02.06.2015 Views

1 - Jabatan Audit Negara

1 - Jabatan Audit Negara

1 - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

R E N C A N A

Pelaksanaan Indeks Akauntabiliti

Di Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri

Oleh:

Sarinah binti Mohd. Shukor

Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sistem Indeks Akauntabiliti

pengauditan Pengurusan Kewangan

dilaksanakan di Kementerian/Jabatan/

Agensi Kerajaan Negeri mulai tahun

2007. Pengauditan ini dijalankan 2

peringkat iaitu Kementerian/Jabatan/

Agensi Kerajaan Negeri yang wajib

dijalankan, dan Kementerian/Jabatan/

Agensi Kerajaan Negeri mengikut

pusingan. Kementerian/Jabatan/

Agensi Kerajaan Negeri yang wajib

adalah Pejabat Pegawai

Kewangan Negeri,

Perbadanan Kemajuan

Ekonomi Negeri dan

Majlis Agama Islam

Negeri yang mana

pengauditan akan

dijalankan setiap

tahun, manakala

lain-lain Jabatan/

Kementerian/Agensi

Negeri pula pemilihan

PTJ yang akan

diaudit adalah secara

pusingan.

Dalam tahun 2007, sebanyak

115 Kementerian/Jabatan/Agensi

Kerajaan Negeri telah dipilih

untuk pengauditan. Hasil daripada

pengauditan yang dijalankan, 2

Agensi/Jabatan iaitu Perbadanan Johor

dan Jabatan Mineral dan Geosains

Negeri Pahang mendapat tahap

Sangat Baik iaitu mencapai penarafan

4 bintang. 66 Kementerian/Jabatan/

Agensi Negeri mendapat tahap Baik

(3 Bintang) dan 47 Kementerian/

Jabatan/Agensi Negeri mendapat

tahap Memuaskan (2 Bintang). Tahap

prestasi Kementerian/Jabatan/Agensi

Negeri secara keseluruhannya boleh

digambarkan melalui carta di bawah.

Secara umumnya, prestasi

pengurusan kewangan Kementerian/

Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit

adalah memuaskan. Bagaimanapun,

prestasi pengurusan kewangan

boleh dipertingkatkan lagi sekiranya

Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan/

Agensi bukan sahaja mengambil

tindakan memperbetulkan kelemahankelemahan

yang telah dibangkitkan

oleh pihak Audit, bahkan juga

mengambil tindakan preventif bagi

memastikan kesalahan yang sama

tidak berulang.

PENAMBAHBAIKAN

Bagi memantapkan lagi prestasi

kewangan, pertimbangan perlu

diberikan kepada perkara-perkara

berikut:

a) Di peringkat Kementerian/

Jabatan/Agensi Negeri,

Jawatankuasa Pengurusan

Kewangan Dan Akaun

(JPKA) perlu diwujudkan

dan dipertanggungjawabkan

untuk membincangkan isuisu

yang dibangkitkan oleh

pihak Audit. JPKA hendaklah

memberi keutamaan dan

penekanan yang lebih kepada

isu teguran Audit tersebut.

b) Pegawai Pengawal hendaklah

memastikan jawatankuasa

yang telah diwujudkan

berfungsi dengan berkesan

dengan mematuhi Panduan

Pengurusan Mesyuarat

dan Urusan Jawatankuasa

Kerajaan yang dikeluarkan

melalui Pekeliling Kemajuan

Pentadbiran Awam Bilangan

2 Tahun 1991.

c) Adalah disyorkan supaya

Unit Audit Dalam (UAD)

bekerjasama dengan

Jabatan Audit Negara untuk

melaksanakan pengauditan

bagi tujuan memberi

penarafan tahap pengurusan

kewangan Kementerian/

Jabatan/Agensi Negeri

yang berkenaan. Untuk itu,

Pegawai Pengawal perlu

memastikan UAD berfungsi

dengan lebih cekap dan

berkesan. UAD hendaklah

diberikan kebebasan

untuk melaksanakan

pengauditan dan melaporkan

penemuannya.

d) Bagi membaiki tahap

pengurusan kewangan,

penglibatan Pegawai

Pengawal/Ketua Jabatan perlu

dipertingkatkan. Mereka

perlu terlibat secara hands

on dalam urusan kewangan

seperti pengurusan bajet,

terimaan, pembayaran,

akaun amanah dan deposit

serta aset dan inventori.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!