi pula adalah seperti yang terjalin antara

Jabatan Pengajian Politeknik dengan Malaysian Technical University

Network atau MTUN, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

dengan Universiti Malaya, dan Politeknik Muadzam Shah dengan

Universiti Tenaga Nasional.

Dialog dan Aktiviti Pertemuan Dengan Industri

Bagi memastikan program pengajian Politeknik sentiasa relevan

dan responsif kepada kehendak alam pekerjaan, pelbagai usaha

bagi mendampingi pihak industri dijalankan. Antaranya, politeknik

telah melaksanakan acara dialog dan aktiviti pertemuan dengan

pihak industri bagi mengumpul input dan bertukar-tukar pandangan

mengenai perkara berkaitan pembangunan modal insan. Antara

dialog industri dalam bentuk Focus Group adalah dalam bidang

Medical Electronic. Dialog yang berlangsung pada Disember 2012

melibatkan 12 syarikat dan organisasi yang aktif dalam industri

tersebut. Beberapa input mengenai keperluan hala tuju industri

elektronik perubatan negara telah diterima. Di samping itu, pihak

Malaysian Builders Association of Malaysia telah mengadakan

pertemuan dengan Jabatan Pengajian Politeknik pada bulan

Mac 2011. Antara perkara yang diketengahkan ketika pertemuan

tersebut adalah berkaitan dengan isu ketidakseimbangan gender

dan kemahiran dalam kalangan pekerja industri pembinaan.

Gabungan maklumat yang diterima melalui dialog dan pertemuan

dengan pihak industri akan membolehkan politeknik mengatur

langkah untuk membuat perancangan dan penyesuaian yang lebih

tepat mengenai isu yang relevan kepada pembangunan modal

insan di industri.

Program Reskilling dan Upskilling

Selain daripada melaksanakan pengajian secara sepenuh masa yang

disasarkan untuk pelajar lepasan SPM, politeknik juga menawarkan

program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) selaras dengan Teras

6 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. PSH di politeknik

merupakan program pengajian dan latihan berlandaskan keperluan

industri. Ianya lebih fleksibel kerana tidak dijalankan secara sepenuh

masa. PSH menyasarkan golongan lepasan SPM termasuk mereka

yang telah bekerja untuk tujuan reskilling dan upskilling.

26 27

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Mula dilancarkan pada 31 Mei 2012, peserta Program Reskilling dan

Upskilling bertambah sehingga melepasi sasaran 15,000 orang pada

akhir tahun 2012. Program Reskilling dan Upskilling meliputi kursus

di bawah program Time Sector Privatisation Politeknik iaitu Kursus

Secara Sambilan, Kursus Terlanggan dan Kursus Jangka Pendek

termasuk Program Persijilan Profesional.

INSTITUSI

Politeknik Premier dan Pusat Teknologi

Sehingga akhir Fasa Pertama, 32 politeknik di Malaysia yang

ditubuhkan terdiri daripada tiga Politeknik Premier, 24 Politeknik

Konvensional dan lima Politeknik METrO. Tiga Politeknik Premier

tersebut ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan. Politeknik Premier

merupakan politeknik yang telah melalui proses penilaian bagi

melayakkannya diberi suntikan kewangan tambahan ke arah

sebuah institusi yang mempunyai keupayaan setanding universiti.

Pada masa ini, syarat kemasukan akademik ke politeknik premier

adalah setara dengan universiti awam.

Penilaian prestasi terhadap Politeknik Premier dilakukan melalui

petunjuk berasaskan kecemerlangan. Oleh yang demikian,

pencapaian politeknik premier diukur dengan menggunakan

sebilangan petunjuk atau Key Performance Indicator. Untuk

politeknik premier mengekalkan status premier, kadar 85 peratus

merupakan sasaran yang perlu dicapai. Pencapaian Fasa Pertama

menunjukan semua Politeknik Premier telah berjaya melepasi

tahap yang ditetapkan iaitu Politeknik Ungku Omar mencapai 98

peratus, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mencapai 94

peratus dan Politeknik Ibrahim Sultan 95 peratus.

Salah satu usaha Politeknik Premier adalah membangunkan

kepakaran di institusi masing-masing mengikut bidang tujahan

melalui sebuah Centre of Technology. Ketiga-tiga Politeknik

tersebut telah berusaha membangunkan CoT menggunakan

peruntukan yang diterima dan bersama pelbagai kolaborasi

dengan pihak industri. Pihak Jabatan Pengajian Politeknik telah

menyasarkan ketiga-tiga CoT ini mencapai tahap

kematangannya pada akhir tahun 2014. Sehingga bulan

Disember 2012, pencapaian Centre of Technology in Marine

Engineering (CTME) di Politeknik Ungku Omar ialah 77

peratus; Centre in Medical Electronics Engineering Technology

(CIMET) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

mencapai 69 peratus; dan Creative and Industrial

Design Centre (CIDEC) di Politeknik Ibrahim

Sultan mencapai 85 peratus. Status pencapaian

CoT dinilai berdasarkan lima kriteria utama iaitu

kolaborasi industri, perkhidmatan perundingan,

penyelidikan dan inovasi, penerbitan,

kecemerlangan pendekatan pedagogi, serta

pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aspek kolaborasi dengan industri, CoT dinilai berdasarkan

kerjasama politeknik dengan industri yang melibatkan

percambahan pengetahuan, kemahiran dan know-how ke arah

kebaikan bersama terutama yang melibatkan bidang tujahan

politeknik. CoT juga dinilai berdasarkan khidmat rundingan

mengikut kepakaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah,

penambahbaikan samada dalam perniagaan atau pembangunan

produk. Projek penyelidikan dan inovasi dalam bidang tujahan

pula merujuk kepada usaha untuk pengkomersilan

perkhidmatan dan produk inovasi yang dihasilkan di

politeknik. Selain daripada itu, penilaian juga dilakukan

terhadap penghasilan bahan penerbitan, jurnal akademik,

monograf dan artikel serta kaedah dan pendekatan pedagogi

termasuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang

baru dan cemerlang.

28 29

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Tahun 1 : 2010

40%

minimum

PUO

Perkapalan (CTME)

PSA

Elektronik Perubatan

(CIMET)

PIS

Seni Reka Kreatif dan

Reka Bentuk Industri (CIDEC)

Tahun 2 : 2011

50%

minimum

Rajah 5: Pencapaian status CoT mengikut tahun

KRITERIA

Tahun 3 : 2012

65%

minimum

Kolaborasi

Industri

Kecemerlangan

Pendekatan Pedagogi/P&P

Perkhidmatan

Perundingan

Penerbitan

Budaya Penyelidikan

Inovasi

Tahun 4 : 2013

75%

minimum

AKTIVITI

Tahun 5 : 2014

80%

minimum

Mendekati

Industri

Kaedah

Penyampaian

Perkongsian

Kepakaran

Penyebaran /

Perkongsian Ilmu

Projek Penyelidikan

Inovasi

Politeknik METrO menawarkan program yang berbentuk

perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan sosio-ekonomi

masyarakat bandar. Prihatin terhadap golongan yang belajar

sambil bekerja, Politeknik METrO telah mengambil inisiatif untuk

memudahkan pembelajaran dengan memperkenalkan program

pembelajaran teradun. Ini selaras dengan konsep Flexi Learning for

All yang diketengahkan oleh politeknik.

Kemasukan ke Politeknik METrO juga telah dipermudahkan

dengan penawaran beberapa program pengajian yang hanya

memerlukan kelayakan masuk minimum iaitu kepujian dalam

tiga mata pelajaran sahaja, sebagaimana yang ditetapkan

oleh Agensi Kelayakan Malaysia untuk program peringkat

diploma. Oleh itu, pemilihan program pengajian yang

dilaksanakan di politeknik METrO telah dilakukan dengan teliti

agar tidak menjejaskan kualiti program. Dengan menawarkan

program yang tidak memerlukan syarat kelayakan yang tinggi,

lebih ramai golongan pekerja berpeluang meningkatkan taraf

hidup melalui TVET di politeknik METrO.

Penarafan Politeknik

PolyRate merupakan sistem penarafan politeknik bagi menilai

kualiti pengajaran dan pembelajaran di politeknik. Ini membolehkan

politeknik menjana modal insan yang mempunyai daya saing yang

tinggi seterusnya membekalkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi

keperluan industri. PolyRate menggunakan satu instrumen yang

menilai institusi secara holistik dengan mengambil kira elemen

input, process dan output.

Rajah 6: Pecahan peratusan domain PolyRate

50%

15%

35%

Input

Proses

Output

Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO

Politeknik konvensional, yang terletak di seluruh negara,

menawarkan pelbagai program pengajian yang pelbagai

berdasarkan keperluan wilayah dan negara. Kepelbagaian

penawaran program pengajian bertujuan memberi akses

TVET kepada seluruh masyarakat. Selari dengan visinya

sebagai penjana utama modal insan inovatif, kemasukan

ke politeknik konvensional hanya memerlukan syarat akademik

yang minimum agar lebih ramai anggota masyarakat mendapat

peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tertiari.

Penubuhan Politeknik METrO bertujuan agar pendidikan dan latihan

di politeknik bukan hanya dapat dimanfaatkan oleh pelajar lepasan

Sijil Pelajaran Malaysia, tetapi ianya juga boleh dimanfaatkan

oleh mereka yang bekerja di persekitaran politeknik tersebut.

Sehubungan dengan itu, sesebuah politeknik METrO dibangunkan

di kawasan yang padat dengan penduduk serta berdekatan

kemudahan awam seperti pengangkutan dan pusat komersil.

Semenjak tahun 2010 sehingga sekarang, lima Politeknik METrO

telah beroperasi iaitu di Setiawangsa, Kuala Lumpur; Johor Baharu,

Johor; Kuantan, Pahang; Betong, Sarawak; dan Tasik Gelugor, Pulau

Pinang. Sebanyak lima Politeknik METrO lagi dirancang pada masa

depan.

30 31

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Penarafan politeknik pada tahun 2011 atau PolyRate 2011 telah

dilaksanakan secara telus dengan mengambil panel luar sebagai

penilai. PolyRate menilai keupayaan politeknik sebagai institusi

TVET terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2011, dua politeknik berada pada Tier 5, 12 politeknik

berada pada Tier 4; manakala tiga politeknik berada

pada Tier 3. Melalui proses penarafan ini, politeknik

yang terlibat dapat mengenal pasti dengan tepat

kekuatan dan kelemahan institusi masing-masing serta dapat

mengurusnya dengan lebih berkesan dan sistematik.

Pelaksanaan PolyRate dilakukan secara berkala agar institusi

sentiasa melalui proses penambahbaikan bagi meningkatkan

kualiti sistem pengajian di politeknik. Oleh itu, penarafan dilakukan

terhadap semua politeknik yang mempunyai pelajar yang telah

bergraduat. Hasil daripada penarafan politeknik boleh memberi

gambaran sebenar terhadap keupayaan dan pencapaian politeknik

sebagai pemberi pendidikan teknik dan vokasional, serta pembekal

tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri.

TIER

1

2

3

4

5

6

Rajah 7: Petunjuk Tahap Penarafan

TARAF

Lemah

Memuaskan

Baik

Amat Baik

Cemerlang

Terbilang

MARKAH

PENCAPAIAN

< 44.5

44.51 – 54.5

54.51 – 64.5

64.51 – 74.5

74.51 – 84.5

> 84.5

STAF

Kelayakan Pensyarah

Tenaga pengajar merupakan nadi dan penggerak utama politeknik.

Oleh itu, politeknik telah berusaha meningkatkan kelayakan

akademik pensyarah melalui peluang melanjutkan pelajaran dalam

kalangan staf akademik. Pada 2010, Politeknik mempunyai hanya

13 pensyarah berkelayakan kedoktoran dan 2,386 pensyarah

lulusan sarjana. Pada hari ini, politeknik mempunyai 24 pensyarah

berkelulusan kedoktoran dan 2,491 pensyarah lulusan sarjana.

Setiap tahun, politeknik memberi peluang kepada pensyarah yang

cemerlang dalam perkhidmatan dan berminat untuk menyambung

pengajian ke peringkat yang lebih tinggi agar mereka dapat

meningkatkan perkhidmatan pada masa hadapan.

Sangkutan Industri Pensyarah

Selain daripada itu, Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP)

adalah salah satu inisiatif politeknik untuk menambah kemahiran

pensyarah dengan cara pendedahan melalui pengalaman mereka

bekerja di industri semasa dalam perkhidmatan. Pada masa ini,

SIP dilakukan dengan industri yang relevan dengan program

pengajian di politeknik; dan pensyarah dibenarkan bekerja di

industri untuk tempoh tiga bulan sehingga setahun. Pensyarah

yang menimba pengalaman dengan cara ini lebih memahami

keperluan semasa industri dan dapat menyampaikan pengajaran

kepada pelajar dengan lebih berkesan. Pada tahun 2010, 76 staf

telah mengikuti SIP manakala pada tahun 2012, bilangan staf yang

menjalani SIP meningkat kepada 99 orang.

Kenaikan Pangkat Mengikut Kecemerlangan

Setiap perkhidmatan diimbal dengan ganjaran. Skim

Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi memberi

peluang kenaikan pangkat mengikut kriteria kecemerlangan tanpa

kekosongan jawatan. Staf yang menggunakan Skim Perkhidmatan

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi boleh berkhidmat di

Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi,

Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,

politeknik, kolej komuniti dan agensi lain di seluruh Malaysia.

Ketua Perkhidmatan bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan

Pengajian Tinggi ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik.

Kenaikan pangkat melalui kriteria kecemerlangan tanpa kekosongan

jawatan memberi dorongan kepada staf untuk meningkatkan

kecemerlangan sebagai pendidik, pemimpin dan pentadbir. Sejak

kriteria kecemerlangan diperkenalkan, ramai Pegawai Pendidikan

Pengajian Tinggi telah menikmati kenaikan pangkat .

257

Rajah 8: Pencapaian Kenaikan Pangkat PPPT

184

1209

1939

17

175

TRANFORMASI POLITEKNIK

MENYOKONG AGENDA UTAMA NEGARA

Transformasi Politeknik merupakan pemangkin kepada inisiatif

strategik yang dijalankan di peringkat institusi mahupun Jabatan

Pengajian Politeknik bagi menyokong teras yang ditetapkan

dalam PSPTN. Transformasi Politeknik juga memberi hala tuju

kepada inisiatif yang dilaksanakan agar ianya berkesinambungan

dengan hasrat kerajaan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP)

dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Bagi meneruskan agenda pelaksanaan Transformasi Politeknik,

politeknik memerlukan usaha padu seluruh warganya serta

sokongan dan dorongan daripada semua pihak termasuk

Kementerian Pengajian Tinggi, kementerian-kementerian lain

yang terlibat, ibu bapa dan pelajar. Selaku sebuah organisasi

pemberi pendidikan dan latihan di bawah Kementerian Pengajian

Tinggi, politeknik perlu kekal relevan dan terus berkembang maju

serta berdaya saing tinggi bagi mengekalkan kelestarian dan

kecemerlangan dalam konteks institusi TVET negara.

2010 2012 2010 2012 2010 2012

DH 48 - 54 DH 41 - 48 DH 29 - 42

32 33

hala tuju

transformasi

politeknik

PERANCANGAN TRANSFORMASI

POLITEKNIK FASA KEDUA

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

PERANCANGAN TRANSFORMASI POLITEKNIK FASA KEDUA

Fasa Dua Transformasi Politeknik ialah Fasa Peningkatan.

Tempoh masa pelaksanaannya ialah dari tahun 2013 hingga

2015. Dalam fasa ini, beberapa intended outcome atau hasil yang

diharapkan telah dikenal pasti. Dalam masa yang sama, seperti

Fasa Pertama, beberapa petunjuk prestasi utama telah dikenal

pasti. Sasaran bagi petunjuk prestasi utama dalam Fasa Kedua

mempunyai elemen kualitatif yang lebih besar berbanding ketika

dalam Fasa Pertama dahulu. Ini penting kerana Politeknik sudah

mempunyai kekuatan asas bagi membangun dengan optimum

dalam bidang-bidang strategik yang tertentu. Pada akhir fasa

ini, politeknik menyasarkan untuk mendapat kedudukan yang

signifikan dalam pengajian tinggi negara. Matlamatnya adalah

untuk Politeknik bersama Institusi Pengajian Tinggi yang lain

menyumbang kepada pengukuhan peranan pengajian tinggi

dalam pembangunan negara terutamanya dalam meningkatkan

daya saing negara.

Pusat Teknologi

(CoT) berprestasi

tinggi

Rajah 9: Fasa Dua - Hasil yang diharapkan

FASA DUA

Hasil yang diharapkan

Justeru, fasa kedua menggariskan beberapa hasil yang diharapkan,

khusus bagi meningkatkan keupayaan Politeknik secara jitu dengan

pengisian elemen yang berkualiti. Kekuatan yang terbina dalam

Fasa Pertama akan dikukuhkan dengan meletakkan sasaran yang

melangkaui sempadan nasional. Senarai hasil yang diharapkan

adalah seperti berikut:

• CoT di beberapa politeknik mencapai prestasi yang tinggi;

• Politeknik menawarkan lebih banyak lagi program pengajian

mengikut NKEA;

• Politeknik Malaysia mempunyai kedudukan yang ternama di

peringkat serantau;

• Pemimpin-pemimpin yang transformatif merupakan

penggerak dalam setiap lapisan organisasi;

Graduan

berprestasi

tinggi

• Piawaian kurikulum khusus untuk politeknik atau

Curriculum standards for polytechnics (CSP) dibangunkan

untuk menjadi rujukan di peringkat nasional dan

kemungkinan dirujuk oleh institusi TVET lain di peringkat

serantau;

• Graduan berprestasi tinggi terdiri daripada kalangan mereka

yang hebat dan menjadi anggota masyarakat yang bukan

sahaja pekerja berkemahiran tinggi malahan merupakan

warganegara aktif yang menyumbang kepada maslahah

negara.

Dalam Fasa Peningkatan, gerakan Transformasi Politeknik tetap

akan berpaksikan kepada empat teras utama, iaitu pemerkasaan

Politeknik sebagai pilihan yang setanding dengan universiti;

kedua, pembangunan program pengajian dan penyelidikan

dalam bidang tujahan bertunjangkan kekuatan setiap politeknik;

ketiga, pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan

kemahiran tinggi; dan akhir sekali, pembinaan imej bereputasi

tinggi dan berbudaya kerja cemerlang. Ke arah itu, Politeknik

menetapkan banyak sasaran yang perlu dicapai melalui pelbagai

pendekatan. Namun begitu, tiga fokus strategik atau tumpuan

utama Transformasi Politeknik dalam Fasa Kedua diberi penekanan

bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan Hala Tuju

Transformasi.

FOKUS STRATEGIK FASA DUA

Fokus strategik Fasa Kedua Transformasi Politeknik diterbitkan hasil

daripada pengamatan dan pencapaian prestasi Politeknik sehingga

tamatnya Fasa Pertama. Kekuatan dan kekurangan Politeknik telah

dikesan dan isu-isu yang timbul telah dikaji secara strategik untuk

pelaksanaan bersinergi seterusnya. Matlamat utama Politeknik

dalam Fasa kedua adalah untuk Politeknik mendapat tempat atau

kedudukan yang sebaris dengan institusi pengajian tinggi negara.

Fokus strategik yang diketengahkan juga tidak bermakna inisiatif

lain tidak diberi perhatian yang sewajarnya, malahan inisiatif yang

menyokong objektif Transformasi Politeknik kekal dilaksanakan

bagi memastikan kelestarian pembangunan modal insan negara.

Kesinambungan aktiviti seperti penyediaan akses yang meluas,

penjaminan kualiti program, pengukuhan kolaborasi dengan

industri, pembangunan warga kerja yang profesional, dan tadbir

urus organisasi yang mantap tetap akan diteruskan bagi

memastikan politeknik berupaya menjalankan peranannya dengan

efektif.

Penawaran

program

mengikut NKEA

di politeknik

Kedudukan baharu

politeknik di peringkat

serantau

Pemimpin yang

transformatif

Curriculum

Standards for

Polytechnics

(CSP)

36 37

FOKUS PERTAMA-PROGRAM BAHARU

Fokus pertama Transformasi Politeknik dalam Fasa Kedua

ialah pelaksanaan sebilangan program pengajian baharu di

politeknik. Sebanyak 49 program pengajian telah dirancang untuk

dilaksanakan sehingga tahun 2018. Program-program pengajian

baharu di politeknik yang terangkum di bawah Bidang Ekonomi

Utama Negara atau National Key Economic Areas (NKEA),

menjanjikan peluang pekerjaan yang meluas kepada pelajar-pelajar

Politeknik.

Semua program pengajian baharu disandarkan kepada keperluan

industri serta dilaksanakan menggunakan pendekatan industri.

Daripada segi tempat pengajian, lebih 15,000 pelajar akan

mendapat manfaat dalam bidang baharu dengan pengambilan

pelajar tambahan dianggarkan melebihi 2,550 orang setiap tahun.

Pelaksanaan program baharu memerlukan peruntukan, dan

bilangan jawatan pensyarah tambahan secukupnya dalam bidang

yang berkaitan.

Selain daripada program pengajian baharu pada peringkat

diploma, politeknik akan memulakan program pengajian pada

peringkat ijazah mulai tahun 2013. Pelaksanaan program ijazah di

politeknik dilakukan secara kolaborasi sama ada melalui anugerah

bersama atau berkembar. Selain itu, pelaksanaan program ijazah

di politeknik juga akan dilaksanakan secara homegrown mulai

tahun 2013. Program ijazah secara homegrown mempunyai ciri

distinct tertentu dan tidak ditawarkan oleh institusi lain dengan

penumpuan yang lebih khusus kepada pendekatan industri.

Beberapa syarikat telah terlibat dalam pembangunan program

pengajian, dan pelaksanaan sebahagian besar komponen program

merangkumi elemen Work-Based Learning yang akan melibatkan

kerjasama pihak industri. Pada tahun 2013, Politeknik memberi

tumpuan kepada perancangan pelaksanaan program baharu

kedua-duanya di peringkat ijazah sarjana muda dan di peringkat

diploma. Program di peringkat ijazah sarjana muda adalah dalam

bidang Pengurusan Perniagaan, Teknologi Pembuatan, Teknologi

Rekabentuk Kejuruteraan, Rekabentuk Teknologi Automotif,

Kejuruteraan Elektronik Perubatan, Animasi Digital dan Pengurusan

Pelancongan Antarabangsa. Kebanyakan program ini dirancang

untuk pelaksanaannya di Politeknik Premier.

FOKUS KEDUA-JARINGAN ANTARABANGSA TVET

Fokus Kedua dalam Fasa Kedua Transformasi Politeknik adalah

untuk memantapkan kedudukan politeknik dalam jaringan TVET

di peringkat serantau dan antarabangsa. Fokus ini bertujuan

menyerlahkan sumbangan politeknik dalam aspek pendidikan,

sosial, budaya dan ekonomi masyarakat; sekali gus, meningkatkan

imej politeknik dalam kalangan institusi TVET di luar negara.

Antara inisiatif utama politeknik dalam aspek ini adalah untuk

mengantarabangsakan program pengajian di politeknik. Usaha

ini diterajui melalui pemerolehan pengiktirafan program dengan

Dublin Accord untuk program kejuruteraan dan akreditasi institusi

dari APACC. Politeknik juga akan melipatgandakan usaha bagi

pelaksanaan kolaborasi dengan institusi dan agensi luar negara.

Pemerolehan pengiktirafan program dengan Dublin Accord

dirancang dalam tiga fasa pelaksanaan. Fasa pertama melibatkan

pemerolehan akreditasi penuh semua program juruteknik

kejuruteraan. Fasa kedua melibatkan penilaian oleh sebuah badan

setara daripada negara signatory Dublin Accord; dan seterusnya

persetujuan badan induk Dublin Accord mempelawa Malaysia

menjadi negara signatory. Walau bagaimanapun, kejayaan usaha

ini bergantung kepada penubuhan satu badan profesional yang

akan mewakili kumpulan juruteknik kejuruteraan di peringkat

kebangsaan.

APACC merupakan badan antarabangsa yang mengakreditasi

institusi TVET berdasarkan piawaian sistem TVET antarabangsa.

Sehingga kini, institusi TVET di 13 negara telah berjaya mendapat

akreditasi institusi APACC. Pihak politeknik menyasarkan sekurangkurangnya

10 politeknik mendapat akreditasi institusi menjelang

tahun 2015.

Fokus untuk politeknik meluaskan jaringan antarabangsa

diteruskan melalui kerjasama di antara Kerajaan dengan

Kerajaan (G to G) dan penyertaan dalam acara-acara seperti

seminar, pertandingan, program CSR, program Sangkutan

Industri Pensyarah dan pertukaran staf. Sebagai contoh, kerjasama

bidang pendidikan tinggi di antara kerajaan Malaysia dan Brunei

Darussalam sudah sedia terjalin sejak tahun 2012. Sebagai

permulaan, kolaborasi dengan Politeknik Brunei melibatkan

peminjaman pensyarah secara Locum Tenans. Kerjasama akan

diteruskan dengan aktiviti pembangunan kurikulum program dan

program sangkutan kerja pegawai antara kedua-dua negara.

38 39

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

FOKUS KETIGA-TRANSFORMASI KEPIMPINAN

Fokus ketiga Transformasi Politeknik bertumpu kepada usaha

mentransformasikan kepimpinan tenaga kerja politeknik pada

setiap lapisan. Secara keseluruhan, tenaga pengajar di politeknik

terdiri daripada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT);

manakala, tenaga kerja lain merupakan pegawai daripada pelbagai

skim perkhidmatan awam. Sejak tahun 2007, Agenda Modal

Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi merupakan program

pembangunan kerjaya bagi PPPT, yang menjadi tonggak kepada

tenaga kerja di politeknik. Agenda ini bertujuan memastikan

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi mempunyai kesediaan dan

keupayaan untuk mengejar kecemerlangan semasa memberi

perkhidmatan mereka. Ini diikuti dengan Pelan Tindakan Strategik

Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

yang bertujuan menghayati pengamalan budaya berprestasi

tinggi.

Konsep Transformasi Kepimpinan digarap melalui Model

Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

yang terhasil daripada gabungan Pelan Pembangunan Modal Insan

dan Pelan Penggantian. Melalui Pelan Pembangunan Modal Insan,

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang profesional dan efektif

dapat dibangunkan. Melalui Pelan Penggantian pula, kelompok

kritikal pegawai berwibawa dapat diwujudkan. Pelan Tindakan

Strategik hasil gabungan Pelan Pembangunan Modal Insan dan

Pelan Penggantian mampu membentuk kelompok Pegawai

Pendidikan Pengajian Tinggi yang bukan sahaja bersifat profesional

dan efektif, tetapi ianya juga kritikal untuk menjawat jawatan utama

dan strategik bagi menerajui dan melestarikan organisasi politeknik

agar ianya terus cemerlang.

Setiap anggota Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi merupakan

aset kepada politeknik. Mereka dipilih berlandaskan kriteria etika,

pengetahuan dan kemahiran yang ada pada diri mereka sebagai

input kepada organisasi. Apabila digilap bakat mereka melalui

Pelan Pembangunan Modal Insan, output yang dihasilkan

ialah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang memiliki

kompetensi kritikal mengikut gred jawatan masing-masing. Pelan

Pembangunan Modal Insan diyakini dapat menyumbang kepada

peningkatan kecemerlangan organisasi. Pelaksanaan Pelan

Pembangunan Modal Insan mampu membina keupayaan optimum

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi mengikut gred jawatan

masing-masing bagi melahirkan outcome yang diperlukan oleh

organisasi. Hasilnya, proses pembangunan modal insan yang

cemerlang, memberi impak kepada kelestarian organisasi apabila

individu yang produktif dan berdaya saing bekerja dalam budaya

yang mengutamakan prestasi tinggi.

Pelan Penggantian yang mengandungi sistem dan inventori

kompetensi bertujuan untuk merancang pelaksanaan program

pembangunan modal insan dan mewujudkan satu kelompok

kritikal atau talent pool yang mampu menggalas tanggungjawab

kepimpinan di politeknik. Pelan Penggantian menyediakan polisi,

struktur dan proses yang mantap bagi mengekalkan kecemerlangan

dan kelestarian organisasi. Dengan pengenalpastian kompetensi

yang bersesuaian bagi pemimpin di jawatan utama dan strategik,

pemilihan pemimpin tersebut dapat disandarkan kepada

kompetensi bersesuaian agar mereka berupaya menjalankan tugas

dengan lebih berkesan. Melalui Agenda Pembangunan Modal

Insan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi perlu sentiasa berusaha

mengikuti latihan, pendidikan dan pembangunan diri agar

mereka kompeten dan efektif dalam melaksanakan tugas mereka.

Akhirnya, satu kelompok kritikal dapat dilahirkan untuk

menggalas tanggungjawab besar bagi pencapaian visi dan misi

politeknik.

Seperti yang dinyatakan dalam dokumen Hala Tuju Transformasi

Politeknik, kejayaan transformasi bergantung kepada beberapa

faktor termasuk kepimpinan transformasional, warga yang

kompeten dan peruntukan yang mencukupi. Pelaksanaan

Transformasi Politeknik dalam Fasa Peningkatan dijangka akan

berhadapan dengan lebih banyak lagi cabaran terutamanya

dalam mengurus perubahan. Fokus khusus bagi membangunkan

warga yang mempunyai atribut unggul perlu diteruskan agar

politeknik kekal inovatif, kreatif dan responsif kepada keperluan

pembangunan negara dengan peruntukan kewangan yang

ada. Ini bagi menjamin politeknik mampu melaksanakan

tanggungjawabnya dalam menghasilkan modal insan negara

secara lestari.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA TRANSFORMASI POLITEKNIK

Dalam pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara,

Transformasi Politeknik merupakan salah satu daripada Program

Agenda Kritikal atau Critical Agenda Program (CAP). Empat teras

Hala Tuju Transformasi Politeknik yang mendasari objektif-objektif

strategik diguna untuk menentukan petunjuk pencapaian.

Petunjuk pencapaian tersebut diterjemahkan secara berfokus

dalam bentuk petunjuk atau indeks prestasi utama atau key

performance indicator (KPI). Dengan tercapainya KPI yang

disasarkan, politeknik berada di landasan yang betul dalam menuju

ke arah pencapaian petunjuk kejayaan utama (KSI) Transformasi

Politeknik.

Ciri-ciri KPI perlu mempunyai elemen SMART berikut:

• Spesifik (Specific)

• Boleh diukur (Measurable)

• Boleh dicapai (Achieveable or Attainable)

• Relevan atau Realistik (Relevant or Realistic)

• Mengikut masa tertentu (Time-Bound)

40 41

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

KPI pula diperjelaskan lagi dengan definisi operasi atau operational

definition bagi memastikan penterjemahan penyataan yang tepat

dan padat serta disokong dengan kaedah pengukuran dan kriteria

secara kuantitatif atau kualitatif. Secara kebiasaannya, penentuan

sasaran bagi setiap KPI dilaksanakan secara perundingan dan

ditetapkan setelah mendapat persetujuan pemilik proses atau

pelaksana.

Dalam Fasa Kedua Transformasi Politeknik, KPI CAP Politeknik telah

ditentukan dalam bidang seperti berikut:

• Program pasca Diploma yang ditawarkan

• Program berkembar atau kerjasama dengan institusi pengajian

tinggi

• Program yang mendapat pengiktirafan atau penyetaraan

peringkat antarabangsa

• Program Pembelajaran Sepanjang Hayat

• Program keusahawanan

• Penarafan Politeknik

• Enrolmen Politeknik

• Politeknik sebagai pilihan pertama daripada kalangan lepasan

SPM yang layak

• Produk dan Perkhidmatan bidang TVET yang diaplikasikan

• Pusat Teknologi

• Pensyarah Rujukan Bidang

• Kebolehpasaran Graduan

• Pelajar Hebat Politeknik

PENGURUSAN PRESTASI TRANSFORMASI POLITEKNIK

Pengurusan prestasi semua program di bawah Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara dilaksanakan oleh Pejabat Pengurusan

Program Kementerian Pengajian Tinggi. Pengukuran dan penilaian

pencapaian matlamat dan objektif setiap program yang ditetapkan

dilaksanakan melalui satu aplikasi berasaskan web iaitu ePMO.

ePMO merupakan aplikasi Online Project Management, Monitoring

and Collaboration Management yang digunakan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi berfungsi untuk membantu Pejabat Pengurusan

Program, Bahagian dan Agensi di bawah Kementerian menguruskan

23 CAP PSPTN di KPT dan di 20 Pusat Pengajian Awam (IPTA)

di seluruh negara. Fungsi pejabat pengurusan program yang

terdapat pada ePMO adalah seperti dalam rajah berikut:

Pengurusan

Dashboard

Pengurusan

Jadual

Pengurusan

Kualiti

Rajah 10: Fungsi Pejabat Pengurusan Program

Pengurusan

Risiko & Isu

PEJABAT

PENGURUSAN

PROGRAM

Pengurusan

Dokumen

Pengurusan

Skop

Perbincangan

Forum & Mesej

Jadual

KPI

Pemilik

Proses

JPP

(Peringkat 1)

Politeknik

(Peringkat 2)

Rajah 11: Skop Pemantauan KPI

www.epmo.mohe.gov.my

Pencapaian oleh JPP

Pemantauan oleh KPT

Politeknik Premier

Politeknik

Konvensional

Politeknik

METrO

www.epmo.politeknik.gov.my

Pencapaian oleh Politeknik

Pemantauan oleh JPP

Skop ePMO diperluaskan ke politeknik melalui aplikasi PolyPMO

yang berperanan sebagai wadah bagi Jabatan Pengajian

Politeknik mengurus pelaksanaan program dan projek

untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara melalui aktiviti yang terselaras di 32 Politeknik. PolyPMO

melibatkan dua peringkat iaitu Peringkat 1 melibatkan

pengurusan prestasi di Jabatan Pengajian Politeknik di mana

tertumpu kepada pemantauan KPI CAP Tranformasi Politeknik dan

pelaporan pencapaian KPI tersebut kepada ePMO KPT.

Pengurusan KPI Transformasi Politeknik dilaksanakan oleh pemilik

proses bagi setiap KPI dan dipantau Unit Pengurusan Prestasi

Politeknik, Bahagian Pembangunan Dasar, Jabatan Pengajian

Politeknik. Selain itu, prestasi aktiviti bagi setiap KPI juga dipantau

secara terperinci oleh KPT melalui sistem MyPraise. Sebagai

tambahan, dua KPI di bawah CAP Pembelajaran Sepanjang Hayat

telah diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik menjadikan

keseluruhannya 15 KPI yang perlu dipantau.

Peringkat 2 dalam aplikasi PolyPMO membantu Jabatan Pengajian

Politeknik mengurus prestasi setiap politeknik melalui KPI yang

ditentu berdasarkan objektif strategik yang selari dengan objektif

strategik CAP Transformasi Politeknik.

Pengurusan prestasi di politeknik dilaksanakan melalui 24 KPI

di Politeknik bertaraf Premier dan 16 KPI di politeknik selainnya.

Setiap objektif strategik mempunyai bilangan KPI tertentu dengan

pemberatan yang sewajarnya agar politeknik dapat memberi

fokus yang setimpal. Politeknik diberi ruang untuk merancang

dan melaksanakan aktiviti yang mampu memberi impak

kepada pencapaian sasaran KPI. Setiap politeknik diminta untuk

memanfaat sepenuhnya aplikasi ini dengan mengemaskini

perancangan dan pencapaian aktiviti yang akan seterusnya

memberi kesan kepada outcome tertentu.

Pengurusan

Peringatan &

Awasan

Pengurusan

Laporan Status &

Mesyuarat Jadual

Pengurusan

Pemegang

Taruh

42 43

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Aplikasi PolyPMO mempunyai fasiliti dashboard secara real time

bagi memaparkan indikator prestasi politeknik. Ia juga memberi

peluang kepada Jabatan Pengajian Politeknik dan politeknik

untuk mengenengahkan isu dan risiko serta memberi ruang

kepada mereka untuk berkongsi pengalaman, idea, dokumen dan

best practices yang boleh dimanfaatkan bersama. PolyPMO juga

merupakan sumber data dan maklumat yang boleh dilihat secara

langsung oleh pihak pengurusan atasan KPT. Sehubungan itu,

semua pencapaian dalam KPI politeknik akan dipantau serta diteliti

bagi memastikan ia menyumbang kepada pencapaian objektif

transformasi politeknik.

PEMERKASAAN POLITEKNIK PREMIER

Penubuhan Politeknik Premier merupakan satu pengiktirafan

pihak kerajaan terhadap sistem pengajian politeknik ke arah

pengwujudan masyarakat saintifik dan progresif seperti dinyatakan

dalam salah satu objektif Wawasan 2020. Hala Tuju Transformasi

Politeknik telah menyerlahkan lima asas Politeknik Premier

sebagai dimensi penting yang holistik iaitu institusi dan tadbir

urus, program, pelajar, staf dan industri. Pembangunan Politeknik

Premier diteruskan dengan perluasan dimensi dalam fasa

pemerkasaan Politeknik Premier Pemerkasaan Politeknik Premier

merupakan satu inisiatif untuk mengangkat martabat Politeknik

Premier setanding dengan institusi TVET di peringkat serantau.

Ianya selaras dengan visi Politeknik Premier iaitu untuk menjadi

institusi peneraju TVET terunggul global.

Antara objektif Politeknik Premier ialah

• Melahirkan graduan kompeten, beretika dan berdaya saing

• Menyediakan program pengajian kompetitif lagi responsif

kepada keperluan industri

• Menerajui inisiatif dalam bidang penyelidikan inovasi

• Melaksanakan perkongsian pintar bersama industri

• Mempertingkatkan ilmu dan kepakaran warga dari semasa

ke semasa

• Diiktiraf sebagai institusi cemerlang dengan pelestarian

sistem pengurusan, budaya kerja berkualiti dan persekitaran

kondusif

Untuk mencapai objektif di atas, pemerkasaan Politeknik

Premier melibatkan dimensi yang mencakupi keseluruhan

aspek pembangunan ke arah menjadi pilihan yang setanding

dengan universiti. Antara Quick Wins yang telah dicapai ialah

syarat kemasukan ke Politeknik Premier disetarakan dengan

syarat pengambilan ke universiti. Selain itu, penyertaan pelajar

Politeknik Premier dalam pertandingan peringkat kebangsaan

dan antarabangsa telah menghasilkan kejayaan seperti di

Pertandingan Inovasi Nuklear Malaysia 2011, INFINEON Industry

Award, Malaysia, DERIA 2011 (Invention, Innovation & Design),

I-ENVEX 2011, PECIPTA 2011, Technology Expo 2012, International

Bridge Build and Break Competition UTM 2012 dan ITEX 2012.

Pelajar

Struktur

Program

Pelajar

Program

Rajah 12: Evolusi Pemerkasaan Politeknik Premier

Industri

Staf

Institusi &

Struktur

Domain pemerkasaan mengandungi aspek graduan, program

pengajian, kolaborasi, penyelidikan dan inovasi, bakat,

pengantarabangsaan, jaminan kualiti, tadbir urus, sumber dan

pusat teknologi. Domain pemerkasaan ini amat relevan dengan

perakuan laporan Bank Dunia (Report No. 40397-MY) Malaysia and

the Knowledge Economy-Building a World Class Higher Education

System, (2007). Melangkah ke hadapan, Politeknik Premier perlu

mempunyai keupayaan untuk menggalas tanggungjawab bagi

memastikan sektor pendidikan teknik dan vokasional kekal relevan

dengan kehendak industri negara yang bertaraf dunia. Ianya perlu

berjaya dalam misi untuk meletakkan politeknik sebagai institusi

unggul negara. Pemerkasaan Politeknik Premier akan membuka

lembaran baru bagi mendepani cabaran dan persaingan dunia

pendidikan teknik dan vokasional negara.

Kolaborasi

Tadbir

Urus

Organisasi

Penyelidikan

& Inovasi

Pengurusan

Akademik

Bakat

Jaminan

Kualiti

Program

Graduan

Sumber

Centre

of

Technology

44 45

hala tuju

transformasi

politeknik

KESIMPULAN & LAMPIRAN

TRANSFORMASI POLITEKNIK

PENINGKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Politeknik sentiasa bersiap sedia dalam mengharungi cabaran agar

dapat merealisasi tuntutan negara untuk menyediakan tenaga

pekerja bagi sektor industri yang membangunkan ekonomi

negara. Politeknik perlu berhadapan cabaran kekangan

peruntukan yang terhad, dan dalam masa yang sama,

menyediakan perkhidmatan yang profesional lagi efektif. TVET

yang mendasari sistem pengajian di politeknik telah

menghasilkan lebih 400,000 orang tenaga pekerja separa

profesional dan eksekutif pertengahan dalam pelbagai sektor

pekerjaan. Evolusi pendidikan dan latihan yang seiring dengan

keperluan pembangunan Model Baru Ekonomi memerlukan

tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi supaya

mampu mengharungi fenomena globalisasi, dan mencapai hasrat

negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi yang maju.

BIL POLITEKNIK SINGKATAN

1 Politeknik Ungku Omar, Perak PUO

2 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang POLISAS

3 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah POLIMAS

4 Politeknik Kota Baharu, Kelantan PKB

5 Politeknik Kuching Sarawak PKS

6 Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan PPD

7 Politeknik Kota Kinabalu, Sabah PKK

8 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor PSA

9 Politeknik Ibrahim Sultan, Johor PIS

10 Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang PSP

11 Politeknik Melaka PMK

12 Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu PKT

13 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu PSMZA

14 Politeknik Merlimau, Melaka PMM

15 Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak PSAS

16 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah PTSB

KESIMPULAN

SENARAI POLITEKNIK

Fasa Pertama Transformasi Politeknik telah melihat perubahan

dalam kalangan warga politeknik yang menghayati pembudayaan

kualiti dan prestasi tinggi dengan melaksanakan inisiatif

transformasi pendidikan dan latihan. Kerja keras dan pendekatan

secara profesional akan terus diperkukuhkan dengan dorongan

positif, dan pimpinan bijaksana pada setiap lapisan kepimpinan

secara berterusan.

Matlamat Fasa Dua Transformasi Politeknik adalah untuk

politeknik mencapai satu kedudukan yang boleh menyumbang

kepada sistem pendidikan tinggi negara secara berkesan. Ia

secara tidak langsung akan mengangkat martabat politeknik

sebagai pilihan pelajar bagi meneruskan pengajian mereka ke

peringkat tertiari. Sekali gus, Politeknik akan menerajui usaha

mengarus perdana TVET negara yang merupakan imperatif kepada

sesebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju

menjelang tahun 2020.

BIL POLITEKNIK SINGKATAN

17 Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor PSIS

18 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis PTSS

19 Politeknik Muadzam Shah, Pahang PMS

20 Politeknik Mukah, Sarawak PMU

21 Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang PBU

22 Politeknik Jeli Kelantan PJK

23 Politeknik Nilai Negeri Sembilan PNS

24 Politeknik Banting Selangor PBS

25 Politeknik Mersing Johor PMJ

26 Politeknik Hulu Terengganu PHT

27 Politeknik Sandakan Sabah PSS

28 Politeknik METrO Kuala Lumpur PMKL

29 Politeknik METrO Kuantan PMKU

30 Politeknik METrO Johor Bharu PMJB

31 Politeknik METrO Betong PMBS

32 Politeknik METrO Tasek Gelugor PMTG

BIDANG TUJAHAN

BIL POLITEKNIK BIDANG TUJAHAN

1 Politeknik Ungku Omar, Perak • Kejuruteraan Perkapalan

• Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan

Udara dan Penyejukbekuan)

2 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang • Teknologi Makanan

3 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah • Perancangan Bandar dan Wilayah

4 Politeknik Kota Baharu, Kelantan • Ukur Bahan

5 Politeknik Kuching, Sarawak • Kejuruteraan Berasaskan Petroleum

6 Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan • Seni Bina

7 Politeknik Kota Kinabalu, Sabah • Teknologi Berasaskan Kayu

8 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor • Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)

9 Politeknik Ibrahim Sultan, Johor • Seni Reka Kreatif dan Reka Bentuk Industri

10 Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang • Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan

• Kejuruteraan Mekanikal Tekstil

11 Politeknik Melaka • Kejuruteraan Awam (Industrialized Building

System)

12 Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu • Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

13 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu • Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)

14 Politeknik Merlimau, Melaka • Hospitaliti dan Pelancongan

15 Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak • Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

• Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

16 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah • Kejuruteraan Mekatronik

• Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

17 Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor • Kejuruteraan Alam Sekitar

18 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis • Seni Digital

• Pengajian Video dan Filem

19 Politeknik Muadzam Shah, Pahang • Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

20 Politeknik Mukah, Serawak • Teknologi Maklumat (Rangkaian)

21 Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang • Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

22 Politeknik Jeli, Kelantan • Agroteknologi

23 Politeknik Nilai, Negeri Sembilan • Bioteknologi

24 Politeknik Banting, Selangor • Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat

25 Politeknik Mersing, Johor • Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan)

26 Politeknik Sandakan, Sabah • Akuakultur

27 Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu • Pengurusan Pelancongan

48 49

DAFTAR SINGKATAN

APACC - Asia Pacific Accreditation and Certification Commission

CAP - Critical Agenda Program

COT - Centre of Technology

CSP - Curriculum Standards for Polytechnics

CSR - Corporate Social Responsibility

ETP - Economic Transformation Plan

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

KPI - Key Performance Indicator

KSI - Key Success Indicator

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

MOU - Memorandum of Understanding

MQA - Malaysian Qualification Agency

MTUN - Malaysian Technical University Network

NKEA - National Key Economic Area

PhD - Ijazah Falsafah Kedoktoran

PPPT - Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi

PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

SIP - Sangkutan Industri Pensyarah

RMKe-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

RMKe-10 - Rancangan Malaysia Kesepuluh

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

TVET - Technical and Vocational Education and Training

WBL - Work-Based Learning

PENAUNG: Datuk Haji Mohlis Bin Jaafar • PENGERUSI: Shabudin bin Man

PENYUNTING/ PENULIS: Dr Mohamad Rashahidi bin Mohamood • Megat Nabil Mohsin bin Megat Mohd Nor • Sri Valli Suppiah • Siti Maryam binti Mohd Ariffin

Hikmatullah bin Hajid Ahmad Khan • Wan Nor Aishah binti Wan Omar • Norzilah binti Mohd Ali • Harlina binti Nordin • Salmiah binti Husain

Haji Nasrul Effendy Bin Mat Nasir • Roszita binti Shamsuddin • Nooriza binti Ibrahim • Umi Syahidah binti Anuari • Syahman bin Shamsuddin@Murad

Mohd Fakhrurrazi bin Khodari • Siti Norhidayati Binti Kamsari • Noorheeza binti Mohd Zaidin

Pihak Jabatan Pengajian Politeknik ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini.

50

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!