09.02.2022 Views

Natural Health BM_Jan-Feb 2022

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.


PenaPengarang

Published by:

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

T: +603-6203 2522

E: info@acepremier.com www.AcePremier.com

Publisher

John Lim

Editor

Sofshalina

Editorial Team

John Lim

Shalina Abdullah

Marketing & Sales

Fiona Lim

Adeline Chin

Creative Team

Yasmin Sarah Hamdan

Nur Hazwani

Printer

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Sudah dua tahun sejak kita mula-mula menemui realiti wabak dalam hidup kita.

Dari dulu hingga sekarang, banyak yang sempat dipelajari. Kita semua telah

juga melangkah jauh dalam kebolehan masing-masing bukan sahaja untuk

bertahan dalam cabaran besar ini, namun juga berjaya muncul lebih kuat dan

lebih bijak daripada sebelumnya. Kita kekal kuat bukan sahaja untuk diri kita,

tetapi untuk keluarga yang dikasihi. Kita berusaha untuk memperbaiki diri demi

masa depan sendiri, keluarga dan masyarakat. Dalam pada itu, dalam setiap apa

yang kita lakukan, ternyata bahawa tiada apa yang lebih berharga berbanding

dengan kesihatan kita - ia adalah kekayaan sebenar milik kita. Tanpa kesihatan,

kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan, walau betapa banyak harta

dan wang yang dimiliki. Oleh itu, hargailah kesihatan diri seperti mana anda

menghargai nyawa sendiri. Tanyalah kepada sesiapa yang sedang sakit tenat

atau yang sedang memerangi penyakit tenat - hidup tanpa kesihatan yang

sempurna amat memeritkan. Usah tunggu sehingga jatuh sakit untuk menjaga

kesihatan masing-masing. Berusahalah sekarang juga, supaya hidup ini dapat

dinikmati dengan sepenuhnya!

Melalui edisi khas Natural Health ini, kami sepejabat ingin mengucapkan

tahniah kepada para pemenang Anugerah Pilihan Pembaca majalah kami

untuk tahun 2021, di mana nama-nama jenama pemenang anugerah telah pun

disiarkan di dalam keluaran istimewa ini. Adakah jenama kegemaran anda salah

satu daripadanya? Lihatlah sendiri di dalam!

Selamat menyambut tahun 2022, dan semoga sentiasa sihat sejahtera.

Sofshalina

Distributor

Central Paper Agencies Sdn Bhd

NATURAL HEALTH (BM) diterbitkan sekali setahun oleh

AcePremier.com Sdn. Bhd.

NATURAL HEALTH (BM) mengalu-alukan pendapat dan

cadangan anda. Emailkan kepada editor@acepremier.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk tidak

menggunakan maklumat di dalam buku ini sebagai ganti

kepada konsultasi dan penjagaan kesihatan profesional.

Walaupun kajian dan semakan telah dilakukan sebelum

mengeluarkan maklumat yang terdapat di dalam buku ini,

namun pihak penerbitan, pengarang, penasihat dan agen

tidak dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada terhasil

disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau sebarang akibat

yang disebabkan olehnya. Rangkuman atau pengecualian

terhadap mana-mana produk juga tidak bermakna pihak

penerbitan menyokong atau menolak penggunaannya sama

ada secara keseluruhan atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada kandungan

editorial atau penyampaiannya. Pihak penerbit, pengarang,

penasihat dan agen tidak menjamin, secara langsung atau

tidak langsung, kualiti atau keberkesanan sebarang produk

atau perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk urusan

perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2022. AcePremier.com Sdn Bhd.

Join our Facebook Fan page

www.facebook.com/NaturalHealth.my


Boleh didapati di:

Bookstores

Pharmacies

Associations

Hospitals/Clinics/

Specialists/

Medical Centres


Kecantikan Asli

Nak Rambut Sihat?

Inilah rahsianya

Merawat rambut yang rosak adakalanya lebih sukar

daripada merawat kulit badan yang luka. Ini kerana

kerosakan dan masalah rambut berpunca daripada

akar rambut. Akar rambut ini pula terletak di bahagian

bawah dermis kulit yang sukar dilihat oleh mata kasar.

Merawat rambut rosak tidak semudah menyembuhkan

kulit yang terluka dengan ubat sapu. Tambahan lagi

kerosakan rambut boleh berlaku dalam pelbagai

bentuk. Contoh paling ketara adalah masalah rambut

gugur, kelemumur dan rambut kering. Bagi mereka

yang mengalami masalah rambut yang serius, mungkin

anda terpaksa membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk

mengembalikan semula rambut yang rosak.

Bagi anda yang mengalami masalah kerosakan rambut di peringkat awal, masih belum terlewat untuk anda menilai semula

amalan penjagaan rambut yang dilakukan selama ini. Amalan penjagaan rambut dan gaya hidup yang tidak sihat mungkin

menjadi punca sebenar kerosakan rambut.

Jadi, nak rambut cantik dan sihat? Inilah caranya!

1. Amalkan makanan yang bernutrisi tinggi!

Makanan yang dimakan setiap hari membekalkan nutrien ke seluruh anggota badan

termasuk rambut. Nutrien sihat penting untuk memastikan pertumbuhan rambut tidak

terbantut dan sentiasa sihat. Kekurangan

nutrien tertentu akan menyebabkan pelbagai

masalah rambut terutama kelemumur dan

keguguran rambut yang berterusan.

Makanan dengan kandungan bahan pengawet

dan kimia yang terlalu tinggi akan memberi

kesan kepada kesihatan rambut. Nutrisi yang

baik untuk kesihatan rambut terdiri daripada protein dan karbohidrat kompleks.

Anda disarankan untuk makan makanan yang mengandungi nutrien utama ini.

Antaranya melebihkan makanan bersumber dari sayur-sayuran, buah-buahan,

kekacang, daging merah, ikan serta makanan berunsur gandum seperti oat dan barli.

2 Natural Health * Januari/Februari 2022


Kecantikan Asli

2. Gunakan peralatan penjagaan

rambut yang betul

Tidak salah untuk anda menggunakan peralatan penjagaan

rambut. Akan tetapi ramai yang menggunakanannya secara

salah. Rambut yang seharusnya sihat dibantu dengan

peralatan penjagaan rambut sebaliknya menjadi rosak dan

bermasalah disedari!

Tahukah anda bahawa suhu yang terlalu tinggi boleh

merosakkan rambut? Sebagai contoh adalah penggunaan

alat pengering rambut. Rambut anda tidak boleh terdedah

kepada suhu melebihi 180 darjah celcius. Kebanyakan alat

pengering rambut ditetapkan pada suhu tidak melebihi 100

darjah celcius. Namun tahukah anda bahawa suhu sepanas

ini juga berupaya merosakkan rambut jika tidak digunakan

dengan betul?

Kaedah penggunaan pengering rambut

yang disarankan :

● Elakkan menghala pengering rapat mengenai kulit kepala

● Keringkan secara rata ke seluruh bahagian rambut. Elak

daripada fokus di bahagian tertentu sahaja

● Jangan menghala pengering terlalu lama ke bahagian

tertentu rambut dan kepala.

● Begitu juga dengan peralatan seterika rambut. Anda harus

tahu kaedah penggunaan yang betul supaya rambut tidak

menjadi mangsa kepada peralatan tersebut.

● Pemilihan sikat juga perlu disesuaikan mengikut jenis dan

keadaan rambut.

3. Menggunakan Produk Rambut

Mengandungi Bahan Kimia

Sebagai pengguna, anda seharusnya lebih prihatin dalam

pemilihan produk rambut. Adakalanya tidak cukup dengan

membaca label “Bebas Paraben”, “Bebas Bahan Kimia”,

“Bebas Bahan Sulfat” dan sebagainya. Ada yang lebih

penting daripada membaca keterangan ringkas ini iaitu

membaca label kandungan yang terdapat dalam sesuatu

produk penjagaan rambut.

Anda harus mengelakkan produk yang mengandungi

bahan alkohol seperti Cetyl, oleyl, dan stearyl. Ia

dimasukkan dalam suatu produk rambut untuk tujuan

melebatkan dan menghitamkan rambut. Namun

kandungan yang terlalu tinggi merbahaya kepada

kesihatan rambut.

Selain itu, anda juga harus berhati-hati dengan bahan

seperti sulfat, silikon, hidrogen peroksida, amonia,

Propylene glycol, Diethyl phthalate, paraben, petrolatum,

campuran bahan

pewangi dan

pelbagai lagi bahan

kimia dalam produk

penjagaan rambut.

Sebaiknya, pilihlah

produk yang

dihasilkan secara

semulajadi daripada

bahan herba dan

tumbuh-tumbuhan.

4. Elak daripada air berklorin

tinggi

Anda harus berhati-hati dengan kandungan klorin dalam air.

Sama ada air paip di rumah dan juga ketika berenang di

kolam renang. Air kolam mandi adalah antara kawasan

mandi awam yang didapati mengandungi bahan klorin yang

tinggi di mana ia memudaratkan apabila terkena pada

rambut dan kulit kepala.

Pendedahan secara berterusan dengan air yang mengandungi

klorin yang tinggi akan menyebabkan rambut mengalami

masalah kekeringan. Ini akhirnya akan merosakkan struktur

rambut dan mungkin menyebabkan masalah rambut terbelah.

Natural Health * Januari/Februari 2022

3


Kecantikan Asli

5. Janganlah siksa

rambut anda dengan

kaedah ‘backcombing”

Ia adalah teknik atau cara menyikat

rambut yang digunakan untuk

membuat rambut kelihatan lebat.

Teknik ini digunakan juga untuk

mencipta gaya rambut tertentu. Teknik

ini jika dilakukan terlalu kerap akan

menyebabkan kerosakan pada hujung

rambut. Ia juga akan menghilangkan

kekuatan folikel rambut.

Teknik menyikat rambut secara

backcombing ini memberi kesan kepada

keadaan kutikel rambut iaitu lapisan

terluar yang melindungi struktur

rambut. Lapisan kutikel luar ini

bertanggung jawab seperti ‘pintu’

keluar masuk segala bahan luaran

seperti kandungan kimia daripada

syampu menembusi bahagian korteks rambut.

Oleh itu, lapisan ini perlu dilindungi daripada teknik backcombing secara

keterlaluan yang boleh menyebabkan struktur rambut menjadi rosak.

6. Cara ikat rambut biarlah sesuai

Teknik yang digunakan untuk menghasilkan gaya rambut yang digemari ramai

wanita ini juga menjadi penyebab kepada kerosakan rambut. Antara teknik yang

dikenalpasti menyebabkan kerosakan rambut ialah ikatan tocang, jalin dan sanggul.

Kesemua teknik ini akan menyebabkan keadaan folikel rambut menjadi rosak dan

akhirnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.

Tidak salah untuk anda bergaya dengan teknik rambut yang disukai khususnya

untuk majlis tertentu yang memerlukan anda tampil lebih cantik dan anggun. Apa

yang perlu anda elakkan adalah menjadikan ia sebagai rutin wajib setiap hari.

Untuk kebaikan rambut anda, adalah lebih baik rambut dibiarkan begitu sahaja

tanpa ikatan, Kulit kepala akan terasa lebih ringan dan selesa apabila rambut

dilepas bebas begitu sahaja.

Elakkan perkaraperkara

berikut!

Sikat Semasa Rambut Basah

Ramai yang tidak sedar bahawa

menyikat rambut ketika basah boleh

menyebabkan kerosakan. Rambut

basah amat mudah mengalami

kerosakan. Adalah lebih baik anda

menyikat rambut setiap kali

sebelum mandi untuk mengelakkan

ia kusut. Gunakan tuala untuk

mengeringkan rambut setiap kali

selepas mandi. Anda juga boleh

menggantikan alat pengering

rambut dengan menghalakan kipas

ke arah rambut. Ia boleh

mengeringkan rambut secara lebih

cepat.

Syampu

Terlalu

Kerap

Sesetengah

produk syampu

dicipta untuk

cucian setiap

hari. Namun

anda disarankan untuk mencuci

rambut antara dua ke tiga kali

seminggu. Ini sudah cukup untuk

membersihkan dan mengelakkan

rambut daripada berbau.

Kebanyakan syampu mengandungi

bahan kimia. Oleh itu anda tidak

disarankan untuk bersyampu

setiap hari.

Mandi Air Panas

Air panas boleh menghilangkan

minyak semulajadi yang terdapat

pada rambut dan kulit kepala anda.

Kehilangan minyak ini akan

menyebabkan rambut menjadi

kering dan rapuh. Anda boleh

mandi dengan air suam yang tidak

terlalu panas. Tetapi pastikan

rambut tidak terdedah kepada air

suam melebihi 10 sehingga 15 minit.

Lakukan mandian air suam antara

dua ke tiga kali dalam seminggu

sahaja. Namun mandian air sejuk

adalah pilihan terbaik untuk

mengekalkan kelembapan rambut.

4 Natural Health * Januari/Februari 2022


TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG

ANUGERAH PILIHAN PEMBACA

NATURAL HEALTH & 健 康 时 尚 2021

Dengan sukacitanya kami mengumumkan para pemenang untuk Anugerah Pilihan Pembaca

Natural Health & 健 康 时 尚 tahun ini, iaitu 2021! Tahniah diucapkan kepada jenama-jenama berikutnya

yang diumumkan sebagai pemenang anugerah 2021! Selanjutnya, bagi para jenama yang telah

memenangi anugerah Diamond, syabas kerana telah berjaya memenangi anugerah pilihan pembaca

kami untuk tiga tahun berturut-turut! Nyata sekali jenama anda kini bereputasi tinggi dan digemari

para pengguna moden dan bertuntutan tinggi.

Anugerah Pilihan Pembaca Natural Health & 健 康 时 尚 telah pun berlangsung setiap tahun sejak 2011.

Sebagai pentas yang paling berwibawa di negara untuk mengiktirafkan jenama-jenama kesihatan dan

kecantikan yang telah dipilih oleh para pembaca sebagai pemenang anugerah-anugerah ini, kami

mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan penghargaan kami kepada semua produk dan servis

yang berkualiti tinggi ini sambil meraikan kejayaan mereka tahun ini.

Setiap anugerah adalah pengiktirafan mutu dan keunikan produk atau servis itu, dan kini menjadi

kebanggaan kami untuk mengemukakan pencapaian mereka dalam memenangi hati

pengguna-pengguna yang semakin berjangkaan tinggi.

Telah tiba masanya untuk kami umumkan nama para jenama yang menjadi pemenang

Anugerah Pilihan Pembaca kami bagi tahun 2021. Sebelum itu, izinkan kami mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pembaca dan rakan kongsi jenama kami yang telah setia mengiringi

kami dan membantu dalam kejayaan upacara tahun ini! Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang!

Tahniah!


Mesin Penapisan Udara

Penulen Udara 360° LG PuriCare

Demi Liputan yang Lebih Luas bagi Udara yang lebih Segar

Sistem penapisan udara terbaru yang canggih keluaran LG, iaitu Penulen Udara 360° LG PuriCare

mampu melitupi ruang yang lebih luas untuk penghasilan udara yang lebih bersih dan segar. Penulen

Udara 360° LG PuriCare ini 24% lebih berkesan berbanding penapis udara biasa, di mana ia membantu

mengedarkan udara yang berkualiti tinggi dan segar ke ruang sehingga 100 meter persegi, dengan lebih

pantas, ke jarak sehingga 7.5 meter. Dengan muncung yang dicondongkan, ia dapat berputar ke sisi dan

menolak udara yang baru ditapis ke seluruh kawasan bilik. Selain itu, Penulen Udara 360° LG PuriCare

juga dapat mengatasi masalah seperti bau asap di dapur dan zarah yang terhasil ketika memasak. Dalam

menangani masalah zarah besar, halus, dan gas merbahaya, model penapis udara ini dilengkapi dengan

Sistem Penapis Penjagaan Keseluruhan 360° dengan penapis khusus, di samping mempunyai penapis

tambahan yang menyasarkan agen penyebab bau seperti formaldehid. Apa yang menjadikannya lebih

istimewa adalah Penulen Udara 360° LG PuriCare dilengkapi dengan ciri penjagaan bayi, di mana ia

dapat menjana aliran udara yang ditapis dan segar dari pangkalnya, untuk mewujudkan suasana yang

paling sesuai untuk si kecil. Sensor Pintar PM1.0 dan Paparan Pintar yang terdapat pada penapis udara

ini dapat memantau tahap pencemaran dalaman dan menjejaki kemajuan penulenan. Penulen Udara 360°

LG PuriCare, yang memiliki bentuk silinder menarik dan unik serta reka bentuk 360 darjah ini, dapat

meningkatkan lagi kualiti kebersihan dan keselesaan pada persekitaran dalaman untuk seisi keluarga.

www.lg.com/my www.facebook.com/LGEMalaysia www.instagram.com/lgemalaysia


Penulen Air Tanpa Tangki

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare

Air Bersih dan Berkualiti, tanpa Tekanan!

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare keluaran LG merupakan penyelesaian inovatif untuk setiap keluarga

di Malaysia. LG PuriCare, sememangnya layak menerima pengiktirafan kerana memiliki ciri berteknologi

tinggi seperti teknologi Tankless, atau tanpa bertangki, yang dibina untuk memenuhi permintaan pengguna

untuk kemudahan air minuman yang bersih dan selamat. Penulen Air Tanpa Tangki jenama LG PuriCare

ini memiliki Sistem Penapisan 3 Peringkat yang dapat membantu menyingkirkan mikroorganisma dan 7

jenis logam berat seperti merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, kuprum dan aluminium daripada air

minuman. Di samping itu, reka bentuknya yang canggih itu membolehkan pemasangan produk dilakukan

secara menegak atau mendatar serta membolehkan pengguna mengaksesnya pada arah 180 darjah. LG

PuriCare memantapkan lagi tempatnya di pasaran dengan menampilkan butang auto bergerak yang boleh

mengesan kedudukan cawan pada dulang, supaya bersesuaian dengan ketinggiannya, bagi mengurangkan

risiko percikan dan juga kelecuran akibat terkena air panas. Sistem Pemampat Inverter dan Pemanasan

Aruhan (IH) pula dapat membantu mengakses pelbagai suhu air daripada panas, sehingga ke sejuk atau

suhu bilik, sambil menjimatkan tenaga kerana tidak perlu lagi menjerang air berulang kali. Melalui sentuhan

pantas pada LG PuriCare, yang menawarkan tiga suhu berbeza, iaitu 40°C, 75°C dan 85°C ini, air panas

sentiasa dapat digunakan untuk pelbagai keperluan, seperti membancuh susu bayi atau membancuh kopi!

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare telah mendapat sambutan yang memberansangkan di kalangan

pengguna sejak dilancarkan di Malaysia, iaitu dengan peningkatan sebanyak tiga angka yang sangat

membanggakan. Tambahan lagi, produk keluaran LG ini juga adalah jenama perkakas rumah global pertama

yang memperkenalkan konsep Tanpa Tangki, atau ‘Tankless’ untuk penulen air di Malaysia.

www.lg.com/my www.facebook.com/LGEMalaysia www.instagram.com/lgemalaysia


Suplemen Bernutrisi Herba

Thomson Activated Ginkgo

Produk Berkualiti yang boleh Dipercayai

Pengaliran darah yang lancar amat penting untuk memastikan oksigen dan nutrien yang diperlukan dapat

dihantar ke seluruh badan, di samping menyingkirkan bahan buangan. Kita perlu mempunyai pengaliran

darah yang lancar untuk kekal berada dalam keadaan yang sihat. Sekira adanya simptom seperti berasa

kebas pada tangan atau kaki yang berterusan, mudah berasa letih, atau tangan dan kaki terasa sejuk

tanpa sebab, ini mungkin ia disebabkan oleh masalah peredaran darah yang lemah. Thomson Activated

Ginkgo dapat membantu! Menggunakan 40mg ekstrak herba ginkgo, iaitu bersamaan dengan 2000mg

daun Ginkgo Jepun muda, Activated Ginkgo dirumus secara tradisional dengan formulasi khas untuk

membantu melancarkan pengaliran darah. Produk Thomson Activated Ginkgo diperbuat menggunakan

teknologi Pengaktifan yang berasal dari Jepun untuk meningkatkan penyerapan bahan aktifnya. Hasilnya,

membantu melancarkan pengaliran darah dalam tubuh badan. Selain itu, Thomson Activated Ginkgo

juga bebas daripada racun perosak, racun kulat, yis, pewarna, dan pengawet serta sisa pelarut biotoksik.

Thomson Activated Ginkgo ialah produk yang dipercayai, dikilangkan dengan mematuhi Amalan

Pengilangan Baik (GMP) yang telah ditetapkan. Jenama produk ini juga mempunyai makmal kawalan

kualiti dalaman miliknya sendiri.

KKLIU: 0010/2022, tarikh tamat tempoh 31 Disember 2024

Ini adalah iklan produk tradisional.

MAL19970871T

www.my.thomsonhealth.com

www.facebook.com/thomsonhealth.my


Suplemen Herba

Untuk Pengaliran Darah

Thomson Circulon 125

Nikmati Kehidupan yang Sihat

Gejala seperti berasa sejuk kaki dan tangan, pening, keletihan, dan juga berasa kebas pada jari tangan

dan kaki merupakan antara simptom-simptom pengaliran darah yang lemah. Pengaliran darah yang

lancar penting kerana darah kita berfungsi untuk membekalkan oksigen kepada tisu, menghantar nutriennutrien

penting yang diperlukan oleh tubuh badan, membuang bahan buangan, serta membawa antibodi

ke kawasan yang sedang dijangkiti sebarang jangkitan. Thomson Circulon 125 merupakan penyediaan

herba yang diformulasikan menggunakan ekstrak Ginkgo Biloba, yang dapat membantu melancarkan

pengaliran darah dalam tubuh badan. Setiap tablet mengandungi 125mg ekstrak Ginkgo Biloba yang

Diaktifkan dari Jepun. Terdapat pelbagai kelebihan produk ini, dan antaranya termasuklah penggunaan

teknologi pengaktifan dari Jepun untuk meningkatkan penyerapan bahan aktifnya. Komponen aktif dalam

Ginkgo biloba seperti ginkgo flavon glikosida dan terpen lakton membantu meningkatkan pengaliran darah

agar bergerak dengan lebih lancar. Produk ini juga bebas daripada sebarang bahan yang memudaratkan

kesihatan seperti racun perosak, sisa pelarut biotoksik, racun kulat, yis, pewarna atau pengawet. Pengguna

dapat menikmati produk yang berkualiti tinggi ini dengan penuh keyakinan kerana Circulon 125 dihasilkan

mengikut Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang ketat, dengan kawalan makmal dalaman yang tersendiri.

KKLIU: 0011/2022, tarikh tamat tempoh 31 Disember 2024

Ini adalah iklan produk tradisional.

MAL14065003T

www.my.thomsonhealth.com

www.facebook.com/thomsonhealth.my


Penambah Rasa Berkhasiat

Penambah Rasa Love Earth

Untuk Hidangan Enak dan Berkhasiat!

Love Earth sebuah produk keluaran makanan organik terunggul di Malaysia telah mengeluarkan produk

penambah perasa dalam makanan untuk membantu masyarakat menjaga kesihatan di samping

melengkapkan lagi rasa bentuk makanan yang dihidangkan. Produk penambah perasa daripada Love Earth

ini boleh didapati dalam dua varian yang boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Mushroom Seasoning

amat sesuai digunakan dalam masakan sup, kari atau masakan yang menggunakan daging. Dengan rasa

umami yang kuat, masakan pasti lebih menyelerakan. Aloe Vera Seasoning pula lebih sesuai digunakan

dalam hidangan sayur-sayuran dengan rasa masin yang unik namun tidak terlalu ketara. Kedua-dua produk

ini mempunyai perbezaan dengan kelebihan tersendiri. Mushroom Seasoning mengandungi Vitamin B, rasa

serbuk cendawan, Ekstrak cendawan dan garam, manakala Aloe Vera Seasoning pula mengandungi bahan

seperti serbuk asparagus, Vitamin B, Saderi, garam, dan serbuk Aloe Vera. Selain menjadikan makanan

lebih menyelerakan, produk penambah rasa Love Earth juga diperkaya dengan zat besi dan kalsium yang

dapat membantu membantu dalam meningkatkan sistem imun badan serta mengekalkan tulang yang sihat

dan kuat. Serbuk perasa semula jadi in dapat menggantikan tempat MSG dan juga garam dalam masakanmasakan

harian, sebagai alternatif yang lebih sihat dan enak. Ia dipercayai dan diyakini oleh para ibu yang

prihatin, serta chef-chef yang berpengalaman sebagai penambah rasa yang berkualiti tinggi.

myloveearth.com www.facebook.com/LoveEarthOrganic www.instagram.com/loveearthorganic


Ubat Gigi Semula Jadi

Ubat Gigi Semula Jadi Red Seal

Menjaga Kebersihan Gigi secara Semulajadi

Untuk produk penjagaan diri yang kita gunakan setiap hari, tidak ada sesuatu yang lebih penting daripada

apa yang kita masukkan ke dalam mulut. Lapisan mukosa mulut mempunyai kecekapan penyerapan

setinggi 90%, ini bermaksud bahan-bahan kimia seperti triclosan, paraben, perisa atau pewarna tiruan

yang terkandung dalam ubat gigi konvensional senang diserap ke dalam badan kita sewaktu memberus

gigi dan mungkin memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang. Pengguna sekarang kerap

mencari alternatif yang lebih sihat untuk diri sendiri dan keluarga. Maka tidak hairan apabila Red Seal

terpilih sebagai Pemenang Kategori Ubat Gigi Semula Jadi di Malaysia. Berasal daripada New Zealand

sejak tahun 1980-an, Red Seal membolehkan kita menjaga kesihatan gigi dengan pilihan ubat gigi yang

lebih selamat dan semula jadi, tanpa rasa was-was. Ubat gigi Red Seal menggantikan bahan-bahan

kimia yang kerap diguna dalam ubat gigi konvensional dengan ramuan semula jadi seperti propolis

lebah, soda penaik, ekstrak herba dan klorofil, minyak pati, arang aktif, minyak kelapa dan sebagainya.

Rumusan khas ini boleh membantu menguatkan gigi dan gusi serta mengurangkan plak dan pereputan

gigi. Kita disarankan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, dan ini bersamaan dengan

730 kali dalam setahun. Justeru, adalah penting untuk kita mengamalkan ubat gigi jenis semula jadi demi

kesihatan kendiri dan seisi keluarga.

www.redseal.com.my www.facebook.com/RedSealMY www.instagram.com/redsealmy


Suplemen Penjagaan Sendi

Thomson OsteoPro

Nikmati Kehidupan dengan Aktif

Masalah sakit sendi yang dialami oleh sesetengah individu, sedikit sebanyak boleh menjejaskan kehidupan

seharian mereka. Kesukaran untuk bergerak dan rasa sakit pada sendi merupakan gejala dan petanda

awal bahawa rawan di antara tulang telah mula haus. Perkara ini boleh mengakibatkan tulang terdedah

kepada geseran hingga menyebabkan kesakitan. Penambahan glukosamin pada makanan seharian

didapati amat berguna dalam membantu masalah sendi yang dialami. Thomson OsteoPro menawarkan

manfaat glukosamin berkualiti tinggi. Setiap kapsul mengandungi 300mg Glucosamine sulfate di mana

ia bertindak sepenuhnya (Fully Reacted). Produk Thomson OsteoPro dapat membantu mengurangkan

risiko geseran antara sendi serta dapat mengurangkan kesakitan dan keradangan. Thomson OsteoPro

dapat membantu mengurangkan sakit tulang sendi akibat haus. Mereka yang merupakan pengamal diet

vegetarian juga tidak perlu berasa bimbang untuk mengggunakannya kerana ia tidak mengandungi bahan

seperti kerang atau bahan berasaskan haiwan, serta tidak menyebabkan masalah sensitiviti pada perut.

Thomson OsteoPro sama seperti produk-produk jenama Thomson yang lain, turut dihasilkan di bawah

Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang ketat dengan makmal kawalan kualiti dalaman milik sendiri.

KKLIU: 0013/2022, tarikh tamat tempoh 31 Disember 2024

Ini adalah iklan produk ubat.

MAL06091460X

www.my.thomsonhealth.com

www.facebook.com/thomsonhealth.my


Suplemen Herba

Penjagaan Hati

Thomson Livrin 300

MAL19970867T

Untuk Penjagaan Kesihatan Hati setiap hari

Hati merupakan salah satu organ dalaman yang berfungsi untuk menyokong manusia, di mana ia

mempunyai peranannya sendiri untuk mengekalkan kesihatan kita setiap hari. Oleh itu, ia tidak patut

dipandang ringan dan perlu diberikan perhatian dan penjagaan yang sewajarnya. Dengan mengabaikan

kesihatan hati, seseorang berisiko untuk mengalami masalah seperti kurang selera makan, nafas

berbau, kembung perut, loya, panas badan, kulit bermasalah, lingkaran gelap bawah mata, dan lainlain

lagi. Produk Livrin 300 keluaran Thomson dapat membantu individu dalam menyampaikan nutrien

yang diperlukan oleh hati untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Suplemen berbentuk kapsul ini

mengandungi 300mg ekstrak Milk Thistle pekat. Milk Thistle yang terkandung di dalamnya ini berfungsi

sebagai tonik hati. Hati yang sihat sudah tentunya penting untuk kesihatan! Thomson Livrin dirumus

secara semulajadi dan bebas daripada bahan-bahan yang boleh merosakkan fungsi badan seperti gula,

pewarna tiruan, pengawet, racun perosak, racun kulat atau yis. Seperti produk lain keluaran Thomson,

Livrin turut dihasilkan dengan mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP), serta lengkap dengan makmal

kawalan kualiti dalamannya sendiri.

KKLIU: 0012/2022, tarikh tamat tempoh 31 Disember 2024

Ini adalah iklan produk tradisional.

www.my.thomsonhealth.com

www.facebook.com/thomsonhealth.my


Minuman Untuk

Kecantikan Payudara

UpFi’r

Rahsia Keanggunan Tubuh Badan Semulajadi

Memilih makanan atau minuman tambahan tertentu dapat membantu merealisasikan hasrat kaum wanita

yang ingin membesarkan saiz payudara. UpFi’r keluaran Greens satu-satunya produk minuman tambahan

terunggul dapat membantu mengembalikan semula keyakinan buat para wanita di luar sana yang ingin

menambahkan lagi saiz payudara mereka. Dengan menggunakan 100% rumusan bahan semulajadi,

para wanita dapat menggunakannya dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan. Antara bahanbahan

yang amat berkesan itu termasuklah buah delima, yang bertindak sebagai anti oxida. Ia juga

dapat melembabkan kulit dan memperbaiki kulit yang kusam. Ramuan ini pastinya memikat hati para

wanita zaman moden yang elegan dan yakin diri! Kolagen marin, iaitu satu lagi ramuan rahsia produk

keluaran Greens ini berfungsi sebagai booster tambahan untuk mempercepatkan hasrat para wanita yang

menginginkan hasil yang ketara. Tambahan pula, Pueraria Mirifica (atau Bidadari Putih) merupakan bahan

semula jadi yang dapat mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit, serta menambahkan saiz payudara

secara semulajadi. UpFi’r - inilah rahsia kecantikan dalaman, sehingga dapat dilihat di luaran.

www.egreenbeans.com.my www.facebook.com/egreenbeans.my www.instagram.com/egreenbeans.my


Minuman Habbatus Sauda

AFYAA Hayyiba

Mengoptimumkan Tahap Kesihatan Anda

Melindungi tahap kesihatan sudah tentunya menjadi kewajipan bagi semua individu. Malangnya, ramai

di antara kita yang masih gagal memperolehi makanan yang berkhasiat, dan yang mengandungi nutrien

yang penting. Sebaliknya kebanyakan individu lebih gemar mengamalkan pengambilan makanan

manis dan makanan ringan, dan sekiranya tabiat ini diteruskan, sudah tentu boleh menjejaskan tahap

kesihatan pada masa akan datang. AFYAA Hayyiba dicipta untuk membantu, sekaligus membolehkan

pengguna mencapai tahap kesihatan yang memuaskan! Produk ini dihasilkan secara eksklusif dengan

dua bahan premium, iaitu Ekstrak Habbatus Sauda Thymocid ® , atau dikenali sebagai Habbatus Sauda,

dan Polipeptida-k (PPkTM) Ekstrak Biji Peria. Di samping itu, AFYAA Hayyiba juga turut mengandungi

bahan- bahan lain seperti Ekstrak Gymnema Sylvestre, Ekstrak Kayu Manis, Ekstrak Mengkudu, Ekstrak

Misai Kucing, spektrum penuh B-Complex dan Chromium dalam menyokong keberkesanannya untuk

memastikan kesihatan anda berada pada tahap terbaik. AFYAA Hayyiba boleh di ambil 1 sachet sehari,

dan ia sesuai buat mereka yang ingin mengabungkan diet dengan makanan sunnah. Pada masa yang sama

produk AFYAA Hayyiba ini juga sangat disarankan untuk pengguna yang ingin memulakan kehidupan

baru ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

www.afyaa.com www.facebook.com/afyaaofficial www.instagram.com/afyaaofficial


Penyegar Kereta

Blank Malaysia

Setiap Perjalanan Pasti Menawan Hati!

Bau yang tidak menyenangkan boleh memberi impak yang negative terhadap sesebuah kereta. Kereta yang

mahal atau bergaya juga tidak mampu menawan hati jika ia tidak dijaga dengan baik, dan berbau masam.

Sesebuah kereta sudah tentunya lebih selesa jika dijaga kebersihan dan berbau wangi, walau pun ia kereta

biasa sahaja! Blank Malaysia dapat membantu mengawal bau kereta disebabkan oleh cuaca tropika dan

gaya hidup yang diamalkan. Jenama pemenang anugerah ini telah menghasilkan produk pewangi kereta

jenis gel yang mampu memberikan haruman manis dan menyenangkan yang boleh meresap ke setiap sudut

bahagian dalam kereta, untuk memastikan supaya perjalanan lebih menyeronokkan. Dengan gabungan bau

buah pic-nektarin bersama dengan bau lembut haruman madu yang wangi, ia mampu menjadikan setiap

perjalanan kereta itu seperti beradi di taman buah pic yang cantik dan harum. Alangkah seronoknya! Produk

ini didatangkan dalam bentuk botol kaca yang eksklusif, tidak mudah tumpah, tahan lebih lama, dan tahan

cuaca yang panas. Ia sangat sesuai dan kelihatan menarik untuk apa sahaja jenis kereta. Jenama pewangi

kereta Blank ini dihasilkan menggunakan teknologi Jepun, dan diperakui SDS dan Standards Malaysia.

Semua kenderaan di Malaysia sepatutnya mempunyai sebotol pewangi Blank di dalamnya!

www.facebook.com/blankcarfragrance

www.instagram.com/blank.malaysia


Minyak Pati Tulen

Minyak Pati Tulen 100% Tisserand

Kualiti dan Ketulenan yang Tiada Tandingan

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, penggunaan minyak pati tulen, iaitu essential oils atau

EO, sentiasa dikaitkan dengan tahap kesihatan yang amat memuaskan. Produk aromaterapi keluaran

Tisserand didapati istimewa sekali kerana ia hanya menggunakan 100% minyak pati tulen asli. Setiap

produk minyak pati tulen Tisserand mengekalkan kualiti semula jadinya, di mana ia merupakan pembelian

yang berbaloi hingga ke titisan terakhir. Daripada proses pengadukan bahan mentah hingga proses

pengeluaran, Tisserand menepati standard tertinggi yang telah ditetapkan. Oleh itu, pengguna boleh

menggunakan minyak pati pemenang anugerah ini untuk pelbagai kegunaan, tanpa sebarang kebimbangan

atau keraguan. Semua Minyak Pati Tisserand mengandungi 100% bahan organik tulen yang tumbuh

secara liar, dan juga dituai secara beretika. Selain itu juga, jenama ini hanya bekerjasama dengan rakan

kongsi yang bertanggungjawab untuk memenuhi standard etika dan kualitinya yang tinggi. Setiap minyak

pati memiliki bau yang harum dan membawa pelbagai manfaat dalam penyembuhan, semuanya pada

harga berpatutan. Dengan Tisserand, kesembuhan secara semulajadi dapat dihasilkan.

www.tisserand-my.com

www.facebook.com/tisserandmsia

www.instagram.com/tisserandmsia


Pusat Penjagaan

Kesihatan Bersepadu

MediCap

Landskap Perubatan Moden yang Direvolusikan

Sejak penubuhannya pada tahun 2017, MediCap mempunyai hasrat untuk menyatukan golongan pakar dan

professional dalam industri perubatan untuk menjadi satu pertubuhan yang saling bekerjasama. Memiliki

gabungan golongan pakar yang sangat berpengalaman, sasaran MediCap adalah untuk menyatukan

perubatan invasif dan bukan invasif melalui asas dalam sains perubatan, demi kejayaan bergema melalui

hab penjagaan kesihatan bersepadunya yang ditubuhkan di seluruh negara. MediCap telah memberi

penekenan dan tumpuan kepada Klinik Pengamal Am yang memberi rawatan terhadap penyakit harian,

perkhidmatan perubatan invasif untuk orang sakit dan lain-lain, serta Rejuvenate Wellness iaitu amalan

bukan invasif untuk mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan. Bukan itu

sahaja, MediCap turut memberi tumpuan terhadap Pusat Dialisis seperti Hemodialisis, serta sumbangan,

dan sokongan moral. Dengan adanya rawatan Medan Elektro-Magnetik Berdenyut (PEMF) yang kondusif,

MediCap dapat berbangga dengan rawatan yang dicipta khas oleh penasihat perubatan dalaman mereka

sendiri. Di samping mendapat sokongan padu daripada pengamal perubatan berpengalaman, MediCap giat

berusaha demi membantu orang ramai dengan meningkatkan kesedaran mereka tentang keberkesanan

ubat bukan invasif dan giat membantu mengarahkan industri perubatan untuk menggabungkan amalan

invasif dan bukan invasif.

www.medicap.com.my

www.facebook.com/medicapsdnbhd


Farmasi

BIG Pharmacy

Memenuhi Keperluan Kesihatan Masyarakat

BIG Pharmacy Healthcare Group bermula dengan hanya sebuah kedai kecil di Uptown Damansara, namun

kini, jenama farmasi terkenal ini telah mengorak langkah lebih besar dengan memiliki lebih daripada 150

buah cawangan di seluruh negeri. Dalam usaha bagi memastikan permintaan para pelanggan dapat

dipenuhi, variasi produk dan pilihan disediakan termasuklah ubat preskripsi, makanan organik, makanan

tambahan, bekalan pemulihan serta produk kesihatan dan kecantikan. Ahli farmasi serta pakar pemakanan

dan diet turut bersama berganding bahu memberikan nasihat dan cadangan yang wajar. Selain itu,

kumpulan ini juga turut berkembang maju melalui penggabungan, pengambilalihan serta pembukaan

cawangan-cawangan baharu. BIG Pharmacy Healthcare Group berharap, sebagai salah satu rangkaian

farmasi terkemuka di Malaysia, perniagaan mereka terus berkembang dengan maju agar dapat terus

memberikan perkhidmatan terbaik yang berterusan kepada masyarakan pada masa akan datang.

www.bigpharmacy.com.my www.facebook.com/bigpharmacymy www.instagram.com/bigpharmacymy


Suplemen Semulajadi

Mengekalkan Kesihatan Anda

Masalah sembelit merupakan salah satu masalah kesihatan yang kerap dialami dalam kalangan

masyarakat kita, masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan.

Namun begitu, dengan adanya produk ZINNIA Inner Cleanse masalah sembelit dapat ditangani. Kapsul

yang diperbuat daripada 100% herba semulajadi tulen ini, dapat menangani masalah sembelit secara

semulajadi. Mudah untuk di amalkan tanpa perlu dibancuh. Hanya dengan mengamalkan 1-2 kapsul

pada setiap hari ZINNIA dapat membantu melegakan masalah pada perut yang dialami oleh individu.

Antaranya, melancarkan pergerakan najis dan melegakan ketidakselesaan atau kembung perut. Produk

ZINNIA Inner Cleanse dapat digunakan tanpa sebarang keraguan kerana telah mendapat kelulusan

sijil daripada KKM (MAL14055115TC), serta mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP). ZINNIA Inner

Cleanse turut disarankan kepada pengamal vegetarian kerana mengandungi bahan seperti kapsul

sayuran. ZINNIA Inner Cleanse membantu pengguna mengekalkan kesihatan!

KKLIU: 0275/2022, tarikh tamat tempoh 31 Disember 2024

Ini adalah iklan produk tradisional.

VTOX2U

VTOX2U


Kecantikan Asli

1. Tak perlu mengumpul

item yang serupa

Sebelum menuju ke butik kosmetik,

ambil masa untuk semak terlebih

dahulu laci dan meja mekap sama ada

terdapat barangan yang masih belum

habis digunakan. Adakalanya wanita

terlalu obses mengikut trend dan ingin

memiliki produk-produk baharu yang

muncul di pasaran sehingga lupa apa

yang sudah pun dimiliki di rumah.

Kunci di sini ialah kesabaran. Kawal diri

daripada keinginan untuk mengejar

kosmetik terbaru yang muncul di

pasaran kerana ia sememangnya tidak

akan pernah berpenghujung. Sebagai

contoh lipstik yang sedia ada mungkin

memerlukan masa antara dua

sehingga tiga bulan untuk dihabiskan.

Berpada dengan apa yang masih ada

sebelum menggantikannya dengan

yang baharu.

2. Elak daripada

mengutamakan jenama

Sebelum menuju ke butik kosmetik,

ambil masa untuk semak terlebih

dahulu laci dan meja mekap sama ada

terdapat barangan yang masih belum

habis digunakan. Adakalanya wanita

terlalu obses mengikut trend dan ingin

memiliki produk-produk baharu yang

muncul di pasaran sehingga lupa apa

yang sudah pun dimiliki di rumah.

Kunci di sini ialah kesabaran. Kawal diri

daripada keinginan untuk mengejar

kosmetik terbaru yang muncul di

pasaran kerana ia sememangnya tidak

akan pernah berpenghujung. Sebagai

contoh lipstik yang sedia ada mungkin

memerlukan masa antara dua

sehingga tiga bulan untuk dihabiskan.

Berpada dengan apa yang masih ada

sebelum menggantikannya dengan

yang baharu.

Ingat Sebelum

Membeli!

Tip Memilih

Barangan Kosmetik

Alangkah indahnya dunia kosmetik. Kebolehan untuk

mencantikkan diri masing-masing memang sesuatu

yang mengasyikkan bagi wanita. Mereka sanggup

menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya di

butik peralatan mekap dan kosmetik semata-mata untuk

memenuhi kepuasan mencari kelengkapan mekap yang

diinginkan. Adakah ia berbaloi?

Perihal kosmetik dan pembelanjaan wanita

Wanita yang terlalu obses dengan barang mekap tidak berbelah bahagi untuk

membelanjakan sebahagian besar dari wang pendapatannya setiap bulan

sebagai pelaburan aset kecantikan yang dimilikinya. Namun, ada juga yang ingin

kelihatan cantik tetapi terpaksa berhadapan dengan kekangan wang. Bagi wanita

yang tergolong dalam kategori ini, anda sebenarnya masih berhak untuk tampil

cantik dengan memiliki peralatan kosmetik yang diinginkan. Terdapat beberapa

tips penjimatan membeli kosmetik yang boleh diikuti. Seperti nasihat pakar

kewangan, berbelanjalah secara bijak dan jangan membazir.

Khusus untuk wanita di luar sana, ini dia beberapa tips penjimatan membeli

kosmetik yang berbaloi untuk anda mencubanya sendiri.

Natural Health * Januari/Februari 2022

21


Kecantikan Asli

3. Rajinkan diri untuk minta sampel percuma

Rajinkan diri anda untuk melayari laman web atau menyertai program

pengedaran sampel kosmetik percuma kepada pelanggan. Kebiasaannya anda

boleh menjumpai tawaran-tawaran sampel percuma ini menerusi laman web

rasmi dan dengan mengikuti laman media sosial seperti facebook, instagram

dan twitter. Lebih menarik lagi sampel ini dihantar terus ke alamat rasmi anda

sama ada terus ke rumah atau di pejabat tempat anda bekerja. Semakin rajin

anda mengikuti program pengedaran sampel kosmetik percuma, semakin

banyak koleksi yang anda boleh kumpulkan di rumah, semakin banyak wang

yang mampu dijimatkan.

Sampel percuma juga boleh diperolehi melalui kunjungan anda ke pelancaran

produk-produk baru yang diperkenalkan oleh syarikat pengeluar barangan

kosmetik. Kebiasaannya mereka akan mengedarkan sampel pertama kepada

pengguna sebagai taktik pemasaran untuk mendapatkan promosi secara

percuma daripada bakal pelanggan.

4. Sertai program

keahlian dan / atau

dapatkan kupon

Ramai yang ragu-ragu memohon

program ahli seumur hidup kerana

tidak sanggup mengeluarkan

sejumlah wang sebagai ahli tetap.

Dengan menjadi ahli sesuatu

syarikat jenama kosmetik, anda

berpeluang merebut tawaran

menarik yang dianjurkan dari

semasa ke semasa seperti diskaun

potongan harga besar-besaran,

tebusan melalui kupon dan

sebagainya.

Pastikan anda tidak ketinggalan

mengikuti tawaran promosi yang

ditawarkan kepada ahli dari semasa ke

semasa. Antaranya melalui emel,

aplikasi dan sebagainya. Banyak wang

mampu anda jimatkan apabila

membeli sebagai ahli di saat syarikat

tersebut menganjurkan diskaun

potongan harga secara bersar-besaran.

5. Sentiasa mencuci

peralatan yang boleh

dibersihkan

Terdapat peralatan kosmetik yang

boleh dicuci seperti berus maskara,

berus pembayang mata, dan berus

pipi untuk memastikan

kebersihannya terjaga, selamat

digunakan dan sentiasa kelihatan

baru. Elakkan daripada terus

membuang peralatan yang tidak

digunakan. Sebaliknya kumpul dan

semak satu persatu jika ia masih

boleh dikitar semula untuk

kegunaan semula. Peralatan

kosmetik seumpama ini apabila

dijaga dengan baik selalunya boleh

digunakan untuk tempoh yang

lebih lama. Sekurang-kurangnya

anda masih sempat mengumpul

sejumlah wang sebelum

menggantikannya dengan

peralatan sama yang baru.

6. Do It Yourself (DIY)

Sekali sekala apa kata anda belajar

menghasilkan kosmetik, barangan

kecantikan dan pembersihan diri

secara DIY. Terdapat begitu banyak

tutorial DIY cara-cara menghasilkan

sesuatu barangan secara langkah

demi langkah. Antaranya kaedah

menghasilkan cecair penanggal

mekap menggunakan bahanbahan

semulajadi, teknik

menghasilkan pembayang mata

berkilau, teknik mengilatkan olesan

gincu bibir dan sebagainya.

Barangan yang dihasilkan secara

DIY boleh dihasilkan dan disimpan

dalam kuantiti yang banyak serta

boleh digunakan untuk tempoh

masa yang lebih lama. Yang

penting anda mesti rajin

mempelajari tutorial DIY dengan

mencubanya sendiri di rumah.

22 Natural Health * Januari/Februari 2022


Kecantikan Asli

7. Pelbagaikan teknik

mekap

Terdapat seribu satu cara anda boleh

kenakan mekap pada wajah. Apabila

anda mengenakan teknik mekap tebal

setiap hari, sudah tentu anda tidak akan

mampu menjimatkan peralatan

kosmetik secara maksima. Sebagai

contoh penggunaan bedak asas dan

maskara. Jika setiap kali keluar anda

mengenakan mekap tebal dengan

teknik yang sama, sudah tentulah ia

memakan belanja yang besar untuk

penggantian semula. Teknik mekap nipis

yang membuatkan wajah anda kelihatan

cantik secara semulajadi mampu

menjimatkan peralatan kosmetik anda

untuk tempoh penggunaan yang lebih

lama. Begitu juga dengan lipstik. Ada

harinya anda hanya perlu mengenakan

lipstik nipis yang dioles dengan lip balm

bagi menampilkan bibir yang segar dan

basah tanpa perlu mengenakan olesan

lipstik yang tebal sepanjang masa.

8. Bandingkan harga

sebelum membeli

Harga barangan kosmetik dan

kecantikan di butik dan

drugstore selalunya

mempamerkan perbezaan harga

yang ketara jika dibandingkan

dengan ruangan khas dalam

rangkaian membeli belah yang

lain seperti AEON, Tesco, Giant

dan sebagainya. Buatlah

perbandingan harga di antara

rangkaian yang anda kunjungi

bagi memastikan pusat mana

yang menawarkan harga yang

memberikan pulangan

maksimum bersesuaian dengan

bajet anda. Walaupun pilihan

yang ditawarkan tidak banyak

berbanding butik dan drugstore,

namun masih terdapat pilihan

kosmetik yang berkualiti pada

harga yang lebih murah

untuk anda.

RMXXX?

RMXX?

9. Ketahui warna & jenis mekap

paling bersesuaian

Setiap orang mempunyai jenis, warna kulit dan tekstur

wajah yang berlainan. Perbezaan ini menentukan

teknik, gaya mekap dan keperluan mekap yang

bersesuaian dengan diri masing-masing. Rajinkan diri

anda dengan melakukan sedikit rujukan sama ada

melalui majalah komestik, rujukan di internet atau

bertanya secara langsung kepada mereka yang pakar

dalam dunia mekap berkenaan dengan gaya mekap

yang paling bersesuaian dengan diri anda. Dari situ

anda boleh mendapatkan tips tentang keperluan asas

yang diperlukan untuk mendapatkan hasil mekap yang

optimum. Dari situ anda boleh menyenaraikan apa

yang diperlukan dan mengasingkan perkara-perkara

yang tidak perlu dimasukkan dalam senarai pembelian.

10. Kitar semula

bekas mekap

anda

Terdapat peralatan mekap

dan kosmetik yang

membenarkan pengisian

semula atau refill. Bekas

seperti face powder, palet

pembayang mata dan

pemerah pipi boleh

disimpan selepas habis

digunakan. Oleh itu, amat

penting bagi anda untuk

memilih jenis mekap dan

kosmetik yang

membenarkan pengisian

semula untuk penjimatan

wang semasa pembelian kali

kedua dan seterusnya.

Secara tidak langsung, anda

juga akan dapat memainkan

peranan untuk memelihara

persekitaran dengan cara

mengurangkan bahan

buangan!

Natural Health * Januari/Februari 2022

23


Makanan & Nutrisi

Keistimewaan

Buah Amla

Buah amla yang juga dikenali sebagai Indian gooseberry

ini banyak khasiatnya termasuk kandungan vitamin C yang

tinggi berbanding buah lain. Buah ini berbentuk bulat

atau lonjong, berwarna hijau ketika muda dan kemudian

bertukar menjadi kekuningan coklat setelah masak. Kajian

saintifik dan klinikal banyak membuktikan keajaiban buah

amla yang digunakan secara meluas dalam perubatan

alternatif, khususnya Ayurveda.

24 Natural Health * Januari/Februari 2022


Makanan & Nutrisi

1

atau

Buah amla kaya dengan asid askorbik, atau Vitamin C, di mana ia 20 kali ganda berbanding dengan buah

oren. Menariknya, kandungan Vitamin C dalam buah ini tidak hilang walaupun dijeruk di dalam air garam

di proses dalam bentuk buah kering.

Buah amla dapat membantu menurunkan berat badan. Ia kaya dengan kandungan serat dan rendah

kalori. Kandungan serat yang tinggi ini membantu melancarkan fungsi usus, mengurangkan rasa lapar

sekaligus mengenyangkan. Oleh itu, ia sangat sesuai kepada mereka yang sedang berdiet.

3

kronik

2

Buah amla digunakan oleh sesetengah komuniti di nagara asing untuk membantu dalam mengurangkan

kadar kolestrol dalam darah, yakni mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit

yang lain.

Buah kaya dengan asam sitrat semula jadi, yang mampu melindungi otak dari penyakit otak degeneratif

tertentu yang berhubung kait dengan zat besi berlebihan dalam sel otak. Kadar zat besi yang tinggi,

boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh, terutama sel

dalam otak. Buah amla, di sebagai sebahagian diet mingguan sekurang-kurangnya, dapat membantu

menyekat pengumpulan zat besi dalam sel dan mengurangkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer

dan angin ahmar.

4

5

mengurangi,

Buah bertaraf ‘superfood’ ini juga kaya dengan zat-zat yang dapat menjauhi penyakit kanser. Ia kaya dengan

antioksidan, dan bersama-sama kandungan lain sepert zat folat, kandungan fenolik, vitamin C dan E,

yang berperanan penting dalam pencegahan pertumbuhan yang tidak diingini. Nutrisi tersebut mampu

mengelak dan memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh peradangan dalam tubuh badan.

Amla mampu membantu dalam pengawalan gula dalam darah. Ia kaya dengan serat makanan yang dapat

melambatkan serapan gula ke dalam sistem pengaliran darah badan, dan seterusnya menjauhi lonjakan

paras gula dalam darah.

6

Natural Health * Januari/Februari 2022

25


kesihatan & Kesejahteraan

TREND

PENJAGAAN

KESIHATAN

MENUJU KE ARAH

KEMAJUAN

Sedasawarsa ini kehidupan masyarakat lebih banyak menuju kearah

pemodenan daripada segi pakaian, makanan, kegunaan peranti dan

sebagainya. Banyak masyarakat hari ini hidup berpaksikan wang

ringgit, yang tanpa disedari kemewahan yang mereka ada hari ini

sedikit sebanyak membunuh kehidupan mereka untuk menjadi hamba

kepada kekayaan. Kemewahan dan kemajuan yang diharapkan dan

seharusnya menjadi kebanggaan bukanlah wang ringgit semata-mata,

namun kemajuan dan pemodenan yang sebanarnya adalah melalui

bagaimana kita menjaga sistem kesihatan diri, keluarga, masyarakat

dan negara. Bukankah setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal

dan mental? Walau bagaimana pun, matlamat tersebut tidaklah mudah

tercapai seperti mana yang kita bayangkan. Masih ramai masyarakat

yang tidak mengambil berat tentang isu ini dengan mengabaikan

segala kepentingannya. Kita seharusnya bijak mengimbangkan antara

kemajuan sosial yang sepatutnya kita kecapi, dengan kemajuan dalam

kesihatan yang perlu kita peroleh dan dijaga sebagai lambang kebesaran

dan imej negara.

Oleh itu, disini terdapat 4 jenis trend penjagaan kesihatan yang

sepatutnya masyarakat ketahui antaranya termasuklah:

i) Trend Pengambilan Insurans

Untuk Diri Dan Keluarga

Masih ramai masyarakat yang tidak

sedar akan kepentingan mengambil

insurans untuk diri dan ahli keluarga.

Mereka sanggup menghabiskan wang

ringgit untuk satu perbelanjaan yang

mewah, namun membelanjakan wang

untuk membeli insurans perubatan

dianggap sebagai satu pembaziran.

Pelbagai alasan yang diberikan untuk

mereka tidak membelinya. Tanpa

disedari, tahun demi tahun kos

perubatan di dunia telah meningkat

dan boleh menyebabkan mereka

tidak mampu untuk menanggung kos

perubatan tersebut, jika berlakunya

kejadian yang tidak diinginkan. Oleh

itu, sangatlah penting untuk anda

bijak dalam menguruskan kewangan

dalam penjagaan dan perlindungan

kesihatan demi melindungi diri dan ahli

keluarga tercinta. Perkara ini penting

bagi memastikan anda dan keluarga

mendapat perkhidmatan yang lebih

selesa, cepat dan suasana yang lebih

kondusif. Selain itu, dengan adanya

pengambilan perkhidmatan insurans

dalam semua ahli keluarga masyarakat,

ia dapat menjamin agar perlindungan

dan penjagaan kesihatan dalam

kalangan rakyat tidak lagi akan terabai,

kerana mempunyai simpanan yang

bijak, malah jangka hayat individu juga

akan dijangka akan meningkat kerana

tidak ada kesihatan yang merosot

akibat pengabaian perlindungan dan

penjagaan kesihatan.

ii) Trend Rawatan Perubatan

Secara Pencetakan Bio Dan

Perubatan Regeneratif

Rawatan perubatan secara pencetakan

bio dan regeneratif ini merupakan satu

Teknik perubatan moden yang masih

belum meluas di negara kita. Rawatan

ini akan menggunakan teknik yang

sama seperti konvensional Percetakan

3D dalam proses penghasilan organ

tiruan. Setelah mencapai tempoh masa

yang matang, organ yang dihasilkan

akan dimasukkan ke dalam tubuh

badan pesakit bagi menggantikan

organ lama yang telah rosak.

Pencetakan organ berjaya berpotensi

mempengaruhi beberapa industri.

Antaranya termasuk pemindahan

26 Natural Health * Januari/Februari 2022


kesihatan & Kesejahteraan

organ, matlamat ini baik kerana,

pesakit tidak perlu lagi menunggu

dalam tempoh masa yang terlalu lama

bagi mendapatkan penderma organ.

Hal ini dikatakan demikian kerana,

terdapat kajian yang menyatakan

bahawa terdapat seramai 10,000

pesakit telah meninggal dunia sebelum

menjalani pemindahan organ kerana

menunggu giliran yang terlalu lama

untuk mendapatkan penderma yang

sepadan. Dengan adanya rawatan

seperti ini pesakit akan memperoleh

organ baharu sebagai pengganti organ

yang telah rosak dalam tempoh masa

yang lebih cepat. Contohnya, paruparu,

hati, jantung, buah pinggang

dan sebagainya. Walaupun teknologi

ini dilihat luar biasa dan sukar untuk

dipercayai, namun ia mampu menjadi

kenyataan kerana banyak kajian telah

dijalankan oleh pakar perubatan

dan penyelidik dari luar negara.

Teknologi canggih ini juga mampu

mengembangkan fungsi organ

manusia semula. Jadi anda tidak perlu

bimbang dengan kesan sampingan

selepas pembedahan kerana ia

tidak akan menyebabkan kerosakan

pada tisu penerima organ dan tidak

mendatangkan sebarang masalah

kepada organ yang tidak boleh

diterima oleh tubuh badan.

iii) Penjagaan Kesihatan Mental

Secara Atas Talian /

E-Sokongan Psikologi

Akhir-akhir ini isu berkaitan dengan

masalah kesihatan mental acapkali

kita dengar dan menjadi buah

mulut masyarakat. Faktor tekanan

hidup, masalah di tempat kerja

dan isu keganasan rumah tangga

seringkali menjadi punca utama

kepada permasalahan ini. Namun

terdapat sesetengah masyarakat yang

memandang ringan terhadap isu

ini dan menjadikannya sebagai satu

jenaka. Tanpa mereka sedari gurauan

yang sering kali mereka lakukan ini

boleh menyebabkan seseorang itu

membunuh diri. Sekiranya anda sendiri

yang mengalami masalah tekanan

perasaan akibat desakan hidup, jangan

sesekali berdiam diri atau memendam

perasaan, dapatkan rawatan segera.

Isu penjagaan kesihatan penting bukan

sahaja berkaitan dengan fizikal, malah

ia juga berkaitan juga dengan mental

dan emosi seseorang. Hari ini ramai

masyarakat yang mengalami masalah

tekanan perasaan merasa takut

untuk keluar daripada masalah yang

mereka alami akibat takut dikecam

oleh masyarakat. Mereka takut untuk

mendapatkan rawatan sewajarnya di

hospital atau di pusat rawatan yang

menyediakan perkhidmatan daripada

golongan professional. Ada di antara

mereka yang menganggap sekiranya

mereka mendapatkan rawatan tersebut,

masyarakat akan menganggap mereka

sebagai seorang yang tidak waras atau

“gila”. Fikiran sempit seperti ini yang

menyebabkan sesetengah individu

takut untuk mendapatkan bantuan.

Oleh tiu, dengan adanya perkhidmatan

rawatan mental secara atas talian

dapat membantu golongan ini untuk

mendapatkan bantuan. Misalnya anda

boleh menghubungi perkhidmatan

kaunseling seperti KSK Care Centre,

Malaysian Relief Agency, Befrienders,

Hospital Canselor Tuanku Muhriz

(HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) Mereka akan mendapat

sokongan moral yang lebih kukuh.

Mereka dapat berkongsi masalah yang

dihadapi dengan cara menghubungi

talian perkhidmatan tanpa perlu bersua

muka. Pesakit ini akan berasa lebih

yakin dan selamat untuk bercerita

masalah yang dihadapi. Malah stigma

bahawa mereka yang mempunyai

masalah mental seperti anxiety dan

depression adalah golongan yang tidak

mempunyai pendirian agama juga

dapat diatasi.

iv) Mendapatkan Rawatan

Di Pusat Rawatan

Berteknologi Tinggi

Sistem kesihatan dan perubatan di

negara ini sewajarnya dinaiktaraf

seiring dengan kemajuan dalam

pelbagai sektor yang ada di dalam

negara. Kemajuan dan pemodenan

dalam sistem kesihatan ini penting

bagi memastikan rakyat dan pesakit

di negara ini mendapat perkhidmatan

dan rawatan dalam suasana yang

lebih kondusif seperti negara negara

maju yang lain. Sebagai rakyat kita

wajar memilih di dan bagaimana

cara kita dirawat bagi menjamin

kesejahteraan diri dan keluarga.

Tindakan ini bukanlah untuk

menunjukkan lambang kemewahan

seseorang, sebaliknya ia penting dalam

memberikan keselesaan kepada diri

atau keluarga semasa mendapatkan

rawatan. Sebagai contoh rawatan

canggih dan berteknologi tinggi

yang terdapat di Malaysia termasuk

mempunyai mesin scan Angio-CT

Hibrid yang terdapat di Hospital

Selayang bagi menilai keberkesanan

rawatan dan menyediakan baseline

untuk melakukan imbasan ke atas

pesakit. Disamping itu, Sunway

Medical Center Velocity juga pernah

memenangi Anugerah Frost & Sullivan

Excellence Awards, Asia Pacific Best

Practices Awards baru-baru ini secara

tidak langsung memberi satu reaksi

positif dalam kalangan masyarakat

untuk melakukan tindakan bijak dalam

memilih pusat rawatan yang dapat

menawarkan perkhidmatan rawatan

yang lebih kondusif.

Bagi membolehkan negara menuju

ke arah negara yang membangun

memerlukan rakyat memiliki jati diri

yang teguh dan saling bekerjasama

dalam apa jua situasi. Bukan itu sahaja,

sebagai seorang rakyat yang tinggal

di negara maju penelitian daripada

semua aspek haruslah diberikan

penekan terutama dalam aspek

kesihatan. Banyak negara yang mampu

menjadikan negara mereka maju

disebabkan oleh sikap dan tindakan

pemimpin serta rakyat yang prihatin

terhadap isu perubatan dan kesihatan

di negara mereka antaranya Singapura,

India, Korea Selatan dan Costa Rica.

Kita seharusnya menjadikan negaranegara

ini sebagai satu idola yang

hebat untuk dicontohi. Sikap suka

menghakimi diri dan orang lain perlu

dijauhi. Sebagai rakyat yang ingin

memajukan negara dalam pelbagai

industri terutamanya dalam bidang

perubatan dan kesihatan mentaliti kita

juga seharusnya bergerak sama pantas

dengan kemajuan dunia. Kesihatan

yang diberikan oleh Tuhan pada hari

ini seharusnya kita jaga kerana ia

merupakan satu anugerah yang tidak

ternilai. Jadi sekiranya ada diantara

kita yang menghidapi sebarang

penyakit berbahaya, sudah tentu kita

memerlukan rawatan canggih dan

moden untuk merawatnya.

Natural Health * Januari/Februari 2022

27


kesihatan & Kesejahteraan

Denggi - Lindungi

Keluarga Anda!

10 perkara yang patut diketahui,

dan tips elakkan gigitan

nyamuk aedes!

28 Natural Health * Januari/Februari 2022


kesihatan & Kesejahteraan

Keadaan cuaca yang panas dan

lembab, longkang tersumbat, bekas

yang bertakung dengan air - ini

adalah antara faktor-faktor pembiakan

nyamuk aedes dan punca tersebarnya

demam denggi. Jadi, lindungi keluarga

anda daripada gigitan serangga

berbahaya ini!

Elak daripada gigitan, lakukan

apa yang patut

Memandangkan kita tinggal di kawasan

tropika dan keadaan cuaca yang cukup

sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes,

jadi Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) menyediakan informasi

secukupnya untuk memastikan

masyarakat mengambil berat akan

wabak ini.

Penting untuk setiap orang tahu akan

bahayanya wabak denggi dan langkah

serta prosedur yang perlu bagi

mengelakkan pembiakan nyamuk

aedes. Sebagai peringatan, berikut

kami kongsikan langkah yang perlu

dilakukan oleh ibu bapa khususnya

terhadap kebersihan di sekeliling

kawasan perumahan anda. Mana tahu,

anda terlepas pandang untuk

memeriksa kawasan-kawasan sekitar.

1Simpan bekas dan tin

kosong

Jangan biarkan bekas atau tin

kosong berada pada tempat yang

terbuka sehingga boleh menakung air.

Ingatlah bahawa bekas-bekas kosong

ini boleh menjadi kawasan takungan air

sekali gus menjadi lokasi pembiakan

nyamuk aedes.

2Kerap tukar air dalam

pasu bunga

Jika anda ada meletakkan pasu

bunga yang berisi air, pastikan anda

kerap menukar airnya dan membasuh

serta membersihkan pasu tersebut. Air

yang bertakung akan menjadi tempat

pembiakan jentik-jentik.

3Tutup bekas air

Jika kawasan rumah ada ada

bekas simpanan air seperti

kolah, tempayan atau besen, tutup

bekas tersebut dengan rapat untuk

mencegah nyamuk menjadikan sarang

telur mereka.

4Tukar air kolah

Tukar air dalam tempayan atau

kolah mandi setiap minggu serta

cuci dan basuh sehingga bersih

tempat tersebut sebelum menadah air

yang baru.

5Bersihkan alas piring

Bersihkan alas piring pasu yang

berisi air dan cuci hingga bersih

untuk memusnahkan pembiakan telur

jentik-jentik.

6Periksa longkang yang

tersumbat

Bersihkan longkang-longkang

yang tersumbat sekurang-kurangnya

sekali seminggu. Daun-daun kering

boleh juga menghalang laluan

longkang sehingga menyebabkannya

tersumbat, sekali gus menyebabkan air

bertakung pada longkang tersebut.

7Gunakan penyembur

serangga

Hapuskan nyamuk aedes

dewasa dengan cara menyembur

racun serangga di kawasan sekeliling

rumah anda.

8Ubat pembunuh jentikjentik

Masukkan ubat pembunuh

jentik-jentik pada bekas simpanan air

anda ataupun tangki air.

9Tanam semula

Tanam semula benda atau bekas

yang boleh menakung air hujan

seperti botol dan tin kosong.

air hujan

Periksa saluran bumbung

10Salurkan

yang bertindak menakung

air hujan dan bersihkannya supaya air

tidak dapat bertakung di atas bumbung.

Tips

elak

daripada

gigitan

• Tidak kiralah berapa banyak langkah

pencegahan yang anda ambil untuk

menghalang pembiakan nyamuk aedes,

namun potensi untuk anda sekeluarga

digigit nyamuk masih ada. Serangga

berbahaya ini mungkin akan

‘menyelinap’ masuk ke rumah anda

tanpa anda sedar.

• Oleh itu, bagi mengelakkan gigitan

nyamuk, berikut kami sediakan

beberapa cadangan untuk anda ikuti:

• Pakai pakaian bertutup. Sarungkan

baju berlengan panjang dan seluar

panjang dengan stoking jika anda keluar

rumah dan melakukan aktiviti luar

rumah. Ini untuk mengelakkan anda dan

keluarga daripada digigit nyamuk.

• Pasang jaring. Letakkan jaring

nyamuk pada setiap pintu dan tingkap

rumah anda supaya dapat membantu

mengelakkan nyamuk daripada

memasuki rumah.

• Jangan keluar rumah pada waktuwaktu

tertentu. Elakkan daripada

berada di luar pada awal pagi dan senja

kerana nyamuk aedes keluar mencari

makan pada waktu tersebut. Jika anda

terpaksa keluar pada waktu tersebut,

pakailah pakaian bertutup dan sapukan

krim atau ubat pencegah nyamuk.

• Gunakan ubat nyamuk atau pencegah

nyamuk elektrik. Dengan cara ini dapat

melindungi rumah anda daripada

nyamuk dan mengurangkan risiko

nyamuk masuk ke dalam rumah anda.

• Gunakan semburan pencegah nyamuk

pada kulit yang terdedah. Ini juga salah

satu cara yang efektif untuk melindungi

diri daripada digigit nyamuk. Cari

jenama pencegah nyamuk yang selamat

untuk diletakkan pada kulit.

Natural Health * Januari/Februari 2022

29


Coretan Tahun Baru

22

Azam Tahun

Baharu yang Sihat

Menjelang tahun baru yang bakal kunjung tiba

tidak lama lagi sudah pasti ramai di antara kita

yang telah mencipta azam baharu dan meletakkan

pelbagai matlamat untuk berubah kearah yang

lebih positif, bagi membentuk kehidupan yang

harmoni. Azam baharu yang dimaksudkan

termasuk mencapai satu tahap kesihatan yang

lebih memberangsangkan dalam melahirkan

masyarakat yang sejahtera.

Di sini terdapat 22 jenis azam baharu sihat yang

boleh anda amalkan:

MEMPERBAIKI HUBUNGAN YANG SUDAH LAMA

TERLERAI

Pada zahirnya memperbaiki hubungan yang hampir atau

sudah retak membuatkan kita lebih tenang dan mampu

meningkatkan keyakinan dalam diri. Kesihatan mental juga

lebih terpelihara sekiranya tiada lagi perasaan dendam dan

marah yang menyelubungi diri. Selain itu, kehidupan juga

akan menjadi lebih harmoni sekiranya kita tidak mempunyai

musuh. Kita mampu melakukannya dengan mula meminta

maaf atau memaafkan orang lain, walaupun bukan mudah

kita pasti mampu melakukannya.

MENGURANGKAN PENGGUNAAN GADJET

Penggunaan gadjet sudah menjadi medan pergantungan

masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Namun

sedarkah anda, penggunaan gadjet yang berlebihan boleh

membahayakan tahap kesihatan mental dan mata seseorang.

Cuba lakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca

buku atau melukis untuk mengganti dan mengawal

penggunaan gadjet dalam kehidupan seharian. Tidak salah

untuk kita bersosial dan menggunakannya, namun hadkanlah

penggunaannya, tetapkan masa dan hanya menggunakan

gadjet ini ketika perlu sahaja.

HENTIKAN TABIAT MEMBANDINGKAN KEHDUPAN

DENGAN INDIVIDU LAIN.

Masyarakat kini terutamanya kaum wanita, remaja dan

kanak-kanak gemar untuk membandingkan kehidupan

mereka dengan individu yang dianggap mempunyai lebih

banyak keistimewaaan berbanding apa yang mereka miliki.

Sesetengah pihak menganggap perkara ini sebagai perkara

biasa. Namun tahukah anda, perkara ini merupakan salah

satu daripada masalah psikologi? Oleh itu, bermula pada

hari ini, tabiat seperti ini perlu dihentikan. Anda perlu

memandang kehidupan ke satu arah yang lebih positif.

Sedarlah bahawa setiap individu memiliki kelebihan dan

kekurangan yang tersendiri. Memburukkan diri sendiri tidak

menjadikan anda lebih baik,sebaliknya membuatkan anda

berasa lebih tidak yakin dengan diri sendiri. Oleh itu, anda

mestilah menghargai setiap kelebihan dan kekurangan yang

pada pada diri supaya individu di sekeliling lebih menghargai

dan menyayangi kehadiran anda.

LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN BULANAN.

Satu pemeriksan kesihatan khusus pada setiap bulan perlulah

dilakukan bagi memastikan anda berada dalam keadaan yang

sihat. Semakin meningkat umur seseorang semakin tinggi

risiko untuk mereka menghidapi penyakit merbahaya. Bagi

mengurangkan risiko tersebut anda digalakkan membuat

pemeriksaan kesihatan sekurang-kurang sekali pada setiap

tahun. Pemeriksaan yang anda harus jalankan termasuklah

pemeriksaan jantung, buah pinggang, darah, gigi dan

sebagainya. Perkara ini penting untuk mengetahui samada

tahap kesihatan seseorang normal atau sebaliknya.

MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG

Pemakanan yang sihat akan mewujudkan tahap kesihatan

yang lebih sempurna. Masyarakat digalakkan untuk

mengamalkan diet pemakanan seperti yang terkandung

dalam piramid makanan. Salah satu cara yang paling mudah

untuk diamalkan termasuklah mengambil makanan yang

bernutrisi lengkap pada satu masa dan mengurangkan

pengambilan lemak dan gula dalam makanan yang mungkin

30 Natural Health * Januari/Februari 2022


Coretan Tahun Baru

boleh menjejaskan kesihatan. Jika anda sukar untuk

mengamalkannya sekali gus, jangan bimbang mulakan

dengan perlahan-lahan pada setiap hari dengan konsisten.

LAKUKAN LEBIH BANYAK AKTIVITI FIZIKAL

Hidup dalam suasana norma baharu ini memerlukan anda

untuk lebih banyak meluangkan masa di rumah. Tetapi ini

tidak bermakna anda perlu duduk sahaja tanpa melakukan

apa-apa aktiviti. Duduk atau baring terlalu lama bukan

sahaja boleh menyebabkan anda bosan malah ia juga boleh

menjejaskan tahap kesihataan seseorang yang dikaitkan

juga dengan kematian. Jadi bagi mengelakkan berlakunya

masalah tersebut, anda dinasihatkan agar perbanyakkan

melakukan senaman ringan seperti naik turun anak

tangga, berjogging, berjalan kaki atau senaman reganggan

selama 10-15 minit pada setiap hari dalam mencapai tahap

kesihatan yang normal.

MENJAGA KESIHATAN TULANG BELAKANG

Penjagaan tulang belakang di usia yang muda sangat penting

bagi mengelakkan berlakunya masalah sakit belakang,

tengkuk atau merasa letih dan lesu semasa melakukan

pekerjaan. Penjagaan tulang belakang perlu diberikan

perhatian. Individu dinasihatkan untuk tidak mengangkat

barang-barang berat yang mungkin boleh menjejaskan

postur tulang belakang. Selain itu, bagi kaum wanita anda

perlu mengurangkan penggunaan pemakaian kasut bertumit

tinggi, sebaliknya memilih kasut yang bersesuaian dengan

berat badan lembut serta memiliki permukaan yang rata.

Individu juga perlu mengelakkan untuk berdiri terlalu lama

bagi mengelakkan berlakunya masalah sakit tulang belakang.

MENINGGALKAN AMALAN YANG TIDAK SIHAT

Bagi mewujudkan satu tahap kesihatan yang optimum, tabiat

merokok dan minuman beralkohol perlulah ditinggalkan.

Seperti yang diketahui umum, bahan yang terkandung dalam

rokok seperti tar, nikotin dan plumbum boleh merosakkan

sistem fungsi saraf otak. Bagi mereka yang bergelar

perokok tegar atau mengamalkan minuman berakohol

dalam kehidupan seharian, perlu ditegaskan anda mestilah

meninggalkan tabiat ini dan menggantikannya dengan perkara

yang lebih sihat. Misalnya, perbanyakkan minum air masak

serta mengurangkan minuman berkafein, menggunakan terapi

sebagai pengganti rokok dan melakukan senaman ringan.

KURANGKAN PENGAMBILAN GULA DALAM

MAKANAN DAN MINUMAN

Gula merupakan antara salah satu daripadaa golongan

karbohidrat yang dicerna untuk menjadi sumber tenaga

kepada tubuh badan. Namun sekiranya diambil pada jumlah

yang berlebihan padah bakal menghampiri kita. Pelbagai

penyakit merbahaya mungkin akan kita hadapi. Bagi

mengurangkan pengambilan gula anda boleh cuba beberapa

cara seperti menggantikan beras putih kepada beras perang,

perbanyakkan minum air kosong dan menggantikan coklat

dan manisan dengan buah-buahan.

BERCUTI

Luangkan sedikit masa bersama-sama keluarga atau rakanrakan

untuk menghilangkan beban yang tertanggung secara

tidak langsung akan memberi aura positif kepada kita.

Melancong ke tempat-tempat menarik seperti melihat pulaupulau

yang cantik sekurang-kurangnya dua atau tiga hari.

Semasa bercuti tumpukan sepenuh perhatian dan lepaskan

segala lelah yang ada. Perkara ini sedikit sebanyak membantu

anda untuk berasa lebih tenang.

AMALKAN AMALAN MEMBAWA BEKAL DARI RUMAH

Tips ini bukan sahaja mampu menjimatkan perbelanjaan

malah ia juga dapat membantu kita mencapai tahap

kesihatan yang optimum. Kita dapat menentukan kualiti

diet dengan lebih baik sekiranya memasak sendiri dirumah

berbanding membeli makanan dari diluar. Tahap kesihatan

juga dapat dijamin sekiranya kita mengamalkan amalan ini.

MENCAPAI BERAT BADAN YANG IDEAL

Memiliki berat badan yang ideal sememangnya impian

semua masyarakat tidak mengira jantina atau peringkat

umur. Mencapai berat badan yang ideal mampu menjadikan

seseorang itu lebih proaktif dalam menjalani kehidupan

seharian. Mereka akan lebih bertenaga dan tidak muda

merasa letih atau lemah. Untuk menjadikannya kenyataaan,

seseorang itu perlulah berdisiplin dan tegas dengan diri

sendiri dengan menjaga pemakanan dan aktiviti seharian.

Individu ini juga perlu mendapatkan nasihat daripada pakar

agar mereka tidak salah dalam melakukan teknik.

MENJAGA KETERAMPILAN DIRI

Penjagaan imej diri seseorang sangat penting untuk

melambangkan keperibadian seseorang. Kebersihan diri

dalam pelbagai aspek merangkumi kebersihan gigi, rambut

kuku dan wajah perlu dijaga bagi menjamin persekitaran

yang bersih dan sihat. Pemilihan jenama ubat gigi, syampu

dan pencuci wajah perlu diberi perhatian yang lebih khusus

supaya kita tidak silap membuat pilihan. Penampilan diri yang

terjaga akan menjamin kebersihan serta kesihatan seseorang.

MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Kehidupan dalam era pandemik memaksa sesetengah

masyarakat untuk hidup dalam beberapa faktor yang

memberikan mereka tekanan. Perasaan tertekan, marah

dan sedih akan menyelubungi diri, lebih teruk sekiranya

mereka ini tiada tempat untuk bergantung harap dan

mengadu. Mereka digalakan untuk menghubungi pihak

yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk berkongsi

segala masalah yang dihadapi. Banyak pihak yang telah

menawarkan perkhidmatan ini. Anda boleh memilih untuk

berkongsi masalah secara atas talian atau bersemuka.

Natural Health * Januari/Februari 2022

31


Coretan Tahun Baru

MEMBERI LAYANAN YANG BAIK UNTUK DIRI SENDIRI

Jika sebelum ini anda hanya memberikan yang terbaik untuk

orang lain sahaja, perlu disedar bahawa anda juga berhak

mendapat perkara yang sama. Luangkanlah sedikit masa

untuk diri sendiri dengan melakukan perkara yang anda

gemari, seperti berkaraoke, menonton wayang atau bercuti

ke tempat-tempat menarik, yang akan membantu kesihatan

mental anda menjadi lebih sihat. Perbanyakkan memuji diri

sendiri juga secara tidak langsung akan memberikan suasana

positif dalam kehidupan seharian.

MENDEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN

Setiap individu mempunyai pegangan dan kepercayaan

agama yang tersendiri. Letakan satu matlamat untuk mula

taat dengan apa yang diajarkan oleh agama di samping

meninggalkan segala larangannya. Perkara ini akan

membantu individu untuk membentuk keperibadian yang

mulia, sekaligus menjadikan mereka seorang yang amanah,

berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri dan agama.

MENYERTAI AKTIVITI SUKARELAWAN

Penglibatan individu dalam aktiviti sukarelawan yang

dianjurkan oleh pihak bertanggungjawab merupakan

antara salah satu jalan terbaik untuk memulihkan masalah

“depression” atau “anxiety”. Hal ini kerana, semasa

melaksanakan aktiviti, mereka akan mula melihat setiap

masalah daripada pelbagai sudut dan membandingkan

masalah mereka dengan orang lain dengan cara yang positif.

Individu ini akan banyak berkomunikasi dengan masyarakat

luar yang akan sedikit sebanyak membantu mereka berasa

lebih yakin untuk menghadapi situasi dibawah tekanan.

AMALKAN PEMAKANAN YANG MENGANDUNGI

VITAMIN-C

Seperti mana yang kita semua ketahui, Vitamin C amat

diperlukan bagi menyokong imunisasi tubuh badan manusia.

Vitamin C boleh diperoleh melalui buah-buahan dan

sayur-sayuran seperti kiwi, brokoli, tomato dan betik. Kita

dinasihatkan untuk mengamalkan pengambilan Vitamin C

secara semula jadi melalui buah-buahan dan sayur-sayuran

berbanding “supplement” yang ada di pasaran. Vitamin C

membantu manusia untuk menaambahkan keserian di wajah,

mengelakkan diri dari jangkitan kuman dan membantu dalam

penghasilan kolegen.

PENTINGNYA PENJAGAAN KESIHATAN MATA

Mata merupakan aset tidak ternilai yang dimiliki oleh

manusia. Oleh itu penjagaan mata sangatlah penting untuk

memastikan penglihatan mata sentiasa jelas walaupun pada

usia yang semakin meningkat. Penggunaan mata yang

terlalu kerap pada pencahayaan boleh menyebabkan mata

mudah letih. Jadi, kita perlulah bijak menguruskan masa agar

kesihatan mata dapat kita jaga.Lakukanlah pemeriksaan mata

secara berkala bagi memastikan tahap penglihatan sentiasa

berada pada paras yang baik. Elakkan membaca dalam

keadaan yang gelap atau terlalu dekat dan kerap melakukan

senaman mata juga akan membantu dalam penjagaan mata.

AMALKAN AMALAN BERJALAN KAKI

Amalan berjalan kaki merupakan salah satu cara yang

membantu kita berjimat cermat di samping dapat

menyihatkan tubuh badan. Individu yang mengamalkan cara

ini tidak perlu lagi bersusah payah untuk menanggung kos

untuk mengisi minyak kenderaan. Mereka dapat menjimatkan

wang dengan mengamalkan cara ini. Mereka boleh

memulakannya dengan berjalan kaki untuk pergi ke tempat

kerja, membeli barangan dapur atau semasa ke rumah

ibadat. Amalan ini bahkan mampu mengurangkan risiko

penyakit jantung, mengurangkan risiko penyakit diabetes dan

mengekalkan kekuatan otot.

MENCIPTA HOBI BARU ATAU MELAKUKAN PERKARA

YANG DISUKAI

Setiap individu sudah pasti memiliki hobi tersendiri untuk

dilakukan pada waktu lapang. Masa yang terluang seharusnya

diisi dengan perkara-perkara yang memberi manfaat. Individu

boleh mencuba dan meneroka aktiviti-aktiviti yang menjadi

“trend” pada zaman sekarang. Sebagai contoh aktiviti sukan

lasak seperti Paragliding, Berkayak, Flying Fox, Bungee

Jumping, mendaki dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini sedikit

sebanyak membantu individu untuk mengurangkan stress

di tempat kerja disamping dapat mengeluarkan peluh untuk

hidup dengan lebih sihat. Bagi menjadikan hobi baharu anda

ini berkekalan, anda mestilah berdisiplin dengan menetapkan

jadual dan menjadikannya sebagai satu rutin yang wajib

anda lakukan pada setiap hujung minggu. Jika anda masih

memandang ringan terhadap perkara ini, hobi yang bakal

anda lakukan ini mungkin tidak akan bertahan lama dan hanya

sekadar “hangat-hangat tahi ayam” semata-mata.

ELAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA

Kehidupan di dunia yang serba moden ini memerlukan

kita sentiasa bertindak pantas, ini termasuklah dalam

pemilihan makanan. Masyarakat kini gemar mengamallkan

pengambilan makanan segera dan makanan ringan untuk

dijadikan juadah makan tengah hari dan makan malam

mereka. Perkara ini boleh menyebabkan masalah obesiti,

masalah jantung dan buah pinggang. Bagi mengelakkan

perkara ini berlaku,kita dinasihatkan untuk mengamalkan

amalan gaya hidup sihat dengan mula mempratikkannya

dengan memasak sendiri di rumah.

Keinginan mencapai sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya

merupakan azam baru bagi semua individu. Teknik dan

cara yang betul akan membantu kita menjadikan impian

tersebut menjadi kenyataan. Matlamat ini memerlukan

kita menjadi orang yang lebih penyabar kerana semuanya

memerlukan jangka masa yang panjang. Oleh itu, semangat

yang diperlukan bukan sahaja dari diri sendiri namun ia

juga diperlukan dari orang sekeliling. Jadi bergaulah dengan

orang-orang positif supaya impian dan matlamat yang kita

impikan dapat dikecapi.

32 Natural Health * Januari/Februari 2022


Santai

Melancong

Dengan Selamat

Melancong ke destinasi menarik samada dalam atau luar

negara sememangnya suatu perkara yang memberikan

keseronokkan. Melawat ke tempat-tempat menarik atau

melakukan sebarang aktiviti yang memberi kepuasan akan

sedikit sebanyak membantu dalam mengurangkan tekanan

yang dihadapi. Antara aktiviti yang menjadi kebiasaan semasa

melancong termasuklah membeli-belah, berkelah, mendaki

gunung atau berehat di tepi pantai akan memberi keseronokkan

kepada para pelancong. Namun begitu, tahukah anda terdapat

beberapa faktor yang perlu diberi penekanan penting sebelum

melancong? Terutama sekali ketika berlakunya penularan virus

covid-19 dan pelbagai penyakit lain di seluruh dunia. Kehidupan

yang sebelum ini bebas bertukar menjadi suasana yang lebih

terhad dan memerlukan kita supaya lebih berhati-hati. Banyak

perkara yang sebelum ini boleh kita lakukan, menjadi perkara

yang dilarang. Perhatian yang lebih khusus juga harus diberikan

sebelum melancong sekiranya anda mempunyai anak kecil

atau warga emas atau mungkin juga golongan berisiko seperti

ibu hamil dan mereka yang mengidap penyakit berbahaya.

Terdapat 5 cara terbaik untuk melancong dengan selamat yang

disarankan oleh pakar perubatan.

Natural Health * Januari/Februari 2022

33


Santai

Memilih Tempat Pelancongan

Berisiko Rendah

Bagi mereka yang ingin melancong

ke luar atau dalam negara,anda

disarankan untuk memilih negara atau

negeri yang berisiko rendah terhadap

penularan covid-19. Seperti mana yang

kita semua sedia maklum, penularan

covid-19 telah menjadi kes endemik

di dalam negara dan memaksa kita

hidup dalam suasana yang baru.

Oleh itu, amatlah disarankan supaya

kita membuat tinjauan secara atas

talian terlebih dahulu atau berhubung

dengan individu yang tinggal di

kawasan tersebut untuk mengetahui

situasi dan keadaan kes covid-19,

sebelum melancong ke sana. Walaupun

tempat tersebut dikatakan cantik,

popular, murah dan menjadi serbuan

orang ramai, jangan mudah terpedaya

anda perlu berhati-hati. Kita perlu

memilih tempat yang berisiko rendah

agar tidak dijangkiti virus tersebut.

Penyediaan Bekalan

Ubat-Ubatan

Langkah menyediakan bekalan

perubatan ini penting supaya dapat

menjadi penyelamat sekiranya

berlakunya perkara yang tidak

diinginkan. Anda perlu menyediakan

sebuah beg khas untuk mengisi

semua ubat-ubatan yang ada. Jika

anda ialah golongan yang mengambil

ubat yang ditetapkan oleh pakar

perubatan, adalah digalakkan supaya

anda membawa preskripsi ubat dan

surat doktor bersama-sama. Selain itu,

untuk golongan bukan berisiko tinggi

pula, anda juga perlu menyediakan

beg bekalan yang sama seperti kit

pertolongan kecemasan. Peralatan

ini dapat menjadi langkah

bantuan awal untuk

menyelamatkan

nyawa, mengurangkan

atau melegakan

kesakitan dan

mencegah

kecederaan

daripada terus

merebak sebelum

mendapatkan rawatan di hospital

sekiranya terjadinya kemalangan diluar

jangkaan anda.

Pemeriksaan Kesihatan

Menurut pakar perubatan, untuk

menjadikan perjalanan anda berjalan

lancar, anda dinasihatkan supaya

melakukan pemeriksaan kesihatan

terlebih dahulu sebelum melancong

ke mana-mana tempat. Individu

yang ingin melancong ke luar negara

terutamanya, lebih terdedah kepada

pelbagai risiko kerana berada di

persekitaran yang asing. Perkara

ini berlaku disebabkan oleh cuaca

dan suhu yang berbeza daripada

biasa. Anda dinasihatkan melakukan

pemeriksaan kesihatan lebih awal iaitu

seminggu sebelum bercuti. Sebagai

contoh, semasa dalam era penularan

virus covid-19, kita disarankan supaya

melaksanakan ujian “Swab Test”

terlebih dahulu sebelum memulakan

perjalanan. Perancangan awal dan

langkah berjaga-jaga yang diambil

mampu mengurangkan risiko masalah

kesihatan semasa bercuti. Pastikan

anda telah mengambil

vaksinasi yang disarankan

pakar perubatan sebelum

memulakan perjalanan.

Walaupun vaksinasi ini

bukanlah penyelamat

100% daripada terkena

sebarang virus, namun ia

mampu menjadi pelindung.

34 Natural Health * Januari/Februari 2022


Santai

Elakkan Sentuhan

Fizikal

Adalah sangat

penting untuk kita

menjaga kebersihan

diri dan keluarga

semasa bercuti bagi

menjamin kebersihan

dan kesihatan kekal

berada pada tahap

optimum. Pelbagai aspek

yang perlu diberi perhatian yang lebih,

terutamanya mengenai kesihatan dan

keselamatan. Ketika melancong kita

dilarang sama sekali untuk melakukan

sentuhan fizikal dengan individu lain

seperti bersalaman atau menyentuh

Kawasan-kawasan di sekeliling atau

berkongsi barangan-barangan yang

menjadi kegunaan ramai. Misalnya,

elakkan daripada berkongsi telekung

atau sejadah atau tuala yang bukannya

milik kita. Kita tidak mengetahui siapa

pengguna sebelum ini, bimbang

sekiranya pengguna terhadap barang

tersebut ialah golongan pembawa.

Pastikan anda membawanya sendiri

dari rumah sebelum memulakan

perjalanan. Semasa berada di tempat

yang sesak, elakkan daripada berada

pada jarak yang terlalu dekat kerana

ini mungkin akan membahayakan

kesihatan anda. Amalkan saranan yang

telah diberikan oleh pakar perubatan

supaya sentiasa melindungi diri

dengan mengamalkan jarak sekurang

kurangnya 2 meter dengan individu

lain. Sebagai contoh, mematuhi

jarak yang telah ditetapkan di dalam

pengakutan awam dan ketika beratur.

Menjalani Kuarantin

Masih ramai yang memandang

enteng terhadap isu

kuarantikan diri semasa dan

selepas pulang daripada

melancong. Sesetengah

pihak menganggap perkara

ini tidak penting dan hanya

perlu dilakukan kepada mereka

yang dijangkiti sahaja. Ada yang

menganggap mengkuarantinkan

diri ini membebankan kerana perlu

‘mengurung diri’ di rumah atau di

tempat yang telah disediakan, tanpa

boleh bersosial bersama-sama dengan

rakan atau keluarga. Mereka perlu

mengasingkan diri dengan individu lain

dalam tempoh 7- 14 hari. Sebenarnya

tanpa disedari, menjalani kuarantikan

diri mempunyai pelbagai faedah dalam

mengekang penyebaran virus dalam

kalangan masyarakat. Sekurangkurangnya

pihak bertanggung jawab

dapat mengesan kes-kes yang berlaku

terhadap individu yang dijangkiti.

Misalnya anda adalah salah seorang

daripada mereka yang dijangkiti, anda

boleh mengetahui dan mendapatkan

rawatan awal serta tidak menjadi

golongan penyebar virus kepada

masyarakat. Jika tidak menjalani

kuarantin, jumlah kes pesakit yang

dijangkiti akan semakin meningkat dan

akan menyukarkan pihak perubatan

untuk mengawalnya.

Perkara yang sering diberi keutamaan

yang lebih tinggi semasa musim

penularan pelbagai jenis virus dan

penyakit ini adalah tentang isu

kesihatan, kebersihan dan keselamatan

diri serta keluarga. Ramai di antara

kita yang telah kehilangan orang

tersayang akibat penyakit berbahaya,

ada juga yang tidak berpeluang

untuk berjumpa buat kali terakhir. Jadi

kita seharusnya mengambil semua

kejadian ini sebagai iktibar. Bagi tidak

menjadikan pisang berbuah dua kali,

kita mestilah mengikut setiap arahan

yang dikeluar dan diarahkan oleh pakar

perubatan. Walaupun kadangkala

arahan dan peraturan tersebut dilihat

kecil atau membebankan, ia penting

untuk memastikan tahap kesihatan

dan keselamatan kita berada dalam

keadaan selamat. Jangan memandang

remeh dengan nasihat yang telah

diberikan, anda perlu melakukannya

bukan sahaja semasa di rumah, tetapi

perlu juga dipatuhi semasa sedang

melancong. Banyak perkara boleh

berlaku yang berada diluar jangkaan

kita semasa berada di luar rumah.

Jika berlaku perkara yang tidak

diinginkan, kita sudah tidak dapat

melakukan apa pun dan tidak mampu

mengubah masa. Jadilah masyarakat

yang bertanggungjawab terhadap

kesihatan diri dan keluarga, kerana

wang tidak mampu membeli nyawa.

Keseronokkan semasa bercuti hanya

sementara, namun kehilangan ahli

keluarga tercinta akibat kedegilan tidak

melaksanakan arahan kekal selamanya,

sesal dahulu pendapatan, sesal

kemudian tiada guna. Pastikan anda

telah mendapatkan saranan daripada

pakar sebelum memulakan aktiviti

pelancongan.

Natural Health * Januari/Februari 2022

35


COVID19

Petua

menangani

stres

kehidupan

semasa

pandemik

Aspek kesihatan mental

kita harus dijadikan

sebagai keutamaan

yang tertinggi. Ia adalah

mustahak bagi kita untuk

mengenali stres yang

dialami serta mempelajari

cara untuk menanganinya,

kerana stres yang kronik

boleh menjejaskan

kesihatan serta

melemahkan sistem imun

tubuh kita untuk melawan

penyakit. Stres juga

mampu memberi kesan

negatif ke atas kesihatan

fizikal dan mental kita.

Manusia telah melalui proses evolusi

yang berabad lamanya sehingga

menjadi makhluk sosial yang kini

menjalani kehidupan bersama keluarga,

rakan taulan dan kumpulan individu

yang berkongsi minat yang sama untuk

membantu menangani tekanan hidup

serta memelihara kesihatan mental

masing-masing. Meskipun kita sedang

menjurusi sebuah era digital di mana

teknologi memudahkan keupayaan kita

untuk kekal terhubung, kita masih

mendambakan interaksi manusia, yang

meliputi sentuhan fizikal serta persuaan

secara bersemuka untuk memastikan

kesihatan mental kita terjaga.

Kita sedang hidup dalam era yang agak

mencabar, dan ramai warga Malaysia

akan berasa lebih tertekan dan khuatir

sementara masalah ekonomi dan

kesihatan terus meruncing. Semasa PKP

yang lalu, kita terpuruk di rumah sambil

cuba memahami serta menanggapi

lambakan maklumat yang dibekalkan

oleh pelbagai organisasi dan badan

perubatan. Maka kegelisahan,

kemurungan dan masalah-masalah

kesihatan mental lain yang terus dialami

pada waktu ini tidaklah menghairankan.

Walaupun keupayaan untuk kekal

terhubung dan termaklum mengenai

perkembangan terkini adalah

mustahak, fokus yang diletakkan

sepanjang hari ke atas suapan berita

demi berita yang baharu boleh

menjurus kepada perasaan gelisah dan

cemas yang lebih serius.

Bagaimanapun, terdapat beberapa

pendekatan yang boleh diambil untuk

menangani stres dan membantu diri

kita serta individu-individu di

sekeliling kita menguruskan respons

emosi masing-masing dan

mengurangkan kebimbangan.

Setiap individu mempunyai reaksi yang

berbeza terhadap stres, jadi kita perlu

ingat bahawa solusi yang berkesan

36 Natural Health * Januari/Februari 2022


COVID19

Asingkan diri daripada

terlalu banyak sumber media

Peruntukkan waktu berkala dalam

jadual harian anda untuk merehatkan

diri daripada bekerja atau menonton,

membaca, atau mendengar berita,

termasuk melayani media sosial.

Ketegangan mental dan kegelisahan

akan bertunas jika anda berdamping

dengan mana-mana outlet media 24

jam sehari. Ambil masa rehat dengan

melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat

menghilangkan kejemuan dalam rutin

harian anda. Hubungan yang dijalin

dengan individu yang anda percayai

untuk berkongsi tentang perasaan

anda juga dapat membantu

memperbaiki mood anda.

Temui outlet kreatif anda

Luangkan masa untuk menemukan

semula hobi lama yang anda gemari,

atau cari aktiviti baharu untuk

dilakukan. Dengan mengalih fokus

kepada sesuatu yang baharu, ia dapat

membantu anda berasa lebih tenang

dan bertenaga. Anda juga boleh

mencuba resipi baharu, berjalan,

membersihkan rumah atau menyertai

senaman dalam talian untuk

mengurangkan stres dan menyegarkan

diri anda.

untuk seseorang individu tidak

semestinya mempunyai efek yang

sama ke atas individu lain. Berikut

merupakan antara tip yang boleh kita

cuba diamalkan untuk menangani stres

semasa pandemik ini.

Kenal pasti petandapetanda

stres.

Tabiat mengisar gigi; kenaikan berat

badan; sakit kepala; perubahan mood;

sakit belakang dan leher; serta

gangguan tidur pada waktu malam

merupakan gejala-gejala stres. Dengan

mengenal pasti gejala-gejala ini, anda

dapat mengetahui bila strategi tertentu

boleh diamalkan untuk menangani

stres yang sedang dialami.

Kenali pencetus stres anda

Ketika anda bekerja di rumah atau

sedang menonton berita, lalu anda

mula berasa cemas, jengkel atau

mengalami sakit kepala atau sakit pada

bahagian leher, maka anda perlu

bergerak dan asingkan diri daripada

sumber stres. Rehatkan minda dengan

menghirup udara segar melalui jendela

atau balkoni di rumah anda,

mendengar muzik atau meluangkan

masa di ruang yang senyap buat

seketika untuk memperbetulkan

semula keadaan mental anda dan

kembali menjalankan tugas.

Natural Health * Januari/Februari 2022

37


COVID19

Cari ketenangan dengan

bernafas

Proses pernafasan secara semulajadi

melibatkan anatomi diafragma. Bila

kita bernafas menggunakan diafragma,

perut kita akan mengembang ketika

menarik nafas dan mengecut ketika

menghembuskan nafas. Kita sering

lupa betapa pentingnya amalan

pernafasan yang betul dan cenderung

untuk melibatkan dada dan bahu

dalam proses pernafasan, yang boleh

menjurus kepada nafas pendek lalu

meningkatkan stres dan kegelisahan.

Inilah waktu terbaik untuk anda

memperbaiki cara bernafas. Sebagai

permulaan, cari ruang yang senyap

untuk anda berbaring. Letakkan satu

tangan di atas dada dan satu tangan di

atas perut anda. Apabila anda

bersedia, tarik nafas secara perlahanlahan.

Ketika proses ini, perut anda

akan mengembang, dan bila anda

menghembus nafas, paras dada anda

akan menurun. Kaedah pernafasan ini

yang diamalkan setiap hari selama 20

hingga 30 minit dapat mengurangkan

kegelisahan dan menggalakkan

ketenangan.

Gerakkan tubuh anda

Amalkan gaya hidup aktif. Cari aktiviti

rekreasi yang anda gemari. Senaman

dapat memperbaiki kesihatan anda

secara menyeluruh dan ia merupakan

kaedah yang efektif untuk menangani

stres. Bila anda bersenam, tubuh anda

akan membebaskan endorfin, iaitu

hormon di dalam otak yang

membantu mengurangkan persepsi

kesakitan serta memperbaiki mood.

Senaman berkala juga dapat menaik

taraf kualiti tidur, lalu mengurangkan

stres dan keletihan. Jika anda memiliki

peranti kecergasan, terapkan aktiviti

berjalan dengan menyasarkan 10,000

langkah setiap hari. Matlamat yang

disasarkan dapat memberikan anda

motivasi serta merasai kepuasan.

Jaga hubungan sosial

Hubungan sosial yang dipelihara

dengan ahli keluarga dan rakan taulan

adalah mustahak. Kita mungkin

dipisahkan oleh jarak fizikal, namun ia

bukan bermakna kita tidak dapat

berhubung dengan mereka melalui

cara lain. Cuba hubungi insan yang

anda hargai setiap hari menggunakan

kemudahan seperti media sosial,

sidang video atau panggilan telefon.

Pelihara rutin anda

Berlatarkan krisis yang tiada dalam

kawalan anda, cuba kekalkan kosistensi

dengan aktiviti-aktiviti yang anda

boleh kawal. Jika anda bekerja dari

rumah, maka anda boleh membentuk

sebuah rutin harian. Bertindak

seolah-olah anda akan pergi bekerja

seperti sedia kala. Bangun pada waktu

yang biasa dan bersiap. Anda tidak

perlu memakai sut profesional, pakaian

yang kasual sudah memadai. Di

samping itu, anda juga boleh

mendirikan ruang pejabat khas yang

bebas dari gangguan agar anda dapat

menjaga tumpuan. Pada masa yang

sama, amalkan waktu rehat secara

berkala untuk mengurangkan tekanan.

Kebanyakan individu yang kerja dari

rumah biasanya terpacak di meja kerja

masing-masing dalam tempoh yang

lama dan tidak bergerak aktif. Waktuwaktu

rehat yang diambil sepanjang

hari seperti yang anda lazimnya buat

di tempat kerja berupaya untuk

membuat aktiviti harian anda berasa

lebih terkawal dan normal.

Sentiasa ingat bahawa

stres merupakan tindak

balas yang biasa

dialami oleh setiap

individu, ia mampu

menjejaskan

produktiviti, serta

mengancam kesihatan

fizikal dan mental kita.

Dengan mempelajari

serta membentuk

teknik-teknik yang

dapat menangani stres,

anda mampu

mengharungi hari anda

dengan lebih baik.

Artikel oleh Gary Small, M.D.,

Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife

Sumber: 100Comments

38 Natural Health * Januari/Februari 2022


Tubuh Kuat Sihat

Pelan Senaman

Yang Memberikan

Pembaharuan Pada

Berat Badan

Menjelang

Tahun Baru

Menjelangnya ambang tahun baru, ramai di antara

kita mula merancang pembaharuan dalam

kehidupan mereka. Bagi sesetengah individu yang

sangat menitikberatkan kesihatan, sudah pasti

mereka sedang sibuk mencari cara senaman

terbaik dalam mencapai tahap berat badan yang

ideal. Selain itu, untuk sesetengah individu pula

terutamanya kaum wanita, mereka ingin

mendapatkan tubuh badan yang langsing demi

kecantikan paras rupa yang menjadi idaman

semua golongan wanita. Walaupun senaman

hanya mampu membantu 30% sahaja proses

menguruskan berat badan, tetapi ia penting bagi

menjadikan tubuh badan sentiasa kekal cergas

dan sihat.

Terdapat 6 pelan senaman mudah yang anda

boleh jalani:

Natural Health * Januari/Februari 2022

39


Tubuh Kuat Sihat

LOMPAT BINTANG

Senaman lompat bintang sangat sesuai

dilakukan oleh mereka yang baru berjinakjinak

untuk mendapatkan berat badan

ideal. Hal ini kerana ia mudah dilakukan

di mana-mana tempat. Membakar kalori

badan merupakan antara kelebihan utama

bagi pelan senaman lompat bintang.

Melakukan lompat bintang secara konsisten

boleh membantu individu membakar

lemak dengan berkesan di samping dapat

meningkatkan kadar pernafasan, sekaligus

mencapai berat badan yang diinginkan.

Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang melakukan

senamaan lompat bintang selama 10 minit, mampu

membakar sebanyak 100 kalori dalam badan bagi individu

yang memiliki berat badan 160 Kg, dan jika senaman ini

dilakukan secara konsisten selama seminggu mereka

juga mampu untuk menurunkan berat badan tambahan

setiap 11 atau 12 hari tanpa perlu mengubah diet atau cara

pemakanan mereka.

SQUAT

Perbuatan lompat secara

mencangkung ini membantu individu

untuk mengempiskan perut dan

membantu dalam meningkatkan

metabolisme badan. Senaman squat

juga membolehkan individu yang

mengamalkannya dapat membentuk

anggota tubuh badan seperti paha dan

punggung yang cantik. Senaman squat

perlu dilakukan dengan penuh penelitian

supaya kecederaan pada tulang belakang

dapat dielakkan. Caranya mudah sahaja

rendahkan posisi badan dan kangkangkan

kedua-dua belah kaki, seterusnya

stabilkan badan sambil menghulurkan

kedua-dua tangan kehadapan. Kemudian

ulang langkah ini mengikut kemampuan

anda. Terdapat kajjian yang menyatakan

bahawa, latihan squat selama 50 kali

mempunyai persamaan dengan aktiviti

berjoging selama 7 minit. Oleh itu, bagi

mereka yang ingin bersenam, tetapi

bimbang akan cuaca dan suasana di luar, anda boleh memilih

untuk melakukan senaman squat ini, dan melakukannya di

rumah. Senaman ini juga mampu membakar 200 hingga 400

kalori, dalam masa 30- 40 minit.

BERBASIKAL

Aktiviti berbasikal sudah menjadi satu “trend” senaman

yang biasa dilakukan oleh masyarakat di negara kita pada

hari ini. Ada yang memilih untu berbasikal di jalan raya atau

litar ada juga yang memilih untuk berbasikal menggunakan

basikal static di rumah. Namun begitu, apakah kebaikan

berbasikal sebenarnya? Antara kebaikan senaman berbasikal

termasuk ia boleh membakar antara

300-450 kalori per jam, bergantung

pada berat sekiranya seseorang itu

mengayuh dengan kecepatan 15-20

km / jam. Anda boleh melakukannya

ketika waktu lapang, namun lebih

baik jika ia dilakukan pada waktu

pagi kerana ia lebih berkesan. Hal

ini dikatakan demikian kerana, pada

waktu pagi darah yang terkandung

dalam tubuh badan tidak mempunyai glikogen, oleh itu

lemak akan lebih mudah untuk terbakar.

YOGA

Yoga merupakan satu aktiviti fizikal

berasal dari India, yang bukan

sahaja dapat mendisiplinkan

mental malah ia juga memberi

manfaat terhadap kecergasan

badan manusia. Yoga boleh

dikategorikan kepada beberapa

jenis seperti Yoga Hatha, Yoga

Bikram, Yoga Vinyasa, Yoga Ashtanga,

Yoga Iyengar dan sebagainya yang

mempunyai kelebihan dan manfaat yang

tersendiri. Sebagai contoh, Yoga Bikram

sesuai dilakukan bagi mereka yang ingin

menurunkan berat badan. Yoga Bikram

dijalankan dalam bilik yang mempunyai

suhu 42 darjah Celsius, dengan 26 postur

lengkap. Peluh yang datang daripada haba ketika melakukan

senaman ini sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. 26

postur yang ada pada Yoga Bikram juga boleh membuatkan

tubuh anda lebih kuat dan fleksibel.

BERENANG

Aktiviti senaman

secara berenang

sangat sesuai

dilakukan oleh

semua peringkat

umur. Berenang

juga dikatakan antara kaedah senaman terbaik untuk

seluruh sistem badan manusia. Selain itu, berenang juga

dikatakan baik kerana anda memperoleh pelbagai manfaat

kerana ia merangkumi semua kebaikan yang ada dalam

senaman aerobik tanpa perlu bimbang mengenai sebarang

kecederaan sendi atau otot. Seperti yang diketahui umum,

berenang antara salah satu cara terbaik untuk membakar

kalori yang terkandung dalam badan. Buktinya, berenang

selama satu jam dengan pergerakan yang tepat akan

membakar sebanyak 715 kalori dalam badan. Berenang

memerlukan seseorang itu menggunakan seluruh anggota

badan seperti perut, kaki dan lengan.Oleh itu, senaman ini

sangat sesuai dalam membantu mereka untuk membentuk

otot, meningkatkan kekuatan dan membina daya tahan

badan yang akan menjadikan tubuh badan mereka lebih fit

dan ringan untuk melaksanakan aktiviti harian.

40 Natural Health * Januari/Februari 2022


Tubuh Kuat Sihat

LOMPAT TALI

Pelan senaman lompat tali

atau lebih dikenali sebagai “tali

skipping” ini antara salah satu

cara senaman paling mudah

dalam menurunkan berat

badan. Lompat tali membantu

seseorang meningkatkan

koordinasi badan dan

meningkatkan stamina dengan

cepat.Tambahan pula senaman

ini tidak memerlukan anda

mengeluarkan modal yang besar

dan sesuai dilakukan di rumah,

namun hasilnya sangat memuaskan. Untuk pengetahuan

anda, senaman lompat tali yang dilakukan selama 15 minit

boleh membakar sebanyak 200 hingga 300 kalori dalam

tubuh badan. Ketika melakukan senaman ini otot-otot pada

tubuh badan akan menjadi lebih aktif. Di samping itu juga,

senaman lompat tali dikategorikan sebagai “thermogenic”

iaitu keadaan di mana badan akan menghasilkan haba yang

banyak semasa bersenam. Haba yang dihasilkan berfungsi

sebagai alat untuk membakar lemak dalam menghasilkan

tenaga, jadi ia mampu membakar lebih banyak kalori

dan lemak yang terkandung dalam badan terutamanya

pada bahagian perut. Yang paling penting ia mudah dan

menjimatkan masa anda.

Dalam mendapatkan bentuk atau berat badan yang

diimpikan sememangnya bukanlah satu perkara yang

mudah kerana ia memerlukan pengorbanan dan kekuatan

mental daripada seseorang. Individu perlu berdisiplin dan

bertanggungjawab untuk kekal konsisten melakukan teknikteknik

yang mereka pelajari supaya impian mendapatkan

berat badan ideal menjadi kenyataan. Mereka perlu patuh

dengan setiap arahan dan pantang larang yang ada.

Namun begitu, melakukan senaman bukanlah semata-mata

hanya untuk berat badan malah ia juga sangat penting

bagi kesihatan tubuh badan. Senaman yang dilakukan

dengan cara yang betul dan konsisten berpotensi untuk

menghindarkan seseorang itu daripada menghidap penyakit

berbahaya seperti jantung, buah pinggang, diabetes dan

risiko terkena strok. Penjagaan kesihatan tubuh badan

seharusnya diberi perhatian sejak di awal usia supaya tidak

ada perkara yang membuatkan anda sesal dikemudian hari.

Sekiranya semua peraturan senaman yang ditetapkan telah

pun ada jalani, fokus seterusnya haruslah diberikan kepada

cara pemakanan dalam kehidupan seharian.

Natural Health * Januari/Februari 2022

41


PETUA Bulan Ini

Di sini terdapat 4 tip pemakanan

sihat yang mampu membantu anda

menurunkan berat badan pada tahun

2022 iaitu dengan memilih makanan

yang boleh diambil dan makanan yang

perlu dielakkan:

1. Pilihan minuman

amat penting

Pengambilan gula dalam minuman

sering kali sudah menjadi kebiasaan

masyarakat dalam kehidupan seharian

mereka. Boleh dikatakan hampir setiap

hari masyarakat daripada pelbagai

peringkat umur mengambil sekurangkurangnya

3 hingga 4 sudu teh gula

dalam setiap satu hidangan minuman

mereka. Minuman manis ini, dikatakan

sedap dan lebih menyelerakan.

Lazimnya masyarakat akan

mengamalkan minuman manis

seperti kopi, teh, minuman berpaket

dan sebagainya pada waktu makan

pagi, tengah hari, minum petang

dan malam. Malangya, kekerapan

pengambilan gula dalam kehidupan

seharian boleh membawa kesan yang

buruk. Tabiat yang boleh membawa

kepada penyakit kronik seperti

masalah diabetes, kencing manis

dan obesiti ini seharusnya diubah

kepada satu cara yang lebih sihat,

iaitu dengan mengamalkan minum

air kosong sekurang-kurangnya 8

gelas sehari. Dengan mengamalkan

minum air kosong, individu dapat

memenuhi keperluan air dalam tubuh

badan. Banyak lagi manfaat yang

diperoleh dengan mengamalkan

minum air kosong berbanding air

manis. Sebagai contoh, air kosong

berfungsi untuk membakar lemak

pada tubuh badan, menguatkan fungsi

jantung, melambatkan penuaan serta

meningkatkan daya dan tenaga pada

tubuh badan. Menurut nasihat yang

dikeluarkan oleh Institut of Medicine

Food and Nutrition Board, keperluan

air dalam tubuh badan wanita dan

lelaki adalah berbeza, misalnya

golongan wanita memerlukan 2.6

liter air setiap hari manakala kaum

lelaki memerlukan sekitar 3.7 liter

setiap hari. Dengan menukarkan

tabiat minum minuman manis kepada

air kosong, ia sedikit sebanyak akan

membantu individu dalam proses

menurunkan berat badan.

TIPS

MENURUNKAN

BERAT BADAN

MENJELANG

Tahun 2022

Hai, teruja rasanya menyambut tahun 2022! Sepanjang

tempoh dua tahun yang lalu banyak rancangan yang

terpaksa dibatalkan ekoran virus Covid-19 yang melanda

seluruh dunia. Bagi mereka yang ingin mendapatkan

kehidupan yang lebih sihat di samping ingin menurunkan

berat badan, pasti sedang sibuk mencari-cari cara

pemakanan yang lebih sihat untuk diamalkan pada tahun

baru nanti.

Pemakanan yang sihat dan sesuai akan menjamin kehidupan

seseorang itu lebih cergas dan ceria. Oleh itu, apakah yang

perlu dilakukan oleh individu ini dalam memastikan mereka

berjaya menurunkan berat badan pada tahun 2022 nanti?

Anda haruslah mengubah cara dan gaya pemakanan pada

cara yang lebih sihat supaya impian untuk menurunkan berat

badan pada tahun baru nanti dapat dicapai:

42 Natural Health * Januari/Februari 2022


PETUA Bulan Ini

2. Gemar snek? Pilihlah

yang sihat

Makanan ringan merupakan makanan

yang mengandungi bahan pengawet,

dan juga kadar garam monosodium

glutamate (MSG) dan lemak yang

tinggi. Kebiasaannya masyarakat

menikmati makanan ringan atau jajan

ini semasa menonton televisyen, pada

waktu malam, semasa berada dalam

perjalanan yang jauh, atau ketika

melepak. Pewarna tambahan tiruan

yang digunakan boleh menarik minat

sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Walaupun jajan atau snek ini dikatakan

hanya sekadar “makanan ringan”, tanpa

disedari bahan-bahan yang terkandung

di dalamnya boleh memudaratkan

kesihatan dan juga menambahkan

berat badan secara tidak sihat.

Bagi menurunkan berat badan dan

mencapai tahap berat badan yang

optimum, tabiat pengambilan makanan

ringan ini seharusnya ditukar kepada

pengambilan makanan yang lebih

sihat. Misalnya, jika anda merupakan

penggemar makanan snek yang tidak

sihat, seperti keropok, kerepek, kek dan

manisan, cuba tukarkan tabiat tersebut

dengan menggantikannya dengan

buah-buahan.

Capailah buah-buahan pada waktu

yang selalunya anda memakan snek.

Pilih buah-buahan yang digemari.

Adakah anda menggemari buah

ceri, epal, pisang, jambu batu, atau

strawberi? Potong buah-buahan,

masukkan ke dalam bekas, dan simpan

didalam peti sejuk - pasti menyelerakan

pada hari-hari yang panas!

Seperti yang kita semua ketahui, buahbuahan

mempunyai rasa manis yang

semula, dan juga, ia amat berkhasiat

untuk tubuh badan. Terdapat banyak

manfaat terhadap tubuh badan

terutama sekali untuk mereka yang

ingin menurunkan berat badan. Buah

-buahan mempunyai kandungan

serat yang mencukupi dan sangat

sesuai untuk membantu anda dalam

melancarkan lagi proses pencernaan di

samping membolehkan anda mencapai

tahap berat badan yang ideal.

3. Pilih roti wholemeal,

jauhi roti putih

Mungkin anda ingin cuba

menurunkan berat badan dengan cara

menggantikan nasi dengan roti. Ini

mungkin idea yang baik, namun pilihan

roti anda juga harus sesuai.

Tahukah anda bahawa sesetengah

roti yang dijual di pasaran bukannya

membantu anda untuk menurunkan

berat badan, malah akan meningkatkan

lagi paras gula, lemak dan kalori

dalam badan? Misalnya roti putih

mengandungi kalori yang tinggi

berbanding roti jenis wholemeal

pula hanya mengandung 127 kalori

untuk 2 keping roti iaitu lebih rendah

berbanding roti putih. Bukankah ini

lebih bijak bagi menurunkan berat

badan? Selain itu, roti wholemeal juga

mempunyai kandungan serat yang

tinggi berbanding roti putih. Serat

mempunyai manfaat terhadap tubuh

badan, antaranya mengurangkan

risiko diabetes, melancarkan proses

pencernaan, membantu dalam

memperoleh berat badan ideal dan

mengurangkan kadar kolestrol.

4. Gemar susu? Pilihlah

jenis rendah lemak

Susu merupakan makanan ruji bagi

mereka yang ingin menurunkan berat

badan. Kebiasaannya susu diambil

ketika waktu pagi dan sebelum tidur.

Namun begitu, pasti ramai yang

masih keliru dalam membuat pilihan

sama ada memilih susu berkrim atau

susu rendah lemak dalam membantu

mereka untuk menurunkan berat

badan. Kedua-dua susu ini sudah

tentu mempunyai perbezaan dengan

kelebihan dan kekurangan yang

tersendiri. Contohnya susu berkrim

mengandungi kira-kira 176 kcal dan 10

gram lemak berbanding susu rendah

lemak yang hanya mengandungi 89

-118 kcal dengan lemak serendah 0 -2

gram. Boleh dikatakan peningkatan

lemak dan kalori dalam tubuh badan

adalah disebabkan oleh pengambilan

makanan yang mengandungi banyak

lemak dan kalori,manakala jumlah

kalori yang dibakar adalah sangat

rendah disebabkan amalan kehidupan

seharian yang tidak sihat. Oleh itu, susu

rendah lemak sangat disyorkan kerana

ia lebih berfungsi dalam membantu

anda untuk menurunkan berat badan.

Susu rendah lemak mengandungi

kalori yang lebih rendah yang tidak

akan menjejaskan atau menambah

kandungan kalori yang tinggi dalam

tubuh badan. Selain itu, bagi mereka

yang mahu menurunkan berat badan,

anda dinasihatkan untuk mengamalkan

2- 3 gelas susu rendah lemak pada

setiap hari. Sekiranya tabiat ini

diamalkan secara konsisten, anda akan

memperoleh nutrien-nutrien penting

yang diperlukan oleh tubuh badan,

antaranya protein, vitamin dan kalsium.

Tidak dinafikan bahawa, menukar

gaya pemakanan yang sebelum ini

diamalkan kepada gaya yang lebih

sihat bukanlah satu hal yang mudah.

Menguruskan berat badan bukanlah

semata-mata untuk kecantikan diri

sahaja, namun ia penting untuk

menjadikan anda seorang yang cerdas

dan mampu menguruskan rutin

harian, disamping dapat mengekalkan

kesihatan dan mengelakan diri anda

daripada menghidap penyakit kronik.

Natural Health * Januari/Februari 2022

43


HANGAT & Terkini

Tourism Selangor Salur Bantuan Kepada

Mangsa Bencana Banjir di Negeri Selangor

Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor

mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism

Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan

lebat tempoh hari. Seramai 20 orang kakitangan Tourism Selangor telah

mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir di Daerah yang terlibat di Negeri

Selangor kali ini. Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada kakitangan

Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan

sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas. Selain itu, pihak

Tourism Selangor turut berkolaborasi dengan pihak Aliments dan telah

mengagihkan 500 pek makanan daripada pek makanan ‘Kejap’ kepada mangsa

banjir di Daerah Hulu Langat yang merangkumi kawasan Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu

dan Kampung Baru Batu. Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata;

“Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan bencana banjir yang melanda

Negara, khususnya Negeri Selangor.“

Membawa pembaharuan dalam bidang

Antioksidan dengan LAC MASQUELIER's ®

French Pine Bark Extract

Dalam menjalani rutin harian yang sibuk untuk memenuhi keperluan kerja

dan rekreasi, kita sering mengabaikan masa untuk merehatkan diri. Ini akan

mendedahkan kita kepada radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan

mengakibatkan sistem dalaman menjadi tidak seimbang. Pendedahan yang

berlebihan kepada radikal bebas, yang dikenali sebagai tekanan oksidatif,

boleh menyebabkan perubahan rupa yang dikaitkan dengan usia seperti kurangnya keanjalan kulit, kedutan, dan peredaran

darah yang kurang lancar – yang boleh mengakibatkan penuaan pramatang. Untuk membantu mengatasi tanda-tanda

penuaan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif, perkara yang paling utama ialah untuk melindungi dan menyokong sistem

semulajadi badan dan membuat persediaan untuk masa akan datang. Dengan gabungan pengetahuan dunia timur dan

teknologi barat, maka terhasillah LAC MASQUELIER’s ® French Pine Bark Extract, penggalak imun unggul yang memanfaatkan

ciri-ciri antioksidan dari pokok pain Perancis untuk perlindungan badan anda secara menyeluruh melalui tindakan

perlindungan tiga hala yang unik. Dengan rangkaian produk yang luas yang disasarkan kepada setiap aspek kehidupan harian

anda, LAC menawarkan penyelesaian yang mudah bagi kesihatan dan kesejahteraan harian pada semua peringkat usia supaya

anda mendapat manfaat khasiat sepanjang hayat.

DUOPHARMA BIOTECH Lancar Rangkaian

FLAVETTES NUTRISKINCARE Baru

Duopharma Biotech Berhad telah secara rasmi melancarkan rangkaian Flavettes

NutriSkincare baharunya, memperluaskan lagi portfolio penjagaan kesihatan

penggunanya ke dalam segmen kesihatan dan kecantikan melalui jenama mantap

Flavettes. Pada tahun 2021, Flavettes, iaitu jenama Vitamin C Dewasa No. 1 di

Malaysia dan peneraju pasaran dalam segmen Vitamin C berbentuk tablet

berbuak, menyasarkan segmen kecantikan yang semakin berkembang dengan

pengenalan varian Flavettes NutriSkincare yang dibangun bersandarkan populariti

produk Vitamin C dalam bentuk tablet berbuak. Menggunakan slogan “Be Seri-Seri

Inside Out”, rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu ini diletakkan dalam segmen

rangkaian produk penjagaan kulit yang lengkap, dengan produk berkesan dalam

format tablet berbuak yang mudah diserap, justeru menekankan kepentingan

pengambilan zat yang betul dalam rutin kecantikan holistik. Semua varian

rangkaian Flavettes NutriSkincare dijual dalam tiub yang mengandungi 15 atau 30

tablet berbuak. Produk ini boleh didapati di cawangan Watsons dan farmasi lain di seluruh negara termasuk kedai dalam talian

mereka. Sila layari laman Facebook Flavettes Malaysia di https://www.facebook.com/FlavettesMalaysia untuk maklumat lanjut.

44 Natural Health * Januari/Februari 2022


8 Khasiat Dan

Kelebihan Buah Betik

Buah betik yang telah masak bukan sahaja manis namun ia sangat

berkhasiat. Buah betik kaya dengan pelbagai vitamin, baik untuk

sistem percernaan, dan juga merupakan buah tempatan yang murah

dan senang diperolehi. Tahukah anda, selain buah betik, daun serta

biji betik juga amat berguna untuk kita?

Buah betik

dapat membantu

penghadaman makanan

serta membekalkan

berbagai-bagai vitamin,

zat galian dan serat

yang kita perlukan.

Ekstrak biji betik

mampu melindungi

buah pinggang dari

racun yang terkumpul

dalam usus kita.

Betik

mengandungi

unsur yang disebut

‘anthelmintic’ yang

dapat membunuh

kuman dan juga

melindungi perut

daripada cacing

pita.

Biji betik

mampu

membunuh parasit

dalam sistem

pencernaan

Jus

biji buah

betik didapati

menurunkan kadar

kolesterol dan LDL

(lipoprotein ketumpatan

rendah), serta

meningkatkan

kadar HDL.

Jus buah betik

ranum, jika dicampur

dengan susu dan madu

boleh menjadi tonik

berkhasiat bagi kanak-kanak,

wanita hamil dan yang

menyusu, dan juga untuk

yang lemah tenaga

kerana sakit.

Daun

betik yang

dilayur di atas api

dapat mengubati

sakit-sakit otot

apabila dilekapkan

pada bahagian

yang sakit.

Meminum air

perahan dari daun

muda yang ditumbuk

lumat dan dicampurkan

dengan sedikit perahan

limau nipis boleh

membantu mengubati

sakit sendi.


NATURAL HEALTH & 健 康 时 尚

READERS’ CHOICE AWARDS 2021

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!