19.11.2014 Views

Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan ...

Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan ...

Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG

JABATAN PERDANA MENTERI

TAHUN 2012

24 JUN 2013 (ISNIN)

9.30 PAGI

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;

Yang Berbahagia Tan Sri Hj Shukry Mohd Salleh

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU);

Yang Berbahagia Datuk Othman Haji Mahmood

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM;

Yang Berbahagia Tan Sri/Dato‟ Seri/Datuk/Dato‟/Datin-Datin

Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah JPM;

Yang dihormati dan diraikan Penerima-Penerima

Cemerlang JPM bagi tahun 2012; dan

Anugerah Perkhidmatan

Yang dikasihi Saudara-Saudari, Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu izinkan saya memanjat rasa kesyukuran ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul pada hari ini

untuk menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC),

Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tahun 2012. Majlis APC pada pagi ini

merupakan satu penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga JPM

yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem

penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai standard dan kualiti

1

yang ditetapkan dan yang lebih penting, memenuhi kehendak dan ekspektasi

pelanggan dan rakyat.

2. Saya dimaklumkan bahawa Majlis APC JPM 2012 diadakan secara

bersekali dengan gabungan 42 Jabatan dan Agensi di bawah JPM. Ini

merupakan satu usaha yang baik kerana dapat memastikan perbelanjaan

berhemah serta mengoptimumkan sumber-sumber yang ada. Ini juga memberi

peluang kepada seluruh warga JPM mengenali satu sama lain dan beramah

mesra.

3. Tahniah dan penghargaan saya tujukan kepada warga JPM yang lain,

yang turut berganding bahu dan sama-sama memberikan perkhidmatan yang

baik ke arah matlamat yang sama.

4. Hari ini kita berkesempatan meraikan kejayaan 1,374 warga JPM yang

cemerlang bagi tahun 2012. Tahniah saya ucapkan. Semoga anugerah dan

penghargaan ini menjadi pemangkin dan pendorong dalam usaha

meneruskan kecemerlangan dalam bidang tugas masing-masing. Saya yakin

kita akan terus meraikan kecemerlangan pegawai-pegawai JPM yang komited

terhadap melakari dan menyelusuri kecemerlangan perkhidmatan demi

kejayaan diri, organisasi, bangsa dan negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

5. Untuk kali kedua, Anugerah Khas JPM dianugerahkan kepada pegawai

yang telah menunjukkan kecemerlangan yang berterusan, iaitu telah berjaya

menerima APC sebanyak tiga kali dalam perkhidmatannya. Penerima ini

telah dipilih daripada keseluruhan 1,374 penerima APC di dewan ini. Penerima

anugerah ini juga dipilih berdasarkan aspek kewibawaan, keterampilan dan

penglibatan pegawai tersebut dalam memberi sumbangan terhadap

2

pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Saya ucapkan syabas dan

tahniah serta teruskan usaha yang terpuji ini.

6. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana

Menteri (JPM) bagi tahun 2012 berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelumnya,

di mana satu lagi pengiktirafan baru diperkenalkan, iaitu Sijil Penghargaan

Jabatan Perdana Menteri. Penghargaan ini bertujuan memberi pengiktirafan

dan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang tidak dapat

dipertimbangkan untuk pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

(APC), tetapi telah menunjukkan kecemerlangan dan komitmen yang

tinggi dalam perkhidmatan awam. Pegawai-pegawai penghargaan ini

merupakan pegawai bukan berjawatan tetap seperti lantikan contract for

service, contract of service, pekerja sambilan harian dan juga pegawai

daripada skim perkhidmatan singkat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada

17 warga JPM yang telah dipilih untuk menerima penghargaan ini.

AMANAT YAB PERDANA MENTERI SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN

JPM PADA 3 JUN 2013

Para hadirin yang dihormati sekalian,

7. Semasa ucapan YAB Perdana Menteri sempena Perhimpunan Bersama

Warga JPM pada 3 Jun 2013 yang lalu, beliau menyampaikan ucapan terima

kasih kepada semua penjawat awam di atas sokongan dan kerja keras yang

ditunjukkan selama ini dan menyeru agar kita, sebagai penjawat awam, tidak

menoleh kebelakang tetapi mesti mengorak langkah ke hadapan sebagai

sebuah negara.

3

8. Selaras dengan saranan YAB PM itu, marilah kita sama-sama

mengukuhkan semula ikrar janji setia kita dan bergerak ke hadapan sebagai

satu force yang bersatu padu, dinamik dan agresif dalam melaksanakan

segala usaha transformasi negara. JPM merupakan agensi yang dipimpin oleh

pemimpin nombor satu Malaysia dan kita perlu sedar bahawa kita perlu

menjadi pacesetters – warga JPM bukan sahaja perlu berdisiplin dan

menunjukkan integriti, tetapi perlu juga fokus terhadap matlamatnya dan

berorientasikan pencapaian (achievement oriented).

9. Dalam usaha kita ke arah transformasi negara, para hadirin sekalian

diingatkan sekali lagi bahawa perkhidmatan awam merupakan komponen

penting dan penghubung dalam menterjemahkan visi Kerajaan kepada

program-program yang boleh dilaksanakan.

10. Kerajaan akan meneruskan Agenda Transformasi Negara yang telah

dilaksanakan sebelum ini, melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP),

Program Transformasi Ekonomi (ETP), dan Program Transformasi Sosial.

Semua ini akan dijadikan landasan untuk kita bergerak ke hadapan, demi

mencapai Wawasan 2020. Kerajaan komited untuk bersama-sama

memastikan manfaat daripada usaha ke arah negara maju ini dinikmati oleh

semua lapisan masyarakat.

11. Kejayaan usaha-usaha transformasi ini terletak di bahu kita semua

sebagai anggota perkhidmatan awam. Kita tidak boleh lagi berdalih atau

berlengah. “We must move forward – as ONE, to achieve our goal of Vision

2020.”

4

HARAPAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Para hadirin yang dihormati sekalian,

12. Semenjak menerajui pimpinan perkhidmatan awam sebagai Ketua

Setiausaha Negara genap setahun yang lepas, saya telah memperkenalkan

konsep „Merakyatkan Perkhidmatan Awam.‟ Ia merupakan pendekatan yang

berasaskan kepada enam prinsip, iaitu:

Keterbukaan;

Turun Padang;

Musyawarah (Engagement);

Insaniah;

Kerjasama Awam-Swasta dan NGO; dan

Kekitaan.

13. Dalam setahun yang lepas ini juga, kita telah mencapai prestasi yang baik

dengan kebajikan penjawat awam diambil kira dan dijaga. Beberapa

penambahbaikan telah dibuat dalam perkhidmatan awam, termasuk:

Semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum

diperuntukkan 3 tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)

berkuatkuasa 1 Januari 2013; dan

Mengkaji semula sesetengah skim perkhidmatan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

14. Dalam usaha mengorak langkah ke hadapan (the way forward), saya ingin

berkongsi dengan para hadirin sekalian beberapa usaha yang akan dan

sedang diambil dalam perkhidmatan awam:

5

PROGRAM JEJAK MESRA PERKHIDMATAN AWAM (SEARCH AND

ASSIST)

15. Dalam usaha melipatgandakan saranan saya selama setahun yang

lepas ini supaya penjawat awam kerap mengadakan lawatan turun padang,

satu lagi program baru telah diperkenalkan. Penjawat awam disarankan

supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah

proaktif melalui program yang telah dinamakan sebagai Program Jejak Mesra

Perkhidmatan Awam (atau Search and Assist). Penjawat awam akan turun

untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa

perkhidmatan kepada mereka. Ini adalah satu pendekatan baru di mana kita

tidak menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka,

tetapi sebaliknya, kita mendekati mereka. Saya berharap perkara ini dapat

dibudayakan sepanjang perkhidmatan anda.

PENDEKATAN DASAR PINTU TERBUKA (OPEN DOOR POLICY)

16. Saya akan menyambung pendekatan dasar pintu terbuka atau Open Door

Policy dalam urusan bersama penjawat awam ataupun rakyat. Saya mengalualukan

maklumbalas, pandangan dan cadangan membina daripada para

hadirin sekalian demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

Saya percaya bahawa kita semua perlu senang dihubungi dan didekati

(approachable). Saya berharap agar sebarang maklumbalas yang ingin

disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian.

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA BERTANGGUNGJAWAB

Para hadirin yang dihormati sekalian,

6

17. Semasa ucapan YAB Perdana Menteri pada Majlis Konsultasi Bajet 2014

baru-baru ini, beliau turut menyatakan bahawa populasi Malaysia

kebanyakkannya terdiri daripada populasi yang agak muda. Golongan muda

ini berperanan penting dalam membentuk masa hadapan negara. Beliau

menyatakan bahawa belia hari ini lebih berpendidikan tinggi, dan berbudaya

ICT. Ini seterusnya menyebabkan mereka lebih terlibat dalam rangkaian sosial

seperti blog, Facebook dan Twitter, di mana maklumat tersebar dengan cepat

sekali, baik yang positif atau negatif.

18. Media sosial kini dianggap sebagai media arus perdana dan

communication tool yang penting. Oleh itu, saya juga telah menggalakkan

semua Ketua Setiausaha, Ketua Agensi dan Ketua Jabatan supaya

mempunyai akaun Facebook dan Twitter masing-masing juga.

19. Namun, saya ingin mengingatkan para hadirin sekalian agar

menggunakan medium ini secara bertanggungjawab dan berhemah.

Medium ini boleh digunakan untuk kebaikan atau tidak – pilihannya terletak di

tangan individu tersebut. Saya juga ingin mengingatkan supaya tidak terlibat

sama sekali dalam penyebaran khabar angin ataupun gambar-gambar tidak

tepat melalui laman media sosial ini. Ketua-ketua Jabatan bertanggungjawab

untuk memantau aktiviti warga kerja mereka dan tindakan yang sewajarnya

perlu diambil, sekiranya mereka melanggar undang-undang yang sedia ada

berhubung etika tatalaku seorang penjawat awam.

20. Baru-baru ini, penjawat awam di negara Wales, telah diberi amaran

berhubung etika pengunaan media sosial. Seramai tiga penjawat awam Wales

telah diberi amaran tegas setelah pihak Kerajaan mendapati mereka memberi

komen berhubung polisi kerajaan dan bersifat politik dalam Facebook dan

7

Twitter. Keadaan ini menunjukkan bahawa Kerajaan negara lain juga

memandang serius penyalahgunaan (abuse and misuse) media sosial.

USAHA-USAHA LAIN DALAM MENGORAK LANGKAH KE HADAPAN

Para hadirin yang dihormati sekalian,

21. Bulan Julai 2013 akan juga merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh

semua penjawat awam – iaitu menerima satu Kenaikan Gaji Tahunan

(KGT). Ini merupakan pengiktirafan Kerajaan terhadap usaha penjawat awam.

TUGAS SEBAGAI AMANAH

Para hadirin yang dihormati sekalian,

22. Setiap tugas yang diberikan merupakan satu amanah dan perlu

dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Selaku penjawat awam, kita

mempunyai peranan yang sangat besar dalam memastikan setiap dasar dan

agenda nasional direalisasikan. Perasaan tanggungjawab dan akauntabiliti

terhadap tugas masing-masing perlu wujud. Harapan ikhlas saya ialah supaya

wujud kerjasama dan komitmen dari semua warga JPM dalam perjalanan

kita ke arah visi yang sama.

23. Kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan usaha penjawat awam

dalam meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan. Malah,

insentif diwujudkan sebagai satu bentuk penghargaan kepada pegawai dan

kakitangan untuk terus memberikan sepenuh perhatian dan daya usaha ke

arah mempertingkatkan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

8

24. Penganugerahan APC ini bukan hanya sebagai dorongan dan

pengiktirafan kepada anggota yang telah menunjukkan komitmen dan

dedikasi dalam melaksanakan atau telah menghasilkan prestasi kerja

cemerlang semata-mata. Bahkan dalam skop yang lebih luas, APC merupakan

langkah ke arah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua

aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya di

JPM.

25. Kesungguhan dan komitmen tinggi membawa kepada kecemerlangan

perkhidmatan. Kecemerlangan ini boleh kita jadikan sebagai pengukur bahawa

perkhidmatan awam telah berjaya menunaikan amanah dan

tanggungjawabnya secara pro-aktif dan berkesan dalam menjayakan proses

transformasi negara.

26. Selaku penjawat awam, kita tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap

pencapaian. We must not rest on our laurels. Kita perlu berhadapan dan

menangani perubahan persekitaran. Kita perlu bersedia, berfikiran terbuka

untuk melakukan anjakan paradigma yang selari dengan perubahan

persekitaran yang terus berlaku. Ekspektasi pelanggan atau rakyat terhadap

perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan ini sudah tentunya

memerlukan kita membuat pembaharuan yang berterusan supaya kita

sentiasa responsif, relevan, cekap, cepat dan berkesan dalam memenuhi

permintaan dan harapan rakyat.

27. Saya menyaran agar para hadirin sekalian menggunakan dengan sebaik

mungkin tempoh masa yang diberikan, sama ada di peringkat pengurusan

mahupun di peringkat kumpulan pelaksana, untuk melakukan yang terbaik.

Masa yang kita ada tidak panjang dan kadangkala terlalu singkat.

9

28. Rakyat sentiasa menilai perkhidmatan awam dan penyampaian

perkhidmatan. Dalam hal ini, saya sering menerima aduan berhubung layanan

yang diterima oleh rakyat daripada penjawat awam. Namun begitu, terdapat

juga beberapa surat yang lebih positif dan memberi harapan kepada saya

bahawa kita mampu memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada rakyat.

29. Dua minggu yang lepas, Pengarah Urusan sebuah syarikat (Edaran Setia

Construction (M) Sdn. Bhd.) telah menulis e-mel kepada saya dan

merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai daripada

Bahagian Akaun, JPM, terutamanya En. Sivasubramaniam a/l Pothras @

Botharaju (Akauntan di Unit Naziran dan Audit Terimaan) dan Pn. Norhaliza

binti Yunos (Penolong Akauntan di Unit Pengurusan Maklumat) yang telah

mengurus dan mengendalikan aduan beliau. Syabas saya ucapkan kepada

dua orang pegawai ini dan teruskan usaha anda dalam meningkatkan

penyampaian perkhidmatan. Penghargaan juga saya sampaikan kepada

Bahagian Akaun, JPM. Saya berharap seluruh warga JPM akan mencontohi

usaha yang ditunjukkan oleh dua rakan kita ini dalam memartabkan

perkhidmatan awam.

PENUTUP

30. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi

tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi

tahun 2012. Saya berharap agar semua yang diraikan hari ini mengekalkan

rentak kecemerlangan dan komitmen yang anda telah tunjukkan selama ini,

dan terus mendokong usaha Kerajaan ke arah kemakmuran negara serta

kesejahteraan rakyat.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!