23.11.2014 Views

buletin pelajar sesi januari 2008 - Politeknik Kota Bharu

buletin pelajar sesi januari 2008 - Politeknik Kota Bharu

buletin pelajar sesi januari 2008 - Politeknik Kota Bharu

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Tahniah diucapkan kepada Biro Penerbitan Dan Multimedia

JPP-PKB kerana telah berjaya menerbitkan Buletin Pelajar,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu

Sesi Januari 2008. Saya berharap dengan penerbitan

buletin ini dapat memberi impak yang positif kepada

penuntut di sini dari pelbagai aspek. Disamping ianya akan

melahirkan pelajar yang lebih kreatif, inovatif, bijaksana dan peka. Saya

juga mendoakan semoga semua warga PKB dapat meneruskan

kecemerlangan dan kewibawaan dalam kerja dengan menambah dan

meningkatkan lagi ilmu kepada tahap yang lebih tinggi samada peringkat

ijazah, sarjana atau doktor falasafah. Tanamkanlah konsep “ Pembelajaran

Sepanjang Hayat ” dalam diri kita selagi hayat dikandung badan. Akhir

kata bersama-samalah kita berusaha meningkatkan kecemerlangan

akademik di PKB agar setanding dengan pusat pengajian tinggi yang lain

dalam melahirkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti dalam

bidang yang diceburi bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta

di Negara kita.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Tn. Haji Che Ku Mamat Bin Che Abdullah

Pengarah

Politeknik Kota Bharu

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada

JPP-PKB kerana telah menerbitkan Buletin Pelajar JPP-

PKB Sesi Januari 2008. Dengan penerbitan ini, jelasnya

kewujudan JPP yang semakin relevan setiap semester di

PKB. Buletin ini penting kerana disamping menyalurkan

maklumat ia juga mengenengahkan lebih banyak aktiviti

JPP yang diprogramkan sendiri oleh Exco-Exco JPP khususnya untuk

semua pelajar PKB amnya. Aktiviti-aktiviti pelajar sangat berguna dalam

rangka menambah atau mengasuh softskills mereka. Di kesempatan ini,

saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua EXCO JPP Sesi

Januari 2008 yang telah berusaha menjadikan pelajar-pelajar PKB lebih

berketerampilan dan meningkatkan kualiti modal insan mereka sekaligus

dapat menyumbang kepada merealisasikan aspirasi Negara.

Sekian, terima kasih.

En. Iskandar Zulkhairi Bin Mohd

Pegawai Hal Ehwal Pelajar,

Kebajikan Dan Disiplin

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Tahniah diucapkan kepada JPP-PKB kerana berjaya menerbitkan Buletin Pelajar JPP-PKB. Dengan terbitnya buletin ini terbuktinya kewujudan

JPP yang terus cemerlang di PKB. Penglibatan pelajar dalam kegiatan luar kuliah perlu seiring dengan kecemerlangan akademik. Walaupun

hakikat menuntut ilmu adalah paling utama tetapi keperluan masa depan tidak hanya menumpukan kepada kecemerlangan akademik sematamata

tetapi juga kepada nilai tambah yang lain terutamanya hal-hal berkaitan kepimpinan.

Mudah-mudahan dengan adanya buletin ini, ia akan menjadi medium penyaluran maklumat yang terbaik dalam mengaktifkan kepimpinan di

kalangan para pelajar yang berbakat.

Akhir kata, semoga kita berada dalam keadaan yang diredhaiNya bagi mempersiapkan diri kita untuk menjalani kehidupan seharian dengan

berkatanNya.

En. Rosihan Bin Ab Aziz

Pegawai Kegiatan Pelajar

Politeknik Kota Bharu

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada Biri Penerbitan & Multimedia Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Politeknik Kota Bharu kerana telah menerbitkan sebuah Buletin JPP - PKB dengan jayanya. Saya selaku Yang Dipertua Perwakilan Pelajar ingin

melahirkan rasa bangga di atas penerbitan buletin yang membawa satu invosi baru dalam perjalanan pengajian kita di PKB.

Pelajar PKB mahupun Institusi lain dapat mengikuti semua isu semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar kampus disamping juga dapat

melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilancarkan. Sebagai tambahan saya juga ingin memfokuskan pembangunan modal insan dalam diri

setiap pelajar dan melahirkan generasi pelapis yang berkepimpinan dan berwawasan tinggi.

Akhir kata, semoga Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu akan membawa suatu pembaharuan dalam bidang pendidikan di

PKB.

Asraf Mukhlis Bin Amiruddin

Yangt Dipertua

Jawatakuasa Perwakilan Pelajar

Politeknik Kota Bharu

DARI MEJA EDITOR

Salam Sejahtera

Saya berasa bersyukur dan bangga kerana telah melahirkan buletin JPP PKB Sesi Januari 2008 dengan jayanya. Ini adalah atas kerjasama

semua pihak yang telah membantu saya dan juga timbalan dalam penerbitan buletin ini. Buletin Pelajar JPP PKB ini diterbitkan bagi

memudahkan pelajar-pelajar PKB mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam kampus PKB.

Diharap dengan kelahiran BULETIN JPP PKB ini dapat memberikan satu cetusan idea pelajar-pelajar dalam pembelajaran tidak dari segi

akademik mahupun kokurikulum.

“Salam Perpaduan dan Muafakat ”

Viyahsen A/L Applasamy

Exco Penerbitan Dan Multimedia

Jawatakuasa Perwakilan Pelajar

Politeknik Kota Bharu

PENDAFTARAN DAN MINGGU SUAI KENAL (MSK)

14 –17 Januari 2008

Menjadi kebiasaan di Politeknik Kota Bharu, setiap para pelajar yang

berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di sini akan diwajibkan

menyertai Minggu Suai Kenal(MSK). Ianya bertujuan untuk

menerangkan serba sedikit tentang latar belakang, tata susila dan cara

pembelajaran di Politeknik ini. Banyak maklumat yang akan didedahkan

kepada pelajar sepanjang tempoh Minggu Suai Kenal ini.

PENCALONAN JPP SESI JANUARI 2008

11 Februari 2008

Pemilihan semula barisan kepimpinan Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar Sesi Januari 2008 telah diadakan di

Dewan Kuliah 2 melalui sesi temuduga oleh Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu yang diketuai

oleh Encik Rosihan B Abdul Aziz. Seramai 34 orang calon

telah bertanding untuk memenuhi 16 jawatan yang

dipertandingkan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

MESYUARAT

PENGURUSAN

KALI PERTAMA

19 Februari 2008

Mesyuarat Pengurusan

ini telah diadakan

bersama En. Rosihan

Abd Aziz iaitu Pegawai

Kegiatan Pelajar adalah untuk menerangkan skop tugas setiap Exco yang dipilih dan tujuan Exco

dilantik melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar adalah untuk mencapai matlamat yang telah

ditetapkan. Justeru itu, cadangan semakan pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Januari

2008 dibentangkan dan diedarkan kepada semua Exco.

MESYUARAT AGONG KELAB RAKAN JPP

03 Mac 2008

Perjumpaan perlantikan baru Ahli Jawatankuasa Rakan JPP telah

diadakan pada 03 Mac 2008 di blok E01 jam 4.15 petang.

Kehadiran YDP Asraf Mukhlis Amiruddin dan NYDP2 Furkan

Ahmad pada perjumpaan yang ulung kali ini diadakan telah

meriahkan lagi perjumpaan pada petang tersebut disamping dapat

memperkenalkan Ketua Pelajar yang dilantik pada sesi Januari

2008. Kehadiran pelajar amat menggalakkan dan proses pemilihan ahli jawatankuasa berjalan dengan

lancar. Muhd.Ariff Riffin dari SKE4B telah dilantik menjadi pengerusi Rakan JPP. Diharap dengan

adanya pengerusi baru ini Rakan JPP dapat menjadi kelab yang dapat membantu JPP dalam

menangani pelajar di Politeknik Kota Bharu ini.

MAJLIS DIALOG

BERSAMA PELAJAR

12 Mac 2008

Majlis Dialog bersama pelajar

Politeknik Kota Bharu telah

berjaya dilangsungkan di

Dewan Seri Cahaya untuk

sekian kalinya. Ianya dianjurkan

oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu untuk mengumpul dan mengetahui masalah -

masalah semasa yang dihadapi oleh pelajar di kampus ini. Dengan ini, segala masalah dapat diatasi dengan

pihak Politeknik iaitu Tuan Pengarah Politeknik Kota Bharu.

MAJLIS KESYUKURAN JPP

18 Mac 2008

Pada 11 Mac 2008, Ahli jawatankuasa perwakilan pelajar telah

mengadakan majlis kesyukuran yang bertempat di Dataran Gemilang

dimana majlis ini dihadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar iaitu En.

Iskandar Zulkhairi Bin Mohd, Pegawai Kegiatan Pelajar En. Rosihan Bin

Ab Aziz, penasihat-penasihat Jabatan, MT, Exco-Exco, Timbalan dan ahli

Rakan JPP. Tujuan majlis ini diadakan untuk merapatkan hubungan

diantara semua pihak dan memperingati akan segala usaha yang telah

dilakukan oleh JPP.

HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN KELANTAN KE-50

30 Mac 2008

Pada 30 Mac 2008, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah mendapat

jemputan daripada Ketua Istiadat, Istana Balai Besar Kelantan untuk

menghadiri ke majlis Hari Ulang tahun Keputeraan Kelantan ke-50.

Majlis ini dihadiri oleh 12 orang ahli-ahli JPP. Pelbagai program yang

diadakan seperti kawat kadet polis,tarian kanak-kanak kecil, permainan

teh tarik dan sebagainya.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PERINGKAT POLITEKNIK KOTA BHARU

03 April 2008

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Kakitangan

Politeknik Kota Bharu ( PKPKB ) telah menganjurkan majlis sambutan

maulidur rasul peringkat Politeknik Kota Bharu. Majlis ini berlangsung

pada 3 April 2008 dan bertempat di Dewan Al-Ghazali dimana ia dihadiri

oleh penasihat-penasihat jabatan, penasihat pengajian am dan pelajarpelajar

politeknik terutamanya pelajar semester 1. Ceramah diberikan oleh

Ustaz Mokhtar dari Institusi Perguruan Maktab Kota Bharu iaitu.

MALAM CITRA CAHAYA

23 April 2008

Program yang diadakan pada 23

April 2008 ini dinamakan Malam

Citra Cahaya yang bertemakan

konsep tradisional. Program ini

mendapat sambutan yang

menggalakkan serta meriah dari

pelajar-pelajar asrama dan PKB. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan seperti dikir barat, lakonan,

nyanyian,tarian lilin,dan sebagainya. Kollum juga dipamerkan di depan dewan yang di buat oleh pelajar-pelajar

India.

ENGLISH IN CAMP

24 –25 April 2008

Kem bahasa Inggeris yang dianjurkan pada 24 dan 25 April yang lalu

bertemakan “English that’s inspire”telah disertai oleh 118 orang pelajar

semester satu dari empat jabatan yang berbeza. Kem selama 2 hari ini

secara amnya telah mendapat maklumbalas positif dari peserta dan para

pensyarah. Melalui aktiviti yang dijalankan seperti “newscasting dan

spelling bee”, para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri.

HARI POLITEKNIK

PERINGKAT POLITEKNIK KOTA BHARU

26 April 2008

Hari Politeknik ini disertai oleh pelajar-pelajar dan Pensyarah

Politeknik Kota Bharu. Pelbagai acara yang dipertandingkan

seperti bowling kelapa, baling dat, teka biji betik, kabadi,

explorace dan sukaneka. Sukaneka mempunyai 3 permainan iaitu

isi air dalam botol, tiup tepung dan bawa bola ping pong

menggunakan sudu. Wujudnya semangat berpasukan dan

kesukanan diantara pelajar dengan pensyarah.

KURSUS KEPIMPINAN JPP

01 - 03 April 2008

Kursus kepimpinan ini diadakan di Home Beach Village, Kota

Bharu dan disertai oleh 28 orang Exco JPP diiringi oleh 2 orang

Pensyarah. Terdapat pelbagai program dilakukan sepanjang

kursus ini dijalankan seperti senaman pagi, explorace, latihan

dalam kumpulan, perlawanan bola tampar, BBQ dan sebagainya.

Kursus ini adalah untuk memu puk sifat kepimpinan, displin, dan

bekerjasama di dalam diri setiap Exco JPP.

KONVENSYEN BELIA NEGARA

PERINGKAT NEGERI KELANTAN

10 MEI 2008

Pada 10 Mei 2008 ( Sabtu ) Konvensyen Belia Negara 2008

Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Al-Nafis

Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Majlis konvensyen ini telah

berlangsung pada pukul 8.00 pagi – 2.00 petang, di mana ia

dikendalikan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik

Kota Bharu. Konvensyen ini dihadiri oleh Exco-Exco Pertubuhan NGO danPersatuan Belia Negeri

Kelantan, Timbalan Pengarah II PRO, Pegawai Hal-Hal Pelajar ( Kebajikan Dan Disiplin )En.

Iskandar Zulkhairi bin Mohd dan pelajar-pelajar Politekteknik Kota Bharu. Perasmian Penutup

Konvensyen Belia Negara 2008 Peringkat Negeri Kelantan ini telah dirasmikan oleh Wakil Pengarah

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan iaitu Penolong Pengarah Puan Wan Hashimah Daudi Bt

Wan Hashim.

KURSUS MEREKA BENTUK

FLASH

05. 10 & 15 MEI 2008

Kursus ini bertujuan untuk

memberi para pelajar serba

sedikit tentang teknologi

multimedia khususnya dalam

pembinaan seni visual “graphic

designer”. Ianya dapat digunakan di dalam laman web yang semakin popular pada masa kini.

Teknologi flash ini mengajar peserta untuk membuat pergerakan sesuatu objek menggunakan effects

yang telah disediakan di dalam program flash tersebut. Ia juga dapat menerima sebarang fail

termasuklah lagu, gambar, video dan animations.

SEMINAR PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

ANJURAN

DIPLOMA PERNIAGAAN MANAGEMENT ( DPM )

17 Mac 2008

Seminar “Pertanian Adalah Perniagaan” telah diadakan

pada 17 Mac 2008 bertempat di

dewan kuliah 2 dan bermula

dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Seminar ini dianjurkan oleh

kelas DPM 6B Jabatan Perdagangan

dengan kerjasama Sekretariat

Rakan Muda PKB, Perwakilan Pelajar Perdagangan, Jabatan

Kurikulum & Unit Sukan, Unit Bimbingan & Kaunseling,

Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan

Pertanian Negeri dan Jabatan

Haiwan Negeri. Penasihat program ialah En.Che Marzuki bin Che

Hussin. Peserta terdiri daripada pelajar semester akhir Jabatan

Perdagangan seramai 236 orang pelajar. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Pauzi bin

Ibrahim, Timbalan Pengarah II merangkap pemangku Timbalan Pengarah I Politeknik Kota Bharu. Turut hadir

di Majlis ini ialah En.Wan Mohd Noordin bin Wan Omar, Ketua Jabatan Perdagangan serta dif-dif jemputan

lain iaitu Pn. Siti Rokiah Bt Md. Ramdzam, Ketua Kursus DPM, En Nik Muhammad Zaid bin Nik Muhammad

wakil dari Unit Bimbingan & Kaunseling serta Pn.Fadhilah bt Awang pensyarah dari Jabatan Perdagangan.

Seminar ini telah memberi banyak input dan pendedahan kepada pelajar mengenai peluang-peluang

siswazah dalam bidang pertanian dan penternakan.

CRITICAL PATH METHOD ( CPM )

Pada 24 Mei 2008 (Sabtu) yang lalu, Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam (PPKA) telah mengadakan satu

krusus Critical Path Method (CPM) yang bertempat di Makmal Komputer 3, Politeknik Kota Bharu. Program

ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, program ini melibatkan pelajar semester akhir

seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) dan Diploma Ukur

Bahan (DUB).

Peserta mula mendaftar pada jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Program dimulakan dengan ucapan dari pengerusi

majlis. Pada jam 8.45 pagi, sesi pertama bermula dengan taklimat awal mengenai kursus Critical Path Method

(CPM) ini kepada peserta oleh penceramah jemputan iaitu En. Amizan B. Abdullah. Antara butir – butir

maklumat adalah mengenai perancangan dan kawalan dalam pembinaan, objektif perancangan dan kaedah

perancangan. Sesi pertama tamat pada jam 10.00 pagi dan rehat selama 30minit sebelum sesi kedua bermula.

Di sesi kedua, penceramah memperkenalkan program Microsoft Projek 2003 kepada peserta. Setelah taklimat di

beri, para peserta dikehendaki membuat satu projek yang berkaitan dengan CPM. Kursus ini lebih menekankan

cara penggunaan program Microsoft Projek 2003. Peserta dibenarkan rehat pada 12.15 tengahari dan kursus

bersambung kembali pada jam 2.00 petang. Kursus tamat jam 5.00 petang.

PROGRAM KURSUS PERKAKASAN KOMPUTER

Pada 26 April 2008 (Sabtu) yang lalu, Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam (PPKA) telah mengadakan satu

Kursus Perkakasan Komputer Jabatan Kejuruteraan Awam yang bertempat di Dewan Kuliah 2 Politeknik Kota

Bharu (DK 2) . Program ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, program ini melibatkan

pelajar semester akhir seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sjil Kejuruteraan Awam (SKA)

dan Sijil Ukur Bahan (SUB).

Peserta mula mendaftar pada jam 8 pagi hingga 8.30 pagi. Program dimulakan dengan ucapan dari pengerusi majlis.

Pada jam 8.45 pagi, sesi pertama bermula dengan taklimat awal mengenai kursus Kursus Perkakasan Komputer ini

kepada peserta oleh penceramah jemputan. Program ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar tentang

peralatan atau , komponen dan perisian komputer bagi memudahkan kapada pelajar untuk menepuhi alam

pekerjaan. Terdapat dua sesi ceramah yang akan dijalankan iaitu pengenalan kepada komputer, pengenalan kepada

komponen komputer dan perisian komputer. Sesi pertama tamat pada jam 12.00 pagi dan rehat sesi kedua bermula

pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

PROGRAM KURSUS CIDB

Bertarikh 17 Mei 2008 jam 8.00 pagi, Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam ( PPKA ) telah mengadakan satu

program kursus CIDB bertempat di Politeknik Kota Bharu. Ceramah telah diadakan di Dewan Kuliah 1 dan 2.

Kursus ini terbuka kepada semua pelajar Kejuruteran Awam dan staf Politeknik Kota Bharu bagi mendapatkan

Green Card samada bagi menjalani latihan praktikal atau kegunaan untuk pekerjaan di dalam bidang

Kejuruteraan Awam. Ini kerana pada masa sekarang semua pekerja atau individu yang ingin memasuki tapak

bina wajib memiliki Green Card. Green Card boleh dianggap sebagai insurans nyawa kepada pekerja yang

terlibat di dalam industri pembinaan.

Ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan khas daripada CIDB adalah yang berkenaan dengan

keselamatan di tapak bina dan juga tentang insurans nyawa. Sekiranya individu atau perkerja yang memasuki

tapak bina didapati tidak mempunyai green card, pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan atau denda kepada

syarikat. Segala kerja sama yang diberikan oleh Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam

PPKA telah banyak menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan atas penganjuran program ini.

PROGRAM KURSUS CIDB

Bertarikh 02 Februari 2008, 9.00 pagi, Persatuan Pelajar Kejuteraan Awam (PPKA) telah mengadakan satu Program

Khidmat Masyarakat dii Wakaf Baru Pasir Mas yang melibatkan pelajar seramai 40 orang. Majlis dipengerusikan

oleh Mohd Syahrul Azam Bin Zahari yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar Kejuruteraan

Awam (PPKA). Majlis ini dimulakan dengan perasmian oleh YB Tn Hj Mohd Rosdi Bin Aziz ADUN WAKAF

BHARU. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah peserta telah bergotong-royong mengacar bubur asyura,

dengan bantuan pensyarah dan juga penduduk setempat. Pelajar perempuan turut membantu untuk memasak juadah

makan tengah hari. Majlis berjalan dengan sempurna lancar.Semua pelajar bertolak pulang ke Politeknik pada pukul

6.00 petang

KURSUS ASAS JATI DIRI PRSP

POLITEKNIK KOTA BHARU, 19-21 MAC 2008— Pembimbing Rakan Siswa Politeknik, (PRSP )PKB telah

menganjurkan “KURSUS KEPIMPINAN JATI DIRI SESI JANUARI 2008”kepada semua ahli PRSP. Kursus

ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para ahli tentang sikap keyakinan dan kesabaran dalam

menangani sesuatu perkara.Program ini juga diharap dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli. Para

ahli juga dapat mengenali rakan-rakan ahli yang lain selain dapat meluaskan pemikiran dan mengeratkan

sillaturahim sesama mereka. Para ahli juga dipupuk untuk mempunyai sikap kerjasama dan muafakat dalam

setiap aktiviti yang diadakan.Kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini bertempat di Astaka PKB

dihadiri seramai kira-kira 80 orang ahli. Semoga para ahli memperolehi manfaat yang berguna daripada kursus

ini.

MOTIVASI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Program kerjasama yang dijalankan antara PRSP dan juga unit

kaunseling ini diadakan bertujuan melatih dan membina sahsiah

pelajar yang tinggi

di kalangan pelajarpelajar

PKB,di

mana ianya juga

sebagai salah satu

program yang mana

merupakan langkah

bagi mengelakkan

pelajar-pelajar dari terjebak dengan masalah sosial yang semakin

meruncing kini.

KENANGAN AKTIVITI PELAJAR SEPANJANG JAN –JUN 2008

MAJLIS MAJLIS DIALOG HARI KEPUTERAAN

AMANAT DR.SYEIKH BERSAMA PELAJAR KELANTAN

PERASMIAN POLITEKNIK MAULIDUR RASUL MESYUARAT PENGURUSAN

HULU TERENGGANU

MAJLIS KESYUKURAN JPP ENGLISH IN CAMP HARI POLITEKNIK

PERASMIAN KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS

KELANTAN

PERJUMPAAN PELAJAR

NON-MUSLIM

MALAM CITRA CAHAYA ( MALAM KEBUDAYAAN )

KURSUS KEPIMPINAN JPP BEACH VILLAGE RESORT

KURSUS FLASH KONVENSYEN BELIA & SUKAN KONVOKESYEN KE-21

KHIDMAT MASYARAKAT

ASYURA BACHOK

KEMPEN DERMA DARAH

MAKNA

TILAWAH PERINGKAT IPTA KELANTAN

HARI KONVOKESYEN KE-21

MINGGU SUAIKENAL

BARISAN KEPIMPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK KOTA BHARU

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!