26.01.2015 Views

PERANAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN ISLAM DALAM ...

PERANAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN ISLAM DALAM ...

PERANAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN ISLAM DALAM ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

1

PERANAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN

NILAI INSAN SOLEH DAN BERTAQWA

Dr. Abd Murad Bin Salleh

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

abdmurads@yahoo.com

Abstrak

Sosiologi Pendidikan, Islam (SPI) adalah satu jenama yang masih baharu dalam disiplin ilmu

Sosiologi. SPI merupakan cabang ilmu Sosiologi yang mengkaji tingkah laku manusia dan

masyarakat serta peranan institusi pendidikan dalam proses pembentukan sosialisasi yang akan

mengangkat nilai humanistik insan sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan

perspektif Islam. SPI menumpukan kajian terhadap realiti perhubungan dan interaksi manusia

dan masyarakat,serta bagaimana kemungkinan sesebuah negara bangsa yang dibina oleh

masyarakat tersebut mengalami gejala yang boleh mengubah dan seterusnya menghancurkan

sistem kemasyarakatan negara bangsanya sendiri. Dalam hal ini, SPI cuba menyarankan

kaedah-kaedah pendidikan untuk mengatasi gejala yang menimpa sesebuah masyarakat dan

negara bangsa dengan berdasarkan wadah pendidikan yang dilandasi oleh Al-Quran dan hadis

sebagaimana kehendak Allah S.W.T dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kertas kerja

ini juga akan memaparkan satu daripada prinsip SPI, iaitu penerokaan ilmu hendaklah dalam

rangka menyediakan suasana di mana manusia dapat dibentuk supaya menjadi insan yang soleh

dan bertaqwa sehingga wujud rasa ubudiyah kepada Allah S.W.T semata-mata. Justeru, hal ini

dijangka dapat melahirkan insan yang berkarakter khalifah yang dapat memberi manfaat dalam

sesebuah negara bangsa.

Pendahuluan

Kertas kerja ini memuatkan perbincangan tentang bagaimana berlakunya keruntuhan jati diri

seseorang individu, kehancuran keharmonian sesebuah masyarakat, dan kemusnahan tamadun

sesebuah negara bangsa dalam alam moden dan global ini. Kemudian, akan digarapkan pula

peranan bidang Sosiologi Pendidikan Islam (SPI) dalam menangani permasalahan tersebut

melalui pembentukan nilai insan yang soleh dan bertakwa seupayanya dengan berlandaskan

dalil-dalil Quran dan hadis. Justeru, sebelum perbincangan mendalam tentang kedua-dua perkara

tersebut, kertas kerja ini dimulakan dengan sedikit perbincangan berkaitan definisi SPI

berbanding dengan definisi sosiologi umum.

2

Secara umum, istilah sosiologi berasal daripada bahasa Latin, iaitu „socio‟ atau berkongsi

dan „logos‟ yang bermaksud ilmu. Ringkasnya, sosiologi bermaksud ilmu tentang perkongsian

(hubungan) antara individu, keluarga, masyarakat, dan negara. Perkataan „sociology‟ pula telah

mula digunakan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) di Peranchis dalam karyanya yang bertajuk

„Positive Philosophy‟ (Falsafah Positif) yang diterbitkan pada tahun 1842. Sharifah Alwiah

Alsagoff (1987, hlm. 4) menyatakan sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda.

Sosiologi bukan falsafah kemasyarakatan yang merumuskan satu set idea tentang cara

bagaimana masyarakat harus bertingkah laku dan bertindak, sebaliknya ilmu ini ialah cabang

sains kemasyarakatan yang mengkaji realiti tingkah laku dan tindakan manusia dan akibat

daripadanya.

Seterusnya, Emile Durkheim (1858 – 1971) menyebutkan „sosiologisme‟ sebagai satu

unsur daripada metodologi positivistik yang diperjelas berdasarkan beberapa binaan teori.

Durkheim, Simmel, Coolay, Weber, Park, Thomas, dan lain-lain telah membina teori dan

membuat penyelidikan empirikal, iaitu penyelidikan yang berdasarkan pemerhatian dan

percubaan (eksperimen) bagi membantu perkembangan bidang penyelidikan sosiologi. Hal ini

telah membawa dunia kepada pengiktirafan sosiologi sebagai satu bidang pengetahuan yang

saintifik dengan teori-teori yang saintifik juga sifatnya dan bukan lagi bersandarkan syor-syor

yang abstrak.

Manakala definisi SPI menurut Abdul Ghani Shamsuddin (1999) ialah bidang sosiologi

yang mengkaji struktur dan dinamika proses pendidikan dengan berpandukan perspektif, kaedah

berfikir, dan metodologi Islam. SPI berbeza dengan sosiologi umum yang berteraskan paradigma

dan nilai-nilai di luar pandangan dunia Islam. Sedangkan SPI ialah bidang yang menggabungkan

3

ilmu sosiologi dan pendidikan, berlandaskan Islam. Beliau telah mengemukakan enam prinsip

SPI seperti yang berikut:

1. peneroka ilmu ini hendaklah dalam rangka menyediakan suasana di mana manusia

dapat dibentuk dan dibudayakan dengan asas-asas agama Islam sehingga wujud rasa

ubudiyah yang tuntas kepada Allah semata-mata di samping mengambil kira faktorfaktor

lain yang berkaitan;

2. corak dan semangat beragama Islam perlulah ditanggapi sebagai suatu „priori‟

realistik dan amaliah. Fenomena ini bukan bersifat intuitif. Oleh itu, tanggapan

tentang masyarakat, proses pemasyarakatan dan pendidikan perlulah saling berkaitan

serta menyokong antara satu dengan yang lain;

3. SPI perlu merujuk kepada dalil asas syarak: sama ada al-Quran, hadis, ijmak,

mahupun kias, dalam menyelesaikan permasalahan pendidikan, masyarakat, dan

merealisasikan penghayatan nilai-nilai agama;

4. SPI dimanfaatkan untuk mengenal pasti kekusutan dan kekeliruan sosial, menegaskan

kebenaran, menganalisis gejala dan persoalan sosial di samping mengukuhkan

ubudiyah kepada Allah sahaja;

5. SPI hendaklah menyarankan asas-asas keadilan, syura, dan kebebasan yang wajar

bagi manusia, melalui kesedaran dan celik akal yang mendalam. SPI bukan sekadar

ilmu deskriptif semata-mata. Sebaliknya, SPI bertanggungjawab menyarankan apa

yang sewajarnya dalam konteks pendidikan dan pembangunan masyarakat; dan

6. keperihatinan SPI hendaklah terhadap pembangunan akhlak dan nilai-nilai tamadun

yang positif dalam masyarakat.

4

Berdasarkan huraian di atas, penulis menyimpulkan bahawa SPI ialah satu bidang yang

amat luas cakupan definisinya. SPI dapat dianggap sebagai bidang yang mengkaji sosiologi

pendidikan dari kaca mata Islam. Hal ini demikian kerana SPI mengkaji dan mengemukakan

pelbagai fenomena pendidikan, sosial, dan kemasyarakatan dalam konteks masyarakat, negara,

dan antarabangsa secara sekaligus dengan bertunjangkan perintah dan larangan Allah

sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran, hadis, ijmak, mahupun kias. Bagaimanapun,

hala tujunya adalah jelas, iaitu mempertingkatkan atau membetulkan keperibadian manusia dan

masyarakat dengan wadah pendidikan seterusnya mengajak mereka mengabdikan diri (ubudiyah)

semata-mata kepada Allah S.W.T demi mendapatkan keredaan-Nya di dunia dan di akhirat.

Gejala Keruntuhan Individu, Masyarakat, dan Negara

Kejatuhan dan keruntuhan peribadi individu (khususnya muslimin dan muslimat),

sesebuah masyarakat mahupun sesebuah negara semakin berleluasa berlaku mutakhir ini, Keskes

kecurian, rompakan, perkosaan, rasuah, fitnah-memfitnah, pembunuhan, peperangan, malah

penghapusan etnik (misalnya kes di Bosnia dan beberapa negara di benua Afrika) semakin

gawat. Banyak punca yang menyebabkan kelangsungan masalah tersebut yang dapat penulis

katakan diwarisi daripada peristiwa pembunuhan Habil oleh Kabil (putera-putera Nabi Adam

a.s). Berdasarkan hujahan dalam kitab-kitab Al-Ghazali (1976) dan Yusuf Al-Qaradhawi (1998),

punca-punca gejala kejatuhan dan keruntuhan individu, masyarakat, dan negara dapat

disimpulkan ke dalam dua konstruk, iaitu:

1. Kecelaruan akidah, mental, dan kaedah berfikir; dan

2. Keruntuhan budaya, sistem politik, sosial, dan ekonomi.

5

Kecelaruan Akidah, Mental, dan Kaedah Berfikir

Akidah yang goyah menyebabkan goyahnya juga kaedah berfikir masyarakat Islam. Dari segi

biologi, fikiran ialah perurutan tanggapan yang tertib, mengarah ke suatu tujuan. Sidi Ghazalba

(1983, hlm. 140) menjelaskan proses berfikir akan melalui tiga tingkat budi, iaitu pengertian,

keputusan, dan penuturan. Berfikir juga mesti berlandaskan tenaga akli (nisbi) dan tenaga nakli

(wahyu Allah) supaya keputusan atau perlakuan yang terhasil selari dengan akidah. Malangnya,

proses yang dikenali sebagai jihad itu telah dikesampingkan akibat pengaruh kaedah pemikiran

sekular yang berteraskan logika semata-mata. Sebab itu masih terdapat individu muslim yang

menganggap perbuatan minum arak dengan tujuan perubatan dibolehkan kerana kuantitinya

hanya sedikit. Boleh jadi sesudu dua sahaja dan tidaklah sampai memabukkan kononnya. Ada

pula pejuang feminin muslim yang mengatakan tidak salah jika wanita tidak bertudung kerana

mendakwa hal itu adalah hak asasi mereka. Kesannya, perniagaan arak tidak terkawal justeru di

kedai runcit di kampung-kampung pun arak boleh dibeli manakala wanita Islam pula semakin

berani berpakaian terbelah mendedahkan aurat di sana-sini.

Menyentuh hal tersebut, Yusuf al-Qaradhawi (1998, hlm. 31) telah menjelaskan bahawa

kerosakan akidah, mental, dan kaedah berfikir umat Islam adalah punca utama kelemahan umat

sebagaimana disebut oleh Rasulullah s.a.w bahawa umat Islam akhir zaman banyak bilangannya

tetapi umpama buih (rapuh) . . . dan berpenyakit „waham‟, iaitu cinta akan dunia dan takut mati.

Akibatnya, umat Islam yang kini melebihi satu billion terpaksa tunduk kepada Yahudi yang

hanya sekitar tiga juta orang sahaja. Negara umat Islam ketakutan dan menikus ketika saudara

seagamanya di Palestine, Afghanistan, Iraq, Selatan Thailand, Mindanao, dan lain-lain terusmenerus

dibunuh dan dizalimi oleh „bapa terroris‟, iaitu Amerika Syarikat dan sekutunya Israel.

Malahan, ada pula kalangan pemimpin Islam yang menyokong tindakan mereka.

6

Akhirnya, satu demi satu kerajaan umat Islam mengalami apa yang dipanggil neokolonalisme

dengan pendekatan baharu, iaitu melalui kerajaan boneka yang dibentuk dengan

acuan Amerika Syarikat. Lihatlah apa yang berlaku di Pakistan, Sudan, dan terbaharu di

Afghanistan apabila kerajaan baharu diketuai Hamid Karazai dibentuk dengan campur tangan

Amerika dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Allah S.W.T telah mengingatkan kita

umat Islam bahawa ketundukan dan ketakutan kepada kebatilan akan membawa kemusnahan

sebagaimana maksud firman-Nya dalam surah al-Mu‟minun (ayat 71), “Andai kata kebenaran itu

menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di

dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi

mereka berpaling dari kebanggaan itu.”

Kecelaruan akidah, mental, dan kaedah berfikir adalah lebih berbahaya jika berlaku

dalam kalangan pemimpin umat Islam itu sendiri. Fenomena ini telah dan sedang melanda

negara umat Islam bilamana ada pemimpin yang mahu al-Quran ditafsirkan semula mengikut

selera mereka malah disalahgunakan pula sebagai alat memfitnah para ulama. Hal ini sangat

bertentangan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Kamu harus mengikuti al-Quran,

padanya terdapat sejarah manusia sebelummu dan berita tentang peristiwa-peristiwa sesudahmu,

terdapat keputusan-keputusan yang ada antara sesamamu. Kerananya, orang yang tidak mahu

mengikutinya telah disesatkan Allah . . .” (Riwayat Ali bin Abi Talib r.a).

Keruntuhan Budaya, Sistem Politik, Sosial dan Ekonomi

Budaya atau kebudayaan sering ditafsirkan dengan tafsiran yang sempit, iaitu berkaitan dengan

kesenian semata-mata. Kesenian pula, sebenarnya hanyalah setakat pernyataan emosi manusia

yang tersalur melalui kesusasteraan, lukisan, ukiran, nyanyian, dan tarian sahaja. Berbanding

7

dengan kesenian, kebudayaan mempunyai pengertian yang lebih luas cakupannya. Kebudayaan

ialah cara berfikir dan merasa yang menyatakan diri dalam seluruh kehidupan sekumpulan

manusia yang membentuk masyarakat (Sidi Ghazalba, 1983, hlm. 27). Ini bermakna, kebudayaan

ialah cara hidup yang meliputi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat dulu, kini, dan

selamanya yang dipanggil kebudayaan sejagat (universial cultural).

Teori ilmu mahupun pandangan sekularisme, memasukkan agama sebagai aspek

kebudayaan. Walhal, daripada perspektif Islam, agama dan kebudayaan ialah dua pola hubungan

yang bersatu dalam istilah Ad-din-ul-Islam. Agama ialah pola hubungan manusia dengan Allah

manakala kebudayaan merujuk pola hubungan manusia dengan manusia dan masyarakat. Dalam

hal ini, Sidi Ghazalba menyimpulkan bahawa Allah S.W.T menurunkan din-Islam supaya

manusia mewujudkan keselamatan dan kesejahteraannya di dunia dan akhirat. Justeru, apabila

manusia tidak mengamalkan aspek agama sebagai ad-din dan tidak mengamalkan aspek

kebudayaan daripada ad-din itu, hilanglah keupayaannya bagi mewujudkan keselamatan dan

kesejahteraan di akhirat nanti. Lantas, jatuh hinalah manusia secara moral dalam kehidupan

dunia dan hina pula dalam kehidupan akhirat dengan menjadi penghuni neraka kerana di sebalik

keruntuhan itu tersembunyi begitu banyak kemungkaran dan keingkaran mereka terhadap Allah.

Manusia dan masyarakat hari demi hari semakin jauh daripada rahmat Allah. Kita tidak

pernah mengambil pengajaran daripada sejarah perkembangan umat manusia walaupun rata-rata

daripada kalangan kita mempelajari Sejarah. Fikirkanlah kemungkaran yang dilakukan oleh umat

lampau dalam budaya kehidupan mereka yang telah menyebabkan Allah S.W.T menurunkan

bala bencana lalu melenyapkan tamadun yang dibina beribu tahun. Umat Nabi Noh

ditenggelamkan dalam banjir besar (al-Anbia‟, ayat 77); kaum Luth musnah kerana seks luar

tabii atau homoseks (al-Anbia‟, ayat 74); kerajaan Saba‟ dihancurkan kerana kufur terhadap

8

nikmat Allah, iaitu kebun ladang yang subur dan teknologi canggih (Saba‟, ayat 15-16) dan

banyak lagi kisah yang termaktub dalam al-Quran. Dalam hal ini, Allah telah berfirman dalam

surah al-Isra‟ (ayat 58) yang bermaksud, “Tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka

penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab

(penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab

(Lohmahfuz).”

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa kejatuhan dan kehancuran sesebuah masyarakat

adalah disebabkan pengamalan budaya hidup yang bertentangan dengan kehendak Allah S.W.T.

Apa yang perlu kita fikirkan ialah umat nabi dan rasul terdahulu dimusnahkan terus apabila

kemungkaran mereka telah keterlaluan. Namun, kita umat Muhammad s.a.w berasa amat

beruntung kerana dibenarkan berkembang-biak dan membina tamadun budaya hingga hari

kiamat kelak. Walau bagaimanapun, kita harus insaf bahawa ayat tersebut juga menjelaskan

Allah tetap berkuasa menurunkan azab pada bila-bila masa meskipun mungkin tidak

menghancurkan keseluruhan muka bumi ini. Oleh sebab itu, kita berasa bimbang dengan senario

kebudayaan masyarakat yang semakin ditulari budaya kuning seperti rasuah, hedonisme,

penyalahgunaan dadah, homoseks, lesbian, bohsia, rogol, zina, judi, gangterisme, dan terkini

„black metal‟ dan buang bayi yang melanda generasi muda terutamanya. Petanda-petanda

turunnya azab Allah S.W.T dapat dilihat melalui konflik politik, kebejatan sosial, bencana alam,

penyakit berjangkit, dan merudumnya ekonomi sesebuah negara khususnya dan dunia umumnya.

Hanya satu cara sahaja bagi kita umat Islam terutamanya, yang dapat memperbetul

keadaan bejat itu, iaitu mendidik semula individu khususnya generasi muda dengan berlandaskan

acuan Al-Quran dan hadis. Proses ini berkait rapat dengan prinsip dan wawasan SPI.

9

Satu daripada prinsip SPI ialah penerokaan ilmu hendaklah dalam rangka menyediakan

suasana di mana manusia dapat dibentuk menjadi insan yang soleh dan bertakwa sehingga

berupaya mewujudkan rasa ubudiyah kepada Allah S.W.T semata-mata (Abdul Ghani

Shamsuddin, 1999, hlm. 22). Hal ini demikian kerana Islam mempunyai pandangan yang jelas

dengan hakikat manusia, kedudukan dan peranan mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi

bagi menghuni dan memakmurkannya. Justeru, untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah

Allah itu, manusia perlu menjalani proses tarbiyah agar terbentuk sifat takwa dalam diri individu

manusia. Hal ini dapat menimbulkan rasa insaf dalam diri manusia untuk memperhambakan diri

hanya kepada Allah tanpa sebarang rasa ragu.

Dalam bab ini, penulis akan membincangkan konsep manusia daripada perspektif Islam

dan kedudukan serta peranannya sebagai khalifah Allah yang soleh dan bertakwa dengan

landasan Al-Quran dan hadis serta pendapat ulama muktabar seperti Sayyid Quthb, Dr. Yusuf al-

Qaradhawi, Drs. Sidi Gazalba dan lain-lain.

Konsep Manusia daripada Perspektif Islam (Al-Quran)

Allah S.W.T ketika hendak mencipta manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini, telah

mengadakan perbincangan dengan para malaikat, jin dan iblis yang diciptakan-Nya terlebih

dahulu (Nik Abdul Aziz Nik Mat, Oktober, 2001). Walaupun Allah berkuasa mutlak, Dia mahu

menguji setakat mana pandangan makhluk-makhluk tersebut terhadap rancangan penciptaan

manusia oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak

menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak

menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan

menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan

10

menyucikan Engkau" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak

kamu ketahui".

Ujian yang dimaksudkan Allah itu ialah apabila tercipta sahaja Adam a.s daripada segumpal

tanah dan ditiupkan ruhnya, Dia memerintahkan para malaikat, jin, dan iblis supaya sujud

(hormat) kepadanya lantas semua berbuat demikian kecuali iblis. Akibatnya, iblis dilaknat oleh

Allah S.W.T sebagai makhluk yang derhaka kepada-Nya. Karenah dan tipu daya iblis

kemudiannya telah menyebabkan tercampaknya Adam dan Hawa keluar dari syurga lalu menjadi

penghuni bumi. Maka berkembang-biaklah zuriat mereka hingga ke hari ini. Begitulah sejarah

penciptaan manusia menurut Al-Quran.

Muhammad Isa Selamat (1996) menjelaskan bahawa sebelum wujudnya jasad manusia,

ia telah membuat aku janji kepada Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya sahaja. Perhatikan

maksud firman Allah dalam surah Al-A‟raf, ayat 172:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi

mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):

"Bukankah Aku ini Tuhanmu" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami

menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak

mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap

ini (keesaan Tuhan)",

Persoalannya, mengapakah masih ada manusia yang mengingkari perjanjian tersebut

Jawapannya, mereka itu gagal mengenal dirinya sendiri lalu sesat dan kafir terhadap ketentuan

Allah S.W.T. Sebaliknya, bagi manusia yang menyedari hakikat kejadiannya, tentulah memiliki

pengertian bahawa di dunia ini ada Zat Yang Maha Esa yang menjadikan dan mengaturnya.

Sudah pasti Zat yang menciptakannya itu tidak serupa dengan alam yang ada ini. Zat yang Maha

Esa itu bukanlah dalam bentuk benda (jisim); bukan juga sesuatu yang melekat; tidak dapat

dibatasi dan tidak memerlukan tempat.

11

Dr. Omar Mohammad Al-Toumy (1979, hlm. 101) menjelaskan, daripada sudut falsafah

pendidikan Islam, penentuan sikap dan tanggapan insan ialah unsur utama dalam proses

pendidikan. Pendidikan atau tarbiyah itu adalah bermaksud usaha yang dicurahkan untuk

membantu insan mengenali diri dan memupuk potensi dirinya serta memimpinnya demi

kebaikan diri dan masyarakatnya. Beliau telah mengemukakan beberapa prinsip penting dalam

konteks perbincangan kepentingan insan yang selaras dengan roh Islam, iaitu:

1. keyakinan bahawa manusia itu ialah makhluk yang termulia berbanding dengan makhluk lain

yang diciptakan Allah (At-Tin, ayat 4; Al-Isra‟, ayat 70; Al-Ala, ayat 1 – 8);

2. manusia dilantik menjadi khalifah Allah di muka bumi untuk memakmurkannya (Al-Ahzab,

ayat 12; Al-Baqarah, ayat 29; Al-Mulk, ayat 15; Luqman, ayat 20);

3. bahawa manusia sebagai makhluk social yang boleh menggunakan bahasa sebagai media

untuk berfikir dan berhubungan (Al-Baqarah, ayat 30 – 33);

4. kepercayaan bahawa manusia mempunyai dimensi segi tiga yang melibatkan roh, jasad, dan

akal yang menentukan kemajuan, kebahagiaan, dan kesempurnaan keperibadiannya (Al-

Qashas, ayat 77; Al-A‟raf, ayat 31 – 32; Al-Hijr, ayat 29; Al-Isra‟, ayat 85);

5. meyakini bahawa manusia dengan seluruh perwatakan dan ciri pertumbuhannya adalah hasil

pencapaian dua faktor, iaitu warisan dan persekitaran sosialnya (An-Nahl, ayat 78; Ar-Rum,

ayat 30; Al-Insaan, ayat 2 – 3);

6. menginsafi bahawa manusia mempunyai motivasi, kecenderungan, dan keperluan permulaan

sama ada yang diwarisi atau melalui proses sosialisasi (Al-Anbia‟, ayat 20; Al-Isra‟, ayat

100; Al-Balad, ayat 4);

12

7. menginsafi bahawa manusia walaupun dalam beberapa ciri dan sifat ada persamaan namun

terdapat titik perbezaan dalam banyak sifat sama ada sifat warisan mahupun yang diperoleh

(Al-Baqarah, ayat 247; Al-An‟aam, ayat 165; An-Nahl, ayat 71);

8. meyakini bahawa watak manusia adalah luwes, lentur, dan anjal. Boleh dibentuk dan diubah

terutama dengan proses pendidikan (Al-Insaan, ayat 3; As-Syams, ayat 7; An-Nahl, ayat 78).

Menurut Hasan Langgulung (1981, hlm. 15) sifat-sifat atau potensi manusia seperti di

atas juga disebut dalam Quran dan hadis dengan nama „fitrah‟ sebagaimana maksud firman Allah

dalam surah Ar-Rum, ayat 30 yang bermaksud, “Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama

yang suci, yang merupakan fitrah Allah yang sesuai dengan kejadian manusia.” Dalam sebuah

hadis, Rasulullah s.a.w ada menyebutkan bahawa setiap bayi yang dilahirkan dengan fitrah

(potensi semula jadi). Terpulanglah kepada ibu bapanya untuk mencorakkannya menjadi Yahudi

atau Nasrani atau Majusi. Hal ini bermakna, manusia lahir dengan potensi yang kita katakan tadi

adalah sifat-sifat Allah yang diberikan kepada manusia dengan had dan kadar tertentu.

Sidi Gazalba (1983) telah membincangkan pengertian manusia menurut Al-Quran dalam

dua bahagian. Bahagian pertama ialah berita tentang manusia yang disebut dalam Al-Quran yang

begitu banyak jumlahnya meliputi kebaikan dan keburukan manusia dan daripadanya diambil

yang baik-baik untuk menyusun manusia yang ideal menurut kehendak Islam. Beliau menyusun

ayat-ayat Quran yang diringkaskan mengikut tema-tema yang berikut:

1. Allah membentuk manusia, mencantikkan paras rupa serta memberi mereka rezeki (Al-

Mukmin, ayat 64);

2. Allah menjadikan segala yang ada di bumi untuk manusia (Al-Mukmin, ayat 64);

3. Manusia pasti akan menemui Allah (Al-Insyiqaaq, ayat 6) dan banyak lagi tema yang lain.

13

Dalam ruang masa yang terhad ini, penulis sekadar mengemukakan tiga contoh ringkasan

rujukan ayat-ayat Al-Quran berkenaan manusia yang disusun oleh beliau. Keseluruhannya ada

51 tema yang melibatkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran (sila rujuk buku „Islam dan Perubahan

Sosiobudaya‟, Sidi Gazalba, 1983, hlm. 191 – 194).

Daripada sebahagian ayat Al-Quran yang dipetiknya itu, Sidi Gazalba menyimpulkan

ciri-ciri manusia yang ideal atau insan kamil seperti yang berikut:

1. beriman kepada keesaan Tuhan yang disebut Allah, para malaikat, kitab-kitab suci, rasulrasul,

hari akhirat, dan qadar serta qadak-Nya;

2. beramal soleh, iaitu melakukan sesuatu perkara selaras dengan iman;

3. bertakwa, iaitu mejaga hubungan dengan Allah dengan cara melaksanakan segala perintah-

Nya dan menjauhi segala larangan-Nya;

4. menggunakan akal dengan kaedah ijtihad, iaitu meletakkan naqli di atas akal dalam sebarang

permasalahan sosiobudaya;

5. berakhlak mulia terhadap Allah dan sesama manusia serta makhluk lain-Nya;

6. ikhlas, iaitu mengerjakan sesuatu kerana Allah dan hikmahnya kepada insan;

7. ihsan, iaitu selalu mempertingkatkan ilmu pengetahuan untuk menjadikan hari-hari

mendatang lebih baik daripada hari ini dan hari-hari sebelumnya;

8. menjadi khalifah Allah di muka bumi, menguasai bumi dengan ilmu dan teknologi yang

berlandaskan wahyu Allah S.W.T dan ajaran Rasul-Nya;

9. memasuki dinul-Islam secara sepenuhnya, bersederhana, menghargai waktu, berikhtiar dan

berdoa, sabar menerima dugaan, bekerja mengikut kepakaran, belajar atau mengajar,

berdakwah, rajin mencari rezeki, bersifat adil, berjihad di jalan Allah, dan suci lahir dan batin

14

(ciri kesembilan ini adalah gabungan beberapa ciri yang telah penulis gabungkan untuk

penjimatan masa dan ruang).

Pengertian konsep manusia sebagai khalifah Allah termaktub dalam surah Al-Baqarah

(ayat 30) apabila Allah menjelaskan bahawa penciptaan manusia bermula daripada Nabi Adam

a.s adalah untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah-Nya di muka bumi bagi menghuni

dan memakmurkannya. Sebagai persediaan ke arah itu, Allah telah mengajarkan Adam dengan

ilmu pengetahuan (nama benda-benda) seluruhnya supaya dapat digunakan bagi memanfaatkan

sumber-sumber alam ciptaan Allah. Hal ini disebutkan Allah dalam firman-Nya (sebahagian ayat

31surah Al-Baqarah,) yang bermaksud, “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama

(benda) seluruhnya . . .”

Dengan ungkapan nama tersebut, bererti wujudnya hakikat benda-benda yang diberi

nama itu. Kita perlu memahami bahawa benda-benda itu wujud secara beransur-ansur mulai

tahap manusia pertama (Adam dan diikuti Hawa) kemudian bertambah dan berkembang daripada

satu generasi kepada generasi seterusnya. Hal ini merupakan penegasan terhadap kepentingan

ilmu bagi mengetahui segala hakikat dengan pengetahuan yang menyeluruh, daya yang mutlak

untuk memanfaatkan segala bidang yang baharu yang dicipta atau ditemukan oleh manusia di

muka bumi Allah.

Allah S.W.T telah menetapkan bahawa alam semesta ini diserahkan kepada manusia

untuk mentadbirnya. Dengan sendirinya, fungsi manusia yang diciptakan di samping untuk

mengabdikan diri kepada Allah, juga untuk mentadbir, dan inilah yang dimaksudkan khalifah

Allah. Tugas khalifah adalah untuk membuat pengurusan dan pentadbiran agar bumi ini menjadi

aman dan damai serta menjalankan peraturannya sesuai dengan ketentuan kitab Al-Quran

(Muahammad Isa Selamat, 1996, hlm. 10). Ertinya, manusia harus melaksanakan segala yang

15

diperintahkan Allah dan menghindari segala larangan-Nya serta sentiasa mengharapkan

keredaan-Nya. Firman Allah dalam surah Al-An‟am (ayat 165) yang bermaksud:

Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa (khalifah) di bumi dan Dia

meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk

mengujimu tentang apa yang dianugerahkan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu

amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Manusia yang telah melaksanakan amanah Allah hendaklah menyerahkan segala urusan

kepada-Nya kerana Allah sahajalah yang berhak menilai amal soleh manusia itu (rujuk Al-

Ankabut, hlm. 69). Demikianlah ketentuan Allah bahawa manusia yang benar-benar memahami

tugasnya sebagai khalifah akan dibimbing Allah ke jalan yang diredai-Nya. Akhirnya mereka

akan hidup riang gembira di akhirat kelak bersama-sama orang-orang yang soleh. Antara tugas

khalifah menurut Muhammad Isa Selamat ialah:

1. melaksanakan sifat-sifat manusia yang datangnya daripada Allah;

2. wajib mensyukuri segala nikmat Allah dan menggunakannya selaras dengan kehendak-Nya;

3. mampu membina daya kreativiti, serta memakmurkan dunia ini sesuai dengan garis dan

pedoman Al-Quran dan As-Sunnah;

4. manusia harus menjadikan Islam sebagai Addin, iaitu sebagai satu cara hidup yang sempurna

dan tidak memilih jalan-jalan lain;

5. melaksanakan tugas yang diberi oleh Allah dengan bersungguh-sungguh, baik yang berkaitan

urusan dunia mahupun untuk bekalan hari akhirat nanti.

Konsep Insan Soleh dan Bertakwa

Insan soleh menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi (1998) ialah manusia yang mengetahui hak Tuhan

ke atas dirinya melalui syariah Islam lalu dia menyembah Allah (beriman kepada-Nya) dengan

16

mendirikan syiar-syiar-Nya dan melaksanakan perundangan-Nya. Dengan penuh sedar, dia

menyembah Allah dengan ilmu yang bermanfaat dan amalan yang soleh. Manusia itu juga

mengetahui hak dirinya, lalu dia menggembirakannya dengan perkara-perkara yang baik dan

mensucikannya dengan amalan yang soleh.

Dia juga mengetahui hak masyarakat terhadap dirinya lantas dia memberikan sumbangan

kepada mereka sebagaimana mereka memberikan sumbangan kepadanya (memenuhi keperluan

dirinya). Dia mengingatkan mereka sebagaimana dia mendapat nasihat daripada mereka. Dia

dengan tenang dan sabar membantu mereka sebagaimana dia memerlukan bantuan mereka untuk

berbakti dan bertakwa. Inilah yang dimaksudkan syariat Islam bahawa menusia menguasai

kewajipan dan pertanggungjawapan sebagaimana dirinya juga mempunyai haknya. Justeru,

manusia hendaklah melaksanakan kewajipannya itu dengan ikhlas sebagaimana dia juga boleh

menuntut hak-haknya.

Bersangkutan dengan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh manusia untuk mencapai

makam insan soleh, Muhammad Isa Selamat (1996) telah menyenaraikan peranan manusia yang

merangkumi peranan sebagai anak; suami/isteri; anggota masyarakat; ibu bapa; hamba Allah;

jiran tetangga; anggota masyarakat; menjalin silaturahim, dan menjalankan hukum faraidh.

Pelbagai peranan ini, perlulah dijayakan dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah untuk

mengangkat martabat manusia menjadi insan yang soleh (mukmin, muslim, dan muttakin).

Manusia Mukmin

Adapun manusia mukmin itu ialah orang yang mempercayai dengan sepenuh hati, mengikrarkan

dengan lisan dan mengamalkan dasar-dasar keimanan yang enam, iaitu beriman kepada Allah,

para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul, hari akhirat, dan qadar serta qadak Allah S.W.T.

17

Orang-orang yang soleh lagi mukmin dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran syurga sepertimana

firman-Nya dalam surah At-Taubah (ayat 20) yang bermaksud, “Orang-orang yang beriman dan

berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri (jiwa) mereka, adalah lebih

tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

Manusia Muslim

Satu daripada syarat untuk menjadi orang soleh ialah individu itu mesti muslim (Islam), iaitu

orang yang tunduk, patuh, dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Perbuatan

tersebut merangkumi ketaatan kepada perintah-perintah dan peraturan-peraturan Allah bagi

menjamin kesejahteraan dan keselamatan hidupnya di dunia dan di akhirat. Dalam konteks ini,

Allah S.W.T telah berfirman dalam ayat ke-112 surah Al-Baqarah yang bermaksud “(Tidak

demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat

kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka

dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Ciri-ciri orang muslim ialah manusia yang melaksanakan

rukun Islam yang lima, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu,

berpuasa pada bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji ke Baitullah di Mekah.

Manusia Bertakwa

Orang yang soleh juga mestilah bertakwa, iaitu memelihara diri dengan menjalankan semua

perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Alif Abd. Fatah Tabbarah merumuskan

huraian tentang takwa itu sebagai suatu rasa takut dalam diri manusia untuk melakukan hal-hal

18

yang dimurkai Allah dan takut kepada hal-hal yang merosakkan dirinya sendiri dan orang lain.

Dengan itu, intisari yang terkandung dalam pengertian takwa ialah:

a. menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang dimurkai oleh Allah;

b. menghindari perbuatan-perbuatan yang merugikan (memudaratkan) diri;

c. menjauhi perbuatan-perbuatan yang merosakkan orang lain (masyarakat).

Orang-orang yang bertakwa, mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat sepertimana yang

diterangkan dalam Quran dan hadis, iaitu:

1. percaya akan adanya alam ghaib seperti kewujudan Allah S.W.T, para malaikat, jin, iblis,

syurga dan neraka, serta perkara-perkara „samiyat‟ lainnya;

2. mempercayai Al-Quran dan mengambil petunjuk daripadanya;

3. menunaikan solat lima waktu sehari semalam;

4. mengeluarkan sebahagian rezeki kurniaan Allah ke jalan yang diredai-Nya;

5. beriman kepada kitab-kitab suci Allah, iaitu Taurat, Zabur, Injil, dan Al-Quran;

6. beriman kepada hari kiamat yang akan membawa kepada alam akhirat;

7. suka memaafkan kesalahan orang lain;

8. sering menahan nafsu amarahnya;

9. selalu bertaubat apabila terlanjur berbuat dosa;

10. suka beriktikaf di masjid.

Allah S.W.T telah menegaskan akan manfaat kepada manusia (hamba-Nya) yang mengamalkan

sifat-sifat takwa dalam firman-Nya (surah Al-Anfal, ayat 29) yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan

memberikan kepada kamu furqaan (petunjuk yang dapat membezakan antara yang hak

dengan yang batil) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni

(dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.

19

Penutup

Menjadi seorang individu/insan Islam yang sempurna (kamil) yang soleh, beriman, beramal, dan

bertakwa, bukanlah satu tugas yang berat atau mustahil. Cuma, matlamat tersebut memerlukan

hasrat dan pengorbanan seseorang individu untuk menjadi insan yang mengikuti, mematuhi, dan

menghayati rukun dan sifat-sifat yang telah disebutkan dalam perbincangan di atas.

Kita hendaklah berazam dan berusaha untuk mempertingkatkan kualiti iman kita kepada

Allah S.W.T dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Manusia yang mampu melakukan kesemua ciri dan sifat yang telah dibincangkan, akan mampu

pula menjadi seorang muslim yang berperanan sebagai khalifah Allah sebagaimana yang

disebutkan di dalam Al-Quran.

Untuk mencapai matlamat sebagai khalifah Allah dalam erti kata sebenar, kita perlu

mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu Islam termasuk SPI kerana manusia muslim menurut

perspektif Islam dan Al-Quran ialah manusia yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan

dapat memberi manfaat kepada anggota keluarganya, masyarakat sekitarnya, negaranya, malah

dunianya sekaligus.

20

RUJUKAN

Abdul Ghani Shamsuddin (1999). Sosiologi Pendidikan Islam. Kertas Kerja Pengajian Sosiologi

dalam Pendidikan. Jabatan Asas Sosial dan Pendidikan, Universiti Malaya. Hlm. 17-26

Abdullah Abd Wahab (1987). Empat puluh hadis pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Al-Ghazali (1976). Ihya ulum al-din. Dalam Khatijah Abdul Razak, Pendidikan akhlak: konsep

dan peranannya dalam pembentukan insan. Kertas projek Sarjana Pendidikan yang tidak

diterbitkan. Universiti Malaya

Al-Quran dan Terjemahannya (1975). Terj. Yayasan Penyelenggara Penterjemah Al-Quran.

Jakarta: PT. Bumi Restu

Anwar Ibrahim (1979). Persoalan akhlak dalam pendidikan. Dalam Zamanhuri Hj. Shamsuddin

(Eds), Koleksi PKPIM Simposium Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Persatuan

Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka

Antara

Muhammad Isa Selamat (1996). Lelaki Soleh. Kedudukan dan peranannya. Kuala Lumpur:

Darul Nu‟man

Omar Mohammad Al-Toumy Al-Syaibany (1979). Falsafah Pendidikan Islam. (Terj. Hasan

Langgulung). Jakarta: Bulan Bintang

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Heinermann (Malaysia)

Sdn. Bhd.

Sidi Gazalba (1983). Islam dan perubahan sosiobudaya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara

Yusuf Al-Qaradhawi (1998). Di mana punca kelemahan umat Islam masa kini. (Terj.

Muhammad Baihaqi). Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!