06.04.2018 Views

Buletin MPN Edisi Pertama PDF

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

dan landskap istimewa dan

berpandangan indah digiatkan.

Profesor dari Malaysia bersama

beberapa teman dari Eropah telah

membawa idea ini ke pengetahuan

UNESCO sehingga tercetusnya

fenomena geopark.

Sejak beberapa tahun terakhir

ini, Kluster Sumber Asli dan Alam

Sekitar (SAAS-MPN) dengan

kerjasama KWG yang berpusat di

UKM sering diundang oleh negara

jiran di Asia Tenggara, khususnya

Indonesia, Thailand dan Vietnam

untuk membantu serta menasihat

bagaimana untuk membangunkan

geopark global. Antara calon

geopark yang telah dibantu ialah

Batur, Gunung Sewu, Rinjani,

Celituh, Toba, Jambi dan Belitong

di Indonesia; Dong Van dan Quang

Ngai di Vietnam; dan Satun di

Thailand. Hari ini, tiga daripadanya

iaitu Batur, Gunung Sewu dan

Dong Van telah diikhtiraf sebagai

UNESCO Global Geopark.

Di Malaysia, selain Langkawi

sebagai UNESCO Global Geopark,

kami sedang mengerakkan

beberapa wilayah baharu sebagai

geopark kebangsaan. Antaranya

ialah Lembah Kinta, Gunung

Jerai, Kinabalu, Mersing, Delta

Serawak dan Tasik Kenyir.

Sebuah Jawatankuasa Geopark

Kebangsaan telah diwujudkan

pada tahun 2015, dipengerusikan

oleh KSU Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar. Kami jangkakan

tahun 2017, kita bakal mempunyai

dua geopark kebangsaan, dan

beberapa tahun berikutnya sudah

3

2

boleh di angkat pula menjadi

global geopark.

Matlamat Pembangunan Lestari

(SDGs) yang sedang dipelopori

oleh masyarakat global untuk

menyelamatkan Bumi daripada

terus mengalami kerosakan,

memerlukan tindakan bersistem

dan berstrategi oleh semua

warga dunia. Geopark ialah

alat yang paling berkesan

untuk mengerakkan gagasan

‘bawah-atas’ atau akar umbi

ke arah tindakan kelestarian.

Kita seharusnya berbangga,

para profesor di bawah naungan

MPN telah menjadi pelopor di

peringkat kebangsaan dan global

membangun geopark sebagai

model (peraga) pembangunan

lestari wilayah.

Sejak beberapa tahun

terakhir ini, Kluster

Sumber Asli dan Alam

Sekitar (SAAS-MPN)

dengan kerjasama KWG

yang berpusat di UKM

sering diundang oleh

negara jiran di Asia

Tenggara, khususnya

Indonesia, Thailand

dan Vietnam untuk

membantu serta

menasihat bagaimana

untuk membangunkan

geopark global. Antara

calon geopark yang

telah dibantu ialah

Batur, Gunung Sewu,

Rinjani, Celituh, Toba,

Jambi dan Belitong di

Indonesia; Dong Van

dan Quang Ngai di

Vietnam; dan Satun di

Thailand. Hari ini, tiga

daripadanya iaitu Batur,

Gunung Sewu dan Dong

Van telah diikhtiraf

sebagai UNESCO Global

Geopark.

1. Masjid Tertua untuk calon Geopark

Rinjani, Lombok.

2. Kilim Kars Geoforest Park, Langkawi

UNESCO Global Geopark.

3. Calon Geopark Belitong, Indonesia.

Buletin Pemikir Negara 15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!