21.04.2015 Views

STRATEGI KEHIDUPAN DAN PEKERJAAN MASYARAKAT ... - FSS

STRATEGI KEHIDUPAN DAN PEKERJAAN MASYARAKAT ... - FSS

STRATEGI KEHIDUPAN DAN PEKERJAAN MASYARAKAT ... - FSS

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

STRATEGI KEHIDUPAN DAN PEKERJAAN MASYARAKAT

MELAYU PESISIR SARAWAK[1]

Mohamad Suhaidi Salleh

Fakulti Sains Sosial

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Pengenalan

Masyarakat luar bandar sering dikaitkan dengan kemunduran, kesusahan dan kemiskinan. Malahan,

konotasi „luar bandar‟ itu sendiri membawa tanggapan yang negatif. Ditambah lagi dengan

kemunculan „bandar‟ yang mencerminkan ciri yang berlawanan dengan luar bandar, segmentasi ini

membawa kepada luasnya jurang pembangunan antara dua sektor tersebut. Kajian berhubung dengan

komuniti pesisir di Malaysia telah banyak dilakukan. Firth (1966), Ishak Shaari (1990), Wan Hashim

(1978), misalnya telah memberikan ruang yang begitu luas untuk menerangkan bentuk kehidupan

masyarakat ini. Dalam konteks Sarawak pula, kewujudan kumpulan bandar dan luar bandar ini tidak

dapat disangkal, ditambah lagi dengan keadaan geografinya yang luas.

Dua kumpulan masyarakat Melayu telah dikaji sekitar tahun 1950an oleh dua kumpulan penyelidik

yang berbeza. Kajian masyarakat melayu pesisir (yang diungkapkan sebagai mewakili kumpulan „luar

bandar‟) telah dibuat oleh Tom Harrisson (1970), manakala Ahmad Zainal Abidin dan Abdullah

Salleh (2002) pula menyoroti perkembangan masyarakat melayu pinggiran bandar di Kuching.

Sekitar penghujung tahun 1940an, Tom Harisson telah menjalankan satu tinjauan kajian sosio-ekologi

ke atas masyarakat Melayu Sarawak. Tulisan Harrisson ini sebenarnya membuka banyak ruang untuk

kajian lanjut berhubung dengan kehidupan orang Melayu Sarawak selepasnya. Secara ringkas, hasil

tinjauan yang dikemukakan oleh Harrisson (1970:79) menunjukkan bahawa 42% penduduk yang

mendiami kawasan pesisir Sarawak[2] terlibat secara langusng dengan aktiviti akuatik. Peratusan ini

akan meningkat kepada 46% sekiranya melibatkan aktiviti yang secara tidak langsung berkaitan

dengan aktiviti akuatik seperti membaikpulih peralatan menangkap ikan seperti bot dan pukat. Hanya

34% sahaja pekerjaan orang melayu ini yang tergolong dalam kategori daratan (pertanian sara hidup

jangka pendek, menoreh getah, padi dan termasuk juga aktiviti berpaya).

Selebihnya dianggap sebagai masa santai dan rehat bagi nelayan pesisir ini, yakni sebanyak 20%.

Selain dari Tom Harrisson, perbincangan ini juga cuba menyentuh sedikit kajian yang telah di

lakukan oleh Ahmad Zainal Abidin dan Abdullah Salleh. Kajian yang dibuat oleh Ahmad Zainal

Abidin dan Abdullah Salleh ini dilakukan pada awal tahun 1950an. Tinjauan sosio-ekonomi yang

dibuat oleh mereka ini merangkumi 13 buah perkampungan[3] orang Melayu Sarawak yang terdapat

di sepanjang Sungai Sarawak. Apa yang menarik tentang kajian ini adalah penemuan mereka pada

masa tersebut, dan dikontraskan dengan kajian yang dibuat oleh Harrisson pada tahun 1940an.

Perkampungan ini dianggap sebagai perkampungan Melayu bandaran (dalam konteks Sarawak) kerana

perkampungan ini hanya bersebelahan dengan Bandar Kuching, dipisahkan oleh Sungai Sarawak.

Seperti yang telah diperjelaskan oleh Ahmad Zainal Abidin dan Abdullah Salleh, dalam konteks

pekerjaan masyarakat ini, beliau telah mengidentifikasikan pekerjaan mereka dalam satu struktur

pekerjaan berupah dan tidak berupah. Dari hasil kajian mereka, majoriti penduduk yang mendiami

kawasan tebingan Sungai Sarawak ini bekerja sebagai buruh selain menjadi kakitangan kerajaan.

Satu penemuan menarik yang boleh diangkat dari dua kajian terdahulu ini adalah jenis pekerjaan yang

dilakukan oleh kelompok ini. Tom Harrisson (1970) telah mengungkapkan bahawa pekerjaan utama

penduduk pesisir adalah „nelayan dan pekerjaan yang bertunjangkan laut, bersifat akuatik‟, manakala

Ahmad Zainal dan Abdullah Salleh (2002) menjumpai bahawa „sektor upah-buruh merupakan pilihan

popular di kalangan orang Melayu pinggir bandar‟. Dalam konteks pekerjaan, dua kumpulan komuniti

yang berbeza ini telah mencorakkan strata dan stratgei kehidupan mereka. Bertitik tolak dari dua

perbandingan ini, kajian ini cuba menyoroti perkembangan kumpulan pesisir dengan melihat

perkembangan dan perubahan pekerjaan yang berlaku dalam masyarakat ini sendiri.

Salah satu andaian yang kuat dalam menggerakkan perubahan masyarakat dan kumpulan ini adalah

kuasa pasar dan peranan negara. Kuasa pasar bukan hanya terbatas kepada nilai ringgit dan sen, tetapi

lebih dari itu. Manakala peranan negara pula tidak hanya terhad dalam pemerintahan yang nyata, tetapi

turut sama diwakili oleh pelbagai alat pembangunan termasuklah agensi dan peluang pekerjaan yang

dibuka oleh firma dan kilang-kilang yang terbit daripada pembentukan polisi pembangunan.

Dalam gerak kuasa pasar yang semakin hebat, memang benar bahawa pekerjaan merupakan salah satu

mangkin yang penting untuk membawa kumpulan tersebut ke satu tahap kehidupan yang lebih baik.

Sektor kerja luar bandar, seperti yang diwakilkan oleh kumpulan pesisir sering diselubungi

„kemiskinan, terpinggir, ekonomi tradisional‟, manakala sektor bandar pula mencerminkan satu

refleksi yang berbeza seperti jaringan upah-buruh, kesenangan dan ekonomi moden‟. Sehubungan itu,

kertas kerja ini akan memberikan satu gambaran secara deskriptif berhubung dengan penemuan kajian

terbaru dengan tumpuan kepada pola pekerjaan sebagai fokus perbincangan.

Strategi Kehidupan dan Pekerjaan

Kerangka strategi kehidupan dan pekerjaan yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada satu

pengukuran untuk melihat bagaimana penduduk luar bandar meneruskan kehidupan dengan merangka

pelbagai portfolio pekerjaan. Dengan kata lain, aspek penting dalam melihat perkembangan khusus

adalah memfokus kepada stratgei sara hidup masyarakat ini.

Kerangka sara hidup, telah menjadi sebagai satu kaedah yang telah digunakan untuk melihat

perkembangan masyarakat luar bandar, terutamanya negara yang sedang dan kurang membangun.

Kebergunaan pendekatan ini adalah disebabkan andaian bahawa ekonomi pekerjaan negara-negara

tersebut yang lebih bersifat dualistik. Sektor bandar memperlihatkan masyarakat yang moden,

manakala pada sektor luar bandar pula mengamalkan pola pekerjaan yang berbentuk tradisional.

Justeru itu, „kepelbagaian sara hidup‟ menurut Frank Ellis (1998) sebagai merujuk kepada „satu proses

yang mana keluarga luar bandar membina pelbagai potfolio aktiviti dan kemampuan sokongan sosial

dalam perjuangan mereka untuk terus hidup dan pada masa yang sama bertujuan untuk meningkatkan

taraf hidup‟. Kepelbagaian ini telah memberikan banyak ruang kepada masyarakat luar bandar untuk

terus hidup dalam persekitaran yang sering berubah selain tekanan yang hebat dari kuasa pasaran.

Tumpuan utama dalam kerangka kepelbagaian sara hidup seringkali melihat :-

1. pelbagai potfolio aktiviti yang merujuk kepada pelbagai jenis bentuk pekerjaan oleh seorang

yang sama

2. kemampuan sokongan sosial dalam perjuangan – melibatkan pelbagai sokongan;

3. untuk terus hidup (survival) dan meningkatkan taraf hidup ( sama ada dalam bentuk yang

vertical atau horizontal)

Sara hidup tidak hanya terhad kepada pendapatan tunai semata-mata, tetapi turut sama mengambil kira

pendapatan yang mempunyai nilai „ekonomi‟. Ellis (1998) mengatakan bahawa pendapatan boleh

dibahagikan kepada dua yang utama, tunai dan bukan berbentuk tunai. Beliau mendakwa bahawa

pendapatan dalam konteks sara hidup melibatkan pendapatan tunai yang diterima oleh isirumah

termasuk pelbagai bayaran yang diterima (tidak langsung) yang mempunyai harga pasaran. Sebagai

contoh, komponen pendapatan tunai ini termasuklah tanaman atau ternakan, upah, sewaan (pajakan)

dan pendapatan berupah. Manakala pendapatan tidak langsung (in-kind) merujuk kepada penggunaan

hasil tanaman untuk diri sendiri, makanan, pemindahan atau pertukaran bahan kepenggunaan yang

wujud di antara isirumah dengan isirumah dalam komuniti tersebut.

Menurut beliau lagi, institusi sosial (sanak-saudara, famili, persekitaran, kampung), hubungan gender

dan hak ke atas harta diperlukan untuk menyokong dan mengekalkan taraf hidup juga termasuk dalam

kategori sebagai sara hidup. Jaringan sosial dan persanakan merupakan elemen penting untuk

mengekalkan pelbagai sumber pendapatan. Beliau memberi contoh, perbezaan dalam mengakses tanah

merupakan sebagai kunci utama untuk membandingkan taraf miskin dan kumpulan yang lebih baik

bagi isirumah luar bandar.

Komponen ketiga yang dikemukakan oleh Ellis (1998) berkaitan dengan sara hidup adalah

kemampuan untuk dan mendapat faedah daripada perkhidmatan sosial dan perkhidmatan awam yang

disediakan oleh negara seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, jalanraya, air dan perkara asas

yang lain. Ini jelas dapat dilihat di hampir setiap kawasan kajian yang mempunyai sekolah, jaringan

jalan raya, bekalan air, kecuali di beberapa tempat, yang disediakan oleh state telah digunakan oleh

orang kampung untuk meneruskan kehidupan mereka.

Dalam konteks stratgei kehidupan dan pekerjaan, Ellis (1998) juga mendakwa bahawa semua isirumah

luar bandar berhadapan dengan musim sebagai ciri perwarisan sara hidup mereka terutama bagi

isirumah yang terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penerimaan upah dari aktiviti perladangan dan

bukan-perladangan. Dalam konteks kajian pula, kebanyakan responden dilihat menjalankan aktiviti

kelautan sebagai pekerjaan utama di samping aktiviti ekonomi darat sebagai sokongan. Oleh itu,

tulisan ini pada peringkat ini penyelidik bersetuju dengan kerangka Ellis (1998) bahawa semua bentuk

pekerjaan dan perkhidmatan serta sokongan sosial merupakan elemen yang saling bergantungan

sebagai sarahidup masyarakat luar bandar.

Metodologi dan Sampel

Sejumlah 800 ketua isi rumah, wanita dan belia daripada 14 buah perkampungan pesisir Sarawak telah

ditemubual bagi mendapatkan respon sepanjang tempoh April hingga Julai 2003. Pecahan 14 buah

kampung di sepanjang pesisir barat daya Sarawak adalah seperti di Lampiran I yang disertakan. Satu

set soalselidik telah digunakan untuk tujuan pemungutan data primer melalui beberapa sub-topik yang

telah ditentukan bagi tujuan melengkapkan data. Pecahan tersebut antara lain mengambil kira struktur

demografi, pekerjaan, aspek politik dan pembangunan kampung. Selain sokongan hasil data tersebut,

beberapa siri temubual berstruktur telah dilakukan untuk mendapatkan dinamisme data dan

penyelidikan. Responden telah dipilih berdasarkan beberapa kategori yang telah dikenalpasti oleh

kumpulan penyelidik. Selain Penghulu, Ketua kaum, ketua isi rumah, wanita dan belia telah

ditemubual untuk mendapatkan penghuraian kualitatif berhubung dengan beberapa tumpuan kajian.

Bagi tujuan melihat pola pekerjaan, langkau umur yang dianggap boleh bekerja adalah di antara 16

tahun hingga 65 tahun. Dalam kajian ini juga, responden dikehendaki mengisi hampir kesemua isi

rumah yang tinggal bersama mereka. Justeru itu, dalam melihat penganalisaan ini, golongan isi rumah

yang berumur 15 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas dikategorikan sebagai di luar tenaga buruh

seperti yang ditunjukkan oleh Jadual I di bawah.

Jadual 1: Umur Responden

Umur responden Bil Respon %

tidak diisi 11 1.4

16-20 24 3.0

21-25 37 4.6

26-30 75 9.4

31-35 106 13.3

36-40 89 11.1

41-45 117 14.6

46-50 101 12.6

51-55 89 11.1

56 dan ke atas 146 18.3

15 dan ke bawah 5 .6

Jumlah 800 100.0

Sumber : Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Berdasarkan respon daripada sampel, beberapa penemuan umum telah didapati. Hasil kajian

memberikan satu gambaran yang menarik berhubung dengan strategi kehidupan masyarakat pesisir.

Tiga jadual yang dikemukakan di bawah memberikan satu gambaran yang menarik tentang pekerjaan

dan status guna tenaga masyarakat luar bandar ini. Jelasnya, Jadual 2 menunjukkan status guna tenaga

penduduk, Jadual 3 pula memperlihat pekerjaan utama responden dan Jadual 5 pula merupakan

taburan pekerjaan sampingan yang dilakukan oleh responden.

Jadual 2: Status Gunatenaga Penduduk Pesisir Sarawak

Status Gunatenaga Bil respon %

Bekerja tetap 352 44.0

Bekerja sementara 142 17.8

Suri rumah[4] 148 18.5

Menganggur[5] 90 11.3

Pelajar (15 thn ke atas) di luar tenaga buruh 4 .5

(berumur di bawah 15 thn dan > 65 thn) 40 5.0

Pesara 3 .4

Tidak bekerja 21 2.6

Jumlah 800 100.0

Sumber: Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Jadual 3: Pekerjaan Utama Responden

Pekerjaan Bil respon %

Nelayan 287 35.9

Buruh am 94 11.8

Peniaga runcit, pekedai dan penjaja 46 5.8

Pekerja kilang Lain 39 4.9

Petani/penternak 34 4.3

Pegawai tadbir 32 4.0

Guru/ustaz 26 3.3

Perkeranian 26 3.3

Pemandu kenderaan 26 3.3

Pekerja perkhidmatan 16 2.0

Juruteknik 11 1.4

Pekerja hotel/resort 10 1.3

Askar dan polis 9 1.1

Pekerjaan binaan 8 1.0

Pekerja kilang industri asas kayu 7 .9

Pekerja kilang elektronik 4 .5

Pekerja bot/penambang 2 .3

Ahli propessional 1 .1

Tidak bekerja 69 8.6

Lain-lain 53 6.6

Jumlah 800 100.0

Sumber: Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Jadual 4: Jumlah Pendapatan Penduduk

Jumlah Pendapatan Penduduk Sebulan Bil respon %

Tiada 48 6.0

100 dan ke bawah 3 .4

101-500 210 26.3

501-1000 273 34.1

1001-1500 121 15.1

1501-2000 49 6.1

2000 dan ke atas 96 12.0

Jumlah 800 100.0

Sumber: Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Jadual 5: Pekerjaan Sampingan

Pekerjaan Bil respon %

Nelayan 62 7.8

Petani/penternak 17 2.1

Buruh am 8 1.0

Pekerjaan binaan 7 0.9

Pekerja kilang Lain 5 0.6

Pekerja perkhidmatan 4 0.5

Peniaga runcit, pekedai dan penjaja 3 0.4

Pekerja hotel/resort 3 0.4

Pekerja bot/penambang 2 0.3

Lain-lain 19 2.4

Tidak pekerjaan sampingan 670 83.8

Jumlah 800 100.0

Sumber: Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Guna Tenaga Penduduk

Berhubung dengan status guna tenaga responden (Jadual 2), 61.8% tenaga dimaksimakan untuk

melakukan pekerjaan, dan jika mengambil kira suri rumah juga sebagai satu pekerjaan yang

dikategorikan sebagai gunatenaga buruh efektif, maka hampir 81% tenaga kerja digunakan sepenuh di

kawasan pesisir ini. Status guna tenaga yang digunakan bukanlah satus gunatenaga seperti ukuran

dalam penilaian ekonomi komersial. Namun petunjuk ini memberikan satu imperatif bahawa

penduduk luar bandar di kawasan ini mempergunakan tenaga sama ada dalam pekerjaan yang

berasaskan upah ataupun tidak.

Perkara ini seterusnya menggambarkan bahawa mereka mempunyai pekerjaan dan telah cuba

mengoptimakan segala peluang untuk melakukan pekerjaan.

Berdasarkan maklum balas yang ke atas status gunatenaga responden, 44% mempunyai pekerjaan

yang tetap, manakala 17.8% pula bekerja sementara. 11.3% pula tidak mempunyai pekerjaan

(menganggur) dan hanya 2.6% tidak bekerja. Status gunatenaga di sini nerujuk kepada satu sektor

pekerjaan yang bersifat formal dan semi-formal. Rujuk Jadual Status gunatenaga. Ini memandangkan

berdasarkan jawapan responden di bahagian pekerjaan sebanyak 91.4% menganggap diri mereka

bekerja. Rujuk jadual Pekerjaan Utama.

Secara keseluruhan, sebanyak 91.6% dari keseluruhan sampel yang ditemubual adalah bekerja. Hanya

69 orang atau 8.6% tidak mempunyai pekerjaan ataupun telah bersara. Pekerjaan dalam konteks kajian

meliputi segala bentuk kerja yang dilakukan oleh perorangan tanpa melihat sama ada ia melibatkan

satu bentuk kerja yang formal atau tidak. Pekerjaan yang diidentifikasi dalam kajian ini adalah seperti

yang telah dinyatakan dalam 9.0.4 di atas.

Hampir separuh atau 44.6% daripada sampel yang ditemusoal menganggap bahawa mereka bekerja

sendiri. Manakala hanya 22% merasakan bahawa mereka dibayar upah untuk bekerja. Dengan

merujuk kepada Jadual 2 yang telah dikemukakan, menerbitkan persoalan apakah penggunaan tenaga

kerja yang penuh turut berlaku seperti mana yang terhasil di bandar. Hasil kajian menunjukkan

bahawa di kawasan pesisir ini „guna tenaga tidak penuh‟ (Nik Hashim Nik Musthapa, 1996) wujud

dengan begitu meluas.

Guna tenaga tidak penuh merupakan keadaan mereka yang bekerja kurang dari masa maksimum yang

sepatutnya dilakukan oleh seseorang pekerja (Nik Hashim Nik Mustapha, 1996:45). Malahan

fenomenana ini sering berlaku dalam sektor ekonomi pertanian luar bandar. Keadaan ini diperhebatkan

lagi oleh kegiatan ekonomi bermusim, yang sering kali mendominasi kegiatan ekonomi luar bandar.

Misalnya, tenaga buruh yang maksimum hanya digunakan dalam masa kemuncak, jika merujuk

kepada pertanian padi, sewaktu menuai dan menanam, tetapi tidak pada masa lain. Nik Hashim juga

mengatakan bahawa „kegiatan sampingan yang dilakukan dengan tidak sepenuh masa juga dianggap

sebagai guna tenaga tidak penuh‟.

Seterusnya beliau menekan bahawa guna tenaga tidak penuh berlaku di sektor pertanian kerana petani

tidak diuruskan dengan baik. Kedaan ini digambarkan oleh beliau seperti penoreh yang tidak dapat

mengusahakan pokok getah kerana hujan dan nelayan yang tidak ke laut kerana cuaca buruk

(1996:45). Memang jelas, kebanyakkan reponden yang ditemubual menyatakan bahawa mereka tidak

bekerja sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

Tambah menarik lagi, berdasarkan dapatan kajian memperlihatkan keadaan responden yang

merasakan diri mereka „menanggur‟. Keadaan ini sejalan dengan pandangan Nik Hashim (1996:45)

yang mengatakan bahawa „guna tenaga tidak penuh dan pengangguran tersembunyi didapati berleluasa

dalam sektor luar bandar khususnya pertanian‟. Sekali lagi pengangguran ini terjadi disebabkan oleh

„keadaan kegiatan pertanian yang bermusim‟. Hal ini jelas berlaku di kalangan orang melayu pesisir

yang begitu bergantung dengan persekitaran mereka untuk mendapatkan hasil dan sara hidup.

Jadual 3 pula memperlihatkan bahawa lebih 90% penduduk di luar bandar bekerja dalam pelbagai

sektor. Walaupun sektor yang diceburi tidak mencerminkan kapasiti sebenar pendapatan penduduk

yang seterusnya memberikan satu implikasi pembentukan kelas masyarakat, tetapi hasil yang jelas

menggambarkan bahawa pekerjaan yang berasaskan „kemahiran sendiri‟ lebih banyak dilakukan

dibandingkan dengan pekerjaan yang memerlukan asas ketrampilan yang tinggi.

Petunjuk juga jelas mengatakan bahawa hampir 36% penduduk di kawasan kajian menjadi nelayan

dan bergantung kehidupan kepada laut. Dua perkara pokok yang boleh diutarakan, pertama

persekitaran yang dilingkungi oleh laut, dan kedua nelayan merupakan pekerjaan tradisional dan turun

temurun. Selain itu, pekerjaan upah-buruh menduduki tempat kedua dalam keutamaan pekerjaan

penduduk di sini. Pekerjaan ini merupakan satu proses evolusi pekerjaan yang tercetus hasil daripada

pemodenan kawasan dan pengembangan kota ke desa. Sektor buruh menjadi penting kerana

terdapatnya peluang kepada pendudk untuk mempergunakan kemahiran mereka (tukang) dalam sektor

tersebut.

Sektor yang baru dan memberi peluang kepada penduduk untuk menambah penghasilan adalah sektor

perkilangan. Sektor ini tidak wujud pada generasi pertama dan kedua keluarga responden. Sektor

perkilangan yang menyumbang kepada 6.3% pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Tiga kilang

utama yang menyediakan pelbagai tahap kemahiran kepada penduduk adalah industri asas kayu,

kilang elektronik dan kilang hiliran (pembuatan). Kilang-kilang ini menyediakan pekerjaan kepada

penduduk kampung dan terletak dalam lingkungan radius 10 km. Selain adanya akses melalui

jalanraya, kilang-kilang ini sebenarnya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk yang

mempunyai kelulusan yang minimum.

Sehubungan itu, pecahan pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di kawasan pesisir adalah seperti

berikut :-

a. Pekerjaan Tanpa Upah/Upah/Untuk Kegunaan sendiri

i. Petani/penternak

ii.

iii.

Nelayan

Peniaga runcit/pekedai/penjaja

b. Pekerjaan Berupah (Perkilangan)

i. Pekerja Kilang Asas Kayu

ii.

iii.

Pekerja Kilang asas Elektronik

Pekerja Kilang lain

c. Pekerjaan Berupah (Pentadbiran/Perkhidmatan)

i. Guru/ustaz

ii.

iii.

iv.

Perkeranian

Askar dan Polis

Pegawai tadbir

v. Pekerja Hotel/resort

vi.

vii.

viii.

ix.

Ahli profesional

Pekerja perkhidmatan

Pemandu kenderaan

Pekerja bot/penambang

x. Juruteknik

d. Pekerjaan berupah (Perburuhan)

i. Buruh am

ii.

iii.

Pekerja binaan

Lain-lain

Manakala Jadual 5 pula memperlihatkan bahawa sebahagian penduduk luar bandar ini mempunyai

pekerjaan sampingan selain mempunyai pekerjaan utama. Walaupun jumlah penduduk yang

mempunyai pekerjaan sampingan dalam lingkungan 16% sahaja, namun apa yang menarik untuk di

pertunjukkan di sini ialah jenis atau sektor pekerjaan yang diceburi. Selain nelayan (7.8%), sektor

perburuhan termasuk pekerja binaan dan petani/penternak masing-masingnya menyumbang 1.9% dan

2.1% kerja sampingan kepada mereka. Sektor baru, seperti perkilangan, perhotelan dan perkhidmatan

turut sama memberi luang pekerjaan kedua kepada penduduk untuk meningkatkan taraf kehidupan

dengan diwakili oleh hampir 2%.

Berhubung dengan pendapatan penduduk, secara umumnya satu pertiga daripada keseluruhan

penduduk berada di bawah garis kemiskinan (dengan mengambilkira jumlah pendapatan RM500 ke

bawah sebagai kayu pengukur. Sekiranya garis kemiskinan negeri (Sarawak dalam lingkungan

RM600, mungkin jumlah ini akan meningkat). Apa yang jelas, walaupun telah menunjukkan sedikit

penurunan kepada kadar kemiskinan di luar bandar – melihat kepada jenis pekerjaan generasi pertama

dan kedua – namun angka ini masih besar dibandingkan dengan paras kemiskinan peringkat negeri

yang dikatakan cuma 6% sahaja penduduk yang masih di bawah paras kemiskinan.

Seterusnya dalam perbincangan ini juga cuba memperlihatkan perubahan-perubahan yang berlaku ke

atas sektor pekerjaan orang Melayu Sarawak semenjak merdeka hingga kini. Garis pengukur yang

digunakan untuk membuat satu deskripsi perubahan pekerjaan adalah dengan melihat maklum balas

responden berhubung dengan pekerjaan ayah dan datuk mereka. Bentuk pekerjaan Datuk dan Ayah

respenden ditunjukkan dalam Jadual 6a dan 6b di bawah.

Jadual 6a Pekerjaan Utama Datuk (Generasi I)

Pekerjaan Bil %

Nelayan 518 64.8

Petani/penternak 156 19.5

Lain-lain 11 1.4

Peniaga runcit, pekedai dan penjaja 7 .9

Buruh am 3 .4

Pekerja ladang 2 .3

Guru/ustaz 2 .3

Ahli professional 2 .3

Askar dan polis 1 .1

Pegawai tadbir 1 .1

Pengawal keselamatan 1 .1

Tidak diisi 96 12.0

Jumlah 800 100.0

Sumber : Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Jadual 6b Pekerjaan Utama Ayah Responden (Generasi II)

Pekerjaan Bil %

Nelayan 505 63.1

Petani/penternak 158 19.8

Peniaga runcit, pekedai dan penjaja 11 1.4

Buruh am 13 1.6

Guru/ustaz 8 1.0

Askar dan polis 7 .9

Pegawai tadbir 5 .6

Perkhidmatan 3 .4

Ahli professional 2 .3

Perkeranian 2 .3

Pekerja bot/penambang 2 .3

Pengawal keselamatan 1 .1

Juruteknik 1 .1

Pekerja binaan 1 .1

Pekerja Kilang 1 .1

Pekerja Ladang 0 0

Tidak diisi 61 7.6

Lain-lain 20 2.5

Jumlah 800 100.0

Sumber : Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Taburan data menunjukkan bahawa generasi pertama (Datuk) majoritinya adalah bekerja sebagai

nelayan (65%). Hal ini benar jika mengambil kira sewaktu kajian yang telah di buat oleh Tom

Harrisson (1970) yang mengatakan bahawa 42% penduduk di sepanjang pesisir Sarawak bekerja

dalam pekerjaan yang melibatkan akuatik. Walaupun terdapatnya penurunan (63%) dalam generasi

kedua, namun nelayan masih lagi menjadi pekerjaan yang dominan di kalangan masyarakat luar

bandar di Sarawak. Di satu sudut lain pula, terdapatnya pertumbuhan pekerjaan baru yang diceburi

oleh generasi kedua yang tidak terdapat pada generasi pertama. Peningkatan yang ketara berlaku

dalam sektor perburuhan daripada 0.4% kepada 1.6%. Walaupun jumlah ini kecil, tetapi ia mempunyai

signifikan yang amat besar kepada perkembangan penduduk di kawasan pesisir.

Jika dibandingkan pula dengan pekerjaan utama responden (Jadual 3), terdapat perubahan yang amat

ketara dalam pekerjaan tradisional terutamanya pekerjaan sebagai nelayan dan peningkatan yang jelas

di sektor perburuhan. Daripada 63% generasi kedua yang bekerja sebagai nelayan, angka ini jatuh

kepada 36% pada generasi ketiga yang lebih cenderung untuk memilih sektor. Seperti halnya yang

berlaku pada generasi kedua, pekerjaan baru yang tidak wujud pada generasi kedua juga menyumbang

kepada peluang pekerjaan generasi ketiga. Antara „pekerjaan baru‟ yang diceburi oleh generasi ketiga

adalah pekerjaan perhotelan, perkilangan selain peningkatan tenaga kerja dalam sektor jawatan

kerajaan (guru/ustaz/perkeranian/pegawai tadbir/askar/polis), yang amsing-masingnya 1.3% dan 16%.

Perubahan Sektor Pekerjaan Tradisional ke Sektor Pekerjaan Upah-Buruh

Salah satu penemuan penting dari kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat perubahan dalam tren

pekerjaan masyarakat luar banadar. Sektor upah-buruh menjadi semakin penting dalam tempoh lima

dekad yang lepas. Perubahan ini semakin ketara apabila terdapatnya sokongan negara kepada

pembaharuan sektor ekonomi pusat yang beranjak daripada pertanian kepada perindustrian.

Anjakan ini telah memberi implikasi yang besar kepada masyarakat pesisir itu sendiri. Hal ini semakin

jelas apabila respon daripada penduduk yang mengatakan bahawa terdapat perubahan yang ketara

yang telah berlaku ke atas struktur pekerjaan kampung. Jadual VI di bawah memperlihatkan persepsi

orang kampung berhubung dengan perubahan yang berlaku kepada kampung mereka.

Jadual 6 : Persepsi Perubahan Pekerjaan Dalam Tempoh 20-30 tahun

Jenis Perubahan Pekerjaan Bil Responden %

Masih seperti dulu 446 55.8

Dari pertanian ke perindustrian 100 12.5

Dari pertanian ke kerja bergaji 96 12.0

Pertanian ke perikanan 85 10.6

Perikanan ke pertanian 62 7.8

Tidak diisi 11 1.4

Jumlah 800 100.0

Sumber: Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Salah satu sektor yang menjadi keutamaan dalam kontek upah-buruh ialah bekerja sebagai buruh am.

Seperti yang dinyataka oleh Abdullah Salleh dan Zainal Abidin (2002) ke atas kajian melayu pinggir

bandar, sektor upah-buruh menjadi semakin menyerlah. Boleh diandaikan dua perkara yang

menyumbang jkepada perubahan tren ini.

1. Gerak kuasa pasaran. Gerak kuasa pasaran telah melangkaui garis bandar dan luar bandar.

Sehubungan itu, gerak kuasa tidak terbatas ini telah mempengaruhi masyarakat dan membawa „nilai

ekonomi‟ dalam aktiviti sara hidup masyarakat luar bandar. Walaupun gerak kuasa ini tidak begitu

jelas, tetapi ini telah terjelma dengan peri pentingnya kuasa membeli dan mengguna di kalangan

penduduk luar bandar.

2. Peranan yang dimainkan oleh negara. Negara telah membawa beberapa perubahan yang

penting kepada aspek struktural masyarakat. Anjakan daripada pertanian kepada perindustrian telah

membuka ruang yang banyak kepada sektor buruh-upah untuk berkembang di peringkat luar bandar.

Hasilnya, walaupun rata-rata penduduk tidak mempunyai kelulusan yang sesuai dalam persekitaran

industri yang lebih maju, tetapi sektor asas seperti pembinaan dan ketukangan memberi ruang.

Seterusnya, penduduk pula percaya bahawa perubahan yang berlaku ke atas pola pekerjaan di kawasan

mereka disebabkan oleh bebrapa faktor yang penting. Maklum balas dalam Jadual 7 di bawah

menunjukkan perkara tersebut.

Jadual 8: Faktor Utama Menyumbang Kepada Perubahan Kampung

Faktor Penyumbang Perubahan Bil respon %

Bantuan kerajaan 302 37.8

Jalan raya 192 24.0

Projek bersepadu 97 12.1

Pinjaman/subsidi Kerajaan 26 3.3

Perpindahan penduduk 24 3.0

Pendidikan 13 1.6

Tidak diisi 146 18.3

Jumlah 800 100.0

Sumber: Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Bantuan kerajaan dan faktor jalanraya dianggap oleh penduduk sebagai penyumbang besar kepada

perubahan yang berlaku kepada kampung mereka. Memang jelas, bantuan kerajaan yang penting –

dalam hal ini bantuan seperti bekalan elektrik, air bersih dan perkhidmatan sosial – telah membawa

kemapung-kampung tersebut keluar dari belenggu kemunduran. Begitu juga halnya dengan jaringan

jalan raya yang telah menghubungkan kampung dengan bandar yang memudahkan mereka membawa

keluar barangan untuk dikomersialkan.

Pekerjaan

Hasil kajian mendapati bahawa 35.9% orang pertama di kawasan kajian melakukan kerja sebagai

nelayan atau yang melibatkan aktiviti kelautan (dalam terma Harrisson dikatakan bersifat „akuatik‟).

Ini menunjukkan bahawa kawasan penempatan amat mempengaruhi aktiviti sara hidup mereka. Ini

turut sama memberi implikasi bahawa masyarakat melayu pesisir melakukan aktiviti pekerjaan amat

bergantung dengan aktiviti di laut, terutamanya perikanan. Selain itu, mereka juga ada di kalangan

mereka menjadi penternak/petani dan menjalankan aktiviti perniagaan (peniaga runcit, pekedai dan

penjaja) yang diwakili oleh 4.3% dan 5.8%% masing-masingnya.

Namun begitu, aktiviti perikanan yang dijalakan oleh penduduk di sepanjang kawasan kajian tidak

melakukan aktiviti perikanan yang berskala besar. Daripada keseluruhan orang pertama yang

ditemusoal, penyumbang terbesar kepada sarahidup keluarga selain nelayan adalah bekerja sebagai

buruh am, iaitu 11.8%, manakala 1% pula bekerja sebagai pekerjaan binaan. Sektor-sektor lain pula,

ketua rumah yang bekerja sebagai pendidik, perkeranian dan pemandu kenderaan masing-masingnya

3.3%, askar dan polis pula 1.1%, pegawai tadbir (4.0%), juru teknik (1.4%), perhotelan (1.3%) dan

ahli professional serta pekerja bot dan penambang tidak mencecah 1%.

Responden yang bekerja di sektor awam mewakili 20.2%, manakala yang terlibat dalam sektor swasta

pula sebanyak 18.3%. Selain itu majoriti responden (41.5%) mengkategorikan diri mereka sebagai

bekerja sendiri. Namun begitu, di samping mempunyai pekerjaan utama, ada juga di kalangan

responden juga melakukan kerja sampingan. Jumlah mereka yang mempunyai pekerjaan sampingan

selain pekerjaan yang utama diwakili oleh 16.2% sahaja yang meliputi pekerjaan seperti

petani/penternak; nelayan, buruh am dan pekerja di hotel.

Berdasarkan kepada analisa awal, secara umum didapati bahawa terdapat perubahan yang begitu

ketara dalam struktur pekerjaan masyarakat Melayu pesisir Sarawak walaupun dalam perkadaran yang

kecil. Masih ramai di kalangan penduduk yang mendiami kawasan pesisir pantai ini bergantung

dengan laut sebagai punca utama sumber pendapatan. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh

sekurang-kurangnya dua perkara utama yang mempengaruhi pola pekerjaan itu sendiri. Pertama,

golongan tua di sepanjang pesisir Sarawak ini merasakan bahawa peluang untuk mencari pekerjaan

yang “lebih baik” di luar kawasan adalah sesuatu yang sudah terlambat, kerana faktor usia. Rata-rata

penduduk pesisir di sini mempunyai tahap pendidikan yang rendah (Rujuk Jadual 9 di bawah).

Tambahan pula bagi golongan muda pula, tidak ramai yang mendapat pendidikan tinggi atau

menengah atas yang memungkinkan mereka mencari sumber yang lebih baik di kota dan kawasan

perindustrian, selain bekerja di sektor kerajaan dengan gaji yang lebih baik. Sokongan modal sosial

yang rendah ini telah menyebabkan mereka masih lagi menceburi Selain itu, faktor usia turut sama

memberi sumbangan besar ke atas pengekalan pekerjaan utama sebagai “peredah laut”.

Jadual 9: Taraf Pendidikan Responden

Taraf Pendidikan Responden Bil respon %

Tiada pendidikan 146 18.3

Sek rendah 339 42.4

Sek men rendah 59 7.4

LCE/SRP/PMR 110 13.8

MCE/SPVM/SPM 122 15.3

STPM 11 1.4

Diploma 8 1.0

Ijazah 3 .4

Sek agama 2 .3

Jumlah 800 100.0

Sumber: Kajian Perluasan Pasaran Pesisir Sarawak 2003.

Mempunyai Lebih dari Satu Pekerjaan.

Satu jumpaan yang menarik menunjukkan bahawa kebanyakkan orang Melayu pesisir mempunyai

lebih dari satu pekerjaan. Di samping mempunyai pekerjaan utama, seseorang itu berkemungkinan

mempunyai pekerjaan sampingan, dan dalam sesetengah kes pula, lebih dari itu. Mempunyai lebih dari

satu jenis kerja merupakan satu cara atau teknik penerusan kehidupan masyarakat Melayu pesisir.

Mereka mempunyai dua sumber utama untuk mencari sumber kehidupan, iaitu laut dan darat.

Memandangkan mereka amat dipengaruhi oleh surut pasang, landas dan teduh musim, maka orang

Melayu terpaksa mempelbagaikan aktiviti sara hidup mereka. Menurut seorang responden[6]

“... kadang-kadang kamek turun ke laut, kadang-kadang kerja ke darat, naggar masa musim boleh di

laut kamek kerja laut, sik ada, musim sik ada oleh kerja laut, kerja di darat.”

[... kadang-kadang saya turun ke laut, kadang-kadang kerja di darat, jika musim di laut mendatangkan

hasil, kerja di laut, jika tiada, saya membuat kerja di darat]

Hal ini tidak hanya melibatkan mereka yang bekerja sebagai nelayan atau penangkap ikan sematamata,

malah ia turut melibatkan mereka yang bekerja di sektor yang berpendapatan tetap, yang

mempunyai skala gaji yang rendah.

Faktor Penyumbang kepada Perubahan Kampung

Rata-rata penduduk beranggapan bahawa bantuan kerajaan merupakan elemen yang paling penting

dalam menggerakkan perubahan struktural kampung. Mungkin ada benarnya jika melihat kepada

perkampungan di pesisir Sarawak ini. Hampir kesemua perkampungan yang dikaji boleh diakses

melalui jalan darat (kecuali Telok Melano, Serabang dan Pulau Salak). Apa yang boleh dikatakan

dalam hal ini, penduduk masih melihat bahawa kerajaan merupakan instutusi yang paling penting

sebagai mangkin pembangunan. Sehubungan itu, pergantungan kepada sumber bantuan ini telah

menjadikan kumpulan ini sentiasa melihat bahawa motivasi yang kuat untuk membangun datangnya

dari kerajaan. Dalam kontek perluasan pasaran, negara telah memainkan peranan yang penting di sini.

Oleh itu, memang jelas dalam tempoh selepas merdeka, peranan yang dimainkan amat besar. Proses

pergantungan kepada kerajaan ini merupakan minda melayu pesisir yang perlu diubah untuk

menyemarakan lagi perkembangan dan pembangunan masyarakat. Isu penting yang perlu ditekankan

adalah untuk memberikan kesedaran bahawa pendidikan merupakan elemen yang penting di samping

sumbangan dan bantuan daripada kerajaan.

Sehubungan itu kerajaan haruslah memainkan peranan yang lebih proaktif dalam mempertingkatkan

kehidupan masyarakat. Jaringan infrastruktur terutamanya jaringan komunikasi fizikal (jalan raya)

yang tersebar secara meluas hampir ke setiap perkampungan (kecuali Telok Melano/Serabang) telah

menyumbang sedikit sebanyak ke atas struktur pekerjaan terutamanya yang membolahkan penduduk

mengakses ke bandar besar. Keadaan ini telah secara perlahan membuatkan pola pekerjaan semakin

pelbagai dan membuka kepada peluang pekerjaan yang baru kepada penduduk, terutama golongan

muda. Namun, menyediakan jalan raya dan bantuan sahaja tidak memadai, sebab dalam masa yang

sama penekanan kepada peranan pendidikan dan ketrampilan intelek penduduk diabaikan.

Pembentukan Kelas Pekerja

Walaupun tidak disentuh dengan meluas, namun terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa

golongan melayu pesisir telah mula membentuk kelas pekerja yang berupah seperti yang ditunjukkan

oleh Ahmad Zainal Abidin dan Abdullah Salleh (2002) di kalangan orang Melayu Kuching.

Pembentukan kelas pekerja ini terjelma apabila makin ramai, terutamanya generasi ketiga menceburi

menjadi pekerja industri. Bidang ini bukanlah suatu yang baru, kerana telah ada di kalangan orang

melayu telah bekerja di kilang bauksit Sematan (Harrisson, 1970) sebelum ini. Namun jumlahnya

begitu kecil jika dibandingkan dengan penduduk yang memilih pertanian dan nelayan sebagai mata

pencarian utama. Petunjuk yang diperolehi memberikan gambaran bahawa pembentukan kelas ini

semakin meningkat kerana terdapatnya pengaruh upah dan nilai ekonomi ke atas pekerjaan tersebut.

Justeru itu, peningkatan ketara ini perlu diambil perhatian untuk merancang dan mempelbagaikan

proses pembangunan sejajar dengan pembentukan pola masyarakat ini.

Implikasi dan Saranan

Kajian mengenai masyarakat luar bandar dan kumpulan pesisir yang terpinggir khasnya, merupakan

satu kajian yang amat penting bagi melihat tahap kehidupan dengan proses pembangunan negara agar

kedua-duanya seimbang. Kajian yang bertujuan melihat perbandingan masyarakat pesisir ini diharap

dapat membantu badan berautoriti untuk menyediakan satu ruang yang lebih terancang khusus bagi

memimpin dan membantu kumpulan ini bergerak sejajar dengan pembangunan dan aspirasi negara.

Sehubungan itu, saranan yang boleh dikemukakan kepada peningkatan tahap kehidupan dan

seterusnya menganjak masyarakat luar bandar keluar dari kepompong kemiskinan, antaranya ;

1. Menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar di samping

memperluaskan bidang teknikal dan vokasional kepada generasi ketiga. Peluang pekerjaan yang

diwujudkan hendaklah mengambilkira kepentingan dan aspirasi kerajaan. Peluang ini boleh diadakan

melalui skim pertanian bersepadu dan skim nelayan kelompok.

2. Menerbitkan semula satu model pembangunan ekonomi luar bandar yang bersandarkan kepada

semangat Dasar Ekonomi Baru yang memfokus kepada pembangunan luar bandar tanpa mengira garis

etnik. Model pembangunan ini perlulah mengambil kira dua aspek penting, modal ekonomi dan modal

sosial penduduk luar bandar. Tindakan afirmatif yang berfokus kepada kumpulan sasar, terutamanya

generasi ketiga dan keempat yang masih berada di bawah garis kemiskinan.

3. Menyediakan satu dana untuk pembangunan luar bandar yang lebih praktikal – ditaturuskan

oleh sebuah agensi yang secara langsung menyalurkan bantuan melalui pertubuhan yang dipusatkan,

misalnya Pertubuhan Nelayan Kawasan. Dana ini akan digunakan bagi meningkatkan modal sosial

penduduk dalam aspek meningkatkan kemahiran bergantung kepada sektor asas yang mendoninasikan

satu-satu kawasan.

4. Disarankan agar diwujudkan satu pangkalan data bagi setiap daerah (yang mempunyai

berhubung pekerjaan penduduk luar bandar bagi setiap tempoh lima tahun untuk membuat unjuran

kapasiti tenaga buruh yang sesuai dengan permintaan pasaran.

Penghargaan

Penghargaan ditujukan kepada UNIMAS dan Institut Kajian Asia Timur kerana telah membiayai

Kajian Perluasan Pasaran di Komuniti Melayu Pesisir Sarawak Barat (03(25)378/2003(115), anggota

kumpulan penyelidik, Penghulu, Ketua Kaum dan penduduk yang terlibat secara langsung dari

Tanjung Datu ke Tanjung Po‟.

[1] Kajian ini merupakan sebahagian daripada kajian bersama-sama dengan penyelidik lain bertajuk

“Perluasan Pasaran di Komuniti Melayu di Pesisir Sarawak Barat 2003”

[2] Kawasan Tanjung Datu, Sematan, Santubong dan Pasir Pandak dan Bako dan Muara Tebas.

[3] Kampung yang terlibat adalah Kampung Tupong, Sinjan, Tanjung, Lintang, Sg. Bedil, Astana,

Boyan, Gersik, Surabaya, Panglima Seman, Semarang, Pulo dan Bintawa.

[4] Turut dikategorikan sebagai pekerjaan walaupun konotasi ini mempunyai perbezaan dengan

tanggapan orang kampung. Pekerjaan ini dinyatakan sebagai „pekerjaan emosi‟ (Noon & Blyton).

[5] Respon ini memberikan satu keadaan yang mana responden bukanlah menanggur kerana tiada

pekerjaan, tetapi lebih menjurus kepada satu keadaan di mana mereka belum mempunyai pekerjaan.

Selalunya nelayan juga terpaksa „menanggur‟ kerana musim landas dan tiada pekerjaan yang boleh

dilakukan di darat.

[6] Nelayan Santubong, 29 tahun, Ditemubual pada 15 Jun 2004, Santubong, Sarawak.

Rujukan

Ahmad Zainal Abidin dan Abdullah Salleh, 2002, Life in The Malay Kampongs of Kuching: Fifty

Years Ago, IEAS, UNIMAS, Kota Samarahan.

Dahlan, H.M. 1983, „The family factor in the sub-culture of the peasant fishermen of Maludam‟, The

Sarawak Museum Journal, Vol. XXXII, No.53, pp167 – 190.

Ellis, F. 1998, „Household Strategies and Rural Livelihood Diversification‟, The Journal of

development Studies, Vol. 35, No. 1, pp.1-38.

Firth, R.W. , 1966. Malay Fisherman: Their Peasant Economy. Ruotledge & Kegan Paul: London.

Harrisson, T. 1970, 1970. The Malays of South-West Sarawak before Malaysia, MacMillan, London.

Ishak Shari, 1990, Ekonomi Nelayan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Nik Hashim Nik Mustapha, 1996, Perancangan Pembangunan Pertanian di Malaysia, Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Wan Hashim Wan Teh, 1978, A Malay Peasant Community in Upper Perak, PUKM, Bangiz

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!