06.12.2017 Views

PSTM2017-2020- LATEST

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PELAN STRATEGIK

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2017-2020

a. Struktur organisasi

Pembentukan struktur organisasi yang mantap dengan pecahan kepada Bahagian

Pengurusan dan Bahagian Pembangunan telah menyediakan asas yang kukuh ke arah

pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan yang diperlukan bagi menyokong

strategi teras dan program yang dirangka di dalam PSTM 2017 – 2020. Pemantapan

prosedur dan pengurusan sistem kualiti kerja menerusi penubuhan 3 unit di bawah

seliaan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang iaitu Unit Korporat, Unit Audit Dalam dan Unit

Integriti yang berfungsi sebagai pasukan kawalan dan memantau pelaksanaan bagi

menjamin aspek pematuhan kepada prosedur dan kawalan integriti jabatan terus

terpelihara.

b. Sokongan pengurusan atasan

Kejayaan pelaksanaan sistem tadbir urus yang berkualiti dan pembangunan

sosioeknonomi memerlukan kepercayaan daripada segenap pihak termasuklah daripada

pihak pengurusan atasan yang merupakan peneraju utama dalam sesebuah organisasi.

Kepekaan pihak pengurusan atasan dalam mendengar keperluan dan pandangan

daripada warga kerja PSUK Pahang merupakan kelebihan kepada organisasi yang

menerapkan sistem perhubungan dua hala dan saling berinteraksi dalam menjamin

kelancaran jentera pentadbiran.

c. Sumber manusia

Pemilikan tenaga kerja yang mencukupi adalah satu keperluan dalam sesebuah

organisasi. Bagaimanapun apa yang sangat diperlukan adalah tenaga kerja yang

kompeten, bijak dan berkebolehan dalam melaksanakan arahan dan mampu

menghasilkan kualiti kerja yang diperlukan. Dalam era kini di mana penggunaan sumber

manusia perlu digunakan secara optimum, penerimaan warga kerja ke arah

menyesuaikan diri dengan tuntutan perubahan sekeliling menjadi suatu kemestian bagi

menjamin organisasi sentiasa seiring dengan kehendak pelanggan.

d. Pengunaan teknologi

Teknologi merupakan elemen utama dalam merencanakan sistem penyampaian

perkhidmatan yang efektif. Penggunaan ICT dalam budaya kerja telah menjadikan

pelaksanaan tugas menjadi lebih mudah, efisyen dan cepat. Pembangunan Pelan ICT

menerusi penggunaan aplikasi mobile dan usaha pengukuhan kawalan keselamatan

aplikasi online merupakan usaha bagi meluas dan memudahkan urusan rakyat.

e. Kestabilan politik dan ekonomi

Suasana politik yang stabil merupakan asas yang diperlukan dalam memastikan

perencanaan pembangunan ekonomi dan keutuhan sosial dapat dilaksanakan mengikut

jadual. Situasi semasa iklim politik dalaman negeri dan juga di peringkat nasional yang

stabil memperlihatkan komitmen pihak stakeholder dalam memastikan kedudukan

negara berada dalam situasi aman dan sentosa. Ini secara tidak langsung

memperlihatkan kepada rakyat dan pihak luar bahawa negara berupaya menyediakan

ruang dan peluang kepada pelabur bagi menanam modal dan merancakkan aktiviti

ekonomi di negara ini.

18

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!