13.07.2015 Views

Pertanian - ECER

Pertanian - ECER

Pertanian - ECER

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PertanianPertanian telah dikenal pasti sebagai salah satu kelompokutama yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi di ECER.Faktor-faktor penting yang menentukan kejayaan projekprojekpertanian di ECER adalah terletak pada pelaksanaanperladangan komersial secara besar-besaran, penggunaanteknologi moden, penglibatan sektor swasta dan pendekatansecara menyeluruh dalam memanfaatkan seluruh rantaian nilaidi dalam industri.Fokus kelompok pertanian ECER adalah tertumpu kepadasektor-sektor ternakan, tanaman dan perikanan. Strategistrategibagi kelompok ini dirancang dengan matlamat untukmeningkatkan produktiviti melalui aktiviti-aktiviti pertanianbersepadu, penerokaan peluang-peluang dan teknikteknikpertanian baru, serta pewujudan sebuah rangkaianpasaran global.52 Laporan Tahunan 2009 • ECERDCLaporan Tahunan 2009 • ECERDC 53

Pembangunan projek-projek pertanian di ECER juga adalah berkait rapat dengan programprogrampembangunan sosial di Wilayah ini, terutamanya projek Agropolitan yang melibatkanpenempatan semula golongan keluarga miskin tegar serta pembabitan mereka di dalampenternakan haiwan dan penanaman yang merupakan aktiviti-aktiviti utama bagi projek tersebut.Ahli-ahli keluarga peserta Agropolitan juga turut terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sekunder yang lainseperti akuaponik dan penanaman koko di kebun.PROJEK-PROJEK UTAMA PERTANIANPROJEKLOKASITaman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh Gua MusangKelantanTaman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh MaranPahangPusat Penyelidikan & Inovasi Lembu Muadzam ShahPahangTaman Pengeluaran Lembu Daging & Tenusu Kuala Berang& Tanah MerahPusat Pembiakan & Inovasi Kambing Kuala BerangLadang Penanaman Nanas Bersepadu RompinTaman Herba DungunTernakanTerengganu /KelantanTerengganuPahangTerengganuKAWASAN ( ha)2502002401,0005002,000600Setiap negeri di ECER memainkan peranan dan fokus yang penting di dalam sub-kelompok ternakanmelalui pengkhususan di dalam komoditi yang telah ditetapkan, iaitu Pahang untuk penternakanlembu, Terengganu untuk penternakan kambing dan Kelantan untuk penternakan ayam.Program Penambahbaikan Genetik & Pembiakan Ternakan 3-PeringkatLadang Komersial Kambing di Telaga Papan.Pada tahun 2009, kajian Strategi Perniagaan dan Pelan Pelaksanaan (BSIP) bagi Pusat Pembiakandan Inovasi Kambing Kuala Berang di Terengganu; Ladang Nukleus di Pusat Penyelidikandan Inovasi Lembu di Muadzam Shah, Pahang; Ladang-ladang Pengganda di Tanah Merah(Kelantan), Ulu Tersat (Terengganu) dan Ulu Lepar (Pahang); serta Taman Pengeluaran AyamBerintegrasi Penuh di Gua Musang, Kelantan dan Maran, Pahang telah siap dijalankan.Pembinaan projek-projek ini akan dilaksanakan pada tahun 2010, kecuali bagi Ladang-ladangPengganda Lembu di Ulu Tersat dan Taman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh di GuaMusang dan Maran yang akan bermula pada tahun 2011.AplikasiPenyelidikan& Pembangunan(R&D) + Nukleus(Penambahbaikan Genetik)Ladang Pengganda(Pembiakan Genetik Ternakan Yang Ditambahbaik& Pengedarannya ke Ladang Komersial)Ladang Komersial(Pembiakan & Pengeluaran Besar-besaran Hasil Ternakan)54 Laporan Tahunan 2009 • ECERDCLaporan Tahunan 2009 • ECERDC 55

Pada tahun 2009, Ladang Pengganda Kambing di Ulu Tersat telah pun berada di dalam peringkatakhir pembinaan, sementara Ladang Komersial Kambing di Telaga Papan pula telah siap dibina.Kedua-dua ladang itu akan diserahkan kepada Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn.Bhd. (TADC), Syarikat Induk yang bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan ladangladangtersebut.Pada masa hadapan, ladang-ladang komersial bagi kelompok penternakan kambing akandiintegrasikan sepenuhnya bagi memanfaatkan kelebihan dari segi skala ekonomi melaluipenggabungan dengan projek-projek penternakan kambing di Agropolitan Besut-Setiu(Terengganu), Agropolitan Kelantan Utara di Machang dan Penternakan Kambing Secara Intensifdi Lembah Ternakan Kambing di Telaga Papan, Segading, Padang Seladang, MengabangBakong, Tanjung Gaduh, Payang Kayu, Durian Mentangau dan Kampung Cabang, kesemuanyadi Terengganu.Bagi kelompok penternakan lembu daging dan tenusu di Pahang, ianya akan dibangunkanmenerusi satu pendekatan menyeluruh yang bermula dengan peringkat pertama iaitu LadangNukleus di Muadzam Shah, diikuti oleh peringkat kedua iaitu Ladang Pengganda di Ulu Lepardan seterusnya peringkat ketiga berupa Ladang Komersial yang akan diintegrasikan di dalamladang-ladang kelapa sawit dan nanas.Taman Pemprosesan Ayam Berintegrasi Penuh di Gua Musang dan Maran akan mendapatfaedah daripada pengeluaran produk-produk ayam yang disasarkan untuk pasaran eksportHalal. Taman tersebut yang terletak di Gua Musang, Kelantan akan dilaksanakan pada skalakomersial dan dijangka akan mewujudkan 100 peluang pekerjaan, dengan 20 peladang serta20 usahawan. ECERDC pada masa ini sedang mengadakan perbincangan secara aktif denganpara pelabur berpotensi yang berminat untuk menerokai peluang-peluang pelaburan di tamantamanpengeluaran ayam ECER.Hasil keluaran mentah dari industri ternakan ECER juga akan menjadi sumber utama bagi habhabHalal di Gambang, Pahang dan Pasir Mas, Kelantan bagi memenuhi permintaan untukproduk siap diproses Halal dari dalam dan luar negara.Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPCC) Lanchang diuruskan oleh Malaysian Agrifood Corporation (MAFC) yang juga bertanggungjawab terhadappemasaran buah betik yang dikeluarkan di kawasan tersebut.Aktiviti Berasaskan TanamanTahun 2009 telah menyaksikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC)bagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Ladang Moden di Lanchang, Pahang memulakanoperasi. Diuruskan oleh Malaysian Agrifood Corporation (MAFC) yang merupakan Syarikat Indukbagi projek tersebut, CPPC itu bertanggungjawab dari segi pengumpulan, pemprosesan danpembungkusan buah betik segar dari Wilayah ini yang akan diedarkan ke pasaran-pasaraneksport dan tempatan.Kajian BSIP bagi Ladang Nanas Bersepadu di Pekan dan Rompin di Pahang telah disiapkan padatahun 2009, manakala kajian yang sama untuk Taman-taman Industri Herba dan Bioteknologi diGua Musang, Jeli, Raub, Lipis dan Dungun juga telah dilaksanakan pada tahun 2009. Kerja-kerjapembinaan Pakej 1 bagi Ladang Nanas Bersepadu Rompin akan bermula pada tahun 2010 dandijangka akan siap menjelang Mac 2012.Pekan dan Rompin akan dibangunkan sebagai pusat perladangan nanas bersepadu yang bakalmenyediakan bekalan nanas segar dan produk-produk nanas siap diproses yang mencukupiuntuk industri makanan tempatan dan luar negara. Untuk mengurangkan pembaziran danmemanfaatkan sumber-sumber sedia ada, pembangunan ini akan diintegrasikan dengan inisiatifinisiatifpenternakan lembu fi dlot, di mana biomassa dan sisa pepejal nanas akan digunakansebagai makanan haiwan.Bagi pembangunan Lembah Sitrus di Durian Mentangau, Dungun, satu kajian komprehensifmengenai penyakit ‘Greening Disease’ yang menyerang buah sitrus telah dijalankan padatahun 2009 dan dijangka akan siap pada tahun 2010. Projek itu bakal menjadikan Terengganusebagai sebuah pengeluar utama buah-buahan sitrus berkualiti tinggi untuk pasaran eksportdan tempatan. Pembangunan Lembah Sitrus dijangka akan mewujudkan hampir 200 peluangpekerjaan dengan penglibatan hampir 20 peladang kontrak dan usahawan.Pembangunan Taman Herba dan Bioteknologi ECER akan memanfaatkan kekayaan sumber dankepelbagaian kawasan-kawasan biodiversiti di Wilayah ini dalam memenuhi permintaan domestikdan luar negara bagi produk-produk farmaseutikal dan nutraseutikal yang diperbuat daripadaesktrak herba tempatan yang berkualiti tinggi. Herba-herba tersebut, antara lain, termasuklahMisai Kuching (Orthosiphon Aristatus), Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata), Tongkat Ali(Eurycoma Longifolia), Kachip Fatimah (Labisia Pumila), Dukung Anak (Phyllanthus Niruri), LemonMyrtle dan Agarwood. Projek ini akan mewujudkan lebih daripada 600 peluang pekerjaan didalam industri herba dan bioteknologi, dengan hampir 200 peladang kontrak dan 25 usahawan.56 Laporan Tahunan 2009 • ECERDCLaporan Tahunan 2009 • ECERDC 57

PerikananIndustri perikanan merupakan sumber pendapatan tradisi yang utama di ECER, di mana ianyabanyak mempengaruhi lanskap sosioekonomi di Wilayah ini. Sehubungan itu, usaha-usahauntuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi Wilayah perlu mengambil kira pembangunandi dalam sektor ini.Pada tahun 2009, dua lokasi telah dikenal pasti untuk pembangunan pusat pembenihan danpemasaran benih ikan di ECER. Lokasi bagi Pusat Pembenihan Ikan Marin dan Udang adalahterletak di Merchong, Pahang manakala lokasi bagi Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar pulaterletak di Raub, Pahang.Sebaik sahaja ianya siap, pusat pembenihan di Merchong dijangka akan menghasilkan lima (5)juta ekor anak ikan kerapu harimau, lima (5) juta ekor anak ikan siakap dan 50 juta ekor anakudang bebas-patogen.Bagi akuakultur air tawar, aktiviti-aktiviti berkenaan akan dijalankan melalui operasi bersepadumenegak (vertically integrated) penternakan tilapia di Tasik Pergau dan Tasik Kenyir. Projek iniakan dilaksanakan sebaik sahaja Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar di Raub siap dibina.Dua lokasi telah dikenal pasti untuk pembangunan Pusat-pusat Pengumpulan, Pemprosesan danPembungkusan (CPPC) ikan di ECER iaitu Pengkalan Kubor di Kelantan dan Kuala Kemamandi Terengganu, sementara tapak bagi Taman Pemprosesan Ikan telah pun dikenal pasti di TanahPutih, Kuantan.Kerja-kerja reka bentuk bagi kedua-dua pusat pembenihan ikan di Merchong dan Raub, sertaCPPC di Pengkalan Kubor dijadualkan akan bermula pada tahun 2010, diikuti dengan pembinaanpada tahun 2011. Pembangunan CPPC dan Taman Pemprosesan Ikan tersebut akan memberipenekanan terhadap rancangan strategik dalam ciri-ciri pemasaran produk berasaskan ikanyang dihasilkan oleh pengeluar-pengeluar Industri/Perusahaan Kecil & Sederhana (IKS/PKS).Modus pemasaran bagi Taman Pemprosesan Ikan tersebut bakal menawarkan akses secaralangsung ke saluran pemasaran runcit utama, melalui perlantikan Syarikat Induk yang akanmengendali dan menguruskan pusat pengedaran di taman pemprosesan tersebut secara komersial.Langkah ini bakal menghapuskan monopoli orang tengah di sepanjang rantaian nilai. SyarikatInduk berkenaan juga akan mempermudahkan akses bagi produk-produk keluaran tempatandalam memasuki pasaran, melalui jenama dalaman pasar raya besar yang terlibat.Pembangunan Taman Pemprosesan Ikan di Kuantan ini juga dijangka dapat menyumbang kearah pertumbuhan strategik industri perikanan dan pemprosesan berasaskan ikan di ECER.Sebuah lagi projek yang dijangka memainkan peranan penting dalam perkembangan dankemampanan kelompok industri berasaskan perikanan di Wilayah ini ialah Taman PemprosesanPerikanan Bersepadu yang akan dibina di Tok Bali di Pasir Puteh, Kelantan.Taman Pemprosesan Perikanan Bersepadu Tok Bali akan memenuhi keperluan sebahagianbesar operasi memancing di Laut China Selatan, termasuklah tangkapan tempatan danakuakultur. Taman tersebut juga akan berfungsi sebagai sebuah pusat pengumpulan ikanutama, yang memproses produk-produk ikan marin dan air tawar. Aktiviti ini, sekaligus, dapatmenyokong sebuah pengkalan pemprosesan dan perdagangan ikan yang utama, di sampingmewujudkan sebuah kelompok perikanan berspektrum luas dengan jalinan-jalinan rangkaianhiliran, pertengahan dan huluan yang signifi kan, serta industri ekopelancongan marin.AKTIVITI UTAMABiri-biri / Kambing /Ladang Kelapa Sawit /Getah / Padi / JagungTanaman KelompokKebun SendiriAgropolitanMODEL PERNIAGAAN AGROPOLITAN ECERECERMenggunakan Pendekatan PembangunanWilayah Secara BersepaduAGROPOLITANAKTIVITI SEKUNDERAktiviti Sekunder adalah projekprojekyang telah dikenal pastidi dalam Pelan Induk ECER yangakan dilaksanakan secarabersepadu seperti:• Integrasi Fidlot Lembu• Nanas / Koko• Ternakan & Pemprosesan Ayam• Taman Herba• Getah, Balak• Industri Asas Kelapa Sawit• Industri Asas Tani• Ekopelancongan & Inap Desa• Industri Luar Bandar• SME & Perniagaan• Perikanan• Tanaman Organik• AkuaponikAKTIVITI SOKONGAN• Pembangunan Pusat PertumbuhanAgropolitan & Pusat Kecil• Pusat Pengumpulan, Pemprosesan &Pembungkusan (CPPC)• Menambahbaik Infrastruktur &Kemudahan Asas• Pendidikan & Latihan• Memantapkan Institusi Sosial(Social Capital)Projek Agropolitan merupakan sebuah projek sosioekonomi bersepadu yang dilancarkan olehECERDC dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan di kalangan komuniti miskin tegar diWilayah ini.Salah satu ciri utama projek ini ialah pengagihan tanah untuk aktiviti-aktiviti pertanian sepertipenternakan haiwan, penanaman dan akuakultur, yang disokong oleh aktiviti-aktiviti pemprosesandan pemasaran serta penempatan semula keluarga-keluarga miskin tegar.Ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti sekunder seperti pertanian cendawan, penanaman jagungmanis, pembuatan kraftangan dan kegiatan akuaponik yang dapat membantu menambahkanpendapatan peserta. Melalui aktiviti-aktiviti ini, keluarga-keluarga yang terlibat dijangka mampumenjana pendapatan tetap antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.Projek Agropolitan Pekan telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B.Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 4 Ogos 2009. Projek tersebut mengambilpendekatan penempatan semula dan “in situ” (di lokasi) untuk 1,100 keluarga miskin tegar yangmengambil bahagian.58 Laporan Tahunan 2009 • ECERDCLaporan Tahunan 2009 • ECERDC 59

Di bawah projek ini, keluarga-keluarga Melayu telah dipindahkan ke Runchang untuk penempatansemula, manakala penduduk tempatan Orang Asli telah ditempatkan secara “in situ” bagimemulakan pelbagai aktiviti ekonomi.Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan di Agropolitan Pekan ialah menternak biri-biri Dorper danbekerja di ladang kelapa sawit. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah dilantiksebagai agensi pelaksana bagi projek tersebut.Pada tahun 2009, lebih daripada 30 keluarga miskin tegar telah terlibat di dalam programpenempatan semula di Agropolitan Pekan, manakala 11 Unit Pengeluaran Ternakan (APU) untukkeluarga Orang Asli miskin tegar yang terlibat telah disiapkan. Projek perintis ini bakal menjadipelopor bagi pembangunan 250 APU di Agropolitan Pekan dengan jumlah 25,000 ekor biribirisecara keseluruhan, yang menjadikannya populasi biri-biri berpusat yang terbesar di dalamsebuah lokasi tunggal di Asia.Enam puluh (60) APU lagi sedang dalam proses pembinaan dan daripada jumlah tersebut,30 buah dijangka akan siap menjelang November 2010 dan selebihnya bakal siap pada tahun 2011.Pembinaan sebanyak 24 APU lagi akan dimulakan pada Julai 2010 dan dijangka siap pada Mei 2011.Pembinaan rumah-rumah baru bagi peserta Agropolitan Pekan dilaksanakan secara berperingkat.Seiring dengan konsep 1Malaysia, projek Agropolitan Pekan telah membolehkan Orang Aslidi kawasan tersebut meraih pendapatan tetap melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktivitiberasaskan pertanian. Seramai 30 peserta pertama Orang Asli miskin tegar telah pun bekerja diAgropolitan Pekan sejak Julai 2009.Projek Agropolitan Kelantan Selatan adalah disasarkan untuk membasmi kemiskinan tegardi kalangan 3,000 keluarga yang menetap di kawasan Gua Musang. Komponen-komponenprojek tersebut terdiri daripada penempatan semula peserta ke 3,000 buah kediaman baru danpembangunan lebih 9,900 hektar tanah, terutamanya untuk perladangan kelapa sawit. LembagaKemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan agensi pelaksana bagi projek ini.Bagi Agropolitan Kelantan Selatan, pembinaan 10 buah rumah untuk keluarga-keluarga miskintegar telah disiapkan pada Februari 2009, di mana projek perintis ini akan menjadi peloporkepada pembangunan keseluruhan yang membabitkan pembinaan 3,000 buah rumah baru.Sepuluh keluarga miskin tegar yang pertama telah pun berpindah ke rumah baru mereka padabulan Mei 2009.Peserta Agropolitan Pekan yang terlibat dalam penternakan biri-biri Dorper.Unit Pembiakan Ternakan (APU) di Agropolitan Pekan.Lebih banyak lagi keluarga dijangka akan dipindahkan tidak lama lagi, dengan pembinaan 350buah rumah, kemudahan awam dan “kebun-kebun dapur” (kitchen gardens) yang akan bermulapada tahun 2010 dan dijangka siap pada Februari 2011. Sebanyak 370 buah rumah lagi yangturut dilengkapi dengan kemudahan awam dan kebun dapur akan dibina pada tahun 2011 dandijangka siap dalam tempoh setahun.Peserta-peserta perintis Projek Agropolitan Kelantan Selatan.Para peserta Agropolitan Pekan.Pada tahun 2009, pembangunan ladang kelapa sawit seluas 1,165 hektar yang melibatkanpenanaman semula dan kerja-kerja pemulihan di Agropolitan Kelantan Selatan telah pun bermuladan kini sedang berjalan. Aktiviti penanaman koko di bawah konsep “kebun dapur” juga telahdimulakan oleh 10 keluarga pelopor, dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia.Dari segi kemudahan awam, kapasiti Loji Rawatan Air di Rantau Manis, Gua Musang kini sedangdipertingkatkan dari kapasiti semasanya sebanyak 1.9 juta liter sehari ke 5.9 juta liter sehari bagimenampung keperluan air di Agropolitan dan kawasan-kawasan sekitarnya.60 Laporan Tahunan 2009 • ECERDCLaporan Tahunan 2009 • ECERDC 61

Program Pembasmian Kemiskinan NelayanSepuluh unit rumah bagi peserta perintis projek Agropolitan Kelantan Selatan yang telah siap dibina; kerja-kerja pembinaan 300 unit rumahbagi fasa seterusnya.Program Pembasmian Kemiskinan Nelayan adalah disasarkan kepada golongan nelayan disepanjang pesisiran pantai ECER yang hidup di dalam garis kemiskinan, dengan objektif utamameningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Program ini akan mengambil pendekatanbersepadu, di mana para nelayan terbabit boleh mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti nilaitambah industri perikanan dan lain-lain aktiviti sekunder atau peringkat ketiga (tertiary), yang turutmerangkumi pelancongan dan pembinaan bot.Program ini turut memberi pilihan kepada para nelayan sama ada untuk meneruskan aktivitimenangkap ikan atau berpindah ke tempat lain bagi melakukan pekerjaan-pekerjaan yang lebihmenguntungkan seperti akuakultur dan aktiviti-aktiviti perikanan nilai tambah.Aktiviti penanaman semula dan pemulihan kawasan ladang kelapa sawit di Agropolitan Kelantan Selatan yang sedang giat dijalankan.Selain daripada infrastruktur fi zikal, latihan motivasi turut disediakan kepada para pesertaAgropolitan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baru danmendorong mereka ke arah membina kehidupan lebih baik. Program ini dilaksanakan dengankerjasama Universiti Malaysia Kelantan di bawah inisiatif Pusat Kecemerlangan (COE) ECER.Latihan mengenai pengurusan ternakan dan perladangan juga diberikan kepada para peserta,manakala isteri dan anak-anak mereka turut dilatih dalam kegiatan-kegiatan hiliran yang dapatmembantu menambahkan pendapatan keluarga masing-masing.Elemen-elemen insani sedemikian telah banyak memberi manfaat kepada para peserta projek,termasuklah Orang-orang Asli di Agropolitan Pekan. Sejak menyertai projek tersebut, terdapatperubahan yang ketara dari segi mentaliti dan penetapan minda para peserta Orang Asli, yangtelah mula berfi kir tentang masa depan mereka dengan memberi lebih penekanan kepadapendidikan anak-anak dan simpanan kewangan. Ada juga di antara mereka yang telah mulamembeli polisi insurans nyawa, membuka akaun simpanan, malahan melabur di dalam AmanahSaham Bumiputera (ASB) secara potongan bulanan dari akaun bank.Dua lagi projek Agropolitan yang sedang dirancang ialah Agropolitan Besut-Setiu dan AgropolitanKelantan Utara yang dijangka akan dimulakan pada tahun 2010. Penternakan kambing akanmenjadi aktiviti utama di Agropolitan Besut-Setiu, yang akan menyaksikan pembangunan 100unit rumah dan 50 unit APU. Fasa 1 pelaksanaan projek tersebut dijangka akan dimulakan padaSeptember 2010.Bagi mereka yang berhasrat untuk meneruskan mata pencarian sebagai nelayan, merekaboleh meningkatkan pendapatan melalui aktiviti-aktiviti tambahan di bawah sebuah programpembangunan komuniti yang dikenali sebagai Komuniti Bestari. Komuniti Bestari menggunakankonsep koperasi, di mana ianya bertujuan untuk memperkasakan kehidupan para nelayandengan membolehkan mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan sebagai aktiviti utama,di samping melakukan aktiviti-aktiviti sekunder seperti akuakultur, perikanan rekreasi, inap desa(homestay), perniagaan restoran, serta pembinaan dan pembaikan bot.Bagi para nelayan yang memilih untuk berpindah, mereka berpeluang untuk menyertai aktivitiaktivitilain di kawasan-kawasan penempatan baru seperti Rompin, Agropolitan Kelantan Utaradan Agropolitan Besut-Setiu. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah merangkumi penternakan haiwan,penternakan ikan Tilapia dalam sangkar atau bekerja di ladang nanas.Program Pembasmian Kemiskinan Nelayan juga akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaankepada ahli-ahli keluarga nelayan, di mana ianya membolehkan mereka mengambil bahagian didalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang dipromosikan seperti pembuatan kraftangan, penanamancendawan dan perikanan rekreasi.Kajian Pembangunan Pelan Pelaksanaan (DSIP) untuk program ini telah dimulakan pada tahun2009 dan laporan akhir dijangka siap pada tahun 2010. Setakat ini, lebih daripada 4,000 nelayandari 14 daerah penangkapan ikan di ECER - yang bermula dari Tumpat, Kelantan hingga keMersing, Johor - telah dikenal pasti untuk program ini.Di Agropolitan Kelantan Utara yang merangkumi kawasan Machang, Pasir Putih dan Pasir Mas,empat aktiviti utama yang bakal dijalankan di kawasan tersebut ialah penternakan kambing,penanaman cili, penternakan lembu tenusu dan penternakan ikan air tawar.62 Laporan Tahunan 2009 • ECERDCLaporan Tahunan 2009 • ECERDC 63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!