10.07.2015 Views

sistem ejaan jawi yang dikemaskini oleh dewan bahasa

sistem ejaan jawi yang dikemaskini oleh dewan bahasa

sistem ejaan jawi yang dikemaskini oleh dewan bahasa

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Muhammad Naquib al-Attas, 1969). Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yangbertarikh 1303 Masihi membuktikan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awalberbanding tulisan rumi yang hanya ditemui sekitar abad ke 19. Begitu juga, penemuanbatu nisan yang bertulis angka dalam bahasa Arab di Kedah pada 651 Masihi, dan wangdinar di Kelantan pada 1181 Masihi (Hasyim Musa, 1997).Dengan kedatangan Islam, bukan sahaja agama dan kepercayaan masyarakat diKepulauan Melayu berubah, tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. SyedMuhammad Naquib al-Attas berkata bahasa Melayu juga mengalami proses pengislaman.Di samping penggayaan istilah dengan kemasukan istilah Arab dan Parsi Islam, bahasaMelayu juga menjadi alat perantaraan penyampaian dan pengajaran Islam di seluruhKepulauan Melayu, termasuk Thailand Selatan dan Kampuchea.Akibat daripada proses pengislaman ini, penggunaan dan adaptasi skrip Arab telahmenjadi skrip jawi untuk mengeja Bahasa Melayu. Oleh disebabkan itu, tulisan jawi telahmenjadi tulisan orang Melayu sehingga sekarang, meskipun telah melalui pelbagai tahapperubahan sistem ejaan dan pasang surut penggunaannya dalam penulisan di alamMelayu amnya dan Malaysia khasnya.2

Pernyataan masalahBerdasarkan kepada beberapa fakta sejarah, tulisan jawi telah memainkan perananpenting di rantau Kepulauan Melayu. Dalam proses penyebaran pendidikan agama Islam,tulisan jawilah yang banyak memainkan peranan utama sebagai alat tulisan Melayu-Islamyang pertama dalam masyarakat Melayu. Ia juga menjadi sebagai penghubung bagikesatuan Islam di seluruh rantau Melayu.Tulisan jawi berfungsi sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adatistiadat, perjanjian-perjanjian antara raja Melayu dan pihak berkuasa Portugis, Belandadan Inggeris. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 juga ditulis dalam tulisan Jawi.Perkembangan tulisan ini juga telah mengalami jatuh bangunnya sendiri. Keadaan inilahir dari sikap kita sendiri terhadap warisan bangsa.Pada tahun 1954, sebuahjawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-MalayaKedua di Seremban, telah membandingkan sistem ejaan tulisan Jawi dan Rumi. Hasildaripada penyiasatan itu maka disimpulkan dalam Memorondum Mengenai Tulisan Rumiuntuk Bahasa Melayu 1954, sebelas kelebihan tulisan Rumi berbanding dengan 12kelemahan tulisan Jawi. Hasilnya, Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan:Sudah sepatutnya tulisan Rumi di rasmikan bagi persuratan Melayudengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akanmenentukannya.3

Meskipun tulisan Jawi masih kekal diajar kepada murid-murid dalam pelajaran AgamaIslam, kemerosotan prestasi murid-murid dalam membaca dan menulis Jawi semakinketara. Hal ini mungkin disebabkan tempoh masa pelajaran Jawi di sekolah yang agakterhad dan meluasnya penggunaan tulisan Rumi dalam pelbagai aktiviti dalam kalanganmasyarakat.Dalam masa yang sama penggunaan tulisan Jawi sudah tidakmemberangsangkan dan kurang ditekankan dalam masyarakat dan negara.Kajian ini dilakukan bagi menyingkap kembali akan kepentingan tulisan jawi dalammasyarakat Melayu Islam, terutamanya dari segi mengenal al-Quran dan Sunnahsekaligus agama Islam itu sendiri. Di samping itu juga, penyelidik ingin memberikesedaran kepada masyarakat Melayu amnya bahawa tulisan jawi merupakan tulisan asalbagi bahasa dan bangsa Melayu sebelum ini. Di Malaysia, bangsa Melayu amat sinonimdengan Islam (Perlembagaan Persekutuan). Tulisan jawilah yang menjadi jambatan ilmuuntuk memudahkan penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu dahulu.Bahkan sesetengah masyarakat menganggap bahawa mengenal tulisan jawi samalah jugamengenal tulisan al-Quran (Faridah mohamed, 1997).Dalam usaha meningkatkan kembali penggunaan tulisan jawi dalam kalanganmasyarakat, masyarakat patut didedahkan tentang keperluan mempelajari tulisan tersebutberasaskan kepentingan dan kelebihannya. Menurut Faridah (1997), di antarakepentingan dan kelebihan tulisan jawi kepada masyarakat ialah;a. Memudahkan pembelajaran al-Quranb. Memudahkan penghayatan ilmu pengetahuan Islam.c. Mendekatkan kepada agama Islam5

d. Memelihara keaslian perkataan Arab dalam bahasa Melayu.OBEJEKTIF UMUMSecara umumnya, kajian ini bertujuan meninjau prestasi pelajar dalam menulis sistemejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.OBJEKTIF KAJIANSecara khusus, objektif kajian ini ialah untuk:1. Meninjau prestasi pelajar menulis jawi ejaan terkini2. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dalam ejaan terkini3. Mengenal pasti permasalahan dalam penggunaan ejaan jawi terkiniTinjauan LiteraturDewan Bahasa dan Pustaka telah mengemas kini tulisan jawi dari masa ke semasa demiuntuk memartabatkan kembali tulisan ini. Beberapa buah kamus Jawi telah disusun dandicetak iaitu pada tahun 2001 dan 2004. Terkini, kamus Daftar Kata Bahasa Melayu(Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2008) telah diterbitkan dengan mengetengahkan limakaedah utama ejaan jawi iaitu ejaan lazim, ejaan tradisi, ejaan mengikut hukum, ejaanlampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan. Kaedah pelengkap ejaan juga6

diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran, penggunaan huruf hamzah danejaan imbuhan.Kajian tentang prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan. Boleh dikatakan bahawakebanyakan hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan tulisanjawi dalam kalangan murid Islam masih berada pada tahap sederhana dan lemah.Misalnya, kajian Abdul Halim Tamuri et al (2004) dalam kajiannya tentang keberkesanankaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajarmendapati bahawa, tahap penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67.8%).Begitu juga kajian Nik Hassan (2006) terhadap pelajar tingkatan empat di empat buahsekolah daerah Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.26. Inidisokong oleh kajian Asmawati Suhid et al (2008) mendapati tahap penguasaan muridmembaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.2%,membaca dan menulis perkataan mudah daripada suka kata tertutup adalah 57.9% dalanjawi. Manakala kajian Sabariah (2011) mengetengahkan tentang perestasi menulis jawi265 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran jawi (dalam pelajaran Bahasa Melayudan Pendidikan Islam) di IPG Kampus Kent adalah sebanyak 57.2% memperoleh gred Cdan D. Justeru penyelidik menganggap prestasi dan tahap penguasaan pelajar dalamtulisan jawi masih perlu dikaji dan diberi perhatian.7

METODOLOGIKajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif iaitu secara ujian bertulis. Ia bertujuanuntuk mendapatkan data kuantitatif tentang prestasi pelajar opsyen Pendidikan IslamKampus Kent menulis jawi menurut sistem ejaan terkini. Penyelidik menggunakan metodconvinience sampling iaitu penyelidik memilih kumpulan pelajar Kampus Kent sebagai sampelkajian.Penulis akan membuat satu generalisasi berkaitan populasi ini. Thomas, J. Sullivan(1992) menyatakan, “sample is a number of elements from a larger population of elements.”Namun, dalam kajian ini penyelidik akan mengambil kesemua 58 orang menjadi sampel kajian.Menurut Krejcie et al. (1970) sekiranya jumlah populasi 60 orang, sampel yang sesuai adalah 52orang. Oleh itu jumlah sampel penyelidik adalah menepati saranan tersebut.Kesahan instrumen kajian dilakukan dengan melantik sebuah panel terdiri daripada duaorang pakar daripada universiti tempatan untuk menilai dari segi format dan kejelasanmaksud yang komprehensif tentang isi kandungan item yang dibentuk. Data yangdiperoleh telah dianalisis dengan mengaplikasi kaedah statistikal bagi mendapatkanmaklumat yang dikehendaki dengan menggunakan program Statistical Package For TheSocial Science (SPSS).8

DAPATAN KAJIANPrestasi Pelajar Menulis Jawi Ejaan TerkiniBagi mengenal pasti prestasi pelajar menulis jawi, mereka telah diberi ujian bertulisuntuk menguji tahap penguasaan mereka. Prestasi mereka dapat dilihat dalam Jadual 1.Jadual 1: Prestasi Pelajar Menulis Ejaan Jawi TerkiniJulat Markah Gred f %90 - 100 A+ 0 080 - 89.9 A 1 1.775 – 79.9 A- 2 3.470 – 74.9 B+ 0 065 – 69.9 B 3 5.260 – 64.9 B- 11 19.055 – 59.9 C+ 16 28.050 – 54.9 C 10 17.240 – 49.9 C- 12 21.030 – 39.9 D+ 3 5.220 – 29.9 D 0 00 – 19.9 F 0 0N = 58Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, prestasi murid tidak seimbangdalam setiap gred. Sebanyak tiga orang (5.2%) sahaja mencapai gred A dalam ujianmenulis jawi, 14 orang (24.2%) mendapat gred B dan 38 orang (66.2%) mendapat gredC. Analisa dapatan turut mendapati 3 orang pelajar mendapat gred D (5.2%).9

Aspek-aspek Kelemahan Pelajar Dalam Ejaan TerkiniPelajar telah diberi ujian menulis jawi. Dapatan menunjukkan bahawa secarakeseluruhannya, pelajar mencapai prestasi sederhana dan lemah dalam aspek kaedahejaan jawi terkini. Maklumat terperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 2.Jadual 2: Aspek-aspek kelemahan pelajar dalam ejaan terkiniUjianMenulisKaedahEjaanLazimKaedahEjaanTradisiKaedahEjaan IkutHukumKaedahEjaanLampauHukumKaedahEjaanPinjamanf % f % f % f % f %Betul 46 79.3 44 75.8 37 64.0 19 32.8 38 65.5Salah 12 20.7 14 24.1 21 36.2 39 67.2 20 34.5N = 58Analisa Jadual 2 menunjukkan sebanyak 46 orang (79.3%) menulis dengan betul kaedahejaan lazim, 44 orang (75.8%) menulis dengan betul kaedah ejaan tradisi dan 37 orang(64.0%) dapat menulis dengan betul kaedah ejaan mengikut hukum. Analisa dapatan jugamendapati kelemahan pelajar menulis dengan betul ejaan lampau hukum iaitu 19 orang(32.8%).Permasalahan Dalam Penggunaan Ejaan Jawi TerkiniSepanjang kajian ini dijalankan, penyelidik menemui beberapa permasalahan dalampenggunaan ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Pertama, meskipun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengemaskini ejaan jawi darisemasa ke semasa selama belasan tahun, pendedahan sistem ejaan ini kurang diketahui10

oleh kebanyakan guru dan pelajar. Malahan golongan guru agama sendiri merasa agakasing dengan sistem ejaan terbaru ini sehingga menimbulkan masalah dalam prosespengajaran mereka di sekolah. Kedua, terdapat kalangan guru dan pelajarmempertikaikan kaedah sistem ejaan baru kerana kesukaran penggunaannya. Merekalebih selesa menggunakan ejaan lama yang telah sebati sekian lama dalam penulisan.Ketiga, kurangnya kursus dan pendedahan sistem ejaan jawi baru dalam kalangan gurudan pelajar.Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan sebagainya hanyamengendalikan kursus ejaan jawi pada peringkat permulaan sekitar tahun 2005 dan 2006sahaja. Terkini, amat jarang kursus sebegini diadakan di jabatan-jabatan, sekolah-sekolahdan institut pengajian. Keempat, penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakatdan negara semakin hambar. Jarang kelihatan iklan-iklan, surat khabar, surat-menyurat,papan tanda dan sebagainya yang menggunakan tulisan jawi. Jika adapun, kaedah ejaanlama yang digunakan.PERBINCANGAN DAN CADANGANBerdasarkan pembentangan dapatan kajian di atas, secara umumnya boleh dikatakanbahawa prestasi pelajar menulis ejaan jawi terkini adalah berada pada tahap sederhanadan lemah. Sebahagian besar pelajar telah mendapat gred C. Dapatan ini selari dengankajian Abdul Halim Tamuri et al. (2004) dan Asmawati Suhid et al. (2008) yangmendapati kemahiran murid menulis adalah pada tahap kurang memuaskan. Prestasi ini11

agak membimbangkan walaupun pelajar-pelajar ini boleh dianggap mahir dalam menulisjawi kerana latar belakang pendidikan sekolah agama.Memandangkan tahap prestasi pelajar pada aspek-aspek kaedah ejaan tertentu adalahlemah, maka perlu diberi perhatian aspek-aspek tersebut. Pelajar paling kurangkemahiran menulis dengan betul ejaan lampau hukum iaitu 19 orang (32.8%) sahaja.Dapatan ini selari dengan kajian Nik Hassan (2006) yang mendapati skor min pelajaradalah 2.26 sahaja. Begitu juga kaedah ejaan serapan Bahasa Arab dan Bahasa Inggerisada kalanya sukar dikuasai bagi sesetengah perkataan.Berdasarkan perbincangan ini, maka beberapa cadangan boleh diutarakan. Pertama,ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perludidedahkan kepada masyarakat umumnya, dan golongan guru dan pelajar khususnya.Kelas, kursus dan latihan perlu diperhebatkan ke semua peringkat di sampingpemantauan dan penambahbaikan yang berterusan.Kedua, semua guru PendidikanIslam dan guru Bahasa Melayu perlu diberi pendedahan yang lebih kepada sistem ejaanyang terkini ini agar mereka boleh mengajar pelajar dengan betul dan yakin. Perananmedia massa perlu diperhebatkan dan peruntukan kewangan yang mencukupi hendaklahdiberikan agar aktiviti-aktiviti memartabatkan tulisan jawi dapat dilaksanakan denganjayanya. Ketiga, perhatian yang serius perlu diberikan terhadap sistem kaedah ejaanyang agak menyukarkan untuk dikuasai. Kajian ini mendapati kaedah lampau hukumagak mengelirukan. Kaedah ini memerlukan seseorang menguasai perbendaharaanBahasa Melayu dengan baik. Sebagai contoh terdapat perkataan hantar dan hentar,12

kampung dan kempung, lantik dan lentik dan lain-lain. Begitu juga beberapa ejaanperkataan pinjaman dan serapan sama ada bahasa Arab atau bahasa Inggeris masih sukaruntuk dikuasai. Penyelidik merasa bimbang sekiranya kurangnya penguasaan terhadapejaan baru, akan melunturkan minat masyarakat terhadap tulisan jawi. Akhirnya, namunyang utama, penggunaan tulisan jawi perlu diperluaskan dalam masyarakat dan negara.Iklan-iklan, papan kenyataan, tanda jalan, papan tanda, nama bangunan, kedai dansebagainya hendaklah menggunakan tulisan jawi. Urusan surat menyurat rasmi sebaiknyamenggunakan tulisan jawi meskipun tidak secara keseluruhan. Penggunaan tulisan jawiperlu mendapat sokongan dari semua pihak bagi memastikan ia benar-benar berjaya danmencapai objektif yang diharapkan. Tulisan jawi adalah warisan bangsa dan agama,yang mana roh dan syiar Islam jelas kelihatan dengan tersebarnya tulisan jawi.KESIMPULANSistem ejaan jawi yang dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bertujuanuntuk memartabatkan kembali tulisan ini agar ianya lebih kemas dan sistematik. Namunsecara umumnya masyarakat Malaysia, dan khususnya umat Islam masih belum dapatmenguasai ejaan terkini ini dengan sebaik mungkin. Penggunaan tulisan jawi terkini perludisemarakkan lagi di samping usaha-usaha meningkatkan ilmu dan kemahiranmasyarakat terhadap sistem ini. Para pensyarah, guru dan pelajar perlu diberi pendedahandan kursus-kursus yang berterusan agar hasrat memartabatkan sistem ejaan terkini dapatdicapai. Sekiranya masyarakat lebih terdedah dan dapat menguasai sistem ejaan jawi,minat dan motivasi terhadap tulisan ini akan dapat dipertahankan dan diperkasakan.13

Seterusnya, satu kajian lanjutan juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap prestasidan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan guru terhadap sistem ejaan jawi yangdikemaskini.RujukanAbdul Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaranPendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi:Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.Faridah binti Mohamed (1997). Bahasa al-Quran dan Hubungannya dengan Tulisan Jawi:Suatu Kajian Terhadap Pelaksanaan Tulisan Jawi Di Sekolah-Sekolah Kota BaruKelantan. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya.Hashim Musa (1997), Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKang Kyoung Seock (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKrejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970), Determining sample size for research activities.Educational and Psychological Measurement, 30 (3).Nik Hassan Bin Seman (2006), “Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran PelajarTerhadap Kemahiran Menulis Jawi” (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, SekolahPendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah).Rusli bin Abdul Ghani et al (2008), Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi)Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sabariah Binti Bahrun (2011), Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. ProsidingKonferensi Antarabangsa Islam Borneo, Universiti Mulawarman, Indonesia.Shukri Zain (1988). Sumbangsih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka14

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), Preliminary Statement on a General Theory ofThe Islamization of the Malay Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustakaThomas, J. Sullivan (1992), Applied Sociology Research and Critical Thinking. NewYork: Macmillan Publishing Company.15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!