02.06.2015 Views

ucapan aluan ketua audit negara sempena sambutan hari audit ...

ucapan aluan ketua audit negara sempena sambutan hari audit ...

ucapan aluan ketua audit negara sempena sambutan hari audit ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

UCAPAN ALUAN

KETUA AUDIT NEGARA SEMPENA

SAMBUTAN HARI AUDIT 1MALAYSIA

DI KUANTAN, PAHANG

1 OKTOBER 2012

1

YAB Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob

Menteri Besar Pahang

YB Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

YB ahli-ahli EXCO Negeri Pahang

YBhg. Dato’ Haji Anwari bin Suri

YBhg. Dato’ Haji Mustafa bin Saman

Dif-dif jemputan

Warga audit seluruh negara

2

Assalamualaikum wbt., Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia

Hari ini merupakan hari yang bersejarah di Kuantan ini yang menyaksikan

satu perhimpunan terbesar para juruaudit sektor awam yang pernah

diadakan di Negeri Pahang dimuliakan pula dengan kehadiran tetamu

terhormat, YAB Menteri Besar Pahang, Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob

dan diserikan dengan kehadiran ketua2 jabatan dan agensi negeri di

seluruh negara. Saya amat bersyukur kerana kita sekali lagi dapat

berhimpun untuk meraikan Hari Audit 1Malaysia yang dahulu di panggil

3

Hari Audit Se Malaysia sambil meraikan kejayaan jabatan dan agensi

Kerajaan yang cemerlang dalam pengurusan kewangan berdasarkan

prestasi pada tahun lalu. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang

dan terima kasih kepada hadirin hadirat sekalian.

2. Kewujudan juruaudit dalam sektor awam, sama ada yang bertugas

dengan Jabatan Audit Negara atau dengan bahagian Audit Dalam di

kementerian2, jabatan dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan

mahupun di negeri2 sejak sekian lama adalah untuk berbakti dan berjasa

membantu penjawat awam di negara kita untuk mencapai kecemerlangan

4

dan tadbir urus yang baik dalam menguruskan kewangan mereka seperti

yang diamanahkan. Audit 1Malaysia melambangkan kesatuan aspirasi

dan iltizam JAN dan UAD melunaskan tanggungjawab masing2 ke arah ini.

3. Dari Melaka ke Negeri Pahang, singgah di Johor beli berangan. Niat

di hati menaburlah jasa, mudah2an Tuhan kabulkan. Begitulah niat di

sebalik mengadakan Hari Audit 1Malaysia ini. Ia itu memperingatkan jasa

dan sumbangan juruaudit sektor awam dalam memantapkan pengurusan

kewangan sektor awam dan juga memperingatkan pihak2 yang diaudit

5

etapa mustahaknya tanggungjawab mereka menguruskan kewangan

dengan penuh berakauntabiliti dan integriti.

4. Tema sambutan Hari Audit 1Malaysia pada kali ini ialah Pemantapan

Pengurusan Kewangan Membantu Transformasi Negara yang kita anggap

sungguh relevan pada masa ini memandangkan proses transformasi

sedang dilaksanakan dengan gigih sekali di berbagai peringkat, sama ada

transformasi Kerajaan dengan bidang2 keberhasilan negara atau NKRA

mahupun Program Transformasi. Ekonomi yang bertujuan melonjakkan

negara ke tahap negara maju berpendapatan tinggi. Seluruh jentera

pentadbiran awam negara kini digembleng untuk melaksanakan berbagai

6

program dan projek yang berkaitan dengan cekap dan berkesan yang

sudah tentu melibatkan perbelanjaan dana awam dan swasta berbilion

ringgit. Dalam konteks ini, juruaudit sektor awam mempunyai peranan

penting untuk menjalankan pengauditan yang berkualiti yang dapat

memberi maklum balas yang tepat dan bernas serta mencadangkan syor2

bagi memperbaiki kelemahan2 yang mungkin timbul dalam perancangan,

pelaksanaan dan pemantauan program dan projek tersebut. Pendek kata,

transformasi yang dilaksanakan oleh penjawat awam memerlukan

pengurusan kewangan yang mantap lagi berintegriti semoga sesuatu

impak yang diingini dapat dihasilkan dan yang dapat menjana value for

7

money. Bagi juruaudit pula kompetensi dan profesionalisme mereka

perlulah sentiasa mantap untuk membolehkan mereka menjalankan tugas

berlandaskan CTI iaitu cepat, tepat dan berintegriti sebagaimana yang

disarankan kepada seluruh penjawat awam.

5. Pada sambutan Hari Audit 1Malaysia tahun ini kita meneruskan

tradisi meraikan dan mengiktiraf jabatan dan agensi Kerajaan yang

mempamerkan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan di bawah

sistem penarafan Indeks Akauntabiliti yang mula diperkenalkan oleh

Jabatan Audit Negara lima tahun yang lepas. Sistem penarafan Indeks

8

Akauntabiliti ini mengukur tahap pematuhan sesuatu jabatan atau agensi

Kerajaan itu terhadap segala peraturan dan prosedur pengurusan

kewangan. Dalam perkara ini kita dapati pada keseluruhannya

pengurusan kewangan sektor awam kita semakin baik dari setahun ke

setahun di mana kebanyakan ketua jabatan dan agensi kerajaan kini lebih

peka kepada tuntutan pengurusan kewangan yang lebih cekap dan

berintegriti. Berdasarkan peningkatan bilangan jabatan dan agensi

kerajaan yang AI nya di tahap cemerlang yang signifikan pada tahun lalu

kami di JAN berpendapat bahawa pelaksanaan sistem penarafan AI telah

menunjukkan impak yang jelas kepada mentransformasikan pengurusan

9

kewangan sektor awam dari perspektif akauntabiliti dan ketelusan

penjawat awam dalam hal2 yang berkaitan dengan pengurusan awam.

Harapan kita dan saya percaya harapan Kerajaan juga agar

kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan mereka yang belum lagi

cemerlang akan berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan

yang dituntut.

6. Untuk makluman YAB Dato Seri dan hadirin hadirat sekalian, pada

tahun 2011 sebanyak 111 badan Kerajaan termasuk kementerian, jabatan

dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri telah berjaya mendapat

10

penarafan cemerlang AI berbanding 10 sahaja pada 5 tahun dahulu dan 77

pada tahun 2010. Ini jelas menunjukkan perkembangan yang sihat dalam

perkhidmatan awam kita. Namun masih banyak lagi badan2 Kerajaan ini

yang perlu meningkatkan AI mereka ke tahap cemerlang yang sebenarnya

tidak mustahil dicapai asalkan ada komitmen dan iltizam untuk bertindak

memperbaiki segala kelemahan.

7. Disebabkan jumlah besar yang memperoleh 4 bintang ini, kami

terpaksa membahagikan majlis penganugerahan ini dalam 2 sesi, iaitu

pada hari ini yang dikhususkan kepada badan2 Kerajaan di peringkat

11

Negeri di seluruh negara manakala sesi kedua pula InsyaAllah diadakan

pada hari Rabu ini, 3 Oktober di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat KSU/

Ketua Perkhidmatan bagi penerima2 peringkat Kerajaan Persekutuan

8. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan

tahniah kepada negeri-negeri yang telah bersetuju dengan saranan kami

supaya diberi insentif kepada setiap jabatan dan agensi negeri yang

berjaya mendapat 4 bintang. Pada kami ia merupakan galakan yang

bermakna dan dapat meningkatkan semangat bekerja untuk sentiasa

mengutamakan kecemerlangan selain sebagai mengiktiraf usaha gigih

12

yang telah mereka lakukan untuk memperbaiki kelemahan. Saya

difahamkan negeri Johor dan Sabah telah pun memberi insentif ini dan

mungkin pada majlis ini YAB Dato Seri juga mahu membuat pengumuman

bagi negeri Pahang pula.

9. Kecemerlangan haruslah menyeluruh. Untuk itu kita menyarankan

supaya Unit Audit Dalam mengadakan lebih banyak pengauditan AI ini di

peringkat PTJ sebagai pelengkap pengauditan yang dilakukan oleh JAN.

Adalah penting dipastikan dari semasa ke semasa setiap PTJ menjalani

13

pengauditan ini supaya kecemerlangan tidak tertumpu di peringkat ibu

pejabat sahaja.

10. Kepada juruaudit-juruaudit sektor awam sekalian, sempena

sambutan Hari Audit 1Malaysia ini, marilah kita memperbaharui azam dan

tekad kita untuk memperkasakan profesionalisme kita, mempertingkat

produktiviti dan berupaya membuat kerja dengan cepat, tepat dan

berintegriti. Profesion juruaudit sektor awam mesti sentiasa siap siaga

menghadapi cabaran-cabaran baru sejajar dengan perkembangan semasa

serta mengambil kira expektasi yang bertambah daripada stakeholders

14

kita. Antara cabaran di hari muka ialah pelaksanaan Accrual Accounting,

outcome-based budgeting, value management, GST, pengauditan projekprojek

raksasa, environmental auditing, ICT auditing dsb. Tidak kurang

pentingnya ialah perhubungan antarabangsa yang melibatkan bantuan

teknikal kepada lebih banyak negara asing. Oleh itu saya berharap anda

sekalian dapat mengikuti dengan tekun Persidangan Juruaudit tahunan

kita yang diadakan bersekali dengan sambutan Hari Audit 1Malaysia

mudah-mudahan dapat memantapkan lagi peranan kita.

15

11. Akhir kalam, sekali lagi bagi pihak hadirin dan hadirat sekalian saya

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

YAB Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang

di atas segala sokongan dan kerjasama bagi menjayakan sambutan Hari

audit 1Malaysia kita, terima kasih daun keladi.

Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!