10.07.2015 Views

Saga Oktober 2010 - USM

Saga Oktober 2010 - USM

Saga Oktober 2010 - USM

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SERAUT KALAM DARIPADA PENG-GAWAAssalamualaikum...Apabila berbicara tentangmasalah di desasiswa, sering kali kita tidakboleh lari daripada masalah „pendatangtanpa izin‟ atau singkatannya „PeTI‟. Ialebih sinonim jika disebut „squatting‟. PeTImerupakan penghuni sama ada pelajar USMatau pun bukan yang menginap secaraharam di bilik-bilik asrama desasiwa tanpamembayar sewa atau sebahagian sahajadaripada sewa sebenar. Boleh dikatakanhampir semua desasiswa ada atau pernahmengalami masalah ini. Saujana juga tidakketinggalan. Untuk membanterassepenuhnya penyakit ini adalah suatu yangmustahil jika sikap penghuni sendiri tidakberubah. PeTI ini akan berani mencerobohjika adanya kebenaran daripada penghuniasal sesuatu bilik tersebut. Jika tidak, sudahpasti mereka ini tidak wujud di Saujana.Walaupun penyakit ini ada dikesandi Saujana, namun bilangannya masih kecil.Pelbagai alasan akan diberi sebagai justifikasinyauntuk tinggal percuma atau padakadar yang lebih murah di desasiswa. Tapikita perlu sedar, betul ke alasan yang diberiitu? Atau sekadar untuk mengambil kesempatanatas kebaikan kita. Kalau dia adamasalah kewangan, apa bezanya denganorang lain. Bagi mereka yang membenarkanPeTI ini berada di dalam bilik anda, janganpula boleh lepas tangan sekiranya tertangkap.Ia merupakan kesalahan keranabersubahat. Apatah lagi jika PeTI tersebutbukannya pelajar USM. Selain denda RM20 semalam akan dikenakan, anda yangbersubahat juga akan dikeluarkan dari desa.Dahulu terdapat seorang pelajar yang menumpang secara haram, namun satu hari terbongkar juga rahsianya. Adiknya ditangkapkerana mencuri pakaian penghuni lain. Akhirnya, adiknya dihantar ke balai polis manakala dia pula dibuang dari desa dandiminta pula membayar denda kerana bersubahat. Perkara inilah yang menjadi kerisauan kita apabila orang luar masuk ke desakita tanpa izin. Kita mesti ingat, tanggungjawab kita tidak terlepas walaupun perkara buruk itu dilakukan oleh orang lain.Kepada semua penghuni yang bertanggungjawab, sila laporkan kepada pihak pengurusan jika bilik anda atau jiran andadimasuki atau dihuni oleh PeTI ini. Sekiranya ada alasan tertentu tidak mampu membayar yuran desasiswa, berjumpalah dengankami untuk berbincang. Banyak kaedah yang boleh kita buat untuk mengatasi masalah ini. Ingat, lebih baiklah menyerahsebelum tertangkap. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir pada bulan Novemberkelak. Saya doakan agar semua berjaya dengan cemerlang. Kepada mereka yang bakal meninggalkan Saujana setelah tamatsemester ini, saya doakan agar berjaya dalam kerjaya masing-masing. Janganlah lupa kami di sini. Selalu-selalulah hubungikami melalui e-mail, facebook, atau laman web Saujana. Sekian dan demikian.Ayahanda Penggawa,Rumah Penggawa Saujana,Oktober 14,2010„Keunikan Suatu Keistimewaan‟3

PERSONALITI : Pasukan Boling SaujanaEditor : Boleh saudari ceritakan serba sedikit tentang latar belakangsaudari.Syidah : Nama penuh saya ialah Siti Rashidah binti Abdul Rahim.Berasal dari Pulau Pinang. Sekarang berada dalam tahun 4 IlmuPendidikan. Saya telah bermain boling selama 10 tahun iaitusejak berumur 13 tahun lagi. Saya memang terlibat secara aktifdalam sukan ini. Tetapi semasa belajar di Kolej Matrikulasi sayaberhenti sekejap dan selepas menyambung pelajaran di USMsaya kembali bergiat aktif dan hal ini tidak menganggu pelajaransaya sebab saya jadikan sukan ini sebagai aktiviti waktu lapangsaya. Saya mewakili Saujana dalam sukanini sejak dua tahun yang lalu.Syarina : Nama penuh saya ialah NoorSharina binti Sahari. Saya mula bermainboling sejak berumur 15 tahun. sayamengambil jurusan Biologi Gunaan ,bermajorkan Biologi & Management ofVector and Parasite dan berminorkanPsycology.Qistina : Nama penuh saya Qistina bt Mohd Khusairi. Berasasldari Kedah. Saya mengambil jurusan Perakaunan. Saya mulabermain boling sejak berumur 15 tahun. Saya memang meminatisukan ini. Semasa belajar di Kolej Matrikulasi Perlis, saya berhentibermain boling seketika dan kembali bermain selepas memasukiUSM. Sebelum memasuki USM, saya belajar di UniversitiTeknologi Mara. Saya menjadi semakin seronok bermain bolingselepas tahun lepas di mana kami telah ke Kelantan untuk mewakiliSaujana kerana banyak kenangan –kenangan indah yangtelah saya perolehi ketika berada di sana.Ziemah : Nama penuh saya ialah Nurhazimah Bt Nazmi. Sayadilahikan pada 23 November 1990. Berasal dari Johor Bahru.Saya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik.Saya mengambil jurusan Sains Matematik (Tulen). Saya sangatsuka dan meminati boling. Dulu saya bermain boling hanyauntuk suka-suka dan untuk hilangkan tekanan sahaja. Bila sayadapat strike atau spare, saya rasa seronok sangat, dan sekaligusdapat menghilangkan tekanan. Saya mula pandai bermain bolingselepas tingkatan 5. Saya tidak pernah masuk pertandingan sebelumini. Bila masuk USM tahun lepas, saya telah mewakili Saujana danhal ini membuatkan saya ingin terus mengembangkan bakat saya.Sekarang saya sudah mula serius dengan boling dan kini saya sudahmempunyai bola sendiri. Keluarga saya amat menyokong saya dalampermainan ini.Editor : Boleh saudari semua terangkan apa perasaan saudari selepasmenjuarai pertandingan ini?Syidah : Perasaan saya selepas menjuaraiperlawanan tersebut amatgembira. Pada mulanya, kami ketinggalansebanyak 16 pin denganDesasiswa Murni. Pada masa itu kamisangat takut dan setelah kamimenjalankan beberapa strategi,akhirnya kami berjaya mendahuluiDesasiswa Murni dan seterusnyamenjuarai perlawanan tersebut.Syarina : Pada mulanya saya berasaagak tertekan kerana ramai yang mengharapkan kami menjadijohan. Tekanan terus bertambah apabila saya tahu yang kami bertandingdi Bukit Jambul, kerana saya merupakan antara pemainyang agak susah beraksi di sana. Masa saya berlatih memang sayatak boleh beraksi langsung. Tapi semasa perlawanan berlangsung,Alhamdulillah saya dapat bermain dengan baik. Selepas menang,saya memang gembira, terkejut dan pada masa yang sama saya turutberasa sedih kerana perlawanan ini merupakan perlawanan terakhirkami dengan kak Syieda.Qistina : Semasa di awal perlawanan, prestasi saya kurang baik.Keputusan saya pun tidak konsisten. Tetapi atas sokongan rakanrakanpemain saya dapat mengejar kembali nak memperbaiki matasaya pada minit-minit terakhir. Perasaan saya selepas menjuaraipermainan tersebut amatlah gembira.Ziemah : Tidak dapat dinafikan saya rasa gembira sangat! Saujanamenang lagi tahun ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada KakShida, Shena, Qis, Atikah, Athirah, Deba dan Kak Farha. Kepada KakShida sebagai ketua, pelajar tahun akhir di USM, terima kasih atastunjuk ajar Kak Shida selama ini.4

Majlis Tertinggi MPDSFUNGSI DAN PERANANMAJLIS PENGHUNI DESASISWA SAUJANAMajlis Tertinggi DesasiswaSaujana diketuai olehYDP MPDS iaitu NurulHasanah. Beliau turut menjadipemantau bagi Ketua Blok danKetua Aras di Saujana. Kemudiandiikuti oleh NYDP 1iaitu Nur Najwa yang bertanggungjawabmemantau ExcoSukres, seterusnya NYDP 2, NurIzyanti yang memantau ExcoTinta Emas dan NYDP 3,Iszatty, menjadi pemantau bagiExco Keusahawanan. Kemudiandiikuti oleh Setiausaha Agungiaitu Dedona yang bertanggungjawabke atas Exco Prikhas danTugas-tugas Khas, SetiausahaKerja, Nur Syarafina menjadipemantau Exco ICT dan Mediaserta Bendahari Kehormat iaituArina yang memantau ExcoPembangunan Insan dan Kelestarian.K e s e m u a M a j l i sTertinggi bertanggungjawabmemastikan segala urusan danprojek-projek di Desasiswa Saujanadijalankan dengan hasilyang cemerlang. Dengan tenagakerja seramai 7 orang, semuanyamemainkan peranan yang cukuppenting dalam memantau, membimbing,dan membantu Excoexcountuk memberikan bantuandan kerjasama yang terbaikkepada penghuni DesasiswaSaujana.Exco ICT dan MediaExco ICT dan Mediamempunyai pelbagaifungsi dalam MPDS. Dianggotaioleh empat orang excoyang bekerjasama dalammelakukan dan menjayakanpelbagai aktiviti-aktiviti diDesasiswa Saujana.Antara tugas-tugasExco ICT dan Media termasuklahpenghasilan BuletinSAGA pada setiap bulan,memegang salah satu sumberkewangan Saujana iaitu CyberSaujana yang beroperasiselama 7 hari seminggu, memastikanMMD di Saujanasentiasa memberikan informasiterkini kepada penghuniDesasiswa Saujana dan terlibatdalam semua aktiviti Saujanatidak kira yang berkaitandengan teknologi ICT ataupuntidak.Aktiviti yang telahdisertai oleh Exco ICT termasuklahJamuan Raya Saujana2010/2011 serta Majlis TilawahAl-Quran peringkatUSM. Exco ini telah terlibatdalam penghasilan poster dan„banner‟, „slide show‟, danpersembahan multimedia.5

Exco KeusahawananFUNGSI DAN PERANANMAJLIS PENGHUNI DESASISWA SAUJANAExco keusahawananberperanan menjana ekonomipenghuni desasiswa Saujana.Exco ini menjalankan beberapaaktiviti jualan untukmenambahkan pendapatanSaujana di samping memupukminat terhadap bidangkeusahawanan dalam kalanganahli. Antara aktiviti terkiniadalah jualan „cup cakes‟,kerepek dan banyak lagi.dipertanggungjawabkan untukmenjana kewanganDesasiswa Saujana.Diharapkan agarExco Keusahawanan mampuuntuk menjana lebih pendapatanuntuk Saujana.A k t i v i t i y a n gdijalankan pada masa terdekatadalah jualan baju Saujanadan Karnival Saujana.Exco Keusahawanan merupakansalah satu exco yangExco Prikhas dan Tugas-tugas KhasExco Prikhas dan Tugas-tugasKhas bertanggungjawabdalam pemantauan kafedan kemudahan di Saujana ataulebih spesifiknya memantaukebersihan dan harga makanandan minuman di kafe serta mengenalpastisegala kerosakankemudahan yang ada di Saujana.Mereka juga bertanggungjawabdalam menjaga kebajikan pelajarseperti dalam soal kebersihan,keselamatan, kecemasan dankematian.Antara projek yangtelah berjaya dilaksanakan olehexco ini adalah Jamuan RayaSaujana. Mereka turut menjalankanpemantauan melaluiborang soal selidik kebajikanpelajar mengenai segala kemudahandan perkhidmatan di Saujana.Mereka juga menjalankanpemantauan terhadap bas, masalahhaiwan liar terutamanyaanjing dan banyak lagi.Selain itu, exco inijuga bertanggungjawab untukmengambil gambar dalam pelbagaiprogram yang berlangsung.Mereka juga menjalankan tugastugaskhas yang diperlukan diSaujana.6

FUNGSI DAN PERANANMAJLIS PENGHUNI DESASISWA SAUJANAExco Pembangunan Insan dan KelestarianExco PembangunanInsan dan Kelestarian terdiridaripada Arina Adnan sebagaiKetua Pemantau, NurulHuda Abd Samad sebagaiketua exco dan dua orangexco yang lain iaitu NurAtikah Shuib dan Nur AmiraMohd Zukee. Portfolio initelah menjalankan pelbagaiaktiviti contohnya pada bulanpuasa mereka telah menjayakansatu aktiviti membuatbubur lambuk dan MajlisBerbuka Puasa anjuran bersamapelajar-pelajar dariUSIM dan solat terawih berjemaah.Baru- baru ini Excoini telah berjaya untuk bersama-samamenjayakan MajlisTilawah Al-Quran hasilkerjasama semua Exco-excoSaujana serta Desasiswa Restudan Tekun. Segala aktivitiyang dijalankan memberiruang dan peluang kepadapenghuni untuk terlibat sama.Exco SukresExco Sukres bertanggungjawabdalam memastikanaktiviti sukan dan rekreasi diSaujana berjalan dengan lancar.Mereka berperanan sebagaipenggerak aktiviti sukan di Saujana.Semua kemudahan sukandi Saujana dipegang oleh ExcoSukres. Contohnya seperti basikal,raket badminton, skuash,tenis, ping pong, dan banyak lagialat sukan yang ada.Exco Sukres juga bertanggungjawabuntu mencariatlet-atlet yang berbakat untukmenjadi wakil Saujana dalampelbagai aktiviti sukan yang ada.Contohnya dalam Sukan AntaraDesasiswa (SUKAD), TemasyaOlahraga Tahunan (TOT), danbanyak lagi aktiviti sukan yanglain.Exco ini telah punberjaya mengendalikan pasukandaripada Saujana untuk SUKADFasa Pertama pada 9 dan 10Oktober 2010 yang lepas. Syabasdiucapkan atas kegigihanyang diberikan oleh exco ini.Semoga sukan di Saujan akanterus maju ke hadapan mengatasidesasiswa-desasiswa yang lain.InsyaAllah.7

Exco Tinta EmasFUNGSI DAN PERANANMAJLIS PENGHUNI DESASISWA SAUJANAExco Tinta Emasbertanggungjawab mengendalikansebarang aktiviti ygberkaitan dengan akademikpenghuni desasiswa saujana,memantau prestasi akademikpenghuni dan mencari alternatifuntuk meningkatkanprestasi akademik penghuni.program motivasi dan sebagainya.Projek terkini bagiExco Tinta Emas adalahmenguruskan pertandinganDebat Piala Naib Canselor nPantun Antara DesasiswaUniversiti.Mereka juga bertanggungjawabuntuk menjalankanaktiviti yang bersesuaianmengikut keperluanpenghuni dan mengadakanprogram yg dapat menjanapendapatan di samping mengu t a m a k a n k e p e r l u a na k a d e m i k m a s y a r a k a tkhususnya pelajar. Contohnyaseperti Seminar SPM,Ketua Blok dan Barisan Ketua ArasKetua Blok dan BarisanKetua Aras mempunyaiperanan penting dalam memastikakebajikan penghunidi setiap aras di kedua-duablok Saujana terjaga setiapmasa. Terdiri daripada 11orang ketua aras, menjadipenghubung antara penghunidengan MPDS. Sekiranyaterdapat masalah yang berlakudi Saujana, penghuniboleh berhubung denganketua aras untuk mendapatkanbantuan.Ketua-ketua ArasSaujana telahpun berjayamelaksanakan projek “CarWash Saujana” yang diadakanpada 17 Oktober 2010.Penghargaan patut diberikankerana berjaya menjayakanprojek yang boleh dibanggakan.Semoga barisanKetua Aras mampu menggalastugas yang diberikan dengansebaiknya dan semogapenghuni-penghuni DesasiswaSaujana mendapatlayanan yang sebaiknya daripadaketua-ketua aras yangtelah dilantik ini.8

JAMUAN HARI RAYA SAUJANAPada 2 Oktober yang lalu, MajlisPenghuni Desasiswa Saujana telahmenganjurkan satu jamuan sempenaHari Raya Aidilfitri istimewa untukpara penghuni serta pihak pengurusandesasiswa. Majlis yang gilang gemilang itudiserikan dengan kehadiran penggawa kamiiaitu, Dr. Mohamad Nasir, penolong-penolongpenggawa serta jemputan-jemputan yang lain.Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai acaradan juadah enak disediakan. Antara juadahyang menjadi santapan para penghuni dan jemputanialah nasi beriani, rendang ayam, satay,kuah kacang,lemang dan kuih-kuih raya.Semasa penghuni-penghuni sedang makan, acaracabutan bertuah juga berlangsung. Semua penghuniyang bertuah tampak ceria dengan hadiahmasing-masing. Majlis juga diselitkan dengannyanyian lagu raya dendangan para penghuniyang berbakat. Selain itu, pertangdingan“Miss Chair” juga diadakan. Gelak tawatetamu dan penghuni yang tertarik dengan gelagatpeserta memenuhi dewan padamalam itu.Tidak dilupakan pengumuman pemenang “MissSaujana 2010” yang dipilih berdasarkankriteria-kriteria tertentu.9

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN2010/2011Sebelum berlangsungnya Majlis TilawahAl-Quran peringkat Universiti Sains Malaysiabagi Sidang Akademik 2010/2011, satu KursusIntensif telah dijalankan pada hari Rabu, 6 Oktober2010 bagi memberi penerangan kepadapara peserta berkenaan dengan cara pemarkahanberdasarkan beberapa aspek seperti tajwiddan taranum. Kursus ini disampaikan oleh barisanhakim sendiri sebagai persediaan kepadapara peserta.Majlis Tilawah Al-Quran berlangsung selamatiga hari pada 8, 9, dan 10 Oktober 2010di Dewan Utama Desasiswa. Majlis anjuran bersamaPusat Islam dan Majlis Penggawa Desasiswadengan kerjasama Bahagian Hal Ehwaldan Pembangunan Pelajar dan Majlis PenghuniDesasiswa Restu, Saujana dan Tekun (RST)bertemakan “Generasi Al-Quran Tunjang KelestarianUmmah”.Majlis Tilawah Al-Quran ini telah diserikandengan persembahan nasyid yang cukupmenarik. Majlis Tilawah Al-Quran bagi SidangAkademik 2010/2011 telah dimenangi oleh Qaridari Desasiswa Indah Kembara, manakalaQariah pula dipegang oleh wakil DesasiswaAman Damai.10

SUKAD FASA 19 & 10 Oktober 2010Pada 9 dan 10 Oktober 2010, SUKAD Fasa Pertama, peringkat Universiti Sains Malaysia bagi SidangAkademik 2010/2011 telah pun berlangsung dengan jayanya. Dengan penyertaan daripada semua desasiswadesasiswadaripada Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan, SUKAD Fasa Pertama telahtamat dengan kejayaan-kejayaan yang telah terukir indah bagi setiap desasiswa yang menjuarai sukan-sukan tertentu.SUKAD Fasa Pertama telah diadakan di Kampus Induk iaitu di Kompleks Sukan Minden bagi sukan badminton,gelanggang bola tampar di stadium, hoki di stadium hoki dan boling di Kompleks Bukit Jambul.Desasiswa Saujana tidak terkecuali meraikan kegembiraan apabila pasukan boling Saujana memenangijohan dan tempat ke-3. Walaupun dalam sukan-sukan lain Saujana kurang menyerlah, namun, masing-masingpulang dengan semangat kerana sudah memberikan yang terbaik untuk menaikkan nama Saujana. Tahniah dansyabas diucapkan kepada semua atlit Saujana. Dan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan SUKADFasa Pertama. Semoga SUKAD yang seterusnya, Saujana mampu melakar lebih banyak lagi kejayaan dan mampubersaing dengan lebih gigih.12

Tahukah Anda?Petua Mencuci HatiDatuk Dr. Hj. Fadzilah Kamsah1. Dirikan solat dan banyakkanberdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan.Semasa berdo'a turut katakan"Ya Allah, jadikan hatiku bersih"2. Selawat keatas Nabi Muhammads.a.w paling minima 100 Xsebelum tidur “ Ini merupakansatu pelaburan yang mudah danmurah3. Solat Taubat - Selain daripadamemohon keampunan, dapatmencuci hati dan menenangkanminda.4. Membaca Al-Quran - Selaindapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh,penenang, terapi. Sekurangkurangnyabacalah "Qulhuallah"sebanyak 3X.5. Berma'af-ma'afan sesama kawansetiap hari - Semasa memintamaaf perlu sebutkan.6. Bisikan kepada diri perkara yangpositif - Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri, merendahrendahkankebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya....(perkara yang elok-elok belaka)7. Program minda/cuci minda - Palingbaik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakandi dalam hati "Ya, Allah cuci otakaku, cuci hatiku, esok aku nak jadibaik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi,apa yang disebut sebelumtidur dapat dirakamkan sepanjangtidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!).8. Berpuasa - Dapat menghindarkandiri dari melakukan kejahatan.9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukansesuatu kejahatan, tidak sampai hatikerana bimbang akan mati bila- bila masa).10. Kekalkan Wuduk.11. Bersedekah.12. Belanja orang makan.13

Anda dilarang :Keselamatan“Utamakan keselamatan anda dan Desasiswa Saujana”1 Memasak di dalam bilik2 Membawa dan menggunakan peralatan elektrik yang boleh menyebabkan sebarangmasalah berlaku3 Contohnya: Seterika, peti ais, periuk nasi, cerek elektrik dan lain-lainKerana perkara-perkara ini boleh :1 Membahayakan nyawa anda sendiri dan semua penghuni di Desasiswa Saujana2 Menyebabkan sistem pendawaian elektrik di Desasiswa akan mengalami gangguan3 Sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau masalah lain, Desasiswa Saujana akan mengalamimasalah yang serius kerana bangunan ini masih tidak menepati piawaian untukmenghadapi masalah yang serius. Sebagai contoh, pintu bilik setiap penghuni bukan pintuyang boleh menghalang api, malah boleh hangus dijilat api dalam beberapa minit sahaja.Oleh itu, semua penghuni Desasiswa Saujana dinasihatkan agar patuh akan segala peraturanyang ditetapkan oleh pihak pengurusan Desasiswa SaujanaFakta-fakta yang kita tak tahu...Duit kertas sebenarnya bukan di perbuatdaripada kertas sebaliknyadaripada kapasSebanyak 110,000 juta tan karbondioksida memenuhi atmospherasetiap tahun kesan pembakaran petrol.Untuk menyerap semua gastersebut, ia memerlukukan hutanseluas benua Australia.Perut bayi hanya boleh memuatkansusu sebanyak 60ml pada satu masa.Manakala perut orang dewasa mempunyaikapasiti paling maksimumialah 1.5 liter. Namun lembu bolehmemuatkan makanan sebanyak 300liter dalam perutnya.Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kgekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.14

Ibuku Seorang PembohongMemang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorangpembohong!!. Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongisaya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan andasekalian.Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuahkeluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapahari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil,saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk.Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasike mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing ditali air berhampiran rumah untuk memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakangulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel ditulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati sayatersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepatmenolaknya. Ibu berkata, "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANGKEDUA.Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlahpenyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebihkurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuahpelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Sayaberkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlahtidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolahuntuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari,ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamitberdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika locengberbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopiyang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengankasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikancawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulahyang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun,15

membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorangibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakinparah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar adaseorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang kerashatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukanlelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abangmenyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkangmata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayuruntuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkanwang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahumenerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah,ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.Saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayaisepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudiansaya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gajiyang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis denganpenderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakitkanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samuderaterus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospitalsetelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakityang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamahtubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinanganair mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hatisaya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum danberkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untukkali terakhir kali.Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,sayasayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpunsaya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan katakataitu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya.Saya sayangkan ibu…16

‘Car Wash Saujana’Pada 17 Oktober 2010, sebuah lagi projek anjuran Desasiswa Saujana berjaya dilaksanakan. Projekini diadakan di parkir Dewan Utama Desasiswa. Projek yang dijalankan secara kecil-kecilan ini berjayamendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada warga Desasiswa Saujana malah daripadadesasiswa-desasiswa lain turut datang untuk menyokong.Aktiviti ini disertai oleh ahli-ahli Majlis Penghuni Desasiswa Saujana. Projek yang dianjurkan olehKetua-ketua Aras Saujana ini berjalan dengan lancar dengan tenaga kerja daripada siswi-siswi DesasiswaSaujana. Kerjasama yang diberikan telah menjadikan “Car Wash Saujana” sebagai satu coretan kenanganterindah buat semua tenaga kerja yang terlibat.Semoga projek ini mampu dilaksanakan dengan lebih meluas dan meriah pada masa akan datang,InsyaAllah. Terima kasih kepada yang menyumbang tenaga dan keringat dalam projek Saujana ini.17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!