10.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAANNEGERI PULAU PINANG3. PENGURUSAN PERUMAHAN KOS RENDAH3.1. LATAR BELAKANG3.1.1. Program Perumahan Kos Rendah diperkenalkan adalah bertujuan untukmenyediakan rumah kediaman yang mampu dimiliki rakyat berpendapatan rendah dansejajar dengan Dasar Perumahan <strong>Negara</strong> yang menetapkan agar golongan berpendapatanrendah menikmati perumahan yang selesa dan selamat.3.1.2. Rumah Kos Rendah (KR) yang dibangunkan di Negeri Pulau Pinang adalah dari jenisrumah teres dan pangsa serta diagihkan mengikut 3 kaedah iaitu jual-beli, sewa beli dansewa. Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah untuk disewa bagi tempoh tertentu danProjek Awam Kos Rendah (PAKR) adalah untuk disewa beli dan dijual beli pada hargamaksimum RM42,000 seunit mengikut jenis dan lokasi projek.3.1.3. Projek perumahan di Pulau Pinang adalah berkonsepkan State Homes di manaBahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Pejabat)mengawal permintaan dan penawaran rumah kos rendah di seluruh negeri Pulau Pinang.Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri (RSN), setiap pemaju perumahan disyaratkanuntuk membina sekurang-kurangnya 30% rumah kos rendah bagi pembangunan yangmelebihi 150 unit bagi tempat di ‘Luar Kawasan Pembangunan’ atau 100 unit bagi KawasanPembangunan. Justeru sekiranya bilangan rumah yang dibangunkan kurang daripada 100atau 150 unit maka tiada rumah kos rendah yang perlu dibina.3.1.4. Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telahdipertanggungjawabkan untuk mengurus/menyenggara rancangan perumahan danmengendalikan urusan pendaftaran/pengagihan rumah kos rendah melalui Sistem MaklumatPerumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SMP).3.1.5. Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, sejumlah 14,059 pemohon rumah KR danPPR telah didaftarkan melalui permohonan secara manual (borang) dan secara online (erumah)dengan jumlah pendaftaran keseluruhannya adalah seramai 152,702. Bagi tempohtersebut, Kerajaan Negeri tidak melaksanakan sebarang projek perumahan baru, sebaliknyaianya dijalankan oleh pihak swasta. Sementara itu, sebanyak 14,775 unit rumah yang diurusdan disenggara oleh Pejabat bagi rancangan perumahan oleh Kerajaan Negeri telahdisiapkan sebelum tempoh pengauditan seperti di Jadual 3.1.2121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!