12.07.2015 Views

asas perancangan strategik - Jabatan Audit Negara

asas perancangan strategik - Jabatan Audit Negara

asas perancangan strategik - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perancangan Strategik 2011-2015KANDUNGANPRAKATAiiPENDAHULUAN 1ASAS PERANCANGAN STRATEGIK 1ISU DAN CABARAN JABATAN AUDIT NEGARA MASA KINI 5FAKTOR PENENTU KEJAYAAN 7FOKUS UTAMA 8RANGKA KERJA PERANCANGAN STRATEGIK 9MATRIKS TRANSFORMASI PENCAPAIAN PERANCANGAN STRATEGIK 10PENDEKATAN 11STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN 13UNJURAN PERBELANJAAN JABATAN 2011 - 2015 18PENUTUP 20LAMPIRAN 21i •

Perancangan Strategik 2011-2015Prakata DaripadaKetua Audit NegaraJabatan Audit Negara telah merangka perancangan strategik 5 tahun (2011 – 2015) yangmerupakan kesinambungan kepada perancangan strategik 3 tahun (2008 – 2010). Tujuanperancangan strategik ini adalah untuk memastikan segala perancangan yang dibuatmemenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan dalam jangka masa yang ditetapkan danmengambil kira aspek kewangan yang ditentukan.Perancangan strategik Jabatan telah menetapkan fokus, objektif strategik, strategipelaksanaan, program dan aktiviti yang sesuai bagi tempoh 5 tahun akan datang. Manakalapetunjuk prestasi utama yang menjadi pengukur prestasi bukan sahaja membolehkan pihakpengurusan mengenal pasti punca utama timbulnya pelbagai isu pada peringkat operasi,tetapi akan memberi arah yang jelas kepada semua warga Jabatan dalam menuju matlamatyang ditetapkan.Setiap warga Jabatan perlu faham peranan dan tanggungjawab masing-masing dankeperluan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Saya percaya semua warga Jabatanakan terus dirangsang untuk mencapai matlamat Jabatan. Dalam proses tersebut, jalinankoordinasi dan komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan semua kakitangan akan dapatdiperkukuhkan. Sesungguhnya sistem kerja yang mengutamakan prestasi yang tinggimeliputi aspek kualiti, disiplin, komitmen yang tinggi, integriti dan akauntabiliti harus menjadibudaya dalam Jabatan Audit Negara.(TAN SRI DATO’ SETIA HJ. AMBRIN BIN BUANG)KETUA AUDIT NEGARAMALAYSIA9 Mac 2011ii •

Perancangan Strategik 2011-2015PENDAHULUANPerancangan Strategik Jabatan Audit Negara bertujuan untuk membantu Jabatan dalammenghadapi dan mendepani cabaran pentadbiran modenisasi sektor awam dan perubahanlanskap. Strategi dan program yang dirangka perlu bersesuaian dengan peranan JabatanAudit Negara sebagai pemantau yang dapat menambah baik tadbir urus sektor awam agarsegala dasar perbelanjaan kementerian, jabatan dan agensi dilakukan secara teliti, cekapdan berkesan serta mempunyai value for money.Perancangan strategik ini menjadi rangka untuk memperkasakan Jabatan dan rangka kerjakepada pegawai dan kakitangan dalam menyediakan rancangan tahunan bagi mencapaivisi, misi dan objektif Jabatan untuk tempoh 2011 hingga 2015. Dokumen ini, diharapmenjadi panduan agar usaha yang berterusan dapat dilaksanakan bagi memastikan JabatanAudit Negara terus relevan dan utuh dalam persekitaran sektor awam yang kianberkembang dan mencabar.ASAS PERANCANGAN STRATEGIKSelaras dengan mandat yang diberi kepada Ketua Audit Negara melalui peruntukanPerlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957, perancangan strategik ini disediakandengan mengambil kira Visi, Misi, Objektif, Piagam Pelanggan, Slogan Q, Budaya Korporat,Dasar Kualiti, Kod Etika Juruaudit dan pelaksanaan MS ISO 9001:2008.Analisis SWOT digunakan untuk mengetahui isu perancangan strategik dari segi kekuatan,kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh Jabatan Audit Negara pada masakini. Analisis ini berdasarkan kepada maklumat dan maklum balas persidangan dan seminar,Mesyuarat Pengurusan serta perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan.VISIUntuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlanganpengurusan kewangan dan meningkatkan tadbir urus sektor awammenjelang tahun 2020.1 •

Perancangan Strategik 2011-2015MISIMelaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas sertamengemukakan laporan seimbang kepada Parlimen dan BadanPerundangan Negeri ke arah meningkatkan tadbir urus sektor awam.OBJEKTIF• Menyediakan laporan audit yang berkualiti dan timely untukdikemukakan kepada Parlimen/Dewan Undangan Negeri;• Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporansecara bebas dan seimbang;• Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders danauditi;• Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan; dan• Menjadi Jabatan contoh.PIAGAM PELANGGANKami berjanji:• Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukankepada standard pengauditan antarabangsa;• Mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit danmenyiapkan laporan audit dalam tempoh empat bulan selepaspenerimaan penyata kewangan tahunan; dan• Menyediakan laporan audit yang seimbang tanpa sebarangprejudis dan prasangka.SLOGAN KUALITIAudit Berkualiti Meningkatkan AkauntabilitiBUDAYA KORPORAT• IntegritiMematuhi kod etika profesional dalam melaksana danmelaporkan penemuan audit.2 •

Perancangan Strategik 2011-2015• Esprit de CorpsMenekankan kepentingan kerja berpasukan denganmewujudkan persekitaran kerja yang produktif yangmenekankan kepada semangat esprit de corps dan berinovasi.• BertanggungjawabBertanggungjawab di dalam semua tindakan sama ada sebagaiJuruaudit atau kakitangan Jabatan.• ProfesionalismeMemastikan tahap profesionalisme yang tinggi dalampelaksanaan audit dengan memberi penekanan kepada disiplinkakitangan dan kualiti kerja.• KebebasanMelaksanakan tugas tanpa kekangan supaya dapat melapor danmemberi pendapat dengan bebas selaras dengan keperluanAkta Audit 1957.• KualitiMemastikan kualiti yang tinggi dalam melaksanakan tugasdengan menekankan kepada budaya kerja yang baik danpembangunan profesional yang berterusan.DASAR KUALITI• Jabatan Audit Negara adalah komited kepada pengauditan danpelaporan yang berkualiti dan profesional selaras denganstandard pengauditan antarabangsa.• Jabatan Audit Negara adalah komited untuk membuatpenambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem PengurusanKualiti dan menilai semula semua Objektif Kualiti yangditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa memenuhi kehendakpelanggan.3 •

Perancangan Strategik 2011-2015KOD ETIKA JURUAUDITKEUTUHANPENGLIBATANDALAM AKTIVITILUARKEBEBASAN, ADILDAN SAKSAMAPERCANGGAHANKEPENTINGANPROFESIONALISMEKODETIKADISIPLIN DIRITADBIR URUSYANG BAIKJAMINAN KUALITIKOMPETENSI DANKETELITIANPROFESIONAL YANGSEWAJARNYAKERAHSIAANPELAKSANAAN MS ISO 9001:2008Jabatan Audit Negara telah mendapat Sijil MS ISO 9001:2008 bagipengauditan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewanganberdasarkan Indeks Akauntabiliti.4 •

Perancangan Strategik 2011-2015ISU DAN CABARANJABATAN AUDIT NEGARA MASA KINIPersekitaran di mana Jabatan Audit Negara beroperasi memberikan kesan yang signifikankepada pendekatan kerja dan penyampaian perkhidmatan seperti mana yang digariskanmengikut undang-undang.Tempoh 2011 hingga 2015 merupakan suatu tempoh yang mencabar bagi Jabatan AuditNegara terutamanya sebagai sebuah organisasi sektor awam bagi memastikan fungsi danperanan Jabatan adalah sentiasa penting dan relevan.Bagi menjamin kejayaan Jabatan Audit Negara dalam mencapai matlamat yang ditetapkanmemerlukan kepada keupayaan mengenal pasti dan bertindak balas terhadap perubahanpersekitaran yang berlaku sama ada di dalam konteks dalaman atau luaran organisasi.Perubahan ini memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepadaproses penyampaian perkhidmatan Kerajaan.Cabaran utama yang dikenal pasti oleh Jabatan Audit Negara adalah:1. Inisiatif Transformasi NegaraPelancaran empat tonggak utama negara yang digariskan oleh Perdana MenteriMalaysia merangkumi Gagasan 1Malaysia – “Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan”; Pelan Transformasi Kerajaan (GTP); Pelan Transformasi Ekonomi(ETP) dan Model Ekonomi Baru (MEB); dan Rancangan Malaysia iaitu Kesepuluh(RMK10) dan Kesebelas (RMK11) menuntut usaha yang lebih gigih daripada semuapihak iaitu Kerajaan, swasta dan rakyat bagi membangunkan negara ke arahmenjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahandan berdaya saing.Jabatan Audit Negara berperanan untuk memastikan pelaksanaan program danaktiviti serta pengurusan wang awam dilakukan dengan cekap, berkesan danberhemah. Selain itu, Jabatan juga perlu berusaha secara berterusan untukmemenuhi harapan orang awam berkenaan peranan Jabatan dalam meningkatkanakauntabiliti dan integriti sektor awam.5 •

Perancangan Strategik 2011-20152. Perubahan PersekitaranPerubahan persekitaran seperti globalisasi, ekonomi dunia, ekonomi berasaskanpengetahuan (k-economy) dan sebagainya memberi kesan terhadap pentadbiransektor awam dan secara tidak langsung kepada peranan Jabatan Audit Negara.Globalisasi memberi kesan terhadap politik, sosial dan budaya masyarakat. Ekonomidunia pada hari ini berada dalam keadaan yang tidak menentu yang memerlukanKerajaan membuat keputusan yang drastik bagi memastikan ekonomi negara stabil.Keperluan membangun K-ekonomy di negara ini adalah untuk memastikankemampuan negara bersaing menghadapi cabaran lebih hebat berikutan berlakunyaproses globalisasi.3. Kompleksiti Operasi Sektor AwamOperasi organisasi sektor awam pada hari ini telah mengguna pakai pelbagai teknik,aplikasi dan proses yang dibangunkan hasil daripada perkembangan kemajuanteknologi terkini. Oleh sebab itu, Jabatan harus bersedia berubah untukmeningkatkan kecekapan secara optimum menerusi sumber-sumber yang adaseiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi.4. Peningkatan Ekspektasi Stakeholders/PelangganEkspektasi stakeholders dan pelanggan terhadap peranan dan fungsi Jabatan padamasa sekarang dilihat begitu meningkat selaras dengan dasar Kerajaan yangmendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Di samping itu,tahap kecapaian rakyat kepada informasi adalah tinggi membolehkan rakyatmembuat penilaian terhadap kecekapan sistem penyampaian perkhidmatanKerajaan.5. Perkembangan Bidang Perakaunan dan PengauditanBidang perakaunan dan pengauditan merupakan bidang yang dinamik dan sentiasaberkembang mengikut keperluan semasa. Antara lain ialah penyeragaman kepadapenggunaan standard pelaporan kewangan antarabangsa (IFRS), penyediaanpenyata kewangan Kerajaan berasaskan akruan dan bidang pengauditan baruseperti Pengauditan Kewangan Islam, Pengauditan Private Finance Initiatives (PFI),Pengauditan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Money Laundering Audit.6 •

Perancangan Strategik 2011-2015FAKTOR PENENTU KEJAYAANEmpat elemen utama dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaanperancangan strategik ini iaitu komitmen pengurusan atasan, kepimpinan yang berkesan,penglibatan dan sokongan pegawai dan kakitangan dan amalan budaya kerja cemerlang.1. Komitmen Pengurusan AtasanPengurusan atasan Jabatan memberikan perhatian yang serius serta menunjukkankomitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan strategik ini. Kesungguhan dankomitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawapencapaian matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahamioleh semua peringkat kakitangan di dalam Jabatan.2. Kepimpinan Yang BerkesanKeberkesanan kepimpinan adalah penting untuk menyokong kejayaan Jabatanmencapai visi dan misi. Pemimpin yang berkesan dapat mewujudkanstrategi/pendekatan yang rasional, memastikan sokongan dan kerjasama semuakakitangan, memastikan pencapaian matlamat yang dikehendaki dan dapatmenyelesaikan masalah secara efektif. Antara ciri-ciri dan kemahiran bagi seorangpemimpin yang berkesan adalah berupaya menentukan pendekatan terbaik dalammenangani isu yang timbul dalam Jabatan, sentiasa memberi maklum balasmembina atas pencapaian kakitangan, memahami kekuatan dan kelemahankakitangan dalam memberikan tanggungjawab yang perlu dilakukan dan mampumencipta suasana kerja yang mesra dan bersemangat. Kesemua ciri dan kemahiranyang disebutkan mencerminkan keberkesanan kepimpinan dan seterusnya menjadifaktor kejayaan hala tuju perancangan strategik Jabatan.3. Penglibatan dan Sokongan Pegawai dan KakitanganPara pegawai dan kakitangan Jabatan Audit Negara membentuk tulang belakangorganisasi. Oleh sebab itu, penglibatan mereka amat diperlukan dalam menjayakansegala bentuk program yang dirancang. Pengukuhan diri pegawai dan kakitangandari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap akan memantapkan lagi usahamenjayakan perancangan strategik Jabatan.7 •

Perancangan Strategik 2011-20154. Amalan Budaya Kerja CemerlangSetiap pegawai dan kakitangan hendaklah mengamalkan budaya kerja cemerlang.Budaya kerja cemerlang boleh dicapai melalui pemantapan etika dan integriti dimana ianya amat penting dalam mana-mana organisasi bagimemastikan perlaksanaan program serta mencapai matlamat yang ditetapkan.Amalan ini dapat meningkatkan daya saing dan daya tahan kakitangan dalam usahamenangani cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.FOKUS UTAMAJabatan Audit Negara membantu meningkatkan integriti dan akauntabiliti sektor awam kearah perbelanjaan secara berhemat dalam perbelanjaan pengurusan wang awam. Bagimencapai matlamat yang ditetapkan Perancangan Strategik ini memberikan fokus kepadaempat perkara berikut:Stakeholders/PelangganProduk danPerkhidmatanModal InsanOrganisasi•Parlimen, DewanUndangan Negeri,Kabinet•PAC•Kementerian,Jabatan danAgensi Kerajaan•Orang Awam/Rakyat•Sijil dan LaporanKetua AuditNegara•Perkhidmatanpengauditan dankhidmat nasihat.•Peningkatan &pengukuhankeupayaanJuruaudit melaluilatihan danprogrampeningkatanprofesionalismeJuruaudit.•MemperkukuhkeupayaanJabatan dariaspekpentadbiran,infrastruktur daninfostrukturselaras denganperubahanpersekitaran.8 •

Perancangan Strategik 2011-2015RANGKA KERJA PERANCANGANSTRATEGIKCabaran• Inisiatif Transformasi Negara• Perubahan Persekitaran• Kompleksiti Operasi Sektor Awam• Peningkatan Ekspektasi Stakeholders/Pelanggan• Perkembangan Bidang Perakaunan Dan PengauditanFaktor Penentu Kejayaan• Komitmen Pengurusan Atasan• Kepimpinan Yang Berkesan• Penglibatan dan Sokongan Pegawai dan Kakitangan• Amalan Budaya Kerja CemerlangPRODUK DANPERKHIDMATANSTAKEHOLDERS/PELANGGANMODAL INSANORGANISASI9 •

Perancangan Strategik 2011-2015MATRIKS TRANSFORMASI PENCAPAIANPERANCANGAN STRATEGIKMatriks ini memberikan penilaian terhadap empat fokus utama dasarkan kepada empatfaktor penentu kejayaan perancangan strategik. Matriks berkenaan memberi wajaran samaada “sangat kritikal” atau “kritikal” bagi memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalammerangka usaha menjayakan program di bawah perancangan strategik Jabatan. Matrikstersebut ditunjukkan seperti berikut:FAKTOR PENENTU KEJAYAANFOKUSKomitmenPengurusanAtasanKepimpinanYangBerkesanPenglibatandanSokonganPegawai danKakitanganAmalanBudaya KerjaCemerlangStakeholders/PelangganProduk/PerkhidmatanModal InsanOrganisasiPETUNJUK: Sangat Kritikal Kritikal10 •

Perancangan Strategik 2011-2015PENDEKATANVISI, MISI &OBJEKTIFJANOBJEKTIFSTRATEGIKSTRATEGIPROGRAMPETUNJUKPRESTASIUTAMAObjektif StrategikObjektif strategik Jabatan yang menjurus kepada empat fokus utama yang ditetapkanadalah seperti berikut:11 •

Perancangan Strategik 2011-2015• Memantap prinsip akauntabiliti, ketelusan dan integriti perkhidmatan awam melaluiLaporan Ketua Audit Negara/laporan khas yang memenuhi kehendak stakeholders;• Menghasil Laporan Ketua Audit Negara yang berimpak tinggi;• Membina dan mengekal kualiti modal insan Jabatan; dan• Membangun dan mempertingkatkan pentadbiran, infostruktur dan infrastrukturJabatan serta meningkatkan imej Jabatan di peringkat antarabangsa.StrategiStrategi boleh dilihat sebagai suatu susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapaisesuatu matlamat dengan mengambil kira objektif strategik Jabatan.ProgramIa merujuk kepada aktiviti yang dirancang menjurus kepada setiap strategi yang telahditetapkan.Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator)Petunjuk Prestasi Utama merupakan standard pengukuran yang digunakan bagi mengukursejauh mana keberkesanan Jabatan dalam melaksanakan program.12 •

Perancangan Strategik 2011-2015STRATEGI DAN PELAN TINDAKANFOKUS 1 :STAKEHOLDERS/PELANGGANOBJEKTIF STRATEGIK:Memantap prinsip akauntabiliti, ketelusan dan integriti perkhidmatan awam melalui LaporanKetua Audit Negara/laporan khas yang memenuhi kehendak stakeholders.STRATEGI1. Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan stakeholders/auditi/badanprofesional/Firma Audit Swasta/Institusi Pengajian Tinggi.2. Mengukuhkan keyakinan stakeholders/pelanggan melalui Laporan Ketua AuditNegara.Program1. Menyediakan laporan audit yangberkualiti (format mudah difahami,fokus dan menitikberatkan impakkepada Kerajaan), timely danseimbang.Petunjuk Prestasi Utama (KPI)• Semua Laporan Ketua Audit NegaraKerajaan Persekutuan, Negeri danBadan Berkanun Persekutuandisediakan sebelum 31 Mei tahunberikutnya.• 70% isu-isu laporan diambil tindakanoleh auditi dalam tempoh ditetapkan.• 70% tindakan susulan selepasmesyuarat PAC.2. Penglibatan aktif Jabatan denganstakeholders/pelanggan.• Bilangan mesyuarat/forum/kumpulankerja yang disertai.• Bilangan penganjuran persidangan/simposium/seminar.3. Kepuasan pelanggan terhadapperkhidmatan yang diberi olehJabatan.Mencapai 95% tahap kepuasan pelangganterhadap perkhidmatan yang diberi.13 •

Perancangan Strategik 2011-2015FOKUS 2 :PRODUK/PERKHIDMATANOBJEKTIF STRATEGIK:Menghasilkan Laporan Ketua Audit Negara yang berimpak tinggi.STRATEGI1. Memberi penekanan terhadap polisi Kerajaan dan inisiatif transformasi negara.2. Melaksanakan pengauditan yang berkualiti dan memberi fokus kepada outcomes.Program1. Mengenal pasti topik kajian audit yangrelevan dengan Bidang KeberhasilanUtama Negara (NKRA), BidangEkonomi Utama Negara (NKEA) sertaprogram dan aktiviti RMK10, RMK11dan Koridor Pembangunan Wilayah.2. Menceburi bidang pengauditan baruseperti pengauditan forensik, ICTdengan mewujudkan kumpulan pakar(Subject Matter Experts) termasukpakar pengauditan prestasi (tanah,kontrak, bangunan, pelaburan,pengurusan risiko, pembangunan lautdan pulau dan sebagainya).3. Melaksanakan Pengauditan PenyataKewangan, Pengurusan KewanganAkauntabiliti Index (AI), PengauditanPrestasi, syarikat, ICT dan audit khassetiap tahun berdasarkan sumber yangsedia ada.(Rujuk Lampiran).4. Menjalankan penyelidikan untukmenambahbaik metodologi &pendekatan pengauditan.5. Menjalankan dan membangunkan hasilinovasi pengauditan.Petunjuk Prestasi Utama (KPI)Sekurang-kurangnya 2 projek/program/aktiviti dari NKRA/NKEA/RMK10/RMK11/Koridor Pembangunan Wilayah.1 – 2 unit/ kumpulan baru diwujudkan.• Pelaksanaan 100% bilangan PengauditanPenyata Kewangan Dan PengurusanKewangan AI tercapai.• Pelaksanaan sekurang-kurangnya 95%bilangan Pengauditan Prestasi tercapai.Sekurang-kurangnya 2 kajian komprehensifdalam tempoh 5 tahun.Sekurang-kurangnya 2 hasil inovasipengauditan dibangunkan dalam tempoh 5tahun.14 •

Perancangan Strategik 2011-2015FOKUS 3 :MODAL INSANOBJEKTIF STRATEGIK:Membina dan mengekal kualiti modal insan Jabatan.STRATEGI1. Mengurus modal insan Jabatan dengan berkesan.2. Mengukuh kompetensi modal insan Jabatan.Program1. Membuat penilaian kesesuaianpenempatan kakitangan dan pegawaiberdasarkan kelayakan sertakompetensi mereka.2. Menyedia dan memperkemas pelanpembangunan kerjaya bagi pegawaiyang berprestasi tinggi.3. Menjalankan program cross-fertilisationdengan sektor swasta.4. Meningkatkan jumlah Juruauditberkelayakan sarjana, PhD, kelayakanprofesional dalaman (MIA/MICPA/CIA/MIT) serta kelayakan profesionallain (ACCA/ICAEW/CISA) dansebagainya.5. Penempatan secara kader kakitangandaripada pelbagai bidang sepertiperangkawan dan juruanalisisperniagaan.6. Memperkemas garis panduan Juruaudit– pusingan kerja Juruaudit dibuat 3hingga 5 tahun sekali.7. Menyediakan program latihan yangefektif (kemahiran teknikal dan soft skillsserta menggalak pembelajaranberterusan).Petunjuk Prestasi Utama (KPI)• Mengeluarkan garis panduanpenempatan pegawai.• 95% pematuhan polisi.Pewujudan Pangkalan Data Khusus.Sekurang-kurangnya 2 pegawai setahun.Mensasarkan seramai 20% Juruauditberkelayakan sarjana, PhD atau mempunyaikelayakan profesional.Sekurang-kurangnya seorang pegawaiprofesional diambil.50% pematuhan.• 90% pegawai dan kakitangan sedia adaJabatan diberi latihan.• 100% pegawai dan kakitangan barudilatih.15 •

Perancangan Strategik 2011-2015Program8. Menyemak semula dan memperkemasmodul serta kaedah pembelajaranpengauditan, perakaunan, ICT danpengurusan secara berkala.Membangunkan modul pembelajaran e-learning.9. Membangun dan menyedia tenagapengajar di Jabatan yang lebih efektif.Petunjuk Prestasi Utama (KPI)• Semakan sekurang-kurangnya 1 kalidalam tempoh 2 tahun.• 2 kursus baru diperkenalkan setiap tahun.• 1 modul baru pembelajaran dilaksanakansecara interaktif setiap 2 tahun.• Setiap tenaga pengajar wajib menghadiriTraining of Trainers (TOT).• Penilaian penceramah berdasarkanpenilaian kursus pada skala sekurangkurangnyapurata 7 bagi 3 kursus terkini.• Tenaga pengajar (across the board) bolehmengajar maksimum sebanyak 10 jamsebulan.10. Mengadakan kerjasama latihan denganIPTA untuk meningkatkan peluangpembelajaran dan kelayakan akademikpegawai dan kakitangan dalam bentuksmart partnership.11. Membangunkan Akademi Audit Negaramengikut zon, wilayah masing–masing.12. Menjalankan program kehidupan sihatbagi menjaga kebajikan pekerja untukmengurangkan tekanan kerja danmeningkatkan motivasi dan produktiviti.• Sekurang-kurangnya 2 programkerjasama dilaksanakan.• Satu Akademi Wilayah dibangunkandalam tempoh 5 tahun.• Sekurang-kurangnya 2 programdilaksanakan setiap tahun.FOKUS 4 :ORGANISASIOBJEKTIF STRATEGIK:Membangun dan mempertingkatkan pentadbiran, infostruktur dan infrastruktur Jabatan sertameningkatkan imej Jabatan di peringkat antarabangsa.STRATEGI1. Menguruskan sumber-sumber organisasi sedia ada secara kreatif, inovatif danberhemah.16 •

Perancangan Strategik 2011-20152. Mempertingkat dan memperkemas sistem maklumat Jabatan serta membangunsistem aplikasi secara in-house.3. Mempertingkat persekitaran kerja yang kondusif dengan melengkapkan kemudahanperalatan dan perkakasan.4. Mempertingkat hubungan bilateral dan multilateral dengan institusi audit luar untukmanfaat perkembangan teknik dan metodologi audit terkini.Program1. Menjadikan Jabatan AuditNegara sebagai entiti bebasbagi membolehkan Jabatanmengurus sumber-sumbernyasendiri tanpa bergantungkepada kuasa pihak luar.2. Penstrukturan semulaorganisasi secara dinamikberdasarkan pola-pola aktivitisektor/cawangan dari semasake semasa.3. Meningkatkan infrastruktur ICTdari segi rangkaian,keselamatan dan peralatanserta membangunkan sistemseperti elektronik Firma AuditSwasta (e-FAS), IntegratedCampus Management System(ICMS) dan sebagainya bagimemenuhi keperluan Jabatan.4. Memaksimumkan danmemudahkan penggunaanSistemPengurusanpengauditan (eSPP II) untukmengurus dan memantau kerjapengauditan termasukberfungsi sebagai SistemPengurusan Pengetahuan(Knowledge ManagementSystem).5. Menyediakan ruang pejabatsendiri melalui kaedah sewabeli(build-lease/transfer) bagiibu pejabat dan cawangan auditnegeri.Petunjuk Prestasi Utama (KPI)Penubuhan Suruhanjaya Audit Negara pada tahun2015.Pengisian perjawatan pada tahap 90% hingga 95%.90% infrastruktur ICT memenuhi keperluan Jabatandan sekurang-kurangnya 1 sistem dibangunkansecara in-house setiap tahun.• 100% penggunaan eSPP II.• 1 hingga 2 penambahbaikan dijalankan setiaptahun.Sekurang-kurangnya 2 pejabat baru siap dibinamenjelang 2015.17 •

Perancangan Strategik 2011-2015Program6. Meneruskan khidmat bantuankepada institusi audit luarnegara dalam Capacity Building(latihan kepakaran, programsangkutan, menyemak garispanduan).7. Penglibatan aktif dalamkumpulan kerja peringkatASOSAI/INTOSAI danmengaudit akaun pertubuhanantarabangsa.8. Mengetengah kajianaudit/inovasi Jabatan melaluisumbangan artikel dalamASOSAI/INTOSAI.Petunjuk Prestasi Utama (KPI)Sekurang-kurangnya 2 pegawai dihantar setiaptahun.Sekurang-kurangnya 2 pegawai mengambilbahagian.• Sekurang-kurangnya 1 artikel disumbang setiaptahun.• Sekurang-kurangnya 1 produk inovasi dihasilkandan digunakan sepenuhnya.UNJURAN PERBELANJAAN JABATAN2011 – 2015Anggaran perbelanjaan mengurus Jabatan bagi tahun 2011 – 2015 adalah RM811.68 juta.Kos perbelanjaan tahunan dianggarkan meningkat sebanyak 5%. Peningkatan ini adalahuntuk menanggung pertambahan aktiviti bagi menjayakan pelan strategik ini, disampingpeningkatan kos operasi yang sedia ada. Unjuran pecahan perbelanjaan mengurusmengikut program bagi tempoh 2011 – 2015 adalah seperti jadual berikut:Jadual 1: Unjuran Perbelanjaan Mengurus Jabatan 2011 – 2015UNJURAN PERBELANJAANPROGRAM2011(RM juta)2012(RM juta)2013(RM juta)2014(RM juta)2015(RM juta)i. SektorPengurusanii. Sektor AuditPersekutuaniii. Sektor AuditNegeri43.51 45.69 47.97 50.37 52.8921.63 22.71 23.84 25.03 26.2959.81 62.80 65.94 69.23 72.6918 •

Perancangan Strategik 2011-2015UNJURAN PERBELANJAANPROGRAM2011(RM juta)2012(RM juta)2013(RM juta)2014(RM juta)2015(RM juta)iv. Sektor AuditBadanBerkanunPersekutuanv. Sektor AuditKhas danPenyelidikanvi. Akademi AuditNegara10.17 10.68 11.22 11.78 12.364.88 5.12 5.38 5.65 5.936.90 7.25 7.61 7.99 8.39JUMLAH 146.89 154.24 161.95 170.05 178.55Anggaran perbelanjaan pembangunan Jabatan bagi tahun 2011 – 2015 adalah RM302.41juta. Perbelanjaan ini meliputi program fizikal berjumlah RM257.40 juta dan projekpengkomputeran berjumlah RM45.01 juta. Unjuran pecahan perbelanjaan pembangunanmengikut program bagi tempoh 2011 – 2015 adalah seperti jadual berikut:Jadual 2: Unjuran Perbelanjaan Pembangunan Jabatan 2011 – 2015UNJURAN PERBELANJAANPROGRAM2011(RM juta)2012(RM juta)2013(RM juta)2014(RM juta)2015(RM juta)Program Fizikal 68.02 19.68 93.80 73.90 2.00ProjekPengkomputeran11.36 5.82 9.75 10.63 7.45JUMLAH 79.38 25.50 103.55 84.53 9.4519 •

Perancangan Strategik 2011-2015PENUTUPPenyediaan perancangan strategik ini merupakan satu usaha berterusan Jabatan bagimemantapkan kualiti sistem penyampaian Jabatan selaras dengan hasrat Kerajaan.Sehubungan itu, diharap ia akan menjadi teras dan rujukan utama dalam rangka kerja untukmempercepatkan usaha Jabatan bagi merealisasikan visi Jabatan untuk menjadipenyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektorawam.20 •

Perancangan Strategik 2011-2015LAMPIRANA. Sektor Audit Kerajaan PersekutuanOUTPUTPRESTASI AKTIVITI2011 2012 2013 2014 20151. Bil. Penyata Kewangan Disahkan(i) Bil. Penyata Kewangan diaudit oleh JAN 1 1 1 1 1(ii) Bil. Penyata Kewangan diaudit olehFirma Audit Swasta Dan DisemakSemula Oleh JAN1 1 1 1 12. Laporan Pengauditan Prestasi 83 83 83 83 833. Laporan Pengauditan PengurusanKewangan61 61 62 62 624. Laporan Pengauditan Pengurusan Syarikat 14 14 14 14 145. Laporan Pengauditan ICT 4 4 4 4 4B. Sektor Audit Kerajaan NegeriOUTPUTPRESTASI AKTIVITI2011 2012 2013 2014 20151. Bil. Penyata Kewangan Disahkan(i) Kerajaan Negeri 13 13 13 13 13(ii) Badan Berkanun Negeri 147 147 147 147 147(iii) Majlis Agama Islam 15 15 15 15 15(iv) Pihak Berkuasa Tempatan 147 147 147 147 1472. Laporan Pengauditan Prestasi 103 103 103 103 1033. Laporan Pengauditan PengurusanKewangan250 250 250 250 2504. Laporan Pengauditan Pengurusan Syarikat 45 45 45 45 455. Laporan Pemeriksaan Mengejut 230 233 233 233 23321 •

Perancangan Strategik 2011-2015C. Sektor Audit Badan Berkanun PersekutuanOUTPUTPRESTASI AKTIVITI2011 2012 2013 2014 20151. Bil. Penyata Kewangan Disahkan* 131 131 131 131 131(i) Bil. Penyata Kewangan diaudit oleh JAN 22 22 22 22 22(ii) Bil. Penyata Kewangan diaudit olehFirma Audit Swasta Dan DisemakSemula Oleh JAN109 109 109 109 1092. Laporan Pengauditan Prestasi 24 25 26 27 283. Laporan Pengauditan PengurusanKewangan**37 37 37 37 374. Laporan Pengauditan Pengurusan Syarikat 17 18 19 20 215. Laporan Pengauditan ICT 2 2 2 2 2D. Sektor Audit Khas dan PenyelidikanOUTPUTPRESTASI AKTIVITI2011 2012 2013 2014 20151. Laporan Kajian Audit• Pengauditan Air 4 4 4 4 4• Kajian Khas 6 8 8 8 8• ICT 4 4 4 4 4• Alam Sekitar 3 3 3 3 32. Laporan Kajian Audit Secara “across theboard”• Pengauditan Air 1 1 1 1 1• Kajian Khas - - 1 1 1• ICT - 1 - 1 -• Alam Sekitar - 1 1 1 122 •

Perancangan Strategik 2011-2015OUTPUTPRESTASI AKTIVITI2011 2012 2013 2014 20153. Laporan Pemeriksaan Mengejut 336 336 336 336 3364. • Penyelidikan 3 3 3 3 3• Garis Panduan/Manual 2 2 2 2 2• Terjemahan Garis Panduan/Manual 2 2 2 2 2• Jurnal 2 2 2 2 2• Penyediaan kertasNegara/artikel/maklum balas kepadaASOSAI/INTOSAI4 4 4 4 4Nota:* Bilangan Pengauditan Penyata Kewangan tertakluk kepada jumlah Badan BerkanunPersekutuan dan Kumpulan Wang Persekutuan yang wujud berdasarkan Akta Tubuhmasing-masing.** Bilangan Pengauditan Pengurusan Kewangan Badan Berkanun Persekutuan tertaklukkepada pusingan pengauditan sekali dalam tempoh 3 tahun iaitu selaras dengan polisiJabatan Audit Negara. Pengauditan hanya dilaksanakan di Badan Berkanun Persekutuanyang mempunyai elemen-elemen yang ditetapkan dan tidak termasuk Badan BerkanunPersekutuan yang bersaiz kecil dan juga 11 Kumpulan Wang Persekutuan.23 •

1 •

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!