08.12.2012 Views

ISLAM - fauzanibrahim

ISLAM - fauzanibrahim

ISLAM - fauzanibrahim

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

8

Langkah Seterusnya

Dalam perbincangan yang serba ringkas ini kita hanya dapat muatkan beberapa garis

panduan yang digariskan oleh Islam untuk kehidupan manusia, semenjak dahulu hingga

sekarang. Persoalan yang sebelum ini tidak pernah diketahui tetapi kini kesannya masih

wujud di dalam kehidupan manusia, walaupun kehidupan manusia kini begitu bercelaru,

terseleweng, merudum daripada puncak kegemilangannya yang dibangunkan oleh

sekumpulan manusia yang bernaung di bawah manhaj Ilahi...

Contoh-contoh yang telah ditunjukkan di sini sudah cukup untuk mewakili berpuluhpuluh

persoalan penting yang telah diketengahkan dan dibangkitkan oleh manhaj ini.

Persoalan ini juga boleh dijadikan kayu ukur bagi semua aspek kehidupan manusia semenjak

seribu empat ratus tahun dahulu.

Walau bagaimanapun seperkara yang perlu disebut di akhir perbincangan ringkas ini ialah

para duah tidak sepatutnya tertipu dengan faktor-faktor pembantu ini sehingga terlupa untuk

membuat persediaan yang sempurna bagi menghadapi pelbagai ranjau dan rintangan...

Perkara yang perlu kita bincangkan di sini ialah mengenai persoalan-persoalan kontra dan

pelbagai rintangan di sepanjang jalan ini.

Secara umumnya manusia hari telah begitu jauh daripada Allah...

Timbunan yang menutup fitrah ini kelihatan begitu berat dan teruk. Jahiliyyah di zaman

dahulu adalah dalam bentuk kejahilan, kebodohan dan kedangkalan. Jahiliyyah moden pula

bersandarkan ilmu! Putar belit! Membabi buta!

Penemuan-penemuan ilmu pada kurun ke 18 dan ke 19 Masihi sebenarnya merupakan

suatu bencana. Segala penemuan ini didorong oleh sikap ingin menyisihkan pengaruh gereja

dan tuhan gereja yang selama ini dipergunakan untuk mengiyakan kezaliman, membakar

cendekiawan, menyeksa ahli-ahli fikir dan menghalang kebangkitan... mereka mahu

menyisihkan terus gereja dan menolak sebarang unsur dan semua nilai murni!

Sebenarnya semenjak awal kurun, penemuan sains telah mendorong beberapa

cendekiawan untuk kembali semula kepada Allah. Fitrah yang telah sekian lama tenggelam di

dalam kesesatan mula merasa keletihan dan kembali merindui Allah. Namun cengkaman

malapetaka ini masih kuat. Mungkin sehingga abad ini berakhir barulah muncul tanda-tanda

kebangkitan semula kumpulan yang telah sekian lama tenggelam di dalam kesesatan.

Dunia hari ini terasa semakin lega hasil kemajuan yang dicapai oleh tamadun manusia

yang telah mencipta pelbagai kemudahan dan keselesaan hidup. Manusia hari ini dapat

merasai dan mengalami betapa hebatnya hidup mereka kini. Kemunculan pelbagai ilmu

pengetahuan, kesenian dan hiburan menambahkan lagi kehebatan hidup ini. Kehebatan ini

dapat dirasai di dalam diri dan di dalam realiti mereka.

www.mykonsis.org 62

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!