04.11.2014 Views

Surat Edaran

Surat Edaran

Surat Edaran

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

peminjaman atau pertukaran sementara terlebih dahulu

sebelum pegawai dipertimbangkan pertukaran tetap.

Pelaksanaannya dibuat rnengikut Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 1 Tahun 2007;

pertukaran pelantikan dengan pegawai ditukar lantik terus ke

skim perkhidmatan lain di bawah Ketua Perkhidmatan berbeza

di bawah Suru hanjaya Perkhidmatan Awam (dilaksanakan

mengikut Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Bilangan 17 Tahun 2005) dan di bawah Suruhanjaya atau

Pihak Berkuasa Melantik berbeza (dilaksanakan mengikut

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002); dan

kemasukan secara lateral dalam skim perkhidmatan yang

memperuntukkan gred lantikan yang setaraf dengan gred

kenaikan pangkat atau dengan kelonggaran syarat skim

perkhidmatan bagi skim yang mana kelulusan perlu diperolehi

daripada Bahagian Pernbangunan Organisasi, Jabatan

Perkhidmatan Awam.

4. Kaedah tersebut dapat memberikan peluang kepada pegawai awam

yang berminat serta memiliki kelayakan, kepakaran dan pengalaman

tertentu untuk memasuki skim perkhidmatan yang bersesuaian dan relevan

dengan kelayakan dan kepakaran mereka. Langkah ini boleh

meningkatkan motivasi, menggalakkan pegawai mencapai prestasi lebih

tinggi dan menjadikan sektor awam lebih responsif serta berdaya saing.

5. Pelaksanaan urusan tersebut meliputi semua skim perkhidmatan

dalarn sektor awam dengan ketetapan kuota tidak melebihi lima (5)'peratus

daripada jumlah perjawatan mengikut skim perkhidmatan berkenaan.

Pemilihan pega-wai- perlu dibuat oleh suatu Search Committee yang

ditubuhkan di kementerianl jabatan yang mana pegawai yang memenuhi

kriteria pemilihan sahaja dipertimbangkan ke skim perkhidmatan lain

melalui salah satu kaedah seperti yang dinyatakan di perenggan 3 di atas.

Bagi rnernbolehkan pertimbangan dibuat, pegawai hendaklah:

a) memiliki kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan seperti mana

ditetapkan skim perkhidmatan yang berkuat kuasa;

b) mempunyai pengalaman reievan yang bersamaan atau setara

dengan yang disyaratkan kepada pegawai sedia ada bagi

tujuan kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan tersebut;

c) memiliki kepakaran yang sukar diperolehi dan amat diperlukan

oleh skim perkhidmatan tersebut;

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!