06.04.2018 Views

Buletin MPN Edisi Pertama PDF

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Advokasi

Sehubungan itu, setiap Universiti

perlu mempunyai Pejabat

Perhubungan Industri untuk

memperbaiki dan meningkatkan

kerjasama antara Universiti-

Industri.

Perkukuh Kerjasama Universiti-

Industri Atasi Mismatch

Oleh: Prof. Dr. Khalid Hasnan & Suriayati Baharom

Bagi menyemarakkan lagi

kolaborasi antara universiti

dengan industri, penyaluran

dana penyelidikan serta

pemantapan latihan industri serta

pembangunan Graduan Akademia-

Industri (AIGDC) di semua

institut pengajian tinggi perlu

dilaksanakan secara berterusan.

Bagi menggalakkan aktiviti

pengkomersialan, pihak universiti

perlu membenarkan stafnya untuk

membuka syarikat sendiri supaya

jiwa usahawan itu dapat difahami

dan diaplikasi dalam pembangunan

produk, di samping mengadakan

program ‘2u2i’, ‘Gap Year ’ dan

CEO@Faculty bersama pihak

industri.

Masalah dalam kerjasama

universiti dengan

industri menjadi fokus

perbincangan Advokasi

Ilmuwan yang berlangsung

di Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) baru-baru ini.

Program berbentuk wawancara

tersebut melibatkan empat ahli

panel iaitu Naib Canselor UTHM,

Profesor Dr. Wahid Razzaly;

Presiden dan Ketua Pegawai

Eksekutif, MIGHT, Datuk Dr. Mohd.

Yusoff Sulaiman; Ketua Program

Sarjana Sains Kejuruteraan Rel

UTHM, Profesor Dr. Khalid Hasnan

dan Ketua Pegawai Perkhidmatan

Infrastruktur, Prasarana Malaysian

Berhad, Ir. Ahmad Nizam

Mohamed Amin.

Hasil pertemuan dan diskusi yang

dilakukan, pihak universiti dan

industri telah mengenal pasti

beberapa isu dan kekangan yang

menghalang hubungan lestari

antara kedua belah pihak. Antara

isu utama ialah berkaitan sumber

dana pembiayaan penyelidikan.

Pihak Universiti amat memerlukan

dana dari pihak industri untuk

menjalankan kajian, manakala

pihak industri mempunyai

perspektif yang berbeza mengenai

produk akhir dan secara dasarnya

ia perlu memberikan keuntungan

kepada syarikat. Isu seterusnya

ialah tentang keboleh-pasaran

graduan. Ribuan graduan sukar

untuk mendapat pekerjaan dan

salah satu faktornya adalah kriteria

graduan yang tidak menepati

keperluan industri.

Isu seterusnya ialah berkaitan

pengkomersialan. Di pihak

Universiti pada masa ini terdapat

banyak hasil-hasil kajian yang

gagal dipaten dan dikomersialkan

malah tidak terjual di dalam

pasaran. Seolah-olah kajian yang

dijalankan adalah tidak selari

dengan kehendak semasa industri

sedangkan proses R&D cuma

menyumbang 10% sahaja di dalam

jumlah keseluruhan pembangunan

produk. Selebihnya, ia perlu

mendapat sokongan dari pihak luar

terutamanya pihak industri melalui

pemberian dana. Isu yang juga

perlu diberi perhatian oleh pihak

Universiti dan Industri ialah hanya

kurang dari 27% sahaja daripada

jumlah keseluruhan lepasan SPM

yang mengambil tempat dalam

jurusan sains dan teknologi

(STEM). Jumlah ini terlalu sedikit

dan menjadi isu negara yang perlu

diberi tumpuan.

Justeru, satu kata sepakat

telah dipersetujui oleh pihak

universiti dan industri dalam

memperkasakan lagi hubungan

dua hala ini. Antaranya pihak

universiti akan berusaha untuk

memudahkan pihak industri

membuat capaian terhadap

kemudahan serta perkhidmatan

yang boleh ditawarkan oleh

institut masing-masing agar ianya

menepati keperluan mereka.

Manakala dalam usaha

memastikan graduan yang

dilahirkan kelak dapat memenuhi

keperluan industri, universiti perlu

mengimbangi komponen teori

dan praktikal yang lebih releven

dengan operasi sebenar di sektor

industri. Sebagai contoh, universiti

perlu memberi perhatian khusus

dalam mewujudkan “teaching

factory” secara praktikal kepada

pelajar sebagai persediaan kepada

mereka mendalami sesuatu

kemahiran sebagai pekerja

sebenar. Universiti perlu lebih

fokus untuk menghasilkan graduan

yang terus boleh bekerja dan

berkhidmat untuk industri. 60%

ilmu telah diberi di Universiti,

manakala 40% perlu diperoleh dari

pihak industri.

Keterbukaan dan komitmen yang

menyeluruh dan berterusan

daripada kedua pihak merupakan

formula penting bagi menentukan

hubungan kerjasama yang terjalin

menjadi semakin mantap dan

kukuh.

Penulis ialah Ketua Program

Sarjana Sains Kejuruteraan Rel

(UTHM).

Buletin Pemikir Negara 7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!