27.12.2016 Views

PELAN STRATEGIK JPA 2016-2020

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Teras Strategik Ketiga adalah Merakyatkan

Penyampaian Perkhidmatan. Teras Strategik ini

menitikberatkan kepada pelaksanaan kaedah kerja

baharu yang lebih fleksibel, berfokuskan

keberhasilan, memudah cara (facilitate) dan

melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara

lebih kreatif dan berinovatif. Keberhasilan Teras

Strategik ini adalah pemantapan kecekapan dan

keberkesanan penyampaian perkhidmatan oleh

JPA agar cepat, tepat, berkualiti, proaktif dan responsif serta berasaskan kepada

keperluan pelanggan dan berpaksikan rakyat (citizen-centric).

Teras Strategik Keempat iaitu Merangkum dan Sepunya, mengangkat

kepentingan memperluas jaringan kerja dan

kolaborasi strategik dalam dan luar negara. Ini

adalah untuk memastikan perkhidmatan yang

diberi oleh JPA memenuhi kehendak dan

keperluan pelanggan, inklusif serta terangkum,

sejajar dengan prinsip “Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”. Keberhasilan yang

diharapkan melalui Teras Strategik ini adalah keputusan bersama (informed

decision) dan rasa sepunya berdasarkan kepelbagaian perspektif dan memupuk

perkongsian matlamat.

Teras Strategik Kelima iaitu Membudaya Nilai,

mengutamakan pembudayaan patriotisme, nilai-nilai murni, etos

dan integriti dalam Perkhidmatan Awam. Teras Strategik ini amat

signifikan bagi melahirkan penjawat awam yang cintakan negara,

berbudi pekerti dan beretika tinggi bagi memacu Perkhidmatan

Awam terbaik dan berdaya tahan dalam menempuhi cabaran

masa hadapan.

20

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!