02.06.2015 Views

UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS PENAMAAN ...

UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS PENAMAAN ...

UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS PENAMAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA

DI MAJLIS PENAMAAN AUDITORIUM AHMAD NOORDIN

DI AKADEMI AUDIT NEGARA

9 NOVEMBER 2006

Y.Bhg. Puan Sri Fatimah binti Hashim

Y.Bhg. Tan Sri Dr. Hadenan bin A. Jalil

Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara dan Pengarah-pengarah

Rakan-rakan mantan warga Jabatan Audit Negara

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Pertama sekali saya memanjatkan syukur kepada Allah subhanahuwataala

kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan, puan-puan, saudarasaudari

sekalian dalam satu perhimpunan penuh bersejarah pada pagi ini

bagi mengenangi dan menghargai jasa Allahyarham Tan Sri Ahmad

Noordin bin Zakaria.

2. Sebelum saya melanjutkan ucapan ini marilah kita samasama

bertafakur dan bagi yang beragama Islam menyedekahkan Fatihah

kepada roh Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin, al-Fatihah ....

3. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan

berbanyak-banyak terima kasih khususnya kepada Y.Bhg. Puan Sri

Fatimah Hashim serta sanak saudara Allahyarham dan juga rakan-rakan

sekerja yang mengenal dan pernah berkhidmat bersama-sama

Allahyarham yang sudi datang ke Majlis Penamaan Auditorium Ahmad

Noordin sebentar lagi. Kami warga audit amat menghargai kehadiran

Puan Sri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

4. Saya rasa tidak perlulah saya memperkenalkan siapa itu

Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin di kalangan warga audit ini.

Memadailah sekiranya saya katakan beliau adalah insan tersohor dalam

bidang pengauditan negara yang mana sumbangan beliau kepada negara

dan profesion audit adalah tidak ternilai dan sewajarnyalah diberi

pengiktirafan. Pada hari yang bersejarah ini kita akan mengabadikan

nama beliau di Akademi Audit Negara ini dengan menamakan auditorium

di Akademi ini sebagai Auditorium Ahmad Noordin semoga nama beliau

terpahat dan sentiasa dikenangi oleh kita semua sebagai tokoh

akauntabiliti dan integriti yang terbilang di tanah air ini.

Harimau mati meninggalkan belang

Manusia mati meninggalkan nama

Ahmad Noordin tokoh terbilang

Besar jasanya tidak terkira

5. Pada saya amatlah tepat pada masanya majlis penamaan

auditorium Ahmad Noordin diadakan pada hari ini semasa warga audit

merayakan Hari Kualiti dan Hari Integriti tahun 2006 yang telah

disempurnakan sebentar tadi. Auditorium ini adalah merupakan salah

satu pusat aktiviti terpenting di Akademi ini yang dapat memberi

sumbangan yang penting kepada percambahan ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang saya pasti dapat memperkasa profesionalisme kepada

warga Jabatan Audit Negara sekalian.

6. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan setinggi

penghargaan kepada mantan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr. Hadenan A.

Jalil kerana inisiatifnya menubuhkan akademi ini. Sungguhpun baru

setahun jagung, Akademi ini semakin disanjungi, termasuk dari pelawatpelawat

luar negara yang kagum dengan kemudahan-kemudahan yang

terdapat di akademi ini. Dalam setahun ini banyak kursus-kursus telah

dapat diadakan. Tentunya ia menjadi kebanggaan kita semua.

7. Harapan dan tugas saya ialah untuk menjadikan Akademi

ini sebagai satu pusat kecemerlangan atau Centre of excellence sebagai

pusat latihan dan penyelidikan bagi warga audit bukan sahaja di tanah air

tetapi juga dari negara luar. Akhir-akhir ini kita telah menerima beberapa

permohonan daripada beberapa negara luar seperti Indonesia,

Cambodia, Yemen dan Iraq bagi mereka menghantar juruaudit mereka

berkursus di akademi ini. Kita telah juga berbincang dengan pihak EPU

untuk menerima Akademi ini sebagai sebuah institusi latihan yang diiktiraf

di bawah MTCP (Malaysian Technical Cooperation Programme).

Peluangnya adalah cerah. Jadi InsyaAllah Akademi ini termasuk

Auditorium Ahmad Nordin, akan memainkan peranan yang lebih luas dan

mengharumkan nama negara kita di persada antarabangsa.

8. Di samping itu kita sedang mengkaji dengan serius

kemungkinan Akademi ini dinaiktarafkan menjadi sebuah Institut yang akan

menganugerahkan diploma dan ijazah dalam bidang pengauditan di mana

juruaudit sektor awam diberi kelayakan sebagai qualified auditors yang

diiktiraf oleh sektor swasta. Saya percaya permintaan untuk juruaudit kita

berkhidmat sebagai independent directors di syarikat-syarikat swasta akan

meningkat dari semasa ke semasa dan sewajarnyalah juruaudit kita diberi

kelayakan sebagai profesional auditors bagi tujuan ini.

9. Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan berbanyakbanyak

terima kasih kepada para hadirin sekalian kerana menyaksikan

penamaan Auditorium Ahmad Noordin sebentar lagi. Terima kasih juga

kepada Y.Bhg. Puan Sri Fatimah kerana membenarkan nama Allahyarham

suami beliau diabadikan di Auditorium ini dan juga kerana dapat hadir pada

majlis ini. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat subhanahuwataala

semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan disemadikan bersama-sama

para salihin.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!