10.07.2015 Views

Laporan

Laporan

Laporan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sebenarnya, saya tidak dapat bercakap apa-apa dengan mereka kerana kurangbelajar dan saya juga amat gementar oleh itu perasaan ‘ingin menyampaikan’ jugaseolah-olah hilang. Meskipun begitu, saya telah mempelajari dan dapat perangsangyang baik melalui tingkahlaku mereka seperti sikap positif untuk menyampaikansesuatu, sikap ingin memahami orang di hadapan mereka dan sebagainya. Sayaingin ke luar negara untuk belajar pada suatu hari nanti.○ Melalui interaksi bersama pelajar-pelajar Malaysia, saya telah mengetahui banyakperkara seperti budaya dan lain-lain. Antaranya ialah tempoh pelajaran sekolahmenengah di Malaysia adalah bukan selama tiga tahun seperti di Jepun,pengasuhan pula bukan sahaja menjaga kanak-kanak tetapi juga membantuahli-ahli keluarga seperti home helper dan sebagainya dan sekiranya gagalberinteraksi dengan baik, saya tidak akan tahu. Aktiviti ‘lipatan kertas’ sebagaisalah satu budaya Jepun bersama mereka adalah sangat berkesan untukmemperkenalkan budaya kami. Kalau ada masa, saya ingin berkomunikasi lebihbanyak lagi.○ Saya berasa gementar kerana kurang berkomunikasi dengan warga asing.Menegur, menghuraikan dan menyampaikan sesuatu dalam bahasa Inggeriskepada orang lain adalah sangat susah tetapi akhirnya berjaya juga disampaikan.Pengalaman berinteraksi bersama warga asing yang begitu ramai adalah sangatberkesan dan saya ingin mempelajari tentang negara-negara luar melaluipengalaman ini.○ Melalui interaksi kali ini saya rasa orang-orang Jepun termasuk saya kurangmengetahui tentang negara sendiri. Kami patut memperbaiki perkara ini.Saudara-saudaraku dari Malaysia, bagaimana pendapat anda tentang Jepun darisegi budaya, pemandangan dan masakan yang telah dialami di sini? Sayasungguh berharap dapat pergi ke Malaysia untuk merasai pelbagai budaya di sanapada masa akan datang.○ Melalui interaksi ini, terdapat banyak perkara yang menghairankan dan dapatmerasai perbezaan budaya secara langsung. Perkara yang paling menghairankansaya ialah ada pelajar Malaysia yang dapat membaca huruf Jepun iaitu hiraganadan kanji dengan begitu yakin.○ Pelajar Malaysia sangat hebat kerana mereka sentiasa bertimbang rasa terhadaporang lain semasa memasak bersama. Saya amat menghormati mereka keranawalaupun terdapat perbezaan atas intonasi bahasa Inggeris dan kurangmemahaminya tetapi mereka mampu bercakap dengan penuh keyakinan. Saya

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!