03.11.2014 Views

Buku Risalah - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian Pengajian ...

Buku Risalah - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian Pengajian ...

Buku Risalah - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian Pengajian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kandungan

1

Atur cara

2

Kata Alu- Aluan

3

i

Kata Alu- Aluan

YAB Perdana Menteri Malaysia

ii

Kata Alu- Aluan

YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

iii

Kata Alu- Aluan

Y. Bhg. Ketua Setiausaha Negara (KSN)

iv

Kata Alu- Aluan

Y. Bhg. Ketua Setiausaha (KSU)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Majlis Profesor Negara & HICoE

i

Penubuhan Majlis Profesor Negara

ii

Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE)

1

Atur cara

1

1Atur cara

Masa

Program

2.00 petang

2.15 petang

2.30 petang

2.45 petang

3.00 petang

Ketibaan Tetamu / Media

Ketibaan Jemputan

Ketibaan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan: YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Ucapan Perasmian & Pelancaran: Oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia

Persembahan Multimedia

• Majlis Profesor Negara

• HICoE

Penyampaian Watikah Pelantikan

• Majlis Profesor Negara

• HICoE

Nyanyian Lagu 1 Malaysia

Lawatan ke Tapak Pameran

Sidang Media

Jamuan

Bersurai

1

Kata Alu-aluan2

2

iKata Alu-Aluan

YAB Perdana

Menteri

Malaysia

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur

dan Kementerian Pengajian Tinggi amnya atas pelancaran Majlis Profesor Negara (MPN) yang

menjadi titik permulaan kepada penglibatan kumpulan keilmuan dalam agenda pembangunan

negara secara lebih berstruktur dan tersusun. Majlis ini juga turut diserikan dengan

pengumuman pemilihan enam buah Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) yang

diharap dapat memampankan agenda kritikal negara.

Di peringkat kerajaan, kita telah menyediakan pelan tindakan yang kukuh untuk negara

melonjakkan pencapaian dan seterusnya keluar dari perangkap ketepuan pembangunan

ekonomi yang dialami sejak lebih sedekad yang lalu. Melalui perancangan strategik yang baru

dibentuk termasuk Pelan Transformasi Kerajaan, Konsep 1 Malaysia, Rancangan Malaysia ke-

10, dan yang terbaru Model Ekonomi Baru, saya percaya negara akan mengorak langkah dengan

lebih pantas dan penuh berkeyakinan. Selain itu kita juga sedang memupuk nilai-nilai asas

yang dianggap sebagai pelengkap kepada program itu termasuk membudayakan kreativiti dan

inovasi; mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan; nilai untuk wang dan

nilai integriti.

Pengalaman negara-negara lebih maju menunjukkan bahawa antara faktor utama yang boleh

menentukan kejayaan dan pencapaian mereka adalah keupayaan menggembleng keseluruhan

(fully mobilised) sumber-sumber yang ada di samping menggunakan sepenuhnya (fully utilised)

keupayaan sumber-sumber tersebut. Justeru, penubuhan Majlis Profesor negara (MPN) serta

pemilihan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) ini dilihat amat bertepatan dari segi

masa, keperluan dan matlamatnya. Ianya juga selaras dengan pendekatan kerajaan sekarang

yang mengamalkan pendemokrasian program pembangunan ekonomi dan pengukuhan struktur

sosial melalui penglibatan dan penyertaan banyak pihak. Bagi tujuan itu, kumpulan ilmuwan

tertinggi serta pakar-pakar penyelidikan berwibawa ini seharusnya berada di barisan hadapan

dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program-program kerajaan kelak.

3

Akhirnya, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada barisan exco

Majlis Profesor Negara (MPN) yang dipilih selama dua tahun untuk menggerakkan barisan para

profesor negara serta enam Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) yang dipilih untuk

menjulang keupayaan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK)

4

ii

Kata Alu-Aluan

YB Menteri

Pengajian

Tinggi

Malaysia

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Alhamdullillah, bersamalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan

limpah kurnia dan keizinan-Nya jua dapat kita menyempurnakan majlis pelancaran Majlis

Profesor Negara (MPN) serta mengumumkan pemilihan enam buah Pusat Kecemerlangan

Pengajian Tinggi (HICoE).

Umum menyedari negara sedang berada di fasa transformasi untuk melonjakkan pencapaian

ekonomi serta memperkukuh struktur sosial negara. Pengenalan Lapan Tonggak Perdana

oleh kepimpinan Y.A.B Perdana Menteri yang berupa empat tiang utama dan empat nilai asas

pelengkap secara ‘interlocking system’ telah menyediakan kerangka bagi memandu perjalanan

seterusnya secara berfokus dan dengan penuh keyakinan.

Penubuhan MPN merupakan salah satu usaha untuk menggembleng tenaga kepakaran

dikalangan inteligensia keilmuan Negara dan menjadi platform untuk mereka menyumbang

buah fikiran serta kepakaran teknikal dalam merancang, melaksana dan melestarikan

program-program kerajaan secara lebih strategik dan efektif. MPN akan beroperasi mengikut

landasan yang ditetapkan berdasarkan kepada kerangka pelaksanaan selaras dengan objektif,

fungsi dan struktur organisasi yang ditetapkan.

Manakala pemilihan enam HICoE pula merupakan antara strategi bagi memperkasakan

aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dikalangan penyelidik-penyelidik

negara. Pemilihan dan pengiktirafan HICoE ini disertakan dengan bantuan dana penyelidikan

oleh pihak kerajaan itu diharap akan memberi motivasi kepada pusat-pusat kecemerlangan

lain dan seterusnya bersama-sama menyuluh haluan negara dalam agenda pembangunan

ekonomi berteras inovasi dan kreativiti demi mencetus pertumbuhan dan pembangunan yang

berpanjangan.

5

Akhirnya pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengambil kesempatan merakamkan rasa

penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam menjayakan program ini serta program-program lain yang dilaksanakan dari

semasa ke semasa. Semoga usaha kita yang ikhlas dan berterusan ini akan membawa kepada

kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian negara yang boleh dikecapi kita bersama dan

generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN)

6

iii

Kata Alu-Aluan

Y. Bhg. Ketua

Setiausaha

Negara (KSN)

TAN SRI MOHD. SIDEK HASSAN

Perkembangan dan cabaran dunia global kini menuntut transformasi dalam usaha

memimpin ekonomi negara berteraskan pengetahuan dan inovasi. Peralihan dari ekonomi

yang berasaskan tenaga buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi

menyebabkan penekanan kini ditumpukan kepada idea, maklumat dan pengetahuan bagi

tujuan penciptaan nilai dan nilai tambah. Ini kerana, ilmu pengetahuan menjadi faktor penentu

kejayaan persaingan negara pada masa hadapan. Dalam hal ini, Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) merupakan jentera Kerajaan yang bertanggungjawab bagi memartabatkan kesejahteraan

rakyat dan kemakmuran negara, melalui pembangunan modal insan kelas pertama sehinggalah

kepada penjanaan sumber ekonomi melalui hasil penyelidikan dan pembangunan yang

dikomersialkan.

Saya mengucapkan tahniah kepada KPT kerana telah berjaya menubuhkan Majlis Profesor

Negara dan menjalankan penarafan Pusat Kecemerlangan KPT atau HICoE (Higher Institution

Centre of Excellence) sebagai inisiatif untuk membangunkan modal insan negara yang

memiliki kebolehan dan keupayaan untuk menangani cabaran-cabaran kompleks pada abad

ke-21 dengan jayanya. Ini pastinya akan dapat menyumbang kepada pencapaian sasaran 100

penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) bagi 10,000 tenaga kerja dalam usaha meningkatkan

kedudukan negara dalam indeks keupayaan inovasi.

Majlis Profesor Negara diharap akan dapat menyumbang input kepakaran bagi kegunaan

advokasi awam (public advocacy) khasnya dalam memperkukuh asas penggubalan dan

pelaksanaan dasar negara, menyumbang khidmat nasihat dan pemikiran baru untuk

meningkatkan daya saing negara, menjadi custodian kepada keunggulan dan integriti ilmiah,

dan juga memberi peluang kepada kumpulan elit keilmuan ini memberi sumbangan kepakaran

masing-masing. Bagi tujuan tersebut Majlis Profesor Negara akan beroperasi merentasi semua

agensi Kerajaan bagi memastikan keberkesanannya.

7

Manakala HICoE pula akan memperluaskan kolaborasi penyelidikan serta jaringan bagi

meningkatkan perolehan dana penyelidikan daripada sumber luar, sama ada sektor swasta,

pihak industri mahu pun penaja luar negara. Ini akan dapat meminimumkan kebergantungan

kepada dana Kerajaan.

Adalah diharapkan penubuhan Majlis Profesor Negara dan pelaksanaan HICoE akan dapat

menggalakkan penggemblengan tenaga kepakaran tempatan dan perkongsian sumber demi

kesejahteraan rakyat dan negara. Akhir kata, saya mendoakan semoga KPT akan terus

cemerlang dalam memastikan modal insan negara dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu

pengetahuan yang strategik bagi mentransformasi negara supaya lebih berdaya maju dan

berdaya saing.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI MOHD. SIDEK HASSAN)

8

iv

Kata Alu- Aluan

Y. Bhg. Ketua

Setiausaha (KSU)

Kementerian

Pengajian Tinggi

Malaysia

DATUK DR. ZULKEFLI BIN A. HASSAN

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang telah dilancarkan pada 27 Ogos 2007

menggariskan Pelan Tindakan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan dan

penyelidikan bertaraf antarabangsa. Ini selaras dengan era baru ekonomi berpandukan inovasi

(innovation-led economy) dan ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge-based economy).

Peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan kini menjadi penting dalam mengharungi

proses evolusi dan transformasi ini melalui peningkatan keupayaan pengetahuan dan inovasi

negara dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama.

Melalui penubuhan Majlis Profesor Negara, para ilmuwan akan dinobatkan sebagai antara

jentera barisan hadapan Negara bagi memastikan pendekatan kreatif, inovatif dan menyeluruh

dalam menjalankan program-program pembangunan oleh Kerajaan, bukan sahaja melalui KPT

malah merentasi agensi-agensi Kerajaan mahupun pihak swasta.

Penarafan pusat-pusat kecemerlangan (CoE) di IPT sebagai Higher Institutions’ Centres of

Excellence (HICoE) pula merupakan usaha bagi melonjakkan lagi potensi R&D negara ke tahap

antarabangsa selain melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang

kepakaran yang menjadi nadi dalam menjayakan sektor ekonomi dan menjana kekayaan

negara.

Selaras dengan sasaran dalam Teras Ketiga PSPTN iaitu untuk mewujudkan 20 buah Pusat

Kecemerlangan bertaraf antarabangsa menjelang 2020, KPT telah mengambil inisiatif

menjalankan proses penarafan terhadap pusat-pusat kecemerlangan sedia ada di IPT

untuk diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau dikenali sebagai HICoE.

Pusat-pusat kecemerlangan di IPTA ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memacu dan

mempertingkatkan aktiviti R&D di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. Ia merupakan

jentera bagi IPTA untuk memangkinkan pembangunan inovasi secara menyeluruh.

9

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah pun memulakan proses

penarafan terhadap pusat-pusat kecemerlangan di IPT mulai tahun 2008. Penarafan sebagai

HICoE merupakan ‘best of the best CoE’ dan menjadi ‘2nd tier’ kepada Universiti Penyelidikan.

Untuk itu, bagi tujuan penarafan tersebut, kriteria yang diguna pakai adalah berdasarkan

kriteria yang setaraf dengan pemilihan Universiti Penyelidikan, tetapi dengan menggunakan

KPI yang berbeza mengikut sesuatu Teras, iaitu sama ada Teras Penyelidikan dan Inovasi, Teras

Pengajaran dan Pembelajaran serta Teras Perkhidmatan.

Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada barisan ahli Majlis

Profesor Negara dan enam CoE yang telah berjaya dinaikkan taraf sebagai HICoE. Akhir kata,

adalah menjadi matlamat dan harapan besar KPT agar inisiatif-inisiatif ini mampu melonjakkan

keupayaan negara hingga ke persada antarabangsa dalam senario ekonomi berasaskan

pengetahuan.

Sekian, terima kasih.

(DATUK DR. ZULKEFLI BIN A. HASSAN)

10

3

Majlis Profesor Negara

& HICoE3

iPenubuhan

Majlis Profesor

Negara (MPN)

Latar belakang

Dalam usaha kerajaan untuk membangunkan kegiatan ekonomi khasnya dengan pendekatan

model ekonomi baru negara serta proses mengukuhkan struktur sosial negara, sumbangan

dari kumpulan pemikir untuk membantu dan menyumbang buah fikiran dalam melestarikan

program-program serta projek-projek yang dirancang serta dilaksanakan adalah amat

diperlukan. Antara sumber utama daripada kategori inteligensia yang berpotensi untuk

digemblengkan dan seterusnya boleh memainkan peranan berkenaan secara lebih berkesan

adalah kalangan para profesor di Institusi Pengajian Tinggi.

Dari jumlah seramai lebih kurang 22,500 orang pegawai akademik di 20 Institusi Pengajian

Tinggi Negara (IPTA) sekarang, sebanyak 1,426 atau 6.3% adalah berjawatan Profesor (VK7, VK6,

VK5).

Golongan para profesor ini adalah mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang masingmasing.

Secara kasar kumpulan profesor negara boleh dibahagikan kepada 5 bidang kepakaran

utama iaitu Sains dan Teknologi, Perubatan dan Sains Kesihatan, Kejuruteraan dan Pembuatan,

Ekonomi dan Pengurusan dan Sains Sosial. Manakala tahap kepakaran setiap Profesor itu

adalah diiktiraf oleh sistem yang memerlukan seseorang pensyarah melalui proses kenaikan

pangkat yang memerlukan mereka untuk membuktikan pencapaian yang terkemuka mutunya

dalam bidang masing-masing yang lazimnya akan dinilai oleh beberapa orang panel dari dalam

dan luar negara.

Setakat ini belum terdapat suatu program terancang yang boleh menggembleng kepakaran

kumpulan profesor dalam negara secara kolektif dan berfokus kepada bidang tertentu untuk

dimanfaatkan secara strategik khasnya ke arah pembangunan bangsa dan negara. Sumbangan

dari kalangan profesor pada masa yang lepas walau pun wujud biasanya adalah atas kapasiti

individu profesor itu sendiri atau dijemput sebagai pakar rujuk, perunding atau ahli penyelidik

bagi projek tertentu.

12

Namun demikian adalah didapati bahawa sekiranya kumpulan profesor universiti ini dapat

dikumpulkan mengikut kepakaran masing-masing serta diaturkan pula perbincangan secara

berkala sesama mereka maka ianya akan memberi satu peluang untuk mereka memberi

sumbangan secara lebih berkesan lagi. Usaha secara kolektif di kalangan kumpulan pakar ini

dilihat mampu untuk memberi sumbangan berimpak tinggi dari segi daya intelektual mahu

pun pengetahuan teknikal khasnya dalam era di mana ilmu pengetahuan dan kemahiran

menjadi strategi yang amat penting. Bagi tujuan itu penubuhan Majlis Profesor Negara (MPN),

atau National Council of Professors (NCP), adalah suatu langkah terbaik untuk dilaksanakan

sekarang.

Objektif

Secara umum, cadangan penubuhan Majlis Profesor Negara ini adalah bagi tujuan untuk

mengumpul dan memudahkan pihak kerajaan menggembleng kepakaran akademik dan

profesional para profesor, secara kolektif, bagi tujuan membantu program pembangunan dan

kemajuan bangsa dan negara.

Secara khususnya, Majlis Profesor negara ini akan berfungsi bagi memenuhi tujuan-tujuan

khusus seperti berikut:

untuk menyumbang input kepakaran dari segi akademik dan profesional, dalam pelbagai

bidang, untuk kegunaan advokasi awam (public advocacy) khususnya dalam memperkukuh asas

penggubalan dasar negara serta pelaksanaan program yang dirancang.

untuk memberi sumbangan dalam bentuk khidmat nasihat dan pemikiran baru lagi terkini

guna untuk meningkatkan daya saing negara dalam pelbagai bidang di peringkat nasional dan

antarabangsa.

untuk menjadi custodian, atau pemegang amanah, keunggulan dan integriti ilmiah serta

profesional para profesor dalam negara.

untuk memberi peluang kepada kumpulan elit keilmuan ini memberi sumbangan kepakaran

masing-masing sebagai balasan kepada segala kemudahan, bantuan serta nikmat

keseejahteraan yang mereka nikmati selama ini.

Fungsi

Dalam usaha untuk mencapai objektif penubuhannya itu, Majlis Profesor Negara akan dari

semasa ke semasa melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

Membantu Kegiatan Pembangunan Ilmiah

Menggalak dan merangsang pembangunan kesarjanaan dan keintelektualan Negara melalui

program yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Mengadakan wacana dan juga seminar bagi bertukar pandangan dan pendapat masingmasing

berdasarkan kepada bidang kepakaran di kalangan profesor di peringkat tempatan dan

antarabangsa.

Memupuk budaya kesarjanaan dan keintelektualan dalam negara untuk meningkatkan

kemajuan minda rakyat.

Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan kesarjanaan dalam dunia akademik.

Membina jaringan akademik dengan badan-badan luar negara yang mempunyai objektif yang

sama.

13

Membantu Penggubalan Dasar

Menganalisis masalah-masalah tertentu negara untuk mengenal pasti risiko dan kaedah

penyelesaian yang bersesuaian, untuk mengesyorkan pelbagai alternatif penyelesaian kepada

pihak kerajaan.

Sentiasa prihatin terhadap perkembangan dunia akademik yang berkait dengan keperluan

negara untuk dibawa kepada perhatian kerajaan.

Bersifat proaktif untuk mengukuh dan meningkat kelestarian setiap penggubalan dan

perlaksanaan dasar-dasar negara.

Fungsi Advokasi Sosial

Menjadi jambatan penghubung antara kalangan akademia negara dengan pihak kerajaan,

industri dan komuniti.

Menjadi saluran objektif penyuaraan kepentingan akar umbi kepada pihak yang berwajib dan

pucuk pimpinan negara berwahanakan penyelidikan.

Memupuk budaya ilmu dan menghormat ilmu di kalangan masyarakat umum untuk

memartabatkan status kesarjanaan.

Bentuk dan Struktur Organisasi

Penubuhan Majlis Profesor Negara ini adalah dibuat tanpa perlu didaftarkan sebagai sebuah

badan pertubuhan berdaftar. Sebaliknya ianya adalah dianggap sebagai suatu Program Khas

yang dilaksanakan melalui Kementerian Pengajian Tinggi dengan tujuan menggerakkan segala

tenaga kepakaran elit keilmuan negara bagi kepentingan Negara.

Struktur organisasi Majlis Profesor Negara itu kelak adalah mengandungi jawatan-jawatan

Penasihat serta 3 pemimpin peringkat tertinggi iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan

Setiausaha. Ianya digerakkan oleh kumpulan profesor yang akan diketuai oleh Ketua Kluster.

14

Bagi melicinkan pergerakan Majlis Profesor Negara, setiap daripada profesor akan dibahagikan

kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima belas (15) Bidang Keilmuan seperti berikut dan

akan diketuai oleh seorang peneraju yang dikenali sebagai Ketua Kluster:

Pendidikan

Ekonomi dan Kewangan

Politik, Keselamatan dan Hal-ehwal Antarabangsa

Warisan dan Sosiobudaya

Sains dan Matematik

Teknologi dan Kejuruteraan

Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kesihatan dan Perubatan

Industri dan Inovasi

Pertanian dan Keselamatan Makanan

Pembangunan Wilayah

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan

Pengurusan dan Pembangunan Modal Insan

Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam

(Nota: pembentukan bidang keilmuan ini akan dikaji dari semasa ke semasa).

Kesimpulan

Kumpulan Profesor yang terdapat di dalam negara merupakan aset terpenting

keilmuan negara. Usaha untuk mengumpulkan mereka secara lebih terancang

mengikut bidang kepakaran melalui penubuhan Majlis Profesor Negara akan memberi

peluang untuk negara mendapatkan khidmat mereka secara berkesan.

Pulangan atas pelaburan kerajaan atas usaha untuk mengerakkan tenaga elit keilmuan

negara ini dijangka akan memberi kesan yang positif serta impak yang tinggi ke atas

program-program yang akan dijalankan oleh pihak kerajaan kelak. Penggemblengan

tenaga kepakaran keilmuan negara ini diharap akan dapat dipanjangkan kepada

kumpulan profesor dari industri dan juga institusi pengajian tinggi swasta kelak.

Sekretariat

Majlis Profesor Negara

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Blok E3 Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62505 Putrajaya

15

ii

Pusat

Kecemerlangan

Pengajian

Tinggi (HICoE)

Pusat Kecemerlangan (CoE) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diwujudkan sebagai usaha

untuk menyuburkan aktiviti penyelidikan Negara ke persada antarabangsa. Penubuhan CoE

mempunyai hasrat dan matlamat positif untuk membolehkan sesebuah institusi penyelidikan

di IPT dapat berdaya saing dalam pelbagai bidang penyelidikan dan kepakaran. Sehubungan

dengan hasrat tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif untuk

melaksanakan penarafan CoE di IPT untuk dinaikkan taraf sebagai Pusat Kecemerlangan

Pengajian Tinggi (HICoE) berdasarkan mekanisme dan kriteria penarafan yang piawai.

Penarafan ini dilakukan sebagi langkah strategik untuk seterusnya melonjakkan HICoE yang

telah dinobatkan untuk menjadi peneraju dalam bidang nic masing-masing. Penarafan sebagai

HICoE dilaksanakan untuk menyokong tiga Teras utama berikut iaitu:-

Teras Penyelidikan dan Inovasi

Teras Pengajaran dan Pembelajaran

Teras Perkhidmatan

Berdasarkan proses pengukuran, penilaian dan penarafan, enam CoE telah diperakukan oleh

KPT untuk dinaikkan taraf sebagai HICoE dan perakuan ini telah pun diluluskan oleh Jemaah

Menteri yang telah bermesyuarat pada 30 Oktober 2009. Enam HICoE tersebut ialah:

• UM Centre of Research Power Electronics, Drives, Automation & Control

(UMPEDAC), Universiti Malaya

• UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia

• Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM), Universiti Sains Malaysia

• Institute of Bioscience (IBS), Universiti Putra Malaysia

• Centre for Drug Research (CDR), Universiti Sains Malaysia; dan

• Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi MARA

16

Setelah diiktiraf sebagai HICoE, setiap CoE dijangka dapat melonjakkan pencapaian ke

peringkat antarabangsa dari segi kualiti penyelidikan, perolehan akreditasi prasarana fizikal

serta peluasan jaringan dan rangkaian. Untuk itu, setiap HICoE hendaklah memberi tumpuan

terhadap bidang nic masing-masing dalam merancakkan integrasi penyelidikan bersama

dengan institusi penyelidikan terkemuka dunia bagi mendapatkan pendedahan suasana

penyelidikan global dan peluang untuk mengeksport teknologi serta kepakaran tempatan.

Dengan adanya penarafan sebagai HICoE ini, ianya akan dapat memastikan hasrat KPT

terlaksana dalam memastikan aktiviti penyelidikan dan inovasi di IPT memperoleh

sumber yang mencukupi bagi menyokong Sistem Inovasi Kebangsaan yang seterusnya

membantu Negara berdaya saing dalam menerajui model ekonomi baru yang

berasaskan inovasi dan ilmu.

17

iPenghargaan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat

Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE).

18

ii

Nota

19

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Blok E3, Parcel E, Presint 1

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62505 Putrajaya.

www.mohe.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!