13.07.2015 Views

1 Januari 2011 (Sabtu) - Jabatan Audit Negara

1 Januari 2011 (Sabtu) - Jabatan Audit Negara

1 Januari 2011 (Sabtu) - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Ditambah pula dengan kejayaan Perbadanan Pembangunan Kreatif Malaysia (MDeC) menerusiprojek animasi Saladin yang diterbitkan menerusi kerjasama Al-Jazeera Childrens Channel adalahsatu lagi kesungguhan kerajaan terhadap terhadap pembangunan animasi. Kerajaan memangsentiasa memperakui potensi industri kreatif. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-1 0 ), teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai satu daripada 1 2 sektor dalam BidangEkonomi Utama Negara (NKEA) untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.Penekanan terhadap sektor ini sebahagiannya adalah terhadap multimedia kreatif dan hiburan.Masa depan animasi dan kandungan kreatif Malaysia bergantung kepada kemampuan kitamemacu pertumbuhan kreativiti dan menghasilkan lebih banyak teknologi inovatif mesra pasarandan pelaburan. Usahawan digital patut memberi tumpuan dan mengenal pasti kelebihan masingmasingdalam industri animasi global.Industri kreatif berkembang dengan cukup pantas dan perlu ada inisiatif untuk mempelbagaikankandungan kreatif. Usaha ini perlu dilakukan walaupun dari segi aspek pelaksanaan wujudpertindihan peranan dalam kalangan agensi berkaitan seperti Kementerian Sains, Teknologi danInovatif (MO STI), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), MDeC danPerbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Adalah penting penyelarasan fungsi dalamkalangan agensi ini bagi memastikan perkembangan industri kreatif negara lancar. Justeru,dengan tumpuan serius diberikan kepada industri kandungan kreatif ini, kerajaan menyasarkanperolehan RM1 .1 bilion, selain sasaran pendapatan menerusi eksport sebanyak RM6 60 jutapada 2 0 12. Menjadikan industri kandungan kreatif dan animasi sebagai sumber pendapatanbaru kepada negara tidak seharusnya dipandang ringan.Sudah tiba masa rakyat negara ini mengubah skop pemikiran dengan tidak menganggap animasisebagai hiburan semata-mata. Di negara lain, kebanyakan kerajaan sudah melakukan pelanjangka panjang selain mewujudkan dana tertentu terhadap industri kreatif ini. Pengurus WilayahImage College berpusat di Hyderabad, India, N.L. Narasimhan, berkata industri perfilemanBollywood sudah menggerakkan industri kreatif dan animasi yang bukan saja dalam bentuk filemtetapi juga permainan video, dijangka menjana perolehan bernilai RM3 .2 bilion pada tahun ini,berbanding kira-kira RM9 00 juta tahun sebelumnya. Di Singapura, pada 2 005 saja, industrikreatif menyediakan 5 3 ,0 00 pekerjaan dan menyumbang pendapatan bernilai hampir RM9bilion. Melihat kepada perkembangan itu, kerajaan Singapura mewujudkan Dana Media Kreatifberjumlah RM2 .5 bilion untuk membiayai pelbagai aktiviti berkaitan dengan industri animasi.Singapura, walaupun mempunyai penduduk sedikit daripada Malaysia atau mana-mana negaradi Asia Tenggara tetapi dipilih menjadi hab penyiaran Asia. Banyak rangkaian penyiaran satelitdan kabel antarabangsa seperti ESPN Star Sports, Discovery, HBO , MTV, Sony PicturesEntertaiment, NBC Universal dan CNBC, semuanya menjadikan republik itu sebagai ibupejabat. Permintaan terhadap kandungan kreatif daripada saluran televisyen antarabangsaberpangkalan di sini turut membantu perkembangan industri penyiaran televisyen. Antara 2000hingga 2 0 05, pendapatan sektor penyiaran di Singapura meningkat dari RM790 juta kepadaRM1 .6 bilion. Berdasarkan kepada perkembangan semasa khususnya dalam industri kreatif danbagi mengukuhkan lagi pembangunan sektor ini, pada 1 2 November lalu, Kabinet meluluskanDasar Industri Kreatif Negara (DIKN) dengan peruntukan RM130 juta.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, ketikamengumumkannya, berkata menerusi peruntukan itu semua yang berkaitan dengan industrikreatif seperti program multimedia serta program anjuran seni budaya dan warisan akan melaluimasa depan cemerlang, malah mendapat galakan jelas dan konstruktif daripada kerajaan danpihak swasta. MDeC turut menjangka pendapatan daripada industri kreatif meningkat 20peratus tahun depan.

Bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Persidangan Digital dan Malam AnugerahKreatif anjuran bersama MDeC dan X (Media) Lab (XML), pada pertengahan bulan lalu, KetuaPegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlishah Ghazali, berkata industri kreatif ini mempunyai nilaipasaran yang sangat besar iaitu RM9.4 bilion. Berdasarkan statistik daripada FINAS, penerbitanbagi karya berbentuk animasi turut memperlihatkan peningkatan ketara iaitu daripada empatkarya pada 2 009 kepada 1 42 sehingga O ktober 2010. Ia menghasilkan pendapatan berjumlahRM2 .68 juta pada 2009 meningkat agak mendadak kepada RM62.6 7 juta bagi tempoh samasehingga O ktober tahun ini.1 Januari 2011 (Sabtu)Industri sawit dijangka capai pendapatan RM1 78b pada 2 020KO TA KINABALU: Pelaksanaan lapan projek permulaan (EPP) industri sawit di bawahProgram Transformasi Ekonomi (ETP) akan berjalan lancar terutama dengan prestasi hargaminyak sawit yang mencecah RM3 ,0 00 satu tan. Menteri Perusahaan Perladangan danKomoditi (KPPK), Tan Sri Bernard Dompok, berkata demikian pada sesi taklimat bersamamedia mengenai Peranan dan Sumbangan Industri Sawit Negara dan Sabah di Hotel LeMeridien, di sini, baru-baru ini. Beliau berkata, industri sawit negara adalah penyumbangkeempat terbesar dalam pembangunan ekonomi negara dan Pendapatan Negara Kasar (PNK).Berdasarkan prestasi industri sawit masa kini dan harga minyak sawit yang mencecah parasRM3 ,600 dan RM3 ,7 00 satu tan, beliau percaya sasaran pendapatan RM1 78 bilion menjelang2 020 menerusi ETP dapat dicapai. "Malaysia sudah sampai ke tahap di mana tanah untukpenanaman sawit adalah amat sedikit dan masa depan industri sawit negara bergantung kepadapeningkatan produktiviti tanaman sawit sedia ada dan bukan meneroka kawasan tanaman baru,"katanya. Tambah beliau, sejumlah 4 .69 juta hektar tanah yang diusahakan bagi tanaman sawitdapat menghasilkan sebanyak 1 7.5 juta tan minyak sawit. "Pengeluaran minyak sawit bolehdigandakan jika kita mampu meningkatkan produktiviti tanaman dan ini termasuk mengusahakanpenanaman semula di kawasan bekas ladang kelapa sawit yang tidak lagi produktif. "Selain itu,kita juga berharap lebih banyak pekebun kecil yang mempunyai tanah dapat menceburi bidangini. Kerajaan akan membantu mereka dalam semua aspek terutama berkaitan pengurusan ladangsawit," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Dompok berkata, melalui EPP1 (dasar penanaman semulamandatori untuk menyelesaikan tunggakan pokok sawit tua yang berhasil rendah), EPP2(meningkatkan hasil buah tandan segar - BTS), EPP3 (meningkatkan produktiviti pekerja ladangmelalui peningkatan teknik baru) dan EPP4 (meningkatkan kadar perahan minyak - O ER), akanberupaya meningkatkan pengeluaran minyak sawit daripada 3 .9 3 tan/ ha/ tahun pada 2 009kepada 6 tan/ ha/ tahun menjelang 2 020. "Ini bermakna, penerokaan kawasan tanaman baruadalah tidak perlu dan peningkatan hasil akan dicapai menerusi peningkatan produktiviti dikawasan tanaman yang sedia ada. "Melalui EPP5 (membina kemudahan biogas di kilang-kilangsawit) pula menggalakkan kilang sawit memerangkap gas metana untuk digunakan sebagaibiobahan api dan sekali gus berupaya menjana pendapatan tambahan di samping mengurangkanpelepasan gas rumah hijau dan tapak karbon industri sawit. "EPP6 (meningkatkan penghasilanderivatif oleo bernilai tinggi), EPP7 (mengkomersial biobahan api generasi kedua), dan EPP8(meningkatkan pertumbuhan sektor hiliran berasaskan makanan dan kesihatan) akanmengukuhkan perkembangan dan kemampanan sektor hiliran minyak sawit. Ketiga-tiga EPP iniakan meningkatkan PNK sebanyak RM1 4 bilion menjelang 2 0 20," katanya. Beliau berkata,program ETP juga memastikan pembangunan industri sawit negara dijalankan secara mapan.Turut hadir pada ada majlis itu, Ketua Pengarah MPO B, Datuk Dr Choo Yuen May.

1 Januari 2011 (Sabtu)Tahun 2 011 merupakan milik ...TAHUN 2011 merupakan titik bersejarah bagi negara kerana bermulanya ProgramTransformasi Ekonomi (ETP) yang dijangka mentransformasikan Malaysia dari sebuah negaraberpendapatan sederhana ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2 020. Bagimencapai sasaran ini, 1 2 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) telah dikenal pasti dansektor minyak sawit adalah satu daripadanya. Pembentangan mengenai peranan sektor sawittelah saya sampaikan semasa Dialog Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan SriBernard Dompok dengan wakil media pada 2 3 Disember 2 010 di Kota Kinabalu, Sabah. Dibawah ETP, sumbangan pendapatan negara kasar (GNI) industri sawit dijangka melonjak dariRM5 3 bilion pada 2009 ke RM178 bilion menjelang 2 0 20. Untuk mencapai sasaran ini, 8projek permulaan (Entry Point Projects - EPP) seperti berikut telah dikenal pasti yang masingmasingakan menyumbang kepada GNI:EPP1 : Dasar penanaman semula mandatori untuk menyelesaikan tunggakan pokok kelapa sawittua yang memberi hasil rendah (RM4 .6 bilion);EPP2 : Meningkatkan hasil buah tandan segar (FFB) (RM10.2 bilion);EPP3 : Meningkatkan produktiviti pekerja di ladang melalui pengenalan atau peningkatan teknikbaru (RM1.7 bilion);EPP4 : Meningkatkan kadar perahan minyak (O ER) (RM13.7 bilion) ;EPP5 : Membina kemudahan biogas di kilang sawit di seluruh Malaysia (RM2 .9 bilion);EPP6 : Mencadangkan perubahan fokus kepada derivatif oleo bernilai tinggi (RM5 .8 bilion)EPP7 : Memfokus kepada komersialisasi awal biobahan api generasi kedua (RM3 .3 bilion);EPP8 : Mempercepatkan pertumbuhan dalam segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan(RM4.9 bilion)Bagi mencapai pertumbuhan ini, peranan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)adalah amat penting. Misalnya bagi meningkatkan hasil buah tandan segar, bahan tanamandaripada R&D yang berhasil tinggi perlu digunakan semasa penanaman semula (EPP 1 dan 2 ).Bagi peningkatan produktiviti pekerja di ladang (EPP 3 ) mesin-mesin canggih seperti pemotongbuah tandan segar mekanikal, CantasTM perlu diperluaskan penggunaannya. Peningkatan kadarperahan minyak pula (EPP 4 ) memerlukan teknologi baru pemprosesan yang dapatmeningkatkan kecekapan pengekstrakan dan mengurangkan kehilangan minyak dalam buangansawit. Begitu juga dengan EPP 5 (biogas), EPP 6 (derivatif oleo), EPP 7 (biobahan api generasikedua) dan EPP 8 (produk berasaskan makanan dan kesihatan) yang bergantung kepadateknologi-teknologi baru. Dalam hal ini, MPO B akan memainkan peranan yang penting dalammemperkenalkan teknologi baru hasil R&D. Satu lagi aspek yang perlu ditekankan dalam ETPialah pertumbuhan ekonomi akan dicapai tanpa mengabaikan kemampanan. Ini memang tersiratdan tersurat dalam EPP NKEA sawit. Misalnya melalui peningkatan hasil dan kadar perahanminyak, hasil minyak sawit akan meningkat dari 3 .93 tan/ ha/ tahun pada 2 0 09 kepada 6tan/ ha/ tahun menjelang 2 020. Ini bermakna lebih banyak minyak sawit akan diperoleh darikawasan ladang sedia ada tanpa membuka kawasan baru.

Sumber itu berkata, melalui skim kesihatan itu, bayaran rawatan dan perubatan asas pesakitditanggung dana kesihatan berkenaan dengan pesakit mungkin dikenakan ' bayaran bersama'yang minimum sebagai komitmen. Ketika ini, sistem penjagaan kesihatan negara di bahagikankepada dua iaitu sektor kerajaan yang ditanggung sepenuhnya kerajaan dengan pesakitmembayar RM1 yuran pendaftaran untuk mendapatkan rawatan dan sektor swasta bagi merekayang berkemampuan. Ia menyebabkan beban ditanggung hospital kerajaan berlipat gandaberbanding swasta, selain kos penjagaan kesihatan negara terus meningkat daripada RM1 bilionkepada 1983 kepada RM6 .3 bilion pada 2003 dan meningkat pada tahun lalu.3 Januari 2011 (Isnin)PKS dijangka catat pertumbuhan lebih kukuh tahun iniSEKTO R Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dijangkakan mencatatkan pertumbuhan lebihkukuh pada 2 011 ini, susulan pemulihan ekonomi global serta pertumbuhan tinggi di China danIndia, serta pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). PresidenPersatuan PKS Malaysia, Chua Tiam Wee berkata, nilai ringgit yang lebih kukuh bagaimanapunakan memberikan cabaran besar kepada pengeksport PKS dari segi daya saing mereka. Katanya,harga minyak dan komoditi yang dijangka berada paras baru akan memaksa PKS untukmenguruskan kos operasi, aliran tunai dan stok simpanan dengan lebih bijak, tahun ini. "Pelbagaiprogram yang dilaksanakan kerajaan termasuk Projek Permulaan (EPP) menerusi ETP khususnyadalam projek infrastruktur besar seperti projek Aliran Transit Massa (MRT) bernilai RM36bilion bakal memberikan ruang kepada pertumbuhan sektor PKS negara," katanya kepada BeritaHarian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Beliau meminta kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada pelbagaiprojek di bawah ETP kepada sektor PKS, dalam usaha memajukan lagi sektor berkenaan. "Iaadalah menerusi penyertaan PKS sebagai pembekal, rakan sumber luar dan rakan kongsi bagimembolehkan sumbangan sektor PKS kepada KDNK ditingkatkan kepada lebih 3 5 peratus,"katanya. ETP yang dilaksanakan menerusi usaha sama kerajaan dan sektor swasta sudahmengenal pasti 1 3 1 projek permulaan (EPP) bernilai RM444 bilion dan 60 peluang perniagaanbernilai RM3 58 bilion, katanya. Dalam pada itu, Chua berkata, pihaknya juga berharap sektorPKS akan mempunyai akses lebih baik terhadap keperluan pembiayaan khususnya bagi syarikatyang berdepan dengan kesukaran. "Kami berharap langkah kerajaan menyuntik dana RM3bilion bagi Skim Jaminan Modal Kerja dengan yuran jaminan dikurangkan daripada satu peratuskepada 0 .7 5 peratus, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) mulai semalamakan memberi manfaat kepada lebih ramai PKS. "Kami juga berharap bank akan meningkatkansokongan mereka kepada sektor PKS memandangkan kebanyakannya masih menjurusmenyalurkan pinjaman untuk perumahan dan kad kredit daripada PKS yang lebih terdedahkepada risiko," katanya.

4 Januari 2011 (Selasa)Agihan peruntukan RM3b bagi WCGS dibuat segeraPENGAGIHAN peruntukan tambahan RM3 bilion bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS)menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-1 0 ) akan dibuat dengan serta-merta, kataSyarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP). Pengarah Urusan Prokhas merangkapPegawai Prinsipal SJPP, Fazlur Rahman Ebrahim, berkata peruntukan tambahan itu akanmenyediakan sokongan untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkanperniagaan masing-masing. "Mereka yang layak dan berminat, boleh mengemukakanpermohonan menerusi bank yang turut serta dalam skim berkenaan berkuat kuasa serta-merta,"katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.Skim itu kali pertama diperkenalkan dalam pakej rangsangan kedua pada Mac 2 0 0 9. Dana yangdiperuntukkan menerusi skim itu dimanfaat sepenuhnya menjelang akhir tahun berkenaanmeskipun ditambah daripada RM5 bilion kepada RM7 bilion. Berikutan sambutan yangmenggalakkan itu, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM3 bilion menerusi RMK10,menjadikan jumlah keseluruhan dana di bawah skim itu sebanyak RM10 bilion. Fazlur berkata,ia percaya peruntukan tambahan itu akan menyaksikan maklum balas menggalakkan daripadamereka dalam industri berkaitan yang layak memohon serta mendapat kerjasama rapat daripadabank yang menyertai, terutama dalam mempromosikan skim jaminan itu. SJPP ialah syarikatmilik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, dan peranannya ialah mentadbirkan danmenguruskan dua skim jaminan iaitu WCGS dan Skim Jaminan Pembiayaan Penyusunan SemulaIndustri.4 Januari 2011 (Selasa)Belanja aset awam 5 peratusMALAYSIA perlu membelanjakan sehingga lima peratus daripada nilai keseluruhan aset awambagi mencapai status negara maju menjelang 2 020. Presiden PWM Group Malaysia, Datuk WanMokhtar Nawang, berkata kebanyakan negara maju membelanjakan antara tiga hingga empatperatus daripada nilai aset awam masing-masing kerana ia adalah penyumbang penting kepadapertumbuhan ekonomi. "Malaysia sedang menuju ke arah itu dan dengan adanya sokongandaripada Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK), kita mampu mencapai status negara majudengan langkah menguruskan aset yang betul," katanya dalam satu temu bual di Serdang, barubaruini. PWM Group Malaysia adalah syarikat yang terbabit dengan perniagaan pengurusanaset infrastruktur, terutama aset milik kerajaan. Beliau menjelaskan, aset kerajaan termasukkemudahan pengangkutan, sistem pengairan, tenaga, jana kuasa dan bangunan.Katanya, sejak merdeka banyak infrastruktur sudah dibangunkan kerajaan dan langkahseterusnya dalam usaha mencapai status negara maju adalah memastikan semua kemudahan itudapat berfungsi dengan baik, bertahan lama dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi."Kerajaan akan melabur kira-kira RM1 trilion dalam tempoh 1 0 tahun akan datang bagimenguruskan semua aset berkenaan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik," katanya.Wan Mokhtar berkata, berdasarkan jumlah itu perniagaan pengurusan aset Malaysia dijangkamencatatkan pertumbuhan antara lima dan tujuh peratus selepas 2020 yang mana tahapperkhidmatan infrastruktur terbabit dijangka lebih tinggi disokong oleh Pelan TransformasiEkonomi (ETP).

5 Januari 2011 (Rabu)Pendidikan Orang Asli Diberi PerhatianGUA MUSANG: Jabatan Hal Ehwal O rang Asli (JHEO A) memperuntukkan RM200,000bertujuan membangunkan pendidikan masyarakat O rang Asli sepanjang tahun ini di jajahanberkenaan. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JHEO A, Nisra Nisran Asra Ramlan,berkata peruntukan berkenaan adalah untuk melaksanakan pelbagai program membantu pelajarmasyarakat O rang Asli dalam aspek pendidikan. Katanya, peruntukan sama juga dikeluarkanbagi tahun lalu untuk masyarakat O rang Asli di Gua Musang bagi meningkatkan tarafpendidikan mereka. "Dengan peruntukan ini, pelbagai program khusus untuk pelajar O rang Asliakan dilaksana dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang yangbertanggungjawab memantau prestasi pelajaran mereka. "Bantuan turut merangkumi tambangpengangkutan, yuran sekolah, keperluan alat tulis bagi pelajar yang tidak menerima KumpulanWang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), serta keperluan diri sebagai persediaan ke asrama danbiasiswa institusi pengajian tinggi Awam (IPTA)," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Majlis Suai Kenal Pelajar O rang AsliKemasukan Ke Tingkatan Satu Tahun 2 0 11 yang akan memulakan sesi persekolahan 3 Januari.Seramai 2 4 1 pelajar O rang Asli Tingkatan Satu di jajahan ini akan memulakan sesi persekolahandi tujuh sekolah di sekitar daerah Gua Musang. Katanya, setiap tahun, berlaku peningkatanpendaftaran pelajar O rang Asli, sekali gus menunjukkan peningkatan tahap kesedaran dikalangan masyarakat itu mengenai pentingnya pendidikan kepada anak masing-masing. "Tahunlalu, pelajar yang mendaftar di Tingkatan Satu hanya 1 80 orang, tetapi tahun ini meningkatkepada 241 pelajar, kita anggap ini sebagai sesuatu yang membanggakan. "Untuk Kelantan saja,Kerajaan Pusat memperuntukkan RM1 .2 juta sepanjang tahun lalu untuk pembangunanpendidikan masyarakat O rang Asli. Ini adalah usaha berterusan kerajaan untuk memastikanmasyarakat O rang Asli menerima pendidikan sama seperti kaum lain," katanya.Nisra Nisran berkata, selain melaksanakan program kepada pelajar O rang Asli, pihaknya turutmenyediakan insentif kepada ibu bapa yang memberi galakan kepada anak masing-masing untukbelajar. "Selepas enam bulan pertama anak mereka berada di sekolah, sebanyak RM1 ,000 akandiberikan kepada ibu bapa. Selain itu, ibu bapa yang mempunyai anak cemerlang pula akandiberikan sebuah rumah. "Di peringkat sekolah pula diadakan sekolah angkat, di mana setiapsekolah akan dijadikan sekolah angkat oleh universiti dan pelbagai program akan dirangka untukpelajar O rang Asli ini," katanya. Beliau berkata, setiap sekolah juga akan mempunyai seorangpemantau yang akan menyediakan laporan prestasi pelajar O rang Asli, dan tindakan segera akandiambil bagi mengatasi masalah yang timbul. Katanya, JHEO A memandang serius pembangunanpendidikan masyarakat O rang Asli bagi mestikan tiada yang tercicir menerima pendidikanwalaupun tinggal jauh di pedalaman.

5 Januari 2011(Rabu)Kementerian Pertahanan tukar cara perbelanjaanKUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan menukar pendekatan perbelanjaanmengurusnya, termasuk tidak membeli aset ketenteraan baru berikutan pengurangan peruntukantahunannya sebanyak RM1 .5 bilion tahun ini berbanding 2 010. Menterinya, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi, berkata Kementerian Pertahanan bagaimanapun akan terusmembangunkan kem dan menambah baik kuarters pegawai dan anggotanya dengan kerjasamaLembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). "Pengurangan bajet ini sudah tentu mengekangperbelanjaan yang sudah dirancang, namun ia tidak akan mengurangkan daya saing pasukanpertahanan kita. "Berikutan itu, kita perlu melakukan beberapa perubahan dalam perbelanjaandengan menumpukan kepada usaha pemulihan aset dan menambah baik peralatan sedia adatanpa perlu membeli yang baru atau menggantikannya, termasuk peluru atau peluru berpandu."Bagi projek di bawah kategori pembangunan, kita bercadang membangunkan kem danmenambah baik kuarters yang tidak membabitkan belanjawan tambahan," katanya kepadapemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, semalam.Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) perlu berani menyemak semula dasar atau keputusan yang sudah dihebahkan kepadaumum sekiranya ia didapati sukar dilaksanakan seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Razak, baru-baru ini. "Dasar yang dibuat itu mungkin tepat, tetapi ada kalanya syaratdikenakan terlalu berat, tidak anjal atau tidak realistik sehingga menyebabkan sesuatu rancangansukar dilaksanakan," katanya. Ahmad Zahid juga meminta pegawai dan anggota ATM supayaterus mengamalkan sikap berdaya saing dengan mencontohi semangat juang skuad bola sepakkebangsaan yang tidak patah semangat, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksamenaiki kereta perisai ke stadium sehingga muncul juara Piala Suzuki AFF. Beliau jugamengingatkan warga ATM agar tidak menjadi ` gunting dalam lipatan' atau ` api dalam sekam'dengan memburukkan nama kementerian itu melalui Facebook, blog atau menyalurkanmaklumat penting dan rahsia kepada pihak luar.5 Januari 2011 (Rabu)JAKIM tubuh makmal analisis institut halalNILAI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menubuhkan Makmal Analisis InstitutHalal Malaysia yang dikendalikan pegawai jabatan itu sendiri di Bandar Enstek di sini, yangdijangka beroperasi sepenuhnya dua tahun lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriJamil Khir Baharom, berkata institut itu menjadi satu-satunya makmal seumpamanya di dunia,sekali gus meningkatkan jaminan halal bahan yang diuji. "Tiada mana-mana kerajaan di duniamembina makmal atau institut khas untuk menguji dan menganalisis status halal sesuatu bahankerana selalunya ia hanya dikendalikan oleh universiti atau pihak swasta. "Justeru itu, pembinaanmakmal ini menunjukkan kesungguhan kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai PusatHalal Dunia dengan menjadikan JAKIM sebagai rujukan utama dalam persijilan halal," katanyaselepas majlis taklimat dan lawatan tapak Makmal Institut Halal Malaysia di Bandar Enstek disini, semalam. Beliau berkata, ketika ini JAKIM bekerjasama dengan Makmal Analisis SementaraProduk Halal Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi melaksanakan persijilan halal. Mengulaslanjut, katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyiapkan pelan pembangunan fasa satubangunan tiga tingkat institut itu yang bernilai RM2 7 .3 juta di atas tanah seluas 1 6 .19 hektaryang pembinaan dijangka bermula September depan.

Katanya, projek itu dijangka siap pada Disember 2 012 dan pusat itu akan mempunyai 5 7kakitangan dan pegawai, termasuk juruanalisis makanan dan ahli kimia, serta beroperasisepenuhnya pada 2 0 13. Jamil Khir berkata, institut itu akan mempunyai lima unit, iaitu UnitFiber, Kulit dan Bulu; Unit Alkohol; Unit Lemak dan Minyak; Unit Protein dan Gelatin sertaUnit Aditif (bahan tambah). Katanya, makmal itu tidak hanya menganalisa makanan, malahberupaya menguji apa saja produk atau bahan termasuk peralatan yang digunakan dalampembedahan klinikal. "Kita boleh menguji apa saja bahan dan jika memenuhi syarat danpiawaian halal, kita akan memberi persijilan halal JAKIM yang diiktiraf di seluruh dunia. "Iasebenarnya memberi nilai tambah kepada sesuatu produk, terutama untuk pasaran di negarayang majoriti penduduk Islam," katanya yang memberi contoh ada syarikat menghantarkomponen digunakan untuk pembedahan tulang, bagi mendapatkan pensijilan halal. Beliauberkata, fasa kedua institut itu yang akan dibina beberapa tahun lagi membabitkan bangunanlatihan untuk membolehkan JAKIM melatih pegawai dan kakitangan tempatan serta luar negara.Sementara itu, Jamil Khir berkata, usul bagi pindaan Akta Perihal Dagangan 1 9 7 2 akandibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat, Mac depan. Pindaan itu membolehkan pihakberkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menggunakan logo halal palsu sertapengeluar sijil halal swasta yang tidak bertauliah.6 Januari 2011 (Khamis)Sektor binaan terus kukuhSEKTO R pembinaan akan meneruskan momentum pertumbuhannya apabila sejumlah kontrakberskala besar baru bernilai kira-kira RM1 8 bilion dijangka ditawarkan pada tahun ini,meningkat 1 5 .3 peratus berbanding RM1 5.6 bilion tahun lalu. Ketua Penganalisis O SKResearch, Chris Eng, berkata dengan peningkatan pemberian projek itu, ia pastinya membantukontraktor tempatan meraih manfaat besar daripada perbelanjaan pembangunan berkenaan."Keseluruhan nilai kontrak RM18 bilion itu adalah kontrak kerja baru yang dijangka diumumkankerajaan dan pemilik projek dari semasa ke semasa pada tahun ini. "Majoritinya terdiri daripadapelaksanaan projek Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta beberapa projek lain yang akandijana daripada sektor swasta," katanya pada Berita Harian ketika dihubungi semalam.Difahamkan, antara prospek kerja berskala besar yang akan dianugerahkan tahun ini termasuklaluan pertama projek Aliran Transit Massa (MRT) bernilai RM36 bilion dari Sungai Buloh keKajang. Bidaan bagi projek itu akan dibuka pada April ini, manakala penganugerahan kepadakontraktor yang memenanginya akan diumumkan sebelum Julai ini.Selain itu, pembangunan projek Warisan Merdeka yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa dalamtempoh 1 0 tahun dan menelan belanja RM5 bilion, turut akan dianugerahkan tidak lama lagi.Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura bernilai antaraRM1 0 bilion hingga RM12 bilion juga sedang dalam kajian dan keputusannya dijangkadiumumkan pada pertengahan tahun ini. Pada masa sama, katanya, pengeluar bijih besi terbesardi dunia yang berpangkalan di Brazil, Vale SA juga akan melabur sebanyak RM4 67 juta diMalaysia yang mana pemberian kontrak kerjanya dijangka diumumkan tahun ini. Pelaburansyarikat Brazil itu merangkumi perbelanjaan membangunkan terminal maritim dan pusatpengedaran untuk mengangkut bijih besi dari Teluk Rubiah, Perak. "Sementara itu, PelabuhanBintulu dipelawa kerajaan Sarawak untuk menghantar cadangan terperinci bagi membangunkanPelabuhan Samalaju turut akan memperlihatkan perkembangan positif dalam pemberian kontrakkerja tahun ini. "Memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan India berhubungbantuan teknikal untuk pembinaan jalan akan memberi peluang kepada kontraktor tempatanmengambil bahagian dalam projek itu," katanya.

Eng berkata, momentum pemberian kontrak kerja itu juga turut didorong oleh wujudnyapotensi diadakan pilihan raya umum yang lebih awal. "Justeru, kami percaya sasaran kontrakkerja domestik bernilai RM18 bilion untuk tahun ini boleh diraih jika pelbagai projek di bawahETP dimulakan dengan lebih segera dari jangkaan," katanya. Dalam pada itu, O SK Researchmenerusi nota penyelidikannya semalam berkata, kontraktor tempatan turut berada di landasanterbaik untuk meraih kontrak kerja di luar negara. Firma penyelidikan itu menjangkakanpenerimaan kerja dari seberang laut akan meningkat tahun ke tahun, dipacu oleh lebih banyakkerja pembinaan di beberapa negara seperti di India dan Asia Barat tahun ini.6 Januari 2011 (Khamis)Usah kait MOSTIJASIN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MO STI) tidak terbabit dengan isupembekalan dan pemulangan enjin bot sangkut membabitkan kira-kira 3 0 nelayan di kawasanParlimen Jasin seperti dilaporkan kelmarin. Sebaliknya, ia hanya membabitkan TPM EngineeringSdn Bhd (TPM Engineering) yang beroperasi di Resource Centre Technology Park Malaysia,Lebuh raya Puchong-Sungai Besi, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Dalam satu kenyataan semalam,syarikat itu menjelaskan kementerian berkenaan hanya bertindak sebagai pembiaya TAP-MO STI, iaitu program membabitkan penajaan 3 0 jenis teknologi inovatif untuk diedarkankepada komuniti akar umbi menerusi ahli Parlimen. Katanya, TPM Engineering inginmenekankan pembekalan, pemulangan atau penyerahan alat kemudi enjin bot sangkutberkenaan kepada nelayan di negeri ini adalah tanggungjawab syarikat ini sepenuhnya. "MO STItiada hubungan dan tidak terbabit langsung. Justeru, kementerian berkenaan tidak harusdikaitkan sama sekali dengan segala kekurangan dan kelemahan itu," kata kenyataan itu yangmerujuk laporan akhbar ini bertajuk "Nelayan pulangkan enjin sangkut, Peralatan sumbanganMO STI tak sesuai di kawasan laut berombak", kelmarin.Akhbar ini, dalam laporannya antara lain menyatakan, nelayan terbabit kecewa kerana tidakdimaklumkan secara tepat mengenai cara penggunaan enjin itu, selain berpendapat enjin sangkutjenis Honda GX 390 diterima itu juga tidak sesuai digunakan di kawasan laut berombak sepertiSelat Melaka. TPM Engineering menjelaskan, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzahyang memilih teknologi kemudi ekor biawak berinovasi untuk tujuan program berkenaan.Katanya, syarikat berkenaan adalah pengeluar teknologi berkenaan dan semua Ahli Parlimentermasuk dari Jasin yang memilih teknologi ini sudah diminta untuk berurusan terus denganmereka. "Pembangunan dan inovasi alat kemudi ini dilakukan melalui kerjasama dengan seorangnelayan dari Langkawi, Ridzduan Hashim. Kerjasama ini menjurus kepada penambahbaikankepada alat kemudi ekor biawak yang biasanya digunakan oleh nelayan pesisir pantai, terutamadi Utara Semenanjung," katanya. TPM Engineering turut mengesahkan, ia mengadakanpertemuan dengan Ahli Parlimen Jasin itu dan Setiausaha Persatuan Nelayan Kuala PantaiSiring, Rahmat Adom pada 2 9 Disember lalu bagi menjelaskan mengenai spesifikasi teknikal danpenggunaan alam kemudi inovasi itu. Katanya, dalam perbincangan, syarikat berkenaanmemaklumkan penggunaan alat kemudi inovasi itu tidak sesuai untuk digunakan di kawasanperairan Melaka. "Sehubungan itu, kami sudah mengatur untuk mengambil semula alat kemudiinovasi itu untuk diagihkan kepada nelayan pesisir pantai yang menggunakan alat kemudi ekorbiawak enjin bot sangkut di kawasan yang dikenal pasti," katanya.

7 Januari 2011 (Jumaat)Perancangan projek mega, infrastruktur perumahan warga kota biar seimbangMUTU kehidupan di bandar raya sering diukur daripada mutu infrastruktur dan kemudahanasas lain serta tahap kepuasan warganya. Mereka mengharapkan pihak berkuasabertanggungjawab menyampaikan perkhidmatan itu dengan cekap dan sebaik mungkin. Justeru,bagi membolehkan Kuala Lumpur mencapai status bandar raya bertaraf dunia, infrastruktur dankemudahan asasnya mesti juga bertaraf tinggi, tanpa ada masalah atau sesuatu yang tidakmemuaskan hati penduduk. Namun, kalau kita melihat di sekitar bandar raya, terutama ditaman perumahan, ada banyak kekurangan dan kelemahan yang harus diperbaiki, seperti jalanraya berlubang tidak ditampal dengan sempurna atau tidak langsung dipedulikan, sampah sarapbertaburan di merata tempat dan landskap di pembahagi dan tepi jalan yang tidak dijaga.Keadaannya jauh sama sekali daripada perancangan bagi menjadikan Kuala Lumpur kawasanpenduduk sejahtera yang ultra moden lengkap dengan kemudahan asas berteknologi tinggi danprasarana efisien. Yang anehnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memberikebenaran kepada pembukaan begitu banyak taman perumahan walaupun ada sesetengahkawasan tiada jalan keluar masuk teratur. Kita berharap DBKL serta Kementerian WilayahPersekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan memberi perhatian kepada perkara yang mungkindianggap remeh ini, kerana ia menjejaskan kualiti kehidupan di taman perumahan terbabit.Menterinya, Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin, sepatutnya lebih prihatinterhadap isu pada peringkat tempatan, terutama di luar kawasan pilihan rayanya atau kawasanelit. Beliau perlu melakukan ` walk about' atau turun padang di semua kawasan, bukan saja diPuchong, Bangsar dan Petaling Jaya, tetapi juga di kawasan pinggir bandar raya seperti Gombak,Sentul dan Cheras bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi warga kota dan tidak hanyabergantung pada laporan pegawai agensi berkenaan semata-mata. Bagi memenangi hati rakyatmenjelang pilihan raya akan datang, Raja Nong Chik harus bersikap proaktif kepada cadangan,pandangan dan keluhan penduduk di semua kawasan bandar raya. Sebagai pemimpin politik,beliau boleh menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengarahkan pegawainya memantautahap kebersihan kawasan, keadaan jalan raya, kekerapan kutipan sampah, lampu jalan, papantanda, landskap dijaga rapi dan taman permainan serta lain-lain dipantau bagi memastikan tidakmembahayakan kanak-kanak. Semua ini bertujuan menepati hasrat kerajaan mewujudkankawasan bandar raya selamat dan sejahtera, sesuai dengan piagamnya. Jika ahli politik danpegawai kerajaan memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin, tiada alasan bagipenduduk untuk merungut atau mengadu mengenai keselesaan di taman perumahan terbabit.Pada penghujung 2 008 lalu, seorang Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) DBKL, mewakilimenteri ketika itu untuk melihat sendiri masalah penduduk di Taman Melewar, TamanChangkat Desa dan Taman Koperasi Polis 1 yang tidak mempunyai jalan keluar masuksempurna, terutama akses ke Lebuhraya DUKE. Namun, sehingga sekarang, masalah itu belumdiselesaikan dan seolah-olah dilupakan, walaupun ia sudah berulang kali disiarkan dalam akhbardan TV3. Perancangan kerajaan untuk menambah baik sistem pengangkutan di ibu kotamenerusi cadangan membina kereta api transit ringan bertujuan mengurangkan kesesakan sudahtentu mendapat sokongan warga kota kerana selain mengurangkan kesesakan jalan raya, ia jugamembantu warga kota berulang alik ke tempat kerja atau destinasi lain dengan mudah. Apa punperancangan besar yang dirancang di pusat bandar raya, pihak berkuasa tidak harus lupa kepadakawasan pendudukan warga kota di sekitarnya. Perhatian perlu diberikan kepada kualitikehidupan secara menyeluruh, seperti yang dilihat di kawasan perumahan di negara maju.Rumah flet dan apartmen di negara maju, termasuk di Singapura, sentiasa berada dalamkeadaan bersih dan cantik. Suasananya yang indah menyeronokkan mata memandang danmententeramkan jiwa penduduknya.

Kawasan yang bebas daripada sampah sarap dan bau busuk, menyebabkan keadaan sekelilingdan udaranya segar, sekali gus meningkatkan lagi kualiti kehidupan penduduknya. Cuba kitabayangkan suasana sama di kawasan perumahan kita, yang kini sesak, kotor dengan jalan rayaberlubang ditambah pula dengan kehadiran peniaga makanan yang tidak mengendahkankebersihan di tepi jalan dan kaki lima bangunan. Apa gunanya kita mempunyai perancanganbertaraf dunia kalau mentaliti penduduk dan pegawai bertanggungjawab masih pada tahap lama?Di mana sikap pihak berkuasa yang prihatin, amanah dan profesional itu, yang mengenakancukai pintu dua kali setahun? Di mana pengalaman yang ditimba pegawai pihak berkuasa dankementerian tertentu yang kononnya mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara, tetapitidak pandai melaksanakannya apabila balik ke negara sendiri? Tidakkah ini hanya membuangduit rakyat semata-mata? Apa gunanya ada sebuah pihak berkuasa tempatan dan kementerian,untuk pentadbiran kawasan wilayah persekutuan yang meliputi bandar raya Kuala Lumpur, kalauada taman perumahan yang tidak mempunyai jalan keluar masuk yang sempurna? Apakah yangboleh kita banggakan mengenai kehidupan di Kuala Lumpur jika ia tidak ubah seperti keadaanluar bandar yang dipinggirkan? Justeru, Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, lihatlah sendiri keadaan di Taman Melewar dan tamanperumahan di sekitarnya, khususnya berkaitan jalan aksesnya, supaya ia boleh memberi merekaerti sebenar kehidupan di sebuah bandar raya.1 0 Januari 2 011 (Isnin)Asrama UiTM RM58j siap JunMELAKA: Pelajar sepenuh masa Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bandaraya Melakayang kini menetap sementara di dua blok bangunan asrama lelaki dan perempuan di Jalan TunMamat, di sini bakal dipindahkan ke bangunan asrama baru yang lebih selamat dan selesa Jundepan. Empat blok bangunan asrama baru yang akan dibina setinggi 17 tingkat itu bernilaiRM5 8 juta dan mampu menempatkan kira-kira 5 ,0 00 pelajar lelaki dan perempuan. KetuaMenteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bagi penempatan pertama pelajar, dua blok kinisedang dalam pembinaan dan dijangka siap hujung Jun dan mampu menempatkan kira-kira2 ,000 pelajar, manakala selebihnya dijangka siap pada September ini. "UiTM kampusBandaraya Melaka mempunyai 3 ,600 pelajar sepenuh masa dan daripada jumlah itu, kira-kira2 ,000 pelajar menyewa di sekitar bandar raya ini," katanya ketika meninjau kerja pembinaanbangunan asrama baru UiTM kampus Bandaraya Melaka, dekat sini, semalam.Turut hadir Pengarah UiTM Melaka, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam. Mohd Ali berkata,pihaknya memberi jaminan kemudahan baru yang bakal dinikmati penuntut universiti itu adalahyang terbaik, berbanding kampus institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar negara lain. Katanya,beliau juga berharap penambahan bangunan asrama baru membolehkan lebih ramai pelajarmelanjutkan pengajian di negeri ini sehingga mampu menjadikan Melaka bandar kampuspendidikan terbesar di negara ini, sama seperti di Auckland, New Zealand. "Jadi, sayamencadangkan UiTM menyediakan lebih banyak kursus yang relevan bagi menarik minat pelajarmelanjutkan pengajian di sini. Selain itu, untuk jangka panjang, kerajaan negeri bersediamembantu menyediakan lebih banyak kemudahan tempat belajar bagi menampung bilanganpenuntut yang lebih ramai pada masa depan," katanya. Katanya, bagi merealisasikan impianmenjadikan Melaka bandar kampus pendidikan terbesar, beliau turut mensasarkan UiTMkampus Bandaraya Melaka menambah bilangan pelajar sedia ada kepada sekurang- kurangnya5 ,000 orang sehingga akhir tahun ini, seterusnya mencapai sasaran 1 0 ,0 00 pelajar pada masadepan.

"Pada masa ini, kampus bandar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai 400pelajar, manakala Kolej Profesional Mara (KPM) pula ada kira-kira 6 0 0 pelajar. "Jika bandar inidipenuhi lebih 1 0,000 pelajar, tidak mustahil ia akan menjadi kampus bandar terbaik dengankemudahan disediakan," katanya.1 0 Januari 2 011 (Isnin)Malaysia contohi syarikat Hong Kong majukan MRTMTR berjaya gabung pembangunan stesen, landasan, hartanahMO DEL perniagaan yang diguna pakai MTR Corporation Ltd, pengendali sistem transit massaHong Kong dalam menggabungkan pembangunan stesen, landasan dan hartanah menarik minatkerajaan Malaysia untuk diguna pakai dalam membangunkan projek Aliran Transit Massa (MRT)antara Sungai Buloh dan Kajang. Ketua Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD), Mohd Nur Ismal Kamal, berkata susulan pelaksanaan model perniagaan sebegitu, MTRmembangunkan infrastrukturnya menerusi usaha sama dengan pihak swasta. Beliau berkata,pihaknya juga mengkaji pelaksanaan kaedah sama dan sedang dalam usaha mencari rakan niagauntuk projek terbabit. MTR ditubuhkan pada 1 975 terbabit dalam pelbagai aktiviti perniagaanseperti perkhidmatan jururunding, sewa beli hartanah selain daripada pengurusan operasilandasan. Sepanjang tempoh itu, MTR berjaya menyiapkan pembangunan 2 7 stesen, menjana7 4 ,1 65 unit kediaman dan lebih daripada 1 .7 juta meter padu keluasan ruang komersial.Syarikat ini juga memiliki dan mengurus gedung beli-belah yang menjadi antara penyumbangutama pendapatan syarikat. “Model itu menarik perhatian kami. Contoh terbaik, MTRCorporation berjaya memperoleh 35 peratus pendapatan bukan daripada hasil kutipantambang. “Dari keseluruhan pendapatan kumpulan itu, ia dijana 5 0 peratus daripadapendapatan menerusi kadar tambang dan baki 5 0 peratus daripada perniagaan bukan tambang.“Hartanah menjadi antara penyumbang utama membantu menampung kos pembangunaninfrastruktur,” katanya di Hong Kong, kelmarin. Beliau berkata demikian ketika sesi lawatankerja selama empat hari yang diketuai Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untukmeninjau kaedah cekap pelaksanaan projek berkenaan. Bagaimanapun kerajaan katanya, belummempunyai perancangan sama ada untuk melantik MTR Corporation sebagai jururunding projekMRT negara. “Kita akan meneliti kaedah lain yang diguna pakai di seluruh dunia terutama yangdilihat membuahkan hasil seperti di London dan Singapura kerana masing-masing mempunyaicara tersendiri,” katanya.Sementara itu, katanya, lokasi 3 5 stesen MRT pertama negara itu bakal diputuskan antara Aprildan Mei tahun ini. “Terdapat beberapa lokasi difikirkan sesuai dan berpotensi tetapi belumdimuktamadkan kerana ia perlu mengambil kira pandangan awam,” katanya. Beliau berkata,SPAD juga akan mendapatkan maklum balas awam mengenai projek itu menerusi pameranterbuka yang akan diadakan pada Mac atau April tahun depan. “Maklum balas itu perlu untukdipertimbangkan sebelum kerja pecah tanah dimulakan pada Julai ini," katanya. Mengenainegara pembekal MRT, beliau berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan kerana iaakan dilakukan menerusi tender terbuka.

1 0 Januari 2 011 (Isnin)Ekonomi - Tawaran aset PLUS ditutup hari ini - UEM-KWSP dan Jelas Ulung buat bidaanOleh Ahmad Farizal HajatTAWARAN pengambilalihan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd, pengendali lebuh rayaterbesar Asia Tenggara, akan ditutup tepat jam 5 petang hari ini dan syarikat itu dijangkamembuat pengumuman mengenai bidaan itu dalam jangka terdekat ini, kata penganalisis.Setakat ini dua pihak iaitu pakatan UEM Group Bhd (UEM) – Kumpulan Wang SimpananPekerja (KWSP) dan Jelas Ulung Sdn Bhd sudah mengumumkan cadangan untuk membuatbidaan. Namun, peserta pasaran kini membuat spekulasi mengenai kemunculan MMCCorporation Bhd (MMC), syarikat yang dikuasai tokoh perniagaan Tan Sri Syed MokhtarAlbukhary, sebagai ketiga untuk menguasai PLUS. MMC dikatakan akan mengemukakantawaran mengejutnya berserta perincian pengambilalihan PLUS itu hari ini. Penganalisis berkata,tawaran MMC itu bukanlah baru kerana syarikat itu pada O ktober lalu, sudah mengemukakancadangannya bersama sebuah konsortium, yang dikatakan turut disertai KWSP, bagimengambilalih 5 5 .2 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd dalam UEM. Langkah itu,membolehkan MMC memiliki syarikat lain yang dikuasai UEM termasuk PLUS, Faber GroupBhd, UEM Land Holdings Bhd dan Time Engineering Bhd. Bagaimanapun, penganalisis berkata,cadangan itu tidak menjadi kenyataan berikutan KWSP mengumumkan pakatannya denganUEM dalam membuat tawaran mengambil alih PLUS.Pakatan UEM Group-KWSP mengemukakan tawaran bersama RM2 3 bilion atau RM4.60sesaham untuk mengambil alih PLUS, sebelum Jelas Ulung pula muncul membuat tawaranRM2 6 bilion atau RM5 .20 sesaham. Penganalisis itu berkata, nisbah kebarangkalian Jelas Ulungmemiliki PLUS pula amat tipis kerana Bank Negara Malaysia (BNM) kini lebih berhati-hatidalam mengawal kemasukan modal asing khususnya dalam jumlah yang besar yang dijanadaripada hutang bank luar negara dalam usaha mengekalkan kestabilan sistem kewangan negara.Katanya, kawalan ketat Bank Negara itu akan menjadi penghalang kepada Jelas Ulung yangdikatakan sudah mendapat persetujuan sokongan dana pembiayaan berjumlah RM33 biliondaripada BO CI Asia Ltd, anak syarikat Bank of China Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.“Lazimnya, bagi pengambilalihan atau pelaksanaan projek infrastruktur, syarikat akanmenerbitkan bon untuk mengumpul dana dan bukannya membiayainya menerusi pinjaman dariluar negara kerana syarikat atau projek sebegitu hanya memberi pulangan dalam jangkapanjang,” katanya. Pengarah Jelas Ulung, Tan Sri Ibrahim Zain, ketika dihubungi semalamberkata, dana RM3 3 bilion itu bukanlah dana asing tetapi dana daripada institusi kewangantempatan yang akan dijamin oleh BO CI Asia.1 1 Januari 2 011 (Selasa)Projek lebih RM50j wajib lalui EPUBERMULA tahun ini semua projek kerajaan yang bernilai lebih RM5 0 juta diwajibkan melaluipenelitian makmal pengurusan nilai di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteribagi memastikan pembangunannya dibuat mengikut kos yang sepatutnya serta memenuhikeperluan sebenar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,berkata makmal dianggotai pegawai kementerian dan agensi pelaksana itu akan meneliti setiapaspek pembangunan projek baru di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) danmenilai semula sebahagian projek RMKe-9 bagi mengelak pembaziran dalam melaksanakannya.

Pada 1 8 O ktober tahun lalu, pakatan UEM Group dan KWSP mengemukakan tawaran bersamabernilai RM2 3 bilion atau RM4 .6 0 sesaham untuk mengambil alih PLUS. PLUS kemudianmenetapkan 2 3 Disember sebagai tarikh untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM)bagi membentangkan kepada pemegang saham berhubung tawaran pengambilalihan yangdikemukakan UEM Group dan KWSP itu. Bagaimanapun tiga hari sebelum EGM itu sepatutnyadiadakan, sebuah syarikat persendirian, Jelas Ulung Sdn Bhd telah mengemukakan tawaran lebihtinggi bernilai RM2 6 bilion atau RM5 .20 sesaham. Susulan tawaran daripada Jelas Ulung itu,Lembaga Pengarah PLUS menangguhkan EGM itu ke satu tarikh baru yang akan ditetapkan. Iajuga menetapkan syarat serta tarikh akhir bagi penerimaan sebarang tawaranpengambilalihannya. Selain Jelas Ulung, konglomerat MMC Corporation Bhd turut dilaporkanakan membuat kemunculan terakhir sebagai pembida ketiga.Menjelaskan kedudukan syarikatnya dalam cadangan mengambil alih PLUS, Pengarah JelasUlung, Tan Sri Ibrahim Zain, berkata pihaknya tidak mengemukakan tawaran baru ataumeletakkan deposit kerana syarat baru yang ditetapkan pengendali konsesi tol itu di luarjangkaannya. “Pengumuman syarat baru oleh PLUS menyebabkan kami terpaksa membuatperubahan ketara terhadap cara syarikat mendapatkan sumber kewangan bagi membiayaipengambilalihan itu. “Berikutan saiz urus niaga itu yang sangat besar, setiap perubahanmemerlukan tempoh masa untuk dimuktamadkan. Kami tidak memiliki tempoh mencukupi,”katanya dalam satu kenyataan semalam. MMC Corporation Bhd dalam kenyataannya kepadaBursa Malaysia pula berkata, ia masih belum menerima maklum balas daripada kerajaanberhubung cadangannya mengambilalih PLUS menerusi pembelian kepentingan UEM GroupBhd daripada Khazanah Holdings Bhd yang dikemukakannya pada 4 O ktober lalu. “Syarikatakan membuat pengumuman berkaitan kepada Bursa Malaysia jika ada sebarang perkembanganterkini berhubung cadangan itu,” katanya.1 1 Januari 2 011 (Selasa)Syor badan bebas urus 1CareKUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mewujudkan sebuah badan bebas khas dengan kuasaautonomi untuk mengurus dana Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care yang dicadang tanpacampur tangan Kementerian Kesihatan. Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan AwamMalaysia (PPPKAM), Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid, berkata penubuhan badan bebasakan mengelakkan konflik kepentingan dan memastikan proses tadbir urus dana yang akanmembiayai kos penjagaan kesihatan itu lebih efektif. "Fungsi pembiaya dana dan penyampaiperkhidmatan kesihatan harus dikendalikan dua organisasi berbeza bagi memastikan pemberiandana dapat dilakukan secara adil kepada pembekal perkhidmatan dari sektor kerajaan dan sektorswasta," katanya kepada Berita Harian.Syed Mohamed mengulas cadangan pelaksanaan skim 1 Care yang akan menggunapakai konsepPerkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di United Kingdom bagi meningkatkan akses rakyatkepada khidmat penjagaan kesihatan lebih baik. Beliau juga mencadangkan kerajaan melakukanpenilaian terperinci fungsi kementerian yang ketika ini bertindak sebagai pembiaya, penggubalpolisi, pemberi perkhidmatan, pemantau dan pengawal selia, penyelidik dan pendidik, serentakdengan penilaian terhadap Skim 1 Care. "Seharusnya, kementerian menumpukan perhatiansebagai pemberi perkhidmatan dan mungkin sebagai pemantau. Fungsi lain akan dapatdikendalikan dengan dengan lebih baik oleh organisasi lain. Fungsi pendidikan dan penyelidikanlebih sempurna dilakukan oleh universiti tempatan," katanya.

Syed Mohamed yang juga Profesor Ekonomi Kesihatan dari United Nations University-International Institute of Global Health (UNU-IIGH), Universiti Kebangsaan Malaysia, turutmencadangkan kerajaan membabitkan pakar dalam bidang ekonomi kesihatan dalam merancangdan menilai Skim 1 Care. Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkancadangan skim 1 Care itu akan menggunakan konsep NHS UK dengan semua klinik kerajaan danswasta akan digabungkan di bawah satu skim yang dibiayai sebuah dana khas yang membabitkanperkongsian kos antara beberapa pihak, termasuk kerajaan dan rakyat. Liow berkata, kertascadangan skim yang juga sebahagian daripada kajian pelan induk menstruktur semula sistemkesihatan negara akan disiapkan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun selepas mendapat lampuhijau daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu. Melalui skim itu, kira-kira8 00 klinik kerajaan dan lebih 7 ,0 00 klinik swasta akan berfungsi sebagai doktor keluarga rakyat.1 2 Januari 2 011 (Rabu)Bonus lebih tinggiPUTRAJAYA: Kira-kira 5 .7 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dijangkamenikmati kadar bonus lebih tinggi bagi 2010 berbanding lima peratus pada 2 009. Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman mengenaikadar bonus itu akan dibuat selewat-lewatnya akhir bulan ini. "Berdasarkan kejayaan danpencapaian yang dicatatkan Tabung Haji sepanjang tahun lalu yang didapati lebih baikberbanding tahun 2 0 09, kita mengharapkan kadar bonus 2 0 1 0 lebih tinggi berbanding limaperatus pada tahun sebelumnya. "Bagaimanapun, semua bergantung kepada keputusanperbincangan antara semua pihak terbabit," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan 13agensi pengurusan hal-ehwal Islam di bawahnya dan majlis penyampaian amanat 2 0 11 di sini,semalam.Februari tahun lalu, Tabung Haji mengumumkan bonus bagi pendeposit lima peratus bagi 2 0 0 9membabitkan anggaran bayaran RM1 .1 bilion kepada pemegang akaunnya. Pendeposit TabungHaji turut menikmati pembayaran bonus interim 2 .25 peratus bagi separuh tahun pertama2 009 yang dibayar pada O ktober tahun sama. Mengenai tempoh giliran menunaikan haji, JamilKhir berkata, kajian sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah pemohon layak menunaikanibadah itu khususnya bagi mereka yang berusia 6 5 tahun dan ke atas. "Keutamaan diberikepada pemohon berusia 7 5 tahun dan ke atas yang mempunyai cukup simpanan dalam akaunmasing-masing. "Kita juga mengkaji sama ada mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas akanmenikmati keistimewaan ini, memandangkan mereka mewakili kira-kira 2 0 peratus daripadajumlah keseluruhan pemohon," katanya. Mengulas mengenai pindaan Akta Perihal Dagangan1 972, beliau berkata, ia akan dibentangkan pada sesi Parlimen Mac ini, selepas gagal berbuatdemikian pada sesi Parlimen yang lalu.

1 2 Januari 2 011 (Rabu)Audit syarikat bungkus minyak masakKUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kinimelakukan pemeriksaan dan mengaudit semua syarikat pembungkusan semula minyak masak dinegara ini bagi membendung kekurangan bekalan di pasaran. Menterinya, Datuk Seri IsmailSabri Yaakob, berkata pemeriksaan itu bagi mengenal pasti punca kekurangan bekalan bahanmentah itu sejak beberapa minggu lalu. "Kita melakukan pemeriksaan ke atas semua syarikatpembungkusan semula minyak masak untuk tahu ke mana hilangnya minyak masak itu dipasaran."Selain itu, kita juga akan periksa pemborong dan peruncit bagi mengenal pasti mengapa bahanitu tidak boleh sampai ke pengguna," katanya selepas melancarkan produk Takaful KeluargaBank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) hasil kerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad(Etiqa Takaful). Ismail Sabri berkata, setakat ini, pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atasenam syarikat dan menyita satu syarikat berhubung kekurangan bekalan itu di pasaran."Sekiranya mereka didapati bersalah melakukan penyelewengan sehingga menyebabkankurangnya bekalan minyak masak di pasaran, kita akan mengambil tindakan keras mengikutAkta Kawalan Bekalan 1 961," katanya.Di MARANG: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)Terengganu menyita sebuah premis membungkus minyak masak tidak berlesen dan merampas4 ,000 kilogram minyak masak bernilai RM1 0 ,0 00 di Kampung Padang Lebam, Bukit Payong,di sini, semalam.1 3 Januari 2 011 (Rabu)Ada JKKK, JKKP hasut minta bantuan lebihSEJAJAR usaha kerajaan menangani isu kemiskinan bandar, luar bandar dan kemiskinan tegar,pelbagai bantuan diberi demi membaik pulih taraf kehidupan rakyat. Rancangan MalaysiaKelapan (RMK-8 ) menyaksikan pelaksanaan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagimengukur dan mendapatkan perangkaan lebih tepat mengenai tahap kemiskinan isi rumah diMalaysia. Menyusul pula Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9 ) yang turut menumpukankeseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar serta Rancangan MalaysiaKesepuluh (RMKe-1 0 ) yang menjurus kepada membangunkan sosio ekonomi inklusif danjaringan keselamatan sosial. Sebanyak RM49.2 billion atau 2 3 peratus daripada RM212 billionyang diperuntukkan dalam Bajet 2 011, disalurkan ke arah pembangunan negara. Malah, satudaripada empat strategi Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri NajibRazak adalah mensejahterakan hidup rakyat. Betapa kerajaan berusaha keras dalam membasmikemiskinan rakyat!Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan, Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah pengendalian Kementerian Kemajuan LuarBandar dan Wilayah dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) melalui pengelolaan Syarikat PerumahanNegara Berhad menunjukkan betapa bertuahnya golongan miskin di Malaysia berbanding negaraluar. Tiga projek di bawah pengawasan tiga badan yang berbeza bukan sekadar membaik pulihrumah uzur tetapi yang sesuai dibaiki, malah membina baru atau membina semula rumah yangsudah uzur dan tidak sesuai dibaiki.

Demikian prihatin kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. Biar apapun parti naunganrakyat, tidak pernah kerajaan mengamalkan pilih kasih atau berat sebelah. Walau di kawasanpembangkang sekalipun, kerajaan tetap memberi perhatian terhadap golongan miskin. Apakahpula sumbangan kita sebagai rakyat yang menerima bantuan? Haruskah kita terlalu memintapada masa kita sedang dibantu?Sesekali pandang dari perspektif kontraktor yang sanggup menerima tanggungjawab menyiapkankemudahan kepada rakyat miskin contohnya tempat tinggal. Walaupun mereka tahukeuntungannya tidak seberapa dek kerana kenaikan harga bahan binaan, upah tukang rumah,kos menyewa jentera dan kos kasar yang lain. Itu belum termasuk yang kurang bernasib baikterpaksa pula berhadapan dengan kerenah tuan rumah yang meminta diadakan itu dan ini diluar garis panduan dan spesifikasi ditetapkan kerajaan. Menteri Kemajuan Luar Bandar danWilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pernah berkata, pemimpin Jawatankuasa Kemajuan danKeselamatan Kampung (JKKK) termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan KampungPersekutuan (JKKP) ibarat ' menteri' . Mereka perlu tahu apa yang berlaku dan dirancangkerajaan agar rakyat terutama masyarakat luar bandar tahu dan faham apa yang berlaku. JKKKperantara wakil rakyat dan kerajaan dengan penduduk setempat. Ramai yang menjalankan tugasdengan baik dan amanah. Dalam Bajet 2 011 dinyatakan elaun kehadiran mesyuarat ahli JKKKdan JKKP dinaikkan daripada RM3 0 menjadi RM50. Siapa lagi yang hendak memberikan elaunseperti itu?Sayangnya, masih ada segelintir yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan sepatutnya danbertindak mempengaruhi penduduk yang mendapat bantuan kerajaan supaya meminta lebihdaripada yang sepatutnya. Sungguh menyedihkan.HIDAYAH AZHAR, Pulau Pinang.1 7 Januari 2 011 (Isnin)Rencana - MTR Hong Kong model terbaik untuk SPAD laksana MRTOleh Ratinawati Rasidi ratinawati@bharian.com.myPengurusan cekap dengan menggabungkan pembangunan hartanah diakui antara sistem terbaikduniaTERDENGAR desas desus mengatakan projek Aliran Transit Massa (MRT) menghubungkanSungai Buloh-Kajang sukar untuk dilaksanakan berdasarkan faktor tertentu serta pengalamannegara mengendalikan projek berskala besar sebelum ini. Beberapa faktor lain termasuk isupengambilan tanah, bantahan daripada pihak tertentu termasuk parti pembangkang dan tekanandaripada pemaju berpengaruh untuk mengubah penjajaran itu. Namun, bantahan seperti itubukanlah sesuatu yang baru di negara ini. Projek mega seperti pembangunan Putrajaya, MenaraBerkembar KLCC, Litar Formula 1 Sepang dan beberapa projek lagi, pada awalnya memangditentang keras pelbagai pihak. Namun ia tetap diteruskan kerana bekas Perdana Menteri, TunDr Mahathir Mohamad ketika itu yakin ia bukan projek sia-sia. Belajar daripada pengalamanlalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertindak selaku penyelia projekmelakukan kajian menyeluruh sebelum kerja pembinaan MRT Sungai Buloh-Kajang dimulakanpada Julai 2 0 1 1 . Antara langkah yang diambil dengan melakukan lawatan kerja ke Hong Kong,baru-baru ini. Delegasi Malaysia diketuai Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albarmengadakan lawatan kerja selama empat hari ke negara itu.

Kunjungan antara lain bertujuan, mempelajari daripada syarikat MTR Corporation Ltd (MTR)mengenai kaedah pembangunan dan penyelenggaraan perkhidmatan MRT yang menjadi nadiutama kepada tujuh juta penduduk negara itu. Selain itu, MTR dikatakan mempunyai modelpembangunan projek landasan sekali gus hartanah yang terbaik di dunia. Apatah apabila usahamereka membuahkan hasil dan ia menjadi pengangkutan penting di negara pelabuhan sibuk dirantau Asia itu. MTR ditubuhkan pada 1 975 dengan misi untuk membangunkan danmengendalikan perkhidmatan landasan berdasarkan prinsip komersial bijak. Ia bertujuanmenyediakan perkhidmatan sistem bandar metro untuk memenuhi keperluan pengangkutanpenduduknya. Kerajaan Hong Kong adalah pemilik saham terbesar MTR Corporation Ltd.Syarikat itu distruktur semula pada Jun 2 0 0 0 selepas pihak Pentadbiran Kerajaan Wilayah Khasmenjual 2 3 peratus kepentingan saham kepada pelabur swasta dalam tawaran umum terbuka.Saham MTR disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada 5 O ktober 2000.Pengurus Kawalan O perasi MTR, Ronnie CM Tong berkata, setakat ini MTR berjaya membina8 2 stesen di atas landasan sepanjang 1 7 4 .7 kilometer yang menggerakkan 1 ,698 gerabak."Perkhidmatan ini di kendalikan oleh empat Pusat Kawalan O perasi (O perating Control Centre- O CC) iaitu Tsing Yi, Fo Tan, Kam Tin dan Tuen Muen. Empat O CC ini mengawal perjalanansembilan laluan landasan utama termasuk laluan tren ekspres (Airport Express) ke lapanganterbang dan laluan landasan transit ringan, "katanya ketika menyampaikan taklimat kepadakumpulan wartawan Malaysia. Ronnie berkata, selain memastikan operasi 2 4 jam sehari berjalanlancar, keselamatan penumpang adalah keutamaan syarikat. Ini kerana gerabak bergerak secaraautomatik tetapi di setiap stesen seorang kakitangan ditempatkan untuk memastikan setiapmasalah di selesaikan dengan pantas. MTR juga membina 1 1 depoh untuk memastikan setiaptren diselenggara sekerap dua minggu sekali.Penulis berkesempatan merasai perkhidmatan yang ternyata luar biasa. Paling menarik perhatian,pergerakan eskalator yang pantas dan semua tren sampai tepat pada masanya. Perkara ini diakuiRonnie kerana kadar ketepatan masa tren tiba di destinasi adalah 9 9 peratus. Ini menjadikanperkhidmatan MTR Hong Kong antara yang paling cekap di dunia dan menjadi pilihan separuhdaripada tujuh juta penduduk negara itu. Setiap hari perkhidmatan ini digunakan oleh empathingga 4 .5 juta penduduknya. MTR menyediakan perkhidmatan rel, perkhidmatan penghubungantara rel dan penempatan penduduk juga disediakan. Bas pengantara menjadikan perkhidmatanini lebih cekap. Perkara ini dapat penulis perhatikan ketika melawat Stesen Hong Kong danSentral. Stesen bas menghubungkan kedua-dua stesen itu dan ini memudahkan penumpang.Jadual setiap perjalanan bas turut seiring dengan jadual perjalanan tren, ia sungguhmemudahkan penumpang. Ketua O perasi Sokongan dan Wilayah Barat, Ivan Lai Ching Kaiberkata, selain menawarkan perkhidmatan pengangkutan, MTR turut memberi peluangperniagaan. Stesen Hong Kong menempatkan Maritime Square. Peniaga berpeluang untukberniaga dan hasil sewa premis menjadi penyumbang kepada pendapatan syarikat. Ia jugamemberi peluang kepada penumpang untuk membeli belah. "Kini orang ramai bukan hanyamampu membeli-belah di pusat beli-belah di atas malah di bawah tanah.Apatah lagi modul perkhidmatan MTR menawarkan kediaman, perkhidmatan pengangkutan danpusat beli-belah, " katanya ketika memberi taklimat kepada wartawan di Stesen Hong Kong.Selain Maritime Square, MTR adalah pemilik pusat beli-belah Emerald dan ia adalah yangterbesar di Hong Kong. Konsep membangunkan hartanah di bawah satu bumbung stesenperkhidmatan rel ini adalah antara contoh pembangunan dan pengurusan terbaik di dunia padamasa kini. MTR berjaya membangunkan modul terbabit. Sementara itu, bagi mereka yangpertama kali berkunjung ke Hong Kong, tidak sukar untuk menggunakan perkhidmatan MTRkerana setiap petunjuk arah dipermudahkan. Penggunaan simbol, anak panah papan tanda danlaluan keluar daripada stesen bawah tanah ke permukaan sememangnya mesra pengguna. Malahtiket kembara untuk pelancong turut disediakan.

Ia memudahkan pelancong untuk bergerak ke destinasi pilihan mengikut jumlah hari merekaberada di negara itu. Begitu juga kemudahan untuk penumpang kurang upaya, perkhidmatan lifdan laluan orang buta turut disediakan. MTR memastikan perkhidmatan sentiasa cekap danmengekalkan sifar kegagalan sistem mahupun gangguan ketika persinggahan tren antara satustesen ke satu stesen. Bagi memudahkan lagi perkhidmatan, MTR turut memperkenalkan kadO ctopus iaitu kad pelbagai kegunaan untuk memudahkan pengguna. Kad yang fungsinya seakantouch n go di Malaysia itu mempunyai kelebihan kerana ia bukan hanya boleh digunakan disemua stesen MTR tetapi di sekolah, 7 Eleven, kedai runcit dan menambah nilai juga mudah.Kad ini amat popular dalam kalangan penduduk Hong Kong.Seandainya projek MRT yang bakal menghubungkan Sungai Buloh-Kajang mampu menawarkanperkhidmatan sebegini, sudah pasti masalah kesesakan mampu diatasi. Malah kecekapan MTRseharusnya dicontohi oleh perkhidmatan pengangkutan rel awam yang sedia ada di negara ini.Justeru, Syarikat Prasarana Negara Berhad selaku operator projek itu turut berada di HongKong untuk melihat sendiri kaedah mahupun model pembangunan landasan yang sesuai untukdi terapkan projek MRT negara. Lawatan empat hari itu ternyata memberi pelbagai idea kepadamereka untuk melakar model perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Ia sekali gus membuktikanprojek ini bukan sekadar membabitkan belanja besar tetapi ia juga mampu menjana pendapatansendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd NurKamal berkata, kunjungan itu sendiri membawa pelbagai ilham kepada pihaknya mengenaimodel pembangunan landasan yang bakal dibangunkan menerusi projek itu nanti. Malahpihaknya bercadang untuk melihat beberapa lagi contoh perkhidmatan lain di beberapa negarasebelum upacara pecah tanah dilaksanakan pada Julai 2 011.(Penulis bersama delegasi SPAD melawat Hong Kong baru-baru ini)1 7 Januari 2 011 (Isnin)Rencana- Kawasan letak kereta mesti cukup supaya sistem lancarMERANCANG pembinaan infrastruktur pengangkutan awam seperti perkhidmatan rel AliranTransit Massa (MRT) bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perludipertimbangkan apatah lagi jika ia membabitkan pelbagai pihak. Kerja merancang, pembinaan,jenis modul perkhidmatan, dana projek dan bahan binaan perlu diteliti dengan sebaik mungkin.Pakar Pengangkutan Awam, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti SainsSosial dan Kemanusiaan, UKM, Prof Dr Abdul Rahim Md Nor berkata, terdapat beberapaperkara yang perlu dititik beratkan oleh pemaju projek terbabit jika mahu perkhidmatan ituberjaya. Antaranya, kawasan letak kereta yang mencukupi. Ia penting untuk menggalakkan danmemudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan MRT. Katanya, jika ingin melihatperkhidmatan MRT berjaya, pembangun projek itu perlu mengambil kira kawasan letak keretayang mencukupi. Ia kerana „park and ride‟ adalah satu keperluan dengan syarat ia tidakdisalahgunakan.Masyarakat Malaysia masih sukakan kereta. O leh itu peranan „park and ride‟ adalah penting.Landasan sepanjang 6 0 Kilometer itu bakal mempunyai 3 5 stesen. Beliau yang membuat kajianberhubung perkhidmatan landasan di sekitar Lembah Klang mendapati banyak ruang letakkereta yang sering disalahgunakan oleh pengguna. Perbuatan itu membabitkan stesen yangberdekatan dengan pusat bandar. Stesen luar bandar pula tidak menghadapi masalahsedemikian. “Kebanyakan pengguna terbabit, meletakkan kenderaan mereka di kawasan letakkereta stesen pengangkutan rel selama satu atau dua jam.

Mereka sekadar menumpang meletakkan kenderaan tetapi tidak menggunakan perkhidmatanitu. “Ini antara penyalahgunaan yang berleluasa terutama di stesen berdekatan pusat bandar,”katanya ketika diminta mengulas mengenai perkhidmatan MRT yang bakal diperkenalkan dinegara ini. Bagaimanapun, usaha kerajaan untuk mencontohi integrasi pembangunan hartanahdan stesen MTR Hong Kong mendapat pujian beliau. Usaha itu sudah lama dibangunkan olehsyarikat terbabit. Ini adalah antara usaha yang perlu dicontohi oleh Malaysia dalam usahamendapatkan dana untuk menampung kos operasi. “Hong Kong sudah lama melakukan usahaitu. Ini membolehkan sektor pengangkutan awam mereka berkembang. Rakyat negara ini perluingat ia bukan beban kepada penumpang, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukan bebankerajaan. Ia berdiri sendiri. “Pembangunan perkhidmatan ini membabitkan dua kos.Pertama infrastruktur dan kedua operasi. Infrastruktur memang dibiayai sepenuhnya olehkerajaan tetapi kos operasi seperti penyelenggaraan, gaji, elektrik dan sebagainya perlu ada danauntuk membiayainya,” katanya. Prof Abdul Rahim berkata, perkhidmatan MRT jugamemerlukan sokongan perkhidmatan pelengkap seperti Bus Rapid Transit (BRT). Ini kerana BRTberperanan sebagai pelengkap untuk melancarkan perkhidmatan terbabit. “Perkhidmatan BRTyang sedia ada terlalu kecil jumlahnya dan peranannya juga kurang jelas malah tidak meluas,”katanya. Demi memastikan perkhidmatan itu dimanfaatkan sepenuhnya, kerajaan perlumemastikan pengiklanan serta kempen penggunaan pengangkutan awam dalam kalanganpenduduk. Malah kempen mengurangkan kenderaan peribadi, hatta memperkenalkan peraturanperlu wujud untuk membendung kenderaan memasuki kawasan pusat bandar pada waktupuncak. “Kalau di London setiap kenderaan yang memasuki kawasan pusat bandar raya akandikenakan bayaran sehingga RM6 0 setiap kali. Kita di Kuala Lumpur masuk keluar adalahpercuma ini yang menjadi punca kesesakan. Ditambah pula perkhidmatan pengangkutan awamyang sedia ada agak kurang memuaskan, ”katanya. Sekalipun wujud MRT itu nanti, kerajaanperlu memastikan ia tidak meminggirkan perkhidmatan rel yang lain mahupun perkhidmatan basatau teksi. Ia seharusnya bergerak seiringan dalam sistem pengangkutan awam negara yangcekap seterusnya memastikan matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2 0 2 0tercapai.

2 8 Januari 2 011 (Jumaat)JKM perkenal prosedur baru percepat bantuanOleh Omar Osman bhnews@bharian.com.myPegawai berkuasa lulus permohonan ikut syarat sebelum siasatanSUNGAI PETANI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperkenalkan prosedur barudalam proses meluluskan permohonan bantuan daripada jabatan itu, dengan memberi kuasakepada pegawai meluluskan permohonan yang menepati syarat terlebih dulu, sebelum disusulisiasatan mengikut kes. Ketua Pengarahnya, Datuk Memey Zainal Rashid, berkata prosedur baruitu yang dilaksanakan mula tahun ini bertujuan mempercepatkan kelulusan permohonanmendapatkan bantuan kebajikan. Katanya, ini berikutan JKM menerima banyak rungutanmengenai kelewatan memproses permohonan mengikut prosedur lama, iaitu siasatan dilakukanterlebih dulu sebelum diberi kelulusan. Beliau berkata, prosedur baru itu diharap dapatmemudahkan pihak yang memerlukan, mendapat bantuan JKM tanpa perlu menunggu terlalulama sehingga beberapa bulan. “Mengikut prosedur baru, pegawai akan meluluskan terlebihdulu permohonan yang menepati syarat dan selepas itu siasatan dibuat mengikut kes. Jikasiasatan mendapati pemohon melakukan penipuan, bantuan akan ditarik balik serta-merta."Sehubungan itu, kita nasihatkan pemohon mengisi maklumat dengan jujur bagi memudahkanurusan," katanya selepas menghadiri majlis meraikan persaraannya bersama kakitangan JKMKedah dan Perlis di sini, malam kelmarin.Hadir sama, Pengarah JKM Kedah, Zulkifli Ramli dan Timbalan Pengarah JKM Perlis, Ku ChikKu Mat Isa. Memey, 58, menyertai JKM sejak 3 4 tahun lalu dan memulakan perkhidmatansebagai pegawai jabatan itu di Wilayah Persekutuan dan memilih bersara pada 1 Februari ini,iaitu lapan bulan lebih awal daripada tarikh sebenar iaitu O ktober depan. Katanya, setiap bulanJKM di seluruh negara menerima beribu-ribu permohonan mendapatkan bantuan dan ia adalahantara punca permohonan lewat diproses. “Sehubungan itu, kita harap melalui kaedah barunanti, ia dapat memperbaiki sistem penyampaian jabatan berkenaan,” katanya yang berterimakasih kepada semua kakitangan jabatan itu yang menunjukkan komitmen tinggi membantumempercepatkan proses kelulusan bantuan yang diterima daripada orang ramai. Beliau berkata,bilangan penerima bantuan JKM meningkat dengan ketara yang mana pada 2 008 jumlahnyakira-kira 200,000 orang dengan peruntukan RM6 50 juta dan tahun lalu meningkat kepada4 00,000 orang dengan peruntukan RM1 bilion.

2 8 Januari 2 011 (Jumaat)Terminal awam perlu lesen operasiOleh Syed Azwan Syed Ali syedazwan@bharian.com.mySPAD boleh kawal selia tingkat khidmatKUALA LUMPUR: Semua terminal pengangkutan awam darat di negara ini perlu mendapatkanlesen operasi daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) apabila AktaPengangkutan Awam Darat 2 010 dikuatkuasakan, akhir bulan ini. Langkah itu bagimembolehkan SPAD mengawal selia operasi stesen dan terminal pengangkutan awam darat yangmengendalikan perkhidmatan bas, teksi dan tren dengan lebih efektif untuk kegunaan 1 .6 jutapengguna setiap hari. Melalui akta itu, SPAD antara lain mempunyai kuasa menetapkan kadarcaj dikenakan kepada pengusaha bas ekspres atau teksi yang beroperasi dari stesen atau terminaltermasuk menetapkan waktu operasi. Difahamkan, sebuah jabatan khas iaitu Bahagian O perasiNegeri dan Pelesenan Terminal SPAD ditubuhkan bagi tujuan menguatkuasakan peraturan baruitu yang merangkumi semua terminal pengangkutan awam di 1 4 negeri, termasuk Stesen KLSentral dan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Peraturan baru itujuga merangkumi kaunter jualan tiket pengangkutan awam di kompleks beli belah, hotel danlapangan terbang. Sumber industri berkata, syarat pelesenan itu membolehkan SPADmenyeragamkan standard operasi terminal dan stesen pengangkutan awam yang ketika ini tidakdikawal selia menyebabkan mutu perkhidmatannya adalah berbeza mengikut kawasan. Katanya,langkah itu sejajar hasrat kerajaan meningkatkan peratusan pengguna pengangkutan awam dari1 6 peratus kepada 2 5 peratus menjelang 2012. “SPAD mempunyai kuasa mengawal seliadengan menetapkan waktu operasi, penyenggaraan dan pengendalian terminal termasukmemutuskan caj dikenakan kepada pengusaha pengangkutan awam seperti bas dan teksi diterminal dengan mengambil kira kepentingan semua pihak,” katanya.Akta Pengangkutan Awam Darat 2 0 1 0 (Akta 715) dijangka dikuatkuasakan 3 1 Januari ini,membolehkan SPAD menjalankan fungsinya sebagai pemantau dan pengawal selia tunggal bagisemua kategori pengangkutan awam darat termasuk 1 4 ,0 00 bas mini, bas henti-henti dan basekspres, 40,0 00 teksi, lebih 3 90 tren dan 200,000 lori pengangkut barang. Mengikut Perkara5 Seksyen 6 mengenai Pelesenan Terminal Akta 7 15, SPAD mempunyai kuasa mengenakanbeberapa syarat bagi setiap permohonan lesen terminal, antara lain menetapkan takat, jam dantahap am perkhidmatan di terminal; menetapkan caj maksimum yang perlu dibayar kepadapemegang lesen terminal oleh pemegang lesen serta pengendali berlesen bagi penggunaanterminal itu; dan menetapkan standard prestasi terminal, selain memastikan tahap sekuritipengguna terjamin. Ketika ini, kebanyakan terminal pengangkutan awam dimiliki dan diuruskanpihak swasta yang menetapkan caj kepada pengusaha bas mini, bas henti-henti atau bas ekspresdan teksi pada kadar bayaran tidak dikawal. Sebelum ini, 5 1 pengusaha bas membabitkan1 ,907 bas ekspres bagi laluan selatan enggan berpindah ke TBS-BTS kerana tidak berpuas hatidengan kadar caj ditetapkan operator hab pengangkutan awam itu sehingga menyusahkan rakyatbagi laluan terbabit.

2 8 Januari 2 011 (Jumaat)Najib jumpa semua menteri nilai KPIOleh Johari Ibrahim, Norfatimah Ahmad, Magendran Rajagopal dan Haika Khazibhnews@bharian.com.myPM mahu kesinambungan sistem penyampaianKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengadakan pertemuan tertutup dengansemua jemaah menteri di kediaman rasminya di Putrajaya bagi menilai Petunjuk Prestasi Utama(KPI) setiap menteri dan kementerian masing-masing sepanjang tahun lalu. Pada pertemuan itu,Perdana Menteri mahu meneruskan pelaksanaan KPI selaras gagasan 1 Malaysia, RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesi taklimat yang bermula jam 1 0 pagi itu diikutidengan pecahan kluster apabila beberapa menteri diberi peluang mengemukakan pandanganberhubung pencapaian kementerian lain. Seterusnya, Perdana Menteri membuat kesimpulan danmemberi pandangan mengenai setiap kementerian sebelum majlis diakhiri dengan minumpetang. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yangdihubungi berkata pertemuan itu membolehkan setiap menteri berkongsi maklumat mengenaipencapaian KPI kementerian masing-masing. “Pada masa sama, ia boleh membantumemperbaiki kelemahan apabila kita mengamalkan budaya keterbukaan,” katanya.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perjumpaan itu bolehmengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan membabitkan kementerian berlainan denganmewujudkan kerjasama bagi memastikan kesinambungan dalam sistem penyampaian. “Kitamendapat penjelasan mengenai perancangan terkini setiap kementerian, selain memaklumkanapa yang dilakukan kementerian bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan rakyat dengankerajaan selain memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik,” katanya. Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata sesi pertemuan itumembolehkan menteri bertukar-tukar fikiran atau memberi pandangan masing-masing. “Sayamisalnya mencadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya menyediakan ruang untuksurau dalam bangunan di kawasan pembangunan baru di bandar raya untuk menyelesaikanmasalah kekurangan tanah untuk pembinaan masjid,” katanya ketika dihubungi. MenteriWilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pulaberkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana persahabatan, selain mendapat nasihat panelantarabangsa yang berpengaruh.

2 8 Januari 2 011 (Jumaat)Bank Negara umum tiga penolong gabenor baruDARI kiri, Donald Joshua, Abu Hassan dan Marzunisham Omar.BANK Negara Malaysia mengumumkan pelantikan Donald Joshua Jaganathan, Abu HassanAlshari Yahaya dan Marzunisham O mar sebagai Penolong Gabenor baru berkuat kuasa 1Februari ini. Bank pusat itu dalam kenyataannya semalam berkata, Donald Joshua kini akanbertanggungjawab untuk Jabatan Pemantauan Konglomerat Kewangan, Pemantauan Insuransdan Takaful serta Pemantauan Perbankan. Sebelum pelantikannya, beliau adalah PengarahJabatan Kewangan Bank Negara dan pernah bertugas di beberapa jabatan lain di bank pusat itutermasuk bahagian Pemantauan Perbankan dan Insurans, Undang-Undang Insurans, PengawasanKewangan dan Pengurusan Strategik. Beliau adalah lulusan Universiti Malaya dan ahli InstitutAkauntan Malaysia serta mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Cranfield School ofManagement, United Kingdom (UK). Sementara itu, Abu Hassan Alshari yang sebelumnya iniadalah Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Bank Negara akan bertindak sebagai Setiausahakepada Lembaga Pengarah Bank Negara.Beliau akan turut memantau beberapa jabatan lain di bank pusat itu termasuk Kewangan,Komunikasi Strategik, Perkhidmatan Korporat, Perkhidmatan Pengurusan Hartanah, PusatPanggilan Bersepadu Bank Negara (BNMLINK) dan pejabat serantau, bahagian keselamatanserta Galeri Seni dan Muzium. Antara pengalamannya di bank pusat itu sebelum ini termasukdalam bidang pemantauan dan perundangan. Beliau mempunyai ijazah ekonomi dari MonashUniversity, Australia. Bank Negara berkata, Marzunisham O mar pula akan bertanggungjawabterhadap jabatan Modal Insan Strategik, Pengurusan Strategik, Pusat Pembangunan Modal Insandan Perkhidmatan Teknologi Maklumat selain Unit Perkhidmatan Sumber Manusia. Sebelumpelantikannya, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Ekonomi serta JabatanPembangunan Kewangan dan Enterpris. Marzunisham yang pernah berkhidmat di JabatanAntarabangsa dan Perundangan Bank juga adalah ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)Bank Negara. Beliau mempunyai ijazah sarjana dan sarjana muda ekonomi dari University ofCambridge, UK.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!