12.03.2017 Views

MamaPapa Feb 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PAKAR KAMI

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin

MD (UKM), Masters Obs & Gynae (UKM),

MRCOG (London)

Merupakan Ahli Akademi Perubatan Malaysia 2005,

To’ Puan Dr. Maziah menamatkan pengajian di UKM,

MRCOG London dan FRCOG London. Ibu kepada lima orang

anak dan nenek kepada seorang cucu ini kini berkhidmat di

KPJ Damansara Specialist Hospital sebagai Pakar Obstetrik

& Ginekologi.

PAKAR KESUBURAN/ PAKAR

PERUNDING OBSTETRIK &

GINEKOLOGI

Dr. Agilan Arjunan

MBBS (Malaya) MRCOG (London) Cert.

Artificial Reproductive Techniques (S’pore)

Dr Agilan Arjunan adalah graduan dari Universiti Malaya

dan mendapat ijazah kepakaran dari Royal College of

Obstetrician and Gynaecologist, London. Dengan kombinasi

kepakaran dalam pembedahan laparoskopi dan rawatan

kesuburan, beliau membantu pasangan untuk mendapatkan

zuriat melalui kaedah rawatan fertiliti yang terkini.

PAKAR PERUNDING PEDIATRIK DAN

GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI

Dr. Nazrul Neezam Nordin

MBBS (Malaya), MPaeds (Malaya)

Dr. Nazrul kini berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau

pernah bertugas di Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

selepas tamat latihan subkepakaran dan diiktiraf sebagai

Pakar Pediatrik dan Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

oleh Daftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Registry)

pada Disember 2011.

PENSYARAH PEDIATRIK DAN PAKAR

KANAK-KANAK

Dr. Fahisham Taib

MB BCh BAO (Ireland), MMedSci

(Ireland), DCH (Glasgow), MRCPCH (UK),

SpecCertPallCare (Aus)

Dr. Fahisham bin Taib ialah Pensyarah Pediatrik dan

Pakar Kanak-kanak di HUSM. Beliau sudah empat tahun

berkhidmat di sana dan sebelum ini, pernah bertugas di

United Kingdom dan Ireland selama 10 tahun. Beliau juga

aktif menulis artikel dan menjawab pertanyaan masyarakat

dalam laman Doktorbudak.com.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

MBBS (IMU), MRCPCH (UK)

Dr. Kenneth menerima kelayakan doktor beliau dari

International Medical University. Berpengalaman berkhidmat

sebagai Pakar Pediatrik di Hospital Tengku Ampuan

Rahimah, Klang dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala

Terrenganu, beliau kini merupakan Konsultan Pediatrik di

Hospital Columbia Asia – Cheras.

PAKAR DERMATOLOGI

Dr. Tee Shwu Hoon

MBBS (IMU), MRCP (UK), Advanced Master

in Dermatology (UKM)

Dr. Tee kini berkhidmat di Hospital Columbia Asia – Puchong.

Beliau pernah bertugas di Hospital Selayang sebagai Pakar

Perubatan, menerima latihan subkepakaran dermatologi di Hospital

Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kuala Lumpur, seterusnya

diiktiraf sebagai Pakar Dermatologi. Pernah juga berkhidmat

sebagai Ketua Unit Dermatologi di Hospital Serdang. Beliau turut

aktif menerbitkan artikel untuk ‘Malaysian Journal of Dermatology’.

PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL

Jessie Foo Xiang Yi

Master in Clinical Psychology

Merupakan pakar psikologi klinikal terlatih di Pusat

Perubatan Sunway, Jessie Foo mengendalikan terapi psiko

bagi meningkatkan kemahiran pengurusan individu dalam

kehidupan seharian. Beliau juga berpengalaman dalam

mengendalikan bengkel korporat mengenai pengurusan

tekanan, pengurusan marah dan sebagainya.

DIETETIK KANAN

Saw Bee Suan

B. Health Sc. (Honours) Dietetics

Saw Bee Suan menamatkan pengajian dalam bidang

pemakanan di Universiti Sains Malaysia. Sebagai pakar

pemakanan kanan di Pusat Perubatan Sunway, beliau

banyak mengendalikan kes-kes kronik mengenai nutrisi.

Pengimpot & Pengedar:

Diterbit oleh:

PENA PENGARANG

Pemakanan asas kesihatan

Dalam dunia ini, tiada siapa yang tidak sukakan makanan. Paling kurang

pun sehari kita mesti akan menghadap makanan, tidak kiralah makanan

berat, ringan ataupun segera. Tanpa kita sedar, makanan merupakan aspek

paling penting untuk kesihatan tubuh. Jangan hanya sedap ‘melahap’ itu ini,

sehinggakan anda alpa akan kesannya kepada tubuh anda. Makanan sihat

ataupun tidak sihat jika diambil secara berlebihan tetap jua akan memberi

mudarat kepada tubuh. Begitu juga halnya kepada pasangan yang sedang

mencuba ingin mendapat anak atau kita gelar sebagai TTCians. Golongan

TTCians ini perlu menitikberatkan soal pemakanan mereka. Untuk hamil,

mereka perlu menjauhi makanan yang tidak sihat seperti makanan segera.

Dan, ada juga beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan kesuburan

mereka. Topik inilah yang kita paparkan pada bulan ini! Selain itu, kami

turut sajikan kepada anda tentang 10 makanan terbaik untuk meningkatkan

pengeluaran susu ibu. Tentu ramai ibu baru yang mengalami masalah susu

sedikit, kan? Inilah yang kami ingin kongsikan kepada semua pembaca. Selain

tips dan informasi, kami juga turut memuatkan peraduan untuk anak-anak

anda. Menariknya, kali ini setiap pemenang akan mendapat hamper dari

Tollyjoy dan peraduan ini akan berlangsung sehingga bulan Mei ini. Apa

tunggu lagi! Cepat hantar gambar comel anak anda!

Nazrah

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nazrah Nazarudin

Penyumbang artikel:

Allianz Malaysia

Dr Maneerat

Dr Natasha Ain Mohd Nor

Dr Noren NorHasmun

Dr Tan Gek Leng

Profesor Madya Dr Azhar Md Adnan

Pereka Grafik

Nasyiha Badela

Hajar Amir

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin,

Dr. Agilan Arjunan, Dr. Nazrul Neezam Nordin,

Dr. Fahisham Taib, Dr. Kenneth Looi Chia

Chuin, Dr. Tee Shwu Hoon, Jessie Foo Xiang Yi,

Saw Bee Suan, DoktorBudak.com dan LPPKN.

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan semakan

telah dilakukan sebelum mengeluarkan maklumat

yang terdapat di dalam buku ini, namun pihak

penerbitan, pengarang, penasihat dan agen tidak

dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada

terhasil disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau

sebarang akibat yang disebabkan olehnya. Rangkuman

atau pengecualian terhadap mana-mana produk juga

tidak bermakna pihak penerbitan menyokong atau

menolak penggunaannya sama ada secara keseluruhan

atau khusus.

Boleh didapati di

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada

kandungan editorial atau penyampaiannya. Pihak

penerbit, pengarang, penasihat dan agen tidak

menjamin, secara langsung atau tidak langsung,

kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau

perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2017. AcePremier.com Sdn Bhd.

Global Dipercayai

Kerusi keselamatan kanak-kanak Combi

7,000,000 unit dijual di seluruh dunia

Combi melancarkan kerusi keselamatan kanak-kanak pertamanya pada tahun 1979. Rekaan kejuruteraan dari Jepun ini menepati tahap dan kualiti kerusi

keselamatan untuk kanak-kanak. Kami amat berbesar hati menjadi jenama yang dipercayai dan disokong oleh 7 juta masyarakat di seluruh dunia, dan ini yang

menjadi motivasi kami dalam menghasilkan produk yang lebih baik. Kami akan terus mengeluarkan produk terbaik tanpa berkompromi dari segi kualiti dan

keselesaan, sekali gus dapat memastikan bayi selamat dan ibu bapa menikmati alam keibubapaan.

tahun

tahun tahun tahun tahun tahun

Pengedar Malaysia: Daisheng (M) Sdn Bhd (603)-2078 3666

combi Malaysia

Advertorial

PENJAGAAN GIGI BERMULA

SEJAK AWAL

Ramai ibu bapa yang memandang ringan akan penjagaan

gigi susu bayi kerana pada tanggapan mereka, gigi susu

hanya tumbuh sementara sahaja sebelum munculnya gigi

kekal. Namun, sebenarnya, penjagaan gigi susu adalah sama

penting dengan gigi kekal.

Gigi susu berperanan untuk membantu kanak-kanak

mengunyah dan bercakap, serta menyediakan ruang yang

secukupnya untuk gigi kekal tumbuh. Gigi susu yang tercabut

sebelum cukup matang akan memberi kesan kepada

susunan gigi kekal. Oleh itu, penjagaan oral yang baik perlu

bermula seawal mungkin, saat gigi pertama anak tumbuh!

PILIH UBAT GIGI YANG SESUAI

Enamel gigi kanak-kanak adalah 50 peratus lebih nipis

berbanding dengan gigi orang dewasa. Kandungan

fluorida yang tinggi dalam ubat gigi orang dewasa boleh

menyebabkan karies dan fluorosis pada gigi kanak-kanak.

Malah, kanak-kanak berisiko mengalami kecacatan tulang

belakang jika tertelan ubat gigi berfluorida semasa memberus

gigi. Justeru itu, pilihlah produk penjagaan gigi yang betul

untuk si manja anda.

SENSITEETH- PILIHAN PRODUK

PENJAGAAN GIGI UNTUK KANAK-KANAK

Ubat gigi SensiTeeth direka khas untuk keperluan gigi

kanak-kanak yang sedang membesar. Rangkaian ubat gigi

SensiTeeth khusus untuk bayi dan anak kecil ialah:

SENSITEETH FIRST (UNTUK 6 BULAN +)

Ubat gigi yang berperisa bluberi lembut ini sesuai digunakan

semasa gigi pertama bayi tumbuh. Ubat gigi ini juga

bebas sakarin dan bebas fluorida serta kalsium. Ia turut

mengandungi xylitol untuk membantu penjagaan mulut dan

gigi bayi semasa peringkat awal tumbuh gigi.

SENSITEETH KIDS MOUTHWASH

(UNTUK 3 TAHUN +)

Berus gigi hanya dapat mencapai 25% ke dalam mulut

anak anda! Jadi, penggunaan ubat kumur yang direka untuk

kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas ini dapat mengurangkan

pembentukan plak dan menanggalkan sisa kuman yang

tertinggal selepas memberus gigi. Bersifat bebas gluten,

produk berperisa bluberi ini menyediakan perlindungan

terhadap kerosakan gigi dan iritasi pada gusi.

RANGKAIAN LAIN SENSITEETH:

• SensiTeeth Kids 500 ppm (untuk 3-6 tahun) –

formula perlindungan karies gigi dan anti-plak

• SensiTeeth Kids 1000 ppm (untuk 6 tahun +) –

formula perlindungan karies

• SensiTeeth Kids 1450 ppm (untuk 6 tahun +) –

formula pembaharuan semula jadi enamel

Isi Kandungan

PAKAR KAMI

Februari 2017

PENGHIAS KULIT:

QAISER AQIL RAYYAN

TETAP

10 Gaya Si Manja

Kongsikan Gambar Menarik Si Comel

11 Tanya Pakar

Ajukan Masalah Anda

12 Untuk

MamaPapa & Si Manja

Apa Produk Terbaru

MAMAPAPA

14 Topik: Kaitan Nutrisi

dan Tumbesaran Kanak-kanak

Kesan Kekurangan Nutrisi terhadap

Pertumbuhan, Kesihatan dan Minda

Kanak-kanak

22 Alam Berpantang:

Belaian selepas Bersalin

4 Rutin Penting yang Perlu Ibu

Bersalin Lakukan

25Sembang Laktasi:

10 Makanan Super untuk

Susu Ibu

Oatmeal, Salmon dan Bayam. Apa

Lagi yang Boleh Meningkatkan

Pengeluaran Susu?

MANJA

32 Penjagaan Si Manja:

Anak Batuk, Selesema, Demam

Apa Langkah yang Perlu diambil Jika

Anak Tidak Sihat?

36 Top Meletop: 6 Produk

Losen Bayi

Kulit Si Manja Kering, Dapatkan

Produk Ini

38 Pendidikan Awal

Kanak-kanak: Manfaat Pusat

Pengayaan Kanak-kanak

Apa yang Ibu Bapa Harapkan dari

Pusat Pengayaan Kanak-kanak?

28Pemakanan:

Jaga Makan, Segera Hamil

7 Makanan bagi Meningkatkan

Kesuburan Anda

18 9 Bulan: Prosedur

Simpanan Darah Tali Pusat

Ketahui Bagaimana Darah Tali Pusat

disimpan dan Tips Memilih Pusat

Bank Sel Stem

GAYA HIDUP

41 e-Pintar: Apps untuk

Wanita Hamil

Dapatkan Aplikasi Pintar Sepanjang

Kehamilan

SITU! SANA! SINI!

42 Klik-klik

Ketahui Perkembangan Terkini

GAYA SI MANJA

PERMATA HATI

Adakah anak anda berusia antara 1 bulan hingga 35 bulan? Jika ya, hantarkan gambar terkini si manja anda kepada

majalahmamapapa@gmail.com atau facebook: MajalahMamaPapa berserta nama, umur dan tempat tinggal.

Rayyan Nur Iman

Muhammad Fazil

16 Bulan (Pulau Pinang)

Luth Hadif

Kamarul Ariffin

7 Bulan (Kuala Lumpur)

Nur Arissa Sofea

Shamsul Arif

10 Bulan (Ayer Keroh, Melaka)

Nadrah Mohd Syazwan

10 Bulan (Pasir Gudang, Johor)

Snap &

Menang

Hadiah

istimewa dari

Hadiah Utama: Hamper

Tollyjoy bernilai RM150

5x Hadiah Saguhati: Hamper

Tollyjoy bernilai RM100

setiap satu

Nur Arwa Mohamad

10 Bulan (Petaling Jaya)

Putri Nur Adawiyah

Mohamad Fuad

24 Bulan (Jenjarom, Selangor)

10 MamaPapa | Februari 2017

TANYA PAKAR

Hantarkan surat anda kepada Ruangan Tanya

Pakar, Majalah MamaPapa, AcePremier.com Sdn

Bhd, N-2-6 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1,

50480 Sri Hartamas, Kuala Lumpur atau emailkan

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook.com/MajalahMamaPapa

Pendidikan Seks

kepada Kanak-kanak

S: Anak perempuan saya berusia 9 tahun, bertanyakan

tentang seks kepada saya. Bagaimana untuk saya

terangkan kepadanya berkenaan dengan seks? Adakah

di usia 9 tahun adalah masa yang sesuai untuk memberi

penerangan kepadanya?

-Puan Marina, Ipoh

Jessie Foo Xiang Yi

Pakar Psikologi Klinikal

Selamat sejahtera Puan Marina. Terima

kasih atas soalan Puan. Kebanyakan ibu

bapa tidak selesa dan sering mengelak

untuk membicarakan tentang seks,

terutama apabila ditanya oleh anakanak

mengenainya. Jika anak-anak

anda bertanyakan tentang perkara ini, tanya dahulu soalan

asas sebelum anda menjelaskan lebih lanjut mengenai

pendidikan seks. Tanya anak anda dengan tenang dan

lemah lembut, “Apa yang membuatkan adik bertanya

tentang perkara ini?” Jawapan anak anda akan membantu

anda untuk mengukur sejauh mana penerangan yang perlu

anda berikan kepada mereka dan had pengetahuan

yang perlu mereka ketahui di tahap umur mereka.

Berapa banyak penerangan anda kepada anak tentang

pendidikan seks juga bergantung kepada anak anda.

Jika mereka sudah berpuas hati dengan jawapan

yang anda berikan dan tidak bertanyakan soalan

lanjut, tandanya anda mungkin sudah memberikan

penerangan yang secukupnya yang ingin mereka

ketahui. Walau bagaimanapun, jika mereka bertanyakan

soalan lain, anda boleh terus berikan penerangan

kepada mereka. Namun, tidak semestinya anda perlu

menjelaskan perkara ini dengan terperinci. Hanya

jawapan yang ringkas dan pendek sudah mencukupi.

Kanak-kanak di usia seperti anak Puan sepatutnya sudah

tahu akan asas tentang perkara-perkara sosial dan privasi

serta had dalam perhubungan. Mereka sepatutnya

faham tentang sentuhan yang positif dan sentuhan

yang tidak baik. Selain itu, kanak-kanak di usia ini juga

perlu tahu tentang peranan setiap organ dalam tubuh

manusia termasuklah tentang hubungan antara lelaki

dan perempuan. Walau bagaimanapun, saya sarankan

Puan mendapatkan buku pendidikan seks yang sesuai

bagi membantu ibu bapa untuk menerangkan perkara

yang sepatutnya kepada kanak-kanak.

MamaPapa | Februari 2017

11

UNTUK MAMAPAPA & SI MANJA

Maksimakan peluang kehamilan

Foto si manja lebih menarik

dengan aplikasi Kid Mode

Salah satu cabaran semasa mengabadikan

foto bayi anda ialah si manja tidak mahu

memandang ke arah kamera. Dengan telefon

pintar Flash Plus 2, kini anda tidak lagi

mengalami masalah tersebut. Aplikasi Kid

Mode yang ada dalam telefon pintar baharu

ini menawarkan bunyi menarik seperti bunyi

kucing mengiau, bunyi lembu, kuda dan bunyi

kereta api, yang akan membuatkan si manja

memandang ke kamera apabila mendengar

bunyi tersebut. Telefon pintar premium ini

terdapat dalam dua warna; Emas Venus dan

Perak Luna; dijual dengan harga RM599 bagi

RAM 2GB dan RM729 bagi RAM 3GB. Bukan

itu sahaja, Flash Plus 2 juga memudahkan

anda untuk mengambil gambar binatang

peliharaan anda!

Sedang merancang untuk hamil?

Manfaatkan hari ovulasi anda untuk

memaksimakan peluang kehamilan!

Clearblue, jenama terkenal kit ujian ovulasi

dan kehamilan menggalakkan wanita yang

sedang merancang untuk hamil untuk

menggunakan Clearblue Digital Ovulation

Test dengan yakin. Kit ujian digital ini akan

mengesan lonjakan hormon LH (Luteinising

Hormone) dalam air kencing wanita, di

mana ketika itulah berlakunya hari ovulasi

(iaitu hari paling subur dalam kitaran haid

wanita). Dalam masa tiga minit sahaja,

Clearblue Digital Ovulation Test akan

menunjukkan salah satu jawapan; O bagi

‘tiada lonjakan LH’ atau tanda senyum ()

untuk lonjakan LH yang positif. Jika

positif, inilah masa terbaik untuk anda

bersama pasangan!

Perlindungan unggul

untuk keluarga

Lindungi keluarga anda daripada kuman,

bakteria dan virus dengan siri semburan

pembasmi kuman (Disinfectant Spray Series)

White Factor. Produk ini membantu melindungi

seisi keluarga anda daripada virus-virus

berbahaya seperti virus Hepatitis, Norovirus,

virus influenza H1N1 dan enterovirus. Terdapat

dalam saiz 25ml, 50ml dan 100ml, produk

ini amat mudah dibawa ke mana-mana dan

ringan, serta sesuai digunakan untuk semua

peringkat umur. Bukan itu sahaja, Disinfectant

Spray Series White Factor ini juga dapat

mengurangkan bau busuk atau bau asap rokok

pada ruang atau persekitaran yang terpencil.

12 MamaPapa | Februari 2017

Advertorial

RAHSIA ANAK MEMBESAR

DENGAN CERIA

Kesihatan yang baik adalah

rahsia kepada kehidupan

kanak-kanak yang ceria.

Keseronokan alam kanak-kanak

akan terjejas jika mereka dijangkiti

penyakit. Jadi, langkah pertama untuk

memastikan kesihatan anak adalah

dengan mengambil berat kesihatan usus

mereka. Penjagaan usus yang baik akan

melancarkan sistem penghadaman,

sekali gus mengelakkan penyakitpenyakit

lain seperti sembelit, cirit-birit,

sakit perut dan kurang selera makan.

SEMBELIT- IGAUAN NGERI

KANAK-KANAK

Sembelit merupakan salah satu masalah

yang berkait rapat dengan usus. Masalah

sembelit berlaku apabila pergerakan

usus tidak lancar dan menyebabkan

najis berada terlalu lama di dalam kolon.

Akibatnya, cecair dalam najis akan diserap

pada kolon dan menyebabkan najis

menjadi keras dan kering. Jadi, kanakkanak

akan menghadapi kesukaran

semasa membuang air besar dan terpaksa

meneran untuk mengeluarkan najis.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang

sembelit juga akan bertindak menahan

diri daripada membuang air besar

kerana fobia dan takut sakit. Sekiranya

perkara ini dibiarkan berlarutan, ia akan

memberi kesan kepada tumbesaran dan

perkembangan mereka.

MENGAPA SEMBELIT BERLAKU?

MINUM AIR YANG TIDAK

MENCUKUPI

Kekurangan cecair dalam tubuh boleh

membawa kepada dehidrasi, dan

menyebabkan najis menjadi keras dan

kering. Jadi, pastikan anak anda minum

air yang mencukupi setiap hari, iaitu

sekurang-kurangnya 1.3 liter air sehari.

Selain air kosong, anda boleh berikan si

kecil sup, susu dan jus untuk melancarkan

pengeluaran najisnya.

KURANG AKTIVITI FIZIKAL

Kurang pergerakan fizikal turut menjadi

penyebab utama kepada sembelit.

Kanak-kanak yang kurang bersenam

akan melambatkan pergerakan usus

mereka dan menyebabkan sistem

penghadaman kurang lancar. Oleh itu,

galakkan anak anda melakukan aktiviti

sihat seperti berjalan kaki, berlari atau

menunggang basikal bagi melancarkan

pergerakan usus.

PENGAMBILAN UBAT DAN

SUPLEMEN

Ubat-ubatan dan suplemen tertentu boleh

menyebabkan sembelit kepada sesetengah

kanak-kanak. Jika anda mengesyaki

anak anda sembelit kerana pengambilan

ubat atau suplemen, segeralah dapatkan

nasihat daripada doktor.

PEMAKANAN YANG SIHAT

MEMBANTU SI KECIL

Makanan yang mengandungi nutrien

seimbang dan serat yang secukupnya

membawa kepada sistem penghadaman

yang sihat. Kanak-kanak disarankan untuk

makan makanan mengikut sukatan yang

terdapat di dalam piramid makanan bagi

mendapatkan semua keperluan vitamin,

mineral dan nutrien penting untuk

perkembangan tubuh mereka. Antara

nutrien penting yang baik untuk usus ialah:

Serat - Makanan yang berserat tinggi

seperti yang terdapat dalam buah-buahan

dan sayur-sayuran dapat membantu

memudahkan pergerakan usus dan

melancarkan pengeluaran najis. Panduan

Pemakanan Malaysia menyarankan

pengambilan sekurang-kurangnya 3

hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan

buah-buahan setiap hari.

Magnesium - Fungsinya adalah

untuk memudahkan aliran cecair dalam

usus, membantu merangsang otot

dalam melancarkan pergerakan usus

dan memudahkan pembuangan najis.

Berpandukan US DRI, tiga gelas susu

sehari menyediakan 90% magnesium.

Magnesium juga boleh didapati daripada

sayur-sayuran hijau, keju dan yogurt.

Laktosa - Kandungan bifidogeniknya

menggalakkan pertumbuhan bakteria

baik dalam usus

selain membantu

melembutkan najis.

Sumber laktosa

boleh diperolehi

daripada susu dan

produk tenusu.

Kalsium & fosforus - Keseimbangan

dua nutrien ini bukan sahaja membantu

untuk membina tulang yang kuat dan

gigi yang sihat, bahkan juga baik untuk

kesihatan usus kanak-kanak. Kalsium

boleh didapati daripada susu, produk

tenusu dan sayur-sayuran seperti kubis

dan brokoli. Susu, yogurt, keju, telur,

daging dan bijirin pula adalah sumber

utama bagi fosforus.

MENGENALI ANAK SEMBELIT

Bagi mengetahui kesihatan usus kanakkanak,

cara paling mudah adalah dengan

mengenal pasti konsistensi dan tekstur najis

anak. Anak anda mungkin sembelit jika dia

mengalami kesukaran untuk mengeluarkan

najis dan berasa sakit semasa membuang

air besar. Tekstur najis pula keras, besar

atau boleh jadi berketul-ketul dan kecil serta

terdapat darah pada permukaan najis.

JENIS 1

JENIS 2

JENIS 3

JENIS 4

JENIS 5

JENIS 6

JENIS 7

Keras dan

berketul-ketul

Berbentuk sosej

dan bergumpal

Seperti sosej

tetapi terdapat

rekahan pada

permukaannya

Rata dan lembut

Cair dan melekit

Lembik tapi

masih berbentuk

Cair, tiada

bentuk kukuh

TOPIK

Kaitan Nutrisi &

Tumbesaran Kanak-kanak

Adakah anak anda seorang yang cerewet makan? Jangan ambil mudah, Mama! Banyak kesan

yang akan diterima oleh kanak-kanak yang gemar memilih makan. Antaranya ialah kesan terhadap

pertumbuhan, kesihatan dan juga minda. Bersama Pakar Pediatrik, Dr Tan Gek Leng dan Presiden

Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE Council) Malaysia, Professor Madya

Dr Azhar Md Adnan membicarakan tentang keperluan nutrisi dalam mendapatkan tumbesaran yang

optimum di kalangan kanak-kanak.

14 MamaPapa | Februari 2017

TOPIK

Situasi 1:

Zara sangat cerewet dan hanya inginkan makanan

yang sama setiap hari. Zara kerap jatuh sakit dan

tidak dapat hadir ke sekolah. Gurunya berkata,

Zara kelihatan tidak berminat untuk belajar dan

kurang peka di dalam kelas serta kelihatan letih.

Ibu bapanya sangat risau dan membuat keputusan

untuk membawa Zara berjumpa doktor. Selepas

diperiksa, doktor mendapati berat dan ketinggian

Zara adalah di bawah paras optimum untuk

kanak-kanak seusianya.

Situasi 2:

Amir yang berusia lima tahun adalah murid

yang paling rendah di dalam kelasnya. Ini tidak

membimbangkan ibu bapanya kerana mereka

juga agak rendah berbanding rakan-rakan

mereka. Mereka percaya Amir mempunyai

masa untuk tingkatkan tumbesaran dan akan

menjadi lebih tinggi ketika mencapai usia remaja.

Namun, mereka risau akan perkembangan

akademik Amir. Gurunya memberitahu bahawa

Amir tidak menunjukkan peningkatan dalam

kerja sekolahnya. Mereka membuat keputusan

untuk membawa Amir berjumpa doktor.

Selepas doktor menjalankan pemeriksaan dan

penyiasatan, doktor memutuskan bahawa Amir

tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk

tumbesaran yang optimum.

Adakah anak anda membesar dengan baik?

Situasi di atas adalah dua senario yang lazim berlaku di

prasekolah dan tadika di seluruh Malaysia yang dinyatakan

oleh Pakar Pediatrik, Dr Tan Gek Leng.

Menurut Dr Tan, ibu bapa sering menganggap cerewet

makan adalah perkara yang normal. Mereka juga percaya

bahawa anak-anak mereka akan menjadi lebih tinggi ketika

remaja dan kekerapan jatuh sakit adalah perkara biasa di

zaman kanak-kanak.

Tambahnya lagi, walaupun kedua-dua senario ini lazim

berlaku, namun, ia tidak sepatutnya dianggap sebagai

suatu yang normal.

“Amir dan Zara tidak mendapat pemakanan yang

secukupnya kerana mereka cerewet makan. Ramai ibu bapa

mengalami masalah ini – sama ada anak-anak mereka tidak

mahu makan atau hanya mahu makan makanan ringan. Ibu

bapa biasanya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan

akan mengikut sahaja kehendak anak-anak.

“Selalunya, kanak-kanak ini akan makan makanan yang

kurang berkhasiat seperti mi segera atau makanan

segera (fast food) dan ibu bapa mereka akan

berkata, ‘Sekurang-kurangnya mereka makan.’ Ini

bukan penyelesaiannya!” kata Dr Tan.

MamaPapa | Februari 2017

15

TOPIK

Menurutnya lagi, disebabkan kanak-kanak ini tidak

mendapat kesemua vitamin, mineral, protein dan

karbohidrat yang diperlukan untuk tumbesaran, mereka

tidak akan membesar dengan baik. Apabila sering kurang

nutrisi yang penting, mereka akan mengalami keletihan dan

tidak dapat fokus atau kekal peka untuk memahami apa

yang diajar di sekolah.

“Antara tanggapan salah di kalangan ibu bapa adalah anakanak

mereka rendah kerana mereka juga rendah. Walaupun

genetik adalah salah satu faktor pembantutan, pemakanan

juga memainkan peranan,” tegasnya.

Dr Tan Gek Leng

Pakar Pediatrik

“Mereka menganggap bahawa masalah cerewet makan

akan hilang sendiri ketika usia remaja dan anak-anak mereka

akan dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik di

sekolah, seterusnya menjadi lebih tinggi juga semasa besar

nanti. Walhal, ini tidak semestinya berlaku,” ujarnya.

Tambah Dr Tan, jika masalah ini tidak diselesaikan dari awal,

masalah cerewet makan akan menjejaskan tumbesaran

kanak-kanak serta memberi kesan kepada prestasi

akademik dan perkembangan otaknya.

Dalam jangka panjang, kanak-kanak ini tidak akan dapat

menunjukkan prestasi yang terbaik di sekolah dan di dalam

kehidupan berbanding jika mereka mendapat pemakanan

yang secukupnya dari awal.

Masa untuk tingkatkan tumbesaran

Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan

2015, kekerapan pembantutan di kalangan kanak-kanak

di bawah usia 5 tahun adalah sebanyak 17.7% manakala

peratusan kanak-kanak yang kurang berat badan di bawah

usia 5 tahun adalah 12.4%.

Kurang pemakanan melemahkan sistem imun, seterusnya

meningkatkan risiko untuk jatuh sakit dan dijangkiti

penyakit. Penyakit yang berulang akan menyebabkan

kanak-kanak kurang selera makan dan makan sedikit, sekali

gus mengakibatkan kitaran yang tidak baik ini berterusan.

Dr Tan memberitahu bahawa ramai ibu bapa yang sering

menganggap, sekiranya anak-anak kelihatan sihat dan aktif,

kanak-kanak ini tidak mengalami masalah.

“Hal ini adalah tidak benar kerana kanak-kanak ini

sebenarnya kurang pemakanan. Mereka tidak akan tiba-tiba

sahaja membentuk tabiat makan yang sihat apabila berusia

13 tahun.

“Ibu bapa perlu mengambil tindakan secepat mungkin.

Zaman kanak-kanak adalah waktu yang kritikal untuk

tumbesaran dan perkembangan otak mereka. Inilah

masanya untuk mereka belajar dan menikmati pengalaman

bersekolah sepenuhnya,” tambahnya.

Dr Tan percaya bahawa tumbesaran yang terbantut

bukan sekadar menjejaskan prestasi kanak-kanak di

sekolah. Ia juga memberi kesan domino dan menjejaskan

kecemerlangan kanak-kanak itu di masa akan datang.

Beliau menambah bahawa antara tanggapan salah ibu bapa

adalah masalah ini akan hilang sendiri apabila anak-anak

mereka membesar.

16 MamaPapa | Februari 2017

TOPIK

Dr Tan turut menasihati ibu bapa untuk mengawasi

tumbesaran anak-anak dan mendapatkan bantuan daripada

pakar pediatrik mereka.

“Doktor boleh menilai tumbesaran kanak-kanak

berdasarkan ketinggian dan berat badan serta menentukan

sekiranya kanak-kanak itu sedang membesar secara

optimum. Doktor juga akan dapat menasihatkan jika anakanak

anda cerewet makan dan tindakan yang boleh diambil.

“Sebagai contoh, doktor mungkin akan memberikan

tip untuk membantu anak-anak makan hidangan yang

seimbang atau menyarankan makanan tambahan lengkap

yang diformulasi khas untuk membantu kanak-kanak

mengejar tumbesaran.

“Makanan tambahan akan meningkatkan tumbesaran

kanak-kanak dan dengan pemakanan yang mencukupi,

sistem imun mereka akan menjadi lebih kuat serta sakit

akan dapat dikurangkan. Semua ini akan menjadikan kanakkanak

lebih peka dan aktif serta mendapat manfaat yang

sepenuhnya di sekolah,” ujarnya.

Professor Madya Dr Azhar Md Adnan

Presiden Majlis Pengasuhan

dan Pendidikan Awal

Kanak-Kanak Malaysia

2. Mengantuk, letih dan lapar di sekolah. Kanak-kanak

yang tidur lewat akan sukar bangun awal untuk ke

sekolah. Ini menyebabkan mereka kekurangan masa

untuk bersarapan.

3. Rendah dari rakan-rakan mereka. Ini mungkin

disebabkan oleh faktor genetik tetapi sumbangan faktor

selain genetik perlu dipertimbangkan. Ibu bapa perlu

membawa anak-anak berjumpa doktor perubatan untuk

memeriksa tumbesaran mereka.

4. Sukar untuk cemerlang di sekolah. Ini mungkin

disebabkan kanak-kanak tidak mendapat tidur yang

mencukupi, atau lapar dan tidak boleh fokus. Ia

juga mungkin disebabkan oleh masalah berhubung

dengan kemahiran sosial kanak-kanak yang boleh

mengganggu tumpuan mereka di dalam bilik darjah.

Jika mereka sering sakit dan tidak dapat hadir ke

sekolah, kemahiran bahasa mereka juga akan terjejas

dan memberi kesan terhadap kemahiran bersosial dan

keyakinan diri mereka.

5. Masalah tingkah laku di sekolah. Adakalanya kanakkanak

bertingkah-laku mengganggu semasa di sekolah

terutamanya apabila mereka letih dan tidak mendapat

sarapan yang mencukupi.

6. Tidak mahu ke sekolah. Ini mungkin disebabkan

kanak-kanak masih gagal menguasai kemahiran asas di

sekolah, terasa dipinggir oleh rakan sebaya disebabkan

mereka rendah dan lemah. Kerana, kebiasaannya

kanak-kanak lebih suka bermain dengan rakan sebaya

yang aktif. Kanak-kanak juga berkemungkinan hilang

motivasi untuk ke sekolah kerana tidak berpeluang

mempraktikkan apa yang dipelajari di sekolah ke

kehidupan sebenar di rumah.

Tanda-tanda amaran untuk diawasi di

kalangan kanak-kanak yang bersekolah

Dalam pada itu, Presiden Majlis Pengasuhan dan

Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE Council) Malaysia,

Professor Madya Dr Azhar Md Adnan menambah bahawa

kanak-kanak memerlukan pemakanan, tidur dan kasih

sayang yang mencukupi. Kekurangan salah satu keperluan

ini, akan memberi kesan terhadap perkembangan dan sikap

kanak-kanak tersebut.

Antara tanda-tanda amaran yang perlu diawasi oleh ibu

bapa adalah:

1. Kerap jatuh sakit. Ini mungkin menandakan kanakkanak

tidak memperoleh pemakanan dan tidur

yang mencukupi.

Artikel disumbangkan oleh Abbott Nutrition International.

MamaPapa | Februari 2017

17

9 BULAN

Simpanan Darah Tali Pusat

Bagaimana ia dilakukan?

Tahukah anda bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam pada

tahun 2002 telah mempersetujui akan penggunaan sel stem dan simpanan darah tali pusat bayi untuk

tujuan perubatan hukumnya adalah harus.

Dalam perkara ini sebenarnya, ramai ibu bapa yang kurang pendedahan dan maklumat tentang sel

stem darah tali pusat. Jadi, berlaku banyak salah faham tentang hal ini. Bagi merungkai kekeliruan

anda tentang simpanan sel stem dan darah tali pusat, Pengarah Makmal di salah satu bank sel stem di

Malaysia, Dr Maneerat akan menceritakan lebih lanjut tentang prosedur simpanan darah tali pusat dan

tips memilih bank darah tali pusat.

18 MamaPapa | Februari 2017

MamaPapa: Boleh Dr ceritakan bagaimana prosedur

pengambilan darah tali pusat daripada bayi baru lahir?

9 BULAN

Dr Maneerat: Pertama, kita perlu mengambil darah tali

pusat. Darah tali pusat hanya boleh diambil daripada tali

pusat sejurus sahaja selepas bayi dilahirkan (sama ada

bersalin secara normal ataupun secara pembedahan).

Pengambilan darah ini tidak akan memudaratkan ibu dan

bayi, malah tidak akan mengubah prosedur kelahiran yang

biasa dilakukan.

Sebelum bayi dilahirkan, kit pengambilan berserta kod

pengenalan unik akan disediakan sebagai prosedur

pengambilan untuk setiap bayi. Kod unik ini akan

bersambung dengan informasi yang telah anda berikan

semasa pendaftaran dengan pusat bank, seperti tarikh

luput, tarikh pengambilan dan sebagainya. Pengambilan

darah tali pusat juga amat mudah serta selamat untuk ibu

dan bayi. Proses pengambilan turut dihadiri oleh doktor

yang merawat, dan hanya mengambil masa kira-kira 5 minit

sahaja selepas kelahiran bayi.

Gambar rajah di bawah menunjukkan cara-cara

proses pengambilan.

1. Doktor akan memotong tali pusat. Bayi akan diasingkan

daripada uri.

4. Sebaik sahaja darah tali pusat diambil, beg

pengumpulan akan diletakkan dalam kit pengumpulan

yang direka khas dan dibawa ke makmal untuk diproses.

Seterusnya, langkah memproses sel. Sebaik sahaja darah

tali pusat tersebut tiba di makmal, kit pengumpulan akan

didaftar pada sistem IT yang direka khas. Proses bermula

dengan melabel unit pendaftaran daripada sistem IT untuk

memastikan integriti data. Unit darah tali pusat ini akan

diproses di dalam bilik tapisan yang bersih, bertujuan untuk

melindungi sampel daripada tercemar. Proses ini akan

dijalankan oleh pakar teknologi makmal yang terlatih.

Setiap unit darah tali pusat ini akan diproses dengan

menggunakan sistem teknologi automatik SWISS, iaitu

sistem yang digunakan oleh kebanyakan bank darah tali

pusat di seluruh dunia. Tujuannya adalah untuk memastikan

penemuan maksimum sel stem. Selepas pemulihan

sel, kualiti dan kuantiti sel stem bayi akan ditentukan

termasuklah dengan cara menguji kesterilan sel stem

terakhir yang sudah diproses. Ujian lanjut pada darah

maternal dan sel stem akan dilakukan untuk penyakit

berjangkit bagi memastikan sel tersebut dapat bertahan

dalam simpanan dan selamat untuk kegunaan terapeutik

pada masa akan datang.

2. Jarum dari beg pengumpulan akan dicucuk pada saluran

vena tali pusat.

3. Darah disalurkan dari tali pusat ke dalam beg

pengumpulan melalui tarikan graviti.

MamaPapa | Februari 2017

19

9 BULAN

Bagi langkah simpanan sel stem

pula, sel stem terakhir yang telah siap

akan dicampurkan bersama larutan

pengawet cryo untuk melindungi

setiap sel tunggal sepanjang tempoh

simpanan, di bawah suhu ultra rendah.

Ini juga untuk memastikan sel supaya

dapat bertahan untuk jangka masa

yang panjang. Sebagai langkah kedua

untuk memastikan integriti unit sel

stem, setiap beg simpanan cryo ini

akan divakum (tutup) dengan beg

pembungkus filem bagi persediaan

untuk proses pembekuan. Sel stem

darah tali pusat ini akan disimpan di

dalam tangki Cryopreservation, yang

mengandungi nitrogen cair dengan

suhu takat beku -196°C. Jaringan

suhu ini akan dipantau daripada

sistem pemantauan web bagi

menstabilkannya dan memastikan ia

kekal berada dalam suhu beku untuk

simpanan yang lebih lama sehinggalah

tiba hari untuk digunakan.

MamaPapa: Berapa lama darah tali

pusat ini boleh disimpan?

Dr Maneerat: Berdasarkan garis

panduan antarabangsa, pengawetan

cryo sel stem adalah dalam tempoh 48

jam selepas diambil.

Secara teorinya, tiada tarikh luput

untuk simpanan darah tali pusat

yang telah menjalani pengawet cryo

dan disimpan dalam suhu -196°C.

Berdasarkan artikel daripada Blood

Journal (5 Mei 2011), sel pengawet

cryo yang disimpan sehingga 23.5

tahun dikenal pasti mengandungi

kadar pemulihan yang berefisien

tinggi iaitu antara 80-100%. Dalam

pada itu, Bahagian Kesihatan New

York turut memberitahu bahawa tiada

bukti sehingga kini yang menunjukkan

sel cryo yang diawet kehilangan

ketahanan atau aktiviti biologikal

selepas tempoh yang lama.

MamaPapa: Apa lagi yang boleh

disimpan dari bayi baru lahir untuk

kegunaan masa hadapan?

Dr Maneerat: Selain daripada

darah tali pusat, dua jenis sel lain

dapat ditemui dalam tisu tali pusat.

Wharton’s Jelly (bahagian dalam

tali pusat) mengandungi sejenis sel

stem iaitu sel stem mesenchymal

(MSCs), manakala lapisan tali pusat

mengandungi sekurang-kurangnya

dua jenis sel stem- MSCs dan sel stem

epithelial (EpSCs). Simpanan keduadua

darah tali pusat dan tisu tali pusat

ini membolehkan kadar yang tinggi

dalam menambah pilihan seseorang

untuk lebih banyak permohonan

terapeutik pada masa akan datang.

Dr Maneerat

20 MamaPapa | Februari 2017

9 BULAN

MSCs adalah sel stem yang boleh terbahagi kepada

pelbagai jenis sel stem. MSCs boleh ditemui dalam

Wharton’s Jelly dan lapisan tali pusat. Sel stem ini adalah

pendinding tulang dan sel tisu. MSCs juga boleh terbahagi

kepada sel lemak, sel hati, sel saraf, sel tulang dan sel

tisu. MSCs boleh digunakan sebagai sel terapeutik untuk

tisu atau pertumbuhan semula organ yang disebabkan

oleh kecederaan fizikal atau kerosakan biologi berpunca

daripada penyakit degeneratif atau penuaan e.g:

osteoarthritis, gangguan tulang atau tisu, kecederaan saraf

tunjang, penyakit autoimun, hati, jantung dan lain-lain.

EpSCs pula terletak di bahagian luar lapisan tali pusat,

yang boleh terbahagi kepada sel kulit, sel kornea, sel hati,

sel menghasilkan musin dan sel bahagian dalam telinga.

EpSCs juga berguna untuk membaiki tisu lembut/ luka,

pertumbuhan semula lapisan organ dan menggantikan

membran kornea mata.

MamaPapa: Bagaimana untuk mendapatkan pusat bank

darah tali pusat yang boleh dipercayai?

Dr Maneerat: Harga tidak sepatutnya menjadi faktor

utama. Jika bank darah tali pusat tidak mencapai standard

yang tinggi dan tidak berpengalaman untuk mengendali,

mengangkut, memproses dan menyimpan, sel stem darah

tali pusat si manja anda pasti tidak boleh digunakan semasa

anda memerlukannya. Jika bank tersebut tidak stabil dari

segi kewangan dan tidak mempunyai tadbir urus korporat

yang efisien, lokasi dan cara simpanan darah tali pusat anak

anda akan turut terkesan.

Jadi, nasihat saya, sebelum anda memilih bank untuk

menyimpan sel stem tali pusat bayi anda, ambil berat akan

aspek-aspek berikut:

1. Adakah bank darah tali pusat ini memenuhi keperluan

perubatan dan peraturan yang digariskan oleh

Kementerian Kesihatan?

Kementerian Kesihatan akan mengawal dan memeriksa

semua bank sel stem yang ada di negara ini. Setiap bank

mesti mematuhi peraturan dan syarat perbankan sel stem

mengikut yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

2. Adakah bank tersebut mempunyai pengalaman klinikal

di Malaysia?

Perhatikan rekod prestasi bank tersebut, kadar

kejayaannya dalam menjalankan transplan dan terapi lain

sel stem darah tali pusat.

3. Adakah bank darah tali pusat ini stabil dari segi

kewangan dan telus?

Tidak dinafikan ada yang menjadikan perbankan darah

tali pusat sebagai urusan perniagaan. Anda perlulah

mencari bank yang bereputasi baik, stabil dan telus

untuk memastikan sel stem bayi anda pada tangan

yang selamat.

MamaPapa | Februari 2017

21

ALAM BERPANTANG

Belaian selepas

Bersalin

Selepas bertarung nyawa melahirkan satu lagi anak Adam di muka bumi ini, si ibu pasti akan

berasa letih. Seluruh tenaga banyak dihabiskan semasa meneran untuk mengeluarkan si

manja. Jadi, selepas bersalin, ibu perlu diberikan layanan istimewa seperti diberi rehat yang

mencukupi serta menjalani terapi dan belaian badan.

22 MamaPapa | Februari 2017

ALAM BERPANTANG

Pada zaman moden ini, semakin

kurang kepercayaan dan amalan

tradisi dilakukan oleh golongan

muda. Antara amalan tradisi

yang semakin dilupakan ialah

amalan semasa berpantang. Tidak

dinafikan, ramai ibu baru yang

mengelat untuk mematuhi amalan

berpantang, malah ada yang

hanya mampu berpantang kurang

daripada tarikh yang sepatutnya

diberikan. Jika diikutkan, nenekmoyang

kita menyarankan untuk

berpantang selama sekurangkurangnya

44 hari, 60 hari dan

100 hari. Namun, bukan semua

ibu baru mampu bertahan dengan

syarat tersebut.

Walau bagaimanapun, masih ada

beberapa amalan yang dipatuhi

oleh ibu-ibu baru kerana amalanamalan

ini memberi ibu peluang

untuk memanjakan diri mereka.

Antara amalan tersebut ialah

bertangas, berurut, bertungku

dan berbengkung.

BERTANGAS

Salah satu cara tradisional yang

masih diamalkan oleh ramai kaum

wanita Melayu ialah bertangas.

Amalan bertangas merupakan cara

untuk membersih dan merawat

bahagian intim wanita dengan

menggunakan herba-herba. Amalan

ini dapat membantu ibu-ibu

mengurangkan keputihan, merawat

lendir pada kemaluan, membuang

angin, mengecutkan rahim dan

faraj, memperbetul kedudukan

saluran peranakan, menyembuhkan

luka jahitan dan mengecutkan

rahim. Bertangas juga mampu

mengeringkan, mengetatkan, serta

mengecutkan rahim dan otot yang

kembang ketika proses bersalin.

Oleh sebab aktiviti bertangas

secara tradisional memerlukan

masa yang lama dan penyediaan

yang rapi, ada juga wanita yang

memilih kaedah moden bertangas

iaitu dengan melakukan mandian

wap. Selalunya, ibu baru dinasihati

untuk bertangas seminggu selepas

melahirkan anak.

BERURUT

Berurut adalah rawatan yang

menjadi kelaziman ramai wanita

terutama bagi ibu selepas bersalin.

Amalan ini bukan sahaja dapat

memberi kecergasan kepada tubuh

badan si ibu, malah juga membantu

melancarkan peredaran darah

di dalam badan, terutamanya di

bahagian payudara yang mungkin

mula membengkak dengan susu.

Urutan di bahagian payudara

menjadikan pengeluaran air susu

lebih lancar. Urutan pada badan

juga boleh membetulkan uraturat

yang tersimpul semasa hamil

dan bersalin selain membantu

mengeluarkan angin yang

terperangkap di dalam badan.

Dalam pada itu, urutan yang

kerap juga dapat membetulkan

tulang pelviks yang terbuka akibat

meneran. Amalan ini juga mampu

menaikkan sistem peranakan dan

menghilangkan sengal badan.

Biasanya, urutan badan akan

dilakukan tiga hari selepas bersalin.

Urutan lazimnya menggunakan

minyak khas seperti minyak serai

wangi, minyak kayu putih atau

sebagainya. Kebiasaannya, urutan

dilakukan pada waktu pagi iaitu

selepas tiga hari bersalin dan

dibuat secara berturut-turut untuk

mendapatkan kesan yang terbaik.

MamaPapa | Februari 2017

23

ALAM BERPANTANG

BERTUNGKU

Bertungku adalah amalan asas

berpantang yang perlu dilakukan

oleh setiap wanita baru bersalin.

Amalan ini adalah bertujuan bagi

mengeluarkan darah kotor dan

darah beku yang terdapat dalam

badan selepas bersalin. Ia bukan

sahaja dapat memulihkan luka

peranakan dan mengecutkan rahim

tetapi juga mampu menghangatkan

badan serta mengecutkan urat saraf

yang telah kembang.

Darah nifas akan keluar sejurus

selepas bertungku. Bagi

mendapatkan hasil yang terbaik,

anda disarankan menggunakan

batu sungai atau besi. Bagi

ibu yang melahirkan anak

secara pembedahan, tungku

batu adalah pilihan yang bijak.

Amalan bertungku tidak hanya

semata-mata menggunakan

batu tungku sahaja sebaliknya,

batu akan dibalut dengan daun

serai, lengkuas dan pandan serta

dilapiskan dengan kain.

BERBENGKUNG

Selepas berurut dan bertungku,

wanita baru bersalin akan

berbengkung bagi mengembalikan

bentuk badan asal. Jika dahulu,

kain bengkung perlu dijahit sendiri,

namun kini ibu tidak perlu risau lagi

untuk mendapatkan kain bengkung

kerana banyak dijual di pasaran. Ibu

baru perlu bijak memakai bengkung

kerana ikatannya perlu diikat ketat

agar tidak terburai. Ia juga perlu

dipakai sepanjang masa setiap hari.

Ibu baru juga perlu mengetahui

cara untuk mengikat bengkung

dengan betul iaitu dimulakan

daripada bahagian bawah badan

iaitu dari bawah pusat sehingga ke

bawah payudara. Bengkung yang

tidak diikat dengan betul akan

menyebabkan rahim lambat pulih.

Biasanya, bengkung tidak hanya

dipakai sebegitu sahaja, sebaliknya

dialas dengan daun pandan atau

lengkuas sebelum diletakkan

minyak berserta ramuan rempah

dan herba pada badan si pemakai.

Berbengkung bukan sahaja dapat

mengembalikan bentuk badan asal

tetapi juga dapat membantu anda

mengempiskan perut, mengelakkan

perut buncit, mengekalkan

bentuk tubuh badan dan juga

mengembalikan kedudukan sistem

peranakan. Wanita yang melahirkan

anak melalui pembedahan perlu

memastikan bahawa lukanya kering

100% bagi mengelakkan nanah

pada luka.

Selain daripada amalanamalan

yang disebutkan,

amalan tapel, pilis dan

param turut dilakukan

oleh ibu lepas bersalin.

Hal ini kerana pemakaian

tapel yang disapu pada

bahagian perut penting

untuk mengeluarkan

darah kotor sambil

menegangkan kulit.

Pilis pula ditampal pada

bahagian dahi untuk

menyegarkan mata dan

mengelakkan darah

putih daripada naik ke

bahagian kepala serta

param disapu pada

keseluruhan badan untuk

menghaluskan kulit badan

dan menghindarkan

angin badan.

24 MamaPapa | Februari 2017

SEMBANG LAKTASI

Salah satu cabaran bagi ibu baru

yang menyusukan anak adalah susu

badan kurang atau sedikit. Jangan

stress, Mama! Kadangkala, tekanan

boleh menjadi punca kemerosotan

pengeluaran susu badan. Ketahui 10

makanan yang boleh membantu anda

meningkatkan pengeluaran susu.

₁₀ Makanan ‘Super’

Tingkat Pengeluaran Susu

MamaPapa | Februari 2017

25

SEMBANG LAKTASI

₁

OATMEAL

Pengganti nasi, oat adalah makanan

berserat tinggi yang lengkap dengan bijirin

penuh semula jadi. Jika anda sedang mencari

makanan yang boleh meningkatkan pengeluaran

susu badan anda, inilah dia! Semangkuk oatmeal

dapat membantu anda rasa kenyang selepas

sarapan pagi. Kandungan zat besi yang kaya

dengan oat membantu mengatasi masalah anemia,

yang lazimnya dialami oleh ramai ibu baru, yang

boleh memberi kesan kepada pengeluaran susu

ibu. Elakkan memilih oatmeal segera kerana ia

mengandungi ekstra garam dan gula.

₂

IKAN

Sebagai ibu baru, tubuh anda

memerlukan nutrisi maksimum, terutama

ibu yang menyusukan bayi. Pilih makanan

yang kaya dengan nutrien dan rendah lemak. Ikan

merupakan salah satu makanan ‘superfood’ kerana

mengandungi DHA, iaitu asid lemak omega-3 yang

penting untuk membantu perkembangan otak dan

sistem saraf bayi baru lahir. Sumber terbaik DHA

ialah ikan salmon, sardin dan tuna.

INFO

Salmon merupakan makanan yang cukup

lengkap untuk dihidangkan kepada ibu baru

kerana sumber yang kaya dengan protein dan

omega-3, di mana kedua-duanya amat penting

untuk ibu yang sedang menyusukan bayi. Dengan

mengambil

salmon dalam

hidangan anda

dapat membantu

meningkatkan

hormon laktasi

dan memastikan

susu anda lebih

berkhasiat.

₃

YOGURT

Simpanlah stok yogurt di dalam peti sejuk anda

kerana makanan berkrim ini mempunyai kedua-dua

protein dan kalsium. Walau bagaimanapun, berhatihati

dengan pengambilan yogurt terutama jika si

manja anda didiagnos mengalami masalah alahan

susu. Antara tanda-tanda bayi anda mengalami

alahan protein susu ialah kerap meludah, cirit-birit,

najis berdarah, ruam, batuk dan tercungap-cungap.

₄

BAYAM

Makanan yang

kaya dengan zat

besi ini amat efektif

untuk menambah

tahap zat besi anda

(terutama jika

anda mengalami

masalah anemia

atau kehilangan terlalu banyak

darah semasa melahirkan bayi). Terdapat kajian

yang mengaitkan bahawa tahap zat besi yang

rendah akan mempengaruhi pengeluaran susu

badan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan

untuk makan bayam secara sederhana kerana

pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan

anak cirit-birit.

KIRA KALORI ANDA!

Anda perlu mendapatkan lebih daripada 1,800 kalori

sehari, terutama jika anda menyusukan si manja.

26 MamaPapa | Februari 2017

₅

KACANG BADAM

Kacang badam bukan hanya

mengandungi protein, malah kekacang

ini juga merupakan sumber kalsium bukan

tenusu yang baik. Ibu yang menyusukan bayi sebaikbaiknya

mengambil 1000mg kalsium

sehari bagi membolehkan

susu yang terhasil nanti

tinggi kalsium. Jika anda tidak

mendapat kalsium yang

mencukupi menerusi diet,

nanti susu badan anda

akan ‘mencuri’ kalsium dari

tulang dan gigi anda.

₆

ADAKAH ANDA ALERGIK?

Jika anda seorang yang alergi kepada kekacang

ataupun kacang badam, anda disarankan untuk

tidak mengambil makanan ini dalam diet anda.

Terutama jika terdapat sejarah dalam keluarga

anda yang mengalami alergi kekacang. Sebaikbaiknya,

tunggu sehingga bayi berusia 3 bulan

sebelum mula mengambil badam dalam diet anda.

APRIKOT

Aprikot mengandungi serat makanan,

vitamin A, vitamin C dan potassium;

kesemuanya nutrien penting yang diperlukan

oleh tubuh. Dengan mengambil

aprikot dapat meningkatkan

prolaktin- iaitu hormon yang

akan memberitahu tubuh anda

untuk menghasilkan susu. Walau

bagaimanapun, aprikot yang

segar mengandungi sumber

serat yang lebih baik daripada

aprikot di dalam tin.

₇

KURMA

Kurma adalah satu lagi makanan yang

kaya dengan kalsium. Kurma diketahui

amat baik untuk membantu meningkatkan

pengeluaran susu badan, kerana ia juga

mengandungi prolaktin- sama seperti

aprikot. Selain itu, kurma juga

mengandungi serat yang

tinggi dan manis semula

jadi. Masukkan sekali

kurma dalam hidangan

pagi oatmeal anda.

₈

AIR

Ya, air secara teknikalnya

bukanlah sejenis makanan.

Akan tetapi, air merupakan aspek

terpenting untuk anda menambah

pengeluaran susu. Tubuh yang

kekurangan air akan memberi kesan

kepda penghasilan susu badan anda.

Anda disarankan untuk mengambil

sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

₉

BAWANG PUTIH

Tahukah anda bahawa dengan mengambil

bawang putih dalam diet anda, bukan

sahaja dapat memberi rasa kepada susu,

tetapi juga akan meningkatkan pengeluaran susu

anda. Bawang putih telah lama digunakan oleh

ibu-ibu baru untuk membantu meningkatkan susu

badan mereka. Malah, dalam menu berpantang

juga, kebanyakan hidangan turut mengandungi

bawang putih, tujuannya tidak lain dan

tidak bukan, untuk membantu ibu

baru menambah pengeluaran

susu badan. Jika anda tidak

boleh makan bawang putih,

anda boleh cuba dapatkan

suplemen garlic yang

banyak dijual di farmasi.

₁₀

SEMBANG LAKTASI

BERAS PERANG

Masih lagi teringin untuk makan nasi?

Elakkan makan nasi putih dan bertukarlah

kepada beras perang. Beras perang

mengandungi banyak serat dan pelbagai lagi

nutrien. Karbo kompleks yang ada di dalamnya

membantu anda untuk rasa kenyang dan

memastikan gula dalam darah anda berada pada

paras konsisten.

MamaPapa | Februari 2017

27

PEMAKANAN

Jaga Makan,

Segera Hamil

Sudah lama mencuba untuk hamil, namun masih belum ada rezeki? Tahukah anda bahawa salah

satu penyebab lambat hamil adalah berpunca daripada pemakanan. Pemakanan sihat yang

lengkap dengan nutrisi dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil sekali gus melahirkan

bayi yang sihat dan cerdas. Apa lagi? Ambil berat tentang pemakanan anda dan bersedialah

untuk berita gembira!

28 MamaPapa | Februari 2017

PEMAKANAN

Mengapa perlu makanan sihat?

Makan makanan mesra fertiliti sebagai persediaan untuk hamil adalah salah satu usaha yang boleh anda lakukan

bagi menjaga kesihatan tubuh. Kajian ada menunjukkan bahawa perubahan diet tertentu boleh meningkatkan

kesuburan, mengelakkan risiko keguguran sekali gus mendapatkan kehamilan yang sihat.

Nutrisi memainkan peranan yang penting terutama apabila melibatkan kesihatan dan sistem reproduksi tubuh.

Binaan blok untuk hormon terdapat pada makanan yang kita makan. Contohnya, antioksidan yang terdapat

dalam makanan dapat membantu untuk melindungi telur dan sperma daripada radikal-radikal bebas. Bagi

anda yang sedang merancang untuk hamil, anda perlu tahu bahawa ada sesetengah makanan yang boleh

menghalang kesuburan anda dan membahayakan kesihatan.

7 Makanan Super untuk

Tingkat Kehamilan

Madu

Khasiat madu untuk kesuburan sudah diyakini sejak

beratus tahun dahulu lagi. Madu kaya dengan

pelbagai sumber mineral

dan asid amino yang dapat

membantu mengekalkan

kualiti kesihatan sistem

reproduksi selain daripada

berfungsi meningkatkan

fungsi ovari untuk wanita.

Ikan salmon

Minyak ikan yang

terkandung di dalam ikan salmon adalah sumber asid

lemak Omega-3 dan Omega-6 yang terbaik. Nutrisi

ini memainkan peranan penting dalam melancarkan

proses reproduksi pada badan wanita dan

meningkatkan aliran darah. Selain daripada salmon,

minyak ikan juga terkandung dalam ikan tuna dan ikan

sardin. Minyak ikan bukan sahaja baik untuk wanita

tetapi juga lelaki bagi meningkatkan kualiti sperma.

MAKANAN SIHAT

VS

MAKANAN KESUBURAN

Makanan mesra fertiliti adalah berbeza dengan

makanan sihat lain yang biasa diambil. Apa yang

anda makan dan anda ambil kini tidak semestinya

baik bagi mempersiapkan badan anda

untuk kehamilan.

Beras perang

Adakah anda seorang penggemar nasi? Nasi diketahui

mempunyai sumber karbohidrat yang baik untuk setiap

orang. Walau bagaimanapun, pengambilan nasi yang

berlebihan boleh menyebabkan anda menghidap

diabetes disebabkan lebihan kandungan gula dalam

darah. Beralihlah kepada beras perang atau beras

merah yang mengandungi karbohidrat kompleks yang

dapat membantu meningkatkan kesuburan. Karbohidrat

kompleks adalah makanan yang mengandungi glycemic

index (GI) yang rendah berbanding dengan karbohidrat

ringkas. Fungsi GI adalah merembeskan gula secara

teratur di dalam darah.

MamaPapa | Februari 2017

29

PEMAKANAN

Susu

Bukan kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu,

tetapi anda yang ingin hamil juga perlu mengambil

susu. Sebagai salah satu sumber tenusu, susu amat

baik dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan

wanita. Kajian di United Kingdom menunjukkan wanita

yang menikmati sekurang-kurangnya satu sajian penuh

dari produk tenusu setiap hari kurang berdepan

dengan masalah kesuburan. Selain itu, banyak kajian

yang dilakukan memperlihatkan kebaikan pengambilan

kalsium yang boleh menyihatkan reproduksi wanita.

Terbaru, kajian menunjukkan pengambilan susu yang

tinggi lemak membantu meningkatkan kesuburan.

Manakala, pengambilan susu rendah lemak boleh

menurunkan tahap kesuburan seseorang wanita.

Dikenali sebagai sumber kalsium utama, susu juga

amat berkhasiat kepada wanita hamil dalam

mengurangkan gejala kebas atau kekejangan

sepanjang tempoh kehamilan.

Buah strawberi

Buah-buahan adalah sumber gizi yang sangat penting

untuk semua orang tidak kira lelaki atau wanita.

Namun begitu, tahukah anda, pemilihan buah yang

berwarna cerah lebih banyak mengandungi nutrisi

dan baik untuk meningkatkan kadar kesuburan. Buah

strawberi merupakan buah yang mempunyai pelbagai

gizi yang membantu melindungi sel-sel anda daripada

rosak dan mencegah penuaan sel. Khasiatnya buat

wanita yang sedang merancang untuk hamil ialah ia

dapat mempengaruhi penghasilan telur dalam sistem

reproduksi anda. Pengambilan buah ini juga boleh

menghilangkan racun yang akan mengganggu proses

pengovulan berlaku.

Kekacang

Avokado

Buah berwarna hijau ini berfungsi membekalkan

sumber vitamin E terbaik kepada badan selain daripada

kaya dengan antioksidan. Dua komponen utama

ini sangat penting dalam kesuburan wanita bagi

membantu menyempurnakan fungsi ovulasi.

Ia juga kaya dengan kandungan lemak sihat yang

baik untuk merangsang fungsi hormon dalam tubuh

secara keseluruhan.

Pengambilan kekacang dalam diet harian dapat

membantu mengatur peningkatan insulin dan

meningkatkan ovulasi berlaku. Kandungan lemak

Omega-3 di dalamnya secara tidak langsung dapat

meningkatkan hormon dalam badan wanita. Kekacang

juga mengandungi tahap antioksidan yang tinggi

seperti yang terdapat pada buah strawberi. Selain

daripada dapat menghilangkan radikal bebas,

antioksidan juga membantu dalam meningkatkan

sistem imunisasi tubuh dan mengurangkan tindakan

tubuh menolak sperma suami.

30 MamaPapa | Februari 2017

Advertorial

ADAKAH ANAK ANDA

CUKUP VITAMIN?

Kanak-kanak yang sedang membesar akan mengalami

tumbesaran dan perkembangan yang pesat. Bagi

membolehkan mereka membesar dengan baik, setiap

kanak-kanak memerlukan nutrisi yang secukupnya. Mereka

memerlukan vitamin, mineral dan asid lemak penting untuk

tumbesaran dan perkembangan yang baik. Makanan yang

diambil pula perlulah seimbang dan mengandungi variasi

karbohidrat, ikan, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran

serta sedikit lemak.

Malangnya, gaya pemakanan sebegini jarang dipatuhi

setiap hari, terutama dalam kehidupan moden kini, di mana

kebanyakan ibu bapa bekerja dan tidak dapat memantau

gaya pemakanan anak. Tambahan pula, kebanyakan

kanak-kanak yang sedang membesar cenderung untuk

memilih makanan terutama makanan segera dan kurang

berkhasiat. Justeru, golongan ini terdedah kepada masalah

kekurangan nutrisi. Bagi mengelakkan hal ini, ibu bapa

memilih untuk mengambil suplemen kesihatan untuk anak

mereka bagi mendapatkan zat dan nutrisi yang penting untuk

perkembangan kanak-kanak.

Suplemen atau makanan tambahan dapat membantu bagi

memastikan kanak-kanak mendapatkan sokongan nutrisi

yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat dan

kuat. Suplemen seperti multivitamin juga dapat membantu

anak anda untuk mengurangkan risiko penyakit dan jangkitan

selain membolehkan mereka cepat sembuh dari penyakit.

Terdapat pelbagai jenis suplemen kesihatan yang dijual untuk

kanak-kanak. Salah satu jenama terkenal yang dipercayai

oleh ibu bapa sejak bertahun-tahun ialah Chewies.

CHEWIES VITAMIN C 100MG (ORANGE)

Vitamin C adalah penting untuk melawan penyakit demam

dan selesema yang sering melanda kanak-kanak. Vitamin ini

juga diperlukan untuk penghasilan darah merah, tulang dan

pembaikan tisu. Selain itu, vitamin C baik dalam membantu

menyembuhkan luka dan bersifat antioksidan. Pengambilan

Chewies Vitamin C setiap hari membantu untuk menghalang

masalah kekurangan vitamin C dan skurvi*. Terdapat dalam

dua pilihan iaitu 30 dan 75 tablet.

CHEWIES MULTIVITAMIN (FRUITY)

Dilengkapi dengan vitamin penting yang diperlukan oleh

tubuh yang sedang membesar, Chewies Multivitamin

didatangkan dalam bentuk bebas sakarin dan boleh

menghalang serta merawat masalah kekurangan vitamin di

kalangan kanak-kanak. Rasa buah-buahan di dalamnya pasti

digemari oleh si kecil. Terdapat dalam dua pilihan iaitu 30 dan

75 tablet.

CHEWIES MULTIVITAMINS PLUS LYSINE

(STRAWBERRY & VANILA)

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak cerewet makan

atau kurang selera makan boleh mendapatkan Chewies

Multivitamins plus Lysine. Makanan tambahan harian kanakkanak

ini membantu meningkatkan pengambilan nutrisi,

meningkatkan selera makan anak, menambah berat dan

ketinggian di samping mengekalkan keperluan pada tubuh

yang sedang membesar. Chewies Multivitamins plus Lysine

menyediakan nutrien penting termasuklah vitamin yang

diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang baik.

Produk ini adalah bebas gula dan terdapat dalam dua pilihan;

30 dan 60 tablet.

CHEWIES MULTIVITAMINS PLUS TAURINE

(LYCHEE)

Taurin, terdapat dalam otak dan jantung manusia.

Pengambilan taurin dapat membantu untuk menstabilkan

membran sel dan mengandungi bahan antioksidan serta

penyahtoksin. Taurin juga amat penting untuk penglihatan.

Chewies Multivitamins plus Taurine dapat membantu

memenuhi keperluan taurin dalam otak, mata, di samping

menyediakan kesemua vitamin penting yang dapat

membantu tumbesaran optimum dan perkembangan kognitif.

Produk ini adalah bebas sakarin dan terdapat dalam dua

pilihan iaitu 30 dan 60 tablet.

*Skurvi: Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C yang

boleh menjejaskan saluran darah, kulit, dan proses penyembuhan

badan, serta menyebabkan anemia, kulit berdarah dan penyakit

gusi (gingivitis).

AJ Research & Pharma Sdn Bhd (1014182-P)

Level 4, Menara Atlan, 161B Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Tel: 603 2161 1585 Fax: 603 2161 1595 Website: www.ajrph.com Facebook: Facebook.com/chewiesmy

PENJAGAAN SI MANJA

Batuk, Selesema, Demam

Apa anda perlu buat jika anak tidak sihat?

Setiap ibu bapa pasti tidak terlepas daripada menjaga anak yang sakit. Tidak kiralah

batuk, selesema ataupun demam, setiap kanak-kanak pasti pernah merasainya.

Sakit yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak adalah sebahagian daripada proses

perkembangan dan tumbesaran mereka. Penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak

ini juga adalah kaedah semula jadi untuk mereka melawan penyakit dan untuk membesar.

32 MamaPapa | Februari 2017

PENJAGAAN SI MANJA

Demam, selesema dan batuk adalah antara penyakit yang biasa dialami oleh

bayi dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada cara

untuk menangani dan mengurangkan ketidakselesaan bayi semasa sakit.

Berikut merupakan beberapa informasi penting tentang gejala sakit yang

sering dialami oleh kanak-kanak serta cara-cara untuk menanganinya.

Demam

Demam lazimnya terjadi disebabkan tubuh badan seseorang sedang

melawan jangkitan. Gejala demam yang berlaku pada bayi amat merisaukan

ibu bapa terutama jika bayi anda mengalami demam panas. Sebenarnya,

gejala demam tidak selalunya menyebabkan bahaya kepada bayi kerana

demam adalah sebahagian daripada cara semula jadi badan bayi untuk

melawan penyakit.

Berikut merupakan simptom-simptom demam yang perlu anda ketahui.

Gunakan informasi di bawah sebagai persediaan diagnosis. Namun, anda

perlu ingat bahawa si manja anda tidak semestinya akan menunjukkan semua

simptom di bawah!

Demam disebabkan oleh

demam selesema:

• Hidung kemerah-merahan

• Bersin

• Sakit kepala atau sengal-sengal

badan (akan merengek

dan menangis)

• Hilang selera makan

• Badan menggigil

Demam disebabkan

oleh selesema:

• Hidung kemerah-merahan

• Batuk kering

• Sakit-sakit badan

• Hilang selera makan

• Pening kepala

• Muntah dan cirit-birit

Demam disebabkan oleh

jangkitan pada telinga:

• Sering korek telinga

• Sakit telinga atau kepala

• Berjalan malam

• Gagal bertindak balas

kepada bunyi

• Pening kepala

• Kurang selera makan

• Keluar darah pada telinga

Demam disebabkan oleh

sakit tonsil:

• Tidak mahu makan atau minum

(kerana sakit untuk menelan)

• Tekak merah

• Tonsil bengkak

• Bengkak pada limfa

• Sakit perut

Selesema

Kanak-kanak yang mengalami

selesema akan kerap merengek

dan meragam kerana selesema

mengganggu sistem pernafasan

mereka dan membuatkan mereka

tidak selesa. Malah, anak anda

mungkin akan berada dalam

keadaan letih dan tidak bermaya.

Hal ini kerana mereka tidak selesa

untuk makan dan minum. Selain

itu, selesema juga ada kalanya

menyebabkan mereka demam.

Jika si kecil anda mengalami

simptom-simptom di bawah, dia

mungkin mengalami selesema:

• Suhu badan melebihi 38°C

• Lesu

• Kesejukan

• Masalah pernafasan seperti

hidung berhingus dan batuk

• Kurang selera makan

• Sakit tekak

• Kelenjar tekak bengkak

• Cirit-birit

• Muntah

Awas!

Selesema adakalanya

berbahaya kepada

bayi kerana puncanya

disebabkan oleh jangkitan

virus influenza. Ibu

bapa perlu mengambil

perhatian jika bayi di

bawah usia dua tahun

mengalami selesema

kerana mungkin mereka

terpaksa ditahan di

hospital jika masalah

berlarutan. Ada di

kalangan kanak-kanak

yang mengalami

selesema berserta batuk

dan demam mungkin

akan mengalami asma

jika lewat dihantar

mendapatkan rawatan.

MamaPapa | Februari 2017

33

PENJAGAAN SI MANJA

Bila perlu bawa anak

berjumpa doktor?

• Jika bayi anda berusia kurang

daripada tiga bulan dan

mengalami demam 38°C

atau lebih, anda perlu segera

membawanya berjumpa pakar

kerana bayi seusia ini amat

mudah dijangkiti penyakit lain

dan mungkin akan mengalami

penyakit serius. Lazimnya, bayi

yang mengalami selesema juga

akan mengalami demam. Jadi,

anda tidak boleh memandang

remeh penyakit ini

• Jika suhu badan bayi anda yang

berusia tiga hingga enam bulan

melebihi 38.3°C.

• Jika bayi anda yang berusia enam

bulan ke atas mengalami demam

dengan suhu melebihi 39.4°C

• Jika si manja anda demam

melebihi 3 hari

Batuk

Batuk secara teknikalnya bukanlah suatu penyakit, tetapi lebih kepada

tindakan perlindungan yang berlaku apabila terdapat bendasing pada

membran mukus sistem pernafasan. Bendasing yang ada termasuklah habuk,

air liur, atau sesuatu yang bayi makan serta minum.

Punca batuk

Batuk adalah simptom yang disebabkan oleh pelbagai perkara. Salah satunya

adalah kerana bayi anda demam selesema. Selain itu, kanak-kanak juga

mungkin batuk kerana tersedak, tertelan, terhidu atau tersedut sesuatu. Ada

kalanya tanpa anda sedari, anak anda mengambil objek-objek asing dan

memasukkannya ke dalam mulut. Kanak-kanak batuk kerana paru-paru mereka

bertindak sebagai mekanisme penahan jika ada bendasing ingin masuk.

Batuk malam- Ada kanak-kanak yang mengalami batuk teruk ketika

malam terutamanya si kecil yang mengalami selesema. Hal ini kerana mukus

daripada rongga hidung mereka mengganggu anak tekak dan menyebabkan

ketidakselesaan. Justeru, bendasing tadi menyebabkan ketidakselesaan pada

kanak-kanak terutama semasa dia terbaring. Penting bagi ibu bapa untuk merawat

selesema anak secepat mungkin bagi mengelakkan tidur mereka terganggu.

Batuk siang- Kanak-kanak yang batuk ketika siang boleh disebabkan oleh

beberapa faktor antaranya terhidu asap rokok atau penggunaan penyegar

udara. Selain itu, bulu haiwan peliharaan juga boleh menyebabkan si manja

batuk sepanjang hari.

Batuk mukus- Batuk disebabkan mukus berlaku kerana ada kahak yang

tersekat pada tekak. Lazimnya, kanak-kanak yang mengalami batuk ini akan

menghadapi masalah hidung berhingus atau berlendir dan demam biasa

diikuti dengan bersin. Punca utama batuk ini adalah kerana selesema.

34 MamaPapa | Februari 2017

Rawatan untuk anak

demam, selesema &

batuk

Demam

• Beri anak anda makan dan minum

dengan kerap bagi mengelakkan

dehidrasi

• Jika usia anak anda lebih lapan

minggu, anda boleh berikan ubat

demam yang khusus untuk bayi

bagi menurunkan suhu badannya.

Bagaimanapun, dapatkan

nasihat daripada doktor sebelum

memberikan sebarang ubat

kepada si manja anda

• Pakaikan anak anda pakaian

daripada kain kapas yang nipis

Selesema

• Pastikan si kecil anda

mendapatkan rehat yang

secukupnya dan minum banyak air

• Bagi bayi yang masih menyusu,

kerap susukan si manja anda

kerana susu ibu merupakan

imunisasi terbaik untuk bayi

• Selain itu, pastikan juga anak

anda tidak berhubungan atau

berada dekat dengan mereka

yang mengalami sakit kerana

antibodi bayi adalah masih lemah.

Jadi, potensi untuk tubuh mereka

menerima jangkitan adalah tinggi

Batuk

• Hilangkan atau elakkan puncapunca

batuk

• Pastikan peredaran udara di ruang

kediaman anda berkualiti

• Pastikan anak anda mendapat

air yang mencukupi untuk

membuatkannya kekal hidrat

• Bersihkan mukus dengan

menggunakan penyedut hidung

bagi membantu mukus keluar

daripada rongga hidung si

manja. Kanak-kanak lebih mudah

bernafas selepas mukus keluar

PENJAGAAN SI MANJA

Kebersihan

membantu

Ibu bapa boleh membantu

untuk mengelakkan anakanak

daripada dijangkiti

penyakit-penyakit ini

dengan cara menjaga

kebersihan. Galakkan

amalan kebersihan dalam

keluarga anda dengan

cara sentiasa membasuh

tangan sebelum atau

selepas melakukan

perkara-perkara seperti

makan atau bermain.

Amalan membasuh tangan

ini dapat membantu

mengelakkan penyebaran

kuman dan bakteria di

rumah anda.

MamaPapa | Februari 2017

35

KONGSI TOP MELETOP PETUA

6 Losen untuk

Melembapkan Kulit Bayi

Losen bayi, salah satu produk wajib ada untuk setiap orang termasuklah bayi dan kanakkanak.

Dengan pelbagai jenis losen bayi yang ada di pasaran kini, sudah tentu tidak mudah

untuk anda membuat pilihan mengenai losen yang terbaik buat si kecil anda. Usah risau!

Kami sediakan 6 produk losen bayi yang membantu melindungi, melembut, melembap dan

memelihara kehalusan kulit si manja.

1. Carrie Junior

Carrie Junior

Baby Lotion

menyediakan

penjagaan

lengkap untuk

kulit si manja,

memelihara

kelembutan

dan kesihatan

kulit bayi

dengan penggunaan setiap

hari. Diperkaya dengan Fruito-E,

produk ini mengandungi ekstrak

semula jadi lengkap buah-buahan

yang menjadikan kulit si manja

kekal lembut, licin dan gebu.

2. Pureen Baby Lotion with

Vitamin E

Pureen

menampilkan

produk losen yang

mengandungi

vitamin E.

Bercirikan tidak

berminyak, ringan

dan bertindak

melembapkan kulit

bayi, losen bayi

Pureen ini menjadikan kulit si manja

anda lebih lembut umpama sutera.

Baunya yang lembut dan nyaman

juga amat sesuai dipakaikan pada

kulit si manja.

3. Johnson’s Baby Lotion

Tentu anda tidak boleh lupakan

haruman lembut daripada losen

bayi Johnson’s. Jenama yang amat

sinonim dengan bayi ini bertindak

melindungi kulit si manja selama

24 jam. Terbukti secara klinikal dan

diuji secara dermatologi, Johnson’s

menggunakan formula yang

lembut serta sesuai untuk kulit

sensitif bayi baru lahir.

4. QV Skin Lotion

Ayuh, rawat kulit kering si manja

dengan QV Skin Lotion. Formulasi

ringannya memudahkan losen ini

disapu pada tubuh si manja di

samping membantu mengekalkan

kelembapan semula jadi kulit dan

bertindak sebagai pelindung kulit.

Amat sesuai

digunakan untuk

semua golongan

termasuklah bayi

dan kanak-kanak

yang mengalami

masalah kulit

kering, ekzema,

dermatitis dan

psoriasis.

5. Eubos Haut Ruhe Lotion

Bebas wangian, pengawet, lanolin

dan minyak mineral, menjadikan

Eubos Haut Ruhe Lotion sebagai

produk losen mesra bayi. Losen ini

mengandungi 6% minyak bunga

primrose, minyak kacang badam

manis dan minyak jojoba, sekali gus

membuatkannya mudah meresap

pada kulit bayi dan

bertindak memberi

kelembapan serta

menguatkan

perlindungan

semula jadi pada

kulit. Produk

ini juga telah

diuji secara

dermatologi!

6. DermaVeen

Moisturising Lotion

Bagi anda yang

sedang tercari-cari

losen pelembap bayi

untuk semua jenis kulit;

normal, kering dan kulit

sensitif, inilah produk

yang anda cari! DermaVeen

Moisturising Lotion diperkaya

dengan tepung oat berkoloid

yang sesuai untuk semua jenis

kulit dan semua golongan; dari

bayi, kanak-kanak, orang dewasa

dan warga emas. DermaVeen

diformulasi untuk mengurangkan

kehilangan air daripada kulit dan

menampakkan kulit kelihatan

lembut, lembap dan bermaya.

36 MamaPapa | Februari 2017

SEMBELIT:

Masalah semasa

kehamilan

Advertorial

Sembelit adalah masalah lazim yang dialami oleh kira-kira

30-40% ibu-ibu mengandung. Puncanya adalah disebabkan

oleh peningkatan hormon progesteron semasa kehamilan,

yang menyebabkan pergerakan peristalsis di dalam usus

akan menjadi lebih perlahan. Masalah ini akan menjadi

lebih teruk lagi di akhir kehamilan disebabkan oleh tekanan

yang dikenakan ke atas rektum oleh rahim yang semakin

membesar. Pengambilan suplemen zat besi, terutamanya

dalam dos yang tinggi juga menyumbang kepada masalah ini.

APA ITU SEMBELIT?

Sembelit ialah keadaan di mana kekerapan membuang

air besar adalah kurang daripada 3 kali seminggu. Mereka

yang mengalami sembelit akan berasa sakit, sukar dan

terpaksa meneran untuk membuang air besar. Malah, najis

mereka biasanya keras dan kering, serta perut akan terasa

kembung dan penuh. Namun, jika anda tidak mengalami

ketidakselesaan tersebut walaupun kekerapan membuang

air besar kurang daripada 3 kali seminggu, ia boleh dianggap

normal dan tidak sembelit.

CARA MENGATASI SEMBELIT

1. Perbanyakkan pengambilan serat makanan

Pengambilan serat makanan mampu memendekkan

‘tempoh transit’, iaitu jangka masa di antara waktu makanan

dimasukkan ke dalam mulut sehingga sisa makanan

disingkirkan sebagai najis. Serat makanan akan menyerap

air di dalam usus dan menambahkan isipadu najis. Ini

dapat menggalakkan pergerakan peristalsis usus, lalu

memendekkan tempoh transit dan meningkatkan kadar

kekerapan membuang air besar.

Contoh makanan yang kaya dengan serat ialah bijirin; oat,

gandum, barli, buah & sayur; pisang, betik, labu, ubi; keladi,

keledek, ubi kentang dan kekacang; dal, lentil, soya.

2. Amalkan gaya hidup yang aktif & sihat

Mengandung bukanlah alasan untuk tidak bersenam.

Sekiranya anda tidak mengamalkan gaya hidup yang aktif

sebelum mengandung, jangan lakukan senaman yang berat

secara mendadak. Berjalan selama setengah jam setiap hari

sudah mencukupi untuk kekal aktif tetapi sekiranya anda

tidak mampu atau tidak larat, lakukan mengikut kemampuan

anda asalkan anda masih melakukan senaman. Rujuklah

pada doktor anda sebelum memulakan sebarang senaman.

3. Amalkan pengambilan probiotik setiap hari

Menurut Jawatankuasa Pakar daripada Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik adalah “mikroorganisma

hidup yang memberi faedah kesihatan kepada hos apabila

diambil dalam kuantiti yang mencukupi”. Probiotik yang diberi

perhatian pada masa kini adalah Lactobacillus casei Shirota

strain yang terkandung di dalam minuman susu kultur Yakult.

Shirota strain menunjukkan ketahanan terhadap asid perut

dan mampu bertahan di dalam perut untuk sampai ke dalam

usus hidup-hidup. Pengambilanl probiotik setiap hari adalah

penting untuk mendapatkan pergerakan usus yang sihat.

Kajian yang dijalankan oleh Koebnick et al dari Institut

Pemakanan Manusia, Jerman pada tahun 2003 menunjukkan

bahawa pengambilan minuman probiotik yang mengandungi

Shirota strain mampu melegakan sembelit. Malah,

pengambilan sebotol Yakult setiap hari selama 4 minggu telah

dapat membantu untuk melancarkan pergerakan usus dan

meningkatkan kekerapan membuang air besar bagi individu

yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan masalah sembelit, ibuibu

mengandung haruslah mengamalkan gaya hidup yang

sihat dan aktif seperti bersenam secara konsisten, mengambil

lebih serat dalam makanan serta minum air yang mencukupi.

Jangan lupa juga untuk mengambil probiotik seperti sebotol

minuman susu kultur Yakult yang mengandungi lebih 30 bilion

bakteria baik Shirota strain setiap hari untuk mengekalkan

kesihatan usus.

Yakult (M) Sdn. Bhd. (163559-K)

Toll free line: 1800 88 8960 Email: customerservice@yakult.com.my Website: www.yakult.com.my

Facebook: www.facebook.com/yakultmalaysia Twitter: www.twitter.com/yakultmalaysia Instagram: https://www.instagram.com/yakultmalaysia

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Apa yang Ibu Bapa

Harapkan dari Pusat

Pengayaan Kanak-kanak?

Adakah perlu menghantar si kecil ke pusat pengayaan? Apakah yang diajar di pusat pengayaan?

Bersediakah anak anda untuk belajar dan bergaul dengan rakan-rakan baharu? Inilah antara persoalanpersoalan

yang ditanyakan oleh ramai ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa kini gemar mengikut trend

menghantar anak di bawah usia 5 tahun ke pusat pengayaan. Namun, mereka kurang sedar akan manfaat

atau apa yang mampu diberikan oleh pusat pengayaan kepada anak mereka.

38 MamaPapa | Februari 2017

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dulu & Sekarang

Dalam aspek pembelajaran

kanak-kanak, segala yang kita

ajarkan kepada mereka perlulah

mengikut peredaran semasa. Ini

bukanlah bermakna bahawa cara

pembelajaran dahulu tidak lagi

boleh diguna pakai pada zaman

kini. Cuma, kanak-kanak zaman kini

perlu lebih ke hadapan setanding

dengan rakan-rakan sebayanya.

Budak-budak zaman sekarang bukan

seperti zaman kita dahulu yang

kurang pendedahan ataupun masih

belum terdedah kepada zaman

teknologi. Malah, ketika zaman kita

dahulu juga, pusat pengayaan masih

belum wujud lagi. Jika adapun,

bilangannya boleh dibilang dengan

jari dan hanya didapati di bandarbandar

utama sahaja.

Senario menghantar bayi dan

anak kecil ke playgroup dan pusat

pengayaan bukanlah suatu fenomena

yang baharu di negara luar. Malah,

kanak-kanak dihantar ke kelas-kelas

khas tersebut sebelum mereka mula

belajar merangkak atau berjalan lagi.

Ini adalah kerana ibu bapa sedar

bahawa keupayaan kanak-kanak perlu

dimulakan sedari awal lagi untuk

menguasai kemahiran motor, bahasa

dan kordinasi.

Mungkin ini juga salah satu sebab

mengapa ramai ibu bapa di Malaysia

kini mengambil peluang untuk

menghantar anak mereka ke pusat

pengayaan. Keperluan terhadap

minda yang segar dan kreatif

mendorong ibu bapa memulakan

langkah untuk merangsang minda

anak mereka sejak awal lagi.

Malah, kanak-kanak yang akan

memasuki sekolah juga dijangka

telah menguasai kemahiran

literasi, bukannya ‘kosong’ tanpa

mengetahui apa-apa. (Nampak tak,

perbezaan pendidikan awal dahulu

dan sekarang?)

Bersediakah Anak Anda?

Perkara pertama yang perlu anda

lakukan sebelum memasukkan

anak ke pusat pengayaan adalah,

kesediaan anak untuk bersekolah.

Tahap perkembangan setiap kanakkanak

berbeza. Ada kanak-kanak

yang pesat berkembang, ada yang

berkembang secara normal dan ada

pula yang abnormal. Bagaimanapun,

di sinilah peranan ibu bapa

diperlukan. Anda perlu mengetahui

potensi perkembangan anak anda

seperti kebolehan menguruskan

diri dan kebolehupayaannya untuk

bersosial. Selain itu, anak anda juga

perlu tahu untuk mendengar arahan,

belajar bersosial, bercampur dan juga

berkomunikasi dengan orang atau

lebih tepat lagi dengan rakan sebaya

yang baru dikenali. Mungkin juga,

anda perlu menemani anak beberapa

kali di pusat pengayaan tersebut

sebelum mereka boleh menyesuaikan

diri dengan persekitaran tempat baru.

Pendidikan awal dapat

membentuk kanak-kanak

kepada asas kemahiran

kepintaran, personaliti, sosial

dan berdikari. Ketika ini,

kanak-kanak akan merasai

pengalaman pembelajaran yang

berterusan yang akan menjadi

asas penting dalam kehidupan

mereka. Justeru itu, adalah

penting untuk kanak-kanak ini

terdedah kepada sebanyak

mungkin rangsangan positif

sebagai persediaan kepada

perkembangan mereka semasa

di sekolah.

MamaPapa | Februari 2017

39

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Manfaat Pendidikan Awal

Kanak-Kanak

Pendidikan bermula sejak hari

pertama kelahiran bayi lagi dan

keupayaan pembelajaran ini tiada

noktahnya. Oleh itu, ibu bapa

perlu mendedahkan anak-anak

kepada pendidikan sejak awal lagi.

Bayi memerlukan pengalaman

pembelajaran untuk meningkatkan

perkembangan yang merupakan

asas kukuh kepada keberjayaan

mereka di sekolah.

Terdapat bukti kukuh bahawa otak

berkembang pesat semasa tahuntahun

terawal kehidupan kanak-kanak.

Malah, kajian juga menunjukkan

jika kualiti rangsangan, sokongan

dan asuhan tidak mencukupi

akan memberi kesan kepada

perkembangan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang

mengikuti kelas pendidikan awal

juga terbukti dapat berkembang

dari segi kognitif, tumbesaran dan

kesihatan. Jadi, sebagai ibu bapa

yang prihatin, anda perlu berusaha

untuk meningkatkan kemahiran awal

si manja. Pendidikan awal kanak-kanak

merupakan pelaburan terbaik ibu

bapa untuk si kecil.

Apa yang ditawarkan di

Pusat Pengayaan?

Pelbagai jenis pusat pengayaan

ditawarkan seperti bahasa, matematik,

seni, sains, muzik dan banyak lagi.

Kebanyakan kelas-kelas ini berfokus

tentang persediaan si kecil untuk

menyesuaikan diri dengan alam

prasekolah dan juga sekolah nanti.

Pembelajaran pendidikan awal kanakkanak

di pusat pengayaan bukanlah

seperti di sekolah. Pembelajaran

mereka akan berlangsung secara

interaktif dan menyeronokkan

dengan aktiviti-aktiviti seperti bahasa,

membaca, menulis, asas matematik,

fonik, muzik, seni dan juga program

latihan minda.

Kajian saintifik mendapati bahawa

pendedahan pembelajaran awal

kepada kanak-kanak merupakan

permulaan yang baik untuk mereka

menonjol di sekolah. Disebabkan

itulah, kini banyak pusat pengayaan

di negara kita, terutama pusat

pembelajaran yang memfokuskan

kepada persediaan kanak-kanak untuk

ke sekolah, serta memasukkan teknikteknik

yang mengajar anak berfokus,

memahami dan mengingati informasi.

Menghantar kanak-kanak ke program

pengayaan dua kali seminggu adalah

mencukupi untuk mendedahkan

mereka kepada prasekolah dan

sekolah. Anda akan lihat anak-anak

ini akan mula memasuki tadika

dengan kelakuan yang positif dan

yakin, malah pencapaiannya juga

akan lebih ke hadapan berbanding

mereka yang tidak terdedah kepada

pusat pengayaan.

MENYELURUH!

Pusat pengayaan yang anda

pilih mestilah mengandungi

perkembangan menyeluruh

kanak-kanak iaitu meliputi aspek

fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

40 MamaPapa | Februari 2017

E-PINTAR

Aplikasi untuk Bakal Ibu

Aplikasi percuma

PREGNANCY +

Anda hamil? Ingin ketahui

perkembangan tubuh dan bayi anda

setiap minggu? Muat turun aplikasi

Pregnancy + bagi mendapatkan

info harian tentang kehamilan,

mengetahui perkembangan dan

perubahan pada tubuh anda dan

bayi dalam kandungan, mencatit diari

peribadi, tarikh lawatan berjumpa

doktor, peningkatan berat badan dan

banyak lagi.

Tahniah, Mama atas

perkhabaran kehamilan anda!

Jangan lupa untuk menjaga

kesihatan tubuh dan kandungan

anda. Bagi meraikan berita

gembira ini, kami belanja

anda dengan koleksi 5 aplikasi

menarik untuk bakal-bakal ibu.

Apa tunggu lagi, muat turun

aplikasi ini segera!

Aplikasi percuma

MUSIC FOR PREGNANCY

RELAXATION

Aplikasi Music for Pregnancy

adalah koleksi muzik klasik yang

membantu anda untuk mendapat

pengalaman kelahiran yang sihat

dan bebas tekanan. Muzik klasik

telah terbukti sebagai muzik yang

dapat menenangkan. Malah, kajian

telah menunjukkan bahawa dengan

mendengar muzik klasik dapat

merangsang fungsi otak. Selain itu,

muzik klasik juga dapat mengurangkan

tekanan, ketakutan dan depresi

kepada wanita hamil.

Aplikasi percuma

PREGNANCY TRACKER

Aplikasi percuma ini membantu anda

untuk mengetahui alam kehamilan

hari demi hari dan minggu demi

minggu. Ia amat mudah digunakan

dan berguna untuk anda yang sedang

berbadan dua!

RM9.45

PREGNANCY WORKOUTS BY

POWER 20

Kekal cergas dan bertenaga sepanjang

kehamilan dan persiapkan tubuh

anda untuk bersalin. Versi lengkap

ini menyediakan anda akses untuk

kesemua latihan kecergasan atau

senaman pada setiap trimester, serta

rutin regangan badan. Habiskan satu

latihan sebelum boleh beralih ke

latihan yang selanjutnya.

Aplikasi percuma

PREGNANCY FOOD GUIDE

Aplikasi Pregnancy Food Guide

membantu anda memilih makanan

yang betul sepanjang kehamilan anda.

Selain itu, anda juga dapat mengetahui

soalan-soalan popular tentang

makanan, diet dan kesihatan semasa

kehamilan, serta keperluan makanan

dan nutrisi semasa trimester pertama,

kedua dan ketiga.

MamaPapa | Februari 2017

41

KLIK-KLIK

Happy Family, Healthy Home

& Christmas Bazaar

Penutup Tirai 2016

Tiada yang lebih bermakna untuk mengakhiri tirai 2016 dengan cara meluangkan masa bersama keluarga

dan teman. Makanan, minuman, busana, muzik, hadiah, baucer dan urutan percuma- kesemua ini terdapat

di bazar dan pasar lambak Happy Family, Healthy Home yang berlangsung pada 17 dan 18 Disember 2016,

bertempat di The School, Jaya One, Petaling Jaya. Mula dibuka jam 10 pagi hingga 7 malam, hampir 2,000

pengunjung datang ke majlis dua hari ini yang menempatkan sebanyak 75 gerai jualan.

Bukan sekadar gerai jualan sahaja ada di situ, sebaliknya acara ini turut menampilkan pelbagai persembahan

pentas untuk hiburan pengunjung. Artis pertama yang melakukan persembahan, Amrita Soon

menghiburkan penonton dengan barisan lagunya sendiri. Joanne dan Julia, pasangan

duo kembar turut mendendangkan beberapa lagu terkenal dalam versi akustik.

Penonton turut terhibur dan ikut menyanyi bersama. Selain itu, ibu bapa dan

kanak-kanak tidak ketinggalan menyertai aktiviti ‘letup belon’, yang mengundang

gelak tawa penonton. Apalah erti sambutan hari Natal tanpa Santa Claus.

Kemunculan istimewa Santa Claus pada majis tersebut berjaya menggembirakan

semua yang hadir terutama kanak-kanak yang menerima hadiah daripada

Santa. Orang ramai turut disajikan dengan persembahan koir oleh IACT CF yang

mengalunkan lagu klasik Krismas. Semangat sambutan Hari Natal itu berterusan

dengan persembahan santai daripada penyanyi dan penulis lagu, Isaac Ho.

Majalah Natural Health selaku penganjur merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua pihak termasuklah pihak penaja, vendor dan

semua yang menyokong serta menjayakan majlis tersebut.

42 MamaPapa | Februari 2017

KLIK-KLIK

Happy Family,

Healthy Home

Christmas Bazaar

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat:

Since 1935

MamaPapa | Februari 2017

43

KLIK-KLIK

MUMMY BLOGGER PARTY MERIAH

PETALING JAYA - Pada

17 Disember 2016 yang

lalu, berlangsungnya parti

eksklusif untuk para penulis

blog dan ibu bapa, Mummy

Blogger Party di Bucket

B Café, Jaya One. Majlis

tersebut diadakan sempena

program Happy Family,

Healthy Home Christmas

Bazaar yang bertempat di

The School, Jaya One.

Majlis anjuran

100comments.com ini

adalah julung kali diadakan

sebagai tempat ibu

bapa dan penulis blog

keluarga berkongsi idea

dan maklumat tentang

penjagaan anak dan hal

keibubapaan. Program

dimulakan dengan

senaman ringan dan

regangan badan dari

IPOD (Inner peace outer

dynamism). Kemudian,

majlis diteruskan dengan

perkongsian maklumat

dari The children’s house

yang disampaikan oleh

Gertrude Martin. Beliau

berkongsi tentang manfaat

pendidikan awal kanakkanak

dan keberkesanan

kaedah pembelajaran

Montessori. Bukan itu

sahaja, para tetamu juga

berpeluang mendengar

penerangan berguna dari

Adeline Yap, wakil dari

T&T Bio Health Trading.

Tetamu turut terkesan

apabila mendengar

maklumat yang diberikan

oleh Adeline tentang

bahaya fluorida. Para

tetamu turut gembira

menerima ubat gigi tanpa

fluorida percuma jenama

Dr.Sam Bio Oral Care

Fluoride-Free Whitening

Toothpaste. Menariknya

lagi, beberapa tetamu

terpilih turut menerima

hadiah cabutan bertuah.

100comments.com

merupakan laman web dan

sosial pertama di Malaysia

yang memaparkan ulasan

pengguna tentang produkproduk

yang terdapat di

pasaran. Untuk maklumat

lanjut, layari 100comments.

com atau www.facebook.

com/my100comments

Disokong oleh:

44 MamaPapa | Februari 2017

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!