02.06.2015 Views

1 - Jabatan Audit Negara

1 - Jabatan Audit Negara

1 - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

D a r i M e j a K A N

Indeks Akauntabiliti –

Instrumen Memupuk Integriti

Pengurusan Kewangan Sektor Awam

Sistem penarafan Indeks

Akauntabiliti yang diperkenalkan

pada tahun 2007 merupakan satu

instrumen penting bagi memupuk

akauntabiliti dan integriti

pengurusan kewangan sektor

awam. Gambaran yang diperolehi

daripada satu tahun pelaksanaannya

ialah pada keseluruhannya prestasi

agensi-agensi kerajaan yang dinilai

adalah pada tahap yang baik.

Pada hemat saya ini memberi

satu landasan yang kukuh bagi

usaha-usaha ke arah mencapai

kecemerlangan diteruskan.

Satu perkembangan positif hasil

daripada Indeks Akauntabiliti ini

ialah sikap responsif dan perhatian

yang lebih fokus oleh ketuaketua

jabatan dan agensi terhadap

pengurusan kewangan mereka.

Sistem ini mampu memberi

kesedaran kepada mereka tentang

tahap komitmen sebenar organisasi

mereka dalam merealisasikan

akauntabiliti dan integriti dalam

pengurusan kewangan mereka dan

berusaha untuk membuktikannya

menerusi tindakan-tindakan

pembetulan yang wajar. Seperti

yang pernah diutarakan terdahulu,

mereka hendaklah membetulkan

kesilapan-kesilapan dan kelemahankelemahan

yang biasa berlaku dan

selepas diperbetulkan hendaklah

menjadikannya amalan biasa

yang mencerminkan budaya kerja

cemerlang.

Sistem penarafan Indeks

Akauntabiliti

bertujuan

membolehkan satu penilaian yang

objektif tentang sejauh mana mereka

yang menguruskan kewangan

jabatan atau agensi telah mematuhi

segala peraturan dan prosedur

yang berkenaan. Peraturan dan

prosedur ini amat penting untuk

memastikan pengurusan kewangan

Kerajaan diamalkan dengan

semangat berakauntabiliti dan

integriti, selaras dengan prinsipprinsip

kecekapan, keberkesanan

dan berhemat.

Langkah-langkah pembetulan

yang dimaksudkan tentunya

perlu berfokus kepada faktor

manusia dalam organisasi. Dalam

banyak keadaan, punca kelemahan

pengurusan kewangan menjurus

kepada faktor-faktor kompetensi

(tahu buat kerja) dan ketelitian

(diligence) dalam membuat kerja

iaitu sentiasa teliti dan cermat dan

tidak bersikap sambil lewa. Inilah

aspek kualiti modal insan sesuatu

organisasi yang perlu diambil peduli

oleh ketua jabatan/ agensi.

Masalah kompetensi boleh diatasi

dengan latihan praktikal yang

berterusan dalam aspek-aspek

pengurusan kewangan yang

sering didapati lemah, misalnya

dalam pengurusan perolehan dan

pengurusan aset dan inventori.

Masalah ketekunan pula boleh

ditangani dengan penyeliaan dan

semakan rapi oleh pegawai-pegawai

yang dipertanggungjawabkan

menyelia kerja-kerja seharian anak

buah mereka. Teguran dan tunjuk

ajar wajar diberi, namun sekiranya

tidak ada perubahan sikap maka

amaran dan tindakan tatatertib

wajar diambil.

Saya berasa yakin sistem penarafan

Indeks Akauntabiliti ini mampu

membawa perubahan yang ketara

dalam prestasi pengurusan

kewangan di semua peringkat

perkhidmatan awam kita dalam

masa yang singkat. Ini kerana ianya

dilaksanakan dengan profesional,

teliti dan telus. Tambahan pula

diperhatikan banyak jabatan dan

agensi telah memberi fokus kepada

strategi latihan dalam pengurusan

kewangan dengan menjemput

Jabatan Audit Negara menyertai

seminar-seminar dan kursus-kursus

yang dianjurkan oleh mereka

sendiri. Jabatan Audit Negara pula

berperanan bukan sahaja sebagai

pelaksana sistem penarafan ini

tetapi juga telah menerbitkan

sebuah buku panduan khusus

untuk membimbing jabatan/agensi

Kerajaan mendapat penilaian yang

cemerlang dalam pengurusan

kewangan mereka. Perkongsian

bijak antara pihak yang mengaudit

dengan pihak yang diaudit ini

pastinya mampu melonjakkan

prestasi dan sekali gus memperbaiki

imej perkhidmatan awam kita,

InsyaAllah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!