19.11.2014 Views

Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan ...

Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan ...

Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

24. Penganugerahan APC ini bukan hanya sebagai dorongan dan

pengiktirafan kepada anggota yang telah menunjukkan komitmen dan

dedikasi dalam melaksanakan atau telah menghasilkan prestasi kerja

cemerlang semata-mata. Bahkan dalam skop yang lebih luas, APC merupakan

langkah ke arah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua

aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya di

JPM.

25. Kesungguhan dan komitmen tinggi membawa kepada kecemerlangan

perkhidmatan. Kecemerlangan ini boleh kita jadikan sebagai pengukur bahawa

perkhidmatan awam telah berjaya menunaikan amanah dan

tanggungjawabnya secara pro-aktif dan berkesan dalam menjayakan proses

transformasi negara.

26. Selaku penjawat awam, kita tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap

pencapaian. We must not rest on our laurels. Kita perlu berhadapan dan

menangani perubahan persekitaran. Kita perlu bersedia, berfikiran terbuka

untuk melakukan anjakan paradigma yang selari dengan perubahan

persekitaran yang terus berlaku. Ekspektasi pelanggan atau rakyat terhadap

perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan ini sudah tentunya

memerlukan kita membuat pembaharuan yang berterusan supaya kita

sentiasa responsif, relevan, cekap, cepat dan berkesan dalam memenuhi

permintaan dan harapan rakyat.

27. Saya menyaran agar para hadirin sekalian menggunakan dengan sebaik

mungkin tempoh masa yang diberikan, sama ada di peringkat pengurusan

mahupun di peringkat kumpulan pelaksana, untuk melakukan yang terbaik.

Masa yang kita ada tidak panjang dan kadangkala terlalu singkat.

9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!