11.07.2015 Views

1 KEDUDUKAN ANAK TAK SAH TARAF - Jabatan Kemajuan Islam ...

1 KEDUDUKAN ANAK TAK SAH TARAF - Jabatan Kemajuan Islam ...

1 KEDUDUKAN ANAK TAK SAH TARAF - Jabatan Kemajuan Islam ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEDUDUKAN ANAK TAK SAH TARAF: DARI ASPEK PANDANGANSYARAK, NASAB DAN PEWARISAN SERTA KEKELUARGAAN ISLAM. 1Dato’ Hj. Abdul Majid bin OmarTimbalan Mufti Selangor.PENDAHULUANFenomena anak tak sah taraf di Malaysia seakan-akan sudah menjadi masalahsosial yang lumrah dan tidak asing lagi kepada masyarakat kita. Ini keranaperkara ini sudah terlalu kerap berlaku. Kisah-kisah tentang pembuangan bayiterpampang di dada akhbar, sementara kes ibu hamil tanpa nikah yang berada dipusat pemulihan semakin bertambah dari semasa ke semasa.Berdasarkan laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, sejak tahun 2008hingga 2012, terdapat lebih 167,073 bayi yang direkodkan kelahirannyatanpa bapa telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Ini bermakna,secara purata:33,415 orang bayi dilahirkan Dalam tempoh setahun2,784 orang bayi dilahirkan Dalam tempoh sebulan93 orang bayi dilahirkan Dalam tempoh sehari4 orang bayi dilahirkan Dalam tempoh sejam1 Kertas kerja ini dibentangkan pada Kempen ‘Sah Nikah, Sah Nasab’, anjuran Bahagian PembangunanKeluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM, 18 Mac 2013, di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi,Selangor.1

Statistik atau fakta yang dipaparkan ini sebenarnya lebih tinggi daripada yangsedia ada sekiranya mengambil kira kes-kes yang melibatkan pengguguranharam atau pembuangan bayi yang dipaparkan di media dan tidak direkodkan.Walaubagaimanapun, dalam perkara seperti ini, terdapat kemungkinan ianyaberlaku disebabkan kesan atau akibat daripada ibu bapa yang telah berceraiserta anak tersebut sukar dipelihara atas faktor kemiskinan dan sebagainya.Persoalan yang sering ditimbulkan adalah bagaimana hendak mengatasiperbuatan seperti ini? Terdapat pandangan yang mengatakan supayadilaksanakan hukuman hudud. Sebaliknya, ada pula yang menyarankan supayadiwujudkan tempat atau sebuah pusat penyerahan bagi bayi yang tidakdikehendaki.Jika dipilih cara yang pertama, maka bagi orang yang ragu akan berkata: Adakahmudah untuk memperolehi empat (4) orang saksi seperti mana yangdisyaratkan? Sedangkan bayi yang tidak berdosa terus dilahirkan di luar nikah,adakalanya ia dibuang malahan ada pula yang dibunuh.Sekiranya kita memilih cara yang kedua, jika tersilap langkah atau pertimbanganmaka ia boleh dan bakal menjadi galakan kepada berleluasanya perbuatan zinakerana para penzina tidak perlu risau jika berlaku hamil luar nikah, sebab sudahtersedia ruang dan tempat bagi menempatkan bayi yang tidak dikehendaki.Penyelesaian kepada permasalahan sosial yang berlaku tidak boleh diambilmelalui jalan yang singkat dan semudah seperti yang disangka. Ia perlu dilihatdari keseluruhan aspek dengan melibatkan pendekatan agama, pembangunaninsan serta pembentukan masyarakat yang beretika dan baik.Dalam Kanun Keseksaan, tidak terdapat tafsiran mengenai perbuatan zina.Oleh itu, perzinaan dianggap bukanlah suatu jenayah kerana terdapat unsurkerelaan. Ia berbeza dengan perbuatan rogol yang dianggap sebagai satu2

kesalahan dan jenayah kerana terdapat unsur paksaan serta wujudnya mangsadalam perbuatan tersebut.DEFINISI ANAK TAK SAH TARAFAnak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina 2 yangbermaksud anak zina atau anak luar nikah (suatu ketika dahulu masyarakat dikampung menggelarkannya sebagai anak gampang). Berdasarkan perbincanganpara fuqaha’ tentang nasab seseorang anak, secara umumnya dapatlahdirumuskan bahawa anak zina adalah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasilperzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau pun persetubuhansyubhah. 3Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,istilah anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidakmempunyai nasab atau hubungan darah yang sah. Peruntukan undang-undangmenyatakan:‘tak sah taraf berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan diluar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah’. 4Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 jugamempunyai peruntukan yang sama. 5 Terdapat juga peruntukan yang samadalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri lain diMalaysia, contohnya di Kelantan, Melaka, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Johor,2 Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, Library Du Liban, Beirut, 1980.3 Al-Nasab wa Atharuhu, Muhammad Yusuf Musa, Edisi 2, Dar al-Ma’rifah, Kaherah 1967, hal. 7-20.Persetubuhan syubhah adalah merujuk kepada persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangkamereka adalah suami isteri yang sah. Lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, Dr. Abd. Karim Zaydan, Vol. 9, Muassasah al-Risalah, t.tp, t.t, hal. 341-344.4 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen 2.5 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, seksyen 2.3

Kedah dan Sarawak. 6 Ini bermakna, pengertian anak tak sah taraf dalamperuntukan undang-undang negeri di Malaysia adalah selari dengan definisianak tak sah taraf mengikut hukum syarak.Menurut Fatwa Mengenai Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf MenurutHukum Syarak di Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 28 April 2005,sighah berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syarak adalah:1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina,rogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukumsyarak.2. Anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzahqamariah dari waktu ‘imkan ad-dukhul’ dan bukan hasil daripadapersetubuhan syubhah.3. Anak yang dilahirkan lebih daripada enam bulan dua lahzahqamariah dari waktu ‘imkan ad-dukhul’ selepas akad yang sah danada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpanikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami danisteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau empat orangsaksi yang memenuhi syarat-syarat hukum syarak. 76 Lihat Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan, No. 2, 2002, Enakmen Undang-undangKeluarga Islam Melaka, No. 12, 2002, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Perlis, No. 4,1992, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak, No. 13, 1984, Enakmen Undang-undang KeluargaIslam Pulau Pinang, No. 2, 1985, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor, No. 5, 1990, EnakmenUndang-undang Keluarga Islam Kedah, No. 1, 1979, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (NegeriSelangor) 2003 dan Islamic Family Law Ordinance Sarawak, Chap. 43, 2001.7 Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 9, Jil. 58, [Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM. 0007 Jld.2].4

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG TENTANG KESAHTARAFAN ANAKBAGI MENSABITKAN NASABTerdapat peruntukan tentang kesahtarafan anak dalam Enakmen UndangundangKeluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan tentangsiapakah yang dikaitkan sebagai bapa, iaitu:‘Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelakimelahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikhperkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepasperkahwinannya itu dibubarkan, sama ada oleh sebab perceraian, danperempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklahdisifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’anatau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah’. 8Peruntukan ini mengaitkan hubungan bapa dengan anaknya, sekiranya anaktersebut lahir dari perkahwinannya dengan seorang wanita, selepas enam bulanperkahwinan mengikut tahun hijri atau dalam masa empat tahun selepasperceraian. Anak yang lahir dalam jangka masa yang tersebut dikira sebagai sahtarafnya, melainkan si bapa menafikan nasab anak tersebut di mahkamah.Terdapat juga peruntukan lain, yang menyatakan tentang anak yang disifatkantak sah tarafnya, iaitu:‘Jika anak itu dilahirkan lebih daripada empat tahun qamariah selepasperkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atauoleh sebab perceraian, lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anakitu melainkan jika lelaki itu atau mana-mana warisnya menegaskan bahawaanak itu adalah anak lelaki itu’. 98 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen 111.9 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen 112.5

Sekiranya seorang anak lahir selepas tamat tempoh ‘iddah, Enakmen UndangundangKeluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, memperuntukkan:‘Jika seorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat satupengakuan bahawa tempoh ‘iddahnya telah tamat, sama ada ‘iddah ituadalah oleh sebab kematian atau perceraian, dan perempuan itukemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidakboleh disifatkan sebagai bapa anak itu, melainkan jika anak itu telahdilahirkan kurang daripada empat tahun qamariah dari tarikh perkahwinanitu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya atau oleh sebabperceraian’. 10KEDUDUKAN DAN HAK ANAK TAK SAH TARAF MENURUT HUKUMSYARAKPada umumnya, para fuqaha’ semua mazhab bersependapat bahawa seseoranganak yang pembenihannya dan kehamilannya itu berlaku sebelum pernikahankedua ibu bapanya adalah anak hasil daripada perzinaan dan anak tersebutadalah anak tak sah taraf. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persoalanyang perlu dilihat secara lebih terperinci.Menurut pendapat Mazhab Hanafi, jika seseorang lelaki berkahwin denganseorang wanita, kemudian wanita tersebut melahirkan anak dalam tempohkurang daripada enam bulan dari tarikh pernikahan mereka, anak tersebut tidakboleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan kerana pembenihan telah berlakusebelum nikah, maka ia bukan daripada suaminya. Sekiranya suami tersebuthendak menafikannya, maka ia hendaklah berli’an, kerana nasab boleh10 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen 113.6

disabitkan melalui perkahwinan yang wujud. Li’an hendaklah berdasarkan qazaftanpa perlu wujudnya anak. 11Walau bagaimanapun, berdasarkan al-Fatawa al-Zahiriyyah, jika seseoranglelaki berzina dengan seorang perempuan yang kemudiannya berlakupembenihan, apabila ternyata hamil dan lelaki tersebut mengahwininya, makapernikahan tersebut adalah harus.Jika anak dalam kandungan tersebut lahir dalam tempoh selepas enam bulanatau lebih, maka anak tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut.Sebaliknya, jika dilahirkan kurang daripada enam bulan, maka anak tersebuttidak boleh dinasabkan kepadanya kecuali jika ia mengaku bahawa anak ituadalah anaknya dan bukan dari hasil perzinaan. 12Menurut pendapat Mazhab Syafie, 13 jika dikahwini seorang wanita yang hamildari perzinaan, kemudian ia melahirkan anak yang sempurna tempohnya (termbaby), maka terdapat empat (4) keadaan mengenainya, iaitu:1. Sama ada suami menafikan anak tersebut zahir dan batin tanpamelakukan li’an iaitu anak yang dilahirkan kurang daripada tempoh enambulan daripada berlaku perhubungan suami isteri selepas akad nikah ataulebih daripada empat tahun dari tarikh terakhir berlaku perhubungansuami isteri.2. Sama ada dihubungkan anak dengan suami tersebut dan sabit bagi anaktersebut hukum perwarisan dan selainnya secara zahir, yang sepatutnyamenafikannya kerana anak tersebut lahir lebih daripada masa enam bulandan kurang daripada empat tahun. Suami tersebut mengetahui atau berat11 Mu’in al-Hukkam, Ala’ al-Din Abi al-Hasan Ali bin Khalil al-Trablusiy, cetakan ke -2, Mesir, SyarikahMaktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabiy wa Awladihi, 1973, hal. 332.12 Ibid, hal. 333.13 Bughyah al-Mushtarshidin, al-Sayyid Abd. Rahman bin Muhammad bin Husayn bin Umar, Dar al-Fikr,Beirut, hal. 386.7

sangka bahawa anak itu bukan daripada benihnya kerana ia tidakmenyetubuhi isterinya selepas akad dan tidak memasukkan spermanya.Atau anak tersebut dilahirkan kurang daripada enam bulan dari tempohperhubungan suami isteri, atau lebih daripada empat tahun daripadaperhubungan tersebut, atau lebih daripada enam bulan daripada istibra’dengan sekali pusingan haid dan ternyata isteri tersebut berzina. Makadalam keadaan sedemikian, suami tersebut berdosa jika tidak menafikananak tersebut, malah ia suatu dosa besar.3. Sama ada menghubungkan anak tersebut kepada suami secara zahirtetapi tidak perlu menafikannya jika suami sangka bahawa anak tersebutadalah daripada benihnya walaupun tanpa sangkaan yang berat. Telahberlaku istibra’ selepas perhubungan suami isteri dan anak tersebutdilahirkan lebih daripada enam bulan selepas perhubungan suami isteri.Terdapat keraguan mengenai perzinaan isterinya. Dalam keadaansedemikian, sunat (nadb) menghubungkan anak tersebut dengan suami.4. Sama ada dihubungkan anak tersebut kepada suami dan harammenafikannya jika berat sangkaan anak tersebut adalah dari benihnya.Atau pun terdapat dua perkara yang sama iaitu anak tersebut lahir setelahenam bulan dan lebih sehingga empat tahun daripada berlakunyaperhubungan suami isteri serta tidak berlaku istibra’ selepas itu. Atauberlaku istibra’ tetapi anak tersebut dilahirkan kurang daripada enambulan, maka dihubungkan melalui firash (perkahwinan yang sah).Terdapat perbezaan pendapat mengenai anak zina yang dilahirkan tanpafirash, maksudnya ibu kepada anak tersebut tidak berada dalam ikatanperkahwinan. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa tidak harusdisambungkan nasab anak zina dengan bapa biologinya.8

Manakala terdapat segelintir ulama’ yang mengharuskannya sepertiMuhammad bin Sirrin dan Ibn Taimiyyah serta diperkukuhkan oleh anakmuridnya, Ibn Qayyim. Hassan al-Basry dan Ibrahim al-Nakha’iyberpendapat bahawa harus menghubungkan anak zina dengan bapazinanya setelah dikenakan hukuman hudud.KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLISKEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIASelain daripada peruntukan undang-undang dan enakmen negeri-negeri,terdapat juga keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang menyatakan tentang status anakyang dikandung ibunya di luar pernikahan yang sah, iaitu:‘Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapianaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusakadaripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak bolehmenjadi walinya’.‘Anak zina atau anak luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikutidengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak, hendaklahdibin atau dibintikan kepada Abdullah’.Dari segi tanggungjawab untuk memberi nafkah, Muzakarah JawatankuasaFatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memberipandangan:‘Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf adalah menjaditanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf9

dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhiibunya’.GARIS PANDUAN PENAMAAN, PERGAULAN DAN HAK-HAK ANAK TAKSAH TARAFPerkara yang akan dibincangkan dalam kertas ini seterusnya adalah bertujuanuntuk dijadikan sebagai asas rujukan dalam menentukan kesesuaian penamaananak tak sah taraf menurut syariat Islam. Selain daripada itu, ia juga bertujuanmemberi kefahaman dan penjelasan kepada semua pihak berkenaan aspekaspekpergaulan serta implikasi sosial anak tak sah taraf dalam keluarga danmasyarakat.1. PenamaanDari sudut penamaan anak tak sah taraf, jika seseorang perempuanMelayu beragama Islam bersekedudukan tanpa nikah denganpasangannya sama ada lelaki tersebut Islam atau bukan Islam danmelahirkan anak, maka anak tersebut hendaklah dibin atau dibintikandengan Abdullah atau lain-lain nama asma’ al-husna berpangkalkanAbdul. Seseorang anak tak sah taraf atau anak luar nikah tidak wajar dibinatau dibintikan kepada ibu anak tersebut kerana ia mungkin akanmenimbulkan masalah sosial dan kesan psikologi kepada anak tersebut.Seseorang anak yang dijumpai terbiar atau anak pungut yang tidakdiketahui asal-usulnya hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.Sekiranya nama Abdullah itu bersamaan dengan nama orang yangmemelihara anak tersebut, maka bolehlah dipilih daripada nama asma’al-husna yang berpangkalkan Abdul seperti Abdul Rahman atau AbdulRahim.10

2. PergaulanDalam konteks pergaulan pula, anak tak sah taraf tidak boleh dihalangdaripada menjalinkan apa-apa hubungan atau menjalankan aktivitibersama seseorang kanak-kanak Islam lain yang sah tarafnya. Pergaulananak tak sah taraf dengan lelaki yang telah melakukan persetubuhantanpa akad nikah dengan ibunya, walau pun lelaki tersebut adalahbapanya yang sebenar (bapa biologi), hendaklah berasaskan pergaulan diantara anak tiri dan bapa tiri.Jika anak tak sah taraf itu ialah seorang perempuan, maka wudhu’nya danwudhu’ suami ibunya, sama ada si suami itu adalah bapanya yang tidaksah taraf atau pun lelaki lain, maka tidak terbatal wudhu’nya keranamenurut pandangan hukum syarak suami ibunya itu adalah mahram(bapa tiri).Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan anak-anak sebelah ibunyayang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalahhubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak bolehdiperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah itu.3. NasabDari sudut hubungan nasab (keturunan), anak tak sah taraf dinasabkanterus kepada ibunya dan ia tidak harus dibin atau dibintikan kepada lelakiyang menyetubuhi ibunya. Anak tersebut hendaklah dibin atau dibintikandengan Abdullah atau salah satu nama asma’ al-husna atau sifat Allahseperti yang telah dinyatakan dalam perkara 1.4. Hak PenjagaanBerhubung dengan penjagaan anak tak sah taraf, ia adalahdipertanggungjawabkan semata-mata kepada ibu dan saudara-marasebelah ibunya.11

(Jika seseorang anak yang dipungut dan tidak dapat ditentukanketurunannya iaitu sama ada Islam atau pun bukan Islam, maka adalahmenjadi tanggungjawab pihak pentadbir (kerajaan) membesarkannya,menjaga kebajikannya serta mendidiknya menurut agama Islam keranabersandarkan kepada majoriti rakyat sesebuah negara itu yang beragamaIslam).5. NafkahSegala nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf adalah menjaditanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf itudinasabkan kepada ibunya, tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.6. PusakaAnak tak sah taraf tidak terputus hubungan keturunan dengan ibunya.Oleh itu, kedua-duanya boleh mewarisi pusaka di antara satu sama lain.Sekiranya ibunya meninggal dunia, maka ia mempunyai hak untukmewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu jugasekiranya anak tak sah taraf itu meninggal dunia terlebih dahulu, makaibunya berhak untuk mewarisi pusakanya.Seseorang anak tak sah taraf adalah terputus hubungan dari segi pusakadengan bapanya yang tak sah taraf dan ia tidak menjadi ahli waris dantidak berhak untuk mewarisi pusaka bapanya, begitu juga sebaliknyabapanya tidak berhak untuk mewarisi pusakanya.7. WaliHak perwalian diri anak tak sah taraf sebenarnya terletak kepada ibunya.Walau bagaimanapun, perwalian perkahwinan seseorang anak tak sahtaraf perempuan dipegang oleh wali hakim atau wali Raja. Ini keranaseseorang perempuan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua12

perkahwinan. Lelaki yang menyetubuhi ibunya sebelum akad nikah yangsah, sama ada ia (lelaki) berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu,tidak sah menjadi walinya.8. KematianKematian seseorang anak tak sah taraf yang belum baligh adalahmenurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka iadihukumkan sebagai seorang yang beragama Islam. Dengan demikian,mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah seorang muslim.Sekiranya ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka iadihukumkan sebagai seorang yang bukan beragama Islam, sekali punlelaki yang menyetubuhi ibunya itu adalah seorang yang beragama Islam.9. Amal KebajikanJika semasa hayatnya, anak tak sah taraf telah melakukan amal kebajikansama ada untuk diri sendiri atau pun untuk masyarakat, maka segalamanfaatnya dari segi ganjaran Allah s.w.t. dan lain-lain akan kembalikepada dirinya jua.PENUTUPUkuran kepada kemajuan sesebuah masyarakat dan negara perlu bersandarkankepada indikator seperti penghayatan nilai murni, akhlak mulia dan etikaketamadunan yang baik. Ia merangkumi peningkatan taraf sosial masyarakatberkaitan aspek keagamaan, moral dan pengamalan gaya hidup sihat yangdisulami dengan kefahaman dan penghayatan yang baik meliputi rohani,jasmani, emosi serta intelek yang seimbang.13

Pembangunan yang tidak mengambil kira aspek-aspek ini pada hakikatnya tidakboleh dianggap sebagai kemajuan yang seimbang tetapi ianya adalah satukemunduran yang nyata.Permasalahan berkaitan pensabitan nasab anak adalah berpunca daripada sikapsegelintir umat Islam terutama generasi muda masa kini yang lebihmementingkan pengamalan gaya hidup hedonisme iaitu pegangan ataupandangan hidup yang mengutamakan keseronokan dan kesenangan hidupsemata-mata.Sebagai masyarakat Islam yang prihatin, kita hendaklah menyedari bahawainstitusi kekeluargaan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhansesebuah masyarakat adalah berpunca daripada kehancuran institusi keluarga.Apabila institusi keluarga telah runtuh, tanggungjawab memelihara danmengawal masyarakat akan terarah kepada pihak pemerintah. Sedangkanbagaimana cekap dan hebat sekali pun sesebuah kerajaan, ia tidak berupayamenjalankan tugas-tugas kekeluargaan seperti memelihara, mendidik danmemberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempurna danbimbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.Wallahu a’lam.14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!