06.12.2017 Views

PSTM2017-2020- LATEST

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PELAN STRATEGIK

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2017-2020

10.3. FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

Faktor Kejayaan Kritikal merupakan salah satu kriteria yang penting dalam pelaksanaan

Pelan Strategik Teknologi Maklumat PSUK Pahang. Bagi memastikan setiap pelaksanaan

tercapai, kriteria seperti di bawah perlu diambilkira oleh setiap bahagian dan personel

yang terlibat. Faktor yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

i) Kerjasama daripada pihak yang terlibat:

Setiap bahagian dan unit yang terlibat dalam pelaksanaan PSTM ini perlu memberikan

kerjasama dan bersedia memberi maklumbalas berkaitan dengan pelaksanaan inisiatif

ICT. Ini kerana maklumat yang diperolehi akan menentukan kejayaan atau kegagalan

sesuatu pelaksanaan inisiatif tersebut.

ii) Kewangan:

Perancangan teliti bagi mendapatkan peruntukan kewangan perlu dilakukan supaya hasil

yang diperoleh dapat membiayai perancangan PSTM yang telah ditetapkan. Ini

memerlukan kerjasama daripada pihak atasan dan bahagian yang berkaitan. Peruntukan

kewangan ini adalah bagi memenuhi aktiviti dan program yang telah diatur mengikut

keutamaan bahagian/unit serta visi dan misi PSUK Pahang. Ia meliputi dari peringkat

kajian sehingga pelaksanaan program.

iii) Kelulusan Jawatankuasa:

Kelulusan daripada jawatankuasa di peringkat PSUK Pahang diperlukan dalam

pelaksanaan infrastruktur dan pembangunan aplikasi. Oleh itu perancangan serta

penyediaan kertas cadangan yang lengkap perlu disediakan bagi tujuan berkenaan. Ini

bagi memastikan pelaksanaan projek dilakukan dalam masa yang telah dirancang.

iv) Kemahiran dan Keupayaan Personel ICT:

Bagi program dan aktiviti yang dirancang dalam fasa pembangunan, ia dilaksanakan

secara dalaman (in-house). Oleh itu, kemahiran personel ICT merupakan perkara yang

amat penting. Faktor seperti bilangan personel sedia ada, bebanan kerja serta

kemahiran yang diperlukan juga perlu diambilkira. Kemahiran personel yang tinggi amat

diperlukan untuk pelaksanaan infrastruktur dan pembangunan aplikasi.

v) Pengurusan Projek Yang Cekap:

Bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar, ia perlu diketuai oleh

pengurus projek yang cekap. Penglibatan jawatankuasa yang terdiri daripada pihak

atasan, ICT serta bahagian yang terlibat amat penting bagi memastikan projek

dilaksanakan tanpa sebarang masalah serta mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Status

terkini pelaksanaan perlu direkod secara bertulis dan perbincangan dilakukan secara

berkala.

vi) Kesediaan Pengurusan Perubahan:

Bagi melaksanakan PSTM, warga kerja PSUK Pahang perlu bersedia terhadap sebarang

perubahan yang akan dilakukan. Pelaksanaan program bagi tujuan berkenaan dilakukan

secara berperingkat yang merangkumi golongan Pengurusan dan Profesional, Sokongan

1 dan Sokongan 2. Langkah ini diambil bagi memastikan warga kerja dapat menerima

perubahan dengan lebih cepat dan berkesan.

90

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!