23.11.2014 Views

080708b

080708b

080708b

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

pilihanraya umum terakhir yang saya terajui.

7. Tetapi pemberita barat masih kekal dengan khayalan mereka yang saya ini diktator, anti kaum

Cina dan perasuah disamping memberi keistimewaan kepada kroni-kroni saya. Pemberita

mereka akan membaca laporan-laporan lama dan akan menganggap ianya sebagai benar.

Mereka tidak pernah membuat sebarang penyelidikan. Sebab itu setiap kali saya mengkritik rejim

Dato Seri Abdullah, mereka dan pembodek-pembodek Abdullah akan tuduh yang saya ini lebih

buruk semasa menjadi Perdana Menteri.

8. Terutama sekali tuduhan berkenaan pentadbiran kuku besi yang kononnya saya amalkan

dalam Kerajaan dan parti. Hakikat yang mereka tidak mahu lihat ialah semasa saya pegang

kerusi Presiden UMNO, pemimpin-pemimpin lain tidak takut melawan saya.

9. Dato (sekarang Tun) Musa Hitam, timbalan saya yang pertama melepaskan jawatannya di

dalam Kerajaan dan parti. Sudah tentu saya marah dengan tindakannya. Tetapi Majlis Tertinggi

UMNO memutuskan untuk menghantar delegasi memujuk beliau kembali. Saya tidak bantah

gerakan ini dan menerima keputusannya kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO, tetapi tidak

sebagai Timbalan Perdana Menteri.

10. Saya melantik (Tun) Ghaffar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri.

11. Selepas itu Musa menghasut musuh ketatnya, Tengku Razaleigh Hamzah supaya bertanding

kerusi Presiden menentang saya dan dia sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden.

12. Mereka berdua disokong oleh (Dato Seri) Abdullah Badawi, (Dato Seri) Syed Hamid Albar,

(Tan Sri) Abdul Kadir Sheikh Fadzir, (Dato Seri) Rais Yatim dan ramai lagi. Mereka menjelajah ke

seluruh negara memujuk Bahagian-bahagian dan ahli UMNO untuk menolak saya dan melantik

mereka di Perhimpunan Agong UMNO.

13. Saya tidak sekat mereka berkempen walaupun mereka membuat tuduhan-tuduhan yang

memburukkan imej saya. Ahli UMNO tidak dihalang menghadiri mesyuarat kempen mereka.

Adalah dipercayai bahawa wang telah digunakan bagi memujuk perwakilan UMNO ke mesyuarat

Agong untuk mengundi mereka.

14. Dalam pertandingan tersebut saya menang dengan majoriti 43-undi manakala Ghafar

menang dengan 41-undi.

15. Penyokong-penyokong Tengku Razaleigh membawa isu ini ke mahkamah untuk memaksa

pemilihan semula. Mahkamah putuskan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah. Saya

terpaksa daftar semula UMNO sebagai UMNO Baru. Tengku Razaleigh menubuhkan parti baru

yang dipanggil Semangat 46 bersempena tahun kelahiran UMNO.

16. Kedua-dua parti cuba menarik ahli UMNO lama. UMNO Baru berjaya pikat ahli lama dan ahli

baru yang teramai.

17. Dato Seri Abdullah memilih untuk sertai UMNO Baru. Walaupun dia menyokong Tengku

Razaleigh saya tidak menyekatnya. Tetapi saya tidak lantik dia sebagai Menteri.

18. Semangat 46 kalah teruk pada Pilihanraya Umum 1990 dan sekali lagi pada 1995. Tengku

Razaleigh membubarkan parti tersebut dan kembali kepada UMNO. Saya tidak menyimpan apaapa

dendam terhadapnya. Dato Seri Rais Yatim dilantik Menteri.

19. Dato Seri Abdullah Badawi bertanding dan menang kerusi Ahli Majlis tertinggi UMNO. Pada

pemilihan seterusnya dia bertanding Naib Presiden dan mendapat tempat kedua.

20. Selepas itu saya membuat rumusan bahawa ahli UMNO hendakkan beliau dan saya pun

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!