12.07.2015 Views

teks ucapan yb dato' seri chor chee heung, menteri perumahan dan ...

teks ucapan yb dato' seri chor chee heung, menteri perumahan dan ...

teks ucapan yb dato' seri chor chee heung, menteri perumahan dan ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Salam sejahtera, selamat pagi dan salam 1Malaysia.1. Pada pagi yang berbahagia ini, saya amat berbesar hati dangembira sekali kerana dapat bertemu semula dengan parapenduduk yang dihormati untuk sama-sama menyaksikan danmenghayati perubahan wajah Taman Setia Jaya. Kini, Taman SetiaJaya telah bertukar wajah baru dan menjadi sebuah kejiranan indah(a beautiful neighbourhood) dalam masa yang singkat. Inilahkomitmen Kerajaan Persekutuan.2. Syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berjayamembaik pulih Taman Setia Jaya, iaitu satu projek perintis StrategiLautan Biru Negara : My Beautiful Neighbourhood (MyBN) dalammasa tiga (3) bulan yang melibatkan kos sebanyak RM2.763 jutadan 4,000 penduduk; melalui usaha bersepadu jabatan-jabatandalam Kementerian saya iaitu Jabatan Perancangan Bandar danDesa Semenanjung Malaysia, Jabatan Bomba dan PenyelamatMalaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan PembersihanAwam, Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan,Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Jabatan LandskapNegara; tidak dilupakan Kementerian Dalam Negeri dan PolisDiRaja Malaysia; ICU Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar;Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Belia danSukan; Dr. Cheah Soon Hai, ADUN Derga dan semua pendudukTaman Setia Jaya.2

Para hadirin sekalian,Kerajaan persekutuan di bawah pucuk pimpinan YAB Dato' SeriNajib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia amat prihatinuntuk meningkatkan taraf hidup rakyat dari segi ekonomi dankesejahteraan hidup serta alam persekitaran yang bersih, indah,selesa lagi ceria. Sehubungan itu, pada bulan Julai tahun ini, YABPerdana Menteri meminta Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan bersama dengan Kementerian Dalam Negeri supayamelaksanakan Program My Beautiful Neighbourhood di bawahStrategi Lautan Biru Negara. Program My Beautiful Neighbourhoodini adalah semata-mata untuk menangani masalah-masalah yangdihadapi oleh penduduk rumah awam terutamanya, seperti dengankemudahan infrastruktur dan alam persekitaran yang tidak terurusdan kotor yang telah membangkitkan rasa terbiar, hilang harapandan kepercayaan dikalangan rakyat, dengan ini menjejaskan kualitihidup rakyat secara menyeluruh.3. Dalam masa 4 bulan ini, Kementerian saya berjaya membaik pulih 8projek perumahan awam yang berumur antara 20-30 tahun.Sejumlah RM18.4 juta telah dibelanjakan dan memberi manafaatkepada lebih 17,000 penghuni rumah pangsa yang dimiliki olehkerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Sebanyak 3 projekmembaik pulih ini dilaksanakan di Alor Setar, Kedah iaitu TamanSetia Jaya, Simpang Kuala dan Seberang Terus, menggunakansebanyak RM7.78 juta (42% daripada jumlah kos keseluruhan) danmelibatkan 9,000 penghuni.3

Para hadirin sekalian,4. Memandangkan Program MyBN ini seharusnya menyelesaimasalah penghuni rumah dan meningkatkan kualiti kawasanpersekitaran, saya sendiri serta semua agensi kerajaan yangterlibat dan YB Dr. Cheah Soon Hai telah turun padang untukberunding bersama tuan-tuan dan puan-puan tentang masalahmasalahyang dihadapi dan tindakan-tindakan yang diperlukanuntuk membaik pulih Taman Setia Jaya ini.5. Para penduduk Taman Setia Jaya telah bersetuju danmembenarkan supaya:1) Semua 10 blok Taman Setia Jaya dan handrail dibaiki dandicat semula;2) Tangki air dan sistem paip air dibaiki dan diganti;3) Lebih banyak lot-lot tempat letak kenderaan yang lebihtersusun disediakan;4) Pendawaian semula dan memasang lampu baru koridorbangunan serta persekitaran jalan;5) Lubang pembuangan sampah (rubbish cute) ditutup;6) Menaik taraf longkang perimeter dan sistem peparitan luarantaman;7) Menyediakan laluan pejalan kaki;8) Mengindahkan landskap persekitaran dengan memasangperalatan mainan kanak-kanak, refleksiologi, tong sampah,kerusi taman baru serta menaman pokok;9) Meningkatkan rondaan keselamatan dan pencegahanjenayah oleh PDRM;4

10) Memasang tempat letak motosikal berkunci dan papan tandatalian kecemasan PDRM di bawah Program Bandar Selamat;dan11) Bergotong-royong menjaga kebersihan taman dari segipungutan dan kitaran semula sampah, pemotongan rumputdan pembersihan longkang.YB Dato-dato’, Datin-datin, para penghuni Taman Setia Jaya, paramedia, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.6. Perkara-perkara yang saya sebutkan ini adalah remeh tetapi amatmenyentuh hati atau merupakan touch point issues penduduktaman ini yang kian lama. Saya berharap usaha-usahapembaharuan ini tidak disia-siakan dan akan tidak bermakna danberkekalan sekiranya tiada kesepakatan dan penglibatanpenduduk Taman Setia Jaya. Saya yakin tuan-tuan dan puanpuansekalian masih ingat dalam tempoh tiga bulan yang lalu, 9aktiviti yang telah dijalankan bertujuan meningkatkan kesedarandan kepentingan mengubah sikap para penduduk supaya sentiasamenjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan kawasan apabilatindakan baik pulih ini siap dilaksanakan iaitu:1) Dua Program gerak gempur pembersihan kawasan olehPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan PembersihanAwam, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Bomba danPenyelamat iaitu pada 19 Julai dan September 2012,2) Dua sesi dialog (25 Julai dan 8 Ogos) bersama pendudukuntuk mendapat persetujuan mengenai tindakan membaik pulihTaman Setia Jaya,5

3) Saya sendiri telah memberi komitmen untuk membaik pulihtaman ini dengan mengadakan Majlis Pra Pelancaran danmeletakkan papan tanda My Beautiful Neighbourhood pada 28Julai 2012 yang lalu;4) Mendaftar belia tempatan sebagai ahli sukarelawan program1Malaysia for Youths (1M4U);5) Menandatangani MOU di antara Persatuan Penduduk TamanSetia Jaya, Majlis Bandaraya Alor Setar, Unit Kerjasama AwamSwasta, Jabatan Perdana Menteri, ICU Kedah, KDN dan KPKTuntuk memastikan penduduk menjaga kebersihan kawasan;6) Penubuhan Jawatankuasa 3R bagi meningkatkan kesedaranawam dan mempromosikan aktiviti-aktiviti berkaitan kitarsemula;7) Majlis Penyerahan Taman Setia Jaya ini kepada pendudukpada hari ini.YB Dato-dato’, Datin-datin, para media, tuan-tuan dan puan-puansekalian.7. Harapan saya mulai saat ini penduduk Taman Setia Jaya dangolongan belia sukarelawan 1M4U bersedia mengambil alihtanggungjawab untuk menjaga serta memelihara kebersihanbangunan dan keindahan taman ini. Selepas ini, bersama-sama kitamendengar dan menyaksikan lafaz ikrar penduduk dan belia TamanSetia Jaya untuk memikul tanggungjawab ini. Saya berharap ikrartersebut bukanlah janji kosong tetapi Janji Ditepati.6

Penyerahan Rumah baru dan Kunci kepada Mangsa RumahTerbakar Kg. Masjid Lama, Alor SetarYB Dato-dato’, Datin-datin, para media, tuan-tuan dan puan-puansekalian.8. Selain daripada program membaik pulih kawasan perumahanawam, kementerian saya, diterajui oleh Jabatan Bomba danPenyelamat Malaysia juga terlibat dalam projek pembinaan semularumah terbakar di bawah Progarm Strategi Lautan Biru Negara.Sebanyak 5 buah rumah terbakar termasuk rumah terbakar di Kg.Masjid Lama, Mukim Lepai, Alor Setar telah siap dibina dalam masaantara 4 minggu hingga 13 minggu oleh anggota Bomba. Ini adalahsatu perkara yang luar biasa yang dilakukan oleh anggota Bomba dimana tugas utama Bomba adalah untuk menyelamat mangsa danharta benda daripada musnah akibat kebakaran. Sebagaimakluman tuan-tuan dan puan-puan, pembinaan semula rumahterbakar di Kg. Bukit Cerakah, Kuala Selangor selama 28 hari telahdapat memecahkan rekod prestasi penyiapan projek-projek lain dibawah Strategi Lautan Biru Negara. Syabas, saya ucapkan kepadasemua anggota Bomba yang terlibat.9. Pembinaan semula rumah terbakar di Kg. Masjid Lama dibiayaioleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyakRM40 ribu. Seramai 18 anggota BOMBA terlibat dalam pembinaansemula rumah dalam masa 8 minggu. Keadaan cuaca yang tidakmengizinkan, rumah ini tidak dapat disiapkan dalam masa yangsingkat, bagaimanapun tahniah saya ucapkan kepada En. Ibrahimdan keluarga kerana akhirnya mendapat sebuah rumah tiga bilikyang lebih selesa. Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan7

terima kasih atas sumbangan kewangan daripada KementerianLuar Bandar dan Wilayah.Program MyBN 201310. Kementerian saya akan melaksanakan 18 projek membaik pulihMyBN dalam masa 3 bulan bermula dari Januari tahun 2013.Manakala Program Pembinaan Semula Rumah Terbakar akandiberikan nama 'House build' dan sebanyak 5 buah lagi rumahterbakar akan dibina semula pada tahun 2013.Para hadirin sekalian,11. Di atas kejayaan program My Beautiful Neighbourhood ini telahmelahirkan ilham kepada YAB Perdana Menteri untukmengembangkan inisiatif baru di peringkat negara iaitu 'MyBeautiful Malaysia Day' yang akan dilancarkan pada Januari 2013.Kementerian saya akan terlibat secara langsung dalammewujudkan My Beautiful Malaysia.Penutup12. Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua agensi yanghadir di Majlis ini bagi menyaksikan penyerahan Projek Baik PulihTaman Setia Jaya kepada penduduk dan penyerahan rumah barudan kunci kepada En. Ibrahim bin Hashim. Setinggi penghargaankepada YB Dr. Cheah Soon Hai kerana telah memberi sumbangansebanyak 100 unit kunci untuk pemilik motorsikal Taman SetiaJaya. Saya juga mengucap berbanyak terima kasih kepada MajlisBandaraya Alor Setar kerana memberi sokongan padu ke atas8

semua aktiviti pelaksanaan Program Strategi Lautan Biru Negaradan menampung kos Majlis pada hari ini.Sekian, terima kasih dan salam sejahtera.Disediakan oleh :Unit Khas NKRA Bandar Selamat19 Disember 20129

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!