10.02.2015 Views

PP Bil 17/2008 - JPA

PP Bil 17/2008 - JPA

PP Bil 17/2008 - JPA

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JPA/PEN/228/3/6 ( 19 )

No. Siri:

KERAJAAN MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008

PEMBERIAN EX-GRATIA TERBITAN SEKALIGUS

KEPADA IBU ATAU BAPA ANGGOTA BERPENCEN YANG

MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN TANPA

MENINGGALKAN BALU/DUDA ATAU ANAK

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan

Kerajaan mengenai pemberian ex-gratia terbitan sekaligus kepada ibu, atau sekiranya

ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen sektor awam yang

meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau

anak.

1

TAFSIRAN

2. Bagi tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini:

“anak” bermaksud anak kepada seseorang anggota berpencen yang layak

diberi ganjaran terbitan, pencen terbitan atau faedah-faedah lain mengikut

undang-undang pencen, sama ada anak kandung, anak angkat, anak tiri atau

anak tak sah taraf;

“anggota” bermaksud pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri

serta pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan;

“anggota berpencen” bermaksud –

(i)

seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai seorang pegawai

berpencen di bawah Seksyen 7, Akta Pencen 1980 (Akta 227) atau

yang disifatkan sebagai seorang pegawai berpencen di bawah Seksyen 8

Akta 227; atau

(ii)

seseorang pekerja yang telah diberi taraf sebagai pekerja berpencen di

bawah Seksyen 6, Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan

Tempatan 1980 (Akta 239) atau yang disifatkan sebagai seorang pekerja

berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 239; atau

(iii)

pegawai atau pekerja yang memperoleh taraf berpencen atau yang

disifatkan bertaraf berpencen di bawah mana-mana undang-undang

pencen yang lain.

2

LATAR BELAKANG

3. Di bawah undang-undang pencen, orang tanggungan kepada anggota

berpencen atau yang disifatkan bertaraf berpencen yang meninggal dunia semasa

dalam perkhidmatan boleh diberi ganjaran terbitan, pencen terbitan atau faedahfaedah

lain. Walau bagaimanapun, ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia,

bapa kepada anggota berpencen yang meninggal dunia dalam perkhidmatan tanpa

meninggalkan balu/duda atau anak boleh diberi ganjaran terbitan tetapi tidak layak

diberi pencen terbitan.

4. Kerajaan telah bersetuju untuk memberi ex-gratia terbitan sekaligus kepada

ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen yang

meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau

anak. Pemberian ini adalah sebagai tambahan kepada ganjaran terbitan atau

caruman syer Kerajaan/majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau

mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru.

PELAKSANAAN

5. Ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa yang layak diberi exgratia

terbitan adalah:

(i)

ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar

ganjaran terbitan; atau

(ii)

ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar

caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan

wang simpanan berserta faedah yang terakru, yang mana lebih

berfaedah baginya berbanding ganjaran terbitan.

3

6. Jika ibu dan bapa seperti di perenggan 5(i) atau (ii) di atas telah meninggal

dunia sebelum pembayaran ex-gratia terbitan dibuat, maka pembayarannya boleh

dibuat kepada wakil diri di sisi undang-undang gemulah ibu atau bapa itu.

7. Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (selepas ini

disebut “Bahagian ini”) bertanggungjawab meluluskan dan membayar ex-gratia

terbitan. Bagi kes ganjaran terbitan, atau caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau

mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru, yang telah

dibayar sebelum tarikh berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, kelulusan dan

pembayaran ex-gratia terbitan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Bahagian ini.

Bagi kes kematian dalam perkhidmatan yang berlaku pada atau selepas tarikh

berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, kelulusan dan pembayaran ex-gratia

terbitan akan dibuat oleh Bahagian ini bersekali dengan urusan kelulusan pembayaran

ganjaran terbitan tanpa memerlukan maklumat tambahan daripada Ketua Jabatan.

8. Dalam hal berlaku sebarang pertikaian (dispute) terhadap pemberian ex-gratia

terbitan ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berhak untuk menentukan pihak

yang sepatutnya diberi ex-gratia terbitan serta kadarnya. Penentuan ini adalah

muktamad.

4

PENGIRAAN EX-GRATIA TERBITAN

9. Ex-gratia terbitan dikira berdasarkan formula berikut:

Ex-gratia terbitan = 1/20 atau 7.5% * x tempoh perkhidmatan x gaji akhir pada

secara isyarat tarikh kematian

TOLAK

ganjaran terbitan yang telah dibayar atau caruman syer

Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang

simpanan semasa perkhidmatan gemulah berserta faedah yang

terakru, mana yang berkenaan

* Mengikut faktor pengiraan ganjaran terbitan yang terpakai bagi gemulah

10. Formula pengiraan adalah berdasarkan:

(i)

faktor pengiraan sebagaimana yang diguna pakai bagi

pengiraan ganjaran terbitan, iaitu sama ada 1/20 bagi kematian

gemulah yang berlaku sebelum 1 Januari 1995 atau 7.5% bagi

kematian yang berlaku pada atau selepas tarikh tersebut;

(ii)

tempoh perkhidmatan yang diambil kira bagi pengiraan exgratia

terbitan adalah tempoh perkhidmatan sepenuhnya secara

isyarat (notional) seolah-olah gemulah berkhidmat sehingga

mencapai umur persaraan wajib;

(iii)

umur persaraan wajib bagi menetapkan tempoh perkhidmatan

sepenuhnya secara isyarat ditentukan melalui tarikh lahir

gemulah yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan dan

umur persaraan wajib yang terpakai bagi gemulah; dan

5

(iv)

gaji yang akhir diterima bagi pengiraan ex-gratia terbitan

adalah gaji akhir yang digunakan bagi pengiraan ganjaran

terbitan.

Contoh pengiraan ex-gratia terbitan ditunjukkan di Lampiran A.

11. Ex-gratia terbitan diberi juga kepada ibu atau bapa pekerja Pihak Berkuasa

Berkanun atau Tempatan yang telah memilih Skim Pencen Dan KWSP di bawah

Seksyen 6E Akta 239 berhubung dengan pengasingan sistem saraan Pihak Berkuasa

berkenaan. Walau bagaimanapun, tempoh yang diambil kira bagi pengiraan ex-gratia

terbitan adalah dari tarikh sehari selepas tarikh kematian gemulah pekerja

sehingga tarikh sehari sebelum tarikh persaraan wajib yang terpakai baginya,

dan gaji akhir yang digunakan untuk pengiraan ex-gratia terbitan adalah gaji yang

akhir diterima sehari sebelum tarikh berkuat kuasanya pengasingan sistem

saraan gemulah, seperti ditunjukkan dalam contoh pengiraan di Lampiran B.

Pemberian ex-gratia terbitan tidak meliputi anggota yang telah bersara pilihan di

bawah Seksyen 12 Akta 227 atau Seksyen 12 Akta 239 atau pun yang telah bersara

setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan di bawah Seksyen 12A Akta 227

atau Seksyen 13 Akta 239.

12. Ibu atau bapa yang menerima ganjaran terbitan di bawah Seksyen 25 Akta 227

layak diberi ex-gratia terbitan atas kadar tiga per empat daripada ex-gratia terbitan

yang kena dibayar kepada ibu atau bapa seorang pegawai berpencen yang meninggal

dunia dalam perkhidmatan. Contoh pengiraan seperti di Lampiran C.

6

PEMAKAIAN

13. Pekeliling Perkhidmatan ini meliputi pegawai Perkhidmatan Awam

Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

TARIKH KUAT KUASA

14. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

( TAN SRI ISMAIL ADAM )

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MALAYSIA

PUTRAJAYA

10 Disember 2008

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri

Semua Ketua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Ketua Pihak Berkuasa Tempatan

7

CONTOH 1:

Lampiran A

Pengiraan Ex-Gratia Terbitan Untuk Ibu Atau Bapa Yang Telah Diberi Ganjaran

Terbitan

A. Maklumat Peribadi Dan Perkhidmatan Gemulah

1. Jawatan akhir : Pembantu Tadbir Kewangan

2. Tarikh lahir : 30.3.1960

3. Tarikh lantikan ke perkhidmatan : 16.2.1981

4. Tarikh kematian gemulah : 13.1.2008

5. Umur bersara wajib yang terpakai bagi gemulah : 56 tahun

6. Tarikh gemulah sepatutnya bersara wajib : 30.3.2016

7. Tempoh perkhidmatan secara isyarat (notional) : 421 Bulan

8. Gaji akhir diterima : RM 2,152.86 (W17 P1T24 SSM)

9. Amaun ganjaran terbitan yang telah diberi : RM 51,991.56

B. Pengiraan Ex-Gratia Terbitan

Tarikh Lantikan

Tarikh Kematian Dalam

Perkhidmatan

Tarikh Bersara Wajib Yang

Terpakai Bagi Gemulah

A B C

Ex-gratia terbitan =

7.5% x (Tempoh A hingga sehari sebelum C ) bulan x Gaji akhir di B

TOLAK

ganjaran terbitan yang telah dibayar di B

Ex-gratia terbitan = RM [7.5% x 421 Bulan x RM 2,152.86] TOLAK RM 51,991.56

= RM 15,984.99

8

CONTOH 2:

Pengiraan Ex-Gratia Terbitan Untuk Ibu Atau Bapa Yang Menerima Caruman Syer

Kerajaan/Majikan KWSP Atau Mana-Mana Kumpulan Wang Simpanan Berserta

Faedah Yang Terakru Adalah Lebih Berfaedah Berbanding Ganjaran Terbitan

A. Maklumat Peribadi Dan Perkhidmatan Gemulah

1. Jawatan akhir : Pembantu Perubatan

2. Tarikh lahir : 2.1.1982

3. Tarikh lantikan ke perkhidmatan : 1.9.2004

4. Tarikh kematian gemulah : 13.11.2007

5. Umur bersara wajib yang terpakai bagi gemulah : 56 tahun

6. Tarikh gemulah sepatutnya bersara wajib : 2.1.2038

7. Tempoh perkhidmatan secara isyarat (notional) : 400 Bulan

8. Gaji akhir diterima : RM 1,759.64 (U29 P1T10 SSM)

9. Amaun caruman syer Kerajaan/majikan KWSP : RM 7,919.84

atau mana-mana kumpulan wang simpanan,

berserta faedah yang terakru

B. Pengiraan Ex-Gratia Terbitan

Tarikh

Lantikan

Tarikh Kematian Dalam

Perkhidmatan

Tarikh Bersara Wajib Yang

Terpakai Bagi Gemulah

A B C

Ex-gratia terbitan =

7.5% x (Tempoh A hingga sehari sebelum C ) bulan x Gaji akhir di B

TOLAK

caruman Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang

simpanan berserta faedah yang terakru bagi tempoh A hingga sehari

sebelum B

Ex-gratia terbitan = RM [7.5% x 400 Bulan x RM 1,759.64] TOLAK RM 7,919.84

= RM 44,869.36

9

CONTOH :

Lampiran B

Pengiraan Ex-Gratia Terbitan Untuk Ibu Atau Bapa Bagi Kes Gemulah Meninggal

Dunia Dalam Agensi Yang Telah Diasingkan Sistem Saraannya

A. Maklumat Peribadi Dan Perkhidmatan Gemulah

1. Jawatan akhir : Pembantu Tadbir

2. Tarikh lahir : 7.5.1949

3. Tarikh lantikan ke perkhidmatan : 1.9.1970

4. Tarikh pengasingan : 16.12.2002

5. Tarikh kematian gemulah : 10.1.2003

6. Tarikh sehari selepas kematian gemulah : 11.1.2003

7. Umur layak diberi faedah persaraan : 55 tahun

8. Tarikh gemulah sepatutnya bersara wajib : 7.5.2004

9. Tempoh sehari selepas kematian gemulah : 15 Bulan

sehingga tarikh sehari sebelum tarikh

sepatutnya bersara wajib secara isyarat (notional)

10.Gaji akhir diterima pada tarikh pengasingan

:RM 1667.86 (N17 P1T23 SSM)

B. Pengiraan Ex-Gratia Terbitan

Tarikh

Lantikan

Tarikh

Pengasingan

Tarikh Kematian

Dalam Perkhidmatan

Tarikh Sehari

Selepas Kematian

Gemulah

Tarikh Bersara Wajib

Yang Terpakai Bagi

Gemulah

A

B

C

D

E

Ex-gratia terbitan =

D E

7.5% x ( Tempoh hingga sehari sebelum ) bulan x Gaji akhir sehari sebelum

pengasingan di B

Ex-gratia terbitan = RM[7.5% x 15 Bulan x RM1667.86]

= RM 1,876.34

10

CONTOH :

Lampiran C

Pengiraan Ex-Gratia Terbitan Untuk Ibu Atau Bapa Gemulah Yang Menerima

Ganjaran Terbitan Di Bawah Seksyen 25 Akta 227

A. Maklumat Peribadi Dan Perkhidmatan Gemulah

1. Jawatan akhir : Pegawai Kerani (Sementara)

2. Tarikh lahir : 12.2.1945

3. Tarikh lantikan ke perkhidmatan : 10.1.1970

4. Tarikh kematian gemulah : 5.12.1988

5. Umur bersara wajib yang terpakai bagi gemulah : 55 tahun

6. Tarikh gemulah sepatutnya bersara wajib : 12.2.2000

7. Tempoh perkhidmatan secara isyarat (notional) : 361 Bulan

8. Gaji akhir diterima : RM 1,065.00 (C11 JKK PP Bil. 6/88)

9.Ganjaran terbitan yang telah diberi : RM 9,025.87

B. Pengiraan Ex-Gratia Terbitan

Tarikh

Lantikan

Tarikh Kematian Dalam Perkhidmatan

Tarikh Bersara Wajib Yang

Terpakai Bagi Gemulah

A B C

Ex-gratia terbitan =

3/4 x [1/20 x ( Tempoh A hingga sehari sebelum C ) bulan x Gaji akhir di B ]

TOLAK

ganjaran terbitan yang telah dibayar di B (yang sama banyaknya dengan tiga

perempat ganjaran terbitan yang kena dibayar bagi seseorang pegawai berpencen

yang mati dalam perkhidmatan)

Ganjaran terbitan yang telah diberi

= RM [3/4 x (1/20 x 226 Bulan x RM 1,065.00)]

= RM 9,025.87

Ex-gratia terbitan

= RM [3/4 x (1/20 x 361 Bulan x RM 1,065.00)] TOLAK RM9,025.87

= RM 5,391.56

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!