10.07.2015 Views

Negeri Sabah - Jabatan Audit Negara

Negeri Sabah - Jabatan Audit Negara

Negeri Sabah - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAHAGIAN IVPENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGANKEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI NEGERI6. PENDAHULUAN6.1. Seksyen 15(A), Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Arahan Perbendaharaan telahmenetapkan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengawal di Kementerian/Jabatan bagimenjamin wujudnya akauntabiliti pengurusan kewangan Kerajaan. Pegawai Pengawaladalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa peruntukan kewangan dan sumberlain yang secukupnya diperoleh, digunakan dan diperakaunkan mengikut peraturankewangan.6.2. Selaras dengan Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit1957, setiap tahun Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap PenyataKewangan Kerajaan Negeri, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan kewanganserta aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri dan mengemukakan laporan mengenainyauntuk dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Di bawah kriteriapengauditan pematuhan, semakan dibuat untuk menilai sama ada dalam pengurusankewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri telah mematuhi sepenuhnya undang-undangdan peraturan yang berkuat kuasa.7. PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI NEGERI7.1. Pada tahun 2011, beberapa usaha berterusan telah diambil oleh Kerajaan Negeriuntuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan. Langkah yangdiambil antaranya adalah seperti berikut:7.1.1. Bagi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/AgensiNegeri Sabah, Jabatan Audit Negara telah bekerjasama dengan Institut Latihan SektorAwam Negeri Sabah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan Berdasarkan IndeksAkauntabiliti Dari Perspektif Jabatan Audit Negara mulai tahun 2009. SemuaKementerian/Jabatan/Agensi Negeri yang akan diaudit diberi pendedahan awal melaluikursus tersebut. Pada tahun 2012, kursus tersebut telah diadakan pada 7 hingga 8 Mac2012 dan dihadiri oleh 28 peserta daripada 28 Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Sabah.7.1.2. Selain itu, Jabatan Audit Negara juga telah bekerjasama denganKementerian/Jabatan/Agensi Negeri untuk mengadakan kursus in-house berhubungpengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti. Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri yang terlibat dengan kursus in-house adalah seperti Jadual 7.1.45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!