13.02.2015 Views

Nota Penerangan R 2011 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Nota Penerangan R 2011 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Nota Penerangan R 2011 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENYATA BAKI 108 TERSEMAK

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

KANDUNGAN

PERKARA

Muka Surat

PENDAHULUAN 2

MAKLUMAT ASAS SYARIKAT 3

BAHAGIAN A Penyata Baki 108 Tersemak 3

BAHAGIAN B Penyata Dividen Yang Dibayar Dalam 11

Tempoh Asas Bagi Tahun Taksiran 2011

AKUAN 11

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

PENDAHULUAN

BORANG R 2011 - PENYATA BAKI 108 TERSEMAK DI BAWAH PERUNTUKAN KECUALIAN DAN

PERALIHAN AKTA KEWANGAN 2007 ( AKTA 683 ) DAN AKTA KEWANGAN 2009

( AKTA 693 )

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri mulai Tahun Taksiran 2001 dan sistem cukai satu

peringkat (‘single tier’) mulai Tahun Taksiran 2008 untuk syarikat, syarikat bermastautin di Malaysia

(termasuk syarikat bermastautin di Singapura yang membayar cukai Malaysia) bertanggungjawab

untuk:-

1. Mengemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (selepas ini disebut sebagai Ketua

Pengarah) dalam tempoh tujuh (7) bulan berikutan dengan penutupan tempoh perakaunan yang

merupakan tempoh asas syarikat itu bagi Tahun Taksiran 2009, satu penyata yang menunjukkan

baki 108 tersemak sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Akta Kewangan 2007 ( Akta 683 ) dan Akta Kewangan 2009 ( Akta 693 ).

Kegagalan / kelewatan mengemukakan penyata baki 108 dalam tempoh yang ditetapkan

merupakan satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda antara RM200

hingga RM2,000 di bawah subseksyen 120(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (selepas ini disebut

sebagai ACP 1967).

2. Membayar kepada Ketua Pengarah, amaun lebihan yang merupakan hutang kepada Kerajaan

dalam tempoh yang ditetapkan.

3. Borang R 2011 yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pusat Pemprosesan

Aras 10-18, Menara C

Persiaran MPAJ

Jalan Pandan Utama

Pandan Indah

Karung Berkunci 11018

50990 Kuala Lumpur

2

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

MAKLUMAT ASAS SYARIKAT

Ruang Perkara Keterangan

a

b

c

d

Nama Syarikat

No. rujukan

(no. pendaftaran)

Tempoh Asas

No. cukai

pendapatan

Nama syarikat seperti didaftarkan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jika syarikat bertukar nama, sila catatkan nama lama dalam kurungan.

Nombor pendaftaran syarikat seperti didaftarkan di pejabat Suruhanjaya Syarikat

Malaysia.

Isikan tarikh mula dan akhir tempoh asas syarikat bagi Tahun Taksiran (T/T)

2011 dalam petak yang disediakan.

Contoh: Jika tempoh asas syarikat bagi T/T 2011 adalah dari 01.10.2010 hingga

30.09.2011, isikan tarikh seperti berikut:-

ATAU

Dari

0 1 1 0

2 0 1 0

Hari Bulan Tahun

Hingga

Nombor rujukan fail cukai pendapatan syarikat.

3 0 0 9

2 0 1 1

Hari Bulan Tahun

Contoh: Jika tempoh asas syarikat bagi T/T 2011 bermula dari 01.01.2011

hingga 31.12.2011, isikan tarikh seperti berikut:

Dari

0 1 0 1 2 0 1 1 Hingga

Hari Bulan Tahun

3 1 1 2

2 0 1 1

Hari Bulan Tahun

BAHAGIAN A:

PENYATA BAKI 108 TERSEMAK

Ruang Perkara Keterangan

A1

1 = Baki 108

tersemak

dibawa

hadapan

2 = Baki 108

tersemak

diabaikan

Amaun dari Ruang A7 (kod ‘1’) di Bahagian A dalam Borang R 2010.

Contoh 1:

Syarikat mempunyai baki 108 tersemak sebanyak RM3,218,648.32 [ amaun dari Ruang

A7 (kod ‘1’) di Bahagian A dalam Borang R 2010 ] yang tidak diabaikan.

Isikan dalam petak yang disediakan seperti berikut:-

! 1 >_>>_>>_>

, 3 , 2 1 8 , 6 4 8 .

3 2

(Nyatakan ‘1’ atau ‘2’ yang mana berkenaan)

Amaun dari Ruang A7 (kod ‘2’) di Bahagian A dalam Borang R 2010.

Syarikat yang telah mengemukakan Borang R50 untuk mengabaikan baki 108 / baki 108

tersemak masih dikehendaki mengisi dan mengemukakan Borang R.

Nota: Amaun diabaikan tidak boleh digunakan untuk menolak cukai dipotong atau

disifatkan telah dipotong daripada dividen (Ruang A6). Walau bagaimanapun,

amaun diabaikan boleh dilaraskan dengan amaun di Ruang A5 (jika ada).

Contoh 2:

Tempoh asas syarikat berakhir pada 30 Jun bagi setiap tahun taksiran.

Syarikat telah memilih opsyen untuk mengabaikan baki 108 tersemak sebanyak

RM40,658.87 [ amaun dari Ruang A7 (kod ‘2’) di Bahagian A dalam Borang R 2010 ];

dan Borang R50 telah dikemukakan kepada LHDNM pada 15 Julai 2010.

3

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

Ruang Perkara Keterangan

A2

Isikan Ruang A1 seperti berikut:-

(Nyatakan ‘1’ atau ‘2’ yang mana berkenaan)

Tarikh diabaikan:

2 4 0 6 5 8 8 7

1 5 0 7

2 0 1 0

Hari Bulan Tahun

Cukai dibayar balik untuk Tahun Taksiran 2001 dan tahun-tahun taksiran berikutnya dalam tempoh asas bagi

Tahun Taksiran 2011

Ini adalah amaun cukai yang dibayar balik kepada syarikat kerana:-

(a) ansuran seksyen 107C yang telah dibayar melebihi cukai sebenar yang kena dibayar oleh syarikat;

(b) taksiran kurangan dikeluarkan bagi cukai dikenakan yang telah dibayar oleh syarikat; dan / atau

(c) cukai yang telah dibayar itu diremitkan.

Amaun cukai dibayar balik yang boleh diambil kira adalah terhad kepada bayaran cukai dan bayaran

ansuran seksyen 107C bagi taksiran berkenaan yang dibenarkan dalam pengiraan baki 108.

Amaun ini tidak termasuk pembayaran balik kredit cukai di bawah seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (Akta

683) dan seksyen 110 (lain-lain) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang melebihi cukai yang dikenakan bagi

suatu tahun taksiran.

Penalti dan bayaran penalti tidak diambil kira dalam pengiraan baki 108.

Walau apa pun peruntukan seksyen 46 Akta Kewangan 2007 (Akta 683), apa-apa amaun cukai yang dibayar

balik berkenaan dengan apa-apa cukai dilepaskan bagi tahun taksiran sebelum tahun taksiran 2010 yang

berbangkit daripada apa-apa potongan yang dibenarkan menurut seksyen 44B ACP 1967 (kerugian bawa ke

belakang), tidak akan mengurangkan baki 108 atau baki 108 tersemak sesuatu syarikat di bawah seksyen

46 Akta Kewangan 2007 (Akta 683).

A2a

Cukai dibayar balik

untuk tahun taksiran

sebelum

Masukkan amaun cukai yang dibayar balik dalam tempoh asas bagi T/T 2011 untuk T/T

2001 dan tahun-tahun taksiran berikutnya kerana jumlah bayaran ansuran di bawah

seksyen 107C melebihi cukai sebenar bagi tahun taksiran berkenaan.

Amaun cukai dibayar balik yang boleh dimasukkan dalam Ruang ini adalah terhad

kepada amaun bayaran cukai bagi taksiran berkenaan yang dibenarkan dalam pengiraan

baki 108; dan tidak berkaitan dengan cukai dilepaskan yang berbangkit daripada apaapa

potongan yang dibenarkan menurut seksyen 44B ACP 1967.

Contoh 3:

Syarikat Amer Sdn. Bhd. menutup akaun pada 31 Mei.

Bagi T/T 2008, syarikat telah membayar ansuran seksyen 107C sebanyak RM15,000

sebulan dari bulan Julai 2007 hingga bulan Jun 2008 yang berjumlah RM180,000.

Ansuran Disember 2007 dibayar selepas 31 Disember 2007. Oleh itu, hanya bayaran

ansuran dari Julai 2007 hingga November 2007 yang berjumlah RM75,000 dibenarkan

dalam pengiraan baki 108.

Syarikat mengemukakan Borang C bagi T/T 2008 pada 16 Disember 2010 * dan cukai

sebenar yang kena dibayar adalah RM70,000.

RM

Jumlah bayaran ansuran dari Julai 2007 hingga November 2007 75,000

Tolak: Cukai sebenar 70,000

Cukai dibayar balik 5,000

Walaupun amaun cukai yang terlebih bayar adalah sebanyak RM (180,000 – 70,000) =

RM110,000 (amaun dari Ruang B4 dalam Borang C bagi T/T 2008), amaun yang boleh diisi

di Ruang ini adalah RM5,000 sahaja. Amaun ini disifatkan (‘deemed’) telah dibayar balik

pada 16 Disember 2010 (tarikh Borang C T/T 2008 dikemukakan), iaitu dalam tempoh asas

bagi T/T 2011 (01.06.2010 - 31.05.2011).

* Penalti kerana lewat mengemukakan borang nyata tidak diambil kira dalam pengiraan baki

108.

4

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

Ruang Perkara Keterangan

Contoh 4:

Syarikat Balini Sdn. Bhd. menutup akaun pada 30 Jun.

Taksiran asal bagi T/T 2010 telah disifatkan (‘deemed’) pada 16 November 2010 dan

cukai kena dibayar adalah sebanyak RM315,000. Bayaran ansuran seksyen 107C dari

Ogos 2009 hingga Julai 2010 berjumlah RM348,000.

Oleh kerana kesemua ansuran seksyen 107C tersebut dibayar selepas 31 Disember

2007, maka ia tidak boleh dimasukkan dalam pengiraan baki 108 [seksyen 39

Peruntukan Kecualian dan Peralihan Akta Kewangan 2007 (Akta 683)]. Dengan itu,

amaun untuk dimasukkan dalam Ruang ini adalah ‘0’, walaupun terdapat cukai

disifatkan (‘deemed’) telah dibayar balik sebanyak RM ( 348,000 – 315,000 ) = RM33,000

pada 16 November 2010 (tarikh Borang C T/T 2010 dikemukakan), iaitu dalam tempoh asas

bagi T/T 2011 (01.07.2010 - 30.06.2011).

A2b

Cukai terlebih bayar

disebabkan taksiran

pindaan

Ini adalah amaun cukai yang dikurangkan apabila notis taksiran kurangan dikeluarkan

untuk T/T 2001 dan tahun-tahun taksiran berikutnya dalam tempoh asas bagi T/T 2011.

Sekiranya cukai kena dibayar belum dijelaskan sepenuhnya semasa taksiran kurangan

dikeluarkan, amaun cukai yang dikurangkan akan diselaraskan dengan mengambil kira

amaun cukai yang belum dijelaskan.

Amaun cukai dibayar balik yang boleh dimasukkan dalam Ruang ini adalah terhad

kepada amaun bayaran cukai bagi taksiran berkenaan yang dibenarkan dalam

pengiraan baki 108; dan tidak berkaitan dengan cukai dilepaskan yang berbangkit

daripada apa-apa potongan yang dibenarkan menurut seksyen 44B ACP 1967.

Contoh 5:

Syarikat Citras Sdn. Bhd. menutup akaun pada 31 Mac.

Taksiran asal bagi T/T 2010 telah disifatkan (‘deemed’) pada 26 Oktober 2010 dan cukai

kena dibayar adalah sebanyak RM400,000. Bayaran ansuran seksyen 107C dari Mei

2009 hingga April 2010 berjumlah RM360,000. Baki cukai kena dibayar sebanyak

RM40,000 dijelaskan pada 30 Oktober 2010.

Taksiran kurangan bagi T/T 2010 dikeluarkan pada 8 Januari 2011 dan cukai

dikurangkan sebanyak RM65,000.

Cukai dibayar balik sebanyak RM65,000 (cukai terlebih bayar) itu tidak boleh

dimasukkan dalam Ruang ini kerana kesemua bayaran ansuran seksyen 107C dan

bayaran baki cukai tersebut yang dibuat selepas 31 Disember 2007 tidak boleh diambil

kira dalam pengiraan baki 108 [seksyen 39 Peruntukan Kecualian dan Peralihan Akta

Kewangan 2007 (Akta 683)]. Oleh itu, amaun untuk dimasukkan dalam Ruang ini

adalah ‘0’.

Contoh 6:

Syarikat Darus Sdn. Bhd. menutup akaun pada 31 Disember.

Taksiran asal bagi T/T 2007 telah disifatkan (‘deemed’) pada 16 Julai 2008 dan cukai

kena dibayar adalah sebanyak RM360,000. Kesemua ansuran seksyen 107C berjumlah

RM336,000 telah dibayar dalam tempoh yang dibenarkan termasuk ansuran Januari

2008 yang diterima pada 7 Januari 2008 *. Baki cukai kena dibayar sebanyak RM24,000

dijelaskan pada 31 Julai 2008.

Taksiran kurangan bagi T/T 2007 dikeluarkan pada 20 Januari 2011 dan cukai

dikurangkan sebanyak RM50,000.

Hanya bayaran ansuran berjumlah RM336,000 dibenarkan dalam pengiraan baki 108. Baki

cukai sebanyak RM24,000 tidak dibenarkan kerana dibayar selepas 31 Disember 2007.

Dengan itu, amaun untuk dimasukkan dalam Ruang ini bagi T/T 2011 adalah RM [

336,000 - ( 360,000 – 50,000 ) ] = RM26,000 kerana notis taksiran kurangan dikeluarkan

dalam tempoh asas bagi T/T 2011 ( iaitu 01.01.2011 - 31.12.2011 ).

* Hanya syarikat dengan tempoh asas berakhir 31 Disember 2007 boleh memasukkan

ansuran terakhir di bawah seksyen 107C dalam pengiraan baki 108 dengan syarat

bayaran dibuat pada atau sebelum 10 Januari 2008 [seksyen 39 Peruntukan

Kecualian dan Peralihan Akta Kewangan 2007 (Akta 683)].

5

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

Ruang Perkara Keterangan

Contoh 7:

Syarikat Eras Bhd. menutup akaun pada 31 Mac.

Cukai asal T/T 2008 ialah RM280,000.

Ansuran seksyen 107C yang telah dijelaskan dari Mei 2007 hingga April 2008 sebanyak

RM20,000 sebulan berjumlah RM240,000. Ansuran dari Mei 2007 hingga Disember 2007

berjumlah RM160,000 yang dibayar pada atau sebelum 31 Disember 2007 dibenarkan

dalam pengiraan baki 108 kerana [seksyen 39 Peruntukan Kecualian dan Peralihan Akta

Kewangan 2007 (Akta 683)].

Taksiran kurangan dikeluarkan pada 22 Februari 2011 (dalam tempoh asas bagi T/T

2011 iaitu 01.04.2010 - 31.03.2011) dan cukai sebenar yang kena dibayar adalah

RM205,000 sahaja.

Amaun cukai yang dikurangkan adalah sebanyak RM75,000 dan amaun cukai terlebih

bayar untuk dibayar balik adalah sebanyak RM35,000.

Walaupun syarikat layak mendapat bayaran balik, amaun untuk dimasukkan dalam

Ruang ini adalah ‘ 0 ’ kerana bayaran ansuran seksyen 107C yang dibenarkan dalam

pengiraan baki 108 ( RM160,000 ) adalah kurang daripada cukai sebenar yang kena

dibayar ( RM205,000 ).

A2c

Kurangan kredit

cukai seksyen 110

Akta Cukai

Pendapatan 1967

Ini berlaku jika pendapatan dividen yang dilaporkan dalam Borang C bagi suatu tahun

taksiran melebihi jumlah dividen sebenar, yang mana amaun kredit cukai sebenar di bawah

seksyen 110 * ACP 1967 (sebelum T/T 2008) adalah kurang daripada amaun yang telah

dituntut. ( * merujuk kepada seksyen 110 sebelum T/T 2008)

Perbezaan antara tolakan cukai di bawah seksyen 110 yang dituntut dalam Borang C bagi

tahun taksiran berkenaan dengan tolakan cukai di bawah seksyen 110 yang dipinda adalah

amaun kredit cukai yang dikurangkan dan diambil kira.

Contoh 8:

Syarikat Fadil menutup akaun pada 30 Jun.

Butiran yang dilaporkan dalam Borang C bagi T/T 2007:-

RM

Cukai dikenakan 40,500

Tolak:

Tolakan cukai seksyen 110 Akta

Cukai Pendapatan 1967 (dividen) 54,000

Cukai dibayar balik (13,500)

Pada 22 April 2011, cukai dipinda kerana syarikat telah terlebih menuntut tolakan cukai

seksyen 110 ACP 1967 sebanyak RM13,500.

RM

Cukai dikenakan 27,000

Campur: Cukai dahulu dibayar balik 13,500

40,500

Tolak:

Cukai dikenakan

Tolakan cukai seksyen 110 Akta

Cukai Pendapatan 1967 (dividen) 40,500

TIADA

Kurangan kredit dalam akaun baki 108 ialah RM13,500 (cukai asal, RM40,500 tolak cukai

dipinda, RM27,000).

6

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

Ruang Perkara Keterangan

A2d

Cukai yang

telah dibayar

dan diremitkan

Ini adalah cukai bagi T/T 2001 dan tahun-tahun taksiran berikutnya yang telah dijelaskan

dan diremitkan. Ia diambil kira sekiranya kelulusan remit cukai diperoleh dalam tempoh

asas bagi T/T 2011.

Amaun cukai dibayar balik yang boleh dimasukkan dalam Ruang ini adalah terhad

kepada amaun bayaran cukai bagi taksiran berkenaan yang dibenarkan dalam pengiraan

baki 108; dan tidak berkaitan dengan cukai dilepaskan yang berbangkit daripada apa-apa

potongan yang dibenarkan menurut seksyen 44B ACP 1967.

Contoh 9:

Syarikat Gali Bhd. menutup akaun pada 31 Mei.

Cukai T/T 2008 sejumlah RM145,000 telah dijelaskan seperti berikut:-

RM

Jumlah bayaran ansuran di bawah seksyen 107C

(RM10,000 sebulan dari Julai 2007 hingga Jun 2008) 120,000

Baki cukai dibayar pada 18 Disember 2008 25,000

Cukai diremitkan dan syarikat dimaklumkan pada 10 Februari 2011 (dalam tempoh asas

bagi T/T 2011 iaitu 01.06.2010 - 31.05.2011).

Ansuran seksyen 107C dari Julai 2007 hingga Disember 2007 berjumlah RM60,000

dibayar pada atau sebelum 31 Disember 2007 dan telah dibenarkan dalam pengiraan

baki 108 [seksyen 39 Peruntukan Kecualian dan Peralihan Akta Kewangan 2007 (Akta

683)]. Oleh itu, amaun yang boleh diisi dalam Ruang ini adalah RM60,000.

Contoh 10:

Syarikat Haida Sdn. Bhd. menutup akaun pada 31 Mac.

Taksiran asal bagi T/T 2010 telah disifatkan (‘deemed’) pada 20 Oktober 2010 dan cukai

kena dibayar adalah sebanyak RM258,000. Bayaran ansuran seksyen 107C dari Mei

2009 hingga April 2010 berjumlah RM240,000. Baki cukai yang kena dibayar sebanyak

RM18,000 dijelaskan pada 28 Oktober 2010.

Cukai diremitkan dan syarikat dimaklumkan pada 12 Januari 2011 (dalam tempoh asas

bagi T/T 2011 iaitu 01.04.2010 – 31.03.2011).

Kesemua ansuran seksyen 107C dan baki cukai tersebut dibayar selepas 31 Disember

2007 dan tidak dibenarkan dalam pengiraan baki 108 [seksyen 39 Peruntukan Kecualian

dan Peralihan Akta Kewangan 2007 (Akta 683)]. Oleh itu, amaun untuk dimasukkan

dalam Ruang ini adalah ‘0’.

A2e Jumlah Jumlahkan amaun dari Ruang A2a hingga Ruang A2d.

7

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

Ruang Perkara Keterangan

A3

Taksiran Kurangan untuk Tahun Taksiran 2000 (berasaskan tahun semasa) dan tahun-tahun taksiran

sebelumnya, yang dibuat dalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2011

A3a

hingga

A3c

Masukkan amaun cukai dikenakan yang dikurangkan untuk tahun-tahun taksiran sebelum T/T 2001, di mana

notis taksiran kurangan berkenaan dikeluarkan dalam tempoh asas bagi T/T 2011.

Amaun ini tidak mengambil kira penalti di bawah subseksyen 112(3) / subseksyen 113(2) ACP 1967 yang

dikurangkan, jika ada.

Contoh 11:

Akaun syarikat ditutup pada 31 Mac.

Cukai asal T/T 2000 (taksiran berasaskan tahun semasa) ialah RM85,000.

Taksiran pindaan dikeluarkan pada 10 Mac 2011 dan cukai sebenar yang kena dibayar ialah RM70,000 sahaja.

Jumlah kurangan kredit sebanyak RM15,000 diambil kira kerana notis taksiran kurangan tersebut dikeluarkan

dalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2011 iaitu 01.04.2010 - 31.03.2011.

A3d Jumlah Jumlah amaun dari Ruang A3a hingga A3c.

A4

Cukai diremit untuk

Tahun Taksiran

2000 (berasaskan

tahun semasa)

dan tahun-tahun

taksiran sebelumnya,

dalam tempoh

asas bagi Tahun

Taksiran 2011

Ini adalah amaun cukai yang diremitkan bagi tahun-tahun taksiran sebelum T/T 2001.

Amaun ini diambil kira jika kelulusan remit cukai diperoleh dalam tempoh asas bagi T/T

2011.

Contoh 12:

Syarikat Murni Sdn. Bhd. menutup akaun pada 30 Jun.

Cukai T/T 2000 ( berasaskan tahun semasa ) sejumlah RM180,000 telah diremitkan dan

syarikat dimaklumkan melalui surat bertarikh 20 April 2011 (iaitu dalam tempoh

01.07.2010 - 30.06.2011).

Masukkan amaun sebanyak RM180,000 di Ruang ini.

A5

Jumlah kurangan

kredit

Jumlahkan amaun A2e, A3d dan A4.

8

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

Ruang Perkara Keterangan

A6

Cukai dipotong atau

disifatkan telah

dipotong daripada

dividen yang dibayar

dalam tempoh asas

bagi Tahun Taksiran

2011 oleh syarikat

yang LAYAK

membuat potongan

cukai tersebut

Amaun dari Ruang (c) di Bahagian B dalam Borang ini.

Cukai dipotong daripada dividen

Amaun yang diambil kira adalah amaun cukai yang dipotong mengikut kadar cukai

semasa untuk syarikat.

Cukai disifatkan telah dipotong daripada dividen

Perkara ini berlaku apabila:-

(i) cukai tidak dipotong daripada dividen yang daripadanya syarikat layak membuat

potongan cukai;

(ii) terdapat semakan kadar cukai syarikat (disebut sebagai ‘kadar tersemak’) dan cukai

telah dipotong daripada dividen pada kadar yang bukan kadar tersemak ataupun

cukai tidak dipotong daripada dividen yang daripadanya syarikat layak memotong

cukai.

Di bawah mana-mana keadaan yang tersebut di atas, amaun dividen yang dibayar

kepada pemegang syer hendaklah disifatkan sebagai dividen bagi suatu amaun kasar

1

( 1 - A )

x

B

di mana: A = Kadar yang terpakai [untuk keadaan (i) di atas]

atau

Kadar yang disemak yang terpakai [untuk keadaan (ii) di atas]

bagi syarikat itu pada masa pembayaran dividen;

B = Amaun yang sebenarnya dibayar,

dan suatu jumlah yang bersamaan dengan perbezaan antara amaun kasar itu dengan

amaun dalam B mengikut formula di atas hendaklah disifatkan telah dipotong daripada

dividen itu sebagai cukai.

Keadaan di mana syarikat LAYAK memotong cukai daripada dividen

Mengikut Peruntukan Kecualian dan Peralihan Akta Kewangan 2007 (Akta 683), sesuatu

syarikat layak memotong cukai pada kadar yang terpakai bagi syarikat pada tarikh

dividen itu dibayar kepada pemegang syer jika:-

• dividen itu dibayar pada bila-bila masa dalam tempoh asas bagi T/T 2011;

• syarikat itu mempunyai baki 108 / baki 108 tersemak pada hari sebelum dividen itu

dibayar;

• dividen itu disifatkan sebagai terbit dari Malaysia menurut kuasa seksyen 14 ACP

1967; dan

• dividen itu terdiri daripada dividen yang dibayar secara tunai berkenaan dengan

pemegangan syer biasa *.

* ‘Pemegangan syer biasa’ bererti:

mana-mana pemegangan syer selain syer yang hanya memberi hak kepada manamana

dividen pada amaun tetap atau peratus kadar tetap nilai nominal syer, atau

peratus kadar tetap keuntungan syarikat itu.

9

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

Ruang Perkara Keterangan

A7

Baki 108 tersemak

hantar hadapan

Jika amaun baki 108 tersemak dibawa hadapan ( Ruang A1 ) melebihi:

[ ( amaun di Ruang A5 ) + ( amaun di Ruang A6 ) ],

tunjukkan hasil pengiraannya di Ruang ini.

Contoh 13:

Selepas menolak amaun di Ruang A5 dan Ruang A6, syarikat mempunyai baki 108

tersemak yang dihantar hadapan sebanyak RM7,543,128.23.

(a)

(b)

Jika syarikat tidak memilih opsyen untuk mengabaikan baki 108 tersemaknya, kod

‘1’ dan amaun berkenaan hendaklah diisi seperti berikut:-

! 1 >_>>_>>_>

, 7 , 5 4 3 , 1 2 8

2 3

(Nyatakan ‘1’ atau ‘2’ yang mana berkenaan)

Sekiranya syarikat memilih opsyen untuk mengabaikan baki 108 tersemaknya,

maka kod ‘2’ dan amaun berkenaan diisi seperti berikut:-

! 2 >_>>_>>_>

, 7 , 5 4 3 , 1 2 8 .

2 3

(Nyatakan ‘1’ atau ‘2’ yang mana berkenaan)

Baki 108 tersemak

diabaikan

Jika amaun baki 108 tersemak diabaikan ( Ruang A1 ) melebihi jumlah kurangan

kredit ( Ruang A5 ), amaun perbezaannya ditunjukkan di sini.

Contoh 14:

Selepas menolak amaun di Ruang A5, syarikat mempunyai baki 108 tersemak

diabaikan sebanyak RM36,220.86. Isikan ruang yang disediakan seperti berikut:-

! 2 >_>>_>>_>

, , 3 6 , 2 2 0 .

8 6

ATAU

Keadaan seperti di Contoh 11(b).

(Nyatakan ‘1’ atau ‘2’ yang mana berkenaan)

PERINGATAN:

• Baki 108 tersemak diabaikan ( Ruang A1 ) TIDAK boleh digunakan untuk menolak

cukai dipotong / disifatkan telah dipotong daripada dividen ( Ruang A6 ).

• ‘Tarikh diabaikan’ bagi baki 108 tersemak diabaikan (Ruang A7) hanya perlu diisi

di Ruang A1 dalam Borang R 2012 kelak.

A8

Hutang kepada

Kerajaan

Ini berlaku apabila:-

[ ( amaun di Ruang A5 ) + ( amaun di Ruang A6 ) ] melebihi [ amaun baki 108 tersemak

dibawa hadapan ( Ruang A1 ) ]

ATAU

( Amaun di Ruang A5 ) melebihi amaun baki 108 tersemak diabaikan ( Ruang A1 )

Amaun lebihan ini merupakan hutang kepada Kerajaan yang perlu dijelaskan oleh

syarikat selewat-lewatnya pada atau sebelum ‘tarikh kena dibayar’ iaitu hari terakhir pada

bulan ketujuh dari tarikh yang berikutan dengan tarikh penutupan tempoh perakaunan

syarikat itu.

10

Nota Penerangan Borang R 2011

Sistem Taksir Sendiri

Ruang Perkara Keterangan

Pada tamat tempoh ‘tarikh kena dibayar’, lebihan yang tidak dibayar akan dinaikkan

dengan suatu amaun yang bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) lebihan yang tidak

dibayar itu, tanpa apa-apa notis selanjutnya. Amaun yang tidak dibayar itu dan kenaikan

atas amaun yang tidak dibayar itu akan menjadi hutang kepada Kerajaan yang kena

dibayar dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah.

A9

Hutang kepada

Kerajaan -

Cukai dipotong atau

disifatkan telah

dipotong daripada

dividen yang

dibayar dalam

tempoh asas bagi

Tahun Taksiran

2011 oleh syarikat

yang TIDAK LAYAK

membuat potongan

cukai tersebut

Amaun dari Ruang (d) di Bahagian B dalam Borang ini.

Sesuatu syarikat TIDAK LAYAK untuk memotong cukai daripada mana-mana dividen

yang telah dibayar kepada pemegang syernya jika:-

(a) setakat 31 Disember 2007, baki 108 syarikat itu ialah sifar;

(b) setakat mana-mana tarikh dari 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2013, baki 108

atau baki 108 tersemak dikurangkan sehingga menjadi sifar menurut seksyen 47

Akta Kewangan 2007 (Akta 683); atau

(c) syarikat itu telah menggunakan opsyen yang tidak boleh dibatalkan di bawah

seksyen 50 Akta yang sama.

Di bawah peruntukan seksyen 108 yang berkuat kuasa mulai T/T 2008, sesebuah

syarikat juga TIDAK LAYAK memotong cukai daripada dividen satu peringkat (‘single

tier’) yang dibayar olehnya kepada pemegang syer kerana dividen tersebut dikecualikan

cukai.

Sesuatu dividen dianggap sebagai dividen satu peringkat sekiranya:-

dividen bukan dibayar secara tunai; dan / atau

berkenaan dengan pemegangan syer yang bukan pemegangan syer biasa misalnya

pemegangan syer keutamaan.

Jika sesuatu syarikat tidak layak memotong cukai daripada dividen tetapi mengeluarkan,

suatu sijil yang berupa sebagai menunjukkan bahawa suatu amaun cukai telah dipotong

daripada dividen yang dibayar kepada pemegang syernya, jumlah amaun cukai yang

telah dipotong atau disifatkan telah dipotong hendaklah menjadi amaun yang kena

dibayar dan amaun itu hendaklah dinaikkan dengan suatu amaun yang tidak melebihi

amaun yang kena

dibayar.

Amaun yang kena dibayar dan kenaikan atas amaun yang kena dibayar itu adalah

hutang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan hendaklah dibayar

dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah apabila rekuisisi bertulis disampaikan

kepada syarikat itu.

BAHAGIAN B:

PENYATA DIVIDEN YANG DIBAYAR

DALAM TEMPOH ASAS BAGI TAHUN TAKSIRAN 2011

Syarikat dikehendaki menyenaraikan maklumat berkenaan dividen yang dibayar olehnya dalam tempoh asas bagi T/T 2011 di

Bahagian ini. Dividen satu peringkat (‘single tier’) tidak perlu dilaporkan di Bahagian ini.

AKUAN

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pemegang jawatan dalam syarikat selaras dengan peruntukan ACP 1967. Penyata yang

tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada syarikat berkenaan. Penalti akan dikenakan

jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula penyata tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!