12.07.2015 Views

Kenyataan media KP JAKIM berkenaan Finalis adik-adikku 16 Mac ...

Kenyataan media KP JAKIM berkenaan Finalis adik-adikku 16 Mac ...

Kenyataan media KP JAKIM berkenaan Finalis adik-adikku 16 Mac ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3. Pada musim ini, rancangan ini mengetengahkan bakat seramai 16orang penda'ie kecil yang masih mengekalkan konseppersembahan melalui pidato yang disulami tarannum, nasyid,bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjukajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripadatokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Ustaz ZamriZainuldin, Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Ustaz BadrulSani bin Baharudin dan Ustazah Asni Abu Mansor manakalaJAKIM masih mengekalkan Ra’es musim pertama iaitu En. FarihinAbdul Fattah.4. Rancangan “ADIK-ADIKKU” ini diyakini dapat menandingirancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membentuk karismakepimpinan kanak – kanak sebagai pemimpin masa hadapan. Initelah dibuktikan melalui pengiktirafan rancangan ini dalamAnugerah Seri Angkasa antara 5 calon teratas kategoriRancangan Realiti Terbaik. 14 sesi ujibakat telah diadakan diseluruh Malaysia yang telah melibatkan seramai hampir 500penyertaan bagi mencari 16 peserta yang berbakat. Pesertapesertadikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)selama hampir sebulan bermula 27 November 2010 hingga25 Disember 2010 untuk mengikuti pelbagai sesi latihan danpembelajaran serta ceramah motivasi bagi yang dikendalikanRa’es dan Murabbi serta penceramah jemputan bagimemantapkan penyampaian pidato serta sahsiah diri.2

5. Pertandingan diadakan secara berperingkat iaitu pusinganpertama, pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir.Persembahan mereka dinilai oleh juri-juri professional dan juritetap bagi pertandingan ini ialah Ustaz Haji Badli Shah binAlauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang. Walau bagaimanapun,para peserta yang disaring dan tidak dapat meneruskan kepertandingan berikutnya akan tetap kekal di Akademi. Peringkatwild card diadakan pada 13 Mac 2011 bagi mempertandingkan 11orang peserta yang terkeluar di peringkat awal. Penilaian juriakan menentukan dua orang peserta terbaik untuk bertandingbersama 5 peserta lain di Peringkat Akhir.6. Rakaman ADIK-ADIKKU disiarkan sebanyak 30 episod, bermula22 Februari 2011 setiap hari Isnin hingga Ahad selama 30 minitpada pukul 6.30 petang di TV1. Manakala siaran ulangannya padapukul 9.30 pagi hari berikutnya. Rakaman pertandingan peringkatseparuh akhir akan disiarkan pada 15 Mac 2011 bermula pukul9.00 malam di TV1. Manakala Siaran langsung pertandingan akhirialah pada 21 Mac 2011 jam 9.00 malam bertempat di Dewan B,Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia juga akandisiar secara langsung menerusi IKIMfm selaku Radio Rasmi dansiaran tertunda menerusi saluran radio Salamfm bermula pukul12.00 tengah malam.7. Setiap persembahan 7 peserta Peringkat Akhir akan dinilai oleh 3juri profesional 100 peratus. Selain persembahan pidato, pesertaakhir juga akan diajukan soalan uji minda oleh pihak juri. Juri-juriialah Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail; PensyarahAkademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Badli Shah3

Alauddin; Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang danPuan Norzizi Zulkafli; Pensyarah Jabatan Kreatif dan Artistik,Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam.8. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. masih lagi menjadi Penaja UtamaPertandingan Adik-Adikku. Pemenang akan menerima hadiahlumayan berupa wang tunai, piala dan hadiah iringan. Hadiahhadiahbagi Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga RancanganAdik-Adikku Musim Pertama ini adalah sebagaimana berikut :Johan:· Piala· RM 10,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn BhdHadiah Iringan:· Pakej Umrah dan Ziarah untuk 2 orang sumbangan HiraqMarketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M)Sdn Bhd· Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 3,000.00sumbangan Tabung Haji· Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa WilayahPersekutuan· Baucer bernilai RM 1,000.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari· Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd· Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUHselama setahun tajaan Galeri Ilmu· Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) SdnBhd· Sijil Penyertaan4

Naib Johan:· Piala· RM 8,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn BhdHadiah Iringan:· Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orangsumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHATravel & Tours (M) Sdn Bhd· Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 2,000.00sumbangan Tabung Haji· Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa WilayahPersekutuan· Baucer bernilai RM 700.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari· Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd· Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUHselama setahun tajaan Galeri Ilmu· Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) SdnBhd· Sijil PenyertaanTempat Ketiga:· Piala· RM 6,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn BhdHadiah Iringan:· Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orangsumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHATravel & Tours (M) Sdn Bhd· Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 1,000.00sumbangan Tabung Haji5

Medik Artificial Limb Center Sdn. Bhd., Pusratu, Jelas Juta Sdn.Bhd. dan Restoran Ali Maju.Pada 13 Mac 2011 yang lalu, bertempat di Institut Latihan IslamMalaysia (ILIM), Bangi, telah diumumkan 7 orang peserta yanglayak untuk memasuki peringkat akhir program ”ADIK-ADIKKU”pada 21 Mac 2011.9. Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagimenyaksikan dan memeriahkan pertandingan akhirprogram ”ADIK-ADIKKU” pada hari Isnin, 21 Mac 2010 pukul9.00 malam bertempat di Dewan B, Pusat KonvensyenAntarabangsa Putrajaya (PICC). Persembahan istimewa gabunganpeserta Adik-Adikku musim pertama dan kedua serta penampilanistimewa Dato’ Siti Norhaliza bagi memeriahkan lagi majlis ini.Selain itu juga, hadiah bagi penonton bertuah berupa pakejpelancongan menanti penonton yang hadir ke Dewan B ini.10. Atas kerjasama tuan/puan para editor dalam menghebahkanperkara ini dalam media akhbar dan elektronik didahului denganucapan terima kasih.Sekian, terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menurut perintah,( DATO’ HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ )7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!