13.07.2015 Views

pekeliling perkhidmatan bil 26/2008 - Jabatan Pendaftar

pekeliling perkhidmatan bil 26/2008 - Jabatan Pendaftar

pekeliling perkhidmatan bil 26/2008 - Jabatan Pendaftar

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 )No. Siri.KERAJAAN MALAYSIA____________________PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008___________________GARIS PANDUAN BAGI MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIBTERHADAP PEGAWAI AWAM YANG SEDANGDIBICARAKAN ATAS PERTUDUHAN JENAYAH DI MAHKAMAH TANPAMENUNGGU PROSIDING JENAYAH KE ATASNYA SELESAITUJUAN1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan peruntukan mengenaiperkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan-tindakan yang perludilaksanakan bagi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai awam yang sedangdibicarakan atas pertuduhan jenayah di mahkamah tanpa menunggu prosiding jenayahterhadapnya selesai terlebih dahulu.LATAR BELAKANG2. Prosiding jenayah yang dijalankan terhadap seseorang pegawai awam akanmengambil masa yang lama untuk diputuskan terutamanya jika terdapat rayuan difailkanterhadap keputusan kes. Selagi prosiding jenayah tersebut belum selesai, Pihak BerkuasaTatatertib berkenaan tidak dapat mengambil tindakan mengikut Peraturan 33, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993]. Manakala1

pegawai yang terlibat dengan prosiding jenayah tersebut boleh dikenakan perintahpenahanan kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Berkenaan mengikut Peraturan 44 P.U.(A)395/1993 dengan dibayar tidak kurang 50% daripada emolumen bulanan sehingga kesdiputuskan oleh mahkamah. Dalam keadaan yang sedemikian, kebanyakan Ketua Jabatantidak mengambil tindakan tatatertib dan lebih cenderung menunggu kes pegawaidiputuskan oleh mahkamah.3. Walau bagaimanapun, Peraturan 30 P.U.(A)395/1993 memperuntukkan bahawatindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai sementara menunggu penyelesaianprosiding jenayah terhadap pegawai itu, dengan syarat tindakan tatatertib yang diambiltidak boleh berasaskan alasan yang sama dengan pertuduhan jenayah yang dihadapkanterhadapnya. Sebaliknya, tindakan tatatertib itu hendaklah diasaskan pada apa-apa alasanlain yang berbangkit daripada kelakuan pegawai itu dalam pelaksanaan tugasnya.Kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan tatatertib yang diambil adalahberasaskan alasan yang sama dengan atau merupakan alasan yang lain daripadapertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap pegawai menyebabkan Ketua Jabatan tidakcenderung untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadap pegawai sehinggaprosiding jenayah terhadapnya selesai kerana dikhuatiri keputusan yang dibuat akandicabar di mahkamah dan diputuskan sebagai tidak sah oleh mahkamah.4. Kedudukan undang-undang mengenai perkara ini adalah seperti berikut:(a)Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang tertakluk kepadaprosiding jenayah tanpa menunggu prosiding jenayah terhadapnya selesaiterlebih dahulu dengan syarat bahawa–(i)tindakan tatatertib itu hendaklah diasaskan pada suatu alasan lainyang tidak sama dengan alasan dalam pertuduhan jenayah yangdihadapkan terhadapnya;2

(ii)asas tindakan tatatertib itu tidak membangkitkan, secara substantif,isu yang sama dengan isu yang dibangkitkan dalam prosidingjenayah yang sedang dijalankan terhadap pegawai; dan(iii)asas tindakan tatatertib tersebut mestilah berbangkit daripadakelakuan pegawai dalam pelaksanaan tugasnya.(b)Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi, tindakan tatatertib yangdiambil boleh dicabar di mahkamah dan keputusan yang dibuat bolehdiisytiharkan oleh mahkamah sebagai tidak sah.(c)Sehubungan itu, persoalan sama ada tindakan tatatertib boleh diambilterhadap pegawai jika prosiding jenayah yang dimulakan terhadap pegawaibelum selesai adalah bergantung kepada fakta sesuatu kes bagi menentukansama ada tindakan tatatertib yang diambil adalah berdasarkan alasan-alasanlain yang berbangkit daripada kelakuan seseorang pegawai dalampelaksanaan tugasnya.5. Dalam keadaan tertentu, tindakan surcaj boleh diambil ke atas pegawai mengikutPeraturan 51, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993[P.U.(A)395/1993].GARIS PANDUAN6. Kerajaan telah memutuskan supaya suatu garis panduan dikeluarkan bagimembantu Ketua-ketua Jabatan dan Pihak Berkuasa Tatatertib mengambil tindakantatatertib terhadap pegawai yang sedang dibicarakan atas pertuduhan jenayah dimahkamah tanpa menunggu keputusan kes jenayah ke atasnya selesai. Garis panduanberkenaan adalah seperti di lampiran kepada Pekeliling Perkhidmatan ini.3

TARIKH KUAT KUASA7. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.PEMAKAIAN8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukanPekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, PihakBerkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”(TAN SRI ISMAIL ADAM)Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysiaJABATAN PERKHIDMATAN AWAMMALAYSIAPUTRAJAYA18 Disember 2008Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Pihak Berkuasa BerkanunSemua Pihak Berkuasa Tempatan4

Lampiran Kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 26 Tahun 2008KERAJAAN MALAYSIAGARIS PANDUANBAGI MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAPPEGAWAI AWAM YANG SEDANGDIBICARAKAN ATAS PERTUDUHAN JENAYAHDI MAHKAMAH TANPA MENUNGGU PROSIDING JENAYAHKE ATASNYA SELESAIJABATAN PERKHIDMATAN AWAMMALAYSIA20085

atau kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandanganundang-undang mengenainya.(d)Jika Ketua Jabatan mendapati bahawa terdapat alasan lain (seperti yangdijelaskan dalam perenggan 2 – 5) untuk mengambil tindakan tatatertibterhadap pegawai, maka Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporanmengenai kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh pegawai kepada PihakBerkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi pegawai itu. Jika terdapat lebihdaripada satu peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan denganpegawai itu, laporan berkenaan hendaklah dikemukakan kepada PihakBerkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakanhukuman selain buang kerja atau turun pangkat.TINDAKAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB(e)Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yangterhadapnya prosiding jenayah belum selesai, semua prosedur yangdiperuntukkan dalam Bahagian V P.U.(A)395/1993 hendaklah diikuti. Disamping itu, perlu diingatkan bahawa dalam masa yang sama pegawai jugatertakluk kepada peruntukan Bahagian IV dan Bahagian VIAP.U.(A)395/1993 (iaitu peruntukan yang terpakai kepada seorang pegawaiyang tertakluk kepada prosiding jenayah).(f)Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang menimbangkan kes pegawai turutdianggotai oleh wakil Jabatan Peguam Negara, pegawai undang-undangyang memberi nasihat perundangan sama ada atau tidak wujud alasan lainbagi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai tidak boleh menjadianggota Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan seorang wakilJabatan Peguam Negara yang lain hendaklah dilantik sebagai anggota.7

(g)Persoalan mengenai sama ada atau tidak wujud alasan lain bagi mengambiltindakan tatatertib terhadap pegawai hendaklah juga diteliti oleh PihakBerkuasa Tatatertib yang berkenaan sebelum surat pertuduhan dikeluarkanterhadap pegawai. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan tidakdianggotai oleh wakil Jabatan Peguam Negara (contohnya, berhubungdengan pegawai di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awamiaitu Pihak Berkuasa Tatatertib yang tidak mempunyai bidang kuasa untukmengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat bagi semua kategoripegawai atau Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasauntuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat bagi kategoripegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ke atas), maka nasihatperundangan wajar diperolehi daripada Penasihat Undang-UndangKementerian/Jabatan atau Jabatan Peguam Negara sebelum suratpertuduhan dikemukakan terhadap pegawai.(h)Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil berkeputusan dengan pegawaidibuang kerja sedangkan prosiding jenayah terhadap pegawai belum jugaselesai, maka pegawai tidak lagi merupakan seorang pegawai awam danoleh itu, prosedur mengikut peruntukan Bahagian IV dan Bahagian VIAP.U.(A)395/1993 (iaitu peruntukan yang terpakai kepada seorang pegawaiyang tertakluk kepada prosiding jenayah) tidak perlu lagi diteruskanterhadap pegawai.(i)Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil berkeputusan dengan pegawaidikenakan hukuman selain hukuman buang kerja sedangkan prosidingjenayah terhadap pegawai belum juga selesai dan pegawai sedangdikenakan perintah tahan kerja, maka, jika hukuman tatatertib yangdikenakan akan memberi kesan kepada jumlah emolumen yang patutditerima oleh pegawai (iaitu hukuman turun gaji atau turun pangkat) danoleh itu memberi kesan kepada amaun yang layak diterima oleh pegawaisemasa tempoh pegawai ditahan kerja (contohnya jika pegawai dibenarkanmenerima separuh daripada emolumennya sepanjang tempoh penahanan8

kerjanya), tindakan hendaklah diambil untuk membuat penyelarasan amaunyang patut diterima oleh pegawai mengikut bahagian yang dibenarkan yangdikira atas gaji baru pegawai. Tindakan penyelarasan ini tidak perlu dibuatjika pegawai yang ditahan kerja dibenarkan menerima amaun yangjumlahnya dinyatakan secara spesifik.(j)Dalam hal di mana tindakan tatatertib yang diambil berkeputusan denganpegawai dikenakan hukuman selain hukuman buang kerja sedangkanprosiding jenayah terhadap pegawai belum lagi selesai, maka prosedurmengikut peruntukan Bahagian IV dan Bahagian VIA P.U.(A)395/1993(iaitu peruntukan yang terpakai kepada seorang pegawai yang tertaklukkepada prosiding jenayah) masih perlu diteruskan terhadap pegawai.(k)Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil belum diputuskan sedangkanprosiding jenayah terhadap pegawai telah selesai dan Pihak BerkuasaTatatertib yang berkenaan telah mengenakan hukuman buang kerja ke ataspegawai mengikut Peraturan 33 P.U.(A)395/1993, maka tindakan tatatertibyang diambil terhadap pegawai itu hendaklah diberhentikan.(l)Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil belum diputuskan sedangkanprosiding jenayah terhadap pegawai telah selesai dan pihak berkuasatatatertib yang berkenaan telah mengenakan hukuman selain buang kerja keatas pegawai atau membebaskan pegawai mengikut Peraturan 33P.U.(A)395/1993, maka tindakan tatatertib terhadap pegawai masih bolehditeruskan.(m)Carta aliran bagi prosedur mengikut peruntukan Bahagian IV dan BahagianVIA P.U.(A)395/1993 (iaitu peruntukan yang terpakai kepada seorangpegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah) dalam keadaan biasaadalah seperti ditunjukkan dalam LAMPIRAN A. Manakala carta aliranbagi prosedur mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang9

(n)Perlu dijelaskan bahawa prosedur mengikut peruntukan Bahagian IV danBahagian VIA P.U.(A)395/1993 (iaitu peruntukan yang terpakai kepadaseorang pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah) dan prosedurbagi mengambil tindakan tatatertib adalah merupakan dua set proseduryang berbeza yang dilaksanakan secara berasingan terhadap pegawai yangdiambil tindakan tatatertib semasa prosiding jenayah terhadapnya belumselesai. Asas keputusan yang dikenakan juga adalah berbeza di mana jikapegawai diputuskan bersalah dalam tindakan tatatertib yang diambilterhadapnya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan jenis dankeseriusan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai. Sebaliknya, keputusanmengenai hukuman yang patut dikenakan terhadap pegawai mengikutPeraturan 33 P.U.(A)395/1993 (iaitu termasuk keputusan untuk tidakmengenakan apa-apa hukuman/membebaskannya) adalah bergantungkepada jenis dan keseriusan kesalahan yang telah dilakukan berbandingdengan takat sabitan itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam.PENJELASAN MENGENAI ‘ALASAN LAIN’2. Seperti dinyatakan di atas, tindakan tatatertib hanya boleh diambil terhadappegawai yang terhadapnya suatu prosiding jenayah telah dimulakan dan belum selesai jikaalasan bagi mengambil tindakan tatatertib itu tidak berasaskan pada alasan yang samadengan alasan bagi pertuduhan jenayah terhadap pegawai dan tidak membangkitkansecara substantif isu yang sama dengan isu dalam prosiding jenayah yang sedangdijalankan terhadap pegawai.3. Alasan lain yang dimaksudkan itu hendaklah berbangkit daripada kelakuannyadalam pelaksanaan tugasnya. Alasan lain yang dimaksudkan itu boleh berbangkit daripadakelakuan pegawai yang berkaitan dengan pertuduhan jenayah terhadapnya (tetapi tidak10

merupakan alasan yang secara substantif membangkitkan isu yang sama denganpertuduhan jenayah yang dihadapkan terhadap pegawai). Selain itu, alasan lain itu bolehmerupakan suatu alasan yang diasaskan kepada fakta yang sama sekali berbeza dan tidakmempunyai kaitan langsung dengan pertuduhan jenayah yang dihadapkan terhadappegawai.CONTOH PELANGGARAN TATATERTIB YANG BOLEH DISIASATCONTOH BAGI ALASAN LAIN YANG MELIBATKAN KELAKUAN PEGAWAITETAPI TIDAK MERUPAKAN ALASAN YANG SECARA SUBSTANTIFMEMBANGKITKAN ISU YANG SAMA4. Contoh bagi alasan lain yang melibatkan kelakuan pegawai yang berkaitan denganpertuduhan jenayah terhadapnya tetapi tidak merupakan alasan yang secara substantifmembangkitkan isu yang sama dengan pertuduhan jenayah terhadapnya adalah sepertiberikut:(a)Dalam prosiding jenayah, pegawai telah dituduh melakukan rasuah dibawah Seksyen 10A dan Seksyen 11 Akta Pencegahan Rasuah 1997.Pelanggaran tatatertib yang boleh disiasat oleh Ketua Jabatan adalahseperti berikut:• Menerima hadiah tanpa kebenaran Ketua Jabatan[Peraturan 8, P.U.(A)395/1993];• Menerima keraian yang mempengaruhi pelaksanaan tugas pegawaisebagai seorang pegawai awam[Peraturan 9, P.U.(A)395/1993];• Tidak mengisytiharkan harta yang dipunyai, diperoleh ataudilupuskan oleh pegawai, isteri, suami atau anaknya[Peraturan 10, P.U.(A)395/1993]; atau11

• Menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen danpendapatan persendiriannya yang lain yang sah atau mengawal ataumemiliki sumber kewangan atau harta yang nilainya tidak seimbangdengan emolumen atau pendapatan persendiriannya yang lain yangsah [Peraturan 11, P.U.(A)395/1993].(b) Dalam prosiding jenayah, pegawai telah dituduh di bawah Seksyen 408Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah sejumlah wang yangtertentu.Asas tindakan tatatertib yang diambil terhadap pegawai ialah gagal untukmematuhi Arahan Perbendaharan 78(a) yang menghendaki supaya semuawang yang dikutip setiap hari yang jumlahnya melebihi RM500.00 jikadalam bentuk tunai, dan RM2,000.00 jika ia termasuk cek dan wang posselain daripada tunai, didepositkan ke dalam bank tempatan dalam tempohyang ditetapkan (lihat kes S. Mariappan v. The Government of Malaysia[1982] CLJ(Rep) 733).(c)Dalam prosiding jenayah, pegawai dituduh atas kesalahan di bawahSeksyen 406 Kanun Keseksaan kerana dengan tidak jujur melupuskan harta(exhibit) yang telah diamanahkan ke atasnya atau yang ia mempunyaikawalan ke atasnya (‘dishonest misappropriation of property (exhibit)’).Asas tindakan tatatertib yang diambil terhadap pegawai ialah cuai dalammelaksanakan tugas kerana–• gagal untuk menyerahkan ekshibit-ekshibit berkenaan kepada KetuaPolis Daerah atau timbalannya atau seorang pegawai mahkamah;• menyimpan ekshibit-ekshibit berkaitan di rumahnya sedangkanpegawai tidak sepatutnya berbuat demikian;12

• secara tidak bertanggungjawab menyimpan ekshibit-ekshibitberkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya dilupuskanoleh orang lain;• telah menyebabkan kehilangan ekshibit-ekshibit tersebut dan olehitu, telah mencemarkan imej perkhidmatan awam. (lihat kes MohdNasir Shamsuddin v. Inspector-General Of Police & Anor[1997] 5 CLJ 398)CONTOH BAGI ALASAN LAIN YANG BERBEZA SAMA SEKALI DENGANPERTUDUHAN DALAM PROSIDING JENAYAH PEGAWAI5. Contoh bagi alasan lain yang berbeza sama sekali dengan pertuduhan dalamprosiding jenayah yang dijalankan terhadap pegawai adalah seperti berikut:(a)Dalam prosiding jenayah, pegawai telah dituduh melakukan rasuah dibawah Seksyen 10A dan Seksyen 11 Akta Pencegahan Rasuah 1997.Pelanggaran tatatertib yang disiasat oleh Ketua Jabatan adalah kesalahantidak hadir bertugas tanpa cuti [Peraturan 24, P.U.(A)395/1993].(b)Dalam prosiding jenayah, pegawai telah dituduh melakukan kesalahanrogol di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan.Pelanggaran tatatertib yang disiasat oleh Ketua Jabatan adalah kesalahanpegawai (yang merupakan seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusandan Profesional) kerana mengambil bahagian dalam aktiviti politik[Peraturan 21, P.U.(A)395/1993].(c)Dalam prosiding jenayah, pegawai telah dituduh melakukan kesalahanmencabul kehormatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.13

Pelanggaran tatatertib yang disiasat oleh Ketua Jabatan adalah kesalahanpegawai membuat pekerjaan luar tanpa mendapatkan kebenaran bertulisdaripada Ketua Jabatan [Peraturan 5, P.U.(A)395/1993].Ringkasan contoh-contoh pertuduhan jenayah dan pertuduhan tatatertib yang bolehdisiasat adalah seperti di Lampiran ‘D’.6. Ketua Jabatan dan Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mematuhi sepenuhnyagaris panduan ini. Sekiranya tidak dipatuhi ia boleh mendedahkan Kerajaan kepadatindakan guaman di mahkamah kerana pegawai boleh memfailkan prosiding semakankehakiman untuk mencabar tindakan tatatertib yang diambil dan hukuman tatatertib yangdikenakan berdasarkan ‘rule against double jeopardy’ atau prinsip ‘autrefois convict orautrefois acquit’ (iaitu prinsip common law yang terpakai kepada prosiding tatatertib dimana seseorang tidak boleh tertakluk kepada dua prosiding berdasarkan fakta yang sama).Jika keputusan prosiding semakan kehakiman tersebut memihak kepada pegawai makaKerajaan terpaksa membayar gantirugi kepada pegawai dan jika hukuman tatatertib yangdikenakan ialah buang kerja, mahkamah boleh membuat perintah supaya pegawaidiletakkan kembali (’reinstate’) ke jawatan asalnya.7. Walau apa pun, pegawai tidak dihalang dari segi undang-undang daripadamemfailkan tindakan di mahkamah untuk mencabar keputusan tindakan tatatertib yangdiambil mengikut garis panduan ini dan terpulanglah kepada mahkamah untukmenentukan sama ada keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu adalahteratur dari segi undang-undang atau sebaliknya.14

LAMPIRAN ‘A’PROSEDUR TATATERTIB JIKA PROSIDING JENAYAH TELAH DIMULAKANTERHADAP SEORANG PEGAWAIPeraturan 28(3) P.U.(A) 395/1993• Ketua Jabatan mengetahui prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai yang berkhidmatdi bawahnya.• Ketua Jabatan mendapatkan laporan daripada Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftarberhubung dengan prosiding tersebut dan mengemukakan laporan kepada Pihak BerkuasaTatatertib (PBTT) dengan syor sama ada pegawai patut ditahan daripada kerjaPeraturan 28(4) P.U.(A) 395/1993PBTT boleh jika difikirkannya sesuai, menahan pegawai itu daripada menjalankan tugas.PROSIDING BERKEPUTUSANDENGAN PEMBEBASANTiada rayuandibuat olehpendakwarayaPegawai dibenarkanmenjalankan semulatugasnya dan berhakmenerima apa-apaemolumen yang tidakdibayar dan segalakelayakan yang iaberhak. (Peraturan28(7) P.U.(A)395/1993)Rayuan dibuat olehpendakwarayaPBT hendaklahmemutuskan sama adapegawai patut ditahankerja sehingga rayuandiputuskan(Peraturan 28(8)P.U.(A)395/1993)PROSIDING BERKEPUTUSAN DENGAN PENSABITANSama ada pegawai merayu terhadap keputusan tersebut atautidak, PBTT hendaklah menggantung pegawai daripadamenjalankan tugasnya sementara menunggu keputusan PBTTdi bawah Peraturan 33 P.U.(A)395/1993.(Peraturan 45 P.U.(A) 395/1993TiadarayuanRayuanPegawaiDibebaskan atasrayuanPegawaidibenarkanmenjalankansemula tugasnyadan berhakmenerima apa-apaemolumen yangtidak dibayar dansegala kelayakanyang ia berhak.(Peraturan 28(7)P.U.(A)395/1993)Disabitkan atas rayuanPBTT hendaklah menggantungpegawai daripada menjalankantugasnyaRayuanditolakKetua Jabatan mengemukakan keputusan Mahkamah kepada PBTTberserta perakuan bahawa pegawai:• patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat;• patut dihukum dengan hukuman selain buang kerja dan turun pangkat;• ditamatkan perkhidmatan atas kepentingan awam; atau• tiada hukuman dikenakanPeraturan 29 P.U.(A)395/1993Dibebaskan atas rayuanPegawai dibenarkan menjalankantugasnya semula dan berhakmenerima emolumen yang tidakdibayar dan segala kelayakanyang ia berhak.(Peraturan 28(9) P.U.(A)395/1993)PBTT membuat keputusan mengenai hukuman tatatertib yang patutdikenakan terhadap pegawai (Peraturan 33 P.U.(A) 395/1993)15

LAMPIRAN ‘B’PROSEDUR BAGI MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PEGAWAIYANG SEDANG DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TANPA MENUNGGU PROSIDINGKE ATASNYA SELESAIPROSIDING JENAYAH DIMULAKANDI MAHKAMAH TERHADAP PEGAWAIPROSIDING TATATERTIB TERHADAP PEGAWAIPeraturan 28(3) P.U.(A) 395/1993• Ketua Jabatan mengetahui prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai yang berkhidmatdi bawahnya.• Ketua Jabatan mendapatkan laporan daripada Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar berhubungdengan prosiding tersebut dan mengemukakan laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatatertib dengan syorsama ada pegawai patut ditahan daripada kerjaPeraturan 28(4) P.U.(A) 395/1993• PBTT boleh jika difikirkannya sesuai, menahan pegawai itu daripada menjalankan tugas.• Ketua Jabatan mengemukakan aduan supaya tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai.Prosiding jenayah terhadap pegawai sedangberjalan di Mahkamah• Tindakan tatatertib mestilah bukan berasaskan alasan dan fakta yang sama dengan pertuduhan jenayah(substantially different). [Peraturan 30 P.U. 395/1993]• Prosedur tindakan tatatertib dijalankan menurut peruntukan Bahagian V – Prosedur Tatertib P.U.(A) 395/1993.KEPUTUSAN PROSIDING TATATERTIB DIBUAT SEBELUM PROSIDING JENAYAH DI MAHKAMAH DIPUTUSKANKEPUTUSAN:BUANG KERJA• Sekiranya pegawai ditahankerja, perintah tahan kerjaterhenti berkuatkuasa.• Prosedur tatatertib selanjutnyamenurut Bahagian IV dan VIAP.U.(A)395/1993. tidak perluditeruskan.Pegawai disabitkanKEPUTUSAN:TURUN PANGKAT ATAU TURUN GAJIEmolumen yang perlu dibayar kepadapegawai perlu diselaraskan berikutanpengurangan jumlah emolumen yangditerima oleh pegawai selepas hukumantatatertib dikenakanPegawai dibebaskanKEPUTUSAN:HUKUMAN-HUKUMANLAINPelaksanaan hukumantidak menjejaskan prosedurdi bawah Bahagian IV danVIA P.U.(A)395/1993.KEPUTUSANPROSIDINGJENAYAH DIMAHKAMAHDIBEBASKANRayuan dibuat oleh pendakwarayaPBTT hendaklah memutuskan sama adapegawai patut ditahan kerja sehingga rayuandiputuskanDISABITKANTiada rayuan dibuatoleh pendakwarayaPegawai dibenarkanmenjalankan semulatugasnya dan berhakmenerima apa-apaemolumen yang tidakdibayar dan segalakelayakan yang iaberhakDisabitkan atas rayuanPBTT hendaklah menggantung pegawaidaripada menjalankan tugasnyaTiadarayuanRayuanditolakDibebaskan atas rayuanPegawai dibenarkan menjalankan tugasnyasemula dan berhak menerima emolumen yangtidak dibayar dan segala kelayakan yang iaberhak (Peraturan 28(9) P.U,(A)3951993Ketua Jabatan mengemukakan keputusan Mahkamah kepada PBTT beserta perakuan bahawa pegawai:• patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat;• patut dihukum dengan hukuman selain buang kerja dan turun pangkat;• ditamatkan perkh idmatan atas kepentingan awam; atau• tiada hukuman dikenakanPeraturan 29 P.U.(A)395/1993PBTT membuat keputusan mengenai hukuman tatatertib yang patut dikenakan terhadappegawai (Peraturan 33 P.U.(A) 395/1993)16

LAMPIRAN ‘C’PROSEDUR BAGI MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PEGAWAI YANG SEDANGDIBICARAKAN DI MAHKAMAH TANPA MENUNGGU PROSIDING KE ATASNYA SELESAIPROSIDING JENAYAH DIMULAKAN DIMAHKAMAH TERHADAP PEGAWAIPROSIDING TATATERTIBTERHADAP PEGAWAIPeraturan 28(3) P.U.(A) 395/1993• Ketua Jabatan mengetahui prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai yang berkhidmat di bawahnya.• Ketua Jabatan mendapatkan laporan daripada Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar berhubung denganprosiding tersebut dan mengemukakan laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatatertib (PBTT) dengan syor samaada pegawai patut ditahan daripada kerjaPeraturan 28(4) P.U.(A) 395/1993• PBTT boleh jika difikirkannya sesuai, menahan pegawai itu daripada menjalankan tugas.• Ketua Jabatan mengemukakan aduan supaya tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai.• Tindakan tatatertib mestilah bukan berasaskan alasan dan fakta yang sama dengan pertuduhan jenayah(substantially different). [Peraturan 30 P.U. 395/1993]• Prosedur tindakan tatatertib dijalankan menurut peruntukan Bahagian V – Prosedur Tatatertib P.U.(A) 395/1993.KEPUTUSAN PROSIDINGJENAYAH DI MAHKAMAHDIBEBASKANTiada rayuandibuat olehpendakwarayaPegawai dibenarkanmenjalankansemula tugasnyadan berhakmenerima apa-apaemolumen yangtidak dibayar dansegala kelayakanyang ia berhak.Rayuan dibuat olehpendakwarayaPBTT hendaklah memutuskansama ada pegawai patut ditahankerja sehingga rayuan diputuskanDisabitkan atasrayuanPBTT hendaklahmenggantung pegawaidaripada menjalankantugasnyaDISABITKANSama ada pegawai merayu terhadap keputusantersebut, PBTT hendaklah menggantung pegawaidaripada menjalankan tugasnya sementaramenunggu keputusan PBTT di bawah Peraturan 33P.U.(A) 395/1993TiadarayuanRayuanditolakRayuanDibebaskan atasrayuanPegawai dibenarkanmenjalankan tugasnyasemula dan berhakmenerima emolumenyang tidak dibayar dansegala kelayakan yangia berhak.(Peraturan 28(9)P.U,(A)3951993Ketua Jabatan mengemukakan keputusan Mahkamah kepada PBTT beserta perakuan bahawa pegawai:• patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat;• patut dihukum dengan hukuman selain buang kerja dan turun pangkat;• ditamatkan perkhidmatan atas kepentingan awam; atau• tiada hukuman dikenakanPeraturan 29 P.U.(A)395/1993Prosiding jenayah terhadap pegawai sedang berjalan di MahkamahPBTT membuat keputusan mengenai hukuman tatatertib yang patut dikenakan terhadap pegawai(Peraturan 33 P.U.(A) 395/1993)Pegawai disabitkanKEPUTUSAN PROSIDING TATATERTIB DIBUAT SELEPASPROSIDING JENAYAH DI MAHKAMAH DIPUTUSKANPegawai dibebaskanKEPUTUSAN:TURUN PANGKAT ATAU TURUN GAJIEmolumen yang perlu dibayar kepadapegawai perlu diselaraskan berikutanpengurangan jumlah emolumen yangditerima oleh pegawai selepas hukumantatatertib dikenakanKEPUTUSAN:BUANG KERJA• Sekiranya pegawai ditahan kerja, perintah tahan kerjaterhenti berkuatkuasa.• Prosedur tatatertib selanjutnya menurut Bahagian IVdan VIA P.U.(A)395/1993 tidak perlu diteruskan.KEPUTUSAN:HUKUMAN-HUKUMAN LAINPelaksanaan hukuman tidak menjejaskanprosedur di bawah Bahagian IV dan VIAP.U.(A)395/1993.17

CONTOH ALASAN LAIN YANG BOLEH DISIASATMELIBATKAN KELAKUAN PEGAWAI TETAPI TIDAK MERUPAKANALASAN SECARA SUBSTANTIF ISU YANG SAMALAMPIRAN ‘D’PERTUDUHAN JENAYAHPertuduhan Rasuah Seksyen 10A danSeksyen 11 Akta Pencegahan Rasuah1997Pertuduhan Pecah Amanah Seksyen408 Kanun KeseksaanTidak Jujur Seksyen 406 KanunKeseksaan kerana melupuskan hartayang telah diamanahkan ke atasnyaatau di bawah kawalannyaCONTOH PERTUDUHAN TATATERTIB( P.U.(A)395/1993 )• Menerima hadiah tanpa kebenaran (Peraturan 8)• Menerima keraian yang mempengaruhi tugas (Peraturan 9)• Tidak isytihar harta yang dipunyai/diperoleh/dilupuskanoleh pegawai, isteri atau anaknya (Peraturan 10)• Menyenggara kehidupan melebihi emolumen ataupendapatan persendirian yang sah (Peraturan 11)• Gagal mematuhi Arahan Perbendaharaan 78(a)- semuawang yang dikutip setiap hari didepositkan dalam tempohtertentu bagi wang yang melebihi:- RM500 (Tunai)- RM2,000 (Cek atau Wang Pos)[Peraturan 4(2)(e)]• Gagal untuk menyerah ekshibit-ekshibit kepada Ketua PolisDaerah atau timbalannya atau pegawai mahkamah[Peraturan 4(2)(e)]• Menyimpan ekshibit-ekshibit berkenaan di rumah[Peraturan 4(2)(i)]• Tidak bertanggungjawab menyimpan ekshibit-ekshibityang boleh menyebabkan orang lain yang melupuskannya[Peraturan 4(2)(g)]• Telah menyebab kehilangan ekshibit-ekshibit dan cemarimej perkhidmatan awam [Peraturan 4(2)(d)]CONTOH ALASAN LAIN YANG BOLEH DISIASATALASAN BERBEZA DARIPADA PERTUDUHAN JENAYAHPERTUDUHAN JENAYAHPertuduhan Rasuah Seksyen 10A danSeksyen 11 Akta Pencegahan Rasuah1997Pertuduhan kesalahan rogol Seksyen375 Kanun KeseksaanPertuduhan kesalahan mencabulkehormatan Seksyen 324 KanunKeseksaanCONTOH PERTUDUHAN TATATERTIB( P.U.(A)395/1993 )Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti atau Tanpa Sebab YangMunasabah (Peraturan 24)Pegawai Kump. Pengurusan dan Profesional terlibat aktifaktiviti politik (Peraturan 21)Kesalahan membuat pekerjaan luar tanpa kebenaran bertulisdaripada Ketua Jabatan (Peraturan 5)18

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!