06.12.2017 Views

PSTM2017-2020- LATEST

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PELAN STRATEGIK

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2017-2020

PERUTUSAN YANG BERHORMAT

SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

DATO' SRI MUHAMMAD SAFIAN BIN ISMAIL,

SSAP., SIMP. , DSAP., DIMP., PJN., AAP., AMP.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan

perkenan-Nya, dokumen Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) 2017-2020 ini berjaya

dihasilkan seperti yang dirancang. Inisiatif menghasilkan dokumen PSTM ini merupakan

ampuhan kepada komitmen Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri terhadap usaha

melestarikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berpaksikan citizen

centric dalam meraih kecemerlangan yang berterusan. Ianya juga sejajar dengan PSICT

Sektor Awam 2016-2020 yang memberi penekanan kepada kecekapan, produktiviti dan

inovasi ICT bagi tujuan mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Adalah menjadi harapan saya, dengan terhasilnya dokumen ini, pemahaman warga Pejabat

Setiausaha Kerajaan Pahang terhadap hala tuju ICT dapat dipertingkatkan dan

diperkukuhkan lagi. Kerjasama antara bahagian amatlah diperlukan bagi melancarkan lagi

pelaksanaan strategi-strategi dan program-program yang telah dirancang.

Akhir kata, saya berharap hala tuju pembangunan ICT Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

dapat dijelaskan dan dokumen ini dapat dijadikan panduan untuk melaksanakan projekprojek

ICT secara lebih efisien dan efektif bagi menyokong Visi, Misi dan Teras Strategik

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Sekian, terima kasih.

i

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!