11.07.2015 Views

sukatan pelajaran kesusasteraan melayu - Ministry of Education

sukatan pelajaran kesusasteraan melayu - Ministry of Education

sukatan pelajaran kesusasteraan melayu - Ministry of Education

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KANDUNGANPengenalan 5Matlamat dan Objektif 6Prinsip Pengajaran Sastera 7Aspek Pembelajaran 8Spektrum Kemahiran 10Pengajaran dan Pembelajaran 12Kajian Teks 13Penilaian 16Hasil Pendidikan yang Diingini 20LampiranMerancang Program Sastera 21Unsur Sastera 25Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 36Penilaian – Tidak Formal dan Formal 53

PENGENALANKesusasteraan Melayu diperkenalkan di sekolah menengah dengan tujuan untukmemberikan pendedahan terhadap karya sastera dalam kalangan pelajar. Pendedahanini perlu kerana sastera mempunyai potensi untuk mengembangkan diri pelajar dari segipemikiran, sahsiah atau keperibadian dan sosial. Pembelajaran sastera yang berlatarkanmasyarakat setempat, serantau atau sejagat akan meningkatkan pemahaman pelajar tentangsikap anggota masyarakat dan skop budaya yang menjadi latar hasil sastera yang digunakan.Pembelajaran sastera juga membolehkan pelajar sedar akan kebudayaan, sistem nilai dansudut pandangan jagat atau world view sesebuah masyarakat. Hal ini diharap akan dapatmeningkatkan persefahaman sejagat dan meluaskan wawasan pelajar.Justeru, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat sekolah menengah ditawarkansebagai salah satu mata pelajaran pilihan untuk para pelajar yang mengambil BahasaMelayu (BM) dan Bahasa Melayu Lanjutan (BML) yang akan menduduki peperiksaan GCEPeringkat ‘O’.Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu ini meliputi jangka masa pengajaran danpembelajaran selama dua tahun, iaitu dari Menengah 3 hingga Menengah 4. Dalam jangkamasa dua tahun ini, para pelajar berpeluang mempelajari beberapa genre sastera sepertiyang berikut:Prosa-prosa tradisional (cerita rakyat, cerita jenaka dan cerita binatang)-prosa moden (novel dan cerpen)Puisi-puisi tradisional (pantun, syair, gurindam dan seloka)-puisi moden (sajak)DramaMata pelajaran kesusasteraan memerlukan pelajar mengkaji teks sastera secara menyeluruh.Kajian ini meliputi pelbagai aspek sastera: tema, perutusan atau pengajaran, persoalan,nilai, plot, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa.Oleh sebab itu, guru tidak harus menyempitkan pengajaran dan kajian teks sasterakepada pengajaran kefahaman membaca semata-mata. Pendekatan, kaedah dan teknikpengajaran yang dijalankan di bilik darjah perlu memenuhi keperluan kajian teks tersebut.Pelajar perlu digalakkan membaca teks sebelum kegiatan kajian dijalankan di bilik darjah.Mereka juga perlu diberi penjelasan tentang perkembangan kesusasteraan Melayu dandigalakkan membaca hal yang sama bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran menilaidan mengapresiasi teks sastera yang dipelajari oleh mereka.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 5

Penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dapat membantu guru menyampaikanpengajaran dengan berkesan. Penerapan ketiga-tiga inisiatif, iaitu Kemahiran TeknologiMaklumat dan Informasi (ICT), Kemahiran Berfikir dan Pendidikan Nasional dalam bahanpengajaran dapat menghidupkan lagi penyampaian guru. Selain itu, kegiatan pengajaranyang berpusat pada pelajar akan dapat membantu pelajar menghayati kandungan pelajarandan meningkatkan daya afektif dan kreativiti mereka.Kejayaan pelaksanaan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan ini bergantung pada kecekapanguru melaksanakan dan menyesuaikan kegiatan yang dirancang dengan kebolehanpelajar. Selain itu, kegiatan yang dijalankan harus dapat melibatkan pelajar secara aktif.Perancangan dan pelaksanaan kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesansudah pasti akan meningkatkan minat dan memupuk bakat pelajar terhadap sastera.(Sila rujuk Lampiran 1, halaman 21 )Diharapkan pelajar bukan sahaja dapat menghargai dan menghayati bahan sastera malahdapat menganalisis bahan tersebut. Hal ini perlu bagi membolehkan pelajar memberikanpandangan dan menilai sesebuah hasil sastera yang dibaca.MATLAMATPembelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat menengah bertujuan untuk memberikanpengetahuan kepada pelajar tentang unsur-unsur kesusasteraan dan nilai-nilai murni agarmereka dapat menghayati dan menghargai bahasa, kesusasteraan dan nilai masyarakatMelayu. Melalui bahan sastera dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan,para pelajar akan dididik untuk berfikir secara analitis, kritis dan kreatif. Selanjutnya diharapkanmereka akan mampu meningkatkan keupayaan berbahasa dan membina kepekaan estetikapabila membaca dan mengkaji hasil sastera Melayu.OBJEKTIFPada akhir pembelajaran pelajar dapat:memahami dan menghayati unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi moral, kemanusiaansejagat, keagamaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kenegaraan untuk membinasahsiah yang seimbang;memahami isi dan menganalisis aspek sastera;membuat interpretasi dan memberikan respons yang sesuai tentang teks sastera secaratersusun dan meyakinkan;menghargai dan menghayati keindahan bahasa yang terdapat dalam teks sastera; danmenanam minat membaca karya sastera.6 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

PRINSIP PENGAJARAN SASTERAPengajaran Sastera yang berdasarkan prinsip berikut dapat menggambarkan matlamatsukatan pelajaran.1 Respons terhadap sastera1.1 Penyertaan pelajar dalam melahirkan respons terhadap teks harusdigalakkan.1.2 Respons pelajar yang positif harus dikembangkan.1.3 Pelajar diberi masa yang cukup untuk membaca, menghayati, berbincang,meneroka dan memberikan respons terhadap teks. Pelajar harus diberipeluang untuk berinteraksi melalui perbincangan dan perundingan.1.4 Pelajar diberi peluang dan sokongan bagi membolehkan mereka berkongsisudut pandangan dan menyokong sudut pandangan ini dengan bukti-buktitekstual dan bukan tekstual.1.5 Pelajar diberi peluang untuk melahirkan respons mereka dalampelbagai bentuk pengucapan (ekspresi) melalui drama, muzik, dikir barat, sajak,penulisan kreatif dan seni lukis.1.6 Suasana bilik darjah yang positif perlu diwujudkan agar perbincangan yangmenggalakkan dan bermutu tentang teks sastera dapat dijalankan denganpenuh minat.2 Peningkatan kemahiran untuk menilai bahan sastera2.1 Kemahiran menilai bahan sastera dengan kritis dan analitikal mesti dipupukpada setiap peringkat.2.2 Pengajaran seharusnya membantu pelajar memperoleh pemahamanterhadap unsur-unsur sastera sesuai dengan kebolehan pelajar.3 Pendedahan kepada bahan sastera3.1 Pelajar harus diberi pendedahan kepada seberapa banyak teks. Ini termasukpendedahan kepada:pelbagai genre sastera, seperti drama, puisi dan prosa;pelbagai aspek keprihatinan manusia dalam kehidupan; danpelbagai sastera dunia selain Singapura dan sastera MelayuNusantara.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 7

SPEKTRUM KEMAHIRANPelajar perlu dilengkapkan dengan spektrum kemahiran berfikir yang berikut agarmereka dapat membaca dan memberikan respons kepada pelbagai aspek pembelajaran.Contohnya, kemahiran membuat perbandingan boleh diaplikasikan apabila membandingkanperwatakan, situasi, kesan kepada gaya dan sudut pandangan penulis.Kemahiran-kemahiran utama telah disenaraikan berserta contoh-contohnya. Kesemuakemahiran ini patut diperkenalkan dan diperkukuh pada setiap tahap. Namun tahappenguasaan kemahiran tersebut berbeza-beza bergantung pada keupayaan pelajar.Kemahiran-kemahiran ini bertindan antara satu sama lain dan saling berkait, maka mengajarkemahiran ini secara berasingan tidak digalakkan.10 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Kemahiran Menjanamembuat kesimpulan daripadamaklumat yang dibacamenginterpretasikan contoh-contohuntuk membuat rumusanmembuat ramalan berdasarkanmaklumat yang sedia adamonyokong sesuatu hujah ataupendapat dengan contoh-contoh danmaklumat yang sesuaimenggabungkan maklumat yangberkaitan untuk membina perspektifyang baharu atau yang berlainantentang teksKemahiran Menyusun- membandingkan dan/ataumembezakan elemen-elemen(seperti watak; sudut pandangan;latar; gaya) dalam teks- menyusun butir-butir danperistiwa secara berurutan- menyusun elemen-elemenmengikut kriteria (contohnya,menyusun watak watakmengikut kepentingan dansignifikan; menyusun peristiwaberdasarkan kepentingan)Kemahiran MengumpulkanMaklumatmemerhati atau mencatat butirbutirdalam teksmembentuk soalan-soalantentang teks untuk memperkukuh,memperjelas atau menambahkanmaklumatmendapatkan maklumat yangrelevan daripada pelbagai sumberKemahiran MengingatKemahiran Menganalisis- mengenal pasti ciri-ciri dalam teksdari sudut elemennya (plot, struktur,latar, gaya) dan jenis genre- mengenal pasti pola danperhubungan (contohnya, antarawatak, peristiwa, gaya dan sudutpandangan; dalam teks atau antarateks)- meneliti pendapat-pendapat yangmenyokong atau membangkangKemahiran Menggabung Jalinmembina hubungan yangbermakna antara maklumatbaharu dengan pengetahuansedia adameluaskan/mengubah suai ideadan perspektif sedia ada sebagaimaklumat baharumengaplikasikan pengetahuansedia ada kepada situasi baharuSPEKTRUMKEMAHIRANKemahiran Menilai- menilai kemunasabahan tujuan penulis- menilai sudut pandangan yangdipersembahkan dalam taks- menilai pendapat/idea-idea yang dipegangoleh orang lain- memberikan respons peribadimenghubungkaitkan dan/ataumenyusun maklumat secarasistematikmengingat kembali pengetahuansedia ada, perasaan danpengalaman apa bila memberikanrespons kepada teksKemahiran MemberikanTumpuanmentakrifkan dan/ataumenjelaskan sesuatutugasan sasteramemfokuskan tumpuankepada maklumat yangrelevan (misalnya,mengenal pasti contohcontohyang sesuai)SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 11

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANProses Pengajaran dan Pembelajaran sewajarnya berlangsung dalam suasana ceria danberkesan dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik. Penggunaanpelbagai pendekatan, kaedah dan teknik bertujuan untuk memastikan objektif pengajarandan pembelajaran tercapai. (Sila rujuk Lampiran 3, halaman 36)Selain mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik, pengajaran dan pembelajaransastera haruslah berpandukan prinsip pengajaran dan pembelajaran yang menegaskanpelibatan pelajar seperti yang diterakan dalam rajah berikut.PenggunaanPedagogiPelbagai strategiMeningkatkankefahamanSesuai dengankeupayaan pelajarPengalamanPembelajaranMencabar pemikiranKeupayaan mencernamaklumatMengembangkan sifatmandiriBERPUSATKANPELAJARKeadaanPersekitaranSuasana tidak mengancamLebih bermotivasiKandunganPelajaranRelevan dan autentikPelajar terangsangPenilaianuntukPembelajaranMaklum balas konstruktifMeningkatkan pembelajaranPrinsip Pengajaran dan Pembelajaranyang Menegaskan Pelibatan Pelajar12 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

KAJIAN TEKSCONTOH OBJEKTIF KHUSUSPENGAJARAN/PEMBELAJARAN1 PROSA TRADISIONALPelajar dapat:1.1 membincangkan isi atau kandungancereka klasik1.2 mengenal pasti dan menyusun urutanperistiwa dan episod1.3 menghubungkaitkan episod-episodmengikut dasar sebab dan akibat1.4 mengenal pasti gaya bahasa danpenggunaan bahasa secara tersuratdan tersirat1.5 mengenal pasti nilai-nilai, latar, pemikiran,budaya, sejarah dan cara kehidupanmasyarakat lama yang mempengaruhisastera prosa tradisional.ABCASPEKPENGAJARAN/PEMBELAJARANIsiCeritaTemaPersoalan dan pengajaranLatarPemikiran dan kehidupan masyarakatMelayu lamaGaya bahasa dalam ceritaklasikTeknik PenulisanStruktur plot- bahagian pengenalan- bahagian pertengahan- bahagian peleraianUnsur plot- imbas muka- imbas kembali- ketegangan/suspens- konflik atau pertentangan- puncak cerita atau klimaks2 PROSA MODEN (NOVEL DAN CERPEN)Pelajar dapat:2.1 membincangkan dan menghayati isi ceritakarya sastera moden2.2 menerangkan tujuan dan sudut pandanganpenulis dalam teks2.3 mengenal pasti struktur dan unsur-unsurplot karya sastera moden denganmemberikan penjelasan dan contohcontohyang relevan2.4 mengenal pasti nilai-nilai murni yangterdapat dalam cereka modenA IsiCeritaTema/PersoalanPerutusan dan pengajaranLatarPeristiwa-peristiwa yangmengandungi nilai murniPemikiran dan kehidupanmasyarakatB Gaya BahasaDiksiAyatSimileMetaforaSUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 13

CONTOH OBJEKTIF KHUSUSPENGAJARAN/PEMBELAJARANASPEKPENGAJARAN/PEMBELAJARAN2.5 memberikan respons terhadap nilai,pemikiran dan perlakuan watak dalamsekitaran latar yang dibentuk oleh penulis2.6 menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadaphal-hal kemanusiaan dan masalah sosial yangterdapat dalam teks.CPersonafikasiHiperbolaPengulanganPerlambanganTeknik PenulisanStruktur plotUnsur plot: imbas muka, imbaskembali, ketegangan, konflik ataupertentangan, puncak cerita atauklimaksWatak dan perwatakanDialog, monolog dan monologdalamanSudut pandangan3 DRAMAAIsiPelajar dapat:3.1 mengemukakan peristiwa-peristiwa yangberlaku dalam drama3.2 mengenal pasti isi drama3.3 mengenal pasti struktur dan unsur-unsurplot drama3.4 mengenal pasti gaya bahasa dan teknikpenulisan3.5 memberikan respons terhadap nilai,pemikiran dan tindak-tanduk watak dalamsekitaran latar yang dibentuk oleh penulis3.6 menghayati nilai-nilai murni yang terdapatdalam drama3.7 mengenal penulis berdasarkan karya yangdihasilkan.CeritaTema/PersoalanPerutusan dan pengajaranLatarPeristiwa-peristiwa dan bahagianyang mengandungi unsur dannilai murniB Gaya BahasaDiksiDialogMonologC Teknik PenulisanStruktur plotUnsur plot : imbas muka, imbaskembali, ketegangan, konflik ataupertentangan, puncak cerita atauklimaksWatak dan perwatakanAdeganEpisod14 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

4 PUISIPelajar dapat:CONTOH OBJEKTIF KHUSUSPENGAJARAN/PEMBELAJARAN4.1 mentafsirkan isi puisi4.2 mengemukakan maksud4.3 mengenal bentuk serta keindahan gayabahasa puisiAASPEKPENGAJARAN/PEMBELAJARANIsiTema dan persoalanMaksudPerutusan dan pengajaranLatarBahagian-bahagian yangmengandungi unsur dan nilai murniPemikiran penulis4.4 membaca puisi dengan penghayatan4.5 mengenal penyair melalui puisi mereka4.6 mengenal puisi yang bermutu.BGaya BahasaDiksiUnsur bunyi: rima, aliterasi,asonansi dan rentakSimileMetaforaPersonifikasiHiperbolaPengulanganPerlambangan InversiNadaC Teknik PenulisanJenis: pujaan, keagamaan, elegi,epigram, satira, percintaan, baladaBentuk: suku kata, kata, baris,rangkap, visual dan skema, rima.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 15

PENILAIANAspek penilaian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian menentukansejauh mana matlamat dan objektif pengajaran kesusasteraan ini tercapai. Maka alat ukuratau penilaian hendaklah ditentukan berdasarkan matlamat sukatan. Dengan kata lain,penilaian mestilah mencerminkan matlamat Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu.Penilaian membantu guru dalam beberapa aspek. Melalui penilaian, guru dapat mengetahuikeberkesanan pengajaran dan dapat membuat penyesuaian jika perlu. Selain itu, guru jugadapat memastikan adanya perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran. Penilaianjuga menjadi asas bagi guru untuk membuat laporan kemajuan pelajar serta menganjurkanprogram pemulihan dan pengayaan sesuai dengan kebolehan pelajar.Dari perspektif pelajar pula, penilaian membantu mereka menilai sejauh mana pemahamanmereka tentang apa yang diajar. Penilaian juga menjadi asas bagi pelajar mengetahuikeupayaan dan kelemahan mereka, dan membolehkan mereka mengambil tindakan susulanuntuk mengatasi kelemahan-kelemahan itu.JENIS-JENIS PENILAIANPenilaian terdiri daripada tiga jenis, iaitu penilaian diagnostik, penilaian formatif (Penilaianuntuk Pembelajaran) dan penilaian sumatif (Penilaian Pembelajaran). Kedua-dua jenispenilaian ini boleh dijalankan secara formal dan tidak formal. Penilaian perlu untukmemperoleh gambaran atau profil yang lengkap mengenai tahap keupayaan pelajar dalampelajaran sastera dan meninjau keberkesanan pengajaran guru.(Sila rujuk Lampiran 4, halaman 53 )16 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Gabungan penilaian formatif dan sumatif diterangkan dalam rajah berikut.Penilaian Sumatif(Penilaian Pembelajaran)Maklum balas sekaliPeruntukan waktu spesifikTidak ada penilaian kendiriPenilaian formatifdan sumatif digunakanuntuk menilaiperkembanganpelajarPenilaian Formatif(Penilaian untukPembelajaran)Maklum balas berterusanWaktu yang diberikanfleksibelPenekanan terhadappenilaian kendiriDalam menjalankan penilaian formatif, guru digalakkan menguji pelajar dalam pelbagaikaedah penilaian, contohnya projek, persembahan, portfolio, interviu, lelaman web dansebagainya, secara individu, berpasangan atau kumpulan. Penilaian yang dijalankanmerangkumi teks prosa, puisi dan drama yang ditetapkan dan teks bebas.Penilaian sumatif yang dijalankan pada akhir pembelajaran juga merangkumi teks prosa,puisi dan drama yang dipelajari serta satu bahagian teks bebas.OBJEKTIF PENILAIAN (Formatif dan Sumatif)Pelajar boleh:mengenal pasti isi teks kesusasteraan berdasarkan aspek-aspekpembelajaran kesusasteraan yang dipelajari seperti tema, persoalan,watak dan perwatakanmengenal pasti teknik penulisan, gaya bahasa penulis dankeberkesanannyamembuat interpretasi dan menyatakan respons peribadi terhadap teksmenunjukkan pemahaman tentang teks, baik yang tersurat mahupun yang tersiratmemilih, menyusun dan mengaplikasikan aspek sastera yang telah dipelajarimemahami dan memetik maklumat yang relevan untuk menyokong hujahmenganalisis dan menilai maklumat atau bukti.Objektif ini berkaitan antara satu sama lain, maka tidak boleh diuji secara berasingan.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 17

CIRI-CIRI UJIAN DAN PENILAIAN YANG BAIKUjian dan penilaian yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:KesahanKesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Dengankata lain, butiran-butiran ujian itu benar-benar mengukur perkara-perkara yanghendak diukur dan bukan perkara lain. Sesuatu ujian mempunyai kesahan isi jikasampel yang mewakili kandungan sukatan pelajaran dan matlamat-matlamat baik.Ini bererti ujian Kesusasteraan Melayu harus bertujuan untuk menilai kecekapananalisis pelajar terhadap teks sastera yang digunakan tanpa terhad kepada soalansoalanaras kefahaman semata-mata.KebolehpercayaanKebolehpercayaan merupakan ciri ujian yang merujuk kepada ketekalan. Ujian yangboleh dipercayai seharusnya mencerminkan keupayaan sebenar para pelajar dengantepat dan tekal. Ketekalan dan ketepatan ini akan tercapai seandainya soalan-soalanujian itu digredkan dengan baik sehingga kuasa diskriminasi ujian itu dapat dicapai.KeobjektifanKeobjektifan sesuatu kertas ujian dilihat dari dua sudut, iaitu penafsiran terhadapsoalan-soalan dan pemberian markah bagi jawapan para pelajar. Jika soalan-soalanujian itu jelas dan tepat, sesiapa sahaja yang membacanya akan memberikan tafsiranyang sama. Begitu juga bahan-bahan ujian dan pemberian markah tidak bersifatberat sebelah terhadap unsur-unsur seperti jantina, kaum, paras, latar belakangsosio-ekonomi dan sebagainya. Jika hal-hal tersebut dapat dicapai maka kertas ujianitu dianggap mempunyai ciri keobjektifan.KebolehtadbiranKebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan pentadbiran sesuatu ujian dan jugapelaksanaan kegiatan-kegiatan susulannya. Kebolehtadbiran meliputi faktor kos,seperti masa, tenaga dan wang. Guru perlu memastikan bahawa ujian yang akandijalankan tidak menggunakan masa, tenaga dan perbelanjaan yang berlebihan.18 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Positif dan KonstruktifUjian ini dapat mengenal pasti kebolehan, kelemahan, keperluan, minat, bakat, sikapserta usaha pelajar secara sistematik. Ujian ini juga menyediakan kegiatan susulanyang praktikal dan segera bagi para pelajar.BerkesanKeberkesanan ujian bergantung pada sama ada kriteria pemarkahan dan tahappencapaiannya dinyatakan dengan jelas. Ini menjadikan penilaian tersebut lebih tepatdan tekal memandangkan sifat subjektif yang sememangnya wujud dalam penilaianbahasa.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 19

HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINIPada akhir pembelajaran, pelajar:sudah membaca karya-karya daripada ketiga-tiga genre kesusasteraan, iaitupuisi, prosa dan dramasudah membaca karya-karya sastera Melayu Singapura dan Nusantaraboleh membaca teks sastera secara sendirianboleh menganalisis teks secara kritis dan mengenal karya yang bermutuboleh memberikan respons peribadi terhadap teks dan perkara-perkara yangdikemukakan dalam teksdapat mengaplikasikan kemahiran menilai, menghayati dan menghargaikesusasteraan kepada bahan-bahan sastera yang laindapat menerapkan nilai-nilai yang positif dalam kehidupandapat memupuk keperibadian yang seimbangdapat memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan.20 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Lampiran 1Merancang Program SasteraKetika merancang program sastera, guru perlu mengambil kira dua perkara, iaitu objektifdan prinsip Sukatan Pelajaran Kesusasteraan.Perancangan dibuat untuk jangka masa dua tahun. Dalam perancangan tersebut, perkaraberikut perlu diambil kira:Pendekatan Merancang ProgramGuru harus menentukan pendekatan yang hendak digunakan, sama ada pendekatanberdasarkan genre atau pendekatan berdasarkan teks.Penentuan pendekatan ini berdasarkan objektif dan pengetahuan guru tentang keperluan,minat dan keupayaan pelajar.Pemilihan TeksTeks yang dipilih merangkumi tiga genre: prosa, puisi dan drama. Teks yang dipilih jugamenggambarkan pelbagai gaya penulisan, zaman, budaya, isu kemanusiaan dan aspekpembelajaran. Selain itu, tahap kematangan dan minat membaca pelajar juga harus diambilkira. (Untuk peperiksaan peringkat nasional, senarai teks yang ditetapkan terdapat dalamSukatan Peperiksaan.)Jangka MasaJangka masa yang ditetapkan perlulah realistik dan fleksibel untuk memberi guru /pelajarpeluang membuat pengubahsuaian.Bahan SumberGuru harus menggunakan pelbagai sumber pengajaran untuk memperkaya Pengajaran danPembelajaran Kesusasteraan dan menjadikannya lebih menarik. Antaranya termasuklahpenggunaan bahan multimedia, forum, seminar, bengkel dan bahan rujukan lain.PenerapanGuru harus memberikan peluang untuk menerapkan Pendidikan Nasional dalam pengajaranyang mungkin timbul daripada teks atau mengaitkannya dengan teks yang dipelajari. Isutersebut harus dinyatakan dalam objektif pelajaran. Kemahiran Berfikir dan kemahiranTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang hendak ditekankan juga boleh dinyatakandalam objektif pelajaran.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 21

Objektif PelajaranObjektif setiap pelajaran perlu ditentukan. Objektif perlu menyatakan kemahirankesusasteraan dan aspek pembelajaran yang hendak diajar dalam sesuatu pelajaran.Kesemua aspek pembelajaran dan kemahiran yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaranperlu diajarkan dalam jangka masa dua tahun.Strategi dan AktivitiGuru perlu memastikan aktiviti/tugasan yang diberikan sesuai dengan objektif pelajaran.Strategi dan aktiviti pengajaran harus dapat:Penilaianmerangsang minat pelajar terhadap teks yang dipelajari;memberikan pengetahuan latar tentang teks kepada pelajar;memberikan peluang kepada pelajar berinteraksi, berbincang dan memberikanrespons;menyediakan kegiatan yang kreatif dan membolehkan pelajar menghayati teks; danmemberikan peluang untuk pelajar melakukan pelbagai kegiatan sepertipenyampaian lisan, lakonan, penulisan kreatif dan aktiviti pengayaan lain yangsesuai.Penilaian yang disediakan perlu seimbang antara penilaian tidak formal dan penilaian formal.Untuk penilaian formal, guru harus memastikan bahawa kesemua aspek pembelajaran danjenis soalan, iaitu yang berdasarkan teks yang dipelajari dan teks bebas, telah diajarkankepada pelajar dalam masa dua tahun. Bagi penilaian tidak formal pula, guru perlumenyediakan tugasan yang mencabar dan kreatif serta menguji perkara berikut secarabertahap-tahap:perkembangan pelajar dari segi pemahaman dan penghayatan; danaplikasi kemahiran kesusasteraan yang telah diajarkan.Pemantauan dan PenilaianGuru harus memantau dan menilai Program Sastera dengan mengambil kira hasilpembelajaran yang diingini yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Kesusasteraan.Aspek yang boleh dipantau seperti yang berikut:pendekatan pengajaran; danperkembangan kemahiran dalam mengapresiasi dan menilai bahan sastera.22 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Pendekatan Merancang Program SasteraPendekatan Berdasarkan GenrePelajar mempelajari teks sastera menurut genre, iaitu prosa (cerpen dan novel), puisi dandrama. Dengan yang demikian, pelajar terdorong membaca banyak teks sastera dalamgenre yang ditentukan.Pendekatan ini memudahkan proses menganalisis sastera kerana kriteria yang sama dapatdigunakan untuk semua teks sastera dalam genre ini. Pendekatan ini juga boleh digunakanuntuk teks bebas. Contohnya jika genre yang ditentukan ialah cerpen, guru boleh memilihcerpen lain untuk teks bebas selain cerpen yang ditetapkan.Untuk merancang pendekatan ini, beberapa perkara perlu diperhatikan.1 Pemilihan genre:Tentukan genre yang hendak diajarkan dalam jangka masa program ini.2 Pemilihan teks:Pilih teks (termasuk teks bebas) yang merangkumi genre yang perlu dipelajari, iaituprosa (cerpen dan novel), puisi dan drama untuk dipelajari dalam jangka masa satuhingga dua tahun.3 Jangka masa:Tentukan peruntukan jangka masa yang sesuai untuk mengajar setiap genre.Contohnya, sesuatu genre boleh diajarkan dalam jangka masa empat penggal atausebagai alternatif, satu genre diajarkan dalam dua penggal dan satu lagi dalam duapenggal berikutnya. Genre yang diajar pada tahun pertama boleh diulang semulapada tahun kedua sebagai pengukuhan.4 Aspek pembelajaran dan kemahiran:Tentukan aspek pembelajaran dan kemahiran kesusasteraan yang hendak diajarkan.Tekankan ciri-ciri penting sesuatu genre serta kenalkan istilah-istilah yang berkaitandengan genre tersebut.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 23

Di bawah ini ialah contoh program yang menggunakan pendekatan berdasarkan genreuntuk jangka masa dua tahun.PertamaTahun Penggal Genre Bahan teksbebas1 Pengenalan Kesusasteraan2 Prosa (cerpen) dan Puisi Bahan teks bebas3 Drama berfokus pada4 Kaji semula: Prosa (cerpen), puisi pelbagai aspekdan dramapembelajaranKedua1 Prosa (novel)2 Prosa (cerpen) dan/atau Puisi3 Drama4 Kaji semula: semua genrePendekatan Berdasarkan TeksPendekatan ini membolehkan pelajar mempelajari satu-satu teks tertentu dalam jangkawaktu yang ditetapkan. Dengan pendekatan ini pelajar berpeluang membaca dan menelititeks. Pelbagai aktiviti perlu dirancang bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran tekstersebut.Guru tidak harus menggunakan masa terlalu lama bagi satu-satu teks untuk mengelakkankebosanan. Bahan teks bebas digunakan bagi mempelajari aspek yang berkaitan sepertiwatak dan perwatakan dan sudut pandangan.Beberapa perkara penting perlu diperhatikan dalam merancang pendekatan ini.1 Pemilihan teks:Pilih teks kesusasteraan yang hendak diajarkan. Teks yang dipilih haruslah yangmenarik minat pelajar dan merangkumi kesemua genre.2 Jangka masa:Tentukan peruntukan masa yang diperlukan untuk mengajar setiap teks. Contohnya,jika terdapat tiga atau empat teks yang hendak diajarkan dalam jangka masa setahun,satu teks boleh diajarkan dalam masa satu penggal dan seterusnya.3 Aspek pembelajaran dan kemahiran:Tentukan aspek pembelajaran dan kemahiran yang hendak diajarkan berdasarkanteks yang digunakan.24 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Contoh program yang menggunakan pendekatan berdasarkan buku/teks.Tahun Penggal Buku/Teks Bahan teksbebasPertamaKedua1 Pengenalan Kesusasteraan2 Buku A: Prosa tradisional, drama Bahan teks bebasdan puisiberfokus pada3 Buku B: Prosa (novel) pelbagai aspek4 Buku A: Prosa (cerpen), puisi dan pembelajarandrama1 Buku C: Prosa tradisional drama danpuisi2 Buku C: Prosa (cerpen) dan/ataupuisi/drama3 Kaji semula: semua genre4SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 25

Lampiran 2Unsur SasteraUnsur-unsur sastera merupakan perkara yang penting diketahui dan difahami secaramendalam. Pengetahuan ini dapat membantu keupayaan pelajar untuk mencerakinkansesebuah karya sastera.Unsur-Unsur Cereka dan Puisi1 TemaTema ialah satu gagasan penyatuan. Tema juga merupakan persoalan pokok yangmendasari sesebuah karya sastera. Tema boleh disampaikan secara eksplisit atauimplisit.Ciri tema:pengalaman harian/istimewa yang dialami oleh pengarangdipaparkan dengan lebih berkesan apabila adunan elemen-elemen strukturnyayang lain seperti plot dan perwatakan dibuat secara rapiselalunya hanya terdapat satu tema sahaja dalam sesebuah cereka.2 PerutusanPerutusan ialah mesej atau amanat yang disampaikan oleh penulis berdasarkantema sesebuah karya itu.Ciri perutusan:bersifat pelbagaimenyokong keunggulan plot dan temadapat dipastikan dengan menganalisis pengalaman dan sikap watakserta peristiwaperutusan boleh berbentuk eksplisit atau implisit.26 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

3 PersoalanPersoalan merupakan isu atau perkara yang diketengahkan oleh penulis dalamsesebuah karya sastera. Persoalan mencakup sebarang hal yang meliputi kehidupan,masyarakat, dan sekitaran bagi mengetengahkan perutusan yang ingin disampaikanoleh penulis.4 PengajaranPengajaran ialah nasihat dan unsur-unsur moral yang ingin disampaikan olehpenulis kepada pembaca melalui hasil penulisannya. Pengajaran sering disisipdan diserlahkan melalui persoalan dan perutusan yang diketengahkan oleh penulis.Pengajaran boleh dikemukakan oleh penulis secara langsung dan tidak langsung.5 PlotPlot ialah penceritaan peristiwa-peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat. Plotselalu menekankan pada persoalan ‘mengapa’.Dua aspek yang penting untuk difahami dalam plot ialah struktur dan unsur-unsurplot.Struktur plot:Pengenalan/eksposisiPengenalan selalunya terdapat pada permulaan sesebuah cerita. Pada bahagianini, latar masa dan tempat serta watak akan diperkenalkan kepada pembaca.Pengarang akan mengemukakan konflik-konflik yang dihadapi oleh watak-watakterutama watak utama.PertengahanPeristiwa dan konflik berkembang membawa kepada peringkat kedua, iaitupertengahan cerita yang dikenal sebagai komplikasi. Pada peringkat ini, konflikmenjadi semakin rumit. Apabila konflik tiba kepada puncaknya, keadaan inidinamakan sebagai klimaks.Klimaks atau puncak cerita merupakan saat-saat yang paling tegang dalamsesebuah cerita. Darjah ketegangannya adalah yang tertinggi akibat konflikkonflikyang tidak terhurai dan menjadi rumit.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 27

Bahagian peleraian/pengakhiranDalam bahagian ini pengarang akan membuat berbagai-bagai huraian.Kadangkala bahagian ini juga disebut sebagai antiklimaks. Namun, ada jugacerita yang diakhiri dengan kejutan atau klimaks.Unsur-unsur plot:Kronologi/urutanCerita dikisahkan mengikut urutan atau susunan masa; mengikut tertib dari mulaberlaku sampai akhir cerita.Imbas kembaliUnsur ini merupakan kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa masa silam yangdiisikan dalam bahagian-bahagian cerita. Unsur ini boleh dikemukakan dalampenceritaan ataupun melalui ingatan watak.Imbas mukaMerupakan gambaran atau bayangan tentang sesuatu yang akan berlaku. Unsurini digunakan untuk menyediakan pembaca dengan pengetahuan awal tentangapa yang akan berlaku seterusnya.Suspens/KeteganganKetegangan adalah unsur yang berlaku hasil daripada konflik yang ditimbulkanoleh watak-watak. Suspens merupakan keadaan ragu-ragu dan tertanya-tanyadengan tiada tentu keputusannya. Unsur ini sering ditimbulkan di bahagianeksposisi, bahagian pertengahan dan hampir di bahagian akhir cerita.KonflikUnsur ini menunjukkan pertentangan yang berlaku antara dua pihak. Konflik bolehbersifat luaran seperti pertentangan antara manusia dengan manusia, manusiadengan alam dan manusia dengan tuhan. Unsur ini boleh juga bersifat dalamanseperti pertentangan yang berlaku dalam jiwa seseorang itu.28 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Klimaks/PuncakKilmaks ialah puncak cerita. Pada tahap ini, konflik yang dialami oleh watakpenting yang dipaparkan oleh penulis, berada pada takat yang paling tegang.KebetulanUnsur kebetulan merupakan sesuatu perkara yang berlaku dalam keadaan yangtidak disangka-sangka dan boleh membawa perubahan atau penentuan pentingkepada nasib watak.KejutanUnsur ini bermaksud peleraian terhadap sesuatu peristiwa, kejadian, klimaks ataukonflik yang bertentangan ataupun di luar dugaan pembaca.Rajah berikut menggambarkan alur cerita/plot:puncak 5konflik4 6 peleraiankonflik3konflik212 3 4permulaan pertengahan pengakhiranSUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 29

6 Watak dan PerwatakanWatak ialah tokoh atau pelaku yang terdapat dalam sesebuah cerita. Watak bolehberupa manusia, binatang, unsur alam dan lain-lain. Watak diberi sifat-sifat tertentuoleh penulis termasuk sikap, perasaan dan pemikirannya serta dikenali melaluipemikiran, ujaran dan tindakannya.Jenis-jenis watak:Watak bundarWatak bundar atau watak tiga dimensi mempunyai sifat-sifat tertentu sepertimanusia biasa yang mempunyai unsur-unsur fizikal, unsur-unsur psikologidan unsur-unsur kemasyarakatan. Watak bundar ini lebih meyakinkan keranamempunyai kekuatan dan kelemahan dalam dirinya. Watak ini juga mempunyaikombinasi sifat-sifat universal dan peribadi. Sifat-sifat yang terdapat dalamdirinya membezakan diri watak dengan watak yang lain.Watak pipihWatak ini dikenali sebagai watak dua dimensi. Dalam watak ini, hanya satu sifatyang tertentu sahaja yang dipaparkan, yakni sama ada baik atau jahat. Watak initidak menggambarkan sikap manusia biasa.Watak dinamikWatak yang berubah atau berkembang dari segi aksi atau psikologi akibatperistiwa-peristiwa yang dilalui.Watak statikWatak ini tidak mengalami perubahan dari segi sikap, pemikiran, emosi danpegangan hidup dari mula hingga akhir cerita.Perwatakan pula ialah cara penggambaran watak dalam sesebuah karya sastera.Penulis boleh menggunakan pelbagai cara untuk menggambarkan sesuatu watak:penerangan secara langsung atau deskriptifmenggambarkan watak melalui sikap dan tindakannyamemberikan gambaran watak melalui fikiran dan perasaannyamenggambarkan watak melalui pandangan dan penilaian watak lain.30 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

7 LatarLatar ialah unsur yang membentuk ruang perkembangan sesebuah cerita. Unsurunsurini termasuklah ruang tempat, ruang masa, benda dan peralatan, masyarakatdan fenomena kehidupan.Jenis-jenis latar:8 BahasaLatar tempatLatar yang menunjukkan di mana cerita itu terjadi. Latar ini boleh merangkumibatas negeri, bandar, kapal, hutan, ruang angkasa dan sebagainya.Latar masaLatar ini menunjukkan waktu sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya selepasSubuh atau pukul enam dan sebagainya. Latar ini juga menunjukkan lamanyawaktu alur cerita itu.Latar zamanLatar ini memaparkan zaman cerita itu berlaku. Contohnya mungkinsesuatu kejadian berlaku semasa Peperangan Dunia Kedua atau ZamanKegemilangan Kerajaan Melayu Melaka.Latar masyarakatLatar ini memberikan gambaran tentang keadaan atau sifat masyarakat didalam cereka itu. Ini termasuk cara kehidupan masyarakat itu, cara merekabekerja, berfikir berkomunikasi antara satu sama lain.Unsur-unsur bahasa dalam cereka:AyatAyat pendekAyat pendek yang digunakan dalam cereka memberikan kepadatan dari segibahasa dan isi tentang perkara yang ingin disampaikan. Unsur bahasa iniboleh melahirkan nada yang pantas dan menarik pembaca untuk menghayatikarya tersebut.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 31

Ayat kompleksAyat kompleks selalunya memberikan tempo yang perlahan di dalam perkembangansesebuah cerita.Unsur bahasa perbandinganSimilePerumpamaan yang mengungkapkan kata-kata perbandingan atau persamaandengan sesuatu. Lazimnya simile menggunakan perkataan seperti, bak, bagai danlain-lain.MetaforaPenggunaan kata-kata yang menyatakan lain daripada maksud yang tersurat.HiperbolaPerbandingan yang dibuat secara berlebih-lebihan atau melampau.Personifikasi/PeroranganPerbandingan yang memberikan sifat-sifat manusia kepada objek-objek yang tidakbernyawa.Bahasa asing dan daerahBahasa asing yang sering digunakan dalam teks yang dikaji ialah bahasa Inggeris.Selain itu terdapat juga penggunaan bahasa Arab. Bahasa daerah merujuk kepadaistilah yang khusus digunakan di suatu daerah atau negeri.Unsur sinis, mengejek, sindiran dan sarkasmeKata-kata yang digunakan secara langsung ataupun tidak dengan tujuan mengejekdan menyindir.InversiMerujuk kepada pembalikan kata yang memperlihatkan penyimpangan tatabahasayang lazim digunakan.Contoh:Dengan keringat lelahtelah kubelahresah malam ke ujung pagi(Di Penjuru Matamu, halaman 21)32 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Untuk pencerakinan puisi, unsur-unsur irama dan rima juga harus diberikan perhatian.9 IramaMerujuk kepada lembut atau kerasnya bunyi yang berulang secara teratur. Jugadikenali sebagai nada yang berkaitan dengan perasaan penulis. Contohnya iramayang lembut dan perlahan membawa nada melankolik. Irama yang keras, pantasdan tinggi membawa nada patriotik, sinis, protes dan lain-lain.10 RimaRima ialah pengulangan atau pertentangan bunyi yang sama yang terdapat dalambaris puisi yang berhampiran. Bunyi yang berima selalunya mempunyai nada tertentumungkin tinggi atau rendah. Terdapat dua jenis rima yang sering digunakan.AsonansiMerujuk kepada bunyi vokal dalam baris, biasanya pada awal perkataanyang berurutan.AliterasiUlangan bunyi konsonan yang biasanya berlaku pada awal perkataan yangberurutan.11 Sudut PandanganTeknik ini merujuk kepada cara pengarang mempersembahkan bahan-bahan ceritaatau kedudukan pandangan pengarang dalam menggambarkan aksi sesebuahcerita.Jenis-jenis sudut pandanganSerba tahu lidah pengarangSudut pandangan ini memperlihatkan pengarang sebagai mengetahui segalagalanyatanpa batas dari segi masa, tempat atau watak. Pengarang bergerakbebas dalam membuat ulasan. Menurut Friedman, sudut pandangan inicenderung ke arah pemberitaan.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 33

Serba tahu bebasDalam sudut pandangan serba tahu bebas, penulis bersuara secaraimpersonal melalui ganti nama orang ketiga. Bagaimana pun penulis masihbebas mengutarakan suaranya.‘Aku’ sebagai pemerhatiSudut pandangan ini menunjukkan keobjektifan pengisahan kerana penulismemberikan tugas bercerita kepada orang lain, iaitu kepada satu watak yangkurang penting yang menggunakan ganti nama ‘aku’. Suara penulis tidaklagi dilahirkan secara bebas. Sebaliknya watak ‘aku’ tadi akan bercerita kepadapembaca tentang segala apa yang diketahuinya dalam konteks cerita yangdirancang oleh penulis. ‘Aku’ mungkin dan boleh berbual dengan watakwataklain termasuk protagonis untuk mendapatkan pandangan merekaberkenaan dengan sesuatu peristiwa. Pandangan pemerhati ini terbatas padadirinya dan dia boleh menjangka/meneka fikiran seseorang. Sudut pandanganini selalunya diketengahkan secara langsung seperti yang dilihat olehpemerhati.‘Aku’ sebagai protagonisSudut pandangan yang menggunakan teknik ini bergantung hanya padafikiran, perasaan dan persepsi watak protagonisnya sahaja yang menggunakanganti nama ‘aku’.Serba tahu keserbaragaman terbatasMelalui teknik ini, suara penulis ditiadakan sama sekali kerana ceritanyabergerak secara langsung melalui fikiran watak-watak. Maka terdapatkecenderungan untuk mengemukakan babak-babak yang bersifat dalaman(fikiran) atau luaran (ucapan dan aksi)Serba tahu terbatasTeknik ini sama dengan sudut pandangan orang ketiga terbatas.pandangan hanya diarahkan oleh seorang watak sahaja.Sudut34 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

12 Bentuk Isi SajakBentuk isi atau ragam di dalam sajak merujuk kepada perkara yang hendakdisampaikan oleh penyair kepada pembaca yang sekali gus memancarkan fikirandan perasaan penyair. Di dalam penganalisaan sajak, terdapat tujuh jenis isisajak:Oda/PujaanSajak yang mengandungi isi yang memuja alam atau manusia.KeagamaanSajak yang bertemakan agama dan seringkali memuja kebesaran tuhan.ElegiSajak yang membawa persoalan kesedihan atau ratapan dan selalunya berkaitandengan kematian, percintaan atau peperangan.EpigramSajak yang memberikan pengajaran, peringatan dan panduan hidup.SatiraSajak yang bersifat sindiran tajam terhadap sesuatu perkara, keadaan atauseseorang.Roman/PercintaanSajak yang bertemakan percintaan, kasih sayang terutama sesama manusia.BaladaMengandungi sesebuah cerita atau kisah yang dramatik tentang sesuatu peristiwayang selalunya bernada sedih.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 35

Beberapa ciri Pendekatan Mengalami-Menghayati adalah seperti yang berikut:pelajar mengaitkan pengalamannya dengan isi karya yang dikajipelajar terlebih dahulu memahami isi cerita atau maksud puisisetelah pelajar memahami isi karya, pelajar mengkaji secara terperinciaspek-aspek struktur sesebuah karya secara individu atau berkumpulanpelajar memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yangtertentu dalam sesebuah karya sasteraguru memberikan latihan yang menekankan analisis pengalaman pelajarsendiriguru mengemukakan soalan yang mencabar daya intelek pelajaraktiviti yang dirancang harus dapat melatih pelajar berfikir secara kritis dananalitis.1.3 Pendekatan StrukturalPendekatan ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan ataustruktur karya. Aspek yang dikaji meliputi tema, persoalan, perutusan, pengajaran,plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan sudut pandangan. Guru perlumembantu pelajar memahami gagasan-gagasan yang dinyatakan sebelum kajianteks dilakukan di bilik darjah. Kesimpulannya, pendekatan struktural ialah pendekatanyang menekankan analisis karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.Beberapa ciri Pendekatan Struktural adalah seperti yang berikut:kajian dibuat secara induktifmemerlukan pembacaan yang rapimenekankan pemahaman pelajar terhadap setiap elemen sesebuah karyasasterasetiap unsur memerlukan penjelasan secara terperincimenitikberatkan pemahaman istilah sastera, makna istilah berkenaan dancontoh penggunaan istilah berkenaanguru mengetahui terlebih dahulu hubungan dalam struktur karya yang dikajiguru membimbing pelajar ke arah hasil pembelajaran khususguru menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 37

1.4 Pendekatan BerfokusPendekatan berfokus merupakan pendekatan kajian yang memberikan tumpuanpada sesuatu aspek sastera semasa pelajar mencerakin teks sastera. Namun begitu,selalunya ada juga unsur-unsur sampingan lain yang menjadi fokus kajian. Kajianyang dilakukan berdasarkan pendekatan ini boleh menghasilkan pencerakinan yangkemas kerana adanya pemilihan fokus pada aspek yang dibincangkan. Pembacaanyang dilakukan oleh pelajar juga akan menjadi lebih bermakna kerana mereka bolehmeneliti hal-hal yang tersirat dan tidak terhad kepada perkara-perkara yang tersuratsahaja.Dengan ini, jelaslah bahawa pendekatan berfokus ialah pendekatan pengajaranyang menekankan sesuatu aspek yang tertentu dalam sesebuah karya sastera bagisetiap pengajaran dan pembelajaran di samping menyentuh aspek-aspek lain secarasampingan.Beberapa ciri Pendekatan Berfokus adalah seperti yang berikut:kajian bermula dan berdasarkan aspek yang paling menonjol dalam sesebuahkarya sasteraaspek yang paling menonjol menjadi Fokus Utamaperkara atau aspek lain yang kurang menonjol menjadi Fokus SampinganFokus Utama (FU) dan Fokus Sampingan (FS) saling berkaitan dan bolehbertukar ganti. Misalnya, dalam satu pelajaran, watak menjadi FU dan bahasaFS. Pada pelajaran lainnya bahasa menjadi FU dan watak FS.2 KaedahKaedah ialah satu perancangan bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik. Antara kaedah pengajaran Kesusasteraan Melayu termasuklah:2.1 Kaedah Membaca Teks dan PemahamanPelajar membaca teks atau cerita sambil mereka cuba memahami sendiriisi tersurat atau tersirat. Pelajar mengenal pasti aspek-aspek teknik dalamcerita.38 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

2.2 Kaedah Membaca dan Melakonkan AdeganPelajar menghafal dialog tertentu daripada teks atau drama. Kemudian, pelajardikehendaki melakonkan adegan-adegan berdasarkan tafsiran mereka terhadapteks atau cerita yang dibaca atau dihafal oleh pelajar.2.3 Kaedah Mendengar Pita RakamanPelajar mendengar dialog, pembacaan dan penjelasan daripada pita rakaman yangdisediakan oleh guru.2.4 Kaedah Menonton Lakonan PentasSebahagian daripada pelajar di dalam kelas melakonkan adegan tertentu daripadateks atau cerita. Pelajar yang lain dikehendaki menjadi penonton sambil memerhatikanaspek-aspek seperti lakonan, watak dan latar untuk dibincangkan kemudian. Kaedahini boleh dijalankan di bilik darjah atau di tempat lain yang sesuai.2.5 Kaedah SeminarBeberapa orang pelajar membentangkan pandangan mereka sendiri tentang isicerita/teks yang dikaji. Guru menyediakan tajuk dan objektif terlebih dahulu sebelummemulakan seminar. Guru bertindak sebagai pemerhati dan campur tangan jika perlusahaja.2.6 Kaedah Menggunakan Kemahiran BerfikirPelajar dilatih menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman tentangsesuatu perkara, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan,membuat refleksi dan menyelesaikan masalah.Guru menggalakkan penggunaan bahan rujukan. Seterusnya, guru boleh menjalankanaktiviti-aktiviti seperti membuat projek, menggunakan lembaran kerja, pembelajaransecara bekerjasama, perbincangan, sumbang saran dan teknik penyoalan.2.7 Kaedah ForumTajuk ditentukan terlebih dahulu oleh guru. Tajuk tersebut mestilah yang berkaitandengan isi pelajaran teks atau cerita. Beberapa orang pelajar diminta untuk menjadiahli panel dan seorang menjadi pengerusi forum. Guru bertindak sebagai pemerhatimanakala pelajar yang lain diminta mendengar dengan teliti.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 39

2.8 Kaedah DiskusiPelajar membentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk aktiviti ini. Setiap kumpulanmembincangkan tajuk-tajuk kecil tentang isi pelajaran. Contohnya, tajuk kecil ialahtentang watak dan perwatakan dalam sesebuah novel atau cerpen. Setiap kumpulanmembincangkan satu watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita yangdibincangkan. Guru bertindak sebagai pengatur idea, pemangkin idea, penunjukjalan dan perumus.2.9 Kaedah Soal JawabTujuan kaedah ini ialah untuk meluaskan isi pelajaran, cerita atau teks. Beberapasoalan yang berkaitan dengan pengalaman pelajar dikemukakan oleh guru. Guruhendaklah mengetahui proses pemikiran pelajar. Segala jawapan pelajar hendaklahditerima. Namun, pada akhir sesi, guru hendaklah membincangkan jawapan pelajardan mengemukakan jawapan yang tepat. Sesi ini diakhiri dengan satu tugasan.3 TeknikBerdasarkan kaedah-kaedah yang dibincangkan, para guru sastera boleh memilih teknikyang sesuai dalam pengajaran mereka. Pemilihan dan penggunaan teknik pengajaranperlu disesuaikan dengan tingkatan pelajar, kebolehan, kesediaan pelajar dan matlamatpengajaran.Antara teknik yang boleh digunakan termasuklah:3.1 Teknik PeneranganGuru hendaklah menitikberatkan penghuraian lisan semasa menyampaikan isipelajaran. Penerangan berfokus kepada penikmatan, pemahaman dan penghayatanbahan, isi cerita atau teks. Guru menerangkan perkara-perkara seperti nilaikemanusiaan dan gaya bahasa.3.2 Teknik KeperihalanTeknik ini hendaklah digunakan selepas teknik penerangan. Pelajar didedahkankepada aspek-aspek kesusasteraan tertentu seperti bentuk, gaya bahasa, nilai,elemen struktur, unsur psikologi dan unsur sosiologi. Guru memastikan bahawabahan yang dipetik daripada teks berfokus kepada objektif khusus pengajaran.40 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

3.3 Teknik PerbandinganTeknik ini bertujuan untuk membantu pelajar melihat persamaan atau perbezaanbeberapa perkara. Kemahiran yang digunakan ialah kemahiran menganalisis. Pelajarmenggunakan kemahiran ini untuk menentukan persamaan atau perbezaan sertamelihat kaitan antara perkara-perkara yang hendak dibincangkan. Contohnya, pelajarmenganalisis persamaan, perbezaan dan perhubungan dua watak dalam sesebuahnovel atau menganalisis persamaan dan perbezaan latar antara dua cerpen.3.4 Teknik CerakinanPelajar didedahkan dengan isi pelajaran, cerita atau teks supaya mereka dapatmenghayati, memahami dan menilai cerita yang dibaca oleh pelajar. Gurumencerakinkan setiap elemen, satu demi satu, sehinggalah terbentuk satu kesatuan.Contohnya, dalam pengajaran sajak, guru mencerakinkan keindahan bahasa yangdigunakan dengan melihat kepada stanza, baris atau bait puisi. Kemudian, aspekitu dikelompokkan dari segi personifikasi, metafora, aliterasi atau asonansi. Aspekaspekini digabungkan bagi membentuk keindahan sajak.3.5 Teknik LatihanLatihan secara bertulis atau lisan didedahkan kepada pelajar. Latihan yang pelbagaiseperti tugasan, penceritaan semula, mengaitkan isi pelajaran dengan pengalamansedia ada, peraduan mengarang, pementasan drama dan pembacaan puisi. Selainitu juga pelajar boleh didedahkan dengan Lembaran Penyusun Grafik dan PetaMinda sebagai panduan dalam bentuk gambar rajah untuk merekodkan maklumatdan melihat perhubungan fakta, memahami dan mengingat maklumat dengan lebihmudah.3.6 Teknik Percambahan FikiranTeknik penjanaan idea ini dilakukan dalam kumpulan kecil (4-5 orang). Seorangpelajar menjadi pengerusi dan seorang lagi penulis idea. Guru hendaklah memastikanpengerusi berupaya menggalakkan ahli-ahli kumpulan menjana idea tentang sesuatuaspek dalam cerita atau teks tanpa dinilai atau dipertikaikan.3.7 Teknik Teater Pembaca dan BerceritaPelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada,intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan.Pelajar juga boleh merealisasikan sesuatu watak dalam sesebuah cerita yangdisampaikan dalam bentuk lakonan.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 41

3.8 Teknik Pemaduan SeniUntuk merangsang penghayatan pelajar terhadap sesebuah karya, unsur-unsurseni seperti muzik, seni lukis, seni tari, kaligrafi, dan seni lakon disepadukan untukmenghidupkan karya tersebut.3.9 Teknik Kerusi PanasPelajar melakonkan watak-watak tertentu daripada novel, cerpen atau bahan sasterayang lain. Pelakon tersebut perlu melakonkan watak dan perwatakan denganpenuh penghayatan. Pelajar yang lain menyoal pelakon tentang tindakannya ataupemikirannya berdasarkan watak dan perwatakan yang dilakonkan.3.10 Teknik Tangga CeritaPelajar dikehendaki menyusun dan mencatat peristiwa-peristiwa dalam sebuah ceritamengikut urutan dengan menggunakan bahan grafik agar mereka dapat memahamiplot dan sinopsis cerita.3.11 Teknik CerpendraSekumpulan pelajar melakonkan sesebuah cerpen dalam bentuk drama. Teknik inimendalamkan pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap watak, latar, tema danpersoalan yang ingin dipaparkan oleh penulis.Selain pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disenaraikan,kepelbagaian sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayuboleh membantu pelajar menguasai aspek sastera. Antara sumber tersebut ialah:pusat sumberinternetakhbarmajalahfilemglosariorganisasisumber hidupGuru juga perlu menggalakkan pelajar membaca secara luas hasil karya sastera yangpelbagai selain teks wajib. Pembacaan luas juga melibatkan pembacaan bahan bukansastera yang meliputi pelbagai disiplin ilmu. Pembacaan luas dapat mempertingkatkanpenguasaan ilmu sastera, membentuk sahsiah pelajar di samping memupuk budayamembaca dan menggalakkan pelajar untuk berkarya.42 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPerancangan aktiviti pengajaran yang teliti dan disokong dengan penggunaan bahanbantu mengajar yang sesuai dan berkesan akan dapat merangsang pelajar memahami,menghayati dan mencerakin karya sastera secara analitis dan kritis. Kemahiran ini perluagar pelajar berupaya memberikan respons bukan sahaja terhadap teks sastera yangdipelajari di bilik darjah malah teks sastera yang terdapat dalam bahan cetak, bukan cetakdan bahan digital.Perancangan aktiviti perlu mengambil kira ciri-ciri berikut:pelajar terlibat secara aktif;pelajar diberi peluang dan masa yang cukup untuk memberikan respons (mentafsir danmemberikan pandangan) tentang teks;pelajar berpeluang melahirkan sudut pandangan mereka; danpelajar perlu dilengkapkan dengan kemahiran mengapresiasi sastera agar dapatmembuat kajian teks dengan sebaiknyaBerikut ialah beberapa aktiviti saranan bagi membantu pelajar memahami dan menghargaipelbagai jenis genre.ProsaCara-cara Mengenalkan Pelajar Novel Cerpen Puisi Dramakepada Sesuatu Genre1 Mendedahkan pelajar kepadapelbagai jenis puisi (pantun,syair, gurindam, sajak dsb)2 TransformasiMengolah semula teks dalamgenre yang sama atau mengolahsemula teks dalam genre yanglain.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 43

ProsaCara-cara Mengenalkan Pelajarkepada Sesuatu GenreNovel Cerpen Puisi Drama3 Persembahan LisanPelajar membaca kuat puisi untukmenentukan rima dan nada pelbagaijenis puisi (cth, perbezaanpembacaan pantun, syair dan sajak)4 Main Peranan dan DramaPelajar melakukan latihan dramayang mudah seperti mengekspresi/menggayakan perasaan, melakonkanwatak yang terdiri daripada pelbagaiperingkat usia.5 Teknik Soal JawabPelajar disoal tentang perbezaanantara pelbagai genre dalam sasteradan kemudiannya diikuti denganperbincangan. Soalan sepertiperbezaan puisi dan novel yangmengetengahkan isu peperangan.44 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Contoh beberapa strategi pengajaranStrategi pengajaran sastera boleh dikategorikan kepada tiga bahagian utama seperti yangberikut:Cara-caramerangsang minatpelajar pada teksyang diberikanCara-cara untuk menarik minat pelajar kepada teks,mencungkil pengetahuan sedia ada, mengaitkan teks kepadapengalaman peribadi, menimbulkan mood/perasaan hati,mencetuskan perasaan ingin tahu dan menjana gambaranvisual yang bersesuaian.Cara-cara menerokaaspek pembelajaranCara-cara menjanarespons yang kreatifKaedah ini dapat digunakan ketika melaksanakanpenerokaan yang terperinci mengenai mana-manaaspek pembelajaran: sudut pandangan, latar, watak danperwatakan, plot dan gaya.Aktiviti-aktiviti yang disarankan bertujuan untuk menggalakkanpelajar meluahkan pandangan mereka dan berkongsi denganrakan.Strategi dan aktiviti yang boleh dilakukan guru tidak terhad kepada apa yang disarankandalam bab ini sahaja. Guru boleh memilih pelbagai strategi yang sesuai. Pemilihantersebut haruslah berdasarkan pertimbangan berikut:Adakah aktiviti menepati objektif pelajaran?Adakah aktiviti-aktivitinya pelbagai?Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan saling melengkapi?Cara-cara Merangsang Minat Pelajar kepada Teks Prosa(Novel dan Cerpen), Puisi dan Drama1 Idea utama atau isu sesebuah teks dijadikan bahan renungan pelajaratau bahan perbincangan yang dapat dijalankan secara berpasangan ataudalam kumpulan.Contoh arahan untuk pelajar:Kamu akan membaca sebuah teks mengenai seorang wanita miskin.Mulakan dengan membayangkan seorang wanita miskin yang kamu tahu.Apakah perasaan dan sikap kamu terhadapnya? Adakah beliau berbezadengan orang lain yang kamu kenal? Adakah kamu suka akan wanitaitu? Mengapa?Terangkan dapatan kamu kepada pasangan kamu.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 45

Cara-cara Merangsang Minat Pelajar kepada Teks Prosa(Novel dan Cerpen), Puisi dan Drama2 Membaca sumber lain yang mengandungi isu/kandungan yang sama sepertiteks yang dibaca, contohnya, gambar, cerpen atau artikel.Bahan-bahan yang dipilih oleh pelajar atau guru boleh diambil daripada majalah,akhbar atau internet. Sumber-sumber ini dapat membantu pelajar membuatkaitan antara isu yang diutarakan teks dengan keadaan yang berlaku di sekelilingatau pengalaman peribadi pelajar.3 Menggunakan sumber audio-visual dan ICT.Menggunakan sumber yang pelbagai, tidak hanya bergantung pada yang bercetaksahaja. Contohnya e-buku dan e-cerpen.4 Teknik soal jawabMenerusi soal jawab, guru merangsang proses pemikiran pelajar. Pelajar jugadapat menggunakan imaginasi untuk mengaitkan pengalaman/pengetahuanpelajar kepada pelajaran yang berikutnya. Teknik ini melibatkan pelajar menilaikefahaman mereka terhadap apa yang telah pelajari oleh mereka.5 Meneroka tajukPelajar meneroka makna di sebalik tajuk sesebuah cerita/puisi/drama. Pelajar bolehmengaitkan tajuk teks dengan watak utama, tema atau latar teks tersebut.6 Membuat ramalanPelajar membaca petikan daripada teks dan meramalkan apa yang akan berlakukemudiannya atau sebelumnya.7 Membuat kajianPelajar memerlukan pengetahuan latar dan maklumat agar mereka memahamikonteks/latar sesebuah teks. Secara berkumpulan, pelajar ditugaskan membuatkajian ke atas sesuatu topik/isu dengan mendapatkan maklumat daripada pelbagaisumber termasuk yang bercetak dan yang bukan bercetak.46 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Cara-cara Meneroka Aspek Pembelajaran(sudut pandangan, latar, perwatakan, plot dan struktur, dan gaya)1 Menulis semula permulaan dan kesudahan teksPelajar dikehendaki memulakan dan/atau mengakhiri puisi/cerpen yangtelah dipadamkan stanza/perenggan pertama dan terakhir.2 KesinambunganCetak setiap stanza/perenggan sebuah teks/puisi di atas jalur-jalur kertas. Pelajarbekerja dalam kumpulan kecil. Setiap kumpulan ditugaskan untukmenyusun semula jalur-jalur kertas tersebut sehingga menjadi teks/puisi yanglengkap dan teratur. Kemudian, buat perbandingan dengan teks/puisi asal.3 Membuat ramalanPelajar membaca semula sebuah teks dan berhenti di suatubahagian/babak/bab. Pelajar kemudian diminta secara individu, berpasanganatau dalam kumpulan kecil, untuk membuat ramalan tentangperkembangan peristiwa/plot atau watak, dan juga kesudahan teks tersebut.Bacaan diteruskan dan ketepatan ramalan dibincangkan seterusnya.4 Bacaan terarahKenalkan teks dalam beberapa bahagian supaya pelajar dapat memberikantumpuan khusus pada satu bahagian dalam satu masa.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 47

Cara-cara Meneroka Aspek Pembelajaran(sudut pandangan, latar, perwatakan, plot dan struktur, dan gaya)5 Penggunaan penyusun grafik dan rajah seperti berikut:carta alirpeta urutancarta sebab dan akibatgaris masasarang lelabahkalendarpetapelanPelajar boleh menggunakan penyusun grafik dan rajah untuk tujuan-tujuanberikut:mengaitkan krisis kepada sebab dan akibatmengenal pasti peristiwa-peristiwa pentingmengikuti perkembangan peristiwa/plot mengikut masamemperlihatkan perhubungan watak-watakmemperlihatkan emosi dan perasaan watak dan perubahanperhubungan tertentu dalam ceritamencerakinkan watakPelajar menilai rajah yang direka oleh mereka bagi perkara-perkaraberikut:menerangkan bagaimana mereka memperlihatkan atau menggambarkanmaklumat-maklumat relevan; danmelihat keberkesanan penerangan dan penjelasan idea.6 Menggunakan bahan ICT dan sumber audio dan visual yang lainMembuat perbandingan cerita yang sama yang dipaparkan dalam bentuk filem danbentuk teks .48 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Cara-cara Meneroka Aspek Pembelajaran(sudut pandangan, latar, perwatakan, plot dan struktur, dan gaya)7 Teknik soal jawabSoalan-soalan diajukan oleh guru sebagai panduan kepada pelajarmencapai matlamat pembacaan serta membantu pelajar memberikantumpuan pada sesuatu perkara.Soalan-soalan ini boleh berbentuk soalan pemahaman atau jurnal renunganatau penilaian kendiri.Contoh soalan:“Apakah perasaan yang kamu alami ketika membaca sajak ini?”,“Apakah kesan cerita ini kepada diri kamu?”8 Percikan kataPelajar memberikan percikan kata yang membawa makna semantikyang terdapat dalam tajuk atau kandungan teks. Kemudian, mereka bolehmembulatkan perkataan-perkataan yang tidak disangka-sangka timbuldalam petikan teks tersebut. Pelajar membuat penilaian kepada pemilihanperkataan itu.9 IIustrasiPelajar melukis imejan yang sesuai dengan peristiwa, watak, lataratau tema teks. Ilustrasi ini boleh dipadankan dengan nukilan-nukilanyang sesuai daripada teks.10 Aktiviti mengisi maklumatPelajar boleh mengisi maklumat-maklumat yang sengaja ditiadakan dalam teksmenerusi aktiviti menulis jurnal, dialog, surat atau e-mel.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 49

Cara-cara Meneroka Aspek Pembelajaran(sudut pandangan, latar, perwatakan, plot dan struktur, dan gaya)11 Main peranan dan melakonkan dramaAktiviti ini boleh digunakan untuk melakonkan semula babak dalamdrama atau peristiwa dalam cerpen/novel.Pelajar boleh:membaca kuat babak dalam drama dengan memberikan tumpuan pada maknadan ekspresimain peranan sebagai watak atau mendramakan satu babak daripada teksmembuat perancangan pada kedudukan dan pergerakan watak di pentasmenyediakan penerangan, dalam bentuk ilustrasi atau penulisan, pakaian(kostum), set penggambaran (latar) dsbmeringkaskan teks dan melakonkannya dalam persembahan yang mengambilmasa lebih kurang lima minitmengenal pasti dan melakonkan babak-babak yang berlainan yangmenggambarkan perbezaan sifat/sikap watakmenukar/memperbaiki babak-babak atau membincangkan watak-watak dalamteks12 RingkasanPelajar menulis sinopsis drama untuk disertakan dalam program teater.Pelajar menceritakan semula plot atau idea utama menggunakan perkataan merekasendiri.13 Menggunakan aktiviti bahasaPelajar meneliti pelbagai jenis teks seperti iklan dan ucapan untuk mengenalpasti dan memilih perkataan-perkataan yang berkesan. Pelajar kemudianboleh mengkategorikan perkataan-perkataan tersebut untuk melihat bagaimanaperkataan dapat memberikan konotasi dan kesan yang berbeza.Pelajar membandingkan kesan penggunaan dan susunan ayat-ayat panjang,pendek dan antara dua perenggan atau stanza.Pelajar dikenalkan kepada istilah-istilah baharu dan/atau penting dalamwacana teks.50 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Cara Menjana Respons KreatifProsa (Novel dan Cerpen), Puisi dan Drama1 Persembahan secara lisanPantominMain perananRakaman bacaan teks2 Jurnal/Diari/BlogPelajar menulis jurnal, diari atau blog tentang watak pilihan mereka tanpamemberi nama pada watak itu. Pelajar kemudian digalakkan untuk bertukartukarjurnal/diari/blog watak pilihan dan meneka watak tersebut. Kemudian,pelajar fikirkan pula siapakah watak dalam cerita yang menulisjurnal/diari/blog tersebut.3 SuratPelajar menulis sepucuk surat kepada watak pilihan dalam cerita.4 Menulis semula peristiwa dari sudut pandangan yang berbezaPelajar memainkan peranan sebagai watak pilihan mereka dan renung kembalitentang suatu peristiwa dalam teks. Pelajar kemudian mengubahbentuk bahagian-bahagian tertentu dalam teks kepada bentuk diari, surat,ulasan, coretan akhbar, skrip drama dan sebagainya.5 TransformasiPelajar diminta untuk mengubah teks asal atau asli kepada bentuk/pandangan yanglain seperti berikut:olah semula dalam genre yang lain atau jenis teks. Misalnya,prosa puisi, novel dramaolah semua dari perspektif yang lain. Misalnya, pandanganwanita pandangan lelaki olah versi yang baharurentas cipta teks naratif menjadi diari, ulasan, coretan akhbar, skrip drama dansebagainya.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 51

Cara Menjana Respons KreatifProsa (Novel dan Cerpen), Puisi dan Drama6 Main peranan dan melakonkan dramamementaskan drama atau sesuatu babakmembuat pementasan versi moden dalam bentuk penyiaran bagi media massaseperti siri drama televisyen atau tarian kontemporari/ taridra.rentas ciptamenulis dialog perbualan antara watak yang penulis tidak sertakan dalampenulisannyamenukarkan latar ceritamengembangkan, meluaskan atau memperincikan dialog7 Menggunakan penyusun grafik dan rajahPelajar menggunakan penyusun grafik dan rajah yang dapat merangsang minat.8 IlustrasiPelajar mengilustrasikan idea-idea utama, peristiwa-peristiwa penting, watak-watakdan latar dalam teks menurut interpretasi pelajar terhadap teks dan mereka kulitbuku.9 Respons peribadiPelajar menggambarkan dan berkongsi perasaan dan pandangan mereka dalambentuk lisan atau tulisan dalam bentuk jurnal/diari/blog.10 PerbincanganSecara berkumpulan, pelajar berkongsi pandangan perasaan dan reaksi mereka.11 Menghasilkan sajakPelajar boleh menghasilkan pelbagai bentuk sajak.52 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Lampiran 4Penilaian Tidak Formal dan FormalPengenalanDisarankan agar guru sentiasa menyemak cara membuat penilaian kelakonan pelajarmemandangkan perubahan yang sentiasa berlaku dalam bidang pendidikan. Penilaian yangdijalankan haruslah jenis penilaian yang dapat membantu pelajar memperbaik pencapaianmereka.Penilaian Tidak FormalObjektif PenilaianPenilaian tidak formal di sekolah dijalankan untuk menyokong peperiksaan formal. Yangberikut ialah beberapa aspek positif penilaian tidak formal:Kadangkala pelajar yang dapat menghasilkan tugasan yang baik tetapi tidak dapatmenunjukkan kelakonan yang baik apabila menghadapi tekanan peperiksaan.Dengan penilaian tidak formal mereka akan berpeluang untuk menunjukkankelakonan terbaik mereka dalam suasana yang selesa.Para pelajar yang lemah dalam bidang akademik dan menghadapi masalahmenjawab soalan-soalan peperiksaan pen dan kertas, akan diberi peluangmenjalankan tugasan dalam bentuk yang lain.Penilaian tidak formal memberikan lebih fleksibiliti dalam membina tugasanpenilaian.Penilaian tidak formal membolehkan pemantauan perkembangan pelajar denganlebih rapi dan guru berupaya menangani apa-apa masalah pada masa masalahtersebut timbul.Penilaian tidak formal membolehkan guru menjalankan penilaian tentangpencapaian pelajar dengan lebih komprehensif pada jangka waktu yang panjang.Walaupun aspek-aspek yang diberikan tadi memberikan sebab yang baik untuk menjalankanpenilaian tidak formal, tiga aspek yang terakhir tidak digunakan sepenuhnya. Penilaiantidak formal seharusnya menjadi cara untuk memantau perkembangan pelajar padamasa pelajar menjalankan tugasan-tugasan atau aktiviti-aktiviti yang pelbagai. Oleh sebabpenekanan pada keputusan peperiksaan, banyak penilaian tidak formal dibentuk sepertipeperiksaan; latihan untuk menjawab soalan yang dibentuk seakan-akan peperiksaansemester. Penggunaan jenis penilaian sedemikian yang terlalu kerap tidak dapat memberipelajar peluang untuk memberikan respons yang pelbagai seperti yang digalakkan dalamsukatan ini.SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 53

Pendekatan PenilaianCiri utama penilaian tidak formal ialah penekanan yang harus diberikan pada elemenpenilaian formatif. Penilaian yang berterusan akan membolehkan pelajar menyemak danmerenung nilai hasil-hasil kerja mereka pada tahap-tahap tertentu.Ada banyak cara penilaian tidak formal yang dapat dijalankan. Cara-cara yang diberikandalam sukatan ini hanyalah sekadar contoh-contoh yang boleh digunakan. Guru mungkinjuga telah menggunakan cara-cara lain yang menepati keperluan sukatan ini.Penilaian Secara LisanPenilaian secara lisan, sekiranya dilakukan dengan teratur, merupakan pendekatan menilaiperkembangan pelajar sebaik penilaian secara bertulis. Tugasan penilaian secara lisanperlu dirancang dengan teliti, dijalankan dengan tersusun serta kriteria penilaian disiapkanterlebih awal yang telah diterangkan kepada pelajar. Penggunaan perakam, kamera video(pelajar boleh diminta menguruskan hal penerbitan) boleh membantu dalam hal ini.Penilaian secara lisan yang boleh dijalankan termasuklah:Pembacaan individu/penyampaian puisi, prosa atau petikan drama.Lakonan drama, babak daripada drama oleh sekumpulan pelajar.Main peranan secara berpasangan atau berkumpulan.Persembahan drama sebahagian novel, cerpen atau puisi.Analisis puisi secara berpasang.Analisis individu atau berpasangan tentang puisi atau prosa bebas.‘Kerusi Panas’ atau mewawancara watak atau penulis.Tugasan Penulisan IndividuApabila memberi pelajar tugasan penulisan dalam penilaian tidak formal, tugasan tidakseharusnya terbatas pada jenis soalan-soalan peperiksaan yang telah dimudahkan tahapkepayahannya. Pelajar harus diberi peluang untuk memberikan respons secara bertulismenggunakan pelbagai cara, dari jenis imaginatif atau kreatif sehinggalah jenis teks yanganalitikal atau kritikal.Tugasan penulisan boleh diberikan antaranya seperti contoh yang berikut:Membina semula teks, atau sebahagian teks dari sudut pandangan yang berbeza atauuntuk khalayak yang berbeza, contohnya kanak-kanak.Menulis untuk akhbar.Menulis sebagai watak melalui diari atau surat.Menulis lanjutan sesebuah teks seperti bab tambahan.Menulis teks lain yang menggunakan teknik atau gaya penulisan teks yang dibaca.Menulis panduan bagi puisi atau prosa.54 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Tugasan teks bebasSukatan ini memerlukan pelajar dinilai secara formal menggunakan teks bebas (unseen) danteks-teks yang telah ditetapkan pada program. Walau bagaimanapun, dalam pengajaransastera, penekanan harus diberikan pada pembinaan kemahiran yang membolehkanpelajar membaca semua jenis teks, yang ditetapkan mahupun yang bebas. Pelajar harusmempunyai keyakinan dan kebolehan untuk menganalisis kandungan, bahasa dan gaya.Untuk menilai kebolehan pelajar menganalisis teks bebas, guru haruslah membentuksoalan yang memerlukan pelajar memberikan gambaran terperinci dan jauhi memberikansoalan-soalan jenis tertutup.Contoh:Bagaimana penulis menggunakan bahasa figuratif dalam teks yang diberikan dan padapendapat kamu, apakah tujuan penulis?Elakkan soalan seperti yang berikut:Berikan dua contoh metafora yang digunakan dalam teks dan terangkan maknanya.Teks bebas juga boleh dinilai menggunakan penilaian secara lisan seperti yang telahditerangkan sebelum ini.Portfolio PelajarUntuk memberikan penilaian pencapaian pelajar yang lebih holistik, baik sekiranyadapat digabungkan penilaian tidak formal dengan penilaian formal, contohnya denganmenggunakan portfolio pelajar. Portfolio secara am ialah kumpulan tugasan yang telahselesai dalam satu jangka waktu tertentu. Portfolio mengandungi bukti-bukti tahappencapaian pelajar dalam pelbagai bidang pembelajaran.Kebaikan menggunakan portfolio adalah seperti yang berikut:- Konsisten dan usaha yang berterusan sekiranya seseorang pelajar itu mahu mencapaikecemerlangan dalam pelajarannya.- Kesedaran bahawa kesemua tugasan akan menjadi sebahagian portfolio akanmendorong pelajar memberikan tumpuan pada kesemua tugasan bukan beberapayang dipilih sahaja.- Menyertakan salinan draf dan tugasan yang telah selesai bolehmemberikan motivasi kepada pelajar untuk menyediakan tugasan yang sebaikmungkin.- Portfolio membolehkan pelajar, ibu bapa dan guru memantau tahap pencapaiandalam pelbagai jenis tugasan akan memaparkan gambaran yang lebih menyeluruhtentang keupayaan pelajar.- Peluang untuk pelajar menilai diri mereka sendiri yang membolehkan pelajarmemainkan peranan dalam pembelajaran mereka secara aktif.KandunganSUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 55

Jenis PortfolioKandungan- Memberikan fokus pada pembinaan dan proses bukanproduk. Portfolio kerja digunakan oleh guru dan pelajar untukmemantau dan menilai perkembanganPortfolio Kerja- Termasuk hampir kesemua tugasan pelajar dalam peringkatperingkatyang berbeza seperti perancangan, menilai semulatermasuk nota persidangan guru dan pelajar- Boleh melibatkan tugasan kolaboratif dan item-item bukanbercetakPortfolioDokumentasi- Memberikan fokus pada proses dan produk dan menyertakanbukti-bukti pencapaian untuk tujuan penilaian formal- Termasuk perancangan, draf dan hasil tugasan yang telahselesai (boleh juga menyertakan nota persidangan denganguru)- Boleh melibatkan tugasan kolaboratif dan item-item bukanbercetakPortfolio HasilKerja TerbaikMemberikan fokus pada kesemua tugasan yang telah selesaiuntuk dinilai secara sumatifSecara am hanya memasukkan tugasan yang telah selesai,biasanya tugasan ’terbaik’ pelajarContoh Kandungan Portfolio Hasil Kerja Terbaik1. Tugasan terbaik teks prosa2. Tugasan terbaik teks drama.3. Tugasan terbaik teks puisi.4. Tugasan teks bebas terbaik.5. Tugasan puisi bebas terbaik.6. Pilihan pelajar dan sebab mengapa disertakan.7. Nota persidangan guru dengan pelajar.8. Renung nilai pelajar.Kesemua tugasan yang telah selesai lebih pada tugasanindividu dan bercetak.56 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!