14.01.2015 Views

1 PEDAGOGI RASULULLAH S.A.W. DALAM PENGAJARAN ...

1 PEDAGOGI RASULULLAH S.A.W. DALAM PENGAJARAN ...

1 PEDAGOGI RASULULLAH S.A.W. DALAM PENGAJARAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PEDAGOGI RASULULLAH S.A.W. DALAM PENGAJARAN 1

Noornajihan Jaafar, Pelajar Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, UKM

noornajihan@usim.edu.my

Ab. Halim Tamuri, Pensyarah, Fakulti Pendidikan, UKM

tamuri67@gmail.com

Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti pedagogi yang digunakan Rasulullah s.a.w.

dalam pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Kemahiran-kemahiran pedagogi

tersebut akan disokong dengan hadis-hadis sahih yang berkaitan. Kertas kerja ini terbahagi

kepada lima bahagian, iaitu: (1) Rasulullah s.a.w. sebagai pendidik terulung; (1) kemahiran

Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kuliah; (3) kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam

bercerita; (4) kemahiran Raulullah s.a.w. dalam bersoal jawab; dan (5) kemahiran Rasulullah

s.a.w. dalam menjalankan aktiviti.

Kata kunci: pedagogi, kaedah syarahan, kaaedah bercerita, kaedah soal jawab, kaaedah

menjalankan aktiviti.

Pengenalan

Pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kaedah pengajaran murid. Esah

Sulaiman (2004) menjelaskan bahawa perkataan pedagogi berasal daripada perkataan Greek

pedagogue yang bermaksud guru yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugastugas

pengajaran secara berkesan. Pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu

pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah

1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 pada 3-6 Julai 2012

bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, anjuran IPG Kampus Pendidikan Islam Zon Tengah.

1

mengajar merangkumi proses pengajaran yang optimum (Mak Moon Song, 2009). Manakala

Pedagogi Rasulullah s.a.w. merujuk kepada kaedah pengajaran yang telah dipraktikkan oleh

Raulullah s.a.w. dalam menyampaikan sesuatu ilmu kepada para sahabat r.a. (Abd al-Fattah Abu

Ghuddah, 2001).

Rasulullah Sebagai Pendidik Terulung

Kehebatan tamadun Islam 1432 tahun yang lepas dalam menangani kejahilan di kalangan

masyarakat Arab jahiliyyah, telah menyaksikan kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. membentuk

umat Islam dari kalangan para sahabat r.a. Ketika itu, Nabi s.a.w. telah berupaya dengan izin

Allah s.w.t. mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya sehingga melahirkan satu

generasi yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa sehingga mendapat pengiktirafan dari

Allah s.w.t. sebagai khair al-ummah sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah Óli-‘ImrÉn

3:110 yang bermaksud:Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Suruhlah

kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t.

Baginda Rasul s.a.w. juga telah diiktiraf oleh golongan bukan Islam dengan dinobatkan sebagai

orang pertama yang berpengaruh dalam sejarah dunia (Hart M. H, 2005). Rasu1ullah s.a.w.

bukan sahaja bertindak sebagai seorang rasul, malah, juga pendidik kepada ahli keluarga baginda

s.a.w. dan para sahabatnya. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh sahabat Nabi s.a.w. yang

bernama al-SulamÊ dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1984, no. hadis 1277), bahawa

al-Sulami telah berkata yang bermaksud: Maka demi bapa dan ibu ku, sesungguhnya aku tidak

pernah melihat guru yang terbaik cara pengajaranNya (Rasulullah s.a.w.) sebelum dan

selepasNya (Rasulullah s.a.w.). Maka demi Allah s.w.t. Baginda s.a.w. tidak pernah memarahi

ku, memukul ku dan mencela ku. Nabi Muhammad s.a.w. antara guru terhebat dalam lembaran

2

sejarah Islam. Kesan pengajaran dan dakwah baginda terbukti telah dapat membentuk generasi

yang bertakwa. Dengan itu, sejak awal Islam hingga ke hari kiamat, Rasu1ullah s.a.w. menjadi

model utama di dalam dunia pendidikan (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, 2001; Razali Saaran,

2010; Said Hawa, 1990).

Dalam aspek pendidikan, Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja bertindak sebagai penyampai

ilmu atau dikenali sebagai muÑallim, bahkan Baginda Rasulullah s.a.w. juga berperanan sebagai

murabbi atau pembimbing yang menggunakan pendekatan modeling sebagai metode dalam

mentarbiyyah jiwa-jiwa manusia amnya dan bangsa Arab jahiliyyah ketika zaman itu khususnya

('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; Abdullah NÉÎih ‘AlwÉn 1968; al-×afiz al-SuwÉid 1988;

Kamarul Aazmi 2010). Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-AÍzab (33: 21)

yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh

ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah s.w.t. dan

(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t. banyak-banyak

(dalam masa susah dan senang.

Dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w. sendiri membuat pengakuan bahawa Baginda s.a.w.

diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai pendidik serta pembimbing yang memudahkan urusan orang

lain. Hal ini seperti yang diriwayatkan oleh Muslim (1984, no. hadis 1478) yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengutuskan Aku (Muhammad) untuk menyusahkan umat ku

dan bukan pula untuk aku menyusahkan diri ku, tetapi aku diutuskan sebagai pendidik yang

memudahkan.

3

Rasulullah s.a.w. sebagi pendidik unggul telah mengimplementasikan kemahiran pedagogi

dalam dakwah dan pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Kemahiran pedagogi

Rasulullah s.a.w. inilah yang perlu dihayati oleh GPI agar menjadi murabbi yang berupaya

membimbing murid menjadi insan berguna dunia dan akhirat. Kemahiran pedagogi dalam KM

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.15 mencakupi kemahiran menyampaikan kuliah,

kemahiran bercerita, kemahiran bersoal jawab dan kemahiran menjalankan aktiviti ('Abd al-

Fattah Abu Ghuddah 2001; ÑAbdullah NÉÎih ÑAlwÉn 1968; al-×ammÉdÊ 1987; al-×afÊz

SuwÉid 1988; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007; al-NaÍlÉwÊ 1979; Razali

Saaran 2010).

Kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam Menyampaikan Kuliah

Kaedah kuliah atau syarahan merupakan salah satu corak penyampaian yang berbentuk

penerangan sesuatu isi pengajaran secara lisan oleh guru dalam kumpulan yang ramai (Atan

Long 1983). Pembelajaran dengan kaedah ini bukan sahaja menampakkan lebih banyak

pergantungan murid kepada guru bahkan boleh mencetuskan perasaan hormat murid terhadap

guru (Ahmad Mohd. Salleh 2001). Dalam konteks PI kaedah ini sesuai digunakan bagi

pengajaran akidah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007).

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan kaedah ini ketika mana Baginda s.a.w. diarahkan oleh Allah

s.w.t. untuk berdakwah secara terang-terangan. Rasulullah s.a.w. telah meminta kaum Quraish

untuk berkumpul di Bukit Safa dan di situlah Rasulullah s.a.w. berdakwah dalam bentuk kuliah

yan ringkas. Begitu juga ketika Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbahnya yang terakhir di

4

Lembah Uranah di Gunung Arafah. Lazimnya Rasulullah s.a.w. apabila menyampaikan kuliah

atau syarahan umum, Baginda s.a.w. tidak mengambil masa yang panjang dan hanya bercakap

perkara agenda sahaja (al-Buti 2002).

Sebagai guru yang mengajar PI, kuliah atau syarahan yang diberikan kepada murid perlulah

didasari dengan sumber daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. (al-Nahlawi 1979). GPI

perlulah mahir dalam merujuk dalil al-Quran dan hadis apabila bercakap tentang sesuatu isu.

Penggunaan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. dalam kuliah harus diberikan penjelasan makna

dan dikaitkan dengan tajuk dan isu semasa. Dengan demikian, kuliah yang disampaikan adalah

tepat, padat dan tidak menyimpang dari tajuk yang ditetapkan (Razali Saaran 2010).

Kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam Bercerita

Kaedah bercerita merupakan salah satu daripada cara menyampaikan kandungan pengajaran

yang bertujuan memberi i’tibar dan melibatkan intonasi suara, mimik muka, gaya tubuh,

imaginasi dan peralatan tambahan (Shahabuddin Hashim et al. 2003). Dalam konteks PI, kaedah

bercerita boleh digunakan bagi pengajaran sirah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim

Tamuri 2007).

Al-Quran banyak menggunakan kaedah cerita dalam memberi pengajaran kepada umat Islam (al-

Nufal 2002). Sebahagian daripada ayat al-Quran yang menggunakan kaedah penceritaan seperti

kisah Nabi Yusuf a.s. (surah Yusuf 12:7-48), kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi KhaiÌir a.s. (surah

al-Kahfi 18:7-27), kisah Nabi LËÏ dan kaumnya (surah al-Naml 27:54-58), kisah Nabi Sulayman

a.s. dan burung hud-hud (surah al-Naml 27:20-21), kisah Maryam (surah al-Maryam 19:1-34),

kisah Nabi Ayyub a.s. (surah al-Anbiya’ 21:83), kisah zu al-karnaian dan ya’juj dan ma’juj

5

(surah al-Kahfi 18:83), kisah ashab al-kahfi (surah al-Kahfi 18:9-26) dan banyak lagi. Rasulullah

s.aw. juga kadang kala menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar para sahabat r.a.

(Abdullah NÉÎiÍ 'AlwÉn 1968). Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada

para sahabat r.a. tentang seorang penzina wanita yang telah diampunkan Allah s.w.t. kerana

perbuatannya memberikan air kepada anjing yang sedang kehausan. Cerita tersebut telah

digambarkan dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 3280) yang bermaksud:

Tatkala seekor anjing mengelilingi perigi dan hampir mati kerana dahaga, tiba-tiba seorang

penzina dari bani Israil datang dan meletakkan air pada kasutnya lalu memberi minum kepada

anjing tersebut.

GPI perlulah menggunakan kaedah bercerita bagi menyampaikan kandungan PI yang bercorak

sejarah dan bertujuan memberi pengajaran agar murid berasa tertarik dengan pengajaran tersebut.

Menurut Mak Moon Song (2009) beberapa kemahiran perlu dihayati oleh guru apabila

menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar. Kemahiran tersebut seperti memilih cerita yang

sesuai dengan objektif pengajaran, bercerita dengan bersahaja tanpa melihat nota, menggunakan

alat-alat sokongan, bercerita dengan penuh emosi, menggunakan intonasi yang sesuai dengan

jalan cerita dan watak yang terlibat, melibatkan murid semasa sesi bercerita, menggunakan

perkataan yang mudah, membuat rumusan pada akhir sesi bercerita

Kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam Soal Jawab

Kaedah soal jawab merupakan salah satu kaedah dalam pengajaran yang melibatkan interaksi

antara guru dan murid. Menurut Sulaiman Ngah Razali (2001) kaedah menyoal bukan sahaja

untuk menilai kefahaman murid terhadap kandungan pengajaran, bahkan terdapat beberapa

6

tujuan lain seperti menggerakkan minda, membetukan kesilapan murid, merentas kandungan

pembelajaran, menggalakkan mutu pemikiran yang tinggi, mengekalkan perhatian murid,

mengerakan interaksi menyelesaikan masalah, mengaitkan dengan tajuk sebelumya dan memberi

kesedaran. Kaedah yang melibatkan penglibatan murid ini juga berupaya membina rasa percaya

dan yakin pada diri murid (Zawawi Ismail et al. 2011).

Kaedah menyoal juga digunakan dalam al-Quran seperti pada surah al-´AnÑaÉm 6:19, surah al-

IsrÉ´ 17:17, surah Óli ÑImrÉn 3:25 dan beberapa tempat lain dalam al-Quran. Kata tanya seperti

ma, ai (apakah), kaifa (bagaimana), aina (di mana), a, hal (adakah), dan kam (berapa) digunakan

bertujuan menggalakkan pembaca berfikir dan bertadabbur (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim

Tamuri 2007). Kaedah bersoal jawab juga pernah digunakan pakai oleh Rasulullah s.a.w. ketika

menyampaikan ilmu kepada para sahabat r.a. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari

(1987, no. hadis 1554) bahawa Rasulluh s.a.w. telah bertanya kepada para sahabat r.a. satu

soalan bagi membuka minda mereka, yang bermaksud: Apakah pandangan kalian sekiranya

terdapat sebatang anak sungai di depan pintu rumah kamu dan kamu mandi di sungai tersebut

lima kali sehari, Akan adakah kekotoran pada badan kamu Sahabat menjawab: tidak akan ada

kekotoran sedikit pun. Nabi s.a.w. membalas: begitulah dengan solat lima waktu, akan terhapus

segala dosa kalian.

GPI perlulah menggunakan kaedah soal jawab dalam menyampai dan mengukuhkan kandungan

PI. Kaedah ini boleh digunakan kepada semua komponen dalam PI (al-×ammÉ(Mohammad

Shatar Sabran et al., 2010)di 1987). Terdapat beberapa kemahiran dalam soal jawab yang boleh

dipraktikkan oleh guru seperti meminta murid mengulang soalan dan guru menjawab semula

bagi pengembangan idea, tidak menjawab soalan yanhg diajukan malah bertanya semula soalan

7

lain kepada murid yang bertanya bertujuan membuka minda, mengajukan soalan kepada murid

yang telah mengetahui jawapannya bagi mewujudkan daya saing antara mereka, memberi

jawapan lebih daripada yang disoal, meminta murid lain yang menjawab soalan yang diajukan

kepada guru bertujuan memberi motivasi, mengabaikan soalan yang difikirkan bertujuan

mengenakan guru atau rakan lain, dan melewatkan memberi jawapan kepada soalan yang

diajukan sekiranya jawapan tidak pasti ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; Razali Saaran 2010).

Kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam Menjalankan Aktiviti

Selain daripada kaedah menyampaikan kuliah, bercerita dan bersoal jawab, guru juga boleh

menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh GPI

bagi menyampaikan kandungan PI ialah melalui aktiviti penyelidikan, lukisan, perbincangan dan

debat, demonstrasi, permaianan dan lawatan. Di samping mencipta suasana pembelajaran yang

baru, melalui aktiviti, pelbagai kemahiran generik murid dapat dipupuk, seperti kemahiran

komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pemikiran kritis, adab dan pembelajaran sepanjang

hayat (Mohammad Shatar Sabran et al. 2009 & 2010).

Hadis-hadis Nabi s.a.w. menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan aktiviti dalam

pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Antara aktiviti yang dilakukan Nabi s.a.w.

dalam menyampaikan pengajaran dan ilmu kepada para sahabat r.a. ialah menggalakkan sahabat

r.a. melakukan penyelidikan. Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis

12697) menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada para sahabat r.a.

seorang pemuda ahli syurga tanpa menjelaskan ciri-ciri ahli syurga. Sahabat r.a. yang tertanya-

8

tanya lalu menyelidik sendiri perihal pemuda tersebut dan mendapati bahawa pemuda tersebut

tidak pernah berbohong dan berhasad dengki dengan orang lain.

Aktiviti ini boleh dilakukan dalam bentuk kertas projek bagi meningkatkan penglibatan murid

dengan idea-idea dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin diperoleh

melalui aktiviti pengajran yang lain. GPI berperanan menyediakan tajuk dan memberi kebebasan

kepada murid untuk memilih tajuk. Garis panduan penyediaan kertas projek perlu disediakan dan

GPI perlu memantau dan membimbing kajian murid dari masa ke semasa (Mohd Azam Mahat

2009).

Selain daripada menggalakkan para sahabat melakukan penyelidikan, Nabi s.a.w. melakukan

teknik lakaran ataupun lukisan bagi memberikan kefahaman kepada sahabat r.a. Ini seperti yang

dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 2668) yang bermaksud:

Rasulullah membuat empat garisan di atas tanah dan Baginda s.a.w. bertanya: Adakah kalian

tahu mengapa aku melakarkan empat garisan ini Sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya

yang mengetahui. Lalu Baginda s.a.w. pun bersabda: Semulia-mulia wanita dalam syurga kelak

ada empat orang: iaitu Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fatimah binti Muhammad,

Sayyidah Maryam binti Imran dan Sayyidah Asiah binti Muhazzim isteri Firaun.

Aktiviti melukis bukan sahaja membantu murid dalam memahami kandungan pengajaran bahkan

mampu mengembangkan daya imaginasi murid, meluahkan perasaaan yang tersimpan dan

mengurangkan tekanan (al-SyÉs 2006). Justeru GPI bolehlah menjalankan aktiviti melukis pada

topik-topik yang dianggap berat agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih santai dan

memberikan kefahaman yang lebih kepada murid.

9

Selain daripada aktiviti melukis, Rasulullah s.a.w. juga mengadakan aktiviti perbincangan dan

perdebatan dengan para sahabat r.a. bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap

sesuatu perkara. Hal ini seperti yang digambarkan dalam dialog Nabi s.a.w. bersama para wanita,

seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1987, no. hadis 298) yang bermaksud: Wahai wanita!

Hendaklah kalian bersedekah, kerana Aku telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa golongan

wanita adalah teramai di neraka. Para wanita bertanya: Mengapakah wahai Rasulullah s.a.w.

Jawab Baginda s.a.w.: kalian banyak melaknat dan mengingkari suami. Nabi bersabda lagi: Aku

tidak pernah melihat kaum wanita yang kurang akal dan agamanya yang mampu menewaskan

golongan lelaki yang bijak di kalangan kamu. Mereka bertanya lagi: apakah kurang agama dan

akal kami wahai Rasulullah s.a.w. Sabda Baginda s.a.w.: bukankah penyaksian perempuan itu

cuma menyamai setengah penyaksian seorang lelaki Mereka menjawab: benar! Itulah bukti

kurangnya akal mereka, jelas Baginda s.a.w.

Aktiviti perbincangan dan perdebatan memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan

pendapat mereka. Di samping mengasah ketajaman berfikir, aktiviti sebegini mampu membina

kreativiti murid, membentuk keyakinan diri dan mengajar sifat toleransi (Basri bin Ibrahim

2009). Justeru GPI digalakkan melakukan aktiviti perbincangan dan perdebatan dalam

sesetengah silibus PI seperti akhlak, syariah dan sirah.

Selain daripada aktiviti perbincangan dan perdebatan, aktiviti lain yang dilakukan Rasulullah

s.aw. dalam menyampaikan pengajaran iailah aktiviti demonstrasi. Ini seperti yang telah

diriwayatkan oleh Abu Daud (1980, no. hadis 109 ) bahwa Sayyina Uthman bin Affan r.a. telah

10

menunjukkan cara berwuduk kepada para sahabat r.a. yang lain dan memberitahu bahawa

begitulah cara Rasulullah s.a.w. berwuduk.

Aktiviti ini sesuai digunakan bagi kurikulum ibadah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.

Halim Tamuri, 2007). Menurut Mohd Azam Mahat (2009) aktiviti ini boleh dilakukan samada

menggunakan model hidup (guru atau rakan murid), model simbolik (arahan guru secara bertulis

atau lisan serta gambar) dan model persepsi (tayangan video, bahan maujud bahan alam).

Selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan, Rasulullah s.a.w. juga kadangkala melakukan

aktiviti permainan yang diselitkan pengajaran di dalamnya. Rasulullah s.a.w. bermain teka teki

dengan para sahabat bagi menyampaikan maksud pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh hadis

yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 1735) bahawa Rasulluh s.a.w. telah memberikan

satu teka teki kepada para sahabat dan meminta para sahabat berfikir akan jawapannya. Hadis

tersebut yang bermaksud: Bagitahu daku apakah pokok yang bewarna hijau dan mempunyai

keberkatan seperti seorang muslim, daunnya tidak gugur dan tidak bertaburan dan ia

mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah s.w.t.

Aktiviti pembelajaran melalui permainan memberi peluang kepada murid mengembangkan

potensi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani di samping mengukuhkan kemahirankemahiran

lain yang baru dipelajari (Abdul al-Jabbar & al-NabÉbah 1988; Jabir & al-Dib 1971;

al-ÑIsÉwÊ 2003; Mohd Azam Mahat 2009). Antara bentuk permainan pembelajaran yang boleh

dilakukan GPI ialah kotak beracun, teka-teka, cantum perkataan, silang kata dan lain-lain.

11

Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga telah menerima kewajipan menunaikan solat lima waktu sehari

semalam melalui aktivi pengembaraan israk dan mikraj. Allah s.w.t. telah mengajar Rasulullah

s.a.w. beberapa perkara semasa pengembaraan Baginda s.a.w. Gambaran-gambaran yang

dipaparkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menguatkan lagi ingatan dan menambahkan

keyakinan Nabi s.a.w. (Ab. Halim Tamuri et al. 2004). Pengajaran terbesar dalam peristiwa

tersebut ialah tanggungjawab menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan kepentingan

menjaga kemuliaan masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam (Abdul Halim

Mahmud 1977).

Justeru, GPPI juga boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan menganjurkan lawatan

sambil belajar ke tempat-tempat yang bersesuaian dengan isi kandungan pengajaran. Ini secara

tidak langsung memberi peluang kepada murid meneroka dan mengambil pengajaran

daripadanya.

Penutup

Demikianlah paparan hadis-hadis Nabi s.a.w. berkaitan kemahiran pedagogi Baginda s.a.w.

dalam pengajaran. Justeru, GPI bolehlah memanfaatkan pedagogi yang diaplikasikan Rasulullah

s.a.w. dalam pengajaran mereka, sekaligus beramal dengan amalan-amalan sunnah dalam

pengajaran.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim,

& Khadijah Abdul Razak. (2004). Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam ke atas Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan. Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

12

Abd al-Fattah Abu Ghuddah. (2001) Nabi Muhammad Guru dan Pendidik Terunggul. Seremban:

al-Azhar Media Ent.

Abdul al-Jabbar, Muhammad Mahmud, & al-Nababah Muhammad Saleh. (1988). Psikologiah

al-La'b wa al-Tarwih. Riyard: Maktabah al-Safahat al-Zahbiyyah.

Abdul Halim Mahmud. (1977). Isra' wa al-Mi'raj. al-Azhar: Majma' Buhus Islamiyyah.

Abu Daud Sulayman bin al-Ash`at. (1980). al-Sunan. Beirut: Dar al-Fikir.

Ahmad Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal. (t.th). al-Musnad. Kaherah: Muassasah Qurtuba.

Ahmad Mohd. Salleh. (2001). Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaeah P&P. Selangor:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Al-Bukhari Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih al-Bukhari (Ed. Ke-3 ed.).

Beirut: Dar Ibn Kathir.

al-Isawi Abdul Fatah. (2003). Falsafah fi Tarbiyyat al-tifl wa Hill al-Mushkilah. Kaherah: Dar

al-Kutub al-Misriyyah.

al-Syas Hidayatullah Ahmad. (2006). Mausu`at al-Tarbiyyat al-Amaliyyah li al-Tifl. Kaherah:

Dar al-Salam.

Atan Long. (1983). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Basri Ibrahim. (2009). Psikologi Rasulullah s.a.w. dalam Berinteraksi dengan Masyarakat.

Selangor: al-Hidayah Publisher.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Hart M. H. (2005). The 100: a Ranking of the most Influential Person in History. California:

Carol Publishing Group.

Jabir Isa Abdull, & al-Dib Amirah Abdul Aziz. (1971). al-Usus al-Nafsiyah li al-La`b Marhalah

al-Tufulah. Kuwait: Zat al-Salasul.

Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di

Malaysia: Satu Kajian Kes. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mak Moon Song. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran. Perak: Multimedia Sdn. Bhd.

Mohammad Shatar Sabran, Samir Muazzab Amin, Paramasivam, Aidi Ali, Zulhamri Abdullah,

& Azali Mohamed. (2009). Kemahiran Insaniah Pelajar. Kuala Lumpur: ZH Publishing

House.

Mohammad Shatar Sabran, Samir Muhazzib, Nordin Jusoh, Shahzool Hazimin Azizzam, Wan

Mahzom Ahmad Shah, & Mohd Nur Adzam Rasdi. (2010). Pelajar Holistik. Kuala

Lumpur: Wavelenght Publishing.

Mohd Azam Mahat. (2009). Guru Pendidik, Pengajar atau Pendakwah. Shah Alam: Karisma

Publication Sdn. Bhd.

Muslim Ibn al-Hujjaj Abu al-husayn al-Kushayri al-Naisaburi. (1984). al-Jami' al-Sahih. Beirut:

Dar Ihya' Turas al-Arabi.

Razali Saaran. (2010). Hebatnya Cara Rasululluh Mendidik. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.

Said Hawa. (1990). al-Rasul. Kaherah: Dar al-Salam.

Shahabuddin Hashim, Rohizan Yaakob, & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: Strategi dan

Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn.

Bhd.

Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mohd Ala-Uddin Othman.

(2011). eknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA. GEMA Online

Journal of Language Studies, 11(2), 67-82.

13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!