30.07.2015 Views

Panduan Penulisan Akademik PPU - Program Persediaan Universiti ...

Panduan Penulisan Akademik PPU - Program Persediaan Universiti ...

Panduan Penulisan Akademik PPU - Program Persediaan Universiti ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITISMK SERI TANJONG, MELAKAPANDUANPENULISAN AKADEMIKUNTUK PELAJAR PPUPPU MERCU GERBANG IPT

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTKandungan :BAB 1 : PENULISAN AKADEMIK 3• Pengertian Penulisan Akademik• Ciri-ciri Penulisan Akademik• Esei Akademik Yang Baik• Perkara-perkara Asas Dalam Membuat Penyelidikan IlmiahBAB 2 : MEMBUAT RUJUKAN 12• Pengenalan• Sistem Nama Pengarang dan Tahun• Senarai Rujukan• Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan• Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan• Rujukan InternetBAB 3 : NOTA DAN NOTA KAKI 20• Panduan Umum• Kepentingan nota kaki :• Maksud nota kaki• Cara Penulisan ibid• Cara Penulisan op citBAB 4 : FORMAT PENULISAN 22• Kertas dan Saiz• Birai• Penomboran Muka Surat• Penomboran Bab dan Pecahan Bab• Penaipan• Font Untuk Jadual, Tajuk dan Sumber• Jumlah Perkataan• Pembukuab dan Penyerahan1

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTBAB 5 : PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK 26• Kaedah Penilaian• PemarkahanBAB 6 : PENUTUP 28• Harapan Pihak Pentadbiran dan Pengurusan PPU2

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTBAB 1PENULISAN AKADEMIKPengertian Penulisan Akademik :Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atausaintifik. Ia mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedahkaedahlain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dangeneralisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaanbahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiaptiapkesan mempunyai sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanyaboleh diterima bila disokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkandata secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokongkebenaran hipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadipenyelidik. Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains),ia harus melalui jalan yang panjang. Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapatdisusun seperti di bawah :i. Pengumpulan data dan faktaii. Pengamatan data dan faktaiii. Pemilihan data dan faktaiv. Penggolongan data dan faktav. Penafsiran data dan faktavi. Kesimpulan umumvii. Perumusan hipotesisiix. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empirisix. Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesisx. Perumusan teori ilmu pengetahuanxi. Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan3

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTEsei Akademik Yang Baik :Esei akademik kebiasaannya akan mempunyai tiga bahagian yang jelas, iaitupengenalan esei, isi esei dan penutup.A. Pengenalan :Pengenalan akan bermula secara umum dan kemudian memokus kepada suatuidea utama.Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terusmembaca. Pengenalan harus mempunyai ciri-ciri menyeronokkan, menyampaidan memberi maklumat yang baru serta merangsang naluri ingin tahu pembaca.Sebaik-baiknya ayat yang digunakan biarlah mudah, tepat dan menarik.Perenggan pengenalan juga perlulah ringkas dan jitu.B. Isi Esei :Isi esei harus mempunyai banyak fakta dan maklumat. Bahagian ini biasanyalebih panjang daripada bahagian-bahagian lain. Maklumat-maklumat tersebutboleh disertakan dengan penjelasan lanjut dalam bentuk statistik, kutipan,anekdot, fakta, carta dan rajah. Ia bertujuan untuk menyokong idea danpendapat penulis. Di samping itu penjelasan ini juga menjadikan sesebuah eseilebih menarik dan senang difahami dan ditulis dalam bentuk perenggan. Setiapperenggan perlu ada tiga perkara penting iaitu kesatuan idea, urutan idea danpenonjolan idea utama. Ketiga-tiga perkara ini perlu diberikan perhatian untukmemastikan peralihan idea berjalan lancar dan memudahkan pembacamengikuti perkembangan idea tersebut.Apabila mengemukakan sesuatu idea dalam sesuatu perenggan, adalah perluuntuk menghubungkannya dengan penyambung ayat yang betul. Caranyaadalah dengan menggunakan kata-kata penghubung seperti sementara itu,selepas itu, walau bagaimanapun, tetapi, sejajar dengan, dalam perkembanganini dan sebelum ini. Kata penghubung penting bagi memastikan kelancaran ideadalam sesuatu esei dan memberikan maklumat yang sejelas-jelasnya kepadapembaca.5

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTBilangan perenggan yang ingin digunakan oleh penulis bergantung kepadajumlah isi yang ingin diketengahkan. Bahagian tubuh sebenarnya adalahbahagian atau argumentasi hujah. Penulis perlu mengemukakan hujah yangakan meyakinkan pembaca. Untuk menarik perhatian pembaca, penulis perlumemperkayakan perbendaharaan kata dan menguasai gaya bahasa supayapenulisan menjadi lebih kemas dan efektif. Antara semua ini, yang paling pentingialah hujah-hujah disusun secara logik. Isi yang disusun juga mestilah mengikutkeutamaan.C. Penutup :Bahagian ini harus kembali kepada pengenalan dan membuat kenyataanumum. Bahagian penutup juga sama penting dengan pengenalan. Penutupharus menarik seperti pengenalan dan jumlah perkataan lebih kurang samadengan pengenalan.Untuk gambaran jelas mengenai struktur esei yang jelas,rujuk Sulaiman Masri. (1988). Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 56-63.6

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTPerkara-perkara Asas Dalam Membuat Penyelidikan Ilmiah :Membuat Penyelidikan IlmiahPenyelidikan ilmiah melibatkan dua kegiatan, pertama, proses penyelidikan dankedua, cadangan penyelidikan (research proposal). Kedua-dua proses ini harusdijalankan mengikut peraturan-peratauran tertentu untuk memastikan penulisan terakhiradalah lengkap dan tidak mengalami kecacatan.1. Proses Penyelidikan :i Mendapatkan Masalah Atau Tajuk :Penyelidikan bermula dengan masalah; iaitu penyelidik melihat wujudnyamasalah di bidang yang hendak dikaji.ii. Membentuk Hipotesis :Ia merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji.Hipotesis juga mestilah bersifat khusus dan bukan umum. Sebagaicontoh, (a) wanita yang bekerja lambat berkahwin; (b) pelajar rajin lulusdengan cemerlang dalam peperiksaan dan (c) petani yang mempunyaibendang yang luas akan menggunakan jentera lebih awal dari petaniyang mempunyai bendang yang sempit (Ahmad Mahdzan Ayob,1983,hlm.17). Hipotesis juga tidak harus dipengaruhi oleh nilai, pertimbanganmoral atau etika; yang merupakan cadangan-cadangan yangmengatakan sesuatu itu baik atau buruk. Sebagai contoh, (a) melewatkanperkahwinan di kalangan wanita yang bekerja adalah tidak baik (nilaian)(b) petani yang tidak mengunakan jentera adalah ketinggalan zaman7

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKST(nilaian), (c) petani yang tidak menggunakan benih padi baru perlumengubah sikap (norma). Ketiga-tiga hipotesis ini akan menyukarkanuntuk mengukur kenyataan seperti tidak baik dalam contoh (a)ketinggalan zaman dalam (b) dan (c) perlu mengubah sikap yang lebihmerupakan pandangan peribadi yang bersifat pertimbangan nilai.Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1983), tidak ada ukuran yang objektifuntuk menyukat buruk baik, ketinggalan zaman dan keperluan mengubahsikap. Sesungguhnya suatu hipotiesis mestilah boleh diuji dan untuk itumemerlukan data yang konkrit.iii Memungut Data :Data atau sumber boleh dibahagikan kepada sumber pertama dan kedua.Sumber pertama merujuk kepada data asli yang dihasilkan olehpenyelidik sendiri sama ada melalui ujikaji, ujian kes atau kajiselidik danjuga penerbitan rasmi. Sumber kedua berupa bahan-bahan bercetakyang dihasilkan oleh individu atau institusi. Proses pengumpulan databerbeza-beza mengikut disiplin. Kaedah pemungutan data yang biasadigunakan ialah kajian perpustakaan, siasatan( survey), temuramah (interview), soal-selidik ( questionares) dan pemerhatian ikutserta (participation observation).ivAnalisis DataAnalisis data adalah proses yang berbeza mengikut bidang kajian. Dalambidang ekonomi, data akan dianalisa dengan menggunakan ilmu statistikdan kaedah saintifik. Manakala dalam bidang Sejarah/Pengajian Melayu,analisis lebih berupa huraian idea secara sistem dengan menggunakan8

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTbukti, memapar atau menerang supaya fakta-fakta dapat difahami.Analisa boleh diringkaskan seperti di bawah :a. Pengenalan• Idea pokok• Sokongan fakta utama kepada idea pokok• Huraian daripada idea pokok dengan sokongan faktapecahan atau fakta kecil termasuk misalan dan/atau rajah• Rangkaian idea pokok• Fakta-fakta besar menyokong kepada rangkaian ideapokokAnalisis yang baik tidak harus mempunyai idea yang meloncat.Setiap idea mesti dikembangkan dengan baik dari satu perengganke perenggan yang lain. Pendek kata analisis yang baik mestimempunyai flow of ideas, thoughts and descriptions yang baik.Harus juga diketahui bila harus diletakkan petikan dan nota kakisupaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tidakmengganggu aliran idea dalam para berkenaan. Petikan pulaseeloknya digunakan untuk menyokong fakta, tidak banyak danterlalu panjang. Petikan juga biarlah yang sangat-sangat perlu dantepat.Catatan kaki pula harus berperanan untuk menyokong huraiandan analisis. Disamping itu untuk membantu pembaca membuatpembacaan lebih lanjut dan untuk memberi perspektif lain tentangisu yang dibincangkan. Ini kerana jika perspektif yang berbezadibincang dalam teks ia akan menganggu aliran pemikiran9

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTbMenyediakan Cadangan PenyelidikaniMasalah KajianDalam masalah kajian, penulis harus menyatakan pernyataankajian. Pengkaji harus menyatakan persoalan yang ingin dikajidan persoalan ini pula boleh dibahagikan kepada persoalan pokokdan sampingan.iiSkop KajianSkop kajian harus menyatakan batas kajian hingga setakat manadan kenapa. Dalam bahagian ini juga boleh dinyatakan bab-babyang dijangkakan. Bab-bab ini seboleh mungkin mestilah berkaitantara satu dengan yang lain. Bahagian ini penting untukpembaca atau penyelia mendapat gambaran menyeluruhkerangka tesis pelajar.iiiKepentingan KajianDalam bahagian ini pengkaji harus menjelaskan keistimewaankajian. Kepentingan kajian ini boleh dilihat dari sudut akademikdan kepentingan kepada negara. Dari segi akademik, pembuktianadalah dengan membuat literature review bidang yang dikaji danmenilaikan sejauh manakah tajuk yang dipilih belum diusahakandan ia dapat mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan.Kepentingan kepada negara adalah dengan merujuk kepadakajian-kajian bersifat kontemporari. Sebagai contoh masalahkeruntuhan moral di kalangan pelajar, kemasukan pekerja tanpaizin dari Indonesia dan lain-lain. Kajian-kajian seperti ini dapatmembantu kerajaan mengenalpasti masalah golongan-golonganini dan merancang dasar-dasar yang bersesuaian untukmenangani isu tersebut secara efektif.10

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTivKaedah KajianKaedah kajian kebiasaannya terbahagi kepada tiga jenis. Pertamakajian perpustakaan, kajian lapangan dan kajian menemudagadan persamplen. Kaedah-kaedah kajian ini berbeza mengikutbidang-bidang yang diusahakan. Bagi pengkaji di bidang Sejarah,kajian mereka adalah bersifat library research dengan merujuksumber-sumber pertama dan kedua. Bagi pengkaji dalam bidangAntropologi dan Sosiologi, pengkajiannya akan memerlukanpenyelidik ke lapangan dan bersama responden yang diselidiki.Bagi pengkaji dari bidang ekonomi, perlu menguasai ilmu statistik,persamplen dan kaedah menggunakan komputer untukmenganalisis data.11

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTBAB 2MEMBUAT RUJUKANPengenalan :Penulisan akademik yang menggunakan penulisan lain, samada melalui petikan secaralangsung ataupun melalui rujukan am, mestilah memberikan butir-butir sumber tersebutdalam bibliografi atau rujukan.Sistem Nama Pengarang dan Tahun :Penulisan Rujukan Kajian ilmiah hendaklah menggunakan Sistem Harvard.1. Rujukan Dalam TeksRujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan namapengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah :i. Sekiranya pelajar menggunakan “pharaphasing” nama pengarang ditulissebahagian daripada teks, tahun penerbitan hendaklah ditulis dalamkurungan seperti berikut :Works by Yao (1993) have shown that in order to maintain thebehavioural link between the offsprings and their parents, the use ofcrossover operator should be avoided.ii.Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation), namapengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan mukasurat hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut :ANN offers useful properties and capabilities such as non-linearity, inoutand output mapping, adaptability and fault tolerance among others.(Haykin, 1990: 16)Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10 itallic,jarak 1 baris antara barisan dan indent dipermulaan ayat.12

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTiii.Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarangtersebut perlu ditulis seperti berikut :In designing the model for non-linear system, the parsimonious principle(Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a non-linear modelinvolves an excessive number of parameters.Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to adaptivelycontrol Penicillin acylase fermentation.iv.Sekiranya terdapat lebih daripada tiga pengarang, selepas namapengarang yang pertama hendaklah ditulis et al. seperti berikut :The algorithm can be calculated by applying Gram-Schmidt proceduresas described by Korenberg et al. (1998)v. Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama didalam tahun yang sama, abjad seperti a, b, c dan seterusnya hendaklahditulis selepas tahun penerbitan.Some of the basic principles widely used by many researchers areLagrange-Euler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul, 1981),Newton-Euler (NE) equations (Luh et al., 1980a) and d’Alembert (G-D)equations (Lee et al.,1983). Luh et al. (1980b) presented an example ofan acceleration control of robot arm/manipulator.2. Senarai RujukanSemua rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam SenaraiRujukan. Senarai rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad.i. Sekiranya rujukan tersebut merupakan pengarang yang sama, susunanhendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, atikel yang ditulisoleh Peden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusunsebelum atikel yang diterbitkan pada tahun 1999.13

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTii.Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklahdisusun mengikut pengarang yang pertama.3. Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai RujukanPenggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan :Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk namapengarang adalah seperti berikut :i. Nama BaratTuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain.Contoh :nama : John Noick Pavlovic(dalam teks) ditulis : Pavlovic, J.N.(dalam teks) Pavlovic (tahun)ii.Nama MelayuTuliskan nama penuh pengarangnya.Contoh :nama : Mohd Noor Bin Abdullah(dalam teks) Abdullah,M. N. (Tahun)ditulis : Abdullah, M.N., (Tahun),iii.Nama Arab atau berunsur ArabTuliskan nama keluarganyaContoh :nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attasrujukan : Muhammad Naquib, S.A.teks : Muhammad Naquib (tahun)atau Tuliskan nama pengarang jika tiada nama keluarganyaContoh :nama : Malik ibn Anasditulis : Malik ibn Anas14

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTiv.Nama CinaMulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cinaterletak di depan nama.Contoh :nama : Tan Beng KeatRujukan : Tan, B. K.(dalam teks) Tan (Tahun)v. Nama IndiaTuliskan nama pengarangnya.Contoh :nama : Srinivasan Venkataramanditulis : Venkataraman, S.(dalam teks) Venkataraman (tahun)Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.Contoh :nama : S. N. Guptaditulis : Gupta, S.N.(dalam teks) Gupta (tahun)vi.Nama PunjabiTuliskan nama pengarangnyaContoh :nama : Karam Singhditulis :Karam Singh(dalam teks) Karam (tahun)ataunama : Surjit Kaur Grewelditulis : Surjit Kaur Grewel(dalam teks ) Surjit (tahun)15

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTCara Penulisan :Cara yang perlu ditulis di dalam Senarai rujukan adalah seperti berikut :i. Satu dan beberapa pengarangContoh satu pengarang :Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems.New York : Gordon and Breach Science Publishers.Contoh dua atau beberapa pengarang :Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United Kingdom:Prentice Hall International Ltd.Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. Resolved-AccelerationControl of Mechanical Manipulators, IEEE Trans. Automatic Control. 25(3) : 468-474.ii.Penyunting / PenyusunContohKristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the worl. Surre :Fishing New Book.Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature usage.Chischester : Ellis Horwwod.iii.Penulis / Penyunting KorporatContohEngineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and scientificterms.New York : Engineers Council.American Chemical Society (Ed). 1978. Handbook for authors ofAmerican Chemical Society publications.Washington, D.C : AmericanChemical Society.16

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTPenulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan :Terdapat pelbagai bahan rujukan yang dirujuk di dalam penyediaan projek ilmiahdan ianya hendaklah ditulis di dalam Senarai rujukan seperti berikut :i. BukuNama pengarang. Tahun. Tajuk. Edisi (sekiranya terdapat lebih daripadabeberapa edisi). Tempat diterbitkan : Penerbit.Contoh :Theusen, G.J. and Fabrycky, W.J., 1984. Engineering Economy. 6th ed.Englewood Cliffs, N.J : Prentice-Hall.ii.Artikel dalam bukuNama pengarang artikel. Tahun. Tajuk artikel. Dalam : Pengarang buku.Tajuk buku. Tempat diterbitkan : Penerbit. Mukasurat.Contoh :Hussein, S.B., Jamaluddin, H., Mailah, M. and Zalza, A. M. S., 2000. AnEvolutionary Neural Network Controller for Intelligent Active ForceControl. In : Parmee, I.C. ed. Evolutionary Design and Manufacturing.London : Springer-Verlag.351-362.iii.JurnalNama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Tajuk Jurnal. Volum (Bilangan) :mukasurat.Contoh :Billing, S. A., 1980. Identification of Nonlinear Systems : A survey.Proc.IEE, Part D.127 (6) : 272-284.17

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTivArtikel SeminarNama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Nama Seminar. Tarikh seminar.Tempat diterbitkan : Penerbit, mukasurat.Contoh :Sheta, A.F. and De Jong, K., 1996. Parameter Estimation of Non LinearSystems in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedingsof the 1996 IEEE International Symposium on IntelligentControl.September 15-18. Dearborn, Michigan : IEEE, 360-365.v. TesisNama pengarang (Tahun). Tajuk tesis. Institusi pengajian : Tesis.ContohHasniza, M. R., 2003. Pasaran Buruh Tempatan Dalam SektorPembinaan. Universiti Malaya : Tesis PhD.(unpublished).vi.Buku PerundanganNama negara. Tahun. Tajuk buku perundangan. Nombor perundangan.ContohMalaysia 1983. Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah.P.U. (A) 41 1983.vii.PiawaiNama Institusi. Tahun. Tajuk ‘standard’. Tempat diterbitkan. NomborpiawaiContohBritish Standards Institution 1987. Tongued and Grooved SoftwareFlooring. London, BS 1297.viii.PatentNama pemilik. Tahun. Tajuk patent. Nombor patent.ContohLindgren, E.A., 1960. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S.Patent 2, 925, 457.18

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTix.KatalogNama pengeluar Tahun. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota.ContohHowick Partitioning Ltd. 1984. Howick : Partitioning in Business. Redhill(U.K) : Trade Brochure.x. Lukisan terukurNama. Tahun.. Tajuk. Tempat diterbitkan : NotaContohZairul Azidin A., 1980. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,Kampung Gajah, Perak. UTM : Lukisan Terukur.xi.Bahan yang tidak diterbitkanNama. Tahun.Tajuk. Tempat/Institusi. Tidak diterbitkan“tidak diterbitkan” perlu ditulis diakhir ayat.Rujukan InternetMaklumat yang dirujuk dari internet merupakan maklumat yang akan berubahubah.Oleh kerana itu, rujukan yang dibuat perlu dirujuk semula dengan rujukanasal. Walaubagaimanapun, jika maklumat tersebut perlu digunakan dalam projeklatihan ilmiah cara penulisannya sama seperti rujukan artikel lain tetapihendaklah dinyatakan alamat web dan tarikh dilayari adalah seperti berikut;Dalam rujukan ditulis, (sumber web/linkpage/tarikh)Websitei. www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm. 15/05/2003ii. www.midvalley.com.my/about.cfm. 15/05/2003Contoh dalam teks adalah sama seperti rujukan dari sumber lain. Jikatiada nama penulis tetapi hanya artikel atau laman web resmi selepasakhir teks di tulis dalam kurungan contoh seperti(www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm.15/05/2003).19

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTBAB 3NOTA DAN NOTA KAKIPanduan UmumNota seperti nota kaki, nota atas dan sebagainya pada sesuatu halaman tertentu tidakdigunakan bagi penulisan projek ilmiah dalam bidang Sains dan Teknologi. Walaubagaimanapun, penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan kajianilmiah dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bawahsesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumat tambahanmengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman berkenaan. Notakaki dicatatkan mengikut angka Arab dan berturutan iaitu 1,2,3 dan seterusnya.Kepentingan nota kaki :i. Memudahkan pembaca meneliti semula sumber rujukan penulis.ii.iii.Sebagai bukti sifat tanggungjawab penulis terhadap disiplin penulisan ilmiah.Memuaskan hati pembaca.Maksud nota kaki (Inggeris) :i. Ibid ( ibidem ) : pada tempat, kitab, fasal atau halaman yang sama.ii.op.cit ( opere citato ) : in the world cited, dalam rujukan yang telah diterangkan.Cara Penulisan ibid :1. Cornish, W. (2003). Intellectual property, patents, copyright, trademarks andallied rights, 5th ed. London: Sweet and Maxwell.2. Ibid. p24.3. Ibid, p38.20

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTCara Penulisan op cit :1. Cornish, W. (2003). Intellectual property, patents, copyright, trademarks andallied rights, 5th ed. London: Sweet and Maxwell.2. Andrews, M., (2002). Using technology in your presentation. In: White, L. andDavids, E. eds. Enhancing your presentation. London: Sage. pp91-1043. Cornish, W. op.cit. p35.21

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTBAB 4FORMAT PENULISAN1. Kertas dan SaizGunakan kertas putih saiz A4 (210mm X 297mm) yang bermutu baik iaitu80g/m2. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh di cetak.2. BiraiSemua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri mestilah 4cm(untuk penjilidan) dan 2.5cm bagi birai atas, bawah dan kanan. (semuamaklumat termasuk nota kaki, muka surat mesti didalam margin yang telahditetapkan)3 . Penomboran Muka SuratSetiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun berterusan.Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut sebelah kanan iaitu1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan.Penomboran muka surat mestilah seperti berikut :i. Bahagian permulaan projek ilmiah dicetak dengan nombor kecil romansecara berturutan seperti i, ii, iii.ii.Muka surat pertama yang mengandungi judul projek dianggap sebagaimuka surat (i) tetapi nombornya tidak dicetak. Muka surat pertamaselepas muka surat yang mengandungi judul dicetak sebagai muka surat(ii)iii.Teks am dan semua mukasurat termasuk rujukan dan lampiran dicetakdengan nombor Arab secara berturut seperti 1, 2, 3 bermula dengannombor 1.22

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTiv.Sekiranya kertas sebagai pembahagi di antara Bab atau kerta pembahagidi antara teks dan lampiran digunakan, ianya tidak perlu diberi nombormuka surat4. Penomboran Bab dan Pecahan BabSemua bab dan pecahan kecil perlu diberi nombor. Bab menggunakan nomborArab seperti BAB 1, BAB 2, BAB 3 dan seterusnya. Pecahan kecil di dalamsetiap bab perlu diberi nombor dan disusun tidak lebih daripada tiga peringkatpecahan seperti :4.1 Peringkat pertama (Tajuk pecahan kecil)4.1.1 Peringkat kedua (Tajuk pecahan-pecahan kecil)4.1.1.1 Peringkat ketiga (Tajuk pecahan-pecahan-pecahan kecil)Sekiranya mempunyai tajuk melebihi peringkat ketiga, peringkat seterusnyahendaklah menggunakan abjad seperti a, b, c dan seterusnya.5. PenaipanPenulisan akademik hendaklah dicetak dengan menggunakan font Arial saiz 11.Jarak di antara dua baris teks ialah 1 ½ jarak. Hanya satu jarak digunakanuntuk :i. Petikan yang panjangii.iii.iv.AbstrakNota / Sumber /PetikanSenarai rujukan23

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTSesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat mestilahmengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap. Sekiranya ianyaperenggan akhir dalam satu muka surat dan perenggan tersebut mempunyaikurang daripada dua baris yang lengkap, perenggan tersebut hendaklahdimulakan pada muka surat yang baru. Tajuk setiap bab hendaklah ditaipmenggunakan abjad besar dan menggunakan font Arial Saiz tidak melebihi 16.Bab yang baru hendaklah dicetak pada muka surat yang baru. Tajuk danpecahan tajuk perlu dinamakan dan digelapkan. Abjad pertama untuk pecahantajuk hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar kecuali untuk katapenghubung seperti dan, dari, ke, di dan seumpamanya.6. Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan SumberFont untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu.Jarak PenaipanJarak yang digunakan hendaklah seperti berikut :i. Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5cmii.iii.iv.Jarak di antara bab dan tajuk bab ialah 4 jarak barisJarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarak barisJarak di antara teks di baris akhir perenggan dan sub-tajuk ialah 4 jarakbarisv. Jarak di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak barisvi.vii.Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak barisNombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan birai kiriviii. Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah ialah 2jarak baris.24

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKST7. Jumlah PerkataanTeks projek ilmiah hendaklah tidak kurang 2500 patah dan tidak melebihi 3500patah perkataan (atau rujuk kepada keperluan Jabatan). Lampiran, jadual danrajah tidak termasuk dalam jumlah perkataan.8 Penjilidan untuk PenyerahanPenulisan Akademik hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyak empat (4)salinan asal. Satu (1) salinan dalam bentuk cakera padat (pdf format) hendaklahdimuatkan dalam poket yang dibuat khas di bahagian dalam kulit belakangpenulisan akademik.1. Warna Kulit dan TulisanKulit penulisan akademik hendaklah menggunakan jenis ‘art paper’100g/m2 dan bertulisan hitam. Saiz minimum untuk tulisan ialah font 14jenis Arial. Warna yang perlu digunakan adalah seperti berikut :i. Program Ekonomi : Merah Jambuii. Program Pengajian Perniagaan : Biri Mudaiii. Program Kesusasteraan Melayu : Hijau Muda2 Muka HadapanMuka hadapan hendaklah mempunyai tajuk penulisan akademik, namapelajar, Program Persediaan Universiti dan tahun penyerahan penulisanakademik dan hendaklah dicetak dengan huruf besar.25

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTBAB 5PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK1. Kaedah PenilaianPelajar yang mengambil subjek projek latihan ilmiah ini akan dinilai secaraberterusan bermula daripada minggu pertama semester 2. Pelajar akan diberibimbingan dan panduan melalui syarahan pada beberapa minggu mengenaicara melaksanakan kajian penyelidikan, metodologi dan struktur penulisan.Pelajar akan diberi pilihan tajuk-tajuk untuk projek ilmiah oleh jabatan masingmasing.Secara amnya draf pertama yang sempurna hendaklah dihantar pada mingguke-10 semester 2. Mengikut syarat yang telah ditentukan penulisan akademikyang telah siap dibukukan mengikut warna yang telah ditentukan hendaklahdiserahkan pada minggu ke- 20.2 PermarkahanPecahan permarkahan untuk penulisan akademik mulai dari sessi 2009/10adalah seperti berikut :1. Kesesuaian Tajuk : 03 Markah2. Isi Kandungan : 02 Markah3. Pendahuluan : 05 Markah4. Pembentangan Isi/Idea : 70 Markah5. Kesimpulan : 05 Markah6. Persembahan dan Kreativiti : 05 Markah7. Rujukan : 05 Markah8. Kepatuhan Format : 05 MarkahJumlah Keseluruhan :100 Markah26

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTMarkah untuk kepatuhan format dibuat oleh penyelia atau penyelaras penulisanakademik masing-masing mengambilkira prestasi kemahiran insaniah (soft skill)pelajar dalam perkara berikut :i. Ketepatan masa untuk temujanjiii.iii.iv.Ketepatan masa menyiapkan tugasanTindakbalas pelajar dan pemberian ideaPerancangan dan proses kerjav. Tanggungjawab dan minat27

Panduan Penulisan AkademikUntuk Pelajar PPU SMKSTBAB 6PENUTUPPihak pengurusan dan pentadbiran Program Persediaan Universiti (PPU) amatmengharapkan agar pelajar PPU dapat menyiapkan penulisan akademik ini denganmengikut segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Penulisan akademik iniadalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar sebelum digraduasikan pada akhirsemester 3.Pematuhan kepada format penulisan akademik yang disediakan oleh PPUadalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar PPU,berkenaan cara sesebuah tesis disiapkan oleh pelajar Institusi pengajian Tinggi Awam dinegara kita.Semoga dengan usaha ini, perkembangan ilmu terus subur dalam diri pelajarPPU, sekaligus dapat melahirkan modal insan kelas pertama di SMK Seri Tanjong,Melaka.28

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!