06.12.2017 Views

PSTM2017-2020- LATEST

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PELAN STRATEGIK

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2017-2020

e. Mengkaji tahap keselamatan ICT dan mencadangkan keperluan peningkatan selaras

dengan pelaksanaan Information Security Management System (ISMS);

f. Mengkaji dan mencadangkan program-program peningkatan kompetensi dan

pemindahan kemahiran (transfer of technology) di kalangan personel ICT di bawah

seliaan PSUK Pahang; dan

g. Mengkaji dan menyediakan anggaran kos serta pelan pelaksanaan bagi setiap projek

yang dikenalpasti.

1.4 PENDEKATAN PROJEK

Bagi membangunkan PSTM ini, rujukan utama yang dijadikan sandaran adalah

berdasarkan Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020 yang telah dibangunkan oleh

pihak MAMPU. Metodologi Analisis, Strategi dan Formulasi (ASF) v1.1 digunakan untuk

mengkaji dan mengenalpasti keperluan bisnes PSUK Pahang untuk diterjemahkan dalam

bentuk projek bagi tempoh 4 tahun.

a. Fasa Analisa

Fasa pertama ini melihat kepada penilaian persekitaran ICT semasa yang

diperolehi maklumat daripada bengkel dan mesyuarat yang melibatkan wakil dari

setiap bahagian/unit serta jabatan tertentu yang telah dikenalpasti.;

Mengenalpasti aplikasi dan infrastruktur ICT yang perlu diwujudkan untuk

tempoh 2017-2020; dan

Mengenal pasti aspek ICT yang perlu ditingkatkan bagi tujuan penambahbaikan.

b. Fasa Strategi

Fasa kedua ini menetapkan visi, misi, teras strategik dan seterusnya merangka

strategi serta program ICT.

c. Fasa Formulasi

Fasa akhir ini dilaksanakan bagi melihat perancangan dan pelaksanaan projekprojek

ICT yang telah dikenal pasti secara menyeluruh; dan

Mengenal pasti pelan tindakan dan implikasi kewangan yang akan terlibat bagi

tempoh 4 tahun akan datang.

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!